SUBJEK :
PPPH3523 KAJIAN AGAMA-AGAMA TIMUR
SET:
SET 1 SEMESTER 1 21/22
TAJUK :
ANALISIS KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA WU WEI DAN AL-KASB MELALUI
PLATFORM DIGITAL FLIPBOOK
PENSYARAH :
DR. NUR FARHANA BINTI ABDUL RAHMAN
PELAJAR :
HIDAYATUL HAZUANI BINTI HAMID (A176625)
SITI AISYAH BINTI AB RAHIM (A175348)
NURAIN NAWWAR NABILAH BINTI MOHD SAHID (A176363)
KHAIRUL ANAS BIN NASRI (A177366)
JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
WU WEI DALAM TAOISME DAN AL-KASB DALAM ISLAM: SATU KAJIAN
PERBANDINGAN
Abstrak
Wu Wei merupakan satu fahaman yang boleh didapati dalam Taoisme dan Konfusianisme. Wu
Wei dalam Taoisme membawa maksud suatu perbuatan untuk mencapai Tao dengan ‘tindakan
tanpa bertindak’ (Non-doing action). Al-Kasb secara umumnya adalah sebuah istilah teologi di
dalam agama Islam yang bermaksud pergerakan. Al Kasb memberi maksud yang setiap hasil
memerlukan usaha dan dimulai dengan pergerakan dan perbuatan untuk mencapai sesuatu itu.
Diantara perbandingan antara Wu Wei dan Al Kasb ini adalah dari segi definisi iaitu Wu Wei
bermaksud tindakan tanpa bertindak manakala Al Kasb pula perbuatan mengikut kehendak dan
kekuasaan Allah. Metodologi kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah analisa kepustakaan
dimana bahan kajian didapati di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM dan Institut Alam dan
Tamadun Melayu, UKM. Hasil kajian ini akan menerangkan dengan lebih lanjut konsep Wu Wei
dalam Taoisme dan Al-Kasb dalam Islam. Kajian ini juga akan memperlihatkan secara jelas
tentang persamaan serta perbezaan yang terdapat dalam Wu Wei dan Al-Kasb.
Kata Kunci: Wu Wei, al-Kasb, Perbandingan
1.0 PENGENALAN
1.1 Ajaran Taoisme
Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud jalan. Ia adalah satu aliran falsafah yang
berasal dari China. Taoisme pada awalnya bukanlah satu agama tapi ianya merupakan satu aliran
pemikiran. Aliran pemikiran Tao ini telah wujud ribuan tahun dahulu malah ada yang mengatakan
akar-akar pemikirannya telah wujud sebelum era Konfusianisme lagi. Bentuk Taoisme yang lebih
sistematik yang berupa aliran falsafah muncul kira-kira abad ke-3 SM. Namun, agama ini wujud
selepas era Konfusianisme. Hal ini kerana, selepas pengasas Taoisme iaitu Lao zi meninggal dunia,
pengikut ajaran Taoisme mula menyembah guru mereka dan menjadikan aliran pemikiran ini
sebagai agama mereka.
Di bawah pengasas Laozi dan beberapa pengikut yang lebih awal seperti Zhuang Zi dan
Huainan Zi, ajaran Taoisme merupakan satu panduan terhadap pembentukan falsafah kehidupan
manusia dan hubungannya dengan alam. bermula sekitar tahun 206 SM, iaitu di bawah
pemerintahan dinasti Han, ajaran Taoisme dan pengikutnya mula dipengaruhi dengan unsur-unsur
keagamaan seperti penyembahan Laozi sebagai Tuhan, penerimaan kitab Tao Te Ching sebagai
satu kitab suci Tuhan dan munculnya upacara dan idea-idea ketuhanan yang lain. Kepercayaan
keagamaan juga mula tersebar meluas khususnya dalam mempercayai proses kehidupan semula
(reincarnation). Perkembangan ajaran Taoisme khususnya sebagai sebuah agama terbukti dengan
kukuh apabila tertubuhnya organisasi keagamaan , tempat ibadah dan upacara keagamaan yang
khusus untuk diamalkan oleh penganut Taoism sehingga menjadikan ajaran Taoisme sebagai satu
dari agama yang terkenal di China. Lao Zi merupakan seorang ahli filsafat kuno yang hidup pada
abad ke-5 SM. Lao zi hidup pada zaman feodal dinasti Chou dan melihat banyak pertelingkahan
antara tuan tanah yang berkuasa, dan juga kerajaan pusat yang lemah yang diserang oleh
pemberontak dalam dan luar negara yang ingin kuasa lebih. Lao zi yang bosan dengan semua ini,
memilih untuk meninggalkan kerajaan Chou.
