The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Priyanka Devi, 2020-10-24 19:29:16

eBook final

eBook final

KURSUS : DUA 6022-KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
SESI : JUN 2020
TAJUK : DAKWAH MELALUI MEDIA SOSIAL (MASALAH dan CABARAN)
AHLI KUMPULAN :

NAMA NO. MATRIK

ENG WEI SHENG 33DCE18F1001

DANIEL ROY A/L CHRISTOPHER 33DCE18F1011

SARADADEVI A/P ARUNASALAM 33DCE18F1041

THIVVINESH A/L RAJA 33DCE18F1006

1.0 PENGENALAN

Dari sudut bahasa kata dakwah bererti menyeru atau memanggil, mengajak orang lain supaya
mengikuti, bergabung, memahami untuk memiliki suatu tindakan dan tujuan yang sama yang
diharapkan oleh penyerunya.

Menurut H.M. Arifin (1991) dakwah ialah suatu kegiatan ajakan baik dalam bentuk
lisan,tulisan,tingkah laku dan sebagainya yang dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha
mempengaruhi orang lain baik secara individu mahupun secara berkelompak supaya timbul dalam
diri sasaran suatu pengertian, kesedaran, sikap penghayatan serta pengamalan terhadap ajaran
Islam sebagai mesej yang disampaikan kepadanya dengan tanpa adanya unsur-unsur paksaan.

Pada era globalisasi ini, kemajuan dunia dalam bidang teknologi menuntut para pendakwah untuk
sentiasa mempelbagaikan wasilah dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarat.
Pendakwah hendaklah mengikuti asas-asas yang tertentu untuk menggunakan isi dakwah yang
menarik dan cara penyampaian yang berhikmah. Hal ini adalah kerana pendekatan yang digunakan
oleh seseorang pendakwah merupakan perkara penting dalam dunia pendakwahan supaya apa yang
disampaikan dapat diterima baik oleh golongan sasaran dakwah.

Pada hari ini, kita dapat menyaksikan fenomena media sosial merupakan media penyiaran yang
menjadi salah satu platform dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat. Menurut
pendapat Marcelino, masyarakat pada zaman kini dapat menyampaikan informasi melalui
internet.

Perkembangan ini dalam medium media sosial dapat memberi kesan kepada para masyarakat,
sama ada kesan negatif atau kesan positif.

2.0 Huraian Isi Kandungan (Masalah dan Cabaran)

CABARAN DAN BUDAYA NEGATIF KURANG FOCUS
MASALAH YANG MERACUNI PADA
(NEGATIF)
MINDA PELAJARAN
DIBAYAR SEBAR
BERITA PALSU TAMBAH CARA
BAIK

PENYAMPAIAN

PENYEBARAN TERIKUT BUDAYA
BERITA PALSU NEGATIF

Jaringan Menjejaskan Mendedahkan Enggan Bersosial
penghubung antara keharmonian dan masyarakat dengan

luar negara. perpaduan banyak iklan dan
kandungan yang

tidak sesuai.

Budaya negatif yang meracuni minda

-Budaya ini perlu dibendung supaya tidak merosakkan minda pelajar masa kini. Antara
keburukkan internet terhadap pelajar ialah bebas melayari laman lucah. Mereka bebas melayari
laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah
sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan. Bahan lucah seperti ini
merupakan budaya yang patut dibuang terhadap diri masing-masing kerana ia dapat merosakkan
akidah dan jati diri seorang pelajar.

-Kesan daripada penyebaran laman web secara tidak terkawal ini menjadi penyumbang kepada
masalah social yang semakin menjadi jadi sehingga ke kancah zina. Contohnya, isu video porno
dikalangan tersebar kepada masyarakat. Perkilaku seksual tidak bernormal ini menjadi kelaziman
pelajar sekarang. Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks
selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas.

KESAN • perlakuan isu membuang bayi
tidak berdosa

-Membincangkan kes pembuangan bayi ini tidak dapat lari daripada isi anak luar nikah dan
persoalan zina yang makin berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk mengatasi permasalahan
ini daripada berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke arah perlakuan zina harus
ditutup serapat-rapatnya, terutamanya di internet. Ini termasuk mengakses kepada bahan
pornografi di internet.

Kurang focus pada pelajaran

-Internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada focus kepada proses pembelajarannya.
Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari web yang berbentuk hiburan semata-mata
hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukan
untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman social.

FACEBOOK CONTOH LAMAN SOSIAL
TWITTER
INSTAGRAM

-Pelajar yang terdedah dengan laman social yang terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh
menjerumus pelajar melakukan jenayah.

