The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah kanak-kanak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Junainah Abdul Jalel, 2021-03-02 23:50:00

Dinoman

Kisah kanak-kanak.

Keywords: cerpen

Dinoman
Oleh Muhammad Adam Haris bin Mohamad Saiful Izham

Adam seorang murid yang cemerlang dalam akademik. Dia murid darjah 6. Dia terlalu
sukakan dinosaur. Pada masa lapang,dia selalu melukis gambar dinosaur, mencari
maklumat tentang dinosaur dan membuat buku dinosaur. Akan tetapi,ibunya pula,Puan
Baizura tidak suka akan perangai anaknya yang suka dinosaur. Dia menganggap minat
Adam itu membuang masa dan tenaga. Kawan-kawannya juga tidak suka akan
perangainya. Kawan-kawannya sering mengejeknya kerana bagi mereka dinasor itu tidak
wujud. Adam hanya berangan-angan sahaja seperti di dalam rancangan televisyen.

Pada suatu hari, Adam rehat bersama rakannya, Irfan di kantin.
“Irfan, lepas makan… Boleh tak kau teman aku pergi perpustakaan?’’ tanya Adam.
“Kau nak pergi sana nak buat apa? Nak pinjam buku ke? Atau nak mengurat
pengawas Pusat Sumber ni..,’’.Irfan berseloroh.
“Aku nak cari buku dinosaur,’’ jawab Adam dengan jujur.
“Kau ni…dinosaur saja kau tahu… Sikit-sikit dinosaur…Sikit-sikit dinosaur…’’ Irfan
sengaja memerli Adam.
Kadangkala Irfan juga agak rimas kerana Adam asyik bercerita tentang dinosaur
berdasarkan pembacaannya di majalah atau buku. Irfan tidak berminat untuk
mendengarnya. Akan tetapi demi menjaga hati rakan baiknya itu, dia hanya mendengar
sahaja walaupun keberatan. Dia juga tidak pernah ambil tahu apa yang dicakapkan oleh
Adam itu. Umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja.
Adam yakin dinosaur itu wujud sebenarnya. Yang meyakinkan lagi pendapatnya
tentang dinasor ialah apabila dia membaca akhbar tentang sekumpulan pelajar daripada

sebuah universiti telah membuat kajian tentang kewujudannya dinosaur apabila mereka
terjumpa beberapa jenis fosil dinosaur dijumpai di Kelantan.

‘Wah, di Malaysia juga ada spesis seperti dinosaur yang terdapat dalam cerita
Jurassic Park? Macam tak percaya…’ Adam berbicara sendiri.

Yang menguatkan lagi tentang ini ialah apabila dia terbaca di dada akhbar tentang
sekumpulan saintis Malaysia dan beberapa orang saintis daripada Jepun telah membuat
kajian tentang ini rentetan daripada terjumpanya sebatang gigi dinasor di sebuah negeri
di Malaysia.

‘Aku akan buktikan kepada mereka bahawa dinosaur tu memang wujud
sebenarnya. Aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk aku menjadi saintis yang
mengkaji tentang fosil haiwan seperti dinosaur,’ Adam menanamkan azam dalam dirinya
yang dia akan berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan iaitu menjadi seorang
saintis yang mengkaji tentang artifak purba ini.
****

Peperiksaan bulan Mac semakin hampir. Semua murid membuat persiapan awal
sebelum peperiksaan. Adam juga tidak terkecuali. Dia sentiasa mengulang kaji pelajaran,
membuat latih tubi pelajaran dan lain –lain lagi.Pada hari peperiksaan, semua murid akan
menjawab ujian yang telah disediakan. Adam menjawab dengan penuh tekun. Dia
berharap dia dapat keputusan yang cemerlang dan dapat membanggakan ibu dan
bapanya.

