The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI NUAIM (PAIP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nuaim Ismail, 2020-12-01 07:50:48

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI NUAIM (PAIP)

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI NUAIM (PAIP)

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

JABATAN PERDAGANGAN
JUN 2020

MUHAMMAD NUAIM BIN ISMAIL
(02DLS17F2052)

PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD (PAIP)
BANDAR INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN,

PAHANG

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK
SULTAN HAJI AHMAD SHAH
KUANTAN

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN
PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

1

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH
MUHAMMAD NUAIM BIN ISMAIL (02DLS17F2052)

DI
PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD
BANDAR INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN,

PAHANG
Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada Pensyarah Penilai Di Jabatan Perdagangan
Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan Diploma
Logistik Dan Rangkain Bekalan .

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
JUN 2020

i

PENGESAHAN PELAJAR

“ Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dari
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan Sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Pelajar : MUHAMMAD NUAIM BIN ISMAIL

No. Pendaftaran : 02DLS17F2052

Tarikh : 28.11.2020

ii

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya berjaya untuk menjalani serta
menamatkan latihan industri ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan terutamanya kepada pihak
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) khasnya kepada Encik Mohd Amil bin Hamzah selaku Pengurus
Ketua kewangan dan Puan Zaidah bin Saabar selaku Penolong Pengurus Kewangan (Asset) kerana memberi
peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di firma mereka iaitu bermula dari 13 Julai sehingga
27 November 2020.

Terlebih dahulu, saya ,Muhammad Nuaim Bin Ismail (02DLS17F2052) dari jurusan Diploma Logistik dan
Rangkaian Bekalan , ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak Pengurusan Air Pahang Berhad
(PAIP) kerana mengizinkan saya untuk menjalani program Latihan Industri di syarikat ini bagi mengambil
kesempatan yang amat berharga ini. Sepanjang saya menjalani Latihan IndustriPengurusan Air Pahang
Berhad, banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah di perolehi dalam tempoh 20 minggu. Sepanjang
saya berada di syarikat PAIP, saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar.

Selain itu ,saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada senior latihan industri saya iaitu Encik
Mohamad Az-Andieka bin Rosli ,senior - senior lain dan semua kakitangan PAIP kerana sentiasa
mengambil berat tentang perkembangan saya dan bersedia untuk memberi dorongan serta tunjuk ajar
sepanjang menjalani latihan industri di firma ini. Pengalaman ini akan saya manfaatkan ketika berada di
alam pekerjaan yang sebenar pada masa hadapan.

iii

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
khususnya kepada pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri serta pihak Jabatan Perdagangan dan Encik
Azre yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri dan
penyediaan Laporan Latihan Industri. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak
mungkin dapat menyiapkan Buku Laporan Industri saya ini.
Selepas itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya serta keluarga
yang telah memberikan nasihat dan sokongan yang terus menerus kepada saya untuk menyiapkan tugasan
laporan latihan industri dan semasa menjalani latihan industri. Akhir kata, saya sekali lagi ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku laporan saya ini.

iv

ISI KANDUNGAN

BAB 1 KANDUNGAN MUKA SURAT
BAB 2 JUDUL i
PENGESAHAN PELAJAR ii
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN iii iv
SENARAI JADUAL iv
SENARAI RAJAH v
SENARAI LAMPIRAN vi
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI vii
1.1 Pengenalan
1.2 Pendahuluan 1
1.3 Objektif Latihan industri 2
1.4 Objektif laporan Latihan industri 3
1.5 Kepentingan Latihan industri 4
LATAR BELAKANG ORGANISASI 5
2.1 Latar belakang Organisasi
2.2 Pengenalan Organisasi 6
2.3 Latar belakang penubuhan Organisasi 7
2.4 Ahli lembaga pengarah 8
2.5 Aktiviti Organisasi 9
2.6 Misi dan Visi Organisasi 10
10

BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN 12
INDUSTRI 12
BAB 4 3.1 Pengenalan 13-22
3.2 Latihan industri
BAB 5 3.3 Ringkasan aktiviti latihan industri 23
BAB 6 LAPORAN TEKNIKAL 24-28
4.1 Pengenalan 28-36
4.2 Spesifikasi peralatan yang digunakan 37-39
4.4 Proses kerja yang dilakukan 40-42
4.5 Amalan 5S
KESIMPULAN 43-45
KOMEN DAN CADANGAN 46
6.1 Pengenalan komen dan cadangan
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 47-68
LAMPIRAN

v

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 6
2 Logo Pengurusan Air Pahang Berhad
3 Bangunan Syarikat PAIP Berhad
4
5 Lokasi Syarikat PAIP Berhad
6
7 Carta Organisasi Syarikat
8 Menunjukan komputer yang digunakan
9
Menunjukan mesin fotostat dan mesin scan
10
Alat penbuk lubang
11
Menunjukan Troli 2 roda
12
13 Senarai stok awal dan stok ahkir bagi tahun
kewangan 2020 untuk daerah Bera (Agihan)
14 Kenarai stok awal dan stok ahkir bagi tahun
kewangan 2020 untuk daerah Bera (hasil)
15 Kesalahan yang terdapat di dalam laporan
16 stok
Kesalahan imbangan pembelian
17 Imbangan , pembelian dan quality yang
18 menajadi kosong kerana kesalahan telah
19 dibetulkan
20 Senarai alat pemadam kebakaran yang telah
luput untuk alat pemadam api jenis ABC
Senarai alat pemadam api untuk jenis CO 2

Surat yang dikeluarkan oleh pihak
atasan untuk melakukan pelaksaan audit
Pelaksaan audit di stok daerah kuantan.

