The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorizuna519, 2022-05-30 12:50:17

E-MAJALAH GROUP 3 PENGAJIAN ISLAM

E-MAJALAH GROUP 3 PENGAJIAN ISLAM

GEJALA KERUNTUHAN
AKHLAK

NOOR IZUNA BINTI NOOR AZWAN (03DPR21F1027)
KHAIRUNNISA' BINTI MOHD KHARIZAM
(03DPR21F1060)
NUR ATIELIA BINTI ZULKIFLI (03DPR21F1018)
NURUL SYAMIMI AINA BINTI NORHISYAM
(03DPRF12151)

AHLI KUMPULAN

1

ISI KANDUNGAN M/S

PENGENALAN 3
4-6
CABARAN MENANGANI MASALAH
PERGAULAN BEBAS 7-9
GEJALA KETAGIHAN GAJET DI KALANGAN
REMAJA PADA MASA KINI 10

ILUSTRASI GAMBAR 11
12
KESIMPULAN
RUJUKAN

2

Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula

jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai

potensi diri yang cemerlang. Masalah sosial dan jenayah yang

membabitkan remaja hari ini benar-benar mem-bimbangkan.

Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan

pelbagai masalah. Walaupun terdapat banyak isu yang berlaku, namun

bahagian ini hanya membincangkan beberapa isu terpilih yang kerap

berlaku di kalangan remaja.

3

• Selektif dalam memilih teman

Lingkungan persahabatan cukup berpengaruh
dalam membentuk karakter seseorang. Bagi
remaja, teman merupakan pihak yang paling sering
menjalinkan perhubungan. Oleh kerana itu, kita
haruslah selektif dalam memilih teman dengan
mencari teman yang membimbing kita untuk
melakukan kebaikan seperti bersukan. Hindari
menjalin pergaulan dengan rakan yang boleh
membawa perkara buruk kepada kita.

4

• Berpendirian kukuh
Memiliki pendirian yang kukuh membuatkan remaja tidak mudah terbawa ke arus
pergaulan bebas. Remaja juga perlu lebih berani mengatakan tidak pada perbuatan
perilaku yang tidak baik. Jadi, jika ada rakan yang mengajak untuk melakukan
perkara-perkara yang negatif, maka tolaklah dengan tegas.

• Perbanyakkan kegiatan positif

Untuk menghindari pergaulan yang tidak baik maka hal yang penting untuk dilakukan

adalah sibukkan diri dengan perbuatan yang positif. Misalnya banyak beraktiviti dalam

organisasi yang baik dan melakukan hal-hal yang bersifat positif seperti memasak dan

beriadah bersama keluarga. Dengan menyibukkan diri dengan perkara yang positif.

Sudah tentu akan dapat membuat diri terhindar dari perbuatan yang tidak baik, seperti

pergaulan bebas.

5

• Ingat akan orang tua
Agar tidak terjerumus dalam pergaulan bebas maka penting untuk kita selalu mengingat
orang tua. Mereka telah bersusah payah memperjuangkan hidup mereka untuk kita
bersekolah agar menjadi orang yang baik dan juga seorang yang berjaya. Jadi, jangan
menjadikan pergaulan bebas ini menghancurkan harapan orang tua.

• Mendekatkan diri dengan agama
Semua agama tentunya mengajarkan umatnya untuk melakukan
kebaikan dan menghindari perbuatan terlarang. Mendekatkan diri
dengan agama akan membuatkan kita semua untuk menjauhi perbuatan-
perbuatan buruk yang dilarang oleh agama. Jadi, dimanapun kita berada
kita mesti menerapkan cara-cara di atas tadi agar tidak terjerumus ke
dalam pergaulan bebas. Tetap bergaul secara positif dan hindari
pergaulan bebas agar hidup lebih sejahtera.

6

Penggunaan gajet seperti telefon pintar tidak asing lagi dalam dunia
teknologi serba canggih hari ini. Teknologi komunikasi ternyata menjadi
alat yang banyak memudahkan masyarakat.

Kebolehgunaan teknologi komunikasi membolehkan pelbagai urusan dapat
dijalankan secara dalam talian. Sebagai contoh, pembelian barangan,
tempahan makanan dan minuman, tempahan pengangkutan, alat hiburan
serta banyak lagi.

7

Dengan hanya satu klik di hujung jari, jaringan interaksi sosial maya membolehkan
anda kekal terhubung dengan orang lain tanpa mengira waktu.

Ketagihan gajet dikalangan remaja pada masa kini amatlah dirisaukan tambah pula
dengan kewujudan media sosial dan aplikasi yang menarik perhatian remaja kini
seperti TikTok, Instagram, permainan video seperti ‘Mobile Legend’.

Terdapat banyak punca yang menjadikan ketagihan gajet kepada remaja. Antaranya,
sejak kewujudan satu penyakit berjangkit bernama ‘Covid-19’ yang merbahaya
menyebabkan masyarakat terkurung di rumah apabila PKP dilaksanakan. Perkara ini
menyebabkan remaja tidak boleh keluar rumah untuk beriadah langsung menjadikan
mereka lebih cenderung kepada penggunaan gajet. Maka, gajetlah yang menjadi
tumpuan remaja untuk menghilangkan bosan.

8

Selain itu, remaja tidak lagi memandang permainan tradisional apabila gajet
diwujudkan kerana mereka tahu gajet terdapat lebih banyak perkara
menyeronokkan didalamnya seperti permainan video dan banyak lagi. Gajet juga
memudahkan segala benda jadi ia juga antara sebab mereka lebih memilih gajet.

Ketahuilah kesan ketagihan gajet terutama dikalangan remaja. Pertama, remaja mula
tidak fokus dan tidak berminat untuk belajar. Seperti remaja menjadi malas kerana
remaja menghabiskan waktu bersama gajet sehingga lewat malam. Seterusnya,
remaja juga kurang meluangkan masa bersama keluarga tercinta kerana seronok
bersama dengan gajet mereka. Ini menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi
renggang. Menjejaskan kesihatan mental fan fizikal juga adalah salah satu kesan
ketagihan gajet. Ini kerana, remaja banyak meluangkan masa dihadapan skrin gajet
dengan terlalu lama yang boleh memberi kesan seperti kepada mata dan kulit muka.

9

10

Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa
memainkan peranan mereka. Ibu bapa merupakan orang yang membesarkan mereka dan paling
mengerti dengan perangai dan hati budi mereka. Oleh itu, ibu bapa semestinya dapat
menasihati mereka dan menarik mereka ka pangkal jalan. Selain itu, ibu bapa haruslah mendidik
anak mereka dari awal kerana bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Selain itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan
dengan memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada
unsur-unsur kaganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati
diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyak untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak
remaja.
Antara langkah lain yang dapat diambil juga ialah mengadakan aktiviti yang dapat membentuk
akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. . Melalui aktiviti sebegini, para
remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang
berfaedah dan tidak membuang masa. Bak kata pepatah, “sambil menyelam, minum air”.

11

https://ditsmp.kemdikbud.go.id/kiat-pencegahan-pergaulan-bebas-di-kalangan-remaja/
http://efoliopelajardad5a.blogspot.com/2017/09/kesimpulan.html

12


Click to View FlipBook Version