Chang Tao Ling juga merupakan tokoh yang amat penting dalam ajaran Tao. Chang Tao
Ling dikatakan sebagai orang pertama yang mengajarkan Taoisme sebagai satu agama. Lao zi dan
Chuang Tzu menggambarkan diri mereka sebagai ahli falsafah dan bukan tokoh agama, bahkan
tiada bukti menunjukkan mereka kuat agama. Namun begitu, Chang Tao Ling belajar kitab Tao
Te Ching sewaktu kecil, dan ketika dewasa telah memilih untuk mendalami ajaran Tao ini dan
mengasaskannya sebagai agama Tao.
Oleh itu, berdasarkan pengenalan di atas, kita dapat lihat ajaran Tao ini adalah sebuah
ajaran agama yang pada mulanya hanyalah satu aliran pemikiran falsafah yang ditulis oleh Lao zi.
Hal ini kemudiannya dikembangkan lagi ajarannya oleh Chang Tao Ling sebagai sebuah agama
Taoisme yang kini menjadi salah satu daripada tiga ajaran yang berpengaruh dalam masyarakat
cina selepas agama Buddha dan Konfusianisme.
1.2 Ajaran Islam
Islam adalah agama Allah yang diwahyukan kepada para Rasul sebagai hidayah dan rahmat Allah
bagi umat manusia sepanjang masa, yang menjamin kesejahteraan hidup material dan spiritual,
dunia, dan ukhrawi. Agama Islam yaitu agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai
Nabi akhir zaman. Ajaran yang diturunkan Allah tercantum dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi
yang Shahih (Maqbul) berupa perintah, larangan dan petunjuk untuk kebaikan hidup manusia di
dunia dan akhirat. Ajaran Islam bersifat menyeluruh yang meliputi bidang aqidah, akhlaq, ibadah,
dan muamalah duniawiyah.
Islam adalah satu agama yang syumul, iaitu agama yang menyeluruh dan sempurna. Islam
dari Wikipedia Bahasa Melayu bermaksud berserah diri kepada Allah serta taat kepadaNya dan
penganutnya pula digelar sebagai muslim. Sesungguhnya Allah Maha Pencipta, Allah mencipta
Malaikat daripada cahaya, iblis daripada api, manakala manusia dicipta daripada tanah. Allah juga
mencipta alam semesta untuk didiami oleh makhlukNya supaya mereka dapat beribadat kepada
Penciptanya.
Allah Maha Esa, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan-Nya dan Nabi Muhammad
s.a.w. adalah pesuruh Allah. Sebagai seorang Muslim, mereka perlu taat kepada ajaran Islam dan
meninggalkan perkara yang dilarang, Amar Makruf Nahi Mungkar. Islam menjelaskan bahawa
segala pujian hanya bagi Allah, maka kita perlu memuji, bertaubat, bertaqwa serta beriman
kepadaNya: (Muhammad bin Ali 'Al-Arfaj, 2002)
يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقائه، ولا تموتن الا وأنتم مسلمون
(Surah Ali Imran; 3:102)
Maksud: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa
kepadaNya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
2.0 WU WEI DALAM TAOISME
Terdapat beberapa takrifan Wu Wei yang dikenali dalam Taoisme, iaitu dimulai dengan Wu Wei
sebagai tidak melakukan apa-apa, Wu Wei sebagai melakukan tindakan pasif dalam dunia sosial,
dan Wu Wei sebagai sikap menunggu perubahan alami dari hal-hal yang ada. Justeru, sesuatu itu
perlu bersifat diam, tenang dan pasif untuk mencapai Tao dalam konsep Wu Wei (Isa Ma Zi Liang
et. al 2019).
Dari sini kita dapat lihat bahawa Wu Wei adalah perbuatan untuk mencapai kesedaran
melalui Tao tanpa berbuat apa-apa. Ini juga bermaksud bergerak dalam hubungan dengan alam,
yang dengan demikian memperoleh kesedaran sejagat. Ungkapan Wu Wei banyak dijumpai dalam
kitab Tao Te Ching. Antara ungkapan Wu Wei yang disebut dalam Tao Te Ching dapat dilihat
dalam dalam sajak 37 dan 43, ‘alam adalah kekal dan tidak bertindak (Wu Wei), namun tiada
sesuatu apa pun yang tak bergerak’. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Tao atau The Way adalah
satu jalan yang bukan memaksa dan ini adalah asas yang mendasari prinsip Wu Wei.
Prinsip Wu Wei mempunyai persamaan dengan matlamat dalam Buddhisme yang tidak berpegang
kepada gagasan ego individu. Seorang Buddha yang melepaskan ego yang memihak kepada
Tindakan melalui pengaruh alam semulajadi Buddha berperilaku dengan cara amalan Taoist.
Mengikut pensejarahan, Wu Wei telah diamalkan di dalam dan di luar struktur sosial dan politik
yang sedia ada. Dalam Daode Jing, Laozi memperkenalkan secara ideal tentang ‘pemimpin yang
tercerahkan’ merangkumi prinsip-prinsip Wu Wei bahawa pemerintahan dalam cara mewujudkan
kebahagiaan dan kemakmuran bagi semua penduduk negara.
