Pasukan Beruniform POLIBRIGED
Politeknik Kota Kinabalu
2007 - 2014
Penubuhan
dan
Koleksi Gambar Aktiviti
Ditulis Oleh
Md Syadiqin Bin Awg Adi @ Juma
i
Diterbitkan Oleh:
POLITEKNIK KOTA KINABALU
No.4,Jalan Politeknik
KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park
88460 Kota Kinabalu
SABAH
Tel : 088-401800
Faks : 088-499960
Website : https://polikk.mypolycc.edu.my/
© Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Sabah
2018
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan dengan apa acara sekalipun, sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Politeknik Kota Kinbalu.
e ISBN 978-967-2301-50-9
97 8 9 6 7 2 3 0 1 5 0 9
ii
Prakata
Buku 8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged Politeknik Kota
Kinabalu, 2007-2014 Penubuhan dan Koleksi Gambar Aktiviti ini
dikeluarkan khas untuk mengimbas kembali kenangan ketika
membentuk pasukan untuk terlibat dalam menyertai acara-acara rasmi
perbarisan sama ada di jabatan luar atau dalaman Politeknik Kota
Kinabalu.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Politeknik Kota Kinabalu
(PKK) terutamanya ketika awal penubuhan pada tahun 2006 iaitu
kepada Tn. Hj Azizi bin Lin (Pengarah), En. Samad bin Saiun (Ketua
Jabatan Hal Ehwal Pelajar), En. Fauzi bin Mansor (Ketua Jabatan
Matematik Sains dan Komputer). Tidak dilupakan kepada pegawai-
pegawai dan rakan-rakan terlibat Mohd Saifuddin bin Ahmad, Temson
Tunik, Anbukkarasu a/k Paramasivam dan Wahadhir bin Hamdan.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pelajar
yang terlibat dalam menyertai pasukan beruniform Polibriged PKK
sepanjang tahun 2007 hingga 2014. Buku ini akan mengingatkan
kembali sumbangan penglibatan secara sukarela, meluangkan masa
latihan dan susah senang bersama setiap kali menyertai pertandingan
sepanjang tempoh 8 tahun pasukan Polibriged PKK diwujudkan.
Tiada yang lebih berharga selain daripada usaha, sumbangan
dan kepuasan dalam sesuatu perkara yang diminati. Kejayaan yang
dicapai adalah hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang
terlibat. Hanya gambar sahaja yang dapat menceritakan manis dan
pahit pengalaman, terutamanya kepada pelajar yang telah terlibat
secara langsung dalam pasukan beruniform Polibriged PKK.
iii
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Prakata iii
Isi Kandungan iv
Pendahuluan vi
1. Prinsip Dan Konsep : Pengenalan Pasukan 1
1.1 Cabaran Awal 1
1.2 Usaha Dan Kesungguhan 2
1.3 Latar Belakang Pasukan 3
1.4 Objektif Pasukan 4
1.5 Pakaian Asal Dan Penambahbaikan 4
1.6 Penambahan Eksesori Pakaian 5
2. Pemerhatian, Penglibatan Dan Pengalaman: Pengalaman Pertama 6
Perbarisan Hari Kebangsaan 2016 7
Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT 2016 9
3. Penyertaan Aktiviti Rasmi Tahunan Peringkat Negeri Sabah: 11
Kesungguhan Dan Cabaran 12
Aktiviti 2007 19
Aktiviti 2008 25
Aktiviti 2009 29
Aktiviti 2010 34
Aktiviti 2011 40
Aktiviti 2012 43
Aktiviti 2013 47
Aktiviti 2014
iv
4. Penglibatan Aktiviti Rasmi Politeknik Kota Kinabalu: 52
Kreativiti Pasukan 53
Istiadat Konvokesyen PKK 2011 56
Hari Politeknik 2013
5. Prihatin Dan Ikhlas Dalam Menyumbang Tenaga Untuk Pasukan:
Senarai Ahli Pasukan 58
Perbarisan Hari Kebangsaan 2005
Perbarisan Hari Kebangsaan 2006
Perbarisan Hari Kebangsaan 2007
Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT 2007
Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT 2008
Perbarisan Istiadat Konvokesyen Ke-13 2009
Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT 2009
Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT 2010
Perbarisan Istiadat Konvokesyen Ke-15 2011
Perbarisan Hari Kebangsaan & Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT 2011
Perbarisan Hari Kebangsaan 2013
Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT 2013
Perbarisan Hari Kebangsaan 2014
6. Pencapaian Kejayaan Dan Kemenangan Pasukan: Piala Dan Sijil 72
7. Penutup Tirai Dalam Penglibatan Aktiviti Rasmi: Transisi Pasukan 80
Perbarisan Hari Kebangsaan 2015
Perbarisan Hari Kebangsaan 2016
8. Paradigma Pada Masa Akan Datang: Harapan 84
Lampiran 86
Koleksi Gambar-Gambar Pentas Dan Suasana Perbarisan 88
v
PENDAHULUAN
Badan Beruniform Polibriged adalah kursus berkredit yang ditawarkan
di seluruh Politeknik Malaysia. Kursus ini wajib diambil pada semester satu
bagi memenuhi syarat penganugerahan diploma selepas tamat pengajian.
