8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
1
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
8 TAHUN
PASUKAN BERUNIFORM
POLIBRIGED
POLITEKNIK KOTA KINABALU
2007-2014
Penubuhan dan Koleksi Gambar
Aktiviti
Ditulis Oleh
Kapt. Ts. Md Syadiqin bin Awg Adi @ Jumaat
2018
i
i
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Diterbitkan Oleh:
POLITEKNIK KOTA KINABALU
No. 4, Jalan Politeknik
KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park
88460 Kota Kinabalu
SABAH
Tel : 088-401800
Faks : 088-499960
Website : https://polikk.mypolycc.edu.my/
© Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Sabah
2018
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa jua bentuk dan dengan apa acara sekalipun, sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Politeknik Kota Kinbalu.
ii
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Prakata
Buku 8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged Politeknik
Kota Kinabalu, Penubuhan dan Koleksi Gambar Aktiviti ini
dikeluarkan khas untuk mengimbas kembali kenangan ketika
membentuk pasukan untuk terlibat dalam menyertai acara-acara
rasmi perbarisan sama ada di jabatan luar dan dalaman
Politeknik Kota Kinabalu.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Politeknik Kota
Kinabalu (PKK) awal penubuhan tahun 2006 terutamanya kepada
Tuan Hj Azizi bin Lin (Pengarah), En. Samad bin Saiun (Ketua
Jabatan Hal Ehwal Pelajar), En. Fauzi bin Mansor (Ketua Jabatan
Matematik Sains dan Komputer) pada ketika itu. Tidak dilupakan
kepada pegawai-pegawai dan rakan-rakan terlibat Mohd
Saifuddin bin Ahmad, Temson Tunik, Anbukkarasu a/k
Paramasivam dan Wahadhir bin Hamdan.
Sekalung penghargaan juga kepada semua pelajar yang
terlibat dalam menyertai pasukan beruniform Polibriged PKK
sepanjang tahun 2007 hingga 2014. Buku ini akan mengingatkan
kembali sepanjang tempoh 8 tahun pasukan Polibriged PKK yang
lalu tentang sumbangan penglibatan secara sukarela, meluangkan
masa latihan dan susah senang bersama setiap kali menyertai
pertandingan.
Tiada yang lebih berharga selain daripada usaha,
sumbangan dan kepuasan dalam sesuatu perkara yang diminati.
Kejayaan yang dicapai adalah hasil kerjasama dan komitmen
semua pihak yang terlibat. Hanya gambar sahaja yang dapat
menceritakan manis dan pahit pengalaman, terutamanya kepada
pelajar yang telah terlibat secara langsung dalam pasukan
beruniform Polibriged PKK.
iii
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
ISI KANDUNGAN
Surat Perkara Muka
Prakata iii
Isi Kandungan iv
Pendahuluan vi
1. Prinsip Dan Konsep : Pengenalan Pasukan 1
1.1 Cabaran Awal 1
1.2 Usaha Dan Kesungguhan 2
1.3 Latar Belakang Pasukan 3
1.4 Objektif Pasukan 4
1.5 Pakaian Asal Dan Penambahbaikan 4
1.6 Penambahan Eksesori Pakaian 5
2. Pemerhatian, Penglibatan Dan Pengalaman: Pengalaman Pertama 6
Perbarisan Hari Kebangsaan 2016 7
Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT 2016 9
3. Penyertaan Aktiviti Rasmi Tahunan Peringkat Negeri Sabah: 11
Kesungguhan Dan Cabaran 12
Aktiviti 2007 19
Aktiviti 2008 25
Aktiviti 2009 29
Aktiviti 2010 34
Aktiviti 2011 40
Aktiviti 2012 43
Aktiviti 2013 47
Aktiviti 2014
iv
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
1
Prinsip Dan Konsep
PENGENALAN PASUKAN
Menceburi pertandingan kawad kaki pada tahun 2007 dalam
majlis rasmi Kerajaan Negeri Sabah. Menjenamakan pasukan
sebagai Polibriged Politeknik Kota Kinabalu dengan identiti
pakaian seragam berasaskan kombinasi warna logo
Politeknik Kota Kinabalu merah, biru dan putih.