Wu Wei juga telah mendapat ungkapan dalam pilihan yang dibuat oleh sesetengah ahli Tao
untuk menarik diri dari menjalani kehidupan bertapa, berkeliaran secara bebas melalui padang
rumput, amalan meditasi di gua bagi memperoleh hasil ketengan dan demikian dipelihara dengan
cara langsung oleh tenaga semulajadi. Oleh yang demikian, ajaran Tao dalam Wu Wei mengajar
penganutnya hidup secara pasif dengan mengekalkan keseimbangan alam semesta. Konsep Wu
Wei ini membawa kepada keadaan manusia untuk tidak melakukan apa-apa. Dengan ini, manusia
dapat hidup dalam keadaan yang sederhana dan mempunyai ketenangan dalam kehidupan mereka
apabila mereka mengikuti Tao dan menghindari kekerasan dalam segala bentuk.
2.1 Wu Wei Sebagai Konsep Semula Jadi
Wu Wei juga dikenali sebagai konsep semula jadi atau sebagai sifat yang tidak bergiat.
Konsep Wu Wei menggalakkan masyarakat mengamalkan aksi yang semula jadi iaitu tidak
mempunyai kehendak diri sendiri. Tambahan pula, Wu Wei juga menggalakkan segala perkara
yang berlaku dalam keadaan semula jadi atau natural dengan membenarkan hal-hal itu
berkembang secara spontan. Perkara yang bertentangan dengan kejadian alam dianggap sebagai
punca kepada segala penderitaan. Di samping itu, asal-usul semua makhluk dan Tao adalah bersifat
azali, iaitu semua makhluk akan berasal dari suatu dan akan kembali ke tempat itu pada akhir hayat
mereka. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat pada masa itu mempercayai wujudnya pahala
dan balasan. Bagi mereka yang melakukan perkara yang baik, mereka dapat hidup abadi dan bagi
mereka yang melakukan perkara yang jahat, mereka akan mendapat balasan sama ada dalam
kehidupan kini atau di alam Akhirat.
2.2 Non-Doing Action
Wu Wei dikenali sebagai Non-Doing Action iaitu tidak melakukan apa-apa dan sebagai tindakan
pasif dalam dunia sosial. Ia merupakan satu idea dimana Tao dapat dicapai dengan mengikut arus
atau dalam keadaan tidak berbuat apa-apa bagi menjamin keharmonian alam. Ia menegaskan
kepada konsep bahawa Wu Wei adalah keadaan di mana kita berada dalam ‘zon sendiri’ dalam
keadaan tumpuan dan aliran (flow) yang mendalam. Ianya berkait rapat dengan penghormatan Tao
dengan alam semula jadi untuk menunjukkan bahawa usaha menjadikan tingkah laku kita sebagai
suatu proses semula jadi yang tertentu dan untuk memastikan bahawa kita ‘mengalir’ mengikuti
arus dan bukannya melawan arus.
Manakala, di dalam falsafah Tao, bukan tindakan bererti seseorang bertindak mengikut
hukum-hukum langit (heaven). Jika dikaitkan dengan kehidupan manusia, bukan tindakan
merujuk kepada sikap untuk berjalan seiring dengan kehidupan realiti. Dengan demikian, Alan
Watts menulis dalam bukunya tentang Taoisme iaitu bukan tindakan adalah suatu gaya hidup dari
seseorang yang mengikuti Tao dan Tao juga dimaksudkan sebagai satu bentuk kecerdasan. Oleh
yang demikian, bukan tindakan adalah suatu bentuk kecerdasan tertentu bagi kehidupan seseorang
berdasarkan Tao. Hubungkait antara kedua ialah seseorang yang mengikuti Tao memiliki
kecerdasan untuk menjalani kehidupan maka akan memiliki kecerdasan juga dalam mengikuti
Tao.
Sifat paradoks dalam Wu Wei diterjemahkan sebagai ‘tidak berbuat’ atau ‘tidak bertindak’.
Walau bagaimanapun, cara yang lebih baik untuk memikirkannya adalah sebagai ‘tindakan tidak
bertindak’. Wei merujuk kepada penanaman keadaan dimana tindakan seseorang agak mudah
selaras dengan kejatuhan dan aliran kitaran unsur dunia semulajadi. Ia adalah sejenis ‘pergi dengan
aliran’ atau Go with Flow seperti diumpamakan bergerak tanpa dibentuk dengan didikan berbentuk
teguran, nasihat dan sebagainya. Ia adalah suatu tindakan spontan berlandaskan kepada fitrah
perjalanan seseorang.
