The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarinah.anwar, 2021-07-26 04:08:17

Ebook Nota Motivasi 2.0

Ebook Nota Motivasi Buat Pelajar Oleh Khalil Ismail



Hakcipta Terpelihara © 2020 Khalil Ismail



© Khalil Ismail

MUKADIMAH




Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana memiliki ebook ini yang relevan dan sesuai untuk
semua yang bergelar pelajar. Ini adalah ebook saya yang kedua dan

hasil gabungan daripada ebook pertama iaitu ‘Inspirasi Pelajar
Cemerlang’. Tujuan saya hasilkan ebook ini kerana mahu membantu

seberapa ramai yang boleh pelajar di luar sana untuk meningkatkan
semangat motivasi mereka.


Sebelum itu, pernah adik-adik cari maksud motivasi dalam kamus?

Tak pernah? Baik, tak apa. Biar saya beritahu. Menurut kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka; motivasi bermaksud “sesuatu yang membuat

atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu
dengan penuh minat.” Motivasi ini berasal daripada perkataan

bahasa inggeris iaitu ‘motivation’ yang merupakan gabungan dua
perkataan iaitu ‘motive’ dan ‘action’.




‘Motive’ iaitu motif atau sebab kita melakukan sesuatu perkara
tersebut. Manakala, ‘action’ ialah tindakan yang kita buat untuk
mendapatkan sesuatu perkara.



So, are you ready to motivate yourself?
Sila teruskan bacaan ebook “Nota Motivasi Buat

Pelajar” dan sebarkan manfaatnya bersama kawan-
kawan yang lain. 






Khalil Ismail
Professional Motivator Malaysia



© Khalil Ismail

1. PELUANG : AMBIL ATAU TINGGALKAN!


Take it or leave it! Ini ungkapan biasa dalam bahasa inggeris bila kita
berbicara tentang peluang. Adik-adik, peluang ini sebenarnya

datang kepada kita hanya sekali sehaja. Yakin dan percayalah
peluang yang pertama tidak akan sama seperti peluang yang kedua.


Katakanlah tiba-tiba suatu hari, datang seorang artis yang terkenal
dan kebetulan kita pun minat dengannya. Artis itu ajak kita makan

tengah hari bersamanya di sebuah restoran hotel 5 bintang. Agak-
agak apa respon kita? Nak beritahu, “ok tak apalah…terima kasih,

saya malulah.” Atau nak follow artis tersebut dan makan
bersamanya? Sudah semestinya, kita nak follow dan makan bersama

idola kita kan. Setuju?


Di sini saya nak ringkaskan bahawa peluang ini ibarat perkara yang
best dan seronok yang orang lain nak beri pada kita. Dan perkara

tersebut sudah semestinya bernilai dan rugi jika kita lepaskan atau
tinggalkan. So samalah juga bila kita sedang menuntut ilmu dan
belajar dalam kelas, kita sebenarnya sedang mengambil peluang nak

berjaya. Ada orang beruntung dapat belajar dengan guru

berpengalaman, penanda kertas dan sebagainya tetapi tidak mahu
ambil peluang belajar sungguh-sungguh dengan cikgu itu. Ada juga
yang emak ayah keluarkan duit untuk hantar kita belajar di pusat

tuisyen tapi kita pula sibuk nak cari awek/pakwe sekolah lain. Rugi
ooii!!


Sedar ataupun tidak, adik-adik baca ebook saya inipun salah satu

peluang untuk kekal positif, bermotivasi dan berjaya. InsyaAllah moga
jadi asbab kejayaan untuk semua. Nak tahu lagi apa yang boleh buat

kita berjaya? Jom kita teruskan membaca.




© Khalil Ismail

2. MEMILIH UNTUK BERJAYA


Setiap orang berhak untuk memilih dan pastikan pilihan itu
berdasarkan citarasa atau apa yang kita sukakan. Ada orang kata,

orang yang suka memilih ini orangnya jenis cerewet. Mungkin ya atau
mungkin tidak. Namun dalam misi kita untuk berjaya ini ianya
bukanlah sesuatu yang cerewet. Kerana untuk menjadi orang yang

cemerlang itu sebenarnya pilihan kita.

