The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyaiman012, 2021-11-05 00:52:59

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

05050 ALOR SETAR, KEDAH.

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3 2021

KAJIAN GUNA TANAH (PETEMPATAN) DI
TAMAN MERPATI

NAMA : ALYA IMAN BINTI RUZI

TINGKATAN : 3 HASANAH

NAMA GURU : PUAN ASIAH BINTI ASMUNI

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Halaman

1. Jadual Kerja 2-3

2. Penghargaan 4
3. Pendahuluan 5

4. Objektif kerja lapangan 6
7-8
5. Kawasan kerja lapangan
 Melukis peta lakar

6. Kaedah kerja lapangan 9-10

7. Hasil kerja lapangan 11-13
 Faktor Guna Tanah Petempatan 14
 Kesan Guna Tanah Petempatan
 Cadangan Mengatasi Kesan Guna Tanah Petempatan

8. Rumusan

9. Rujukan 15

10. Lampiran 16

1

JADUAL KERJA

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1 7.9.2021 Menerima tugasan lapangan bertajuk kajian Semasa waktu
guna tanah (petempatan) di Taman Merpati PDPR
daripada guru mata pelajaran Geografi

2 13.9.2021 Mencari maklumat berkaitan jenis guna Di luar waktu
tanah dan kawasan kajian di internet PDPR

Merangka isi kandungan, jadual kerja dan
penghargaan

3 21.9.2021 Perbincangan bersama guru mengenai cara Semasa waktu

menulis objektif kajian PDPR

Menulis objektif kajian

4 28.9.2021 Perbincangan bersama guru mengenai cara Semasa waktu
menulis menulis pendahuluan dan kawasan PDPR
kajian

5 29.9.2021 Menulis pendahuluan dan kawasan kajian Di luar waktu
PDPR

6 12.10.2021 Perbincangan bersama guru berkaitan Semasa waktu
kaedah kajian dan peta lakar PDPR

Menulis kaedah kajian

7 14.10.2021 Melukis peta lakar Di luar waktu
PDPR

8 26.10.2021 Perbincangan bersama guru berkaitan hasil Semasa waktu
kajian ,rumusan dan rujukan PDPR

Mencari maklumat berkaitan hasil kajian
seperti faktor, kesan dan cadangan
mengatasi kesan guna tanah petempatan di
internet .

9 27.10.2021 Menulis hasil kajian Di luar waktu
PDPR

10 2.11.2021 Guru menerangkan berkaitan lampiran Semasa waktu
PDPR

11 5.11.2021 Membuat penambahbaikkan dan menulis Di luar waktu
rumusan,rujukan dan lampiran PDPR

Menghantar kerja lapangan kepada guru

3

1.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T diatas limpah izin serta rahmatnya,
dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun tidak
dapat bersemuka dengan guru dan rakan-rakan sekelas.

Saya, Alya Iman Binti Ruzi ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pengetua Maktab Mahmud Alor Setar, Puan Zaiton binti Ismail
yang telah memberi keizinan kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini

Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada guru Geografi saya, Puan Asiah binti
Asmuni atas segala bimbingan, tunjuk ajar teguran dan nasihat yang amat berguna
serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi
menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya
iaitu Ruzi bin Md Zain dan Samsudar binti Abdul Halim yang telah banyak memberi
sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka
untuk menolong saya mengumpulkan maklumat maklumat tentang kajian guna
tanah yang saya kaji

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan sekelas saya
Amanina Badrisya binti Abdul Halim, Nurul Syifa binti Md Zuki dan Maisarah binti
Junaidi kerana telah memberi banyak pendapat dan idea kepada saya sepanjang
kajian ini dijalankan.

Tanpa sokongan semua pihak yang terlibat memungkinkan saya menyiapkan kajian
seperti ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan motivasi,
usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

4

2.0 PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Saya merupakan salah seorang pelajar
Tingkatan 3 di Maktab Mahmud Alor Setar
Saya telah memilih tajuk kajian Guna Tanah petempatan di Taman Merpati ,
Kuala Kedah, Kedah. Antara sebab utama saya memilih kawasan Taman
Merpati ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya
dan berdekatan dengan sekolah saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan
lagi saya menjalankan kajian ini.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya serta rakan rakan seperjuangan saya
yang lain untuk menyiapkan kerja lapangan ini ialah selama enam minggu.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan saya
ini telah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi
menyempurnakan kerja lapangan ini.

5

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan Geografi tingkatan 3 di Taman Merpati
,Kuala Kedah, Kedah. Berikut adalah objektif kajian saya :

3.1 Menjelaskan latar belakang kawasan kajian
3.2 Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan
Taman Merpati ,Kuala Kedah, Kedah
3.3 Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan
Taman Merpati ,Kuala Kedah, Kedah
3.4 Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut .
3.5 Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah dan nyatakan jenis
guna tanah yang dipilih di 3.4
3.6 Memberi cadangan tentang usaha usaha untuk mengatasi kesan guna
tanah .
3.7 Membuat laporan hasil kajian yang jelas dan menunjukkan kefahaman
dan kemahiran terhadap kajian yang dilaksanakan.