Amalan Wu Wei adalah ungkapan apa yang dalam Taoisme dianggap sebagai bentuk kebajikan
yang tertinggi dan sama sekali tidak dirumuskan tetapi ia timbul secara spontan. Seperti ungkapan
Laozi iaitu:
Kebajikan tertinggi adalah bertindak tanpa perasaan diri sendiri
Kebajikan tertinggi adalah untuk memberi tanpa syarat
Keadilan tertinggi adalah untuk melihat tanpa keutamaan
Apabila Tao hilang, seseorang mesti mempelajari aturan kebajikan
Apabila kebajikan hilang, peraturan kebaikan
Apabila kebaikan hilang, peraturan keadilan,
Apabila keadilan hilang, peraturan tingkah laku
Melalui irama ini menerangkan unsur-unsur di dalam dan di luar badan kita adalah
berasaskan kepada tindakan secara semulajadi yang melampaui keperluan ajaran moral Wu Wei
menjadikan kewujudan Wu Wei sebagai suatu tindakan tidak bertindak, pemikiran tidak berfikir
dan buah fikiran bukan fikiran. Amalan Wu Wei ini adalah sebagai kesedaran di dalam dunia
interaksi, di alam semesta dan mengetahui bahawa ia hanya menawarkan fikiran, kata-kata dan
Tindakan yang tidak mendatangkan mudarat lantas bertindak secara tidak langsung bagi mencapai
suatu hasil positif atau negatif.
Wu Wei juga diibaratkan seperti air, seseorang memiliki kekuatan moral besar dan peribadi
luhur bagaikan air. Air selalu memberi keuntungan kepada segala benda, tetapi tidak mencari jasa.
Air selalu bersikap merendah meskipun selalu memberi manfaat kepada semua kehidupan. Inilah
gambaran sifat orang berbudi dimana mereka dapat menyesuaikan diri mengikut situasi dan
keadaan, hatinya tenang bagaikan air telaga yang dasarnya dalam. Falsafah taoisme ini
menunjukkan Wu Wei sebagai satu cara hidup yang merujuk kepada fenomena alam.
3.0 AL-KASB DALAM ISLAM
Kasb secara umum, merupakan istilah teologi. Al-Asy’ari menyebut perbuatan manusia itu dengan
kasb. Kasb (perbuatan) terjadi dengan perantaraan kekuatan yang diciptakan pada orang yang
memperoleh daya. Pemikiran kasb seperti itu tidak berarti meniadakan tanggungjawab manusia
atas semua perbuatannya. Kerana perlukan kesungguhan usaha. Usaha ini diperolehnya sebagai
ciptaan-Nya tetapi berkait dengan daya manusia sebagai syarat yang mesti dalam kasb.
Pemakaian istilah kasb sebagai “perolehan”, memberi kesan keaktifan manusia. Akibatnya,
manusia bertanggung-jawab atas segala apa yang diperoleh. Hanya saja jika dipahami bahwa kasb
itu merupakan ciptaan Tuhan. Maka hilanglah arti keaktifan manusia itu. Dan ertinya, manusia
hanya pasif dalam perwujudan perbuatannya.
Sebenarnya, ajaran seperti itu tidak menampakkan perbezaan sebagai suatu faham
keterpaksaan. Ungkapan itu hanya hasil modifikasi paham jabariyah-fatalisme. Hal itu didasarkan
pada petunjuk bahwa daya (qudrah) manusia tidak memberi pengaruh pada perbuatannya. Hal itu
dipertegas lagi dengan kesimpulan kasb ciptaan Tuhan.
Selain itu, istilah Al-Kasb terdiri dari setiap bentuk pekerjaan, termasuk bisnes,
perdagangan, pengilangan, penternakan dan kerajinan untuk mencari nafkah. Perkara ini dibahas
untuk pertama kalinya oleh Al-Syaibani dalam buku khusus ini. Menurut Imam Sarkhasi, buku
Al-Kasb ditulis dalam bidang topik Zuhud / Tasawuf.
Al-Syaibani mendefinisikan al-kasb (kerja) sebagai cara untuk mencari perolehan harta
melalui pelbagai cara yang halal. Dalam ekonomi, aktiviti perolehan harta ini termasuk dalam
aktiviti untuk kita berkembang.
Al-Ghazali berpendapat, bahwa al-Quran memakai kata kasb secara tak terbatas (muthlaq)
untuk perbuatan manusia. Pemakaian yang demikian itu berbeda dengan penggunaan kata fi’il
yang terbatas. Bahwa Allah-lah pencipta daya (qudrah) dan gerakan (al-Majdur) yang keduanya
melahirkan perbuatan. Gerakan itu tidak dapat disebut ciptaan daya manusia sekalipun gerakan itu
dipihaknya. Daya manusia itu di luar dirinya kerana ia terkadang mampu atau tidak mampu
bergerak. Untuk itu dipandang perlu mencari istilah yang lebih sesuai dengan pemakaian al-Quran.
