Pekeliling Bil. 4/2020-NCR
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
PEKELILING BIL. 4/2020 - NCR
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN MAJLIS AKAD NIKAH ORANG ISLAM NEGERI SEMBILAN
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
1. TUJUAN
Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memperincikan tatacara
pelaksanaan majlis akad nikah dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) atau sehingga satu garis panduan baharu dikeluarkan oleh
pihak Kerajaan.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Sepanjang tempoh PKP, larangan menyeluruh terhadap pergerakan dan
perhimpunan ramai di seluruh negara termasuklah aktiviti keagamaan,
sukan, sosial dan budaya.
2.2 Ekoran daripada perintah tersebut Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan (JHEAINS) telah mengeluarkan tiga (3) Arahan Pentadbiran
berkaitan urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ Orang-orang Islam
Negeri Sembilan sebagaimana berikut:
1
Pekeliling Bil. 4/2020-NCR
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
a. Tatacara Majlis Akad Nikah Di Negeri Sembilan Sepanjang Tempoh
Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac
2020 bertarikh 17 Mac 2020 bersamaan 22 Rejab 1441H.
b. Arahan Penangguhan Majlis Akad Nikah mulai 28 Mac 2020
sehingga 14 April 2020 atau pun ke suatu tarikh yang akan
dimaklumkan kelak bertarikh 28 Mac 2020 bersamaan 03 Sya’aban
1441H.
c. Arahan Penangguhan Permohonan Kebenaran Berkahwin dan
Majlis Akad Nikah Dan Soalan Lazim Berkaitan Urusan NCR
bertarikh 20 April 2020 bersamaan 26 Sya’aban 1441H.
2.3 Berikutan arahan tersebut pihak JHEAINS telah menerima banyak
maklum balas, rayuan dan cadangan agar majlis akad nikah dibenarkan
sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
2.4 Sehubungan itu, JHEAINS telah menggariskan beberapa peraturan dan
syarat yang perlu dipatuhi bagi mana-mana pasangan yang ingin
meneruskan majlis akad nikah di dalam tempoh pelaksanaan PKP .
3. GARIS PANDUAN MAJLIS AKAD NIKAH SEMASA PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP)
3.1 Skop
a. Garis Panduan ini HANYA terpakai kepada pemohon yang telah
mendapat Kebenaran Berkahwin di Negeri Sembilan tetapi tidak
dapat melaksanakan majlis akad nikah berkenaan disebabkan
pelaksanaan PKP.
2
Pekeliling Bil. 4/2020-NCR
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
b. JHEAINS tidak memproses permohonan Kebenaran Berkahwin
baharu bagi tujuan permohonan akad nikah dalam tempoh larangan
ini.
c. Permohonan Kebenaran Berkahwin baharu hanya akan diproses
selepas tempoh pelaksanaan PKP dan bergantung kepada arahan
selanjutnya.
d. Majlis akad nikah hanya boleh dilakukan di Pejabat Agama Islam
Daerah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
sahaja atau mana-mana tempat yang diluluskan oleh Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
3.2 Tafsiran
a. Jurunikah: Ketua Pendaftar (KPNCR), Pendaftar (PNCR) dan
Timbalan Pendaftar (TPNCR) Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’
Orang Islam Negeri Sembilan.
b. Saksi Akad Nikah: Hanya terdiri dari kalangan Pegawai Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
c. Wali / Wakil Wali: Orang yang mempunyai kuasa untuk
menikahkan pengantin perempuan.
4. SYARAT-SYARAT KEBENARAN AKAD NIKAH
4.1 Majlis akad nikah dalam tempoh PKP hendaklah menepati syarat-syarat
berikut:
3
Pekeliling Bil. 4/2020-NCR
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
a. Hanya dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat
Kebenaran Berkahwin (sebelum tempoh PKP) daripada Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, dan:
i. Masih dalam tempoh sah laku daripada tarikh kebenaran
dikeluarkan atau tarikh kebenaran nikah jatuh pada tempoh
pelaksanaan PKP.
ii. Kebenaran mahkamah telah diperolehi bagi perkahwinan
berwali hakim, poligami dan pernikahan di bawah umur.
b. JHEAINS TIDAK melaksanakan majlis akad nikah melalui sidang
video (video conference) dalam tempoh PKP atau selepasnya.
c. Bakal pengantin dikehendaki mematuhi jadual yang ditentukan oleh
pihak JHEAINS atau Pejabat Agama Islam Daerah berkenaan.
d. Pasangan yang telah memperolehi Kebenaran Berkahwin sebelum
PKP dikuatkuasakan tetapi pernikahan tidak dapat dilaksanakan
disebabkan pelaksanaan PKP atau ingin menangguhkan majlis
akad nikah, boleh hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah
berkenaan selepas PKP ditamatkan untuk membuat
penyambungan tempoh kebenaran tersebut.