Apabila tiba hari keputusan diumumkan, cikgu mengumumkan satu persatu nama
murid yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Cikgu akan umumkan murid yang dapat tempat pertama terlebih dahulu. Tahniah
Muhammad Adam Haris. Kamu mendapat tempat pertama dalam kelas dengan
keputusan yang cemerlang iaitu 6A!” Cikgu Rosmah membuat pengumuman yang
mengejutkan semua orang.

Adam tidak sangka berkat kesungguhannya, dia mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Adam terkejut dan terharu.

“Terima kasih, cikgu,” ucap Adam kepada guru kelasnya itu…
Cikgu Rosmah hanya tersenyum. Dia tahu Adam seorang murid yang tekun dan
rajin belajar. Dia juga memang menjangkakan Adam akan mendapat keputusan yang
baik dalam peperiksaan kali ini.
Kawan-kawan Adam bertepuk tangan sebagai tanda tahniah.
“Terima kasih, semua,” Adam terharu dengan kata-kata semangat yang diberikan
oleh rakan sekelasnya .

Adam pulang ke rumah dengan kegembiraan.
“Ibu,abang dapat nombor pertama dalam kelas,” kata Adam dengan kegembiraan.
“Wah, ye ka? Tahniah abang. Berkat usaha abang juga kan… Ibu bangga dengan
abang,”
“Ibu, boleh tak ibu belikan Adam buku dinosaur?” Adam menyambung
pertanyaannya itu.
Ibunya menjawab, “Dinosaur…Dinosaur…Dinosaur…Tak habis-habis dengan dinosaur.
Dinasor itu tak wujud Adam. Boleh tak jangan buang masa untuk mengkaji sejarah
dinosaur. Ibu mahu Adam tumpukan kepada mata pelajaran yang masuk peperiksaan

seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Usah difikirkan tentang
dinasor lagi,” ibunya memberikan penerangan dengan panjang lebar.

“Bolehlah,ibu! Boleh la,” Adam cuba memujuk ibunya tetapi ibunya tetap dengan
pendiriannya.
Adam masuk ke dalam biliknya dengan kesedihan. Dia menangis teresak –esak.
‘Saya berazam untuk belajar bersungguh –sungguh demi menggembirakan ibu
dan bahagiakan ibu. Saya juga akan membuktikan kepada ibu bahawa dinasor itu wujud,’
dia berazam di dalam hatinya.
Lima belas tahun yang lalu berlalu terlalu pantas. Kini Adam sudah menjadi saintis
dan ahli paleontology yang mengkaji tentang fosil haiwan dan tumbuhan dan hidupan
purbakala. Dia menceritakan semula kisahnya kepada adik-adik juniornya di Universiti
Putra Malaysia agar menjadi pendorong kepada mereka untuk bertekad belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita percaya dan inginkan.
Ibu Adam berbangga dengan Adam. Dia percaya anaknya itu memang seorang
saintis yang hebat. Ibunya juga percaya bahawa Adam yang dikandungkan itu seorang
yang percayakan gerak hatinya dan berusaha untuk membuktikan yang tanggapannya itu
betul.
‘Ya, Adam… Dinasor itu wujud sebenarnya. Dinosaur merujuk kepada sejenis
kumpulan hidupan reptilia yang pernah wujud di muka bumi seawal kira-kira 231 juta
tahun lalu iaitu dalam tempoh Triasik dan melangkaui tempoh Jurasik (bermula 199 juta
tahun lalu). Ibu sengaja tidak mahu memberitahu Adam kerana ibu bimbang Adam akan
leka dengan mengkaji dinasor dan lupa dengan pelajaran. Rupanya tanggapan ibu yang
salah. Maafkan ibu, Adam,’ Ibu Adam berbisik sendiri…

Kini anaknya telah menjadi pakar rujuk tentang dinasor dan juga anaknya dikenali
dengan panggilan Dinoman…

Kosa kata : paleontology
Definisi : (paléontologi) kajian tentang fosil haiwan, tumbuhan, dan bentuk-bentuk
hidupan purbakala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Click to View FlipBook Version