The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Memaparkan aktiviti CKPP sepanjang bulan Februari 2023.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by esrizal@ckpp, 2023-03-08 20:58:11

eBuletin CKPP Edisi Februari 2023

Memaparkan aktiviti CKPP sepanjang bulan Februari 2023.

Keywords: CKPP,Kualiti,Kesihatan

C K P P 2 0 2 3 FEBRUARI 2023 E - B U L E T I N C a w a n g a n K u a l i t i P e n j a g a a n P e r u b a t a n


02 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Sekapur Sireh Seulas Pinang Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera E-buletin ini diterbitkan bagi mendokumentasikan aktivtiaktiviti yang dijalankan oleh anggota- anggota di Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan (CKPP) secara bulanan yang mendokumentasikan aktiviti dan pencapaian CKPP, Bahagian Perkembangan Perubatan. Semoga ianya dapat menjadi sumber rujukan dan memori di masa akan datang buat warga CKPP dan lain-lain. Mendepani tahun 2023, CKPP akan terus mengorak langkah kehadapan dalam memastikan visi, misi dan halatuju CKPP akan terus diperkasa dan dilaksanakan. CKPP akan terus menekankan semangat kerja berpasukan, perkhidmatan yang cekap dan professional serta berperanan sebagai penggerak dan pemangkin initiatif peningkatan kualiti. Semoga CKKP akan terus cemerlang dalam membawa perubahan dan pencapaian yang lebih gemilang. Dr. Nor Hayati binti Ibrahim Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


03 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan CARTA ORGANISASI


04 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Unit Nilai & EtikaPerubatan Sesi taklimat Garis Panduan Patient Satisfaction Questionnaire (PSQ18) bagi menggantikan SERVQUAL sebagai alat Kajian Kepuasan Pelanggan Hospital telah diadakan secara video conferencing (VC) pada 02 Februari 2023 (Khamis) pukul 2.30 petang. Seramai 452 orang peserta yang terdiri dari anggota penyelaras kajian kepuasan pelanggan pelbagai jawatan di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan hospital/institusi turut serta dalam sesi taklimat ini. Taklimat ini dipengerusikan oleh Dr. Nor Hayati Ibrahim, Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan turut dihadiri oleh Dr. Puteri Fajariah, Dr. Kogulan, Dr. Muzammil dan Sr Sarifah. Dr. Kogulan telah memberi taklimat berkaitan pengenalan, borang survei, kaedah pengiraan dan analisa serta membentangkan garis panduan PSQ-18. Kaedah persampelan juga telah dibincangkan dalam sesi ini. Dr. Ahmad Muzammil dari Unit Keselamatan Pesakit telah dijemput untuk menerangkan bagaimana laporan dihasilkan dari maklumbalas yang telah dijalankan dan kaedah untuk menginterprestasi maklumat yang diterima. 2 Februari


05 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Beberapa penambahbaikan terhadap Garispanduan Kajian Kepuasan Pelanggan PSQ18 telah dicadangkan. Unit Nilai & Etika Perubatan akan mengemaskini dan melakukan penambahbaikan yang dicadangkan. Garis panduan dan QR code borang akan diedarkan secepat mungkin kepada hospital/institusi. Sesi taklimat tamat pada pukul 4.30 petang.


06 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKeselamatanPesakit Pada 7 Februari 2023, Mesyuarat bersama Penyelaras Program Keselamatan Pesakit Negeri telah berlangsung di Auditorium Hospital Cyberjaya. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan keselamatan pesakit dan langkah-langkah penambahbaikan program. Pelan tindakan bagi tahun 2023 telah dibentangkan oleh Ketua Unit Keselamatan Pesakit, Dr Zaleha Md Nor. Manakala penerangan carta alir pelaporan serta taxonomi terkini Insiden Keselamatan Pesakit telah disampaikan oleh Dr Ahmad Muzammil. Pada sesi petang pula, Timbalan Pengarah CKPP turut melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini dan memberikan taklimat berkaitan Inisiatif Peningkatan Kualiti dan Halatuju Kualiti KKM kepada semua peserta yang hadir. Peranan Penyelaras Negeri amat penting bagi memastikan perjalanan program Keselamatan Pesakit dapat dijalankan dengan jayanya di setiap peringkat. 7 Februari