Andai kita lebih gemar membuang masa dan malas untuk

mengulangkaji pelajaran, maka kita sebenarnya sedang memilih
untuk gagal dan begitulah

sebaliknya. Ingat! Bila kita
bergelar sebagai pelajar

maka tugas kita memang
untuk belajar dan menuntut
ilmu.


Oleh itu, buatlah pilihan
yang terbaik dalam siri

kehidupan kita. Sebab
kejayaan itu bukan datang

secara kebetulan namun ianya datang dengan perancangan. Jadi
yakin dan percayalah, kita hanya satu sentimeter saja untuk

menghampiri kepada kejayaan.

Pilihan di tangan anda! Pilihlah untuk menjadi orang cemerlang.

Sebut dalam diri kita kuat-kuat, “CEMERLANG ITU, HAK SAYA!”












© Khalil Ismail

3. BELAJAR DAN TERUS BELAJAR



Saya selalu bagi soalan trick pada adik-adik pelajar sekolah, “Subjek
apa yang paling bosan?” Macam-macam subjek yang saya dengar

antaranya Sains, Matematik, Sejarah, Kimia dan sebagainya. Pelikkan
kenapa banyak subjek kita yang rasa bosan? Sebenarnya, ilmu Allah

tidak pernah membosankan kita! Ilmu Allah tidak pernah wujud
perasaan tidak best! Kerana yang menyebabkan sesuatu ilmu itu
bosan ialah sebab diri kita sendiri. #Deep #Zapp. Haha!



Betul dik, jangan kita asyik nak salahkan orang lain bila kita tak dapat
apa yang kita nak. Berhenti sekejap. Tengok dan muhasabah semula
diri, dan tanya pada diri. Mengapa saya rasa bosan bila belajar? Jadi,

apa tindakan saya untuk memastikan bila berada di dalam kelas atau
waktu belajar saya tak rasa bosan? InsyaAllah pasti kita jumpa

jawapannya.


Saya sarankan sebelum kita belajar, mulakan dengan berdoa. Yang
muslim, boleh dahulukan dengan baca surah al-Fatihah dan

hadiahkan pada baginda Rasulullah ﷺ , emak ayah kita, dan guru-

guru kita. Amalkan juga baca surah al-Insyirah, moga jadi asbab hati

kita mudah terima ilmu nanti.


Pinjamlah sedikit masa kita sebelum mula belajar untuk berdoa. Tak
susah dan tak rugi pun. Sebab ilmu itu pun milik Tuhan. Yang

memberikan kita kefahaman itu juga pun dariNya.









© Khalil Ismail

Suka saya memetik syair Imam Syafie kepada penuntut ilmu, “Wahai

saudaraku, ilmu tidak akan diperoleh kecuali enam perkara iaitu (1)
kecerdasan, (2) semangat, (3) kesungguhan, (4) bekal (biaya/duit),
(5) bersahabat (belajar) dengan guru dan (6) memerlukan waktu

yang lama.”


Yang paling penting sebenarnya untuk dapatkan ‘rasa’ seronoknya
belajar itu, adik-adik kena keluarkan minat pada subjek tersebut.

InsyaAllah, ianya sedikit sebanyak membantu kita fokus dan seronok
bila belajar.


Boleh ke boleh? Cantik!!!


































© Khalil Ismail

4. JIKA KAU FIKIRkan BOLEH




Pernah adik-adik dengar lagu Fikirkan Boleh? Ini lagu motivasi yang


oldschool. Saja saya nak kongsi sedikit liriknya.
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan


Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh



Penulis lirik beritahu, jika kita fikir menang kita menghampiri kejayaan.
Kita ialah apa yang kita fikirkan. Mendalam makna lirik ini. Tuhan
jadikan manusia cukup hebat sebab adanya akal berbanding

haiwan yang tiada akal. Akal itu untuk berfikir. Jika adik-adik biasa
baca terjemahan ayat Al-Quran, banyak ayat yang memberitahu

seperti begini “Allah ciptakan sesuatu itu, untuk kamu (manusia)
berfikir.”




