UL00602 PENGURUSAN BERORGANISASI
SEKSYEN 3
DR. AISHAH TAMBY OMAR
PENCAPAIAN SEMASA
KERJA
"hard work pays off"
QISTINA ALYA BINTI JAMALUDDIN
BP21110163
PENGENALAN
Assalamualaikum dan hi buat semua
pembaca buku ini. Alhamdulillah saya diberi
kesempatan untuk menghasilkan sebuah buku
yang bertemakan 'pencapaian semasa bekerja'.
Pencapaian semasa bekerja merujuk kepada
penghargaan atau anugerah yang telah saya
dapati sepanjang saya bekerja di sebuah syarikat
iaitu EMMER ZECNA SDN. BHD.
Untuk pengetahuan semua, saya telah pun
berhenti bekerja di syarikat itu bagi melanjutkan
pelajaran saya ke peringkat menara gading.
Alhamdulillah, sepanjang bekerja di syarikat
tersebut, saya berasa sangat puas hati atas
layanan, ganjaran yang telah diberikan oleh
syarikat itu kepada saya.
Bagi menghasilkan sebuah buku, bukanlah
mudah bagi saya yang tiada kemahiran sebagai
seorang penulis. Tetapi apabila berjaya
menghasilkannya, perasaan yang dirasai ini tidak
dapat diungkap dengan perkataan dan tidak
dapat diluah. Semoga dengan adanya buku ini
dapat memberi inspirasi, idea dan semangat
kepada pembaca dalam menjalankan
tanggungjawab di tempat kerja masing-masing.
Qistina Alya
qistinaalya.blogspot.com
APA PEKERJAAN SAYA?
Setelah selesainya menduduki Sijil ALA MUDAH JE KERJA TU!
Pelajaran Malaysia (SPM), saya telah
mencari kerja disekitar rumah saya sama
ada kerja sepenuh masa atau separuh
masa. Bagi saya, bekerja selepas belajar ini
adalah satu pengalaman yang hebat yang
perlu dirasai oleh anak muda seperti saya
ini. Perlu mengetahui betapa susahnya
orang dewasa zaman sekarang dalam
mencari duit untuk menyara hidup kita.
Tetapi, mencari kerja juga bukanlah `Saya telah menerima pekerjaan di
suatu perkara yang mudah dan ringkas. Ia
juga memerlukan usaha kita dalam mencari sebuat komples beli-belah sebagai
pekerjaan yang sesuai dan layak, lagi-lagi
belum mencapai genap 18 tahun. promoter. Walaupun promoter,
alhamdulillah ianya mampu mengisi
kekosongan hari cuti saya sekali gus
menambahkan pengalaman saya buat
Setelah mencarinya hampir seminggu, pertama kalinya mencari kerja seorang diri.
akhirnya ada syarikat yang mampu Pekerjaan promoter adalah untuk
mempromosikan dan menarik minat para
menerima saya yang belum mencapai had pelanggan untuk membeli produk kita.
Walaupun bunyinya mudah, tapi ianya
umur yang selayaknya. Ianya bukanlah bukanlah pekerjaan yang mudah seperti
yang kita sangkakan.
kerja yang 'gah' kata orang, tetapi ianya
sekadar mampu untuk mencari duit poket
sementara menunggu keputusan
peperiksaan.
qistinaalya.blogspot.com
PENGALAMAN BEKERJA
Pada mula bekerja, saya hanya seorang pekerja separuh masa yang dibayar gaji
RM5/jam. Bagi saya yang merupakan seorang pelajar pada masa itu, ianya sudah cukup
banyak jika dikirakan sekali berapa jam yang akan saya kerja satu hari, satu minggu, dan
satu bulan. Memikirkan duit yang akan saya dapat pada hujung bulan sudah
menyeronokkan, lagi pula apabila dapat bekerja. Ianya suatu pengalaman yang tidak dapat
ditempat lain pada waktu itu.
Perkara yang paling menyukarkan saya sebagai seorang promoter adalah untuk menarik
pelanggan membeli produk saya. Produk yang saya jual pada waktu itu adalah baju kemeja
lelaki, seluar slack lelaki, tali leher dan tali pinggang. Sebagai seorang remaja bawahan, saya
sangat tidak mahir dalam barang atau perkara berkaitan dengan lelaki. Oleh itu, dalam
menarik pelanggan lelaki sangat sukar lebih-lebih lagi apabila melihat seorang budak yang
menjual dan meniaga.
Begitu banyak pengalaman bekerja yang tidak dapat saya ungkapkan dengan perkataan
antaranya adalah, mendapat kawan kerja, berkawan dengan orang yang berumur dari saya,
mengetahui cara suatu syarikat itu bekerja, dapat menepati waktu dan sebagainya.
Walaupun orang kata pengalaman sebegitu boleh didapati walaupun tidak bekerja, tetapi
bagi saya ianya juga salah satu pengalaman yang tidak dapat dicari dan diganti melainkan
kita melaluinya sendiri.
qistinaalya.blogspot.com
PENCAPAIAN SEMASA BEKERJA
1. Dapat Mencapai Jualan Sebanyak RM10,000
Pada bulan ketiga saya bekerja, telah jatuh pada bulan Ramadhan dimana syarikat saya telah
menjual pelbagai jenis baju Melayu untuk dipakai Hari Raya Aidilfitri nanti. Antara baju melayu
yang dijual adalah Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga, Baju Melayu Batik, Baju
Melayu Moden, Baju Melayu Slim Fit dan pelbagai lagi. Pada waktu itu, saya telah berjaya mencapai
hasil jualan Baju Melayu dan baju kemeja lelaki sebanyak RM10,000 dimana ianya adalah
pencapaian pertama buat pekerja part time di syarikat itu menghasilkan jualan sebanyak itu.
2. Menerima Kenaikan Pangkat (Part Time - Full Time)
Setelah 5 bulan berkerja sebagai pekerja separuh masa di syarikat itu, saya telah ditawarkan untuk bekerja
sepenuh masa oleh disebabkan komitmen yang telah saya berikan sepanjang berkhidmat di syarikat itu.
Tawaran itu telah diberikan oleh pengurus saya sendiri, katanya komitmen yang telah saya berikan sepanjang
5 bulan bekerja disitu membuatkan beliau merasa mahu meresap masuk saya sebagai pekerja sepenuh masa di
syarikat mereka. Apabila saya ditawarkan sebegitu, saya berasa terharu disebabkan ianya pertama kali saya
bekerja malah saya juga telah mendapat tawaran kenaikan pangkat dari bekerja separuh masa hingga ke
sepenuh masa.
3. Kenaikan Gaji
Seterusnya, saya juga telah menerima kenaikan gaji sepanjang berkhidmat di syarikat saya. Saya juga
telah mendapat tahu perkara ini dari pengurus saya sendiri, dimana katanya orang atasan syarikat
membuat keputusan untuk menaikkan gaji saya memandangkan saya telah membantu mereka menaikkan
jualan sehingga RM10,000. Katanya lagi, pencapaian begini adalah sangat jarang berlaku lebih-lebih
lagi sebagai seorang pekerja yang bekerja separuh masa. Jadi, bagi menghargai jasa dan usaha saya
sepanjang 3 bulan itu, mereka membuat keputusan untuk menaikkan gaji saya.
qistinaalya.blogspot.com
PENCAPAIAN SEMASA BEKERJA
5. Dapat Menguruskan Masa dengan Sebaiknya
Sepanjang bekerja di syarikat ini, saya berjaya menguruskan masa saya dengan sebaiknya dimana saya
dapat mengaturkan jadual saya sebagai seorang anak, seorang adik, malah seorang pekerja. Terdapat banyak
tanggungjawab yang perlu saya pegang sepanjang bekerja dimana saya perlu membawa ayah saya check up
pada setiap hari rabu dan jumaat, membantu mak saya masak untuk atok saya, mengemas rumah dan
sebagainya. Oleh itu, saya memahami mengapa pengurusan masa adalah sangat penting dalam kehidupan diri
kita ini. Apabila dapat menguruskan masa dengan baik, kerja kita juga akan dapat berjalan dengan baik.
4. Dianugerahkan Promoter Terbaik
Pada makan malam tahunan (annual dinner) syarikat saya, saya telah dianugerahkan sebagai promoter
terbaik pada tahun 2019 kerana berjaya mencapai jualan yang telah syarikat tetapkan. Semasa
dianugerahkan anugerah tersebut, saya sangat terkejut dan terkedu kerana tidak menyangkakan bahawa
saya akan menerima anugerah itu kerana bagi saya, lebih ramai lagi yang layak dan lebih-lebih lagi orang
yang selayaknya mendapat anugerah itu adalah pekerja yang telah bekerja lama dibawah syarikat tersebut.
Syarikat saya juga ada berkata bahawa mereka menghargai saya sepanjang saya berkhidmat dibawah
syarikat mereka.
qistinaalya.blogspot.com
REFLEKSI DIRI
Setelah 7 bulan bekerja dibawah syarikat
ini, keseluruhannya saya berpuas hati
dengan perkhidmatan dan layanan yang
diberikan. Walaupun ianya bukanlah
pekerjaan yang hebat tetapi bagi saya
ianya satu pengalaman yang tiada ganti
dan tidak dapat ditempat lain.
Saya juga telah mempelajari banyak
perkara sepanjang bekerja disini, antaranya
adalah kemahiran berkomunikasi.
Kemahiran berkomunikasi adalah sangat
penting antara pekerja dan pekerja,
pekerja dan pelanggan. Selain itu,
kerjasama antara pekerja juga ada
pentingnya bagi memastikan keharmonian
dan persekitaran yang baik semasa
bekerja.
Bukan itu sahaja, dengan pengalaman Dengan bekerja ini juga, saya telah
bekerja ini membuatkan saya mempelajari mempelajari cara untuk menguruskan masa
bahawa kesusahan dalam menjana dengan baik dan betul tanpa menganggu
pendapatan sama ada buat diri sendiri atau jadual saya yang lain. Pengurusan masa ini
keluarga. Ianya juga buat saya sedar adalah sangat penting apabila kita
bahawa begitu jugalah kesusahan kedua mempunyai 2-3 tanggungjawab sama ada
ibu bapa saya dalam mendidik dan di rumah atau di tempat kerja.
membesarkan anak anak mereka.
qistinaalya.blogspot.com
PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat banyak yang telah saya pelajari dan
dapat dengan hasil titik peluh saya sendiri. Ianya juga satu
kepuasan buat diri saya apabila menerima penghargaan atau
pencapaian yang cemerlang semasa bekerja. Dengan mendapat
anugerah itu juga ianya membuatkan saya serta ahli pasukan
yang lagi berasa bermotivasi, kerana mereka sentiasa melibatkan
saya dengan cara yang membuatkan saya berasa dihargai.
Mereka juga menemani saya semasa menjalankan tugas sambil
membina perpaduan dan memastikan kecekapan kerja
berterusan. Hasilnya, ia membuatkan saya berasa seronok
semasa kerja serta tidak rasa penat semasa bekerja. Jika diberi
peluang untuk bekerja di syarikat ini lagi, saya tidak akan
lepaskan peluang dan mengambil peluang itu untuk bekerja
dibawah syarikat ini.
qistinaalya.blogspot.com