07 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


08 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKawalan Infeksi COVID-19 telah bersama kita lebih daripada 3 tahun. Dengan penggunaan dan liputan vaksin yang baik, negara kita telah menuju ke arah post pandemic dimana lanskap dan epidemiologi COVID-19 telah berubah. Selaras dengan perubahan tersebut, garis panduan atau polisi yang berkaitan perlu dikemaskini berdasarkan bukti saintifik terkini. Sehubungan dengan itu pada 8hb Feb 2023, mesyuarat secara VC pengemaskinian semula garis panduan COVID-19 bagi pembedahan telah dijalankan. Ia dihadiri oleh pelbagai disiplin yang berkait dengan pembedahan serta wakil dari perkhidmatan penyakit berjangkit. Unit Kawalan Infeksi selaku penyelaras garis panduan COVID-19 Program Perubatan telah mengkoordinasi serta turut menjadi moderator kepada perbincangan yang diadakan. Diharapkan garis panduan terbaru ini dapat melancarkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pesakit khususnya yang memerlukan pembedahan. 8 Februari


09 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Unit SurveilanPencapaianKlinikal Pada 8 dan 9 Februari 2023, Mesyuarat Survelan Pencapaian Klinikal bil 1/2023 telah diadakan bersama semua penyelaras kualiti negeri yang bertempat di Hospital Cyberjaya. Mesyuarat yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk: 1. Memberi makluman terkini kepada semua penyelaras kualiti negeri berkenaan KPI Perkhidmatan Klinikal, Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) dan KPI Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) 2. Memperkenalkan Hospital Report Cards 3. Memperkenalkan matriks terkini bagi pelaporan pencapaian KPI Perkhidmatan Klinikal dan HPIA 4. Memperkenalkan sistem MyKPI bagi pemantauan prestasi PPTPA serta tatacara pengisian KPI 5. Memperkenalkan garis panduan pengurusan Shortfall in Quality (SIQ) yang baru dihasilkan oleh CPSU Mesyuarat selama 1 hari setengah ini telah dihadiri oleh seramai 36 orang penyelaras kualiti negeri termasuk penyelaras kualiti daripada Institut Kanser Negara dan Pusat Darah Negara. 8-9 Februari


10 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Diharapkan agar input-input yang telah diberikan dapat digunakan dan disampaikan kepada semua pemegang taruh yang terlibat di negeri masing-masing.


11 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Unit AuditKlinikal Mesyuarat National Covid Mortality Review Bagi Persediaan Executive Report 2020-2022 telah diadakan di Hotel King Green Melaka. Mesyuarat telah dihadiri oleh pakar-pakar perubatan daripada pelbagai kepakaran dan hospital yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Noel Thomas Ross. Mesyuarat telah berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bertujuan membincangkan kandungan laporan eksekutif National Covid-19 Mortality Review sejak tahun 2020 sehingga 2022. Mesyuarat turut dihadiri oleh Dr. Azman bin Yaacob Pengarah Perkembangan Perubatan. Beliau meyampaikan amanat dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pakar yang terlibat. Laporan ini akan diterbitkan selewatnan Jun 2023 setelah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 8-10 Februari


12 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


13 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKeselamatan & KesihatanPekerjaan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Perkembagan Perubatan dan Sektor Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar dalam usaha untuk membangunkan suatu instrumen penilaian risiko transmisi jangkitan tuberkulosis (TB) di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan itu, Mesyuarat Pemurnian Borang Penilaian Risiko Transmisi Jangkitan Tuberkulosis (TB) di Hospital bil 1/2023 telah diadakan pada 9 Februari 2023. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada aktiviti di bawah Jawatankuasa Kerja Teknikal Menangani Tuberkulosis (TB) Dalam Kalangan Petugas Kesihatan (Technical Committe For Managing TB Among Healthcare). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pihak berkepentingan yang terdiri daripada pakar perubatan kesihatan awam, pakar perubatan respiratori, wakil Unit Kawalan Infeksi, wakil-wakil UKKP daripada hospital, penasihat teknikal dan jurutera daripada Bahagian Kejuruteraan KKM. Borang penilaian yang telah dimurnikan akan diuji keberkesanannya di beberapa buah hospital terpilih sebelum dimuktamadkan. Semoga dengan adanya Borang Penialain TB ini penilaian risiko yang lebih jitu dan berkesan akan dapat dilaksanakan di fasiliti kesihatan. 9 Februari


14 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


15 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKeselamatan & KesihatanPekerjaan Mesyuarat bersama Penasihat Teknikal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Zon WPKL dan Putrajaya bagi pembangunan instrumen penilaian tahap kelesuan di kalangan petugas kesihatan telah diadakan pada 15 Februari 2023. Kelesuan di kalangan petugas kesihatan memberi kesan negatif kepada keselamatan serta kesihatan petugas kesihatan dan seterusnya menjejaskan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Perkembangan Perubatan, bagi mengkaji tahap kelesuan dalam kalangan petugas kesihatan yang bekerja secara syif bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), mendapati seramai 51% daripada 551 petugas kesihatan mengalami kelesuan dari aspek fizikal, emosi dan mental. Menyedari masalah ini, satu instrumen bagi menilai tahap kelesuan dalam kalangan petugas kesihatan serta risiko daripada kelesuan dan cadangan bagi mengurangkan hazad tersebut diadakan hasil perbincangan bersama Penasihat Teknikal UKKP, Dr Mohd Fikri Bin Rosely, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Rafee Baharudin, dan wakil-wakil daripada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan daripada hospital dan institusi perubatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 15 Februari


16 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Perbincangan cadangan pembangunan instrumen penilaian tahap kelesuan ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Teknikal UKKP yang akan diadakan pada bulan MAC 2023.


17 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKawalan Infeksi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi, CKPP telah menjalankan Bengkel Pemerkukuhan Survelan Penjagaan Luka Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Latihan Tumpat. Bengkel ini dihadiri oleh wakil Pasukan Penjagaan Luka hospital-hospital di negeri Kelantan, bertujuan untuk membincangkan pencapaian tahun sebelumnya dan memberi maklumat terkini berkaitan survelan. Pengurusan data survelan yang efisien akan dapat membantu dalam mengenalpasti kelemahan yang memerlukan penambahbaikan atau intervensi. 15 Februari


18 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


19 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Unit AuditKlinikal Bertempat di Marina Island Pangkor Resort, Lumut telah berlangsung satu Mesyuarat Technical Working Group (TWG) Garis Panduan Surgical Site Infection (SSI) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bil. 1/2023 yang dihadiri oleh pakar perubatan daripada pelbagai displin seluruh Hospital di Malaysia. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Saadon bin Ibrahim. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyediakan modul latihan bagi Garis Panduan SSI yang telah disiapkan pada mesyuarat yang lalu. Garis Panduan SSI kini berada di peringkat semakan. Garis panduan SSI ini dibangunkan sebagai rujukan warga kesihatan di Malaysia dalam usaha menambah baik kualiti penjagaan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada para pesakit. Ahli Mesyuarat juga berkesempatan melawat Hospital Angkatan Tentera, Lumut dimana ahli mesyuarat berpeluang melawat Institut Perubatan Bawah Air dan Hyperbaric Chamber disamping melawat kapal tentera laut yang di kelolakan oleh Brig. Jen. Dato’ (Dr.) Musa Bin Kasmin. 15-17 Februari


20 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


21 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKeselamatanPesakit Unit Keselamatan Pesakit, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan telah dijemput oleh Jabatan Perkembangan dan Amalan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai penceramah bagi Bengkel Root Cause Analysis (RCA). Root Cause Analysis merupakan kaedah siasatan yang digunakan bagi siasatan kes Keselamatan Pesakit bagi tujuan penambahbaikan sistem kesihatan. Bengkel ini telah dihadiri seramai 63 org warga kerja dari pelbagai kategori yang terlibat dalam pengurusan insiden keselamatan pesakit di PPUM. Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) PPUM, Dr. Mohammad Salleh bin Yahya juga turut hadir dan telah menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada Unit Keselamatan Pesakit KKM. Tajuk ceramah yang telah disampaikan merangkumi Prinsip Keselamatan Pesakit, Proses Root Cause Analysis dan Pembangunan Pelan Tindakan Pencegahan Insiden Keselamatan Pesakit. Sesi petang pula, latihan ringkas telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi pemahaman berkenaan kaedah menjalankan RCA dengan menggunakan contoh insiden keselamatan pesakit. Bengkel ini telah mendapat sambutan yang baik oleh para peserta terutama dalam sesi soal jawab. Diharap sesi perkongsian dan sesi pengukuhan program keselamatan pesakit ini dapat diteruskan dalam usaha sama Malaysia mencapai Liputan Kesihatan Sejagat (UHC). 16 Februari


22 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


23 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKawalan Infeksi Wakil Program AMR Kebangsaan telah menghadiri Malaysia One Health University Network (MyOHUN) National One Health Workforce-Next Generation (OHW-NG) Strategic Planning Meeting 2023 pada 19 hingga 21 Februari 2023 di Holiday Inn, Melaka. Mesyuarat ini membincangkan dan merancang aktiviti One Health Workforce-Next Generation (OHW-NG) yang akan dianjurkan bagi tahun ini. Sebagai koordinator One Health AMR, Unit Kawalan Infeksi mewakili pelbagai agensi dan kementerian, telah membentangkan projek tahun ke-4 iaitu Training the Trainers: Program Kesedaran Awam One Health AMR Mesyuarat ini juga bertujuan untuk memupuk dan mengukuhkan kerjasama disamping mengeratkan jaringan antara ahli MyOHUN dalam penganjuran aktiviti OHW MyOHUN pada masa hadapan. 19-21 Februari