Pelaksaan audit di stok daerah pekan
Pelaksaan audit di stok daerah Temerloh
Amalan 5S PAIP

vi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat pengesahan tamat latihan industri
B Tempat latihan industri.
C Aktiviti-aktiviti sepanjang latihan industri.
D Rekod kedatangan Latihan Paktikal

vii

BAB 1
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENGENALAN

Kursus Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan merupakan salah satu daripada kursus
pengajian yang ditawarkan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dimana ianya mengambil
masa selama tiga tahun. Semasa berada di semester ke-6 pelajar diwajibkan untuk menjalani
Latihan Industri (LI) Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Politeknik
dan tempoh Latihan Industri yang ditentukan adalah selama 5 bulan tetapi pada sesi Jun 2020
telah di pendekkan selama 4 bulan kerana pendemik covid 19 . Semua pelajar akan diberi
tempoh ini untuk menjalani Latihan Industri di mana-mana firma yang mereka pilih sendiri
ataupun yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan Politeknik.

Pada keseluruhannya Latihan industri (L.I) adalah satu pembelajaran dari segi teori dan
amali yang dijalankan di luar kampus.Latihan dari segi amali lebih dipraktikkan dalam tempoh
latihan yang mengambil masa selama lima bulan. Latihan ini juga merupakan pra-syarat dalam
penganugerahan sijil atau diploma politeknik kepada pelajar yang tamat pelajaran dari tempat
pengajian tersebut. Setiap pelajar diwajibkan lulus Latihan Industri sebelum layak untuk
menyambung pelajaran ke semester yang seterusnya. Dengan ini para penuntut Politeknik
semua harus memandang serius terhadap Latihan Industri ini dan kita tidak boleh memandang
remeh sahaja. Melalui Latihan Industri inilah kita akan dapat mengetahui alam pekerjaan yang
sebenar-benarnya.

1

1.2 PENDAHULUAN

Latihan industri merupakan sebahagian daripada kursus wajib yang perlu
diambil oleh pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, sebelum memperoleh
segulung ijazah. Latihan industri ini akan dilakukan dalam masa tiga bulan 9
hari di firma yang telah dipilih sendiri oleh saya atau yang telah ditetapkan.

Tujuan utama latihan industri ini adalah untuk mendedahkan kepada para
graduan terutamanya dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah agar lebih
bersedia dengan situasi sebenar dunia pekerjaan disamping menambah
kemahiran sendiri seperti berkomunikasi.

Selain itu, latihan industri ini juga membuatkan saya agar lebih bersedia
terutamanya dari segi akademik dan bukan akademik dengan semangat ingin
tahu yang tinggi. Walaupun saya tidak diberi melakukan sesuatu tugas itu, saya
akan diberi penerangan secara terperinci dan berguna untuk pengetahuan am.
Saya telah menjalani latihan industri di sebuah Syarikat yang bernama
Pengurusan Air Pahang Berhad yang terletak di Indera Mahkota . Sepanjang
tempoh latihan, saya telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dalam bidang
kerja-kerja inventori walaupun bidang tugas ini tidak dilakukan sepenuhnya
oleh saya dan masih di bawah pengawasan staf-staf senior.

Saya telah diberi penerangan dan tunjuk ajar yang jelas dan cukup
berguna sebagai pengetahuan am dalam bidang aset dan stor . Bukan itu sahaja,
saya juga telah didedahkan dengan persekitaran kerja yang sebenar dan dapat
mempelajari kemahiran sosial seperti komunikasi dan hubungan sosial.

2

Pada akhir latihan industri, saya berharap dapat mencapai objektif dan
tujuan menjalani latihan industri serta memanfaatkan segala ilmu yang telah
dipelajari dalam menghadapi cabaran era globalisasi dunia hari ini yang kian
mencabar.

1.3 Objektif Latihan Industri
Setiap pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan
menjalani latihan industri di sektor-sektor kerajaan mahupun firma-firma swasta
selama satu semester bagi melayakkan pelajar memperoleh diploma yang telah
diambil di politeknik berkenaan. Antara objektif latihan industri yang diperolehi
adalah seperti berikut :
1. Memahami budaya sebenar pekerjaan (corporate culture) sebagai persediaan
akan datang .
2. Memberi peluang bagi mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang berkaitan
dengan pengajian tersebut .
3. Melahirkan sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan tugasan .
4. Dapat mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik .
5. Boleh menanam semangat kerjasama dalam membuat kerja disamping
menjaga hubungan baik dengan pekerja serta organisasi.

3

1.4 Objektif Laporan Latihan Industri

Sepanjang tempoh menjalani latihan industri, sebuah buku laporan harian latihan
industri telah disediakan oleh setiap pelajar termasuk saya. Setelah selesai
menjalani latihan industri, saya dan pelajar lain telah diwajibkan untuk
menyediakan satu laporan khas latihan industri. Laporan ini adalah berdasarkan
kerja yang dilakukan semasa menjalani latihan industri selama satu semester.
Antara objektif laporan latihan industri yang saya dapat adalah:
1.4.1 Sebagai bukti untuk mengumpulkan segala maklumat atau data yang diperoleh
semasa menjalani latihan industri
1.4.2 Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja yang dilakukan
oleh pelajar
1.4.3 Untuk menerangkan secara bertulis mengenai kerja-kerja yang dilakukan dan
dipelajari semasa menjalani latihan ini
1.4.4 Sebagai rujukan kepada syarikat untuk penambahbaikan pada masa akan datang
1.4.5 Untuk memenuhi syarat penganugerahan diploma Politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia
1.4.6 Sebagai rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri pada masa
akan datang.

