The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Senarai aktiviti CKPP sepanjang Bulan Mac 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by esrizal@ckpp, 2023-04-03 23:23:15

eBuletin CKPP Edisi Mac 2023

Senarai aktiviti CKPP sepanjang Bulan Mac 2023

Keywords: CKPP,Health,Kesihatan,Perubatan,Kualiti Kesihatan

Mac 2023 e-buletin CKPP Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Bahagian Perkembangan Perubatan


2 Sekapur Sireh Seulas Pinang Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera E-buletin ini diterbitkan bagi mendokumentasikan aktivtiaktiviti yang dijalankan oleh anggota- anggota di Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan (CKPP) secara bulanan yang mendokumentasikan aktiviti dan pencapaian CKPP, Bahagian Perkembangan Perubatan. Semoga ianya dapat menjadi sumber rujukan dan memori di masa akan datang buat warga CKPP dan lain-lain. Mendepani tahun 2023, CKPP akan terus mengorak langkah kehadapan dalam memastikan visi, misi dan halatuju CKPP akan terus diperkasa dan dilaksanakan. CKPP akan terus menekankan semangat kerja berpasukan, perkhidmatan yang cekap dan professional serta berperanan sebagai penggerak dan pemangkin initiatif peningkatan kualiti. Semoga CKKP akan terus cemerlang dalam membawa perubahan dan pencapaian yang lebih gemilang. Dr. Nor Hayati binti Ibrahim Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


3 CARTA ORGANISASI


4 Unit AuditKlinikal Mesyuarat Perlaksanaan Audit Pensijilan Pain Free Hospital (PFH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan pada 1 Mac 2023 bertempat di Institut Kanser Negara (IKN). Mesyuarat ini melibatkan 92 ahli Jawatankuasa Kebangsaan yang telah dilantik untuk menjadi pasukan audit pensijilan Hospital Bebas Kesakitan. Objektif mesyuarat adalah berkenaan pelaksanaan audit pensijilan Hospital Bebas Kesakitan dan menyeragamkan pemahaman penilaian auditor. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Dr. Aminuddin Ahmad selaku Pengerusi JK Kebangsaan Pain Free Programme. Pada mesyuarat ini, seramai 19 ahli JK baru telah dilantik dan watikah perlantikan diserahkan oleh Pengerusi Kebangsaan. Kesimpulan dari mesyuarat ini, adalah diharapkan pelaksanaan audit persijilan berjalan dengan lancar dan para auditor dapat memahami senarai semak disediakan. 1 Mac


5


6 UnitKeselamatan danKesihatanPekerjaan PERBINCANGAN PROJEK BLOOMBERG PHILANTROPIES INITIATIVE FOR GLOBAL ROAD SAFETY (BIGRS) Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Perkembangan Perubatan telah dijemput oleh BIGRS dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bagi memberikan input berkaitan pengumpulan data kemalangan jalan raya di peringkat KKM, cabaran teknikal yang dihadapi oleh organisasi dan lain-lain berkaitan kemalangan jalan raya melibatkan pekerja. BIGRS ialah inisiatif yang melibatkan pelbagai rakan kongsi secara global bertujuan untuk mengurangkan kematian dan kecederaan lalu lintas jalan raya di negara berpendapatan rendah dan sederhana melalui pendekatan dipacu data yang komprehensif. Inisiatif ini telah dimulakan sejak 2017 lagi di negara seperti São Paulo, Brazil dan seterusnya dikembangkan negaranegara lain seperti Latin Amerika dan India. Telah hadir bersama mewakili KKM adalah wakil-wakil UKKP daripada WPKL, Jabatan Kesihatan Selangor dan HKL. 2 Mac


7


8 UnitKeselamatan danKesihatanPekerjaan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan telah menjalankan lawatan penyeliaan ke Hospital Kota Marudu dan Hospital Kudat, Sabah. Lawatan yang turut disertai oleh Penasihat Teknikal Zon dan Ketua UKKP Negeri Sabah ini bertujuan untuk memperkasakan UKKP hospital dalam melaksanakan pelan tahunan tindakan UKKP di peringkat hospital. Cadangan tindakan penambahbaikan terhadap pencapaian indikator dan hasil penemuan lawatan terutamanya telah turut dibincangkan bersama Pengarah dan pengurusan hospital, pegawai yang menjaga UKKP, dan wakil daripada syarikat konsesi, antaranya dengan menggunapakai keperluan standard akreditasi MSQH dan konsep hospital kluster dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti UKKP bagi kluster Pantai Barat Utara. 6 Mac