Antara tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk mendisiplinkan
dan membina jati diri kepada pelajar baharu yang sedang berlajar di setiap
politeknik.
Keistemewaan Polibriged Politeknik Malaysia adalah semua pelajar
telah didedahkan asas pelajaran kawad kaki disamping mempelajari teori
pengurusan, disiplin, kepimpinan, keyakinan dan keterampilan pelajar.
Kemaharian ini telah melahirkan pelajar politeknik yang dapat membina
semangat jati diri yang kuat seterusnya setiap pelajar dilatih agar boleh
memberi komitmen sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dilaksanakan.
Pasukan Polibriged Politeknik Kota Kinabalu (PKK) diwujudkan hasil
cetusan pelaksanaan Kursus Polibriged itu sendiri. Konsep asas pakaian
polibriged masih dikekalkan iaitu dari segi kekemas dan pemilihan warna.
PKK telah mentransfomasikan konsep asas pakaian tersebut kepada
pakaian perbarisan dengan merujuk kepada konsep pakaian perbarisan
rasmi yang biasa digunakan oleh badan-badan unit beruniform lain.
Pada setiap tahun, PKK akan menghantar pelajar untuk menyertai
pertandingan perbarisan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Oleh
vi
yang demikian, Polibriged PKK secara tidak langsung akan mewakili institusi.
Dengan berbekalkan asas kemahiran kawad kaki yang ada, Polibriged PKK
hanya memerlukan sedikit masa untuk memantapkan pasukan dengan
mengadakan latihan intensif seawal sebulan atau pun selewat-lewatnya
seminggu sebelum hari pertandingan yang dilaksanakan diluar waktu kuliah.
Kaedah ini telah banyak membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam
kawad kaki.
Selain daripada itu, kewujudan pakaian Polibriged PKK juga banyak
membantu menonjolkan identiti pasukan PKK setiap kali menyertai
pertandingan. Dengan kombinasi warna dan eksesori pakaian Polibriged
PKK telah memberi kelebihan untuk memenangi setiap kali menyertai
pertandingan. Hanya memerlukan semangat dan komitmen pelajar sahaja
untuk mendapatkan kesempurnaan pasukan Polibriged PKK.
Pelajar-pelajar yang terpilih dalam pasukan Polibriged PKK bagi mewakili
pertandingan adalah pelajar yang berminat, bersemangat dan yang boleh
memberi kerjasama sepenuhnya semasa sesi latihan. Kesungguhan dan
kecekalan pelajar terpilih ini semestinya telah memenuhi kriteria sebagai ahli
pasukan Polibriged PKK. Keceriaan dan keikhlasan menyertai pasukan
Polibriged PKK juga telah terbukti sepanjang 8 Tahun Pasukan Beruniform
Polibriged Politeknik Kota Kinabalu ditubuhkan sebelum nama Polibriged
itu sendiri hilang mengikut arus peredaran perlaksanakan kursus baharu di
Politeknik Malaysia.
vii
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
1
Prinsip Dan Konsep
PENGENALAN PASUKAN
Menceburi pertandingan kawad kaki pada tahun 2007 untuk
majlis rasmi Kerajaan Negeri Sabah. Menjenamakan pasukan
sebagai Polibriged Politeknik Kota Kinabalu dengan identiti
pakaian seragam berasaskan kombinasi warna logo
Politeknik Kota Kinabalu merah, biru dan putih.