4

1.5 Kepentingan Latihan Industri

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia telah diwajibkan untuk menjalani latihan industri
selama satu semester. Pada semester akhir sekali iaitu semester enam, pelajar
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia diwajibkan untuk menjalani
latihan industri . Latihan industri perlu dijalankan sebelum diberikan
penganugerahan diploma itu.

Kepentingan latihan industri ini kepada saya ialah mendapat pendedahan
kepada suasana bekerja sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
Para pelajar akan diberi pendedahan ke dunia pekerjaan sebenar serta belajar
cara menguruskan keadaan dan situasi di tempat kerja disamping menggunakan
kemahiran yang dipelajari sepanjang berada di Politeknik Sultan Haji Ahmad
Shah.

Selepas aktiviti latihan industri berakhir,saya berasa lebih biasa dan yakin
kerana dapat memahami situasi sebenar pekerjaan. Secara tidak langsung, apa
yang telah dipelajari sepanjang tempoh berada di politeknik dapat saya gunakan.
Malah, ia juga membantu saya menambahkan pengetahuan am serta
pengetahuan tentang kerja untuk diri saya.Tambahan pula, pengetahuan yang
diperoleh di tempat kerja amat berguna setelah saya tamat pengajian.

5

BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI,

Rajah 1 : Logo PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD

Nama Syarikat : PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD
: Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari
Nama Ketua Pengawai Eksekutif : PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD

Alamat Premis INDERA MAHKOTA,25200,KUANTAN
BANDAR

6

2.2 PENGENALAN ORGANISASI.

Rajah 2 : Bangunan Syarikat PAIP Berhad

Rajah 3 : Lokasi Syarikat PAIP Berhad
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) adalah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri
Pahang yang bertanggungjawab menguruskan bekalan air seluruh Negeri Pahang. PAIP juga
bertanggungjawab ke atas perancangan, pembangunan dan pengurusan Sistem Bekalan Air
Negeri Pahang Darul Makmur di samping mengebil dan memungut hasil bekalan air bagi pihak
Kerajaan Negeri Pahang. PAIP juga bertindak sebagai penasihat atau perunding kepada
Kerajaan Negeri Pahang kepada perkara-perkara yang melibatkan industri bekalan air.

7

2.3 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) secara rasminya telah di tubuhkan pada 1
Februari 2012 melalui pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) dan merupakan
anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Dengan pengkorporatan JBAP, Kerajaan
Negeri dengan secara rasminya menyerahkan urusan operasi merawat, membekal, membersih
dan memungut hasil air daripada penjualan air bersih yang selama ini dikendalikan oleh JBAP
kepada PAIP.

PAIP telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai operator
bekalan air untuk Negeri Pahang selaras dengan peruntukan Akta 655 (Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006). Dengan itu, PAIP berfungsi memberi perkhidmatan bekalan air bersih
yang memuaskan dari segi kuantiti dan kualiti kepada pengguna dengan cara yang paling
berekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pahang Darul
Makmur.

Selain daripada itu, PAIP juga bertanggungjawab ke atas perancangan, pembangunan dan
pengurusan Sistem Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur di samping mengebil dan
memungut hasil bekalan air bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang. PAIP juga bertindak sebagai
penasihat atau perunding kepada Kerajaan Negeri Pahang kepada perkara-perkara yang
melibatkan industri bekalan air.

8

2.4 AHLI LEMBAGA PENGARAH.

1. YB. DATO' SRI IR. HAJI MOHD. SOFFI BIN TAN SRI ABD. RAZAK
(Pengerusi)

2. YB. DATO' SRI DR. SALLEHUDDIN BIN ISHAK
(Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang)

3. YB. DATO' INDERA HAJI MOHAMAD ROSLAN BIN HARUN
(Pegawai Kewangan Negeri Pahang)

4. YB. DATO' SRI SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM
(Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang)

5. YH. DATO' INDERA NAZRI BIN ABU BAKAR
(Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Pahang)

6. YBhg. PROF DATO' IR. DR. A. BAKAR BIN JAAFAR

7. YBrs. IR. SYED MAHMOR BIN SYED ABU BAKAR

8. ENCIK MOHD KHUSAINI BIN HARUMAINI

9

2.5 AKTIVITI ORGANISASI.

a) Tempoh masa bekerja :
Hari Bekerja : Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja : 8.00 Am – 5.00 Pm
Cuti : Sabtu & Ahad

b) Antara perkhidmatan yang terdapat di Pengurusan Air Pahang Berhad:
• Menjadi sebagai penasihat atau perunding kepada Kerajaan Negeri Pahang kepada
perkara – perkara yang melibatkan industri bekalan air.
• Menyediakan perkhidmatan dan pengurusan air untuk negeri Pahang.Pengurusan Air
Pahang Berhad (PAIP) ada syarikat yang menyediakan air untuk negeri Pahang dan
penduduk negeri Pahang

2.6 MISI DAN VISI ORGANISASI.
2.6.1 MISI

i. “ Menjadi penyedia perkhidmatan bekalan air bertaraf dunia”

2.6.2 VISI
i. Memberi focus kepada kehendak pelanggan .
ii. Mengurus sistem bekalan air dengan menggunakan amanlan terbaik .

iii. Membangunkan mogal insan yang berteraskan inovasi dan kreativiti .
iv. Menjadi ITC sebagai pemacu kepada kecemerlangan organisasi .
v. Menguruskan pengurangan NRW secara berkesan dan berterusa

10

CARTA ORGANISASI.

Rajah 4 : Carta Organisasi Syarikat
11

BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 PENGENALAN

Bab ini merangkumi sepanjang aktiviti yang pelatih lakukan semasa dalam tempoh Latihan
Industri. Tarikh permulaan adalah 13 Julai 2020 sehingga 27 November 2020 bersamaan 20
minggu. Setiap laporan Latihan Industri yang ditulis di dalam buku jurnal refleksi adalah
merupakan satu catatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang berkaitan perjalanan
Latihan Industri.

Selain itu, penulisan laporan ini adalah mengambil kira setiap tugasan mengikut keutamaan
yang sistematik dan bersepadu serta laporan disesuaikan dengan perhubungan semasa agar
peningkatan diri di dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah dapat membangun dengan
seiringan.

3.2 LATIHAN INDUSTRI .
Sepanjang menjalani Latihan Industri (L.I) bertempat di Pengurusan Air Pahang Berhad,

pelajar telah mengikuti segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama seperti
kakitangan di syarikat ini. Setiap hari secara rasmi, waktu bekerja bermula pada jam 8.00 pagi,
dan berakhir pada jam 5.00 petang iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat. Manakala hari Sabtu
dan Ahad syarikat ini tidak beroperasi (cuti). Semasa dalam latihan industri di Pengurusan Air
Pahang Berhad ini, pelatih telah didedahkan dengan pelbagai pengalaman kerja berkaitan
dengan perancangan perniagaan dan pembangunan. Pelajar juga didedahkan dengan bekerja
luar mengikut staff ke stor-stor daerah negeri pahang untuk memastikan barang adan peralatan
mengikut spesifikasi yang diberikan oleh SPAN dan seperti di jadual .

12

3.3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

Sepanjang pelajar menjalani Latihan Industri (L.I) di syarikat ini, pelajar tidak diberi
jadual kerja khusus dan tetap. Walaubagaimanapun, pelajar telah diberi kepercayaan dan
keyakinan untuk membuat serta membantu staff yang bertugas untuk menyiapkan segala kerja
tepat pada masanya. Pelajar juga diberi perjelasan dalam bentuk perbincangan dan bersoal
jawab di antara satu sama lain serta diberi kesempatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang cara menyelenggara komputer dan rangkaian.

Pada keseluruhannya, dapatlah diterangkan secara ringkas bidang dan tugas yang
dilakukan sepanjang tempoh Latihan Industri (L.I) selama 5 bulan di Pengurusan Air Pahang
Berhad di mana kesemua pekerja melakukan bidang tugas yang berkaitan dengan kewangan
,akuan , asset dan stor .

Berikut adalah Jadual 1 di mana ringkasan aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di Pengurusan Air
Pahang Berhad.

MINGGU AKTIVITI

Minggu ke 1 i. Melapor diri di Pengurusan Air Pahang Berhad
(13july -17 july) (PAIP)

ii. Sesi memperkenalkan diri dan mendengar
taklimat dari ketua pengawai kewangan.

iii. Mengenal suasana alam perkerjaan dengan
menmuai kerja.

iv. Melawat dan melihat stor PAIP

13

MINGGU AKTIVITI

Minggu ke 2 i. Mempelajari cara membuat pengiraan asset
(20july -24july) dan inventori yang di lakukan oleh pihak
PAIP.

ii. Mempelajari cara menlakukan analisi
senarai stok awal dan stok akhir bagi tahun
kewangan akhir tahun.

iii. Analisi senarai stok untuk semua daerah di
Pahang. Untuk Agihan dan hasil

iv. Mencari pelan tanah untuk daerah bentong
yang minta oleh penyelia.

Minggu ke 3 i. Menyambung membuat analisi senarai stok
(27july- 30july) awal dan stok akhir.

ii. Membuat surat pemeriksa pelupusan stok
mengikut format yang diberi oleh penyelia.

iii. Membuat format surat pemeriksa
pelupusan asset alik.

iv. Cuti raya haji khamis , jumaat dan isnin.
Isnin ambil cuti sendiri.

14

MINGGU AKTIVITI

Minggu ke 4 i. Mempelajari membuat kerja merekod pelupusan
(4ogos -7 ogos) asset alih dan stor

ii. Melakukan rekod barang pelupusan stok.
iii. Penyelia bincang untuk pergi ke loji paip daerah

pekan.
iv. Melakukan lawatan ke tapak loji di daerah pekan

bersama pihak Pengurusan Aset Air Malaysia.
v. Mempelajari dan melakukan pengiraan barang atau

asset di kawasan pusat latihan di janda baik daerah
bentong.

Minggu ke 5 i. Menyambung melakukan pengiraan asset di pusat
(10 ogos – 14 ogos) latihan janda baik di daerah bentong.

ii. Melakukan lawatan di stor daerah kuantan bersama
penyelia.

iii. Menyusun atur barang barang kegunaan pejabat ,
untuk memudahkan pemindahan barang baru.

iv. Melihat asset yang di miliki oleh Pengurusan Air
Pahang Berhad .

v. Menyusun baucer pembayaran.
vi. Menyambut hari merdekaan di Pengurusan Air

Pahang Berhad.

15

MINGGU AKTIVITI

Minggu ke 6 i. Mengira dan merekodkan tanah dan asset paip di
(17 ogos -21 ogos ) seluruh negeri Pahang, seperti logi intake(muka
sauk) ,tangki dan rumah pam.

ii. Mengangkat kotak surat hasil( bil) yang baru sampai
untuk simpan di dalam stor sebelum diambil oleh
orang daerah-daerah di negeri Pahang.

iii. Menyusun barang yang baru sampai di dalam stor.
iv. Malakukan pencarian kesalahan yang berlaku pada

laporan agihan dan hasil.

Minggu ke 7 i. Mengemas dan menyusun atur barang di stor
(24 ogos -28 ogos ) cenderhati dan kotak air minuman.

ii. Membuat surat lantikan sebagai lembaga pemeriksa
pelupusan stok paip. Untuk menlupuskan barang
barang yang tidak digunakan oelh pihak paip.

iii. Membuat boring pindahan stok
iv. Mencari pelan tanah, pelan yang dicari ialah pelan

loji air di kuala lipis, jerantut dan bentong.

16

MINGGU AKTIVITI

Minggu ke 8 i. Mengemaskini pengiraan kewangan kerja-kerja
(1 september- 4 september) rumah pam untuk tahun 2017 di daerah kuala lipis
dan maran.

ii. Mengemas stor dan membuat barang yang telah
luput.

iii. Melakukan pengambilan air minuman untuk di beri
kepada askar wataiah paip.

Minggu ke 9 i. Merekodkan barang yang di ambil oleh daerah
(7 september- 11september) pekan, dan rompin.

ii. Merekodkan dan megemaskini invoice TNB untuk
bulan 3 untuk kegunaan audit dan perakuan.

iii. Menyambung merekodkan dan mengemaskini
invoice TNB untuk bulan 2

iv. Merekodkan barang barang yang baru sampai untuk
dimasukkan di dalam stor.

v. Mengemas stor untuk kelihatan lebih kemas dan
mudah untuk melakukan pergerakan.

17

MINGGU AKTIVITI

Minggu ke 10 i. Mempelajari cara merekodkan pergerakan stok
(14 september- 18 september) sebulan mengikut daerah pergerakkan stok terbagi

kepada 2 iaitu untuk agihan dan hasil, untuk daerah

Rompin

ii. Menyambung tugasan semalam iaitu merekodkan

pergerakkan stok, untuk daerah Kuantan, Lipis dan

Maran

iii. Cuti Malaysia

iv. Menyambung membuat rekodkan pergerakkan stok

untuk daerah Temerloh, Bentong dan Raub.

i. Merekodkan pergerakan stok sebulan untuk tahun

2019 untuk daerah Temerloh ,Bentong .Pekan

ii. Menyambung rekod pergerakan stok untuk daerah

Rompin Jerantut,Bera,Cameran ,Raub.

Minggu ke 11 iii. Merekodkan air minuman yang baru sampai.air
( 21 september-25 september)

minuman yang baru dihantar oleh perkilang.

iv. Menyimpan dan menyusun kotak air minuman di

dalam stor air.

18

MINGGU AKTIVITI

Minggu ke 12 i. Mengira asset alih di bangunan ibu pejabat paip
( 28 september-2 oktober) ii. Merekodkan pengambilan air minuman yang

diambil oleh daerah.
iii. Melakukan kemas stor air minuman
iv. Merekod dan mengira stock air minuman yang

masih ada di dalam stor untuk di tambah.
v. Melakukan latihan kebakaran di ibu pejabat paip.

Minggu ke 13 i. Mengemas dan mengatur susun atur di dalam stor.
(5oktober -9oktober) ii. Pergi ke loji rawatan air panching untuk mengira

asset alih di logi tersebut.
iii. Tagging asset yang telah di kira di loji rawatan air

panching untuk kegunaan audit luar.
iv. Mencari maklumat asset paip,cari pelan tanah untuk

rumah pam, untuk daerah di Bentong dan Lipis.

19

MINGGU AKTIVITI

Minggu ke 14 i. Merekodkan pengambilan barang-barang yang
(12oktober -16oktober) diambil oleh daerah bentong.

ii. Merekod jumlah barang mengikut jenis yang ada di
dalam stor .

iii. Merekodkan dan mengemaskini invoice TNB bulan
12.

iv. Merekodkan alat pemadam kebakaran yang telah
luput.

Minggu ke 15 i. Menyambung merekodkan alat pemadam kebakaran
(19oktober -23oktober) yang telah luput.

ii. Menghantar bantuan air minuman sebanyak kepada
10 kotak kepada frontline di kawasan sungai ular.

iii. Mengemaskan dan menyusun stor air minuman.

20

MINGGU AKTIVITI

Minggu ke 16 i. Melakukan pelaksanaan audit stor untuk daerah
(26oktober -30 oktober) Kuantan.

ii. Melakukan pelaksanaan audit stor untuk daerah
Pekan.

iii. Melakukan pelaksanaan audit stor untuk daerah
Rompin.

iv. Cuti Maulidur Rasul
v. Membantu rakan sekerja lain membuat kerja.