9


10 UnitKeselamatan danKesihatanPekerjaan Pada 7 Mac 2023, Pengarah Perkembangan Perubatan telah mempengerusikan Mesyuarat Teknikal Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital & Institusi Perubatan KKM Bil. 1/2023. Mesyuarat ini yang berlangsung selama 3 hari di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah telah dihadiri oleh 130 ahli yang terdiri daripada Ketua UKKP negeri dan hospital serta penasihat-penasihat teknikal UKKP serta wakil daripada KPAS KKM. Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan program KKP yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 serta membentangkan cadangan kertas kerja dan polisi berkaitan KKP di hospital seperti Personal Protective Equipment Pengendalian, Chemotherapy, Radiation Emergency Preparedness Plan dan Pneumococcal Vaccination serta TB Risk dan Fatigue Risk Assessment Tool. Ahli mesyuarat juga berkesempatan menyertai lawatan kerja di beberapa industri di sekitar Kota Kinabalu yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aktiviti KKP yang dijalankan di peringkat agensi/industri, serta sebagai platform perkongsian kepakaran dan pengalaman antara agensi/industri dengan KKM. Setinggi-tinggi penghargaan kepada JKN Sabah sebagai tuan rumah mesyuarat teknikal pada kali ini. 7 Mac


11


12 Unit SurveilanPencapaianKlinikal Pasukan Unit Surveilan Pencapaian Klinikal yang telah diketuai oleh Dr. Erlendawati binti Mohd Anuar telah dijemput sebagai penceramah di Bengkel TOT Garis Panduan Pengurusan Shortfall in Quality (SIQ) Bagi KPI PKN/TPKN/PKD Peringkat Bahagian Kesihatan Awam anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) pada 7 Mac 2023 di Anjung Sari Perdana, Lobi Wisma Sunway, JKN Selangor. Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan serta informasi terkini berkaitan Garis Panduan Pengurusan SIQ yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 yang lalu. Garis panduan ini adalah semakan semula bagi menggantikan skop SIQ yang telah dibincangkan pada garis panduan terdahulu pada tahun 2014. Bengkel ini telah dihadiri oleh 60 orang pegawai-pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah dan JKN bagi Program Kesihatan Awam.dan para peserta diharap dapat menguruskan SIQ berdasarkan garis panduan yang telah diedarkan khususnya bagi pelaksanaan pemantauan KPI PKN dan TPKN yang merupakan Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA). 7 Mac


13


14 UnitKawalan Infeksi Unit Kawalan Infeksi telah dijemput sebagai penceramah kepada pelatih Program Diploma Lanjutan Pencegahan dan Kawalan Infeksi Semester 2, Institut Latihan KKM (ILKKM) Kubang Kerian dan Kota Kinabalu yang dijalankan secara atas talian. Program ini telah dinaiktaraf kepada Diploma Lanjutan bermula pada September 2022 dan ditawarkan di 3 buah ILKKM iaitu ILKKM Sungai Buloh, ILKKM Kubang Kerian dan ILKKM Kota Kinabalu. 7 Mac


15 Unit AuditKlinikal Unit Audit Klinikal, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan telah menerima jemputan sebagai Penceramah bagi Bengkel Training Of Trainers (TOT) Pain Free Hospital (PFH) di Hospital Kuala Lipis 2023. Bengkel itu bertujuaan meningkat kesedaran mengenai implementasi Pain as 5th Vital Signs di kalangan warga hospital dan memperkasakan pengetahuan tentang rawatan kesakitan ke arah status Hospital Bebas Kesakitan. Wakil Unit Audit Klinikal iaitu Dr. Zawaniah binti Brukan Ali, Dr. Ahmad Hariz bin Mohamad dan Puan Seripah Nor binti Mat Nor telah menyampaikan beberapa topik untuk dikongsikan kepada para peserta dan menerima maklum balas yang baik sepanjang bengkel dua hari ini berlangsung. 8 - 9 Mac


16


17 UnitKawalan Infeksi BASIC INFECTION CONTROL TRAINING WORKSHOP FOR LINK NURSE Dr Nor Farah Bakhtiar dan Matron Suhaily Othman telah dijemput sebagai penceramah bagi Basic Infection Control Training Workshop for Link Nurse yang dianjurkan oleh Unit Kawalan Infeksi Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) @IIUM yang bertempat di Auditorium SASMEC @IIUM. Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pengetahuan asas berkaitan kawalan infeksi dan menerangkan berkaitan tugas dan tanggungjawab Infection Control Link Nurse di wad.. 9 Mac


18


19 UnitKawalan Infeksi Antimicrobial Resistance telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan awam terbesar di peringkat global. Malaysia telah menjalankan pelbagai inisitiatif bagi mengekang peningkatan AMR. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Koordinasi TWG di bawah National Antimicrobial Resistance Committee (NARC) telah dijalankan pada 10.3 2023 secara hibrid bertempat di Blok E1. Empat TWG yang terdiri daripada pelbagai kementerian iaitu KKM, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NERCC) yang mewakili kesihatan manusia, haiwan dan persekitaran serta keselamatan makanan telah menghadiri mesyuarat ini bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti dalam Malaysian Action Plan on AMR (MyAP-AMR) 2022-2026 serta memperhalusi indicator outcome yang perlu dicapai menjelang 2026. Pengawalan Antimicrobial Resistance memerlukan komitmen pelbagai pihak berkepentingan (stakeholder) untuk memastikan antibiotik kekal berkesan dalam merawat penyakit berjangkit pada masa ini dan juga masa hadapan. 10 Mac


20


21 UnitKawalan Infeksi Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan telah menganjurkan Mesyuarat Pengemaskinian Manual Penjagaan Luka Bil 2/23 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 13 - 14 Mac 2023. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pakar-pakar dalam bidang Pembedahan, Ortopedik, Perubatan, Anestesiologi, Kesihatan Keluarga, Pemakanan serta Penolong Pegawai Perubatan yang berkemahiran dalam penjagaan luka. Mesyuarat ini bertujuan untuk menjalankan semakan semula serta kemaskini ke atas Manual Penjagaan Luka yang telah dihasilkan pada tahun 2014. Pengemaskinian ini adalah selaras dengan perkembangan penjagaan luka terutamanya penggunaan peralatan dan dressing moden. 14 Mac


22


23 Unit Akreditasi & Piawaian Bengkel Akreditasi dan Lean bagi Pengarah Hospital dan Institusi Perubatan KKM telah dianjurkan oleh Unit Akreditasi & Piawaian, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM di mana untuk julung kalinya bengkel akreditasi hospital KKM ini melibatkan Pengarah-pengarah Hospital dan Jurutera Operasi Hospital KKM. Bengkel ini telah diadakan pada 14-16 Mac 2023 bertempat di Marina Island Pangkor Resort, Lumut, Perak, manakala sesi lawatan (mock survey) telah diadakan di Hospital Seri Manjung. Antara objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan peserta terhadap Standard Akreditasi MSQH Edisi ke-6 serta aktiviti mock survey hospital. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara anggota Ibu Pejabat KKM dengan Pengarah Hospital dan Jurutera Operasi KKM, meningkatkan kefahaman dan kemahiran bagi membentuk pemimpin yang memahami prinsip quality improvement dan mengaplikasikannya dalam hala tuju perkhidmatan kesihatan, serta meningkatkan kefahaman dalam konsep dan aplikasi aktiviti peningkatan kualiti di kalangan peserta dan merangka strategi pelaksanaan penambahbaikan yang dicadangkan. 14 - 16 Mac


24 Seramai tujuh (7) orang penceramah yang merupakan MSQH surveyor telah memberikan ceramah mereka semasa bengkel ini. Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Dr Nor Hayati bt Ibrahim, turut menyampaikan ceramah berkenaan hala tuju Program Akreditasi KKM. Bengkel ini turut diserikan dengan Sesi Aspirasi Akreditasi Hospital dan Lean oleh YBhg. Dato’ Dr. Asmayani bt Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan juga Dr. Hjh. Norisah bt Hj. Mahat Nor, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan). Secara keseluruhannya, maklum balas yang diterima dari peserta bengkel ini adalah sangat baik. Bengkel ini telah mendedahkan pihak pengurusan dan operasi hospital berkenaan persediaan terhadap akreditasi serta pemahaman terhadap standard akreditasi MSQH. Peserta turut mencadangkan supaya tempoh lawatan (mock survey) ke hospital dapat dipanjangkan bagi mendapatkan lebih pendedahan dalam menghadapi situasi akreditasi yang sebenar, sekali gus dapat meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi penilaian akreditasi.