Fikiran ialah perkara yang kita bayangkan atau gambarkan dalam

minda kita. Kenapa ada orang takut dengan hantu? Sebab dalam
fikiran, dia menggambarkan hantu itu sesuatu yang menyeramkan

dan menakutkan. Sekarang, bayangkan dalam fikiran kita tentang
kejayaan. Rasakan detik-detik kegembiraan bila kita dapat naik

pentas Anugerah Pelajar Cemerlang di sekolah dan kita boleh
dengarkan ramai kawan dan guru sedang bertepuk tangan serta
bersorak untuk kita. Best kan?


Mulai saat ini, fikirkan yang baik-baik dan positif sahaja. Yang nak
berjaya, diri kita. So teruskan dalam landasan kejayaan.





© Khalil Ismail

5. USAHA DENGAN TINDAKAN


Hampir ke semua sekolah dan pelajar yang pernah bersama saya

dalam program motivasi, mesti ingat ayat ini “Usaha dengan
tindakan, bukan hanya dengan kata-kata.” Jika kita nak makan kena

pergi dapur cari makanan bukan update di social media. Setuju? Nak
berjaya pun sama, kita kena bertindak! Bukan asyik cakap “Saya nak

berjaya! Saya nak 8A!” Tak salah pun, namun biarlah cakap serupa
bikin.




Ada tiga Pelan Tindakan untuk adik-adik praktikkan ketika belajar

yang boleh dikongsikan di sini;

1) Rancang waktu jadual belajar harian dan peruntukkan masa

belajar selama 20 hingga 30 minit sahaja. Sama ada kita belajar
atau mengulang kaji pelajaran.
2) Pastikan suasana belajar kita dalam keadaan tenang dan

selesa. Silent mode atau off kan handphone sewaktu hendak
mula belajar. Jauhkan dan simpan handphone di tempat yang

kita tak Nampak.
3) Buat senarai semua subjek dan asingkan mengikut tahap

kefahaman kita tentang subjek tersebut, contohnya seperti
jadual berikut.















© Khalil Ismail

SENARAI SUBJEK Kena focus dahulu

1. Bahasa Melayu - Matematik
2. Bahasa Inggeris Sederhana

3. Matematik - Bahasa inggeris
4. Pendidikan Islam / Moral Memuaskan

5. Sejarah - Sains
6. Yakin A+

- Sejarah
- Bahasa Melayu










Ok, sekarang pergi ambil kertas dan buat seperti jadual yang saya
tunjukkan ini. Bagus, terbaik!!! Anda memang

PELAJAR CEMERLANG!!!


























© Khalil Ismail

6.PERCAYA SEBELUM BERJAYA




Sistem kepercayaan atau belief system.


Ianya adalah tentang apa yang kita fikirkan dan percayakan tentang
diri kita sendiri. Semakin banyak bukti kukuh untuk menyokong

kepercayaan, semakin kuat sistem kepercayaan kita itu.




Sistem kepercayaan itu umpama meja berkaki empat, hilang satu
maka meja itu kurang stabil dan seperti itulah sistem kepercayaan

dalam diri kita. Bagaimana nak mengukuhkan sistem kepercayaan
kita?


Pertama sekali, biasakan diri kita untuk sebut perkara yang positif.
Contohnya, “Saya kena sentiasa ceria, gembira dan bertenaga!”
Ayat ini untuk pasak minda kita dan sebagai penguat bagi

mengukuhkan sistem kepercayaan kita.




Kata pakar sains untuk mendapat lebih kesan dan otak akan terus
merakam perkataan, gantikan ‘saya’ dengan nama sendiri. Seperti,

“Hari ini, Khalil Ismail hebat, berjaya dan kaya!”

Kedua, mesti ada matlamat yang jelas dan spesifik. Nak tahu lagi

tentang matlamat, kena teruskan membaca kerana saya kongsikan
topik ini di halaman yang seterusnya.




Stay tune!






