The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pameran Bertema Hari Raya Aidilfitri dilaksanakan secara dalam talian mengikut keadaan semasa.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Junainah Abdul Jalel, 2021-05-10 21:21:06

Pameran Bertema Hari Raya Aidilfitri

Pameran Bertema Hari Raya Aidilfitri dilaksanakan secara dalam talian mengikut keadaan semasa.

Pameran Bertema
Hari Raya Aidilfitri

Wadi 'Ilmi

SOP Hari Raya • Parent/Teacher meet-up next
Thursday!
• Takbir Raya
• Solat Sunat Hari Raya • Art Fair entries due on Friday
• Ziarah Hari Raya. • Sign up for Tom the Hamster
• Ziarah Kubur
feeding is now on

• Takbir Raya

• Takbir Raya di masjid/ surau dibenarkan di kawasan PKP, PKPB
dan PKPP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

• Namun begitu, bagi kawasan PKPD, tidak dibenarkan.
• Bagaimanapun, amalan takbir dari rumah ke rumah tidak

dibenarkan di semua kawasan.
• Bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP, solat sunat hari raya

dibenarkan berlangsung di masjid/ surau, namun dengan jumlah
kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-
kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

2. Solat Hari Raya

• Solat sunat hari raya di masjid/ surau tidak dibenarkan di
kawasan PKPD.

• MKN juga telah membuat keputusan bahawa jamuan selepas
solat hari raya di masjid/ surau, rumah terbuka hari raya, ziarah
tanah perkuburan tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.

• Bagi kawasan PKPB dan PKPP, jamuan selepas solat hari raya
di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak
berkuasa agama negeri. Jawatankuasa masjid/ surau
digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan
diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.

3. Ziarah Hari Raya

• Ziarah hari raya bagi kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan
kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah
dengan penjarakan fizikal.

• Ziarah hari raya bagi PKPB dan PKPP dibenarkan pada 1 sehingga 3 Syawal sahaja.
Namun begitu, bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada
satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

• Manakala, bagi kawasan PKPP ziarah Hari Raya dibenarkan dengan kehadiran
tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan
penjarakan fizikal.

• Dalam memastikan penularan wabak ini terkawal, tuan rumah digalakkan untuk
menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MySejahtera
atau menyediakan buku

bagi mencatatkan nama dan nombor telefon tetamu.

4. Ziarah Kubur

• Ziarah tanah kubur dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP
dengan syarat had tidak melebihi enam orang bagi satu lot/
petak kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.

• Bagaimanapun, ziarah tanah kubur bagi kawasan PKP dan
PKPD tidak dibenarkan.

• Bagi kawasan PKP Diperketatkan (PKPD), sambutan Hari Raya
Aidilfitiri hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga
daripada rumah yang sama sahaja. Ini bermakna mereka tidak
dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada rumah dan
melakukan amalan kunjung mengunjung.

• Penganjuran sebarang majlis/ rumah terbuka hari raya bagi
semua kawasan adalah tidak dibenarkan.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-senarai-sop-hari-raya-aidilfitri-yang-perlu-anda-tahu-296428

Apakah dalil disunatkan bertakbir pada hari raya?
Diantara dalilnya ialah riwayat dari Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menceritakan;

“Kami (para wanita) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat)
sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami

mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-
sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid
juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir

bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama bersama dengan doa-doa
mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya”.

– Riwayat Imam Bukhari

Siapakah yang disunatkan bertakbir?
Disunatkan bertakbir pada hari raya bagi lelaki dan perempuan, kanak-kanak
(yang mumayyiz) dan orang dewasa, orang dalam negeri atau sedang bermusafir.

Termasuklah wanita-wanita yang haid atau lelaki-lelaki yang berjunub. (al-
Majmu’, 5/42).

MENU HARI RAYA :

• Lemang
• Ketupat
• Rendang
• Lontong
• Dodol

Lemang

Lemang diperbuat menggunakan beras pulut serta santan yang dimasukkan ke
dalam ruas buluh. Buluh tersebut perlu dilapik dengan daun pisang terlebih
dahulu. Lemang merupakan antara makanan tradisional yang masih popular

hingga ke hari ini dan ianya sangat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Kaedah memasak menggunakan buluh ini merupakan kaedah memasak yang
digunakan oleh kaum asli di Malaysia. Ia enak dimakan bersama rendang dan

juga serunding. Lemang juga menjadi kegemaran masyarakat orang asli
Negrito di Kelantan, suku kaum Semai dan Minangkabau.

Ketupat

Ketupat merupakan hidangan yang sering kita nikmati menjelang hari raya. Kelongsong
ketupat diperbuat menggunakan pucuk daun kelapa yang dianyam menjadi kelongsong.

Terdapat beberapa jenis ketupat yang sering disediakan sebagai juadah di hari raya.
• Ketupat Nasi

• Ketupat Lemak
• Ketupat Palas

Rendang

Hidangan rendang cukup popular semasa hari raya. Ia enak dimakan bersama lemang,
pulut kuning dan nasi himpit.

Terdapat pelbagai jenis rendang yang boleh anda temui iaitu rendang ayam, rendang
daging, rendang ikan, rendang kerang dan bermacam lagi. Antara bahan yang

digunakan untuk menghasilkan rendang adalah cili kisar, santan, bawang, daun kunyit,
daun limau purut serta kerisik

Lontong

Lontong antara hidangan yang turut mendapat perhatian. Ia merupakan hidangan yang
terdiri daripada nasi himpit bersama sayur lodeh.

Kuah lodeh yang disediakan terdiri dari campuran sayur – sayuran seperti kacang
panjang, lobak merah, serai, lengkuas, santan, tauhu serta tempe. Ia juga dimakan

bersama sambal bilis yang begitu enak.

Dodol

Biarpun tidak ramai lagi yang membuatnya secara tradisional, namun dodol tetap
mendapat permintaan ramai. Kehadiran dodol ini pelengkap juadah hari raya.

Dodol diperbuat daripada santan kelapa, tepung beras, gula melaka, gula pasir dan
sedikit garam. Selain perisa asli, dodol juga diperbuat dengan pelbagai rasa seperti rasa

durian dan pisang.

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam.
Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih
dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-

sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk
membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah
kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio
ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati

sepenuhnya oleh setiap muslim.

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.

2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah
tanggungannya pada hari raya dan malamnya.

3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan

sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.







Salam Aidilfitri Patuhi SOP
Maaf zahir dan batin Duduk di rumah
Jaga kesihatan
Daripada : Sekian, Terima
Wadi 'Ilmi
Seri SItiawan kasih…


Click to View FlipBook Version