25


26 Unit AuditKlinikal Mesyuarat Jawatankuasa National Perioperative Mortality Review (POMR) Bil.1/2023 telah diadakan pada 15 hingga 17 Mac 2023 di Hotel Grand Continental, Kuching. Mesyuarat telah dihadiri oleh 72 pakar perubatan (iaitu ahli JK Kebangsaan POMR) dari pelbagai kepakaran dan subkepakaran. Mesyuarat ini juga telah menjemput pakar pembedahan am dari negeri-negeri borneo untuk turut serta dalam aktiviti semakan kematian. Mesyuarat ini bertujuan membuat penilaian kes POMR dan mengenal pasti isu-isu berbangkit berkenaan kes POMR bagi menambah baik perawatan dan penjagaan kesihatan pesakit yang menjalankan pembedahan di hospital. Penglibatan pakar pembedahan am dari negeri borneo ini adalah untuk memberi gambaran cara penilaian kes-kes dilakukan. Sejumlah 1564 borang kematian telah disemak dari pelbagai disiplin (surgical based disiplin) dan 16 kes telah dibentang bagi perbincangan kes. Secara keseluruhan mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan penambahbaikan yang berterusanadalah penting dalam memastikan perawatan penyampaian kesihatan yang selamat dan berkualiti. 15 - 17 Mac


27


28


29 UnitKeselamatanPesakit Sesi Taklimat e-IR 2.0 Technical Guide bagi Jabatan Kesihatan Negeri , HKL , HTA , IPR dan IKN Pada 16 Mac 2023 satu sesi taklimat bersama penyelaras program keselamatan pesakit peringkat Jabatan Kesihatan Negeri , Hospital Kuala Lumpur , Hospital Tunku Azizah , Institut Perubatan Respiratori dan Institut Kanser Negara telah diadakan bagi perincian berkenaan e-IR 2.0 Technical Guide. Sesi ini telah diadakan secara maya dan bertujuan bagi mengukuhkan lagi peranan Jabatan Kesihatan Negeri dalam pengurusan data pelaporan insiden keselamatan pesakit bagi hospital / institusi kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. 16 Mac


30 UnitKeselamatan danKesihatanPekerjaan Sempena Sambutan World Sleep Day 2023, Jabatan ORLHNS, Hospital Putrajaya dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Blok E1, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) telah melaksanakan Kempen Kesedaran Obstructive Sleep Apnea (OSA): Dengkur & Berhenti Nafas pada 17 Mac 2023 (Jumaat) bertempat di Lobi Utama, Blok E1, IPKKM. Objektif kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan warga KKM tentang kepentingan pengesanan awal masalah OSA, seterusnya memberi rawatan kepada warga yang berisiko. Seramai 115 orang peserta telah menyertai kempen tersebut yang mengandungi saringan OSA, sesi konsultasi dengan pakar perubatan, kaunter janji temu, tayangan video dan sesi kuiz. 17 Mac


31


32 KelabKebajikan CKPP Majlis Sambutan Hari Lahir & Ramadan 1444 Hijrah Pada 17 Mac telah diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir & Ramadan 1444 Hijrah di Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan . Sambutan Hari Lahir warga CKPP diadakan setiap 3 bulan. Manakala Sambutan Ramadan diadakan bersempena Bulan Ramadan yang akan bermula pada 23 Mac 2023. Majlis ini turut meraikan kakitangan yang akan berpindah keluar dari CKPP bagi melanjutkan pelajaran, bertukar atau bersara. Serta kakitangan yang menunaikan umrah, dimasukan ke hospital dan yang menerima cahaya mata. 17 Mac


33


34 Unit AuditKlinikal 1st Global Surgery Conference telah di adakan di Waterfront Hotel Kuching Sarawak dan 3 pegawai daripada Unit Audit Klinikal telah menghadiri conference tersebut. WakIl Unit Audit Klinikal iaitu Dr. Faizah binti Muhamad Zin telah dijemput menjadi salah seorang penceramah bagi Conference tersebut di mana Dr Faizah telah menyampaikan ceramah berkenaan Surgical Site Infection yang akan menjadi inisiatif baru di bawah Unit Audit Klinikal. 19 - 21 Mac


35 Unit SurveilanPencapaianKlinikal Unit Surveilan Pencapaian Klinikal telah menganjurkan satu Mesyurat Pemantapan Shortfall in Quality (SIQ) bagi Key Performance Indicator (KPI) Sektor Teknikal KKM Peringkat Zon Selatan pada 21 Mac 2023 di Auditorium, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Johor. Objektif mesyuarat ini adalah bagi membincangkan pengurusan SIQ di peringkat negeri dan hospital serta sebagai platform bagi memberikan pendedahan serta informasi terkini berkaitan Garis Panduan Pengurusan SIQ yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 yang lalu. Garis panduan ini adalah semakan semula bagi menggantikan skop SIQ yang telah dibincangkan pada garis panduan terdahulu pada tahun 2014. Bengkel ini telah dihadiri oleh 50 orang pegawai-pegawai daripada JKN dan hospital-hospital dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Adalah diharapkan agar para peserta dapat menguruskan SIQ berdasarkan garis panduan yang telah diedarkan khususnya bagi pelaksanaan pemantauan KPI PPTPA, HPIA dan Perkhidmatan Klinikal yang telah digariskan oleh KKM. 21 Mac


36


37


38 UnitKawalan Infeksi Carbapenem-resistant Enterobacteriaceae (CRE) merupakan sejenis Multidrug resistant organism (MDRO) yang dikenal pasti sebagai ancaman kesihatan global yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak dan stakeholder untuk mengawal penularannya. Pada 21 Mac 2023, bertempat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Negeri Sembilan, Bengkel Management of CRE in Health Care Setting Zon Selatan telah dijalankan dan dihadiri oleh pasukan kawalan infeksi hospital yang terdiri daripada pakar, pegawai perubatan dan jururawat kawalan infeksi. Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan kepada peserta berkaitan pengurusan kes CRE termasuk identification, strategies to prevent transmission and surveillance. Langkahlangkah kawalan infeksi yang berkesan sangat penting untuk mencegah kejadian wabak di hospital -hospital, seterusnya mengurangkan kejadian antimicrobial resistance (AMR). 21 Mac


39


40 Unit Akreditasi & Piawaian Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan SPK MS ISO Program Perubatan telah diadakan pada 22 Mac 2023 di Bilik Mesyuarat Ibnu Al-Razi (BM4), Blok E1, Kompleks E, KKM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Dato’ Dr. Asmayani bt Khalib. Mesyuarat ini dihadiri oleh Wakil dan Timbalan Wakil Pengurusan SPK MS ISO Program Perubatan, Penyelaras Aktiviti SPK MS ISO, Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian dan wakil Cawangan / Bahagian. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ini diadakan untuk mengkaji semula pencapaian Sistem Pengurusan Kualiti di Program Perubatan bagi memastikan kesesuaian, kecukupan (adequacy) dan keberkesanannya terhadap organisasi. Ia juga dijalankan bagi menilai peluang untuk penambahbaikan dan keperluan untuk perubahan di dalam Sistem Pengurusan Kualiti tersebut. Mesyuarat dimulakan dengan perutusan YBhg. Dato’ Pengerusi, seterusnya pembentangan dari setiap Penyelaras Aktiviti SPK MS ISO Program Perubatan. Perbincangan isuisu berbangkit berkenaan pelaksanaan SPK MS ISO di Program Perubatan turut dibincangkan semasa mesyuarat ini. 22 Mac


41 Kesimpulan dari mesyuarat ini adalah Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Program Perubatan pada tahun 2022 berjalan dengan baik dan masih memerlukan penambahbaikan yang berterusan susulan peralihan dari fasa pandemik COVID-19 kepada fasa endemik. YBhg. Dato’ Pengerusi turut mengingatkan supaya anggota Program Perubatan dapat meneruskan komitmen ini untuk tahuntahun yang akan datang dan tidak lalai bagi meneruskan kecemerlangan organisasi serta menjadi rujukan best practice bagi Sistem Pengurusan Kualiti oleh organisasiorganisasi yang lain di Kementerian Kesihatan Malaysia.