© Khalil Ismail

7. MATLAMAT SEORANG PELAJAR


7. MATLAMAT SEORANG PELAJAR


Matlamat itu sangat penting. Ada tiga persoalan yang boleh
dikaitkan dengan matlamat iaitu;


1) MENGAPAKAH – mengapa kita perlu berjaya? Ada banyak
sebab nak berjaya. Antaranya nak sambung belajar ke luar

negara, nak banggakan emak ayah dan sebagainya. Ok
sekarang, ambil kertas dan tuliskan tentang perkara yang nak

kita capai. Kemudian tanya pada diri sendiri, mengapa kita
mahukan perkara tersebut?

2) BAGAIMANAKAH – bagaimanakah cara kita untuk mencapai
kejayaan tersebut? Soalan ini sangat penting dalam kita

merancang untuk berjaya iaitu tentang strategi, cara atau
kaedah. Kejayaan itu tidak datang secara kebetulan, kerana

ianya bermula dengan perancangan.
3) APAKAH – apakah yang kita dapat apabila impian itu tercapai?

Soalan ini ramai yang stuck. Sebab jawapan mereka untuk
soalan yang pertama dan kedua itu tidak jelas. Jangan risau.
Take your time! Ini bukan soalan KBAT, ini soalan tentang diri

anda.




Dah tuliskan dan dapat menjawab persoalan di
atas? Jadi, inilah BIG WHY kita dalam mencapai

matlamat. Faham ke faham? Nak tahu lagi? Sila
teruskan pembacaan anda dan ikut arahan yang

diberikan.











© Khalil Ismail

Apakah yang dimaksudkan dengan matlamat?


Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), matlamat
bermaksud “sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai”. Jadi,

penetapan matlamat ialah tentang menetapkan sesuatu perkara
yang hendak dicapai oleh diri kita sendiri.


Bagaimana strategi untuk menetapkan sesuatu matlamat dengan

betul dan tepat?




1) Tuliskan matlamat dan perkara yang kita nak dalam satu kertas
atau di papan putih.

Tulislah seberapa banyak yang boleh tentang perkara yang kita
mahukan.







Saya dapat 10A+ dalam

SPM 2020.

















© Khalil Ismail

2) Tampalkan gambar tentang matlamat yang kita ingin capai di

tempat yang selalu kita lihat seperti dinding bilik atau cermin.

Contohnya, kita nak iphone X maka tampal gambar iphone X.

Sebenarnya otak kita mudah merakam sesuatu perkara yang visual
dan secara tidak langsung akan mempengaruhi minda separa sedar

kita. Apa-apa yang kita nak, insyaAllah menjadi pembakar semangat
untuk kita mendapatkannya. Ini hanya contoh mudah saja, adik-adik

kena faham dan tahukan perbezaan maksud kehendak dengan
keperluan. Iphone X ini kehendak nafsu sahaja. Hehe 
















3) Selalu baca dan tengok gambar matlamat yang kita ingin
capai.


Seperti yang telah dijelaskan pada point yang kedua. Otak separa

sedar kita akan memproses maklumat yang kita sebutkan dan
menyimpan memori gambar yang selalu kita lihat itu.


Saya nak share tentang ‘Law of Attraction’. Pernah suatu waktu, saya
teringin nak makan kuetiau goreng. Sebab sudah lama tak makan

hidangan tersebut. Maklumlah semasa itu bulan 6 tahun 2019, baru
lepas habis bulan puasa dan ketika itu bulan Syawal. Masa itu fikiran



© Khalil Ismail

saya selalu juga menggambarkan tentang kuetiau goreng dan mulut

berkata, “Nak beli kuetiau goreng di kedai atau masak sendiri di
rumah?” Hehe.


Memang teringin sangat waktu itu. Nak dijadikan cerita, saya ikut
seorang rakan jurulatih saya pergi mengendalikan program ceramah

di sebuah sekolah di Melaka. Selepas habis program, kami telah
dihidangkan dengan kuetiau goreng. Woww!! Alhamdulillah! Tak

sangka rezeki saya dapat makan kuetiau goreng hari tersebut selepas
asyik membayangkannya dalam minda saya. Jadi memang inilah

fungsi otak kita dan memang secara tidak langsung perkara ini
berlaku. Orang putih kata ‘The Power of Mind’!



4) Beritahu orang lain tentang matlamat yang ingin kita capai.
Mesti anda tertanya-tanya mengapa saya sarankan untuk

memberitahu matlamat kita pada orang lain? Sebenarnya kerana
dengan memberitahu orang lain ianya lebih menguatkan lagi

semangat dan kesedaran kita tentang apa-apa yang kita nak capai.


Saya yakin dan percaya, jika kita memberitahu kepada orang
terdekat kita seperti ibu bapa dan adik-beradik insyaAllah mereka

akan mendoakan yang terbaik untuk kita. Usah risau dan ambil peduli
tentang kata-kata orang lain mengenai impian dan cita-cita kita.
Teruskan usaha kita dan sampai masa kita bukukan kisah kejayaan

kita untuk diberi pada orang tersebut.



Ustaz saya ada beritahu, “kejayaan kita boleh jadi disebabkan doa
orang-orang disekeliling kita.”

Keep it up! Don’t give up! 







© Khalil Ismail

8. KENALI DIRI SENDIRI




Sudahkah kita mengenali sepenuhnya siapa diri kita? Cuba

senaraikan kelebihan kita. Senaraikan pula kelemahan kita. Mungkin
ada yang boleh senaraikan atau mungkin ada yang tidak boleh

senaraikan. Sebenarnya, ada banyak kaedah untuk kita mengenali
potensi diri seperti melalui tarikh lahir, tulisan tangan, cap jari, warna

aura dan sebagainya.

Jadi, bagaimana adik-adik ingin mengenali pontesi diri secara asas?







































© Khalil Ismail

 Mengenal pasti impian kita

Ingat lagi impian kita sewaktu kecil-kecil dahulu? Ramai yang
berkata, nak jadi polis, tentera, askar, doktor dan sebagainya.
Namun apabila sudah dewasa, impian kita berubah. Oleh itu,

pertama sekali cara nak kenal pasti diri kita yang sebenar ialah
dengan memastikan impian yang kita pilih itu mesti bersebab.


Contohnya, impian kita untuk menjadi doktor. Sebab apa?

Mungkin kerana sebab sifat kita yang suka menolong orang
atau mungkin kita ada kisah silam yang telah membuatkan kita

mempunyai keazaman untuk menjadi seorang doktor. Dengan
impian yang betul inilah, akan membantu kita untuk mengenali

potensi diri kita.


 Mengenal pasti perkara yang kita suka

Tak ramai yang gemar membaca buku namun ada juga orang
yang gemar membaca buku. Ada orang lebih mudah

menghantar motor yang rosak terus ke kedai dan ada pula lebih
suka membaiki motor itu sendiri.


Ya, setiap orang menyukai perkara yang berbeza walaupun dia

sedang berhadapan dalam keadaan yang genting atau susah.
Jadi, sedikit sebanyak akan lebih mudah untuk kita kenali
pontesi diri dengan mengetahui tentang perkara yang kita suka.

















© Khalil Ismail

 Mengenal pasti bakat atau kebolehan kita

Kesukaan dan kemahiran adalah dua perkara yang berbeza.
Suka itu mungkin boleh jadi suatu hobi bagi kita dan kemahiran
pula adalah sesuatu perkara yang kita mahir atau kita boleh

buat. Kemahiran juga boleh dikenali sebagai bakat. Pernah
dengar sekolah-sekolah kemahiran atau lebih dikenali sebagai

Kolej Vokasional? Terdapat pelbagai bidang yang boleh
diceburi seperti automotif, penghawa dingin, jahitan,

pendawaian, sistem pengaturcaraan dan pelbagai lagi.


Inilah antara kemahiran yang boleh kita kenal pasti. Dengan
kemahiran ini juga boleh menjadikan kita pakar dalam bidang

tersebut. Oleh itu, pastikan kita mengetahui tentang kemahiran
yang ada dalam diri bagi membantu kita untuk mengenali

pontensi diri.
Boleh ke boleh?



 Bertanyalah pada orang lain
Kadangkala, kita sendiri tidak pasti atau kurang yakin dengan

kemampuan diri sendiri. Jadi, bertanyalah pada orang lain yang
mengenali diri kita contohnya seperti emak ayah, adik-beradik,

kawan-kawan rapat, atau guru-guru.

