Program Latihan Untuk Guru 2015
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAJUK 2.0 MENGGUNAKAN ALGORITMA MELALUI
PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Mengenal pasti algoritma pseudokod, carta alir dan makna simbol dalam carta alir.
2. Menyediakan pseudokod dan carta alir secara urutan dan pilihan tunggal daripada
algoritma yang diberi.
3. Membina algoritma penyelesaian masalah bagi situasi yang diberi.
4. Menterjemahkan pseudokod dan carta alir kepada algoritma.
5. Memberi cadangan dan justifikasi tentang aliran urutan dan pilihan pseudokod dan
carta alir yang dibincangkan.
6. Mencipta algoritma penyelesaian masalah, pseudokod dan carta alir yang
menggabungkan urutan dan pilihan tunggal bagi situasi baharu yang dicadangkan
oleh murid.
7. Mencipta carta alir daripada permasalahan yang diberi
8. Menerangkan fungsi-fungsi simbol dalam carta alir
B. Kandungan Pengajaran
2.1 Mengenal algoritma, pseudokod dan carta alir.
2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan tamat, proses, pilihan, aliran) dalam carta
alir.
2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam aktiviti harian.
2.4 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod
dan carta alir.
2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma.
2.4.2 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod
2.4.3 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir.
2.5 Menulis algoritma berdasarakan situasi secara urutan dan pilihan tunggal.
2.6 Memisahkan pseudokod kompleks kepada pseudokod secara urutan dan
pseudokod secara pilihan tunggal.
2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal secara logik.
2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam menyelesaikan satu
masalah yang diberi.
1 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
2.1 MENGENAL ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR
Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aturan ini
bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam sains
komputer pula, algoritma ialah langkah-langkah dalam proses melaksanakan kod
komputer yang mengkaji tahap keberkesanan kod program komputer.
Situasi 1:
Anda ingin meminjam sebuah buku dari perpustakaan. Nyatakan proses yang perlu
anda lalui sehingga anda memiliki buku tersebut.
Contoh algoritma bagi situasi 1:
Masuk ke dalam perpustakaan
Cari buku yang dikehendaki
Jika buku dijumpai, pergi kaunter untuk pinjam
Keluar dari perpustakaan
Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa pertuturan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Set aturan ini menunjukkan langkah demi langkah
untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat. Pseudokod juga merupakan
penggunaan ayat pertuturan dan beberapa kod asas dalam menunjukkan langkah-
langkah dan tugas.
Situasi 2:
Katakan anda hendak menghantar bahan bercetak, nilai bayaran yang dikenakan adalah
berdasarkan berat bahan yang hendak dihantar itu. Jika bahan yang dihantar itu
beratnya 50 gram, berapakah nilai yang perlu dibayar?
Contoh pseudokod bagi situasi 2:
Mula
Timbang berat bahan bercetak ( input )
Set nilai bayaran dikenakan (proses)
Papar nilai bayaran (output)
Tamat
2 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Carta Alir ialah kaedah grafik yang menunjukkan langkah-langkah bagi penyelesaian
masalah dan hubung kait antara satu sama lain. Carta alir mengandungi simbol
geometrik yang dihubungkan menggunakan anak panah. Setiap simbol mewakili aktiviti
bagi langkah yang akan dilaksanakan oleh program. Aktiviti ini akan dilaksanakan
mengikut turutan dari atas ke bawah.
Contoh:
Mula
Mengisi Borang Aduan
Kerosakan
Serah Borang Aduan Kepada
Ketua Jabatan
Kenal pasti Kerosakan
Selenggaraan
Panggil TIDAK
Kontraktor
YA
Baik Pulih Oleh Pihak Luar
Rekodkan Kerja-Kerja
Penyelenggaraan
Tamat
Rajah 2.1.1 Carta Alir Proses Penyelenggaraan
3 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
2.2 MENERANGKAN MAKNA SIMBOL (MULA DAN TAMAT, PROSES, PILIHAN,
ALIRAN) DALAM CARTA ALIR
Simbol Makna / Fungsi Penerangan
MULA / TAMAT Mula dan tamat sesuatu aktiviti
PROSES Aktiviti atau proses
PILIHAN Menguji sama ada benar atau salah
ALIRAN Aliran aktiviti
PENYAMBUNG Menggabungkan aliran yang berlainan
INPUT / OUTPUT Operasi input
Operasi output
Jadual 2.2.1: Makna Simbol dalam Carta Alir
4 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
2.3 MEMBUAT PERKAITAN ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR DALAM
AKTIVITI HARIAN
Situasi: Membancuh kopi
Contoh Algoritma
Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan
Masukkan gula
Masukkan air panas ke dalam cawan
Contoh Pseudokod
Mula
Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan
Masukkan gula
Masukkan air panas ke dalam cawan
Tamat
5 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Contoh Carta Alir
Proses Membancuh Kopi
Mula
Masak Air
Masukkan
kopi ke dalam
cawan
Masukkan
gula
Tuangkan air
panas ke dalam
cawan
Kacau air
Tamat
Rajah 2.3.1: Carta Alir proses membancuh kopi
6 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
2.4 MEMBEZAKAN ALIRAN SECARA URUTAN DAN PILIHAN TUNGGAL BAGI
ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR
2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma.
a) algoritma aliran secara urutan
b) algoritma pilihan tunggal
a) Algoritma aliran secara urutan b) Algoritma aliran pilihan tunggal
Masak air Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan Masukkan kopi ke dalam cawan
Masukkan gula Masukkan gula
Tuangkan air panas ke dalam cawan Jika perlu krim
Tambah krim
Tuangkan air ke dalam cawan
Jadual 2.4.1.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi algoritma
2.4.2 Membezakan aliran urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod.
a) Pseudokod aliran secara urutan
b) Pseudokod pilihan tunggal
a) Pseudokod aliran secara urutan b) Pseudokod pilihan tunggal
Mula Mula
Masak air Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan Masukkan kopi ke dalam cawan
Masukkan gula Masukkan gula
Tuangkan air panas ke dalam cawan Jika perlu krim
Tamat Tambah krim
Masukkan air panas ke dalam cawan
Tamat
Jadual 2.4.2.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi pseudokod
7 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
2.4.3 Membezakan aliran urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir
a) Aliran secara urutan (carta alir)
Pilihan tunggal (carta alir)
a) Carta alir secara urutan b) Carta alir pilihan Tunggal
Mula
Mula Masak Air
Masak Air Masukkan
kopi ke dalam cawan
Masukkan
kopi ke dalam cawan Masukkan
gula
Masukkan
gula Perlu Ya
Krim? Masukkan krim
Tuangkan air
panas ke dalam Tidak
cawan Tuangkan air
Kacau air panas ke dalam cawan
Kacau air
Tamat
Tamat
Jadual 2.4.3.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi carta alir
8 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
2.5 MENULIS ALGORITMA BERDASARKAN SITUASI SECARA URUTAN DAN PILIHAN
TUNGGAL
Algoritma secara urutan ialah set arahan yang mengandungi langkah demi langkah
untuk menyelesaikan sesuatu masalah, manakala algoritma pilihan tunggal ialah set
arahan yang mengandungi kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai satu pilihan.
Situasi 1:
a) Azmi hendak menghadiri temu duga di sebuah bangunan di tingkat 11.
b) Azmi hendak menghadiri temu duga di sebuah bangunan di tingkat 11. Jika lif
rosak Azmi perlu naik tangga.
Arahan :
Sila bina algoritma berdasarkan situasi di atas.
a) Secara urutan Algoritma
b) Secara pilihan tunggal
Sila berada di hadapan pintu lif Sila berada di hadapan pintu lif
Tekan butang naik Tekan butang naik
Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka
Tekan butang nombor 11 Jika lif rosak, gunakan tangga ke tingkat 11
Tunggu sehingga sampai ke tingkat 11 Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka
Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka Tekan butang nombor 11
Berjalan ke tempat temu duga Tunggu sehingga sampai ke tingkat 11
Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka
Berjalan ke tempat temu duga
Jadual 2.5.1: Contoh algoritma secara urutan dan pilihan tunggal.
9 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Situasi 2
Agar-agar santan merupakan pencuci mulut yang sangat popular. Bagaimanakah anda
menyediakannya?
Arahan :
Sila bina algoritma secara urutan dan pilihan tunggal berdasarkan situasi di atas.
Algoritma
Algoritma secara urutan Algoritma secara pilihan tunggal
Basuh agar-agar dan masukkan
ke dalam periuk berisi air. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam
periuk berisi air.
Panaskan air sehingga mendidih supaya
agar-agar larut. Panaskan air sehingga mendidih supaya
agar-agar larut.
Masukkan gula, perisa pandan dan garam.
Masukkan gula, perisa pandan dan garam
Kacau sehingga sebati. Jika perisa pandan habis, gunakan perisa
strawberi.
Pukul telur bersama santan.
Kacau sehingga sebati.
Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam
agar-agar tadi. Pukul telur bersama santan.
Kacau sehingga mendidih selama beberapa Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam
minit. agar-agar tadi.
Tuang ke dalam loyang dan sejukkan. Kacau sehingga mendidih selama beberapa
minit.
Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Jadual 2.5.2: Contoh algoritma secara urutan dan pilihan tunggal.
10 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Latihan 1
Raja Amri tinggal di Sabak Bernam. Dia hendak bercuti ke Kuala Lumpur. Perjalanannya
melalui pekan Tanjung Karang, Kuala Selangor, Kapar, Sungai Buloh dan Petaling Jaya.
Raja Amri juga boleh menggunakan lebuh raya terus ke Kuala Lumpur selepas pekan
Kuala Selangor. Bina algoritma perjalanan Raja Amri dari Sabak Bernam ke Kuala
Lumpur.
Latihan 2
Bina algoritma berdasarkan carta alir di bawah ini.
Mula
Masukkan
markah
Tentukan gred markah
Papar markah
dan gred
Tamat
Rajah 2.5.1: Carta Alir .
11 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
2.6 MEMISAHKAN PSEUDOKOD KOMPLEKS KEPADA PSEUDOKOD SECARA
URUTAN DAN PSEUDOKOD SECARA PILIHAN TUNGGAL
Pseudokod kompleks ialah satu pseudokod panjang yang mengandungi gabungan
pseudokod secara urutan dan pseudokod secara pilihan tunggal. Pseudokod kompleks
boleh dipisahkan kepada beberapa pseudokod yang lebih ringkas. Pseudokod secara
urutan ialah set arahan penyelesaian masalah langkah demi langkah untuk
melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat, manakala pseudokod secara
pilihan tunggal pula ialah set arahan penyelesaian masalah yang mempunyai satu
pilihan.
Contoh:
Azmi akan menghadiri temu duga di tingkat 11 sebuah bangunan. Azmi menggunakan lif
dan jika lif rosak dia perlu menggunakan tangga. Semasa keluar dari lif di tingkat 11,
Azmi menyedari bahawa kad pengenalannya tertinggal di dalam kereta. Dia terpaksa
turun untuk mendapatkan kad pengenalannya. Semasa Azmi ingin naik semula ke
tingkat 11 didapati lif rosak.
Pseudokod kompleks
Mula
Berjalan ke pintu lif
Tekan butang naik
Jika lif rosak
Guna tangga
Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka
Tekan butang nombor 11
Tunggu sehingga sampai di tingkat 11
Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka
Masuk ke dalam lif semula untuk mengambil kad pengenalan
Tekan butang turun untuk ke tingkat bawah
Jika lif rosak
Guna tangga
Berjalan ke kereta
Ambil kad pengenalan
Berjalan ke pintu lif
Tekan butang naik
Naik tangga ke tingkat 11 kerana lif rosak
Berjalan ke tempat temu duga
Tamat
12 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Pseudokod secara urutan Pseudokod
Pseudokod pilihan tunggal
a) Pseudokod (naik lif) Mula
Mula Jika lif rosak
Berjalan ke pintu lif
Tekan butang naik Guna tangga
Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka Tamat
Tekan butang nombor 11
Tunggu sehingga sampai di tingkat 11
Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka
Berjalan ke tempat temu duga
Tamat
b) Pseudokod (turun lif)
Mula
Masuk ke dalam lif semula untuk
mengambil kad pengenalan
Tekan butang turun untuk ke tingkat
bawah
Berjalan ke kereta
Ambil kad pengenalan
Tamat
c) Pseudokod (naik tangga)
Mula
Tekan butang naik
Naik tangga ke tingkat 11 kerana lif rosak
Berjalan ke tempat temu duga
Tamat
Jadual 2.6.1: Contoh pseudokod secara urutan dan pilihan tunggal.