5. TATACARA MAJLIS AKAD NIKAH
Semua majlis akad nikah yang diadakan hendaklah mematuhi tatacara
berikut:
4
Pekeliling Bil. 4/2020-NCR
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
a. Majlis akad nikah hanya dilangsungkan di Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sembilan atau mana-mana Pejabat Agama
Islam Daerah di Negeri Sembilan tempat pemohon bermastautin.
b. HANYA bakal pengantin lelaki, perempuan, wali dan seorang
daripada keluarga pihak pengantin lelaki sahaja dibenarkan hadir.
c. Semua pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah hendaklah
berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai gejala atau
positif penyakit berjangkit.
d. Mematuhi semua Standard Operating Procedure (SOP) dan garis
panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,
Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi
penguatkuasaan berhubung kawalan penularan wabak penyakit
termasuk:
i. Pemeriksaan kesihatan (tiada simptom demam, batuk dan
selsema).
ii. Memakai penutup muka (face mask)
iii. Menyediakan pembersih tangan (hand sanitizer)
iv. Tidak berjabat tangan ketika lafaz ijab dan qabul
v. Pematuhan jarak sekurang-kurangnya satu (1) meter di
antara setiap yang hadir
e. Semua dokumen berkaitan pernikahan yang dikeluarkan oleh
Pejabat Agama Islam Daerah berkenaan hendaklah lengkap untuk
tujuan majlis akad nikah dan pendaftaran perkahwinan.
5
Pekeliling Bil. 4/2020-NCR
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
f. Tempoh maksimum perjalanan majlis tidak melebihi 20 minit
termasuk khutbah nikah dan bacaan ta’liq.
g. Mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa / Polis bagi
pasangan yang tinggal lebih daripada radius 10km dengan tempat
majlis akad nikah diadakan.
h. Pemohon dikehendaki menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah
yang berkenaan bagi tujuan mendapatkan kebenaran dan temu
janji majlis akad nikah.
i. Surat Pengesahan Nikah Sementara akan dikeluarkan sebaik
sahaja majlis akad nikah selesai. Sijil dan Kad Perakuan Nikah
akan dikeluarkan setelah pelaksanaan PKP berakhir.
6. PEMBATALAN MAJLIS AKAD NIKAH
Ketua Pendaftar / Pendaftar:
a. BOLEH untuk mengenakan syarat dan peraturan tambahan agar
tatacara dan perjalanan majlis menepati garis panduan kesihatan
dan keselamatan.
b. BOLEH membatalkan mana-mana permohonan majlis akad nikah
yang telah diluluskan kerana tidak mematuhi tatacara majlis akad
nikah yang telah ditetapkan atau apa juga arahan yang diberikan
dari semasa ke semasa.
7. TANGGUNGJAWAB DAN PEMATUHAN TERHADAP PKP
Bagi menjayakan majlis akad nikah:
6
Pekeliling Bil. 4/2020-NCR
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
a. Semua pihak yang terlibat DIKEHENDAKI mematuhi segala
arahan berkaitan PKP.
b. Segala risiko sama ada melibatkan aspek keselamatan, kesihatan
dan sebagainya yang timbul sebelum, semasa dan selepas
pelaksanaan majlis akad nikah adalah di bawah tanggungjawab
pihak pengantin dan keluarga pengantin.
c. JHEAINS TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya pasangan dan
keluarga pasangan ingkar serta tidak mematuhi arahan PKP yang
telah dikuatkuasa oleh Kerajaan.
8. PEMAKAIAN
Pemakaian Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan diguna pakai semasa
tempoh PKP dilaksanakan atau sehingga tarikh yang akan dimaklumkan
kelak.
9. PEMBATALAN
Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan yang dibuat oleh
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu juga semua Tatacara Majlis Akad Nikah Di Negeri Sembilan
Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) bertarikh 18 Mac 2020
bersamaan 22 Rejab 1441H yang dikeluarkan oleh Jabatan ini dan Arahan
Pentadiran Penangguhan Majlis Akad Nikah bertarikh 28 Mac 2020 bersamaan
03 Sya’aban 1441H serta 20 April 2020 bersamaan 26 Sya’aban 1441H adalah
DIBATALKAN.
7
Pekeliling Bil. 4/2020-NCR
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
10. TARIKH KUAT KUASA
Garis Panduan ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ia dikeluarkan.
PENGARAH
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
23 April 2020 / 29 Sya’aban 1441H
8
Pekeliling Bil. 4/2020-NCR
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
TALIAN SEMENTARA
Sepanjang Tempoh Perintah Pawalan Pergerakan (PKP) Berkaitan Isu NCR
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
Puan Nur Fadzilah binti Abdul Ganie 0176866390
Puan Halimatun Sakdiah binti Abdullah 0123265037
Pejabat Agama Islam Daerah Seremban
Encik Ahmad Hafiz bin Ahmad Kamal 0176559798
Puan Suhana binti Ibrahim 0196255240
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau
Encik Mahfiz bin Mohsin 012 6213234
Puan Fatin Amirah binti Asrafa 0132227076
Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu
Puan Nor Faizatul Ezzati binti Isnan 0172828682
Puan Nur Aqilah binti Mohd. Yusoff 0133888524
Pejabat Agama Islam Daerah Tampin
Puan Norain binti Musa 0182234196
Puan Sharina biti Baharum 0196199109
Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson
Puan Azliza binti Azmi 0176858601
Puan Masliana binti Jarkari 01127749115
9
Pekeliling Bil. 4/2020-NCR
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Pejabat Agama Islam Daerah Jempol
Puan Norkamisah binti Majid 0136816847
Puan Siti Norzaini binti Kamaruddin 0192042641
Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah
Puan Siti Norbaya binti Ahmad 0122923476
Puan Norhawati binti Majid 0176187454
10