Minggu 17 i. Mengemas stor dan susun barang untuk kelihatan
(2 november – 6 november) kemas.

ii. Menyambung melakukan pelaksanaan audit stor
untuk daerah Maran

iii. Melakukan pelaksanaan audit stor untuk daerah
Temerloh yang terakhir.

iv. Melakukan pengiraan asset alih yang melibatkan
kegunaan untuk pembaiki paip

v. Membantu merekod invoice TNB untuk
pembayaran.

21

MINGGU AKTIVITI

Minggu 18 i. Merekod pergerakkan stor yang digunakan untuk
( 9 november – 13 november) daerah-daerah.

ii. Menangkatan dan menyimpan stok air minuman
baru yang sampai.

iii. Mengira stok air minuman yang baru sampai.
iv. Mencari pengumpulan data muka sauk, mencari

maklumat pelan tanah.
v. Mencari pelan tanah untuk semua daerah.

Minggu 19 i. Menyiapkan mencari pelan tanah untuk daerah
(16 november – 20 november) Raub,Lipis ,Bera

ii. Merekodkan pengiraan barang atau asset alih
iii. Merekodkan pengambilan barang di stor.
iv. Mengira barang di stor.

Minggu 20 i. Mengemas stor dan menyusun barang yang tidak
(23 november – 27 november) susun.

ii. Merekodkan pengambilan barang dari daerah
kuantan

iii. Menyambut hari perpisahan .
iv. Merekodkan dan mengangkat air minuman untuk

diber kepada mangsa banjir.

22

BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN

Sepanjang tempoh latihan industry di syarikat ini, pelatih berpeluang untuk
mempelajari hampir kesemua bahagian yang ada terdapat di dalam syarikat milik organisasi ini.
Perkara ini meliputi bagaimana gudang ini menguruskan satu – satu bahagian dengan baik, cara
berkesan untuk menangani pelbagai masalah yang berlaku dan bagaimana untuk menggunakan
tenaga kerja yang banyak untuk menghasilkan pengeluaran yang optimum. Masalah yang
berlaku bergantung pada situasi dan biasanya akan ada masalah – masalah baru yang timbul
bergantung pada masa dan keadaan. Sedikit sebanyak memerlukan kreativiti dan kerja keras
daripada pihak pengurusan gudang dalam membuat perancangan bagi memastikan aktiviti
gudang dapat dijalankan dengan baik dan dapat melakukannya dengan cemerlang.

4.1 . SPESIFIKASI PERALATAN YANG DIGUNAKAN

4.1.1 Pejabat
a. Penggunaan komputer.
b. Penggunaan mesin fotostat.
c. Alat penebuk lubang.

23

4.1.2 Stor
a. Penggunaan Troli

4.3. TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN
4.3.1. Komputer

Rajah 5 menunjukkan komputer yang digunakan .

Fungsi Komputer
Sebagai alat yang digunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja

memasukkan data, membuat laporan,menyimpan data dan menganalisis
data. Alatan ini juga berfungsi untuk berkomunikasi dan melayari internet.
Langkah-langkah menggunakan komputer.

a. Menghidupkan suis komputer.
b. Menyalakkan komputer/menghidupkan suis komputer.
c. Memulakan kerja.

24

d. Setiap dokumen atau kertas yang ditaip/direkod, hendaklah
disampan dengan klik pada butang save document untuk
mengelakkan kehilangan dokumen yang penting di dalam perisian
komputer.

4.3.2. Mesin fotostat dan mesin scan

Rajah 6:menunjukkan mesin fotostat dan
mesin scan.

Fungsi Mesin Fotostat

Fungsi mesin fotostat adalah digunakan bagi kerja-kerja untuk membuat

salinan ke atas dokumen dalam bilangan jumlah yang banyak. Alatan ini

juga berfungsi untuk mencetak dokumen yang diterima melalui internet

atau email. Selain berfungsi untuk mencetak kerja-kerja yang disimpan di

dalam perisian komputer.

25

Langkah-langkah menggunakan mesin fotostat
I. Fotostat dokumen
a. Letakkan kertas/ dokumen yang ingin difotostatkan di atas
dulang/ ruang yang disediakan di bahagian atas mesin.
b. Tetapkan bilangan kertas yang hendak di fotostat.
c. Tetapkan segala butiran dokumen di kalangan skrin mesin fotostat.
d. Tekan butang start.
II. Cetak dokumen dari komputer.

a. Buka dokumen yang hendak di cetak.
b. Klik butang print dan tetapkan jumlah yang hendak di cetak.
c. Cetakkan selesai.
III. Scan dokumen ke komputer
a. Letak dokumen yang hendak di scan.
b. Klik butang print dan pilih nama yang hendak di simpan.
c. Tekan butang start.

26

4.3.3 Alat penebuk lubang.

Rajah7 : Alat penebuk lubang

Fungsi alat penebuk lubang .
Alat penebuk lubang ini kebiasaannya digunakan untuk menebuk dokumen-dokumen untuk
disimpan di dalam fail.
4.3.4 Troli

Rajah 8: Menunjukkan Troli 2 roda dan 4 roda

27

Fungsi Troli
Untuk mentransfer barang yang berukuran kecil dan ringan dari tempat satu ke tempat lainnya.
Selain itu untuk mengangkat barang atau kotak air danjuga untuk mengangkat dan mengangkut
alat - alat inventory firma .

