Ulasan Buku 1
Tajuk : Nabi Hud a.s. Kaum ‘Ad Ditimpa Bala
Nama Saya Muhammad Haziq bin Mohd Hanafi, berumur 13 tahun, daripada kelas Lincah.
Hobi saya adalah membaca buku dan bermain bola sepak. Saya juga suka membantu nenek
saya mengemas rumah dan memasak semasa berada dirumah. Cita-cita saya adalah ingin
menjadi seorang polis yang akan berbakti kepada nusa bangsa.
Buku pertama yang telah saya baca bertajuk Nabi Hud a.s Kaum ‘Ad Ditimpa Bala ditulis
oleh Norul Azila Arifin dan diterbitkan oleh Penerbitan Addin Kualiti Books Sdn. Bhd yang
beralamat di Level 17, Blok A, Damansara Intan, No 1, Jalan SS 20/27, 47400 Petaling Jaya.
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Buku ini mengisahkan tentang Nabi Hud, para pengikut Nabi Hud yang taat dan kaum ‘Ad
yang degil dan menyembah berhala yang tinggal di negeri Ahqat. Nabi Hud adalah seorang
hamba Allah yang taat dan sangat memuliakan Allah SWT. Nabi Hud mengajak semua kaum
‘Ad yang tinggal di negeri Ahqat untuk berhenti menyembah berhala dan mengikut ajaran
Allah SWT. Namun mereka tidak mengendahkan kata-kata Nabi Hud a.s, meskipun
demikian, Nabi Hud tidak berputus asa dan sentiasa bersabar agar kaum ‘Ad ini sedar dan
kembali kepada ajaran yang benar iaitu ajaran Allah SWT. Tetapi malangnya Nabi Hud a.s
masih mendapat tentangan yang dasyat daripada kaum ‘Ad ini. Hal ini menyebabkan Allah
SWT murka dan menurunkan bala iaitu kemarau panjang dan rebut taufan selama 7 hari yang
menyebabkan Negeri Ahqaf musnah dan kaum ‘Ad yang degil itu meninggal dalam keadaan
tidak beriman dan dasyat. Nabi Hud a.s dan para pengikut baginda selamat dan mereka
bersyukur kerana dilindungi oleh Allah SWT. Mereka berpindah ke sebuah negeri yang aman
iaitu negeri Hadramaut.
Nilai murni yang terdapat dalam buku ini ialah, kasih sayang, kerjasama, kesabaran, baik
hati, kesederhanaan dan kepercayaan. Pengajaran yang saya dapat daripada buku ini ialah kita
harus mendengar nasihat supaya kehidupan menjadi lebih baik, selamat dan terhindar
daripada musibah. Sebagai manusia juga kita harus sentiasa ingat akan ajaran Allah SWT dan
tidak melalukan hal-hal yang tidak baik.
Nilai Murni :
1. Kasih Sayang
2. Kerjasama
3. Kesabaran
4. Baik hati
5. Kesederhanaan
6. Kepercayaan