The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah impian dan angan-angan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Junainah Abdul Jalel, 2021-03-02 23:52:13

kisah Anis

Kisah impian dan angan-angan.

Keywords: cerpen

Kisah Anis
Oleh Wan Anis Hafizah binti Johan

Namaku Anis. Aku berumur dua belas tahun. Aku suka membaca novel remaja. Antara
novel yang aku sukai ialah Kisah Yang Sempurna. Ia mengisahkan tentang kehidupan
seorang doktor yang banyak menghabiskan masa bersama pesakit di hospital. Setiap
pesakit mempunyai cerita yang tersendiri.

Aku memang bercita-cita ingin menjadi seorang doktor. Jadi dengan membaca
kisah kehidupan seorang doktor, sedikit sebanyak aku dapat mengetahui tentang
bidang tugas seorang doktor hanya melalui pembacaan. Ya, betul Cikgu Jun cakap…
‘Membaca adalah satu pengembaraan yang indah…’ Dengan membaca kita dapat
mengetahui sesuatu perkara tanpa menggunakan pergerakan yang banyak. Ianya
dengan hanya duduk dan bermain dengan emosi dan minda sahaja kita dapat banyak
ilmu pengetahuan.

“Anis, apa termenung tu? Mari sini kita nikmati minum petang,” ibuku
menamatkan lamunanku.

“Baik ibu,” aku hanya menurut. Jika tidak pasti ibu akan membebel memarahi
aku kerana terlalu banyak berangan.

Kata ibu, angan-angan mestilah ada usaha. Jika angan-angan tanpa usaha
seperti angan-angan Mat Jenin. Ibu selalu memerli aku supaya aku tidak menjadi
seperti Mat Jenin yang pernah aku baca bukunya.

“Ibu, Anis nak jadi doktorlah nanti,” Anis membuka bicara semasa minum petang
bersama ibunya di dapur sambil mengunyah keropok lekor yang digoreng oleh ibunya.

“Sejak Anis membaca buku novel Kisah Yang Sempurna yang mengisahkan
Doktor Alina dan Doktor Iskandar, membuatkan Anis lebih bersemangat untuk menjadi
seperti mereka. Mana tahu nanti ibu dapat menantu doktor juga nanti seperti Doktor
Iskandar watak utama dalam novel tu,” Anis menyambung lagi.

Ibunya hanya tersenyum. Ibunya tahu, Anis memang seorang anak yang bijak.
Dia akan berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan. Dia juga percaya yang Anis
pasti akan dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Ini kerana
prestasi dalam pelajaran Anis amat membanggakan. Belum pernah lagi dia mendapat
tempa melebihi tempat ketiga. Biasanya tempat pertama, kedua atau ketiga sahaja.

“Ibu doakan Anis Berjaya mencapai cita-cita Anis. Tapi ingat, bukan angan-
angan Mat Jenin ok. Angan-angan mestilah disertai dengan usaha yang gigih…Ok
sayang,” ibunya tetap mengingatkan Anis tentang angan-angan yang Anis inginkan.

“Baiklah ibu…Anis faham apa yang ibu maksudkan,” Anis tersenyum sinis.
Setelah menunaikan solat isya’ dia menyambung semula membaca kisah Doktor
Iskandar dengan Doktor Alina. Berdasarkan penceritaan dalam novel ini, mereka
berdua seperti pinang di belah dua. Pasangan yang sangat sepadan. Pertemuan
mereka adalah secara kebetulan di mana ketika masing-masing sibuk dengan kerja
masing-masing dan hanya terlanggar antara satu sama lain dan menyebabkan semua
fail yang dibawa oleh Doktor Alina jatuh ke lantai. Doktor Iskandar pula pada ketika itu
berlari menuju ke bilik kecemasan. Begitu indah takdir Allah kan. Dari situ mereka
berkenalan dan menjadi rapat.
Selepas kejadian itu, mereka bersahabat baik. Doktor Alina dan Doktor Iskandar
sering keluar bersama pada masa lapang. Mereka selalu berbual, makan bersama atau

membeli-belah bersama-sama. Persahabatan mereka amat erat sehinggakan Doktor
Iskandar berhasrat untuk melamar Doktor Alina.

”Assalamualaikum,why do you want to meet me?” Doktor Alina bertanya kepada
Doktor Iskandar.

Doktor Iskandar menjawab, ”Waalaikummussalam, sebenarnya…..errr…takpelah
nanti saya cerita,”

”Beritahu sajalah,”kata Doktor Alina lagi.
“Alina, will you marry me?” lamaran dari Doktor Iskandar menamatkan spekulasi
yang dibuat oleh Doktor Alina di mana Iskandar kelihatan pelik akhir-akhir ini. Rupanya
dia ingin menjadikan hubungan persahabatan ini sebagai satu ikatan yang ikhlas dan
melangkah setapak lagi.
Doktor Alina hanya diam dan terdiam seketika. Dia setuju kerana dia memang
sudah menyimpan perasaan cinta dan sayang kepada Doktor Iskandar.
‘Alhamdulillah…Akhirnya dia mulakan dan menyatakan hasratnya… Terima
kasih Allah..Kalau inilah dinamakan jodoh, aku terima,’ Alina berkata dalam hati.
“Beginilah Is… Saya perlu berbincang dengan keluarga terlebih dahulu. Tetapi
daripada pihak saya, saya menerima lamaran awak,” Alina berkata sambil tertunduk
malu,
“Terima kasih Alina… Ya kita harus memberitahu kepada keluarga kita terlebih
dahulu sebelum kita meneruskan langkah seterusnya… Restu daripada itu penting
daripada segala-galanya,” Doktor Iskandar berkata. Jelas menunjukkan pemikiran
matang mereka membuatkan mereka bertindak dengan lebih berhati-hati demi menjaga
hati semua pihak.

‘Ermmm… Akhirnya Doktor Alina dan Doktor Iskandar disatukan juga. Happy
ending. Ia membuatkan aku tersenyum sendiri,’ desis hati kecil Anis.

Sebenarnya tidak salah untuk membaca kisah cinta seperti ini kerana ia dapat
memberikan suntikan semangat kepada kita untuk menjadi seperti pasangan tersebut
dan juga inspirasi kepada kerjaya mereka. Aku menanam semangat untuk berusaha
mencapai cita-citaku menjadi seorang doktor. Bahan bacaan ilmiah tentang perubatan
juga menjadi pilihan aku jika ibu membawaku ke kedai buku.

Jadi, membacalah… Dengan membaca banyak ilmu yang kita dapat perolehi.
Membaca juga adalah makanan minda. Sama-samalah kita menyambut hasrat Menteri
Pendidikan Dr. Mazlee Malik untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang
2030. Itu yang selalu disebut oleh Guru Pusat Sumber sekolahku iaitu Malaysia
Membaca.
#MalaysiaMembaca
#DekadMembacaKebangsaan
#SeriSitiawanMembaca


Click to View FlipBook Version