-Pelajar akan ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan mereka di
institusi.

Terikut budaya negative

Sumber Haraian Metro yang dikupas oleh Ketua Polis Pahang DaShariffudin Abd Ghani Lee
berkata melalui laman sosial pelajar akan mengenali individu tertentu. Contohnya budaya barat
seperti “Black Metal”, “Punk”, dan “Skin Head” yang menjerumus pemikiran remaja di
Malaysia.Perkara ini boleh mengakibatkan pelajar terjemurus kepada masalah gengsterisme di
Malaysia. Sememangnya pelajar harus sosial akan tetapi haruslah dihadkan waktu penggunaannya,
Kepelbagaian aplikasi menarik seperti permainan yang terdapat di laman sosial membuatkan
pelajar suka meluangkan masa dalamnya. Dan ia membawa kesan negatif yang amat teruk sekali.

Impak yang Buruk

Menghabiskan Tanggungjawab Kecenderungan Berseronok
masa terabai akhlak dengan perkara

senonoh.

Penyebaran Berita Palsu

Internet sebagai suatu media utama yang tidak boleh disekat merupakan suatu ancaman kepada
perkembangan dakwah dimana.Pada zaman moden berpaksikan internet, aktiviti kewartawanan
mengalami transformasi besar. Kewujudan platform digital serba canggih dan amalan
kewartawanan yang inovatif, membentuk cara komunikasi baharu dan jangkauan global. Namun
dalam kecanggihan sistem komunikasi moden, kita mengalami masalah baharu yang serius, iaitu
penyebaran maklumat tidak tepat dan penularan berita palsu. Kajian dijalankan ahli akademik,
membuktikan media boleh mempengaruhi pendapat umum dan tingkah laku audiens. Disebabkan
itu, penularan maklumat tidak tepat dan berita palsu dilihat sebagai masalah serius yang berisiko
menggugat keamanan dan keselamatan negara. Juga merisaukan, kajian mendapati di seluruh
dunia wujud penurunan mendadak kepercayaan awam terhadap kewartawanan tradisional. Di
Malaysia menyatakan 93 peratus rakyat negara itu menerima berita secara dalam talian, dengan
peningkatan peratusan dari tahun ke tahun. Tidak mustahil suatu hari nanti, berita akan diakses
sepenuhnya di internet. Berita palsu dan tidak tepat bukan sahaja dikongsi pengguna biasa yang
kurang celik dalam memproses maklumat atau pihak yang menipu untuk mengaut keuntungan
mudah, namun juga oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai langkah
komunikasi strategik. Ramai ahli akademik berpendapat penyebaran berita palsu sebagai perang
saraf media.

CABARAN -sukar untuk menangani gejala penyebaran berita

-penyebaran maklumat tidak tepat dan penularan berita palsu ramai

-bergantung kepada maklumat dikongsikan di landasan digital

-perang saraf media

Dibayar sebar berita palsu

Jika di Asia Tenggara, misalnya ketika Pilihan Raya Presiden (PILPRES) Indonesia baru-baru ini,
penggunaan buzzers’ atau orang yang dibayar untuk menyebarkan berita palsu membawa padah.
Ini boleh dilihat ketika pengumuman kemenangan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo selepas pilihan
raya, penularan berita palsu tidak terkawal menyebabkan penyokong calon lawan, iaitu Prabowo
Subianto, turun merusuh ke jalanan sehingga ada nyawa terkorban di ibu kota Jakarta. Sentimen
melampau dimainkan pihak tidak bertanggungjawab dipercayai orang yang kurang celik dalam
memproses berita, akhirnya berakhir dengan titik hitam dalam sejarah keselamatan Indonesia. Di
Malaysia pula, ketika pilihan raya umum lalu, diperhatikan wujud penggunaan jentera tentera
digital dikenali cyber troopers oleh sesetengah parti politik. Tindakan itu dikritik pemerhati
sebagai tidak beretika. Perang saraf media oleh parti politik dengan membayar sesetengah pihak
untuk menjalankan kempen komunikasi strategik, termasuk penyebaran maklumat salah

berkenaan lawan adalah tidak berhemah dan mencemarkan sistem berdemokrasi. Timbul persoalan
bagaimana menangani masalah ini tanpa menolak manfaat media digital terhadap masyarakat.
Dalam mengekalkan sistem demokrasi terbuka, penting bagi kerajaan, rakyat dan semua pihak
bekerjasama menyelesaikan isu ini. Kerajaan harus penambahbaikan agensi media milik kerajaan,
agar kepercayaan rakyat terhadap kewartawanan profesional boleh dibaiki. Kempen komunikasi
strategik dengan penggunaan jentera cyber troopers juga harus dikekang untuk mengawal
penyebaran propaganda melampau oleh sesetengah pihak. Industri berita pula harus meningkatkan
kualiti kerja bagi membina kepercayaan orang ramai.