42


43 UnitKeselamatan DanKesihatanPekerjaan Pada 24 Mac 2023, YBhg Dato’ Dr Asmayani telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Blok E1 Bil.1/2023 yang dihadiri oleh wakil majikan, wakil pekerja dan jemputan tetap daripada Unit Keselamatan KKM dan syarikat konsesi, KCJ Engineering Sdn Bhd. Mesyuarat yang dijalankan secara berkala ini telah membincangkan aktiviti keselamatan dan kesihatan yang dijalankan di Blok E1 daripada Januari sehingga Mac 2023. YBhg Dato’ Pengerusi juga telah merakamkan tahniah kepada semua warga Blok E1 atas pembaharuan sijil perakuan Bomba (FC) untuk Blok E1 hasil daripada lawatan pemeriksaan pihak Bomba yang dijalankan Januari lalu. 24 Mac


44 Unit AuditKlinikal Bertempat bilik mesyuarat Ibnu Al-Razi, Blok E1, Kementerian Kesihatan Malaysia, satu Mesyuarat Technical Working Group (TWG) National Clinical Audit: Lymphoma Bil.1/2023 telah diadakan pada 28 Mac 2023. Seramai 17 pakar perubatan telah dijemput bagi menghadiri mesyuarat ini. Audit Lymphoma telah dilaksanakan di hospital-hospital yang mempunyai pakar Hematologi pada tahun 2020. Ini bertujuan memastikan perkhidmatan rawatan yang berkualiti di samping mengenal pasti penambaikan yang terdapat dilaksanakan dalam pengurusan pesakit-pesakit Lymphoma di hospital. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Dr Faizah bt Muhamad Zin selaku Ketua Audit Klinikal. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya dan ahli mesyuarat bersetuju bahawa TWG Lymphoma Kebangsaan diwujudkan secara lantikan. 28 Mac


45


46 UnitKeselamatan danKesihatanPekerjaan Pada 29 Mac 2023, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM telah mengadakan mesyuarat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membincangkan kes kekerasan terhadap warga kerja KKM secara hybrid. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs Dr Nor Hayati binti Ibrahim dan dihadiri oleh Ketua Perkhidmatan Psikiatri Kebangsaan, Pakar Psikiatri HTAR & Hospital Sentosa serta semua ketua UKKP JKN. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan kes kekerasan terhadap warga kerja KKM yang mempunyai laporan polis dari Oktober 2022 hingga Februari 2023. Objektif mesyuarat diadakan adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berhubung tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak hospital yang terlibat dan apakah tindakan yang dapat dilakukan oleh pihak PDRM dalam membantu kes tersebut. Hasil perbincangan didapati 10 kertas siasatan telah dibuka daripada 95 kes kekerasan yang mempunyai laporan polis. Diharapkan cadangan daripada Pakar Psikiatri dan PDRM dapat menambahbaikan pengurusan kekerasan melibatkan pesakit psikiatri di fasiliti KKM. 29 Mac


47


48 UnitKeselamatan danKesihatanPekerjaan Pengendalian pekerja yang mempunyai masalah kesihatan, sedang dalam rawatan dan belum pulih sepenuhnya untuk kembali bekerja merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh UKKP, terutamanya bagi pekerja di perkhidmatan klinikal. Menyedari kepentingan untuk mewujudkan cara yang sistematik dan komprehensif untuk menilai status kesihatan warga kerja perubatan, UKKP KKM telah menganjurkan Virtual CPD Bil.3/2023 yang bertajuk Employee Return to Work & Fitness Program pada 30 Mac 2023. Sesi perkongsian oleh UKKP Hospital Teluk Intan ini telah membentangkan polisi dan prosedur kerja dalam penilaian warga kerja hospital, yang turut diangkat menjadi Projek Pilot Integrasi Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Teluk Intan Bersama Cawangan Return to Work PERKESO tahun 2022. 30 Mac


49


50 KelabKebajikan CKPP Majlis Berbuka Puasa Kelab Kebajikan CKPP 2023. Pada 30 Mac 2023 bersamaan 8 Ramadan 1444 Hijrah telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Kelab Kebajikan CKPP di Surau An-Nawawi Blok E1. Majlis ini berlangsung mulai 7:00pm hingga 10:00pm. Antara pengisian majlis ini ialah Tazkirah Ramadan, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah. Tazkirah Ramadan dan Solat Berjemaah disampaikan dan diimamkan oleh tetamu jemputan Ustaz Muhammad Nazeem Bin Zainodin yang merupakan Imam 1 Surau Al-Mizan Presint 8, Putrajaya. Seramai 61 orang telah hadir dan memeriahkan majlis kali ini. Semoga dengan adanya majlis berbuka puasa ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan silarurrahim dikalangan warga CKPP disamping dapat memperbanyakkan lagi amalan dan meraikan Ramadan Al-Mubarak dengan lebih barokah . 30 Mac


Click to View FlipBook Version