PENANGGUHAN MAJLIS AKAD NIKAH DAN SOALAN LAZIM BERKAITAN
URUSAN NCR SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(PKP)
Selaras dengan penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah
diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini, adalah dimaklumkan bahawa
semua urusan permohonan Kebenaran Berkahwin dan Majlis Akad Nikah di seluruh
Negeri Sembilan DITANGGUHKAN SEHINGGA TAMAT TEMPOH PKP atau KE
SUATU TARIKH yang akan dimaklumkan kelak.
1. Soalan : Bolehkah saya memohon dan mendapatkan kebenaran berkahwin
sepanjang tempoh PKP?
Jawapan : Tidak.
2. Soalan : Adakah JHEAINS menguruskan Akad Nikah melalui Sidang Video?
Jawapan : Tidak.
3. Soalan : Saya menetap di Negeri Sembilan dan ingin bernikah segera.
Adakah JHEAINS akan memproses permohonan saya untuk
bernikah di negeri yang masih melaksanakan acara Akad Nikah
dalam tempoh PKP ini?
Jawapan : JHEAINS tidak memproses sebarang permohonan berkahwin
sehingga PKP ditamatkan.
4. Soalan : Saya dan pasangan telah pun mendapat kebenaran berkahwin
daripada JHEAINS. Namun pernikahan tidak dapat dilangsungkan
1
di Negeri Sembilan kerana dalam tempoh PKP. Adakah saya boleh
menggunakan kebenaran tersebut untuk bernikah di negeri yang
masih membenarkan acara Akad Nikah dijalankan dalam tempoh
PKP ini?
Jawapan : Tidak boleh kerana kebenaran berkahwin berkenaan adalah
khusus untuk dijalankan di Negeri Sembilan sahaja.
5. Soalan : Saya telah mengisi permohonan kebenaran berkahwin melalui
SPPIM sebelum tempoh PKP. Selepas tamat tempoh PKP
berkenaan adakah permohonan tersebut masih boleh digunakan?
Apakah tindakan saya?
Jawapan : Boleh. Tuan / puan hendaklah mencetak dan membawa borang
permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani ke
Pejabat Agama Islam Dearah tuan / puan bermastautin untuk
mendapatkan kebenaran berkahwin.
6. Soalan : Saya telah menghantar permohonan kebenaran berkahwin
sebelum tempoh PKP dilaksanakan tetapi belum mendapat
kebenaran tersebut. Apakah yang perlu saya lakukan?
Jawapan : Tidak perlu membuat permohonan baharu. Tuan / puan hanya
perlu menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah berkenaan
untuk mendapatkan kebenaran tersebut selepas tamat tempoh
PKP.
7. Soalan : Jika kebenaran berkahwin telah tamat tempoh (90 hari) disebabkan
tempoh PKP, adakah saya perlu mendapatkan kebenaran baharu?
Dan adakah akan dikenakan sebarang bayaran?
Jawapan : Tidak perlu kerana kebenaran tersebut akan dilanjutkan
selama tempoh 3 bulan selepas PKP berakhir. Walau
bagaimana pun tuan / puan perlu hadir ke Pejabat Agama Islam
Daerah yang mengeluarkanya untuk pelanjutan. Permohonan
pindaan tarikh adalah PERCUMA. Namun demikian sekiranya
2
pihak tuan / puan memohon untuk membuat pindaan tempat
berkahwin, bayaran akan dikenakan sebagaimana yang
ditetapkan di dalam prosedur permohonan perkahwinan.
8. Soalan : Saya difahamkan bahawa keputusan saringan HIV hanya sah
dalam tempoh 6 bulan sahaja. Bagaimanakah sekiranya keputusan
saringan tersebut tamat tempoh semasa PKP?
Jawapan : JHEAINS masih menerima pakai keputusan saringan HIV
tersebut dengan pelanjutan tempoh sah lakunya sehingga 3
bulan selepas PKP berakhir. Namun demikian tuan / puan
perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah bermastautin
untuk mendapatkan lanjutan tempoh berkenaan.
9. Soalan : Adakah Sijil dan Kad Perakuan Nikah dikeluarkan semasa tempoh
PKP?
Jawapan : Tidak.
10. Soalan : Saya bercadang untuk melangsungkan perkahwinan sebaik sahaja
tempoh PKP berakhir. Namun saya tidak berpeluang menghadiri
Kursus Pra Perkahwinan Islam disebabkan tiada kursus dianjurkan
dalam tempoh tersebut. Adakah saya dan pasangan boleh
memohon dan melangsungkan perkahwinan?
Jawapan : Pihak Ketua Pendaftar NCR atau Pegawai Agama Islam Daerah
atas budi bicaranya boleh memberi kebenaran kepada tuan /
puan untuk melangsungkan perkahwinan. Namun Sijil dan
Kad Perakuan Nikah tidak akan dikeluarkan sehinggalah tuan
/ puan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam tersebut.
Justeru, tuan / puan adalah dinasihatkan agar terlebih dahulu
menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam berkenaan
sebelum memohon kebenaran untuk berkahwin.
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
20 April 2020 / 26 Sya’aban 1441
3
TALIAN SEMENTARA
Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Berkaitan Isu NCR
Waktu Pejabat: Isnin – Jumaat
8.30 pagi – 4.30 petang
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
Puan Nur Fadzilah binti Abdul Ganie 0176866390
Puan Halimatun Sakdiah binti Abdullah 0123265037
Pejabat Agama Islam Daerah Seremban
Encik Hafiz bin Ahmad Kamal 0176559798
Puan Suhana binti Ibrahim 0196255240
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau
Encik Mahfiz bin Mohsin 0126213234
Puan Fatin Amirah binti Asrafa 0132227076
Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu
Puan Nor Faizatul Ezzati binti Isnan 0172828682
Puan Nur Aqilah binti Mohd. Yusoff 0133888524
Pejabat Agama Islam Daerah Tampin
Puan Norain binti Musa 0182234196
Puan Sharina biti Baharum 0196199109
Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson
Puan Azliza binti Azmi 0176858601
Puan Masliana binti Jarkari 01127749115
4
Pejabat Agama Islam Daerah Jempol
Puan Norkamisah binti Majid 0136816847
Puan Siti Norzaini binti Kamaruddin 0192042641
Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah
Puan Siti Norbaya binti Ahmad 0122923476
Puan Norhawati binti Majid 0176187454
5