13 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Aktiviti 1
Anda ialah seorang penyelaras TMK sekolah. Anda diberi tugas untuk membina satu atur
cara bagi menentukan lulus atau gagal markah peperiksaan bersama gred markah A, B, C,
D dan E. Lengkapkan pseudokod di bawah ini
Mula
Masukkan markah
...
...
...
Tamat
Aktiviti 2
Tuliskan pseudokod bagi carta alir di bawah.
Mula
Masukkan kopi
Masukkan gula
Perlu Tidak
krim?
Ya
Masukkan air panas
dan kacau
Tamat
14 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Aktiviti 3
Tuliskan pseudokod bagi situasi di bawah.
Situasi: Sofia hendak menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada sahabatnya.
2.7 MENGGABUNGKAN CARTA ALIR URUTAN DAN CARTA ALIR PILIHAN TUNGGAL
SECARA LOGIK
Contoh 1: Aturcara Untuk Menentukan BMI
CARTA ALIR URUTAN
Mula
Baca nilai berat
Baca nilai tinggi
Kira BMI
BMI=berat/(tinggi*tinggi)
Cetak BMI
Tamat
Rajah 2.7.1: Contoh carta alir secara urutan
15 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
CARTA ALIR YANG MENGANDUNGI PILIHAN TUNGGAL
Mula
Masukkan nilai BMI
BMI menepati? Tidak
Ya Papar: Anda perlu
jaga pemakanan
Papar:
Teruskan beriadah
Tamat
Rajah 2.7.2: Contoh carta alir pilihan tunggal
16 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
2.8 MENYEDIAKAN ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR DALAM
MENYELESAIKAN SATU MASALAH YANG DIBERIKAN
Cadangan aktiviti:
Arahan: Ahmad suka makan dadih manis. Tuliskan algoritma, pseudokod
dan carta alir yang sesuai bagi penyediaan dadih manis tersebut.
RESEPI
300ml air
2 gram agar-agar
100 gram gula putih
700ml susu cair
Perisa strawberi
Jawapan:
A. ALGORITMA
Sediakan sebuah periuk
Masukkan air dan didihkan
Masukkan agar-agar dan gula
Masukkan susu cair
Titiskan perisa strawberi
Setelah susu mula mendidih
Padamkan api
Sejukkan dadih selama 15 minit
Masukkan ke dalam bekas
Sejukkan di dalam peti sejuk
Hidangkan dadih
17 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
B. PSEUDOKOD
Mula
Masukkan air ke dalam periuk
Panaskan air
Masukkan agar-agar dan gula
Kacau sehingga larut
Masukkan susu cair
Titiskan perisa strawberi
Padamkan api apabila campuran mendidih
Sejukkan selama 15 minit
Tuang ke dalam bekas
Sejukkan di dalam peti sejuk
Hidangkan dadih
Tamat
18 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
C. CARTA ALIR URUTAN
Aktiviti bina carta alir urutan berpandukan pseudokod di atas.
Mula
u
Masukkan air Tuang ke dalam bekas
Didihkan air Sejukkan di dalam peti
sejuk
Masukkan
agar-agar dan Hidangkan dadih
gula Tamat
Kacau
Masukkan
susu cair
Titiskan perisa
Campuran mendidih,
padamkan api
Biarkan sejuk
Rajah 2.8.1: Carta alir secara urutan
19 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir