BAYAM BRAZIL
(Althernanthera sissoo )
Bayam Brazil (Althernanthera sissoo ) adalah spesies tanaman
sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan.
Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae. Selain itu,
spesies tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui
keratan batang (Hort, 2013).
Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat
membesar. Daunnya boleh dimakan samada mentah atau
dimasak. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi.
Saiz daunnya pula sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.
Daun Bayam Brazil tidak berlendir dan juga rangup. Oleh itu,
sayuran ini sesuai dijadikan ulaman. Selain itu, Bayam Brazil juga
sesuai utnuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan
tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Masyarakat di
Brazil mengamalkan makan secara mentah bersama tomato,
bawang putih dan cuka.
Selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat
berkhasiat untuk kesihatan kita. Bayam Brazil dapat melawan
kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga
dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam
Brazil dapat menurunkan berat badan. Selain itu, spesies
tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi
badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada
sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia,
mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran,
mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan
mengikat kalsium.
BAYAM HIJAU
(Amaranthus tricolor)
Bayam hijau (Amaranthus tricolor) adalah
dari tumbuhan keluarga Amaranthacea. Ia adalah pokok
berbunga tahunan yang mempunyai bunga hijau gelap. Ia
mampu tumbuh setinggi 2-3 kaki tinggi. Daun bulat berbentuk
lanset, panjang 5-8 cm, dengan ujung tumpul dan pangkal
runcing.
Bayam adalah tanaman yang mudah ditanam dan cepat
mengeluarkan hasil. Tanah gembur liat ringan dan berpasir
yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan
bayam dengan pH antara 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran
yang baik.
Bayam kaya dengan vitamin A, C dan E, fosforus, zat besi,
kalium, magnesium, beta karoten dan zink. Selain itu, bayam
juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, Niasin
dan Selenium.
Dalam kes lain bayam juga dipercayai memberi khasiat kepada
kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap
demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan
mereka yang menghadapi masalah ginjal.
Selalunya bayam tua yang direbus dan diminum dapat
membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.
BAYAM MERAH
(Amaranthus gangeticus)
Bayam merah (Amaranthus gangeticus) adalah
dari tumbuhan keluarga Amaranthacea. Ia adalah pokok
berbunga tahunan yang mempunyai bunga ungu gelap. Ia
mampu tumbuh setinggi 2-3 kaki tinggi. Tinggi batang daun
0.4-1 meter dan bercabang, batang lemah dan berair, daun
bertangkai, berbentuk bulat telur, lemas, panjang 5-8 cm,
ujung tumpul, pangkal runcing serta berwarna merah.
Khasiatnya dapat meningkatkan kerja ginjal, mengatasi
diabetes mellitus, kolesterol, darah tinggi dan melancarkan
pencernaan. Akar bayam merah berkhasiat sebagai obat
disentri.Kajian saintifik menunjukkan ia membantutkan
penyerapan kalsium. Kajian lain pula mencadangkan bahawa
disebabkan kadar antioksidanya yang tinggi, ia mungkin
mempunyai peranan radioprotective pada tikus.
Cara memasaknya sama ada boleh dimasak tumis air atau
dipanggil masak bening dan juga boleh cara masak tumis
dengan ikan bilis.
KAILAN
(Brassica oleracea)
Kailan (Brassica oleracea) adalah spesies tumbuhan dari
genus Brassica keluarga Brassicaceae yang bertaburan asal di
kawasan berbatu kapur pesisiran barat dan selatan
benua Eropah. merupakan sayuran daun memaparkan daun
tebal, rata, berkilat biru-hijau dengan batang tebal dan
sebilangan kecil kepala bunga kecil serupa brokoli. Brokoli dan
kailan tergolong dalam spesies yang sama Brassica oleracea,
tetapi kailan adalah dalam kumpulan alboglabra Rasanya
adalah sangat serupa dengan brokoli, tetapi sedikit lebih pahit
dan lebih nyata.
Sayur ini boleh disemai pada akhir musim panas untuk
penuaian awal musim sejuk. Anak benih ditanam pada musim
luruh akan bertahan sepanjang musim sejuk.
Sayur ini dimakan secara meluas dalam masakan China dan
kini terbiasa dalam juadah umum masakan Malaysia,
Persiapan biasa termasuk kailan goreng tumis,
kailan goreng dengan halia dan bawang putih atau ikan masin,
dan direbus atau dikukus dan dihidangkan dengan sos tiram.
Ia juga adalah perkara biasa dalam masakan
Vietnam, Myanmar dan masakan Thai.
KUCAI
(Allium tuberosum)
Kucai(Allium tuberosum) ialah daripada gugusan
tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan
(ia berbunga) dan sebagai sayuran. Kucai berasal dari Shanxi,
ditanam dan ternaturalisasi mana-mana di Asia dan seluruh
dunia.
Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan.
Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana
bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar
berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan
cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk
menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.
Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang
bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia
akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji
seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia
berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang
kukuh.
Kucaimengandungi vitamin B dan C, karotena dan
unsur belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit
seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk
membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang
dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga
melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan
pembekuan darah.
SALAD
(Latuca sativa)
SALAD (Latuca sativa) adalah tanaman sayuran jenis
berdaun dari keluarga Asteraceae yang di tanam
kebanyakkanya untuk di makan sebagai makanan salad
segar.
Terdapat berbagai-bagai jenis salad di tanam diseluruh
dunia. Salad yang ditanam di Malaysia terdiri dari salad
tanah tinggi dan salad tanah rendah. Salad tanah rendah
adalah dari jenis daun warna hijau.
Kajian mendapati setiap 100 gm salad mengandungi 55 Kcal
tenaga, 2.2 gm Karbohiderat, 1.1 gm Serat, 0.2 gm lemak,
1.4 gm Protin, 96 gm air, 166 microgram Vitamin A dan 73
micrograms Vitamin B2. Ada juga jenis salad yang kaya
dengan antioksidan dan Vitamin K serta Vitamin C. Salad
juga mengandungi dan menyerap lithium yang aktif.
Salad sesuai ditanam diatas tanah gembur berpasir yang
banyak bahan organan dan mempunyai saliran sempurna.
Biasanya salad ditanam diatas batas setinggi 4-6 inci dan
ditanam menggunakan biiji benih yang dicampur pasir halus
sebelum ditabur.
Salad akan matang dalam 28 -35 hari selepas ditanam
dimana daun-daunnya telah penoh dan sesuai untuk dipetik.
Cabut pokok salad dan potong menggunakan pisau tajam
untuk membiang akar dan bersihkan.
Salad dimakan sebagai salad mentah yang dipotong-potong
dan dicampur dengan sos salad dan bahan-bahan sayuran
lain. Salad juga dimakan sebagai ulaman dengan nasi
ayam, rojak dan bahan dalam burger.
SAWI
(Brassica juncea)
Sawi(Brassica juncea) merupakan sejenis tumbuhan yang
ditanam sebagai makanan jenis sayuran. Sayur ini banyak
terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia
banyak ditanam di kebun-kebun sayur dan di perkarangan
rumah dan popular digunakan dalam masakan harian. Rasa
sawi adalah lemak manis dan sedikit pahit. Ia bersifat panas
dan kering serta rangup apabila dimakan.
Herba sederhana besar boleh mencecah setinggi 50 cm.
Batang tidak berkayu, berwarna hijau. Daun tunggal,
sederhana besar, berbentuk bulat melonjong seakan sudu
dengan tangkai daun berwarna hijau yang panjang. Tepi daun
bergerigi halus, daun bergelombang kasar, urat daun di tengah
dan urat selerat jelas kelihatan, pucuk berwarna hijau muda,
warna hijau tua setelah matang. Bunga majmuk, kecil, kuning
terang, mempunyai kelopak, terdapat dalam jambak
bunga yang keluar dari hujung pucuk. Buah kecil, silinder
memanjang, berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi
perang apabila telah tua.
Sawi mengandungi air, karbohidrat, alkaloid, kalsium, kalium,
zat besi, zink, protein, lemak, vitamin dan serat.
Sawi boleh dimakan bagi merawat penyakit sembelit, buasir,
pencernaan bermasalah, kegemukan, dan tekanan darah
tinggi. Ia juga boleh dimakan bagi meningkatkan selera
makan, mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan.