Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) amat prihatin dengan isu-isu keselamatan kanak-kanak khususnya penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak merupakan aset penting yang bakal mencorak masa hadapan negara. Kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak semakin meningkat dan mendapat liputan meluas di media massa, elektronik serta media sosial. Berdasarkan statistik JKM, pada tahun 2023, sejumlah 7520 orang kanakkanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak ini adalah antara usaha berterusan Kementerian dalam mengerakkan semua anggota masyarakat agar bersama melindungi dan membina persekitaran selamat untuk kanak-kanak. Program ini menjadi platform kepada masyarakat setempat khususnya guruguru, PIBG dan komuniti setempat untuk berperanan dalam membantu KPWKM mencegah berlakunya peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. KPWKM akan meneruskan pelaksanaan program advokasi ini di sekolah seluruh negara serta akan mengadakan kerjasama rentas Kementerian bagi memastikan impak optimum Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak ini. Program
Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan. Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.
• Menerap dan memupuk kesedaran tentang pentingnya tanggungjawab melindungi kanak-kanak kepada semua lapisan masyarakat termasuk mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) dengan pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk sektor swasta dan organisasi masyarakat. • Memastikan mereka yang berurusan secara langsung dengan kanak-kanak berupaya mengenal pasti dan seterusnya melaporkan kes-kes pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. • Memastikan kanak-kanak dan anggota masyarakat termasuk pengamal undang-undang, penuntut jurusan undang-undang, pendidik, pekerja sosial, doktor, anggota penguat kuasa (seperti pegawai polis dan imigresen), pemandu pengangkutan awam (seperti bas dan teksi) dan pengawal keselamatan diberi kefahaman mengenai hak kanak-kanak di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dengan fokus kepada aspek perlindungan. • Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak. • Menggalakkan setiap organisasi mewujudkan dasar dan peraturan mengenai perlindungan kanak-kanak. Program
ATURCARA PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK KASIH KANAK-KANAK 12 JUN 2024 (RABU) 7.40 pagi Peserta mengambil tempat 8.30 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan 8.40 pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Melakaku Maju Jaya Bacaan Doa 8.50 pagi Ucapan Aluan dan Perasmian oleh Puan Hajah Puspa binti Adam, Pengetua SMK Agama Sultan Muhammad 9.00 pagi Ceramah Interaktif “Keselamatan Kanak-Kanak” Polis Diraja Malaysia 10.30 pagi Rehat / Minum Pagi 10.45 pagi Ceramah Interaktif – “Klik Dengan Bijak” Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 11.45 pagi Ceramah Interaktif – “Hak Kanak-Kanak” Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Malaysia 1.00 petang Penyampaian Cenderamata Sesi Bergambar Majlis Bersurai