6

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di kawasan Taman Merpati , Kuala Kedah, Kedah.

Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah . Daerah Kota Setar
merupakan sebuah ibu negeri yang terletak di Kedah, Malaysia. Terdapat 34
buah mukim dalam daerah Kota Setar . Salah sebuah mukim yang terdapat
dalam Daerah Kota Setar adalah Kuala Kedah .

Kawasan Kuala Kedah adalah sebuah kawasan yang terkenal dan menjadi
tumpuan penduduk . Kawasan Kuala kedah juga merupakan kawasan
petempatan. Kuala Kedah juga merupakan sebuah kawasan parlimen di negeri
Kedah Darul Aman, di utara Semenanjung Malaysia.

Taman Merpati merupakan salah satu taman di Kuala Kedah. Taman Merpati
hanya berjarak kira kira 11 m dari pusat bandar. Ia juga memakan masa
selama 15 minit dengan menggunakan kereta. Kawasan ini mempunyai jumlah
penduduk yang padat. Kebanyakkan penduduk di sini ialah berbangsa melayu .

Melalui pemerhatian saya , betuk muka bumi di kawasan kajian saya ialah
tanah pamah. Hal ini disebabkan oleh banyak pertanian dan petempatan yang
diwujudkan.Ciri pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan ini ialah hutan
.Ciri pandang darat budaya yang terdapat di kawasan kajian saya pula ialah
sawah padi ,masjid dan petempatan.Terdapat juga jaringan jalan raya yang
diwujudkan bagi memudahkan perhubungan antara satu destinasi dengan
destinasi yang lain.

7

Berikut merupakan peta lakar di Taman Merpati , Kuala Kedah, Kedah :

8

5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya
mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik.Oleh itu,saya telah
menggunakan 3 kaedah ini untuk menjalankan kajian . Berikut adalah kajian
yang digunakan :

a) Pemerehatian
Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan melawat tempat
kawasan kajian saya . Saya telah mengumpul beberapa data dari pemerhatian
saya . Saya juga telah memerhati dengan teliti dan melukis peta lakaran
kawasan kajian dengan betul dan tepat dalam kajian ini.

b) Rujukan
Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian saya , saya telah
menggunakan kaedah rujukkan iaitu dengan merujuk ke laman web di internet
dan rujukan di perpustakaan . Saya memperoleh maklumat yang dikehendaki
seperti maklumat tentang kawasan kajian saya serta maklumat tambahan.
Selain itu saya juga telah menggunakan Buku teks Geografi Tingkatan 1 dan 3
untuk memudahkan saya membuat kajian ini .

9

c) Bimbingan Guru
Tanpa bimbingan guru , sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan
tugasan kajian yang telah diberikan .Oleh itu ,saya mendapat bimbingan dari
guru Geografi saya , iaitu Puan Asiah binti Asmuni yang banyak memberikan
tunjuk ajar yang bermanfaat dan berguna kepada saya.

10

6.0 HASIL KERJA LAPANGAN

1. Faktor Guna Tanah Petempatan
Antara salah satu jenis guna tanah di Taman Merpati ialah petempatan.
Jenis perumahan yang sering dibina di sini adalah perumahan bukan strata.
Perumahan bukan strata ialah perumahan yang dibina atas tanah. Rumah
jenis ini termasuklah rumah banglo, rumah teres, rumah berkembar dan
rumah berkelompok.

Antara faktor yang mempengaruhi guna tanah di kawasan ini adalah bentuk
muka bumi . Melihat dari segi fizikal kawasan Taman Merpati, ia terdiri
daripada kawasan tanah pamah yang rata . Mengikut topologi serta
landskap kawasan ini pula,ia amat sesuai untuk pembinaan petempatan .
Hal ini kerana kawasan tanah pamah lebih selamat untuk pembinaan
petempatan .

Selain itu, terdapatnya jaringan sistem pengakutan awam di kawasan
kajian . Terdapat pelbagai pengangkutan awam yang boleh didapati seperti
hentian bas dan teksi . Faktor ini dapat memudahkan pergerakan
pendududuk ke sesuatu destinasi ke destinasi yang lain.

Antara faktor lain juga adalah kegiatan ekonomi di kawasan Taman
Merpati. Lokasinya yang berdekatan dengan pusat bandar menjadikan
kawasan ini sebagai tumpuan buat penduduk . Beberapa tahun belakangan
ini banyak kedai telah dibina dan ini telah membuka peluang pekerjaan
kepada penduduk di situ .

11

2. Kesan Guna Tanah Petempatan Terhadap Alam Sekitar
Antara kesan guna tanah untuk petempatan terhadap alam sekitar adalah
kepupusan habitat haiwan dan tumbuhan terancam . Contohnya aktiviti
penggondolan hutan bagi tujuan petempatan. Dahulunya Taman Merpati
masih lagi terdapat kehijauan pokok-pokok, hutan yang nyaman namun kini
sedikit demi sedikit ianya ditebang dan diratakan bagi memberi ruang
kepada kawasan perumahan baru. Apabila hutan-hutan ditebang untuk
tujuan perumahan maka yang mendapat impak besar adalah habitat
haiwan dan tumbuhan terancam yang akan mengakibatkan kepupusan
spesis yang tinggal di kawasan hutan.

Selain itu, kesan guna tanah petempatan terhadap alam sekitar adalah
peningkatan suhu di sekitar Taman Merpati. Fenomena ini dikenali sebagai
pulau haba. Hal ini kerana, semakin ramai manusia membuat petempatan
di kawasan tersebut , semakin bertambah bilangan kenderaan di kawasan
itu . Contohnya seperti kereta, motor dan lori yang akan membebaskan gas
karbon monoksida ke persekitaran .

Disamping itu, penebangan pokok-pokok di hutan untuk tujuan perumahan
juga menyumbangkan kesan guna tanah seperti pencemaran air. Pokok-
pokok ditebang untuk membuka penempatan baru untuk kediaman
manusia. Akibatnya, ia menyebabkan hakisan tanah dan seterusnya tanah
runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan. Mendakan ini
boleh mencetakkan lagi paras air sungai dan seterusnya menyebabkan
berlakunya banjir kilat. Hal ini akan menyebabkan bekalan air bersih akan
tercemar dan turut menjejaskan kepada hidupan laut .

12

3. Cadangan Mengatasi Kesan Guna Tanah Petempatan
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kesan guna tanah ialah
menghijaukan kawasan kajian. Contohnya , penanaman pokok seperti
pokok buah-buahan di persekitaran Taman Merpati dapat mengurangkan
masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam
udara dapat dikurangkan dan dapat meningkatkan kandungan gas oksigen
melalui proses fotosintesisnya.

Selain itu, kesan guna tanah juga dapat dikurangkan jika penduduk sepakat
untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana destinasi.
Hal ini tidak dapat dinafikan kerana apabila kenderaan di atas jalan raya
semakin berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang
berbahaya kepada penduduk di kawasan kajian turut berkurangan.
Kesannya, kita dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah
hijau sekali gus.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga hendaklah mengadakan kempen kesedaran
kepada orang ramai untuk mengurangkan masalah pencemaran alam
sekitar. Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan
adalah kempen cintailah sungai kita, kitar semula,dan sahabat alam. Dalam
kempen ini peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dan sebagainya.Hal ini dapat menanam rasa cinta akan alam sekitar dalam
diri orang ramai .

13

7.0 Rumusan
Kajian yang saya telah lakukan di Kawasan perumahan saya telah memberi
pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya
mengenalpasti jenis guna tanah di Kawasan perumahan saya.
Selain itu,saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas apa disebalik definisi
dan maksud guna tanah. Begitu kajian mengenai faktor yang mempengaruhi
guna tanah petempan . Berdasarkan kajian yang dijalankan ,saya juga dapat
mengetahui dengan lebih jelas beberapa kesan guna tanah di Kawasan kajian.
Selepas mengumpul segala maklumat,saya dapat memberikan beberapa
usaha atau cadangan yang boleh digunapakai untuk mengatasi kesan guna
tanah yang sering berlaku di Kawasan perumahan saya.
Akhir kata,kita mestilah menjalankan aktiviti guna tanah petempatan dengan
sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah yang boleh
menjejaskan flora dan fauna akibat tindakan kita sendiri.

14

8.0 Rujukan

a) Buku Teks / Buku Rujukkan
Hisham Azman bin Ibrahim ,Mohammad Khairun bin Ahmad, 2017 . Buku
Teks Geografi Tingkatan 1 . Kuala Lumpur : Era Visi Sdn.Bhd
Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman ,Rajini Gauri Muthusamy ,2018 . Buku Teks
Geografi Tingkatan 3 . IMS Books Trading Sdn.Bhd

b) Internet
https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2018-kajian-guna-tanah.html
https://mypt3.com/maksud-guna-tanah-pt3
https://www.scribd.com/doc/103095022/Petempatan-Dan-
Perkembangannya-Geo-Kerja-Kursus-Damansara

15

9.0 LAMPIRAN

Gambar menunjukkan beberapa kawasan di Taman Merpati , Kuala Kedah ,
Kedah

16


Click to View FlipBook Version