The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Merah dan Krem Ilustrasi Selamat Hari Kebangkitan Nasional Cerita Instagram_20240331_001856_0000

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadhafis anuar, 2024-03-30 12:39:54

Merah dan Krem Ilustrasi Selamat Hari Kebangkitan Nasional Cerita Instagram_20240331_001856_0000

Merah dan Krem Ilustrasi Selamat Hari Kebangkitan Nasional Cerita Instagram_20240331_001856_0000

SEJARAH KERAJAAN UTMANIYAH


1. Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini, iaitu Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi. 2. Pada peringkat awal, Uthman ialah Amir atau pun gebenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat daerah Anatolia. Kawasan ini bersempadan dengan kawasan empayar Byzantine, ataupun dikenali juga sebagai Rom Timur. 3. Kawasan di bawah pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah yang lain. 4. Pada tahun 1301M, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan ini menyebabkan ramai ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluas kawasan penaklukannya. 5. Uthman mula menakluki kawasan sekitar Anatolia dan kemudiannya menjadikan bandar Bursa sebagai ibu negeri. 6. Uthman meninggal dunia pada tahun 1326M dan usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan 1 dan pemerintah Uthmaniyah seterusnya. 7. Kerajaan Uthmaniyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila Kota Constantinople telah ditakluk oleh Muhammad apatih (1432M-1481M), Penak kejar kota ini oleh umat Islam telah membawa erti sebuah kejayaan yang besar inat menewaskan pihak yang menjadi seteru kepada Islam. la menjadi lambang kejatuhan empayar yang terkenal iaitu Empayar Byzantine (Rome) yang berteraskan Kristian. Empayar Rome Byzantine dan Empayar Parsi adalah antara empayar yang berjaya ditakluk oleh Islam. Kejatuhan Empayar Byzantine juga telah membuka ruang dakwah yang luas untuk Islam terus tersebar di Eropah, terutama Eropah Timur. *LATAR BELAKANG KERAJAAN UTMANIYAH * Pembentukan Kerajaan Turki UTMANIYAH


8. Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah boleh dibahagikan kepada beberapa penggal: Peringkat awal penubuhan (1299-1453). Perkembangan dan pengukuhan (1453-1682). Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683-1827). Kemerosotan dan kejatuhan (1828-1908). Pembubaran pemerintahan (1908-1924). 9. Zaman perkembangan Kerajaan Uthmaniyah bermula selepas kejayaan pemerintahnya, Sultan Muhammad 2 (Sultan Muhammad Al Fateh) menakluki Kota Konstantinople dari kekuasaan Empayar Byzentine pada 29 Mei 1453. 10. Sultan Abdul majid II merupakan pemerintah terakhir bagi kerajaan Turki Uthmaniyah. 11. Bilangan keseluruhan pemerintah bagi kerajaan Turki Uthmaniyah adalah 37 orang. *LATAR BELAKANG KERAJAAN UTMANIYAH * Pembentukan Kerajaan Turki UTMANIYAH


EMPAYAR KERAJAAN UTMANIYAH


1. Aspek Pentadbiran. i. Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai ketua tentera, ketua agama dan hakim tertinggi. ii. Pemerintah menyelaraskan pemerintahan dan keagamaan dibantu oleh pegawai pentadbiran. iii. Penguasaaan laluan diantara Benua Eropah dengan Benua Asia apabila menguasai Selat Dardanelles dan Selat Bosporus. 2. Aspek Keilmuan. i. Menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu sehingga mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan, pembangunan, falsafah, kesenian seni bina dan teknikal. ii. Menaik taraf dan membina institusi masjid seperti Masjid Kasbah di Algeria untuk merancakkan aktiviti keagamaan. iii. Mempunyai sistem Pendidikan yang teratur dan sistematik seperti sistem madrasah, sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan. iv. Menggalakkan penulisan ensiklopedia yang berkaitan sains Islam. v. Menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah untuk membudayakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan. FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN UTMANIYAH


3. Aspek Sosial. i. Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan. ii. Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. iii. Sistem wakaf yang sistematik meliputi aspek keperluan asas, pendidikan dan kesihatan. FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN UTMANIYAH 4. Aspek Ketenteraan. i. Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera demi mempertahankan agama dan negara. ii. Menjaga kebajikan tentera dengan menyelaras sistem kenaikan pangkat, imbuhan serta kelengkapan senjata. iii. Antara kelebihan ketenteraan pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah ialah: Mempunyai tentera berkuda. Mempunyai kumpulan infantri yang kuat. Mempunyai kumpulan Janissari, iaitu kumpulan elit yan sangat terlatih dalam taktik peperangan. Semasa perluasan kerajaan kecemerlangannya, iaitu semasa zaman Murad III (1574-1595), jumlah ahli Janissari meningkat kepada 54000 orang. Mempunyai senjata moden seperti meriam besar - peralatan senjata moden ini sangat membantu perluasan empayar Uthmaniyah seperti yang dibuktikan dalam peristiwa penawaran Constantinople. Mempunyai armada laut yang kuat semasa pemerintahan Suleiman al-Kanuni, armada tentera laut Uthmaniyah mempunyai 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean.


1. Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar. 2. Kita hendaklah sentiasa memperbanyakkan penerokaan ilmu agar mampu bersaing diperingkat antarabangsa. 3. Kita hendaklah sentiasa menghayati semngat cinta akan negara agar rela berkorban mempertahankannya daripada serangan musuh. 4. Kita hendaklah sentiasa berpegang pada ajaran Islam supaya hidup diberkati Allah SWT. 5. Kita hendaklah menolak campur tangan asing untuk menjaga kedaulatan negara. IKTIBAR KEGEMILANGAN KERAJAAN UTMANIYAH


Secara ringkas, kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah boleh digambarkan berpunca daripada beberapa perkara, antaranya seperti berikut: 1. Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyah berhadapan dengan kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka dengan bank-bank Eropah. 2. Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyah termasuk di negara Arab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab pada tahun 1916M. 3. Perjanjian Sykes-Picot 1916M yang dibuat secara rahsia telah menjadi plan strategik pihak kuasa barat untuk memecahbelahkan kerajaan Uthmaniyah. Ini juga berlaku disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan Uthmaniyah akan jatuh apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914M 4. Penyertaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan untuk mempertahankan wilayahnya yang cuba dirampas. Selepas Uthmaniyah menandatangani persetujuan pada bulan Oktober 1914M untuk menyokong Jerman menentang Rusia dengan sokongan dari United Kingdom. 5. Teknologi ketenteraan yang ketinggalan berbanding dengan kuasa barat sehingga kalah dalam peperangan. 6. Kemerosotan ekonomi dan beban hutang negara yang tinggi. 7. Gerakan yang menuntut kemerdekaan daripada wilayahwilayah menyebabkan negara tidak stabil. 8. Kelemahan Pendidikan menyebabkan kekurangan tenaga mahir untuk membangunkan negara. FAKTOR KELANJUTAN KERAJAAN UTMANIYAH


1.kewangan boleh menjadi beban yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan sehingga menjadi masalah dalam ekonomi diri sendiri dan negara. Oleh itu, kita hendaklah merancang kewangan dengan baik supaya tidak terjerat dengan beban hutang. 2. Rasuah merupakan musuh besar kepada ekonomi sesebuah negara. Rasuah juga menjejaskan kecekapan dan integriti dalam pentadbiran sehingga memburukkan sistem sosial serta kestabilan politik. Oleh itu, kita hendaklah mengelakkan diri daripada gejala rasuah serta memilih pemimpin yang bersih daripada rasuah. 3. Kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan perpecahan negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan membawa kesan yang buruk dalam poltik negara Islam. Oleh yang demikian, kita hendaklah mengembalikan semula sistem khilafah yang telah dilaksanakan dalam kerajaan Khulafa Ar- Rasyidin supaya rakyat dapat hidup secara adil dan saksama. 4. Umat Islam semakin merosot dalam menguasai perdagangan sehinggakan orang bukan Islam telah memonopoli sistem ekonomi negara. Oleh itu, kita hendaklah bersatu hati untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada umat Islam dengan membeli barangan keluaran orang Islam. 5. Rakyat yang berpecah belah memberi kesan negatif terhadap sesebuah negara Islam. Oleh yang demikian, kita hendaklah memperkukuhkan perpaduan sesama umat Islam agar digeruni oleh pihak musuh, Contohnya mengamalkan adab berjiran dengan baik, membantu umat Islam ketika dalam kesusahan dan menegakkan amar makruf nahi mungkar. 6. Penyalahgunaan teknologi masa kini menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak masyarakat umat Islam. Oleh itu, kita mestilah mengembalikan akhlak umat Islam dengan memberi kempen kesedaran tentang keburukan kesalahan teknologi ini. Secara tidak langsung dapat menerapkan akhlak yang baik sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para sahabat yang mendapat tarbiyah langsung daripada Rasulullah. IKTIBAR KEJATUHAN KERAJAANUTMANIYAH


Click to View FlipBook Version