The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Junainah Abdul Jalel, 2021-03-02 23:51:07

Layang-layang Batrisya

Kisah kanak-kanak.

Keywords: cerpen

Layang-layang Batrisya.

Oleh Nur Batrisya Bt Bismil.

“Jom main layang-layang,” ajak seorang budak perempuan yang tidak aku kenal.
Lamunanku terhenti. Terkejut aku disapa oleh seseorang yang aku tidak kenal.
“Awak ni sapa?” tanyaku.
“Saya cucu kepada nenek Esah yang tinggal di hujung kampung tu. Saya baru
saja berpindah ke sini,” dia menjawab.
Aku cuma berpaling ke arah lain. Aku masih memikirkan keadaan ibu yang
selalu tidak sihat dan ayah pula sering tiada di rumah. Aku bimbang jika ibu sakit ketika
aku tiada di rumah.
‘Tak ada moodlah nak berbual,’ desis hati kecilku.
“Jomlah main,” dia mengajakku lagi.
“Tak apa lah…Awak mainlah…Saya nak balik,” aku berkata lagi.
Memang aku ingin pulang ke rumah untuk melihat keadaan ibuku yang tidak
sihat.
Perbualan kami terhenti di situ. Suasana di tepi sawah memang memberikan
ketenangan kepadaku. Setiap petang aku akan duduk di tepi sawah padi yang
terbentang luas itu untuk menikmati keindahan alam ciptaan petang. Angin bertiup
nyaman dan aku suka dengan keadaan ini.
Sampai di rumah, ibu masih berkeadaan begitu. Hanya terlentang di atas tilam
yang lusuh dan berselimut. Ibu kata dia sejuk. Aku masih tidak boleh berbuat apa-apa
dan hanya boleh memberikan ibu makan ubat yang diberikan oleh doktor sahaja…

‘Kalaulah aku doktor kan senang…’ aku bercakap sendiri. Mungkin ini boleh
memberikan motivasi kepada diriku nanti.

Aku seorang anak kampung yang berumur sebelas tahun. Kawan-kawan
memanggilku dengan nama Budin dan nama sebenarku ialah Zainudin. Aku berambut
kerinting dan berkulit hitam manis. Dengan fizikalku yang seperti ini, paras rupa yang
tidaklah tampan dan segak membuatkan aku sering bersendirian dan tidak ramai yang
ingin berkawan denganku.

Seperti biasa setiap petang aku akan menghabiskan masa di tepi sawah sambil
menghirup udara segar. Tiba-tiba aku terdengar suara orang meminta tolong.

“Tolong! Tolong! Tolong!” suara kedengaran sayup-sayup sahaja.
Aku segera berlari ke arah suara itu. Rupa-rupanya suara budak perempuan
semalam yang mengajakku bermain layang-layang semalam.
“Hah.. Kenapa ni?” aku bertanya.
“Tolong saya…Layang-layang saya tersangkut,” budak perempuan itu
merengek-rengek meminta tolong.
Aku menarik nafas lega. Ini kerana aku ingatkan ada orang lemas di longkang
besar itu. Kebetulan terdapat longkang besar berhampiran dengan tempatku berehat.
“Laaa… Macam mana boleh tersangkut? Saya mana tahu macam mana nak
tolong awak… Awak selesaikanlah sendiri,” aku memang malas hendak melayan
karenah budak perempuan yang mengada-ngada seperti dia.
Budak perempuan itu menangis. Aku tidak sampai hati pula melihat keadaannya
itu lalu aku memanjat pokok rambutan untuk mendapatkan layang-layang yang

tersangkut di dahan pokok rambutan itu. Akhirnya aku berjaya juga mendapatkan
layang-layang tersebut dan menyerahkan kepada budak perempuan itu.

“Terima kasih. Nama saya Batrisya…Saya berumur sebelas tahun… Nama awak
apa? Terima kasih kerana menyelamatkan layang-layang saya,” kata Batrisya kepada
Budin.

“Sama-sama. Lain kali jangan main layang-layang berhampiran dengan pokok.
Mainlah dekat kawasan lapang,” kataku kepadanya lagi.

