Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera
Pengurusan masa adalah apabila anda mampu menyusun setiap minit dalam hidup anda setiap hari tanpa gagal, dengan buat aktiviti yang produktif dan mendatangkan hasil kepada diri, keluarga dan masyarakat. Pengurusan masa yang baik secara relatif mendatangkan kepuasan dan manfaat kepada diri dan menyebabkan hidup anda menjadi lebih sihat. “Secara praktikal, semua orang di dunia ini diberikan hak yang sama iaitu 24 jam dalam satu hari, tiada orang yang dapat hatta 1 saat lebih atau kurang!” Isunya adalah, kenapa ada orang yang mampu menjadi produktif dan capai kejayaan dalam hidup mereka? Jawapannya adalah, mereka bangkit, buat dan kejar matlamat hidup mereka. Itu perbezaan di antara orang yang produktif dan orang yang tidak produktif. Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera
Tiga sebab kenapa ramai orang gagal uruskan masa mereka sungguhpun mereka sedar akan masalah yang mereka hadapi. Kenal pasti jika anda hadapi salah satu atau ketiga-tiga. 1. Terlalu Banyak Gangguan Orang yang gagal menguruskan masa lazimnya menghadapi banyak gangguan dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat dua jenis gangguan iaitu gangguan dalaman dan gangguan luaran. Kedua-dua jenis gangguan ini tidak bagus untuk pengurusan masa dan produktiviti hidup seseorang. Gangguan dalaman adalah apabila seorang individu itu menghadapi masalah peribadi yang melibatkan emosi yang kesannya menganggu daya fokus seseorang dalam rutin harian. Antara contoh gangguan dalaman adalah masalah hubungan keluarga, tekanan ekonomi, kesedihan melampau dan kesukaran untuk fokus dalam satu pekerjaan untuk tempoh masa yang lama. Manakala gangguan luaran adalah apabila seorang individu itu menghadapi masalah untuk fokus dan mengurus masa kerana ketagihan sosial media, berbual kosong, menonton drama atau filem yang tidak berfaedah, bersukan terlalu lama dan berinteraksi dengan orang lain. Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera
2. Tidak Tetapkan Matlamat & Objektif Orang yang fokus dan komited untuk capai sebuah objektif, lazimnya akan menetapkan matlamat (milestones). Mereka tahu bila waktu yang tepat untuk bekerja keras, waktu yang tepat untuk bermain dan waktu yang tepat untuk berehat. Tanpa matlamat & objektif, seorang individu itu cenderung untuk terlalu berfikir (overthinking), kesukaran untuk merungkai masalah dan akhirnya berdepan cabaran untuk mengurus masa mereka supaya masa yang mereka ada setiap hari, digunakan untuk buat perkara yang lebih produktif. 3. Motivasi Tidak Cukup Kuat Salah satu punca terbesar majoriti ramai orang hilang fokus dan gagal urus masa mereka adalah kerana, motivasi hidup mereka tidak cukup kuat untuk mereka bangun dan kejar matlamat dan objektif hidup mereka. Disebabkan itu, adalah penting untuk setiap orang mempunyai motivasi yang kuat dan konkrit sebelum menetapkan sebarang matlamat dan objektif yang ingin mereka capai. Hal ini kerana, manusia itu disiplinnya ada turun dan naik. Dengan motivasi yang betul dan cukup kuat, seseorang itu akan lebih fokus, berdisiplin dan komited dalam mengurus masa demi mencapai matlamat dan objektif mereka. Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera
1. Hilangkan Stress Kerja/Belajar Individu yang mampu menguruskan masa, lazimnya bijak menyusun atur gerak kerja sehariannya supaya pelajaran mereka sentiasa progresif. Individu yang tidak tahu dan tidak faham kepentingan pengurusan masa cenderung untuk stress dengan bebanan belajar. Stress belajar sebenarnya boleh hilang sekiranya anda menetapkan matlamat kerja harian, objektif bulanan dan visi tahunan yang betul. Apabila anda lihat perkembangan pelajaran anda, anda akan berterima kasih kepada diri anda kerana mula lebih awal. 2. Peluang Untuk Capai Matlamat Hidup Untuk capai matlamat hidup, anda perlu set sistem yang baik untuk capai matlamat tersebut. Langkah pertama untuk mempunyai sistem yang baik adalah dengan menetapkan jumlah jam dan produktiviti yang anda mampu buat dalam sehari untuk capai matlamat tersebut. Selepas terbiasa dengan jumlah jam kerja yang tepat, anda akan lebih produktif dan ada peluang yang lebih cerah untuk capai matlamat hidup walaupun proses yang anda lalui untuk capai lebih perlahan berbanding orang lain. Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera
3. Lebih Banyak Masa Untuk Diri Sendiri Individu yang menghormati masanya sendiri akan dihormati oleh orang lain. Penyataan ini sebenarnya tepat kerana secara praktikal, orang lain tidak akan hormat terhadap orang yang membuat mereka menunggu dan memerlukan masa yang sangat lama untuk menyelesaikan satu tugasan. Kunci untuk menjadi orang yang menghormati masa adalah dengan disiplin asas bermula waktu anda bangun dari tidur. Bangun awal setiap hari bermakna anda ada lebih banyak masa untuk fikirkan matlamat diri sendiri sebelum diganggu oleh hal-hal luaran yang lain. 4. Belajar Mengawal Keperluan & KehendakDiri Semua manusia tidak kira jantina, bangsa, keturunan dan geografi dan latar belakang ada masalah yang sama iaitu, mereka sukar untuk mengenal pasti antara keperluan dan kehendak diri. “Secara teori, keperluan asas seorang manusia perlu dipenuhi sebelum memenuhi kehendak diri.” Orang yang produktif hasil dari pengurusan masa yang betul, cenderung untuk menggunakan masa mereka setiap hari dengan baik dan kurang memikirkan kehendak diri secara melampau. Tips untuk belajar mengawal kehendak diri adalah dengan melupakan kehendak tersebut selama 3 hari. Sekiranya selepas 3 hari perkara tersebut masih bermain di fikiran anda, maka anda boleh lihat semula samada perkara itu adalah keperluan yang anda perlukan pada saat itu. Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera
1. Sediakan Jadual Harian Menyediakan jadual harian dapat membantu anda untuk lebih kekal fokus dalam melakukan tugasan harian anda. Sediakan satu jadual ringkas dan tampal pada bahagian yang mudah untuk di lihat. Jadual yang mudah dilihat dapat mengingatkan anda untuk kekal fokus terhadap tugasan yang perlu diselesaikan. Jadual tidak perlu terlampau padat, cukup sekadar memasukan tugasan-tugasan penting yang perlu dilakukan setiap hari. 2. Senaraikan Perkara yang Ingin Dilakukan Selain mempunyai jadual harian, hasilkan senarai tugasan yang ingin dilakukan bagi hari atau minggu tersebut. Jangan sekadar hanya ingat di dalam kepala kerana lumrah setiap manusia, kita akan terlupa. Seeloknya, tulis di atas sehelai kertas, kemudian tampalkan di sebelah jadual anda. Anda boleh pangkah setiap tugasan yang telah selesai bagi memudahkan lagi pihak anda untuk memantau setiap tugasan anda. Lebih baik jika anda boleh tuliskan sekali garis masa bagi setiap tugasan tersebut. Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera
3. Tetapkan Matlamat yang Ingin Dicapai Bekerja tanpa matlamat adalah kerja yang agak sia-sia. Sebaiknya, tetapkanlah matlamat yang ingin dicapai bagi setiap tugasan. Apabila kita mempunyai matlamat, sepastinya kita akan lebih fokus dalam menyiapkan tugasan tersebut. Tulis matlamat pada setiap tugasan dan pastikan matlamat anda jelas. Saya juga percaya jika kita menetapkan matlamat, kita akan rasa lebih bersemangat. 4. Bahagikan Aktiviti Harian Mengikut Keutamaan Bila anda sudah ada jadual, ianya satu langkah yang bagus namun jangan lupa untuk susun aktiviti harian anda mengikut keutamaan. Lakukan perkara yang penting terlebih dahulu. Jangan bazirkan masa anda untuk melakukan perkara yang kecil dan tidak utama. Pastikan anda sudah selesai tugasan yang besar barulah anda selesaikan tugasan-tugasan kecil. Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera
5. Tetapkan Had Masa Bagi Setiap Tugasan Hal ini mungkin nampak remeh namun ianya sering terlepas pandang oleh ramai pihak. Perasan atau tidak? Kita sering meluangkan masa yang berlebihan terhadap sesuatu tugasan sedangkan tugasan tersebut sebenarnya boleh diselesaikan dalam masa yang lebih singkat. Maka, anda disarankan untuk menetapkan masa bagi setiap tugasan yang ingin diselesaikan agar pengurusan masa lebih efisen. Pasti lebih banyak tugasan yang dapat diselesaikan apabila kita menetapkan had masa bagi setiap tugasan yang ada. Jangan sekadar tetapkan masa sahaja. Pastikan anda mengikut masa yang telah dihadkan dan memantau masa dari masa ke semasa ketika melakukan tugasan tersebut. Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera
6. Jangan Suka Bertangguh Sikap suka bertangguh inilah yang sering memakan diri kita. Tanpa kita sedar, kerja yang perlu diselesaikan tidak dapat diselesaikan. Ada juga yang berjaya menyelesaikan tugasan tersebut namun bagaimana pula dengan kualiti kerja tersebut? Saya pasti ianya hanyalah berkonsepkan ala kadar dan sekadar melepaskan batuk di tangga. Akhirnya, kita sendiri akan menyesal dengan tindakan diri sendiri. Ubah diri anda untuk tidak menangguh kerja. Berikan komitmen serta fokus yang baik dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. dengan disiplin yang tinggi, saya pasti kita semua boleh buang sikap suka menangguh kerja ini. Tiada apa yang mustahil dan yakinlah dengan diri anda. Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera
3 Panduan Pengurusan Masa Untuk Jadi Produktif Tetapkan Tugasan & Jangka Masa Tugasan – Tulis dan rangka pelan tugasan yang anda perlu siapkan mengikut jam, hari, minggu, bulan atau tahun Jangka Masa – Pilih tarikh yang realistik dan praktikal untuk capai setiap matlamat dan objektif tugasan Fokus Pada Hasil Akhir Kerja Awal Kerja – Fokus pada input & proses kerja yang anda akan lalui Akhir Kerja – Fokus pada output kerja yang anda hasilkan Rancang Masa Anda Sehari Sebelum Jurnal – Tulis rancangan & tugasan anda besok hari dalam sebuah jurnal atau Notes di komputer Kalendar – Tetapkan loceng menggunakan Google Calendar pada setiap waktu untuk tugasan itu Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera
Pomodoro adalah satu teknik time tracker untuk anda sukat waktu belajar yang anda buat supaya tugasan yang anda buat itu selesai dalam tempoh masa yang telah anda tetapkan. Dengan cara ini, anda tidak akan bazirkan hatta 1 minit pun sepanjang tempoh menyiapkan tugasan atau ulangkaji. Kesimpulannya, banyak perubahan hidup yang akan berlaku kepada anda dengan hanya belajar dan praktikkan cara menguruskan masa yang betul untuk capai matlamat dan objektif hidup yang anda tetapkan. Ada banyak tips, teknik dan strategi yang dikongsikan dalam artikel ini, anda hanya perlu pilih mana-mana yang sesuai dan tepat dengan anda sahaja. Berilmu,Responsif,Adab,Sihat,Sejahtera