GEJALA
KERUNTUHAN
AKHLAK
https://ditsmp.kemdikbud.go.id/kiat-pencegahan-pergaulan-bebas-di-
kalangan-remaja/
http://efoliopelajardad5a.blogspot.com/2017/09/kesimpulan.html
https://ditsmp
http://efolio
KEBEBASAN
MENAKLUKI DIRI
PEMUSNAH
GENERASI MASA
KINI
NAMA PENSYARAH :
PUAN KHODZIRAH BINTI AHMAD
KHAIRUNNISA' BINTI MOHD NOOR IZUNA BINTI NOOR AZWAN
KHARIZAM (03DPR21F1060) (03DPR21F1027)
NUR ATIELIA BINTI ZULKIFLI NURUL SYAMIMI AINA BINTI
(03DPR21F1018) NORHISYAM
(03DPR21F151)
ISI KANDUNGAN 1
2-4
PENGENALAN
CABARAN
MENANGGANI
MASALAH
PERGAULAN BEBAS 5-8
GEJALA
KETAGIHAN GAJET
DI KALANGAN
REMAJA PADA
MASA KINI 9
KESIMPULAN 10
RUJUKAN
PENGENALAN
Remaja sering dikaitkan dengan masalah
walaupun daripada sifat semula jadi, remaja
adalah zaman yang penuh bertenaga dan
mempunyai potensi diri yang cemerlang. Masalah
sosial dan jenayah yang membabitkan remaja hari
ini benar-benar mem-bimbangkan.
Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi
halangan ini menimbulkan pelbagai masalah.
Walaupun terdapat banyak isu yang berlaku,
namun bahagian ini
hanya membincangkan
beberapa isu terpilih yang kerap berlaku di
kalangan remaja.
1
CABARAN MENANGGANI MASALAH
PERGAULAN BEBAS
Selektif dalam memilih teman
Lingkungan persahabatan cukup berpengaruh dalam
membentuk karakter seseorang. Bagi remaja, teman
merupakan pihak yang paling sering menjalinkan
perhubungan. Oleh kerana itu, kita haruslah selektif
dalam memilih teman dengan mencari teman yang
membimbing kita untuk melakukan kebaikan seperti
bersukan. Hindari menjalin pergaulan dengan rakan
yang boleh membawa perkara buruk kepada kita.
Berpendirian kukuh
Memiliki pendirian yang kukuh membuatkan remaja
tidak mudah terbawa ke arus pergaulan bebas.
Remaja juga perlu lebih berani mengatakan tidak
pada perbuatan perilaku yang tidak baik. Jadi, jika
ada rakan yang mengajak untuk melakukan
perkara-perkara yang negatif, maka tolaklah dengan
tegas.
2
Perbanyakkan kegiatan positif
Untuk menghindari pergaulan yang tidak baik maka hal
yang penting untuk dilakukan adalah sibukkan diri
dengan perbuatan yang positif. Misalnya banyak
beraktiviti dalam organisasi yang baik dan melakukan hal-
hal yang bersifat positif seperti memasak dan beriadah
bersama keluarga. Dengan menyibukkan diri dengan
perkara yang positif. Sudah tentu akan dapat membuat
diri terhindar dari perbuatan yang tidak baik, seperti
pergaulan bebas.
Ingat akan orang tua
Agar tidak terjerumus dalam pergaulan bebas maka
penting untuk kita selalu mengingat orang tua. Mereka
telah bersusah payah memperjuangkan hidup mereka
untuk kita bersekolah agar menjadi orang yang baik dan
juga seorang yang berjaya. Jadi, jangan menjadikan
pergaulan bebas ini menghancurkan harapan orang tua.
3
Mendekatkan diri dengan agama
Semua agama tentunya mengajarkan umatnya untuk
melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan
terlarang. Mendekatkan diri dengan agama akan
membuatkan kita semua untuk menjauhi perbuatan-
perbuatan buruk yang dilarang oleh agama. Jadi,
dimanapun kita berada kita mesti menerapkan cara-cara
di atas tadi agar tidak terjerumus ke dalam pergaulan
bebas. Tetap bergaul secara positif dan hindari pergaulan
bebas agar hidup lebih sejahtera.
4
GEJALA KETAGIHAN GAJET DI KALANGAN REMAJA
PADA MASA KINI
Penggunaan gajet seperti telefon pintar tidak asing lagi
dalam dunia teknologi serba canggih hari ini. Teknologi
komunikasi ternyata menjadi alat yang banyak
memudahkan masyarakat.
Kebolehgunaan teknologi komunikasi membolehkan
pelbagai urusan dapat dijalankan secara dalam talian.
Sebagai contoh, pembelian barangan, tempahan
makanan dan minuman, tempahan pengangkutan, alat
hiburan serta banyak lagi.
5
Dengan hanya satu klik di hujung jari, jaringan
interaksi sosial maya membolehkan anda
kekal terhubung dengan orang lain tanpa
mengira waktu.
Ketagihan gajet dikalangan remaja pada masa
kini amatlah dirisaukan tambah pula dengan
kewujudan media sosial dan aplikasi yang
menarik perhatian remaja kini seperti TikTok,
Instagram, permainan video seperti ‘Mobile
Legend’.
6
Terdapat banyak punca yang menjadikan ketagihan gajet
kepada remaja. Antaranya, sejak kewujudan satu penyakit
berjangkit bernama ‘Covid-19’ yang merbahaya
menyebabkan masyarakat terkurung di rumah apabila
PKP dilaksanakan. Perkara ini menyebabkan remaja tidak
boleh keluar rumah untuk beriadah langsung menjadikan
mereka lebih cenderung kepada penggunaan gajet. Maka,
gajetlah yang menjadi tumpuan remaja untuk
menghilangkan bosan.
Selain itu, remaja tidak lagi memandang permainan
tradisional apabila gajet diwujudkan kerana mereka tahu
gajet terdapat lebih banyak perkara menyeronokkan
didalamnya seperti permainan video dan banyak lagi.
Gajet juga memudahkan segala benda jadi ia juga antara
sebab mereka lebih memilih gajet.
7
Ketahuilah kesan ketagihan gajet terutama dikalangan
remaja. Pertama, remaja mula tidak fokus dan tidak
berminat untuk belajar. Seperti remaja menjadi malas
kerana remaja menghabiskan waktu bersama gajet
sehingga lewat malam. Seterusnya, remaja juga kurang
meluangkan masa bersama keluarga tercinta kerana
seronok bersama dengan gajet mereka.
8
KESIMPULAN
Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk
mengatasi masalah ini ialah ibu bapa memainkan
peranan mereka. Ibu bapa merupakan orang yang
membesarkan mereka dan paling mengerti dengan
perangai dan hati budi mereka. Oleh itu, ibu bapa
semestinya dapat menasihati mereka dan menarik
mereka ka pangkal jalan. Selain itu, ibu bapa haruslah
mendidik anak mereka dari awal kerana bak kata pepatah
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Selain itu, pihak kerajaan seperti Kementerian
Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan
memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai
untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur kaganasan
atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat
membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah
diperbanyak untuk membentuk jati diri dan membaiki
akhlak remaja.
Antara langkah lain yang dapat diambil juga ialah
mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak
remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. .
Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan
akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang
berfaedah dan tidak membuang masa. Bak kata pepatah,
“sambil menyelam, minum air”. 9
RUJUKAN
https://ditsmp.kemdikbud.go.id/kiat-pencegahan-
pergaulan-bebas-di-kalangan-remaja/
http://efoliopelajardad5a.blogspot.com/2017/09/
kesimpulan.html
10