The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarinah.anwar, 2021-07-17 11:21:53

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA (BRASS) 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI, MELAKA






























































Ikhlas daripada

Panitia Pendidikan Islam

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha











• Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat


Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat

serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa.







• Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada


rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua,

disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.







• Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10


Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika

mula terbit matahari sekadar segalah hingga


tergelincirnya matahari.







• Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi

keluasan waktu untuk ibadah korban.











#3 – Peristiwa

Penyembelihan Nabi Ismail
Nabi Ibrahim mendapat wahyu

melalui mimpinya agar

disembelih Nabi Ismail.
Bahkan, Nabi Ismail juga

dengan penuh ketaatan

bersedia untuk disembelih

oleh ayahnya tanpa sebarang
bantahan.

Pengorbanan bapa dan anak

ini membuktikan ketaatannya

akan perintah Allah SWT lalu
diabadikan dalam sejarah

umat Islam menjadi ibadah

sembelihan korban yang saban
tahun diadakan pada 10, 11, 12

dan 13 Zulhijjah.

























#4 – Kematian Khalifah Umar bin Al-Khattab

Pada 26 Zulhijjah tahun 23 Hijrah, khalifah kedua umat

Islam; Umar bin Al-Khattab telah meninggal dunia
akibat dibunuh oleh Abu Lu’luah Al-Majusi.

#5 – Perlantikan Uthman
bin Affan

Setelah kematian Khalifah

Umar, pucuk kepimpinan

umat Islam diambil alih
oleh Saidina Uthman bin

Affan yang dilantik pada

akhir bulan Zulhijjah tahun
23 Hijrah.











#6 – Kematian Saidina Uthman

bin Affan
Pada 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah,

Saidina Uthman bin Affan

meninggal dunia.



















#7 – Kelahiran Nabi

Ibrahim
Nabi Ibrahim a.s lahir

pada tahun ke-8 Hijrah

dan ibunya bernama
Mariah Al-Qibtiyah.

#8 – Perlantikan Saidina Ali

Bin Abi Talib Sebagai

Khalifah
Saidina Ali Bin Abi Talib

dilantik menjadi khalifah

yang keempat pada 25
Zulhijjah tahun 35 Hijrah bagi

menggantikan Saidina

Uthman r.anhu yang telah

mati dibunuh.
















#9 – Hajjatul Wida’ (Haji

Selamat Tinggal)

Rasulullah SAW
menyampaikan khutbah

terakhirnya pada 9 Zulhijjah

tahun 10 Hijrah di Lembah
Uranah, Gunung Arafah.

Khutbah tersebut

merangkumi segala nasihat,

peraturan dan tatatertib
kehidupan dalam Islam.

#10 – Pertempuran Wadi

‘Arabah

Tentera Islam yang
dikepalai oleh Yazid bin Abi

Sya’ban mendapat

kemenangan setelah

menentang tentera Rom
yang diketuai oleh Sarjius.

Pertempuran yang dikenali

sebagai Wadi ‘Arabah itu
berlaku di Palestin pada

bulan Zulhijjah.


































#11 – Peperangan Dathin

Peperangan menentang tentera Rom ini
diketuai oleh Umamah Al-Bahiliy dan berakhir

dengan kemenangan di pihak tentera Islam. Ia

berlaku dalam bulan Zulhijjah (Februari 634 M).

#12 – Peperangan

As-Sawiq

Peperangan ini berlaku
pada tahun kedua Hijrah

bersamaan 623 Masihi, dua

bulan setelah Perang
Badar. Peperangan ini

adalah sebuah serangan

suku Quraisy Mekkah di

bawah pimpinan Abu
Sufyan yang memerangi

penduduk kota Madinah.

Dinamakan ‘as-Sawiq’ yang
bermaksud tepung.

Pasukan Quraisy Mekah

meninggalkan karung guni

berisi tepung untuk
meringankan pelarian

mereka.



#13 – Ibadah Haji

Saidina Abu Bakar as-

Siddiq
Saidina Abu Bakar as-

Siddiq melaksanakan

ibadah haji bersama
umat Islam selepas

kewafatan Rasulullah

SAW pada tahun 12
Hijrah.

#14 – Ibnu Khayat Meninggal

Dunia

Pada 29 Zulhijjah tahun 320
Hijrah, Ibnu Khayat atau nama

sebenarnya Abu Bakar

Muhammad bin Ahmad Khayat;
seorang ulama besar ilmu nahu

telah meninggal dunia.















Banyak lagi peristiwa lain yang penting berlaku dalam

bulan Zulhijjah ini. Apapun, peristiwa paling besar dan
menjadi syariat dalam ibadat umat Islam adalah ibadat

korban yang diambil bersempena peristiwa

pengorbanan Nabi Allah Ibrahim.



Semoga perkongsian ini dapat menambahkan info

kepada kita dalam menghayati setiap bulan Islam yang

saban tahun kita lalui. Biiznillah. Moga bermanfaat.
Wallahua’lam.


Click to View FlipBook Version