-1-
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
1.1 CABARAN AWAL
Pada asal penyertaan, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) hanya menggunakan
pakaian rasmi PKK sahaja iaitu sama ada pakaian batik mahupun pakaian uniform
bengkel. Apabila menghadapi saingan hebat dalam pertandingan yang disertai pada
tahun 2005 dan 2006, majoriti pasukan mempunyai identiti pakaian uniform sendiri
terutamanya badan beruniform daripada universiti awam. Sejak itu, tercetus ide untuk
menjadikan pasukan PKK sebagai satu badan beruniform yang boleh menggunakan
pakaian uniform rasmi untuk bersaing dalam kategori yang sama dan hanya semata-
mata untuk mencapai matlamat iaitu kejayaan.
1.2 USAHA DAN KESUNGGUHAN
Pada bulan september 2006, cadangan menghasilkan pakaian beruniform
diteruskan untuk mendapatkan sedikit peruntukan bagi mendapatkan dana pembelian
pakaian uniform. Setelah berbincang dengan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
encik Samat bin Sioun pada ketika itu dan beliau mencadangkan agar berbincang
terus dengan pihak pengurusan. Usaha diteruskan sehingga maklumat sampai
kepada pengarah PKK iaitu Tuan Haji Azizi bin Lin.
Perbincangan dan cadangan secara berterusan dilaksanakan sehingga
nama pasukan yang dipilih adalah POLIBRIGED PKK. Pihak pengurusan bersetuju
dan satu kertas kerja perlu dibentangkan. Oleh yang demikian, keputusan pemilihan
warna dan keperluan dibincangkan melalui Mesyuarat pengurusan yang telah
dibentangkan pada awal tahun 2007 oleh encik Mohd Fauzi bin Mansor Ketua
Jabatan Sains Matematik dan Komputer (JMSK) selaku ahli pengurusan.
-2-
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
1.3 LATAR BELAKANG PASUKAN
Pada dasarnya Polibriged adalah antara kursus yang ditawarkan di politeknik
Malaysia. Kursus Polibriged berkonsepkan disiplin, jati diri dan aktiviti-aktiviti yang
memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar. Tidak ada garis panduan
yang ditetapkan berkaitan pakaian seragam Polibriged ini.
Setiap Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mewujudkan
Polibriged sebagai aktiviti kokurikulum yang wajib diambil semasa dalam pengajian.
Atas keperluan inilah cadangan untuk mewujudkan satu pakaian seragam bagi
penyertaan pelajar PKK ke aktiviti-aktiviti rasmi. Antara keperluan mewujudkan
pakaian seragam ini adalah untuk menyertai perbarisan yang mana setiap tahun PKK
akan menghantar peserta ke pertandingan perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat
Negeri Sabah dan Istiadat Perbarisan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di Pertua
Negeri Sabah.
Memandangkan setiap kali pertandingan perbarisan, PKK termasuk dalam
senarai kontigen Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta termasuklah Universiti
Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Latihan
Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kejururawatan dan
beberapa institut-institut lain awam dan swasta. Dalam kategori ini tidak ada
pembahagian kategori pakaian berunifom atau tidak berunifom kerana bilangan
institusi yang menyertai tidak terlalu ramai. Oleh yang demikian, PKK berusaha dan
bersedia untuk mempunyai pakaian seragam sendiri sebagai identiti pakaian
beruniform rasmi PKK.
Pemilihan jenis pakaian yang dicadangan adalah merujuk konsep pakaian
asal Polibriged Malaysia dan kombinasi warna merujuk kepada warna rasmi bendera
PKK. Manakala peralatan tambahan pula disesuaikan mengikut keperluan pakaian.
-3-
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
1.4 OBJEKTIF PASUKAN
Menjadi salah satu pasukan unit beruniform, fokus asal penubuhan pasukan
Polibriged PKK adalah untuk mewakili institusi kepertandingan perbarisan peringkat
negeri Sabah dan acara-acara rasmi anjuran Politeknik Kota Kinabalu. Secara tidak
langsung dapat memperkenalkan pasukan Polibriged PKK kepada masyarakat umum
amnya dan memperkenalkan pakaian seragam rasmi Polibriged PKK kepada seluruh
Politeknik Malaysia khususnya.