“Ok…Baiklah…Tapi nama awak apa?” Batrisya bertanya lagi.
“Saya nak baliklah,” aku terus berlalu pergi meninggalkan Batrisya.
“Sombong,” bentak Batrisya.
Aku memang seorang yang tidak pandai berkawan. Apatah lagi perempuan.
Batrisya cucu nenek Esah. Ya aku kenal neneknya itu. Baik orangnya. Mungkin dia
cucu nenek Esah yang baru berpindah dari Kuala Lumpur. Aku dapat tahu semasa
terdengar nenek Esah menceritakan kepada ibuku semasa menziarahi ibuku yang sakit
di rumah.
Bila fikirkan tentang ibu, aku terus rasa sayu. Cepatlah sihat, ibu. Budin rindukan
ibu yang dahulu..
“Budin….Budin…Oooo Budin,” aku terdengar suara seseorang memanggilku di
luar rumah.
“Ya saya…Siapa tu?” aku yang sedang mengelap badan ibu dengan kain basah
meninggalkan tuala di tepi ibu dan mendapatkan orang yang berada di luar.
“Nenek Esah ni,” kedengaran suara dari luar rumah.

“Ya nenek…Kenapa ni?” aku pelik melihat keadaan nenek Esah yang sedang
panik.

“Budin Nampak tak cucu nenek, Batrisya? Dari tadi dia tak balik lagi,” nenek
Esah masih dalam keadaan panik.

“Tadi saya ada nampak dia. Saya tolong ambilkan laying-layangnya yang
tersangkut di dahan pokok rambutan depan rumah itu. Tapi kenapa dia tak pulang lagi?
Kan dah maghrib ni nek,” aku pula yang berasa pelik kenapa Batrisya tidak pulang lagi.

Tiba-tiba ada dua orang pemuda kampung yang sedang menunggang motosikal
berhenti di depan rumahku dan menyatakan Batrisya telah terlibat dalam satu
keamalangan. Ada sebuah kereta terbabas lalu melanggarnya di tepi jalan itu. Nenek
Esah terus pengsan apabila mendapat tahu berita itu. Aku mendapatkan kebenaran
daripada ibuku untuk pergi ke tempat kejadian..

“Ya Allah…Batrisya,” aku sangat terkejut dengan apa yang terjadi..
Jasad Batrisya kaku di tepi jalan bersama dengan layang-layangnya. Aku sedih
melihat keadaan itu. Aku menyesal tidak melayan karenahnya tadi dan bersikap
sombong terhadapnya semasa dia ingin berbual denganku petang tadi.
Keesokan harinya jasad Batrisya dikebumikan di tanah perkuburan di
kampungku. Aku kasihan melihat nenek Esah yang kelihatan sedih dan aku juga baru
tahu bahawa ibu dan ayah Batrisya bekerja di luar negara dan mereka tidak dapat
pulang untuk melihat jasad anaknya dikebumikan. Sekali lagi hatiku tersentuh. Ya Allah
kasihan Batrisya.
‘Maafkan saya Batrisya…Kalau saya layan awak semalam mesti awak akan
tersenyum hari ini dan mungkin kita akan pulang ke rumah bersama-sama dan awak

juga tidak akan dilanggar oleh kereta itu,’ hatiku berbisik. Aku cuba mencipta teori
antara kejadian yang berlaku dengan tindakanku semalam.

Sebenarnya, kita mestilah berbuat baik dengan semua orang yang kita jumpa
dan kita kenali kerana kita sendiri tidak tahu bila dan bagaimana hidup kita akan
berakhir. Jadi hargailah orang sekeliling yang ada bersama kita. Aku berjanji akan
menjaga ibuku sehingga akhir hayatku. Mulai hari itu, apabila aku melihat layang-
layang, pasti aku akan teringatkan Batrisya.

‘Semoga kau tenang di sana kawanku…Ya Allah…kau lindungilah orang yang
aku sayang,’ desis hati kecilku.


Click to View FlipBook Version