Percayalah, lain orang lain pandangannya. Ada orang melihat

kita seperti emas. Ada pula yang melihat seperti perak dan ada

juga yang melihat kita seperti berlian. Walaupun ada pepatah
yang mengatakan “hanya jauhari yang mengenal manikam.”
Namun tidak menjadi suatu kesalahan jika kita bertanya pada

orang sekeliling kita. InsyaAllah ianya lebih memudahkan kita
untuk mengenali potensi diri agar menjadi orang cemerlang.

Siapa nak berjaya, sebut SAYA!!!




© Khalil Ismail

 Berdoalah pada Allah

Kita adalah hambaNya yang tiada kuasa melainkan kerana
kasih sayang dan kekuatan dari Allah Yang Maha Kuasa. Oleh
itu, perbanyakkan membaca

ّ َّ
ُ
ِللابلاِا َتَّوق َلا َ و َلْوَح َلا kerana inilah ayat menunjukkan kita
ِ
menyerahkan diri segalanya kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Boleh amalkan juga membaca doa seperti di bawah;














































© Khalil Ismail

9. UBAH SIKAP & MENTALITI





"Abang Khalil macam mana nak jadi pandai dan berjaya dalam

exam?"


Wah, dapat soalan yang menarik daripada pelajar.
Saya senyum dan jawab, "Dik, tak semua orang pandai berjaya

dalam exam. Ada orang memang pandai dan cepat tangkap,
tapi pemalas dan tak berusaha."


"Aah betul, budak kelas xxx pun ada macam tu. Kerja rumah pun
tiru orang lain." Laju saja adik itu respons.


Saya sambung, "Nak berjaya kita tidak memerlukan

kepandaian. Kerana kepandaian itu sendiri datangnya apabila
kita berusaha dan banyak buat latihan."


"Disiplin dan usaha yang baik akan membentuk attitude yang

baik. Tengoklah kisah orang-orang yang sudah berjaya seperti
Michael Jordan. Dia bukan terus hebat bermain basketball. Dia

pernah beritahu rahsia kejayaannya ialah dengan menjadikan
kegagalannya itu sebagai indikator untuk berjaya."


"So dari masa sekarang, adik-adik kena usaha sungguh-
sungguh. Jika orang lain berjaya dengan usaha dua kali ganda,

maka adik-adik kena lebih berkali-kali ganda daripada orang

tersebut."

"Siapa nak berjaya???"

"Saya!!!"


"Adik-adik, anda BERHAK untuk BERJAYA! "




© Khalil Ismail

10. BANGKIT UNTUK BERJAYA




Saya juga orang yang telah bangkit daripada kegagalan.
Beberapa kali tewas dalam medan pertempuran, namun

akhirnya berjaya melepasi cabaran.


Apa yang saya buat?
Pertama, saya mempositifkan diri, sepositif yang boleh. Saya

cakap dengan pada diri sendiri, "semua ini senang. Alles is gut."
Senang ceritalah, kena sentiasa bersangka baik termasuklah
bersangka baik dengan Tuhan. Yakin dan percaya setiap ujian

yang datang pada kita mesti ada sebabnya.


Kedua, saya belajar daripada kesilapan. Saya cari dan ingat
semula bahagian mana yang saya telah buat silap. Kemudian

cari pula jalan yang sesuai untuk memudahkan saya untuk
berjaya. Give up? Tolak tepi! Stress? Tolak tepi!


Ketiga, saya belajar daripada orang yang berpengalaman.

Saya bertanya kepada kawan-kawan yang telah berjaya
tentang strategi dan teknik bagi memperolehi kemenangan.

Percayalah, kita nak pandai dan berjaya mesti wajib ada guru
dan mentor. Merekalah orang yang boleh membetulkan
kesilapan dan menunjukkan kita ke arah kejayaan serta

kebenaran.


Yang penting kena sentiasa sedar diri sebab yang nak berjaya
ialah diri kita sendiri. Kita yang kena kuat dan terus bangkit.

Ganbatte! Chaiyok!!!