4.4. PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

4.4.1 Membuat semakan senarai stok awal dan stok ahkir bagi tahun kewangan 2020

Langkah-langkah proses membuat semakan stok awal dan stok ahkir bagi tahun
kewangan 2020 ialah :

a) Berdasarkan rajah 9 proses ini menggunakan dalam berbentuk EXCEL .

b) Stok awal dan stok akhir ni terbagi kepada dua yang pertama ialah untuk unit
agihan dan yang kedua ialah untuk unit hasil.

c) Selepas telah membuka EXCEL tersebut perlu membuat salinan (copy) untuk
memudahkan mencari kesalahan di report .

d) Setelah copy dilakukan, mencari pembelian dan quality yang tidak sama di
awal pembelian dan akhir pembelian untuk bulan itu.

e) Selalu nya , kesalahan ialah disebabkan oleh salah memasukkan jumlah yang

betul.

28

f) Selepas menjumpai kesalahan pada laporan stok perlu untuk membaiki jumlah
tersebut.

g) Apabila telah menjumpai masalah perlu melihat pembelian jumlah quality dan harga
(RM) awal dengan akhir adalah sama atau tidak sama.

h) Jumlah tidak sama perlu untuk menlakukan imbangan.Untuk menjadi jumlah
pembelian quality dan harga (RM) menjadi sama. Jumlah pembelian dengan
quality dan harga (RN) menjadi kosong .

Rajah 9 : senarai stok awal dan stok ahkir bagi tahun kewangan 2020 untuk
daerah Bera (Agihan)

29

Rajah 10 : senarai stok awal dan stok ahkir bagi tahun kewangan 2020 untuk

daerah Bera (hasil)

Rajah 11: kesalahan yang terdapat di dalam laporan stok

30

Rajah 12 : kesalahan imbangan pembelian

Rajah 13 : Imbangan , pembelian dan quality yang menajadi kosong kerana kesalahan telah dibetulkan

31

4.4.2 Merekodkan alat pemadam kebakaran yang telah luput

Di semua pejabat paip, loji ,dan rumah pam telah menyediakan alat pemadam api untuk
memudahkan memadamkan kebakaran yang kecil. Selain itu, alat pemadam api menjadi kurang
berkesan bergantung pada faktor masa semakin lama sesebuah alat berikut menjadikan ia kurang efaktif
Setiap alat pemadam api mempunyai tarikh pembuatan yang ditandai pada bahagian badannya.Tetapi
ada alat pemadam api yang telah tidak boleh dipakai dan harus dilupuskan.Alat pemadan api yang perlu
diluputkan untuk 3 tahun sebanyak 330 biji yang perlu diluputkan. Alat pemadam api ada 2 jenis yang
berbeza antaranya, alat pemadam api ABC sebanyak 214 biji dan alat pemadan api CO2 sebanyak 116
biji.

Langkah langkah merekodkan alat pemadam kebakaran yang telah luput .

a. Mengambil maklumat alat pemadam kebakaran yang perlu diluput.
b. Selepas telah mengambil maklumat, perlu membuat jadual pelupusan.
c. Membuat jadual perlu mengunakan WORD.
d. Setelah membuka word perlu membuat kotak.
e. Dengan maklumat diberi perlu mengasing kepada dua bahagi satu alat pamadam api ABC dan

kedua alat pemadam api CO2.
f. Perlu menletakan bil,tahun dikilangkan,no siri dan catatan.
g. Dan meletakan alat pemadam api diluputkan tersebut di dalam kotak yang telah di buat.

32

Rajah 14 : senarai alat pemadam kebakaran yang telah luput untuk alat pemadam api jenis ABC

Rajah 15 : senarai alat pemadam api untuk jenis CO 2

33

4.4.3 Pelaksaan pengauditan stok

Pengauditan boleh ditakrifkan sebagai suatu pemeriksaan, analisa dan nilaian yang
berterusan dan sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu
organisasi bagi menentukan samada prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-polisi pengurusan,
peraturan dan prosedur dipatuhi.. Pelaksaan pengauditan stok bagi persediaan penutup akaun
tahunan PAIP bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2020.melakukan audit pada tarikh
26-28 Oktober 2020 dan 02-09 November 2020 di semua pejabat dan stor PAIP daerah.

Langkah-langkah pelaksanaan pengauditan stok.
a. Pergi ke semua daerah untuk melakukan pelaksaan audit stok
b. Perlu pengauditaan untuk agihan dan hasil.
c. Perlu memastikan semasa pengauditanan nilai dan bilangan stok dalam
laporan yang diberi.
d. Perlu memastikan baki akhir stok di laporan stor bulanan adalah baki awal
stok adalah sama di dalam laporan.

34

Rajah 16 : Surat yang dikeluarkan oleh pihak
atasan untuk melakukan pelaksaan audit

Rajah 17 : Pelaksaan audit di stok daerah kuantan.

35

Rajah 18 : Pelaksaan audit di stok daerah pekan

Rajah 19 : Pelaksaan audit di stok daerah Temerloh

36

4.5 Amalan 5S

4.5.1. Pengenalan 5S

Amalan 5s merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelapori oleh pihak industri di Jepun
bagi mewujudkan persekitran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5s
bermatlamat bagi mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan pratikal.
Pelaksanaan Amalan 5s yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkidmatan, menjimatkan
kos dan mernudahkan proses kerja. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan,
kekemasan dan keselamatan di tempat kerja. Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi
Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya
dalam memenuhi keperluan Pengurusan sumber berkaitan persekitaran kerja. Pelaksanaan
Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej
korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.