Abu Hasan al Asy'ari mengajukan konsep al-kasb, dengan pengertian bahawa yang
mewujudkan perbuatan manusia adalah Allah, namun manusia diberi daya dan pilihan untuk
berbuat atas kehendak Allah. Manusia dalam perbuatannya banyak bergantung kepada kehendak
dan kekuasaan Allah. Oleh karena itu, manusia, dalam pandangan al-Asy’ari, bukan fa’il, tetapi
kasib. Berdasarkan itulah muncul teori al-kasb. Al-Shahrustani memperjelas pengertian al-kasb
dengan menyatakan bahwa lahirnya perbuatan manusia adalah dengan jalan Allah memperlakukan
sunnah-Nya melalui daya yang baru diciptakan bersama-sama dengan terjadinya perbuatan.
Berkaitan dengan itu, lahirlah konsep al-iktisab.
Muhammad Yusuf Musa menyebutkan bahwa memang benar kata kasb memberi
pengertian perbuatan manusia secara tak terbatas (muthlaq). Dia menegaskan bahwa patut
dipertanyakan apakah sama pengertian al-Quran dengan teori kasb yang dikemukakan oleh kaum
Asy’ariyyah khususnya, dan Ahl al-Sunnah pada umumnya.
Dengan demikian, al-kasb berarti manusia tetap memiliki peranan, iaitu berusaha
melaksanakan pekerjaannya, walaupun usahanya itu berada dalam ‘batasan’ kekuasaan mutlak
Allah. Dalam perkataan lain, manusia tidak dalam keadaan terpaksa, tetapi ia juga tidak bebas.
Ringkasnya, manusia dalam perbuatannya tidak terpaksa secara mutlak, namun juga tidak bebas
tanpa batas. Jadi, secara teori al-kasb mengandung aspek dinamisme. Menilai faktor kedinamisan
dan kestatisan, keaktifan dan kepasifan sesorang, standard yang lazim dipakai adalah sejauh mana
akal mendapat peranan.
Al-Syaibani mengutarakan bahwa untuk menunaikan suatu kewajiban, pastinya seseorang
memerlukan kekuatan jasmani, adapun kekuatan jasmani lahir dari pengambilan makanan yang
diperoleh dari sebuah kerja keras. Maka dari itu, bekerja memiliki peranan yang penting dalam
menunaikan suatu kewajiban dan wajiblah hukumnya. Seperti yang dikatakan dalam Hadits
Rasulullah: "Mencari pendapatan adalah wajib bagi setiap muslim"
Kerja memiliki peranan penting dalam memenuhi hak Allah, hak hidup, hak keluarga, dan
hak masyarakat. Hal ini karena orientasi bekerja dalam Islam adalah untuk mencari redha Allah,
adapun bekerja juga berpengaruh mengaktifkan cara perekonomian dan berimplikasi secara
dominan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi suatu negara.
Dalil naql yang dijadikan dasar diciptakannya kasb20 itu adalah firman Allah s.w.t.: والله خلقكم وما
”تعملونAllah menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat”. Kata وما تعملونdalam ayat tersebut
diartikan oleh al-Ash’arī dengan “apa yang kamu perbuat” dan bukan “apa yang kamu buat”. Hal
ini berarti Allah menciptakan kamu dan perbuatan-perbuatan kamu. Jadi, menurut al-Asy’arī,
perbuatan-perbuatan manusia adalah diciptakan Allah, dan Dia pulalah yang membuat kasb.
Dengan kata lain, bahwa Allah yang mewujudkan kasb atas perbuatan manusia. Dengan demikian,
berarti Allah sebenarnya yang menjadikan (pembuat) perbuatan manusia, sedangkan manusia
hanya merupakan tempat berlakunya perbuatan-perbuatan Allah tersebut. Al-Asy’ari membagi
perbuatan atau gerakan manusia terbahagi kepada idtirar (perbuatan tanpa sengaja, di luar
kemampuan) dan perbuatan kasb. Masing-masing perbuatan itu mempunyai dua unsur. Bagi idtirar
memiliki unsur penggerak yang mewujudkan gerak, dan unsur badan yang bergerak. Penggerak
adalah Allah, sementara badan yang bergerak adalah manusia, sebab badan yang bergerak
menghendaki tempat yang bersifat jasmani. Sedangkan Allah mustahil mempunyai tempat
jasmani. Adapun unsur bagi kasb, mengikut al-Asy’ari, ialah pembuat dan yang memperoleh
perbuatan sebagaimana yang terjadi pada gerakan idtirar. Oleh itu, pembuat kasb yang sebenarnya
adalah Allah, sedangkan yang memperoleh kasb adalah manusia.