© Khalil Ismail

BONUS





PENGISIAN




(RAHSIA



KEJAYAAN




PELAJAR DARI




SARAWAK)












© Khalil Ismail

Ini ialah bonus untuk anda semua yang setia membaca ebook ini.

Segala apa-apa yang saya kongsikan ini adalah tips proven success
daripada seorang pelajar dari negeri Sarawak dan dihuraikan serba

sedikit oleh saya serta beliau. Ini biodata ringkas tentang pelajar ini.















Irdina Hani







Nama penuh : Irdina Hani binti Muhammad Rusli

Sekolah : SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak
Keputusan PT3 (2017) : 10A’s

Keputusan SPM (2019) : 10A’s
Instagram : @irdinahanii

Youtube channel : Irdina Hani
















© Khalil Ismail

RAHSIA KEJAYAAN irdina hani







1) Menghormati guru
Sebab guru ialah orang yang mengajar dan menyampaikan
ilmu kepada kita. Kerana di situlah letaknya keberkatan setiap

ilmu itu. Sebanyak tiga kali Irdina menyebut tentang keberkatan
ini bagi menegaskan tentang betapa pentingnya keberkatan

ilmu ini. Saya yakin dan percayalah itulah rahsia beliau
cemerlang dalam PT3 dan SPM.


Saya nak kongsi 15 Adab Belajar daripada Imam Al-Ghazali;


1) Jangan banyak bercakap di hadapan guru.

2) Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
3) Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.

4) Jangan menyangkal kata-kata guru.
5) Jangan mengumpat pelajar lain.
6) Jangan berbisik di hadapan guru.

7) Jangan berpaling kiri dan kanan.
8) Jangan menyoal semasa guru kepenatan.

9) Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan
masuk).

10) Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan
walaupun diulang 1000 kali.

11) Rujuk guru dalam memilih ilmu.
12) Jangan duduk tempat guru.

13) Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
14) Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar

menemuinya.
15) Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan
kemurkaannya.



© Khalil Ismail

2) Memperbanyakkan buat latihan bagi subjek Matematik
Matematik ialah subjek yang banyak memerlukan pengiraan dan

menghafal formula-formula matematik. Untuk memudahkan kita
skor subjek ini bukanlah dengan hanya menghafal, namun

dengan memahaminya juga. Bila kita banyak buat latihan, lebih
mudah untuk kita ingat dan faham tentang soalan yang diberikan.


3) Buat nota sendiri

Irdina ada tunjukkan nota-nota yang beliau hasilkan. Cantik dan
sesuailah dengan sifat keperempuanan. Buat nota sendiri ini

sebenarnya lebih kita faham sebab nota itu ditulis hasil
pembacaan kita daripada buku teks. Ada pelbagai cara untuk

buat nota antaranya peta minda, nota padat, nota kolektif dan
sebagainya.


4) Bertanya guru selalu

Saya memang respect Irdina ini kerana beliau selalu
mengorbankan waktu rehatnya untuk berjumpa dan bertanya
dengan guru. Irdina terlebih dahulu menyiapkan dua atau tiga

soalan dan kemudian barulah dia pergi merujuk gurunya. Bak
kata pepatah, “malu bertanya sesat jalan.” Adik-adik kena

tebalkanlah sikit muka itu untuk bertanya dengan cikgu atau
pensyarah jika mahu berjaya. Tak apa, nak berjaya kan?














© Khalil Ismail

5) Tumpukan perhatian di dalam kelas

Saya ada seorang sahabat semasa belajar di UiTM Kampus
Lendu yang kerjanya sewaktu ‘study week’ ialah marathon
movie dan drama. Yang peliknya bila dapat result sahaja mesti

sahabat saya itu mendapat dean list. Rupa-rupanya rahsia
beliau ialah dengan menumpukan perhatian dan fokus bila

berada dalam kelas. Nak fokus dalam kelas mesti sentiasa
bersedia untuk belajar dan niatkan dalam hati kita datang kelas

sebab nak mendapatkan ilmu daripada guru.


6) Hindari perkara yang mengganggu kita semasa belajar
Apakah gangguan besar semasa belajar? Jawapan Irdina sama

seperti pelajar lain. Jawapannya ialah telefon pintar. Sebelum
belajar, Irdina meminta ibunya untuk menyimpan telefonnya.