CARA -Mengalakkan literasi media dalam kalangan rakyat
MENGELAKKAN -Membantu meningkatkan kualiti keewartawanan profesional
PENYEBARAN -Tidak harus lokek menyediakan belanjawan khas untuk kempen literasi
BERITA PALSU media
-Mengambil tindakan responsive untuk membetulkan maklumat palsu

Tambah baik cara penyampaian

Penambahbaikan dalam cara penyampaian maklumat juga penting, kerana industri berita tempatan
bukan hanya bersaing dengan rakan agensi lokal, namun juga agensi berita luar negara. Berita dan
maklumat dari luar negara boleh dicapai dengan mudah kerana kepesatan teknologi internet
global.Sebagai pengguna media kita harus lebih bertanggungjawab mengendali maklumat
diterima.Menurut kajian Universiti Ohio, dengan hanya melakukan carian mudah di internet untuk
mengesahkan maklumat dibaca, terbukti bermanfaat membantu menghentikan penyebaran
maklumat salah.Melalui langkah ini, secara tidak langsung kita membantu mempertingkatkan
literasi media dalam kalangan rakyat, sekali gus memastikan keselamatan negara.

Ciri-ciri pengunna -Mengambil inisiatif mengesahkan maklumat yang
media sosial yang dibaca dengan melakukan carian di internet
bertanggungjawab
-Semak di laman web sebenarnya.my

-Memberi nasihat kepada pengguna media sosial
supaya tidak mempercayai berita palsu

Jaringan penghubung antara luar negara.

Internet menjadi sebagai jaringan penghubung antara masyarakat di dalam dan di luar negara yang
membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dan membentuk kesatuan. Pengenalan
internet juga menjadikan individu yang mampu memiliki computer untuk merasakan mereka
sebahagian daripada kelompok yang lebih besar serta mengenalpasti isu-isu semasa dan cabaran
yang dihadapi oleh mereka sebagai umat Islam di dalam suatu kelompok umum . Hal ini dapat
dicapai melalui hubungan dengan Negara Islam yang lain serta pertubuhan Islam dunia lain untuk
mendapatkan berita semasa dan penjelasannya. Hal ini juga mampu membantu melaksanakan dan
mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan betul serta membantu memberikan pendidikan Islam
di kediaman masing-masing. Selain itu, ia juga dapat membantu masyarakat mengenalpasti
musuh-musuh Islam serta puak-puak yang cuba memecahbelahkan Islam di dunia. Sebagai
medium yang berada di luar jangkauan pihak berkuasa , internet menjadi sebagai jaringan
penghubung antara masyarakat di dalam dan luar Negara yang membolehkan mereka berhubung
antara satu sama lain dan membentuk kesatuan masing-masing tanpa penyeliaan pihak berkuasa.
Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan kerosakan atau pengubahsuaian program atau
data computer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Berdasarkan sumber akhbar berita
harian laporan terkini dikeluarkan pihak dCyberSecurity menunjukkan kadar jenayah siber di
negara ini meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu berbanding hanya b8.090 kes pada tahun
sebelumnya. Isu ini amat membimbangkan sekiranya berlaku masalah, menyebarkan fitnah secara
berleluasa.

Kesan >Menerima nilai-nilai yang boleh menghakis rasa
Buruk nationalisme
internet > individu tidak mementingkan perpaduan negara
>Terdedah kepada JENAYAH SIBER

Menjejaskan keharmonian dan perpaduan

Penggunaan internet juga berupaya untuk menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara kita.
Sudah ada banyak halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gossip serta
propaganda negatif untuk memastikan rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah lalu
berlakunya kekacauan. Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan yang
menggugat keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan negara tidak aman
sehingga menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada negara pada
masa hadapan.

Punca-punca internet:
-Pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum
-Mencetuskan salah faham
-Maklumat palsu mengelirukan masyarakat

Mendedahkan masyarakat dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai.

Banyak rancangan televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip
dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai
untuk tumbesaran and perkembangan minda masyarakat boleh terjejas dengan lambakan
kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan
tidak sihat.