Teori Kasb Dalam Modernisasi Islam
Dari pemaparan diatas jelaslah bahwa teologi al-Asy’ariyyah adalah teologi yang yang
mementingkan amalan (ikhtiar), sebagaimana yang diisyaratkan dalam teori al-Kasb. Untuk itu,
dalam konteks keimanan, bukan hanya mengetahui atau membenarkan bahwa Allah itu ada, tetapi
juga meletakkan posisi amal (ikhtiar) amat penting dalam kehidupan. Kenyataan ini menunjukkan
bahwa yang dimaksud oleh al-Asy’ariyyah dengan teori al-kasb itu ialah “perolehan” seperangkat
alat untuk infrastruktur yang diberikan kepada manusia untuk diproyeksikan dalam berbagai aspek
kehidupan di dunia. Seperangkat alat itu ialah “ikhtiar dan daya” dalam perbuatan yang kemudian
menimbulkan apa yang disebut dengan ‘pahala’ dan ‘dosa’. Dengan teori al-Kasb maka percaya
kepada takdir sama sekali tidak mengandung kesan fatalisme, sebab fatalisme itu mengandung
sikap Jabariyyah, menyerah kalah, kepada nasib atau fate yang mengandung tidak ada usaha
(inactivity). Karena itu, percaya kepada takdir yang dikehendaki dalam aliran al-Ash’ariyyah
adalah menyuruh manusia beramal dan berusaha, dan mustahil ‘takdir’ memiliki makna
menentang aktivitas dan amal perbuatan. Dengan kata lain, adanya ikhtiar dalam perbuatan, di
samping tidak menafikan adanya takdir, ia juga membuat manusia bergairah dan dinamis dalam
melakukan aktivitas.
Dengan demikian, al-kasb berarti manusia tetap memiliki peranan, yaitu berusaha
melaksanakan pekerjaannya, walaupun usahanya itu berada dalam ‘batasan’ kekuasaan mutlak
Allah. Dalam perkataan lain, manusia tidak dalam keadaan terpaksa, tetapi ia juga tidak bebas.
Ringkasnya, manusia dalam perbuatannya tidak terpaksa secara mutlak, namun juga tidak bebas
tanpa batas. Jadi, secara teori al-kasb mengandung aspek dinamisme. Menilai faktor kedinamisan
dan kestatisan, keaktifan dan kepasifan sesorang, standard yang lazim dipakai adalah sejauh mana
akal mendapat peranan. Dalam konteks ini, teologi al-Asy’ariyyah, di samping menggunakan
hujah tekstual, ia juga menggunakan argument rasional. Di dalam Istihsan al-khawd fi ‘ilmi al-
kalam, al-Asy’ari menjelaskan betapa pentingnya penggunaan logika dalam soal ‘aqliyyah
sebagaimana pentingnya menggunakan nas dalam masalah syari’at.
Dengan demikian, teori al-Kasb dalam sistem teologi alAsy’ariyyah dapat merefleksikan
suatu sikap dan kreatifitas diri dalam menghadapi hidup dan kehidupan sehari-sehari, bahkan yang
lebih penting dari itu adalah memberi spirit untuk berbuat dan melaksanakan fungsi kekhalifahan
dalam merespons segala dampak kemajuan tamaddun (peradaban) dunia saat ini. Oleh itu, konsep
al-Kasb Asy’ariyah sama sekali tidak menghambat pembaharuan dalam Islam, justru sebaliknya
Konsep al-Kasb Asy’ariyah memberikan spirit bagi umat Islam untuk selalu melakukan
pembaharuan dalam Islam.
Dalam teologi al-Asy’ariyyah, prinsip seperti itu dikenal dengan istilah “aqidah atau
tauhid”. Landasan inilah yang seharusnya mendasari sikap, gerak, dan pola pikir (ittijah) setiap
Muslim. Komitmen seseorang terhadap aqidah atau tauhid ini terimplementasi dalam bentuk
perilaku (suluk), moraliti (akhlaq), visi (wijhah al-Nazr), dalam meniti kehidupan nyata.
Pemahaman yang kuat terhadap konsep seperti ini akan membentuk sebuah sikap dan jati diri yang
kuat dalam memproyeksikan sebuah pranata kehidupan yang dinamis, produktif, dan cinta
kemajuan.
Baik kesimpulan yang dikemukakan al-Ghazali, maupun kesimpulan Yusuf Musa tentang
ke-muthlaq-an. Pengertian kasb dalam ayat, menunjukan bahwa perbuatan belum bisa disebut
sebagai pemeriksaan final. Pendapat al-Ghazali tidak lepas dari pengaruh aliran teologi yang
dianutnya, Asy’ariyyah. Adapun definisi Yusuf Musa, dikemukakannya tanpa disertai
pembahasan menyeluruh terhadap ayat-ayat yang menunjuk kasb secara terperinci.