4.5.2. Dasar 5S

Pengurusan air Pahang Berhad sebagai pembekal menyediakan perkhidmatan bekalan air untuk
negeri Pahang berkebolehan mengamalkan 5s ke arah tempat kerja yang bersih, kemas dan
teratur untuk mencapai produktiviti, kualiti, keselamatan dan peningkatan keyakinan pelanggan.

37

4.5.3. Matlamat 5S

I. Komitmen untuk meningkatkan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.
II. Komitmen untuk penambahbaikan kualiti sebagai hasil daripada kejayaan dan peralatan

bersih.
III. Komitmen untuk mencapai keberkesanan kos dengan meningkatkan kecekapan operasi

yang disebabkan oleh downtime peralatan yang lebih rendah dan kelewatan.
IV. Komitmen untuk penghantaran tepat pada masanya.
V. Komitmen untuk meningkatkan semangat berpasukan, disiplin kerja atau budaya dan

semangat untuk semua kakitangan.
4.5.4. Maksud 5S untuk PAIP

Rajah 20 : amalan 5S PAIP

38

4.5.5. SEIRI (SISIH)
• Sisih barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.

4.5.6. SEITON (SUSUN)
• Susun barang yang diperlukan dengan teratur.

4.5.7. SAPU (SEISO)
• Bersihkan kawasan tempat kerja dan pastikan tidak kotor.

4.5.8. SERAGAM(SHEIKETSU)
• Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih.

4.5.9. SENTIASAL AMAL (SHITSUKE)
• Sentiasa mengamalkan Sistem 5S secara berterusan.

4.6. Kesimpulan
Pemeriksaan dan menganalisis kerosakkan pada produk atau barang perlulah dilakukan sebaik
mungkin bagi mengelak kan kerugian pada syarikat. Bagi mengekalkan nama baik syarikat dan
kualiti pengeluaran, semua pihak perlulah bertanggungjawab dalam melakukan kerja yang
diamanahkan.

39

BAB 5
KESIMPULAN

1.1 KESIMPULAN

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah menetapkan semua pelajar
politeknik untuk menjalani latihan industri sebagai syarat sebelum menerima pengiktirafan
diploma. Secara tidak langsung, program latihan industri ini memberi banyak manfaat serta
ganjaran untuk setiap pelajar politeknik ini.

Tujuan utama latihan industri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang
keadaan sebenar dunia pekerjaan. Ia merupakan suasana yang pelajar akan berasa lebih
bertangggungjawab,berdisiplin serta berdikari dalam melakukan tugas-tugas yang diberikan.

Selain itu,dalam dunia pekerjaan sebenar terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi.Oleh
sebab itu, sikap profesionalisme dan kepintaran pelajar amat penting untuk menangani masalah
yang ditempuhi dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Bermula dari 13 July 2020 hingga 27
November 2020 di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) , pelbagai pengetahuan dan
pengalaman yang telah saya perolehi.

40

Selain itu, saya juga telah berjaya untuk menanam rasa tanggungjawab dan berdisiplin untk
kerja yang telah dibuat. Terdapat banyak perkara baharu yang telah saya pelajari. Antaranya :

a. Mempelajari cara cara untuk berkomunikasi samada dengan klien atau pekerja .
b. Memahami serta dapat menerapkan sistem pengurusan organisasi dalam

membuat tugasan yang diberikan .
c. Meningkatkan tahap keyakinan yang tinggi .
d. Dapat merasa sendiri pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang

sebenar yang lebih mencabar dan menimba ilmu pengetahuan .

Sejujurnya,latihan industri memberikan manfaat yang banyak kerana ia telah memberi
peluang khususnya kepada pelajar untuk mengalami sendiri , serta mengetahui bahawa situasi
bekerja merupakan situasi yang berbeza dengan situasi pembelajaran .

Di samping itu, pihak politeknik juga banyak memberi petunjuk dan pengetahuan mengenai
latihan industri untuk dilaksanakan dengan jayanya. Saya disini ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan pihak Pengurusan Air
Pahang Berhad (PAIP) kerana

tidak berasa jemu untuk memberikan ilmu kepada saya disamping menerima kehadiran
saya untuk sepanjang tempoh ini .

Selepas tamat latihan industri, saya berasa lebih yakin dalam melakukan tugasan . Hal ini
kerana dengan berbekalkan pengalaman kerja yang diperoleh sepanjang latihan industri ini amat
berguna dalam dunia pekerjaan yang sebenar pada masa akan datang .

41

Kesimpulannya , setiap pelajar akan memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang
berguna dan bermanfaat selepas menjalani program latihan industri. Secara tidak langsung ,
pelajar dapat belajar supaya untuk menjadi lebih bertanggungjawab serta memberikan
komitmen sepenuhnya terhadap tugasan yang diberikan , terutamanya tugasan secara
berkumpulan .

Pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) juga banyak memberi sokongan dan
dorongan kepada pelajar yang menjalani latihan industri dalam usaha untuk mendidik dan
menasihati mereka dalam setiap perkara bagi kegunaan pada masa hadapan .

Secara keseluruhannya, latihan industri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
pelajar tentang dunia sebenar dan untuk mengajar pelajar menguruskan sesebuah organisasi
secara sistematik untuk bersaing dengan ekonomi yang berdaya maju pada masa kini .

42


Click to View FlipBook Version