PELAKSANAAN PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK KASIH KANAK-KANAK DI PERINGKAT SEKOLAH TARIKH 12 JUN 2024 (RABU) MASA 8.00 PAGI – 1.00 PETANG TEMPAT DEWAN IBNU BATUTTAH PESERTA 300 ORANG MURID PENGISIAN 1. MURAL PERLINDUNGAN DAN KASIH KANAK-KANAK 2. PERASMIAN DI PERINGKAT SEKOLAH 3. PAMERAN AGENSI KERAJAAN BERKAITAN PERKHIDMATAN KEPADA KANAK-KANAK 4. CERAMAH KESEDARAN HAK KANAKKANAK SERTA PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP ISU PENDERAAN DAN PENGABAIAN 5. PROGRAM KHIDMAT “GUNTING RAMBUT” PAMERAN YANG TERLIBAT PADA 12 JUN 2024: 1. POLIS DIRAJA MALAYSIA 2. SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA 3. LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA MALAYSIA 4. JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA 5. JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT 6. JABATAN PENJARA MALAYSIA 7. JABATAN PEMBANGUNAN WANITA 8. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
PESERTA PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK “KASIH KANAK-KANAK” 12 JUN 2024 (RABU) 8.00 PAGI – 1.00 PETANG TINGKATAN KELAS JUMLAH MURID 1 ABU BAKAR AS-SIDDIQ 25 1 ALI KARAMALLAHU WAJHAH 23 1 HARUN AR-RASHID 22 1 HUFFAZ 26 1 UMAR AL-KHATTAB 24 1 USMAN AL-AFFAN 22 2 ABU BAKAR AS-SIDDIQ 29 2 ALI KARAMALLAHU WAJHAH 26 2 HARUN AR-RASHID 26 2 HUFFAZ 21 2 UMAR AL-KHATTAB 28 2 USMAN AL-AFFAN 27 MURID PEMBACA DOA 1 JUMLAH 300 ORANG
PENGERUSI PUAN HAJAH PUSPA BINTI ADAM (PENGETUA) TIMB. PENGERUSI ENCIK ABD KARIM BIN HAMZAH (PK HEM) NAIB PENGERUSI TUAN HAJI MOHD RASIDI BIN ABD RAHMAN (GPK PENTADBIRAN) PUAN ZAITUN BINTI ISMAIL (GPK KOKURIKULUM) PUAN HAJAH NOR IMANI BINTI MD NOR (GPK TINGKATAN 6) PEMANTAU PUAN LIS QURAISIN BINTI DOLHALIT (GKMP BAHASA) PUAN ROZITA BINTI ABDUL HAMID (GKMP KEMANUSIAAN) PUAN ZAHARINA BINTI MOHAMAT SANI (GKMP SAINS & MATH) PUAN FAZILATULLIZA BINTI ABU BAKAR (GKMP TEKNIK & VOKASIONAL) USTAZ ABD RAZAK BIN SAMSUDIN @ MANSOR (GKMP PAIBA) JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK: KASIH KANAK-KANAK 12 JUN 2024 (RABU) 8.00 PAGI – 1.00 PETANG JAWATANKUASA | PEGAWAI DISKRIPSI TUGAS PENYELARAS Sarinah binti Anwar • Menyediakan buku program dan backdrop • Mengacarakan majlis sepanjang program BACAAN DOA Ust. Muhammad Ridhwan b. Abd Rahman • Menyediakan murid dan skrip doa bersesuaian majlis SIARAYA DAN LCD En. Hairulamir bin Ahmad • Memastikan Sistem Siaraya berfungsi dengan baik sepanjang majlis JURU GAMBAR En. Jeraie bin Sitam • Mengambil gambar sepanjang majlis PERSIAPAN DEWAN En. Muhammad Ikmal Azmar b. Azmi En. Kamarulzaman bin Md Sangat En. Asyraf bin Halim Ustaz Dahlan bin Suramin En. Zaharul Iquwan bin Main • Sediakan 5 tempat duduk VIP, 20 kerusi untuk tetamu dan wakil pempamer • 300 kerusi perserta pada 11 Jun (150 kerusi dari kelas) JAMUAN MURID En. Mohd Yatim Basori b. Abu Hassan Pn. Rozila bt. Rahmat Datin Aryani bt. Zakaria Pn. Kazimah bt. Samsudin • Memastikan murid menerima makanan dari kantin seperti yang telah ditempah • Serahkan invoice/resit kepada pihak penganjur • Memantau murid di kantin & pastikan murid masuk semula ke dewan mengikut masa yang ditetapkan DISIPLIN MURID En. Abd Latip bin Mohd Ali Pn. Nornasriah binti Abdul Wahab • Mengawal disiplin murid sepanjang majlis berlangsung MEJA PEMPAMER Pn. Nur Syazwani bt. Rozman Pn. Wong Sze Ling Pn. Nabila Husna bt. Ahmad Basri • Menyediakan 8 set meja untuk 8 pempamer yang hadir
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH MELAKA TENGAH PASUKAN PELINDUNG KANAK-KANAK DAERAH MELAKA TENGAH POLIS DIRAJA MALAYSIA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA MALAYSIA JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT JABATAN PENJARA MALAYSIA JABATAN PEMBANGUNAN WANITA MAJLIS PERWAKILAN KANAK-KANAK MALAYSIA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMKA SULTAN MUHAMMAD AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA GURU-GURU DAN MURID-MURID SMKA SULTAN MUHAMMAD