4.0 PERBANDINGAN ANTARA WU WEI DAN AL-KASB
Konsep wu wei dan konsep al kasb adalah dua istilah yang wujud di dalam kepercayaan yang
berbeza. Pengkaji mendapati bahawa istilah wu wei ini wujud di dalam dua buah kepercayaan iaitu
konfusianisme dan taoisme. Namun begitu di dalam dua kepercayaan ini istilah wu wei membawa
maksud dan praktiknya yang berbeza. Namun yang difokuskan dalam perbincangan ini adalah
istilah wu wei di dalam ajaran Taoisme. Definisi wu wei di dalam Taoisme sebagai satu tindakan
tanpa bertindak atau tidak melakukan apa-apa. Wu wei juga ditakrifkan sebagai melakukan
tindakan pasif dalam dunia sosial dan wu wei sebagai satu sikap menunggu perubahan yang
berlaku kepada semua perkara secara semula jadi.
Manakala al kasb pula secara umumnya adalah sebuah istilah teologi di dalam agama
Islam. Imam Abu Hasan al-Asy’ari memberi maksud al-Kasb dengan pengertian bahawa yang
mewujudkan perbuatan manusia adalah Allah, namun begitu manusia diberi kekuatan dan pilihan
untuk bertindak atas kehendak Allah. Manusia dalam perbuatannya banyak bergantung kepada
kehendak dan kekuasaan Allah. Oleh hal yang demikian, manusia pada pandangan al-Asy’ari
bukan fa’il, tetapi kasib. Berdasarkan itulah muncul teori al-kasb. Al-Shahrustani menjelaskan
pengertian al-kasb dengan menyatakan bahawa lahirnya perbuatan manusia adalah dengan jalan
Allah memperlakukan sunnah-Nya melalui daya yang baru diciptakan bersama-sama dengan
terjadinya perbuatan. Berkaitan dengan itu lahirlah konsep al-iktisab. Maksud al-iktisab menurut
al-Asy’ari ialah bahawa sesuatu terjadi dengan perantaraan daya yang diciptakan dan dengan
demikian menjadi perolehan atau kasb bagi orang yang dengan dayanya perbuatan itu timbul.
Menerusi konsep Wu Wei dalam ajaran Taoisme dan konsep al-Kasb dalam ajaran Islam
sekiranya dikaji dengan lebih teliti kita akan mendapati bahawa wujudnya persamaan dan
perbezaan antara dua konsep tersebut.
4.1 Persamaan antara Wu Wei dan al-Kasb
Dalam mencari persamaan antara konsep Wu Wei dengan Al-Kasb, kita perlu kembali kepada Tao
yang merupakan asas kepada Wu Wei. Wu Wei lahir hasil daripada pemahaman manusia terhadap
Tao, Tao adalah sebuah jalan syurga atau jalan kebenaran dan Tao didefinisikan sebagai suatu
“cara bertindak” dan “prinsip-prinsip dasar” secara moral. Menurut Tao Te Ching, Tao merupakan
sumber umum bagi segala sesuatu bersifat universal dan merujuk pada kebenaran yang tertinggi.
Tao adalah proses “datang” yang mengimplikasikan suatu perubahan dari yang semula begini,
“Tidak ada” menjadi “ada”. Dan hadir sebelum alam semesta termasuk langit dan bumi. Kita dapat
lihat definisi ini mempunyai persamaan dengan konsep ketuhanan menurut Islam. Islam
mengatakan bahawa Allah SWT itu adalah satu kewujudan yang mencipta segala sesuatu daripada
tiada kepada ada. Wujudnya Dia adalah sebelum wujudnya alam semesta dan Dia juga suci dari
segala sifat yang tidak selayaknya bagi-Nya. Berdasarkan pemahaman umat Islam terhadap konsep
ini, Ahli Sunnah berpandangan bahawa Allah SWT itu yang mencipta segala perbuatan manusia.
4.2 Perbezaan antara Wu Wei dan al-Kasb
Perbezaan yang pertama mengenai dua buah konsep ini adalah dari segi ketuhanan itu sendiri.
Kitab Tao Te Ching mengatakan Tao itu menciptakan sesuatu tanpa tujuan tertentu. Laozi juga
berkata “Tao mencipta sesuatu tanpa menganggap bahawa itu miliknya, bekerja tanpa balasan,
memelihara dan membenarkan tanpa kekuasaan dan menjadi kebajikan yang sempurna”. Secara
analoginya, manusia mencipta sebuah kereta tanpa tujuan, kebiasaannya manusia mencipta kereta
dengan tujuan untuk menjualnya atau memudahkan perjalanan. Hal ini berbeza dan bertentangan
dengan konsep ketuhanan menurut Islam iaitu Tuhan menciptakan sekalian makhluk dengan
tujuan beribadah kepada, hal ini jelas berdasarkan firman Allah SWT:
ِ َو َما َخلَ ْق ُت الْ ِج َّن َوا ْل ِانْ َس ِا َّلا ِل َي ْع ُب ُد ْون
(Surah az-Zariyat: 51: 56)
Maksudnya: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-
Ku.