1
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
1.1 CABARAN AWAL
Ketika awal penyertaan, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) hanya menggunakan
pakaian rasmi PKK sahaja iaitu sama ada pakaian batik mahupun pakaian jaket
bengkel. Apabila menghadapi saingan hebat dalam pertandingan yang disertai pada
tahun 2005 dan 2006, majoriti pasukan mempunyai identiti berpakaian uniform sendiri
terutamanya badan beruniform daripada universiti awam. Sejak itu, tercetus ilham
untuk mewujudkan pasukan PKK sebagai satu badan beruniform yang boleh
menggunakan pakaian uniform rasmi jabatan dan seterusnya bersaing untuk
mencapai matlamat semasa pertandingan.
1.2 USAHA DAN KESUNGGUHAN
Pada bulan september 2006, cadangan menghasilkan pakaian beruniform
diteruskan, peruntukan kewangan diperlukan bagi mendapatkan dana pembelian
pakaian uniform. Setelah berbincang dengan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
encik Samat bin Sioun pada ketika itu dan beliau mencadangkan agar berbincang
terus diadakan bersama pihak pengurusan tertinggi. Usaha tersebut berjaya dan
maklumat diterima oleh pengarah PKK iaitu Tuan Haji Azizi bin Lin.
Perbincangan demi perbincangan diteruskan sehingga nama pasukan yang
dipilih adalah POLIBRIGED PKK. Pihak pengurusan bersetuju dan kertas kerja
cadangan penubuhan perlu dibentangkan. Susulan daripada itu, pada awal tahun
2007 melalui mesyuarat pengurusan PKK, encik Mohd Fauzi bin Mansor, Ketua
Jabatan Sains Matematik dan Komputer (JMSK) selaku ahli pengurusan telah
membentangkan kertas kerja tersebut dan telah diluluskan termasuk memutuskan
pemilihan warna serta keperluan asas pakaian.
2
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
1.3 LATAR BELAKANG PASUKAN
Pada dasarnya Polibriged adalah kursus kokurikulum yang ditawarkan di
Politeknik Malaysia. Kursus Polibriged adalah berkonsepkan pemantapan disiplin, jati
diri dan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat dan pengalaman kepada pelajar. Setiap
Politeknik Malaysia telah melaksanakan aktiviti Polibriged mengikut garis panduan
yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, kaedah pelaksanaan aktiviti adalah
bergantung kepada kreativiti institusi masing-masing.
Dari sudut keseragaman pakai, tidak ada garis panduan yang khusus untuk
dipatuhi dan hanya dinyatakan secara umum agar tidak membebankan kepada pihak
institusi. Atas keperluan inilah pihak PKK mencadangkan untuk mewujudkan satu
pakaian seragam khusus bagi penyertaan PKK keaktiviti-aktiviti rasmi. Antara aktiviti
tersebut adalah penyertaan ke pertandingan perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat
Negeri Sabah dan Istiadat Perbarisan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di Pertua
Negeri Sabah serta aktiviti-aktiviti rasmi PKK.
Berdasarkan pengalaman menyertai perbarisan, setiap kali pertandingan
PKK termasuk dalam senarai kontigen Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
termasuklah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej
Kejururawatan dan beberapa institut-institut lain awam dan swasta. Dalam kategori
ini tidak ada pembahagian kategori pakaian berunifom atau tidak berunifom kerana
bilangan institusi yang menyertai tidak banyak. Oleh yang demikian, PKK berazam
untuk memiliki pakaian seragam sendiri sebagai identiti pakaian beruniform rasmi
untuk memperkenalkan kepada masyarakat dan pihak luar.
Pemilihan jenis pakaian yang dicadangan adalah merujuk konsep pakaian
asal Polibriged Malaysia dan kombinasi warna merujuk kepada warna rasmi bendera
PKK. Manakala peralatan tambahan pula disesuaikan mengikut keperluan pakaian.
3
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
1.4 OBJEKTIF PASUKAN
Menjadi salah satu pasukan unit beruniform, fokus asal penubuhan pasukan
Polibriged PKK adalah untuk mewakili institusi kepertandingan Perbarisan Peringkat
Negeri Sabah dan acara-acara rasmi anjuran Politeknik Kota Kinabalu. Secara tidak
langsung dapat memperkenalkan pasukan Polibriged PKK kepada masyarakat umum
amnya dan memperkenalkan pakaian seragam rasmi Polibriged PKK kepada seluruh
Politeknik Malaysia khususnya.
1.5 PAKAIAN ASAL DAN PENAMBAHBAIKAN
Panduan pemakaian pakaian Polibriged Politeknik Malaysia hanya secara
umum dan tidak ada garis panduan yang khusus. Pakaian Polibriged hanya
berasaskan konsep keseragaman sahaja untuk disesuaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus kokurikulum Polibriged. Bagi pakaian pasukan Polibriged PKK,
konsep dan warna masih dikekalkan mengikut garis panduan, tetapi terdapat
pengubahsuaian dan penambahan aksesori sebagai alat tambahan pakaian seperti
yang ditunjukkan pada Jadual 1.1 dan Jadual 1.2. Manakala gambarajah asal lakaran
pakaian lengkap Polibriged PKK seperti di Lampiran A.
Jadual 1.1 : Perbandingan Pakaian Asal dan Penambahbaikan
BIL PAKAIAN ASAL UNIFORM POLIBRIGED PKK
1 Baju T-Shirt Baju kawad biru (Royal blue)
2 Seluar slack hitam Seluar kawad biru gelap (Navy blue)
3 Kasut kuliah gelap Kasut Spikeboot / Kasut Kawad
4 Topi (cap) Beret berlogo Polibriged
5 Tali pinggang hitam Tali pinggang C70 – biru gelap (Navy
blue)
4
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
1.6 PENAMBAHAN AKSESORI PAKAIAN
Bagi memenuhi keperluan pakaian beruniform Polibriged, antara kaedah
yang sesuai adalah melalui permohonan peruntukan pada setiap tahun. Hasil usaha
secara berterusan dan berperingkat, lengkaplah semua peralatan dan keperluan
pakaian beruniform Polibriged PKK. Jadual 1.2 menunjukkan penambahan keperluan
pada pakaian Polibriged.
Jadual 1.2 : Penambahan Aksesori Pakaian Polibriged
BIL PERALATAN PAKAIAN TAMBAHAN
1 Sarung Tangan Putih (Mata Jerung) - 2007
2 Epaulette Biru Laut - 2007
3 Jambul Merah (Hackle) - 2007
4 Mafla Merah - 2008
5 Anklet Kaki putih - 2009
Penambahan aksesori pakaian Polibriged ini adalah menjadi penyeri kepada
pakaian asal seterusnya telah memberi lebih keyakinan dalam setiap penyertaan
pertandingan yang disertai.
5
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2
Pemerhatian
Penglibatan Dan Pengalaman
PENGALAMAN PERTAMA
Pada tahun 2005, pasukan beruniform Polibriged telah mendapat
tempat ketiga dalam pertandingan kawad sempena Hari
Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah dalam kategori Institusi
Pendidikan Tinggi (Awam / Swasta). Pengalaman pertama tersebut
telah mendorong pasukan untuk menyertai pertandingan kawad
pada tahun-tahun berikutnya.
6
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2006
Penyertaan kali kedua PKK dalam pertandingan kawad kaki
sempena Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.
Berkumpul sebelum berjalan lalu semasa raptai penuh
Berjalan lalu menuju pentas utama
7
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Bergambar beramai-ramai selepas raptai
Pasukan PKK memakai pakaian seragam Track Suit semasa
hari pertandingan
8
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI JADI RASMI TYT 2006
Berkumpul dan menunggu urusetia mengagih tempat
Selepas selesai raptai penuh perbarisan
9
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Santai sementara menunggu ketibaan bas
Pakaian semasa pertandingan, baju batik PKK
10
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
3
Permulaan
Penggunaan Pakaian Polibriged
Untuk Aktiviti Rasmi
KESUNGGUHAN DAN CABARAN
Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Setelah tidak
mendapat kedudukan terbaik dalam pertandingan Kawad Hari
Kebangsaan dan Istiadat Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT pada
tahun 2005 dan 2006, maka pada tahun 2007 terhasillah pakaian
rasmi Pasukan Beruniform Polibriged PKK dan menjadi pesaing
kepada pasukan beruniform institusi lain. Berikut adalah koleksi
gambar-gambar aktiviti dan kejayaan-kejayaan yang dapat
dikongsikan.
11
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2007
12
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2007
Gambar pasukan sebelum mula perbarisan
Sesi pemanasan badan oleh komander pasukan PKK
13
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Siap sedia sebelum mula berkawad
Perbarisan keluar daripada kawasan berkumpul
14
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Pasukan tiba di kawasan berkumpul setelah berjalan sejauh 2 km
Bergambar santai setelah berjaya menamatkan perbarisan berjalan lalu
dan permulaan penyertaan yang belum membuahkan hasil
15
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
HARI JADI RASMI TYT 2007
Kedudukan pasukan sebelum berjalan lalu
(penambahan aksesori pakaian)
Berhenti seketika menunggu giliran untuk berjalan lalu
16
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Mohd Ghazali mengetuai perbarisan
Polibriged PKK menjadi JOHAN kategori Institut Pengajian Tinggi
(Awam/Swasta)
17
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Saat kegembiraan bersama piala iringan setelah pasukan menjadi
Johan buat kali Pertama
Bergambar bersama pasukan setelah selesai untuk mendapatkan
kedudukan yang terbaik didalam pertandingan
18
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2008
19
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2008
Perbarisan semasa raptai penuh
Persiapan menunggu giliran untuk bergerak
20
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Pergerakan seragam menuju pentas kehormat
Bergambar bersama setelah acara perbarisan selesai
21
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
HARI JADI RASMI TYT 2008
Kedudukan pasukan semasa raptai penuh
Statik sambil menunggu pembahagian tempat
22
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Perbarisan bergerak daripada tempat menunggu
’Sedia’ tegak ketika acara sedang bermula
23
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Bergambar bersama pasukan selepas selesai acara perbarisan
Pemeriksaan barisan oleh Tuan Yang Terutama Tun Ahmad Shah
kepada semua kontingen
24
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2009
25
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
HARI JADI RASMI TYT 2009
Bersiap sedia sambil menunggu arahan daripada pihak urusetia
Laluan sebelum melalui pentas utama
26
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
’Senang Diri’ ketika acara sedang berjalan
NAIB JOHAN : Mohd Ghazali selaku komander perbarisan
27
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Bergambar beramai-ramai selepas diumumkan pasukan Polibriged PKK
mendapat tempat kedua dalam pertandingan
Kenderaan Tuan Yang Terutama Tun semasa memeriksa barisan
28
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2010
29
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
HARI JADI RASMI TYT 2010
Mengambil tempat ketika perbarisan raptai penuh
Menyesuaikan diri semasa berjalan lalu
30
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Segak ketika perarakan menuju padang dan pentas hormat
Mohammad Azmi sebagai komander perbarisan
31
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Menerima piala iringan kemenangan : JOHAN
Gambar kegembiraan setelah menjadi Johan kategori
32
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Berkumpul untuk menjamu selera bagi meraikan kemenangan
Senyuman keceriaan selepas menikmati makanan
33
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2011
34
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2011
Perbarisan raptai penuh dengan bilangan kekuatan peserta sebenar
Persiapan sementara menunggu acara bermula
35
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Bergerak dalam tiga barisan sambil menyesuaikan pergerakan
Penyesuaian dan penyatuan selepas melalui pentas utama
36
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
HARI JADI RASMI TYT 2011
Persiapan akhir sebelum bergeraklalu
Menunggu arahan untuk bergerak memasuki kawasan perbarisan
37
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Suasana semasa perbarisan
Mohd Alias selaku penyelaras pasukan mengambil hadiah tempat ketiga
38
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Bergambar beramai-ramai
’Makan-makan dulu’ bagi meraikan kemenangan
39
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
2012
40
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2012
Bersiap sedia menunggu arahan
Komander wanita pertama pasukan Polibriged PKK
41
8 Tahun Pasukan Beruniform Polibriged PKK
Berkumpul selepas selesai berjalan lalu sejauh 2 km
Penglibatan penulis dan kakitangan PKK semasa membawa bendera
Malaysia dan negeri
42