1.5 PAKAIAN ASAL DAN PENAMBAHBAIKAN
Panduan pemakaian pakaian Polibriged Politeknik Malaysia hanya secara
umum dan tidak ada garis panduan yang khusus. Pakaian Polibriged hanya
berasaskan konsep keseragaman sahaja untuk disesuaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus kokurikulum Polibriged. Bagi pakaian pasukan Polibriged PKK,
konsep dan warna masih dikekalkan mengikut yang asal, tetapi terdapat
pengubahsuaian dan penambahan eksesori sebagai alat tambahan pakaian seperti
yang ditunjukkan pada Jadual 1.1 dan Jadual 1.2. Manakala gambarajah asal lakaran
pakaian lengkap Polibriged PKK seperti di Lampiran A.
Jadual 1.1 : Perbandingan Pakaian Asal dan Penambahbaikan
BIL PAKAIAN ASAL UNIFORM POLIBRIGED PKK
1 Baju T-Shirt Baju kawad biru (Royal blue)
2 Seluar slack hitam Seluar kawad biru gelap (Navy blue)
3 Kasut kuliah gelap Kasut Spikeboot / Kasut Kawad
4 Topi (cap) Beret berlogo Polibriged
5 Tali pinggang hitam Tali pinggang C70 – biru gelap (Navy
blue)
-4-
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
1.6 PENAMBAHAN EKSESORI PAKAIAN
Bagi memenuhi keperluan pakaian beruniform Polibriged, antara kaedah
yang sesuai adalah melalui permohonan peruntukan pada setiap tahun. Hasil usaha
secara berterusan dan berperingkat, lengkaplah semua peralatan dan keperluan
pakaian beruniform Polibriged PKK. Jadual 1.2 menunjukkan penambahan keperluan
pada pakaian Polibriged.
Jadual 1.2 : Penambahan Eksesori Pakaian Polibriged
BIL PERALATAN PAKAIAN TAMBAHAN
1 Sarung tangan putih (mata Jerung) - 2007
2 Epaulette Biru laut - 2007
3 Jambul merah (Hackle) - 2007
4 Mafla Merah - 2008
5 Anklet putih - 2009
Penambahan Eksesori Pakaian Polibriged ini adalah menjadi penyeri kepada
pakaian asal seterusnya telah memberi lebih keyakinan dalam setiap pertandingan
yang disertai.
-5-
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2
Pemerhatian
Penglibatan Dan Pengalaman
PENGALAMAN PERTAMA
Pada tahun 2005, pasukan beruniform Polibriged telah mendapat
tempat ketiga dalam pertandingan kawad sempena Hari
Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah dalam kategori Institusi
Pendidikan Tinggi (Awam / Swasta). Pengalaman pertama tersebut
telah mendorong pasukan untuk menyertai pertandingan kawad
pada tahun 2005.
-6-
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2006
Penyertaan kali kedua PKK dalam pertandingan kawad kaki
sempena Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.
Berkumpul sebelum berjalan lalu semasa raptai penuh
Berjalan lalu menuju pentas utama
-7-
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Bergambar beramai-ramai selepas raptai
Pasukan PKK memakai pakaian seragam Track Suit semasa
hari pertandingan
-8-
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI JADI RASMI TYT 2006
Berkumpul dan menunggu urusetia mengagih tempat
Selepas selesai raptai penuh perbarisan
-9-
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Santai sementara menunggu ketibaan bas
Pakaian semasa pertandingan, baju batik PKK
- 10 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
3
Permulaan
Penggunaan Pakaian Polibriged
Untuk Aktiviti Rasmi
KESUNGGUHAN DAN CABARAN
Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Setelah tidak
mendapat kedudukan terbaik dalam pertandingan Kawad Hari
Kebangsaan dan Istiadat Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT pada
tahun 2005 dan 2006, maka pada tahun 2007 terhasillah pakaian
rasmi Pasukan Beruniform Polibriged PKK dan menjadi pesaing
kepada pasukan beruniform institusi lain. Berikut adalah koleksi
gambar-gambar aktiviti dan kejayaan-kejayaan yang dapat
dikongsikan.
- 11 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2007
- 12 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2007
Gambar pasukan sebelum mula perbarisan
Sesi pemanasan badan oleh komander pasukan PKK
- 13 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Siap sedia sebelum mula berkawad
Perbarisan keluar daripada kawasan berkumpul
- 14 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Pasukan tiba di kawasan berkumpul setelah berjalan sejauh 2 km
Bergambar santai setelah berjaya menamatkan perbarisan berjalan lalu
dan permulaan penyertaan yang belum membuahkan hasil
- 15 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
HARI JADI RASMI TYT 2007
Kedudukan pasukan sebelum berjalan lalu
Berhenti seketika menunggu giliran untuk berjalan
- 16 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Mohd Ghazali mengetuai perbarisan
PKK menjadi JOHAN kategori Institut Pengajian Tinggi (Awam/Swasta)
- 17 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Saat kegembiraan bersama piala iringan setelah pasukan menjadi
Johan buat kali Pertama
Bergambar bersama-sama setelah selesai mencuba mendapatkan
kedudukan yang terbaik
- 18 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2008
- 19 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2008
Perbarisan semasa Raptai Penuh
Persiapan menunggu giliran untuk bergerak
- 20 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Pergerakan seragam menuju pentas kehormat
Bergambar bersama setelah acara perbarisan selesai
- 21 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
HARI JADI RASMI TYT 2008
Kedudukan pasukan semasa raptai penuh
Statik sambil menunggu pembahagian tempat
- 22 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Perbarisan bergerak daripada tempat menunggu
’Sedia’ Tegak ketika acara sedang bermula
- 23 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Bergambar bersama pasukan selepas selesai acara perbarisan
Tuan Yang Terutama Tun Ahmad Shah semasa pemeriksaan
barisan kepada semua kontingen
- 24 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2009
- 25 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
HARI JADI RASMI TYT 2009
Bersiap sedia sambuil menunggu arahan daripada pihak urusetia
Laluan sebelum melalui pentas utama
- 26 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
’Senang Diri’ ketika acara sedang berjalan
NAIB JOHAN : Mohd Ghazali selaku Komander perbarisan
- 27 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Bergambar beramai-ramai selepas diumumkan pasukan PKK mendapat
tempat kedua dalam pertandingan
Kenderaan Tuan Yang Terutama Tun semasa memeriksa barisan
- 28 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2010
- 29 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
HARI JADI RASMI TYT 2010
Mengambil tempat ketika perbarisan raptai penuh
Menyesuaikan diri semasa berjalan lalu
- 30 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Segak ketika perarakan menuju padang dan pentas hormat
Mohammad Azmi sebagai Komander Perbarisan
- 31 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Menerima piala iringan kemenangan : JOHAN
Gambar kegembiraan setelah menjadi Johan kategori
- 32 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Berkumpul untuk menjamu selera bagi meraikan kemenangan
Senyuman keceriaan selepas menikmati makanan
- 33 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2011
- 34 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2011
Perbarisan raptai penuh dengan bilangan kekuatan peserta sebenar
Persiapan sementara menunggu acara bermula
- 35 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Bergerak dalam tiga barisan sambil menyesuaikan pergerakan
Penyesuaian dan penyatuan selepas melalui pentas utama
- 36 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
HARI JADI RASMI TYT 2011
Persiapan akhir sebelum bergeraklalu
Menunggu arahan untuk bergerak memasuki kawasan perbarisan
- 37 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Suasana semasa perbarisan
Mohd Alias selaku penyelaras pasukan mengambil hadiah tempat ketiga
- 38 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Bergambar beramai-ramai
Makan bagi meraikan kemenangan
- 39 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2012
- 40 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2012
Bersiap sedia menunggu arahan
Komander wanita pertama pasukan Polibriged PKK
- 41 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Berkumpul selepas selesai berjalan lalu sejauh 2 km
Penglibatan Kakitangan PKK semasa membawa bendera
Malaysia dan Negeri
- 42 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2013
- 43 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
SAMBUTAN 50 TAHUN SABAH MERDEKA 2013
’Pandang Kanan’ menunjukkan hormat kepada tetamu semasa melalui
pentas utama
Penyesuaian selepas melalui pentas utama
- 44 -
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Berkumpul dan berehat seterusnya menikmati juadah seadanya
selepas acara selesai
Bergambar beramai-ramai setelah mencuba nasib untuk mendapatkan
kedudukan dalam pertandingan perbarisan.
- 45 -