Menerusi ayat ini jelas bahawa setiap yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai tujuan-
tujuan yang tertentu, termasuk tujuan Allah menetapkan takdir bagi manusia serta perbuatan
manusia.
Selain itu konsep Wu Wei mempromosikan kepada penganutnya agar tidak melakukan
apa-apa tindakan. Dengan kata lain, konsep Wu Wei ini mengajak penganutnya agar tidak
berlebihan atau berusaha dalam melakukan sesuatu tindakan kerana jika segala perbuatan yang
dilakukan bertujuan untuk melawan hukum Tao, maka ia tidak akan menghasilkan kedamaian dan
kebahagiaan terhadap diri mereka. Hal ini bertentangan dengan konsep al-Kasb, walaupun Allah
SWT telah mentakdirkan segala sesuatu termasuk perbuatan manusia, namun Allah SWT telah
memberi ruang dan peluang kepada manusia untuk memilih setiap perbuatan yang ingin mereka
lakukan bahkan sekiranya keinginan mereka itu merupakan keinginan untuk melakukan perbuatan
yang mensyirikkan Allah SWT sesuai dengan firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang
berbunyi:
ََٗل ُم َع ِق ٰب ٌت ِم ْۢن بَ ْ ِي يَ َديْ ِه َوِم ْن َخلْ ِف ٖه ََ ْي َف ُظ ْونَ ٗه ِم ْن َا ْم ِر اّٰل ِل ۗ ِا َّن اّٰلَل َلا يُغَ ُِّي َما ِبقَ ْو ٍم َح ّٰت يُغَ ُِّي ْوا َما ِ َبنْ ُف ِس ِه ْۗم َوِا َذآ َا َرا َد اّٰلُل ِبقَ ْو ٍم ُس ْۤو ًءا فَ ََل َم َر َّد
ََٗل ۚ َو َما لَهُ ْم ِم ْن ُد ْوِن ٖه ِم ْن َّوا ٍل
(Surah ar-Ra'd: 13: 11)
Maksudnya: Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari
depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak
akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat
menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
Perbezaan yang terakhir adalah konsep Wu Wei tidak akan memberi kefahaman terhadap
kewujudan Tuhan. Hal ini demikian kerana Wu wei terhasil dalam diri manusia setelah mereka
bersatu dengan Tao. Tao seperti mana yang dijelaskan di atas, adalah satu kuasa, bukannya Tuhan.
Walaubagaimanapun Wu Wei tetap akan memandu manusia ke arah akhlak yang mulia. Hal ini
berbeza dengan al-Kasb, yang mana konsep ini menekankan kepada kewujudan Allah SWT
sebagai satu kewujudan yang berkuasa ke atas segalanya. Konsep tidak akan dapat difahami
sepenuhnya tanpa kita mengakui kewujudan Tuhan.
5.0 RUJUKAN
Abu Hasan al-Asy’ari, Kitab al-Luma’, Hamudah Gharabah (ed.) (Kairo: Musahamah
Mishriyyah, 1955).
Al-Ghazali, al-Iqtishad fi al-I’tiqad (Kairo: Muhammad ‘Ali Syubayh, 1962).
Al-Asy’ari, Abu al-Hasan. 1985. al-Ibanah’an usul al-Diyanah. Bayrut: Dar al-Kitab al-’Arabi.
Ardian Cangianto. 2020. Berketuhanan menurut Taoisme. diakses pada 22 November 2020.
http://web.budaya-tionghoa.net/index.php/item/3850-berketuhanan-menurut-taoisme
Elizabeth Reninger. t.th. Wu Wei: Prinsip Tindakan Tao dalam Tindakan Tidak Bertindak. t.tp.
T.pt
H. Imamul Muttaqin. 2015. Konsep Al-Kasb dan Modernisasi Islam. Jurnal Studi Keislaman.
Iriyanto Widisuseno. 2016. Etika Natural Taoisme dan Implementasinya. Humanika Vol.23 No.2.
Fakultas Ilmu Budaya Universitas Diponegoro: Indonesia.
Jalaluddin Muhammad, Nasy’ah al-Asy’ariyyah wa Tathawwuruhu (Beirut: dar al-Kitab al-
Libnani, 1975).
Isa Ma Zi Liang, Ang Shie Thing & Nor Azuraini bt Mat Lazin. T.th. Ajaran Taoisme. t.tp. t.pt
Moss Roberts. 2001. Dao De Jing: The book of the Way. Berkeley: University of California Press.
Muhammad Yusuf Musa, al-Al-Quran wa al-Falsafah (Kairo: Dar al-Ma’arif, 1958).
Toshihiko Izutsu. 1996. Sufism and Taoism: A Comparative Study of Key Philosophical Concepts.
University of California Press. London, England