Enggan Bersosial

Pengguna Membuang Gangguan Hubungan
Internet masa dalam emosi tidak erat

internet
tanpa had

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa teknologi media sosial dengan kemudahan internet
yang tersedia memberi ruang kepada para pendakwah untuk berinteraksi dengan masyarakat secara
atas talian dengan mudah. Dakwah dilaksana dengan lebih praktikal dan menggunakan wasilah
yang ada dalam usaha mengembangkan Islam kepada masyarakat.

Pada zaman modenisasi ini, masyarakat lebih menggemari media sosial sebagai medium pencarian
maklumat atau untuk menyampaikan informasi. Justeru, penyampaian dakwah melalui media
sosial dirasakan lebih efektif dan berkesan. Hal ini disebabkan kerana media sosial dapat
menjangkau masyarakat tanpa mengira masa, dan tempat. Tambahan pula, dakwah hendaklah
disampaikan oleh pendakwah dengan lebih kreatif kepada masyarakat supaya mereka dapat
diterima dengan baik.

Kombinasi antara elemen dakwah dan teknologi mewujudkan satu fenomena yang mampu
mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah. Justeru, penggunaan media sebagai
wasilah dakwah masa kini adalah amat penting dan bersesuaian dengan keperluan masyarakat.

4.0 RUJUKAN

1. Aripudin, Acep. 2011. Pengembangan Metode Dakwah. Jakarta: PT. Raja Grafindo
Persada.

2. Aziz, Moh. Ali. 2015. Ilmu Dakwah. Jakarta: Kencana.
3. Bungin, Burhan. 2015. Konstruksi Sosial Media Massa. Jakarta: Kencana.
4. Fakhruroji, Moch. 2017. Dakwah di Era Media Baru. Bandung: Simbiosa Rekatama

Media.

5.0 LAMPIRAN

1. https://www.google.com/search?q=PADA+zaman+moden+berpaksikan&client=ms-
android-vivo&sourceid=chrome-mobile&ie=UTF-
8&ctxs=2&ctxsl_trans=1&tlitetl=en&tlitetxt=PADA%20zaman%20moden%20berpaksika
n

2. https://www.slideshare.net/mobile/oppa1314/kesan-penentuan-dasar-hubungan-
malaysia-dgn-negara-luar-lya-lynn

3. https://www.gpsbestari.com/mobile/artikel/rencana/di-mana-ada-cabaran-di-situlah-
ruang-untuk-bina-perubahan-1.934213

4. https://www.google.com/search?client=ms-android-
vivo&sxsrf=ALeKk00YsCkBkJDw59THToXOtZ4WmsZ1EA%3A1600007527574&ei=Zy1
eX5LXIqvD3LUPy6mKsAg&q=kesan+penghubungan+luar+negara+melalui+internet&oq
=kesan+penghubungan+luar+negara+melalui+in&gs_lcp=ChNtb2JpbGUtZ3dzLXdpei1zZ
XJwEAEYADIFCCEQoAE6BAgAEEc6BwgjEOoCECc6BwguEOoCECc6BAgjECc6BQg
AEJECOggILhCxAxCDAToICAAQsQMQgwE6BQgAELEDOgUILhCxAzoHCAAQsQM
QQzoCCAA6BQguEJMCOgQIABAKOgQIABBDOggIABCxAxCRAjoGCAAQFhAeOgQ
IABANOgYIABANEB46CAgAEA0QBRAeOggIABAIEA0QHjoECCEQFToHCCEQChC
gAToICCEQFhAdEB5Qm6wJWPWaC2D1ogtoD3ABeACAAZACiAHDQ5IBBjAuNTIuN
JgBAKABAbABD8gBCMABAQ&sclient=mobile-gws-wiz-serp

5. https://www.google.com/search?client=ms-android-
vivo&sxsrf=ALeKk00ee1E3iUuLoyHTUdMPhZ7v5dfc0Q%3A1600008005305&ei=RS9eX
4CIEvrTz7sPlr20GA&q=cabaran+dakwah+melalui+media+sosial&oq=cabaran+jaringan
+penghubung+antara+luar+negara&gs_lcp=ChNtb2JpbGUtZ3dzLXdpei1zZXJwEAEYAj
IECAAQRzIECAAQRzIECAAQRzIECAAQRzIECAAQRzIECAAQRzIECAAQRzIECA
AQR1AAWABg4YACaABwAXgAgAEAiAEAkgEAmAEAyAEIwAEB&sclient=mobile-
gws-wiz-serp

6. http://ejournals.ukm.my/ebangi/article/view/22742


Click to View FlipBook Version