Jika nak gunakan untuk tujuan belajar, barulah dia meminta
kembali handphonenya. Saya faham sekarang dunia tanpa
sempadan, namun biarlah kita pandai dalam menguruskan

penggunaan telefon. Berpada-padalah. Adik-adik biarlah kita

yang lebih pintar daripada telefon pintar. Hehe.

7) Solat tahajjud dan membaca Al-Quran

Ini ialah amalan yang sangat hebat oleh Irdina yang menjadi
asbab kepada kejayaannya. Irdina kebiasannya tidur awal

pada malamnya dan kemudian bangun semula sekitar jam tiga
hingga empat pagi. Beliau mulakan dengan solat terlebih

dahulu dan kemudian membaca Al-Quran. Selepas itu, barulah
beliau mengulang kaji pelajaran sehinggalah waktu subuh. Adik-

adik, waktu pagi memang disarankan untuk kita menelaah
kerana waktu itulah otak kita sedang segar dan bersedia.








© Khalil Ismail

akhir kata




Semua orang menginginkan kejayaan dan sudah
semestinya anda yang sedang membaca ebook ini juga

menginginkan kejayaan. Saya sudah menunjukkan

‘jalan ke pintu kejayaan’, hanya tinggal adik-adik sahaja

untuk bangun dan mengorak langkah ke ‘pintu

kejayaan’ tersebut.


Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca ebook

saya ini dan TAHNIAH juga kerana berjaya

menghabiskannya. Saya izinkan untuk adik-adik

amalkan segala ilmu yang saya kongsikan. Saya doakan

anda berjaya dunia dan akhirat! InsyaAllah,
Allahhumma aamiiin!



Moga ada sesuatu yang baru yang boleh adik-adik

belajar dan mengamalkannya. Sila kongsikan pada

rakan-rakan yang lain di media sosial dan letakkan

#KhalilKongsi nanti.


Jutaan terima kasih sekali lagi. Jazakumullah khairan

kathira.



Khalil bin Ismail









© Khalil Ismail

Ebook ini hasil tulisan oleh:
Khalil Ismail








SEPULUH NOTA MOTIVASI



1. PELUANG : AMBIL ATAU TINGGALKAN

2. MEMILIH UNTUK BERJAYA


3. BELAJAR DAN TERUS BELAJAR

4. JIKA KAU FIKIRKAN BOLEH


5. USAHA DENGAN TINDAKAN

6. PERCAYA SEBELUM BERJAYA


7. MATLAMAT SEORANG PELAJAR


8. KENALI DIRI SENDIRI

9. UBAH SIKAP & MENTALITI


10. BANGKIT UNTUK BERJAYA




© Khalil Ismail

Biodata ringkas penulis ebook





Nama penuh beliau ialah KHALIL BIN ISMAIL. Dilahirkan dan membesar

di negeri bersejarah Melaka. Merupakan graduan dalam bidang Sains

Komputer di Universiti Teknologi MARA, Melaka. Telah bergiat aktif


dalam bidang motivasi dan latihan sejak TAHUN 2015 lagi. Sekarang

terlibat secara sepenuh masa sebagai Professional Motivator di semua

sekolah dan ipt seluruh Malaysia dalam menyampaikan modul seperti

Motivasi Pelajar Cemerlang, Leadership for Students, Time To Talk,

Training of Facilitator dan lain-lain lagi.




Antara organisasi atau sekolah dan ipt yang pernah bersama dengan

beliau ialah MRSM Melaka, Kolej Vokasional Port Dickson, Institut

Pengajian Islam Terengganu, Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan


Belia dan Sukan Negeri Melaka, SMKA Sharifah Rodziah, dan banyak

lagi. Beliau juga pernah bersiaran secara langsung melalui talian

telefon di radio Zayan fm.













SCAN ME!






© Khalil Ismail

KOLEKSI AYAT-







AYAT DAN




PESANAN







MOTIVASI




DI MEDIA




SOSIAL


















© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail

© Khalil Ismail


Click to View FlipBook Version