24 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


25 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Unit SurvelanPencapaianKlinikal Unit Survelan Pencapaian Klinikal, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan telah menganjurkan Mesyuarat Pemantapan Pengurusan Shortfall In Quality (SIQ) Bagi Key Performance Indicator (KPI) Sektor Teknikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Peringkat Zon Tengah Khusus untuk Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Blok E1, Kompleks E KKM. Mesyuarat ini yang telah melibatkan Penyelaras Kualiti Negeri dan juga Penyelaras Kualiti Hospital daripada Zon Tengah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Selangor berjumlah seramai 32 orang telah diadakan bagi memberi penerangan mengenai Garis Panduan Pengurusan SIQ yang baru diterbitkan pada Januari 2023. Selain itu, taklimat mengenai kaedah perlaksanaan SIQ serta pelaporan melalui Borang SIQ 2023 juga telah diberikan. Diharapkan agar pengurusan SIQ yang berkesan mampu menambah baik kualiti sistem kesihatan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. 21 Februari


26 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


27 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKawalan Infeksi Dr Noor Amelia Abd Rasid, Pegawai Perubatan Unik Kawalan Infeksi, CKPP selaku wakil sekretariat Program Antimicrobial Resistance (AMR) telah menghadiri High-Level Conference on Universal Health Coverage in an Era of Antimicrobial Resistance and Pandemics di Tokyo, Jepun. Konferen ini di anjurkan oleh Asia Europe Foundation, Ministry of Foreign Affairs Japan dan AMR Clinical Reference Center dan telah dihadiri oleh 60 wakil daripada rantau Asia dan Eropah bagi membincangkan mengenai agenda Antimicrobial Resistance dalam sistem kesihatan dan kesiapsiagaan pandemik ke arah Universal Health Coverage yang lebih mampan. Hasil daripada mesyuarat ini akan digunakan sebagai cadangan untuk dikemukakan di Mesyuarat G7 yang akan diadakan di Jepun tahun ini dan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 21-22 Februari


28 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


29 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Unit Akreditasi & Piawaian Bengkel secara hibrid Training on Trainers (TOT) Akreditasi Hospital & Institusi Perubatan KKM bagi Zon Timur tahun 2023 anjuran Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah diadakan di Hospital Besut pada 21 hingga 23 Februari 2023. Pada 21hb Februari, Dr Nor Hayati binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan telah meluangkan masa menyampaikan halatuju akreditasi hospital & institusi perubatan KKM serta memberikan aspirasi kepada peserta bengkel TOT yang terdiri daripada accreditation champions dari Zon Timur (Terengganu, Pahang dan Kelantan). Dr Saifur Rahman bin Muhammad, TPKN (Perubatan) JKN Terengganu turut meluangkan masa untuk memberikan katakata semangat kepada peserta-peserta pada hari terakhir kursus. Accreditation champions ini terdiri daripada pelbagai gred perkhidmatan termasuk pengarah-pengarah hospital, timbalan pengarah hospital, ketua-ketua jabatan klinikal dan bukan klinikal, pakar-pakar klinikal, pegawai perubatan, jurutera hospital, barisan penolong pegawai perubatan, jururawat dan kakitangan sokongan klinikal yang lainnya serta syarikat konsesi. 21-23 Februari


30 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Bengkel ini turut membariskan penceramah & fasilitator dari MSQH & kakitangan KKM sendiri. Objektif bengkel ini adalah untuk memperkasakan program akreditasi KKM agar pengukuhan clinical governance & penyampaian kesihatan yang selamat dan berkualiti dapat diterapkan. Diharapkan, menerusi bengkel TOT ini, hospitalhospital yg akan menduduki penilaian akreditasi MSQH akan lebih bersedia dan memperbaiki kelemahan masing-masing menerusi dapatan dan teguran yg diterima semasa mock survey. Di samping itu, diharapkan agar lebih ramai champions akreditasi hospital dan institusi perubatan KKM dapat dilahirkan bagi memastikan penjagaan perubatan dan keselamatan pesakit oleh anggota KKM dipraktikkan secara berterusan dan tidak hanya kerana pensijilan semata-mata.


31 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


32 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKawalan Infeksi Unit Kawalan Infeksi - 22-23hb Feb 2023, Lexis Port Dickson. Healthcare associated blood stream infection (HA-BSI) merupakan salah satu adverse event yang tertinggi berlaku dikaitkan dengan penjagaan kesihatan. hospital-hospital di Malaysia melaporkan prevalen yang agak tinggi berbanding negara-negara maju. Sehubungan itu, Bengkel Pencegahan dan Intervensi HA-BSI telah diadakan di Lexis Port Dickson pada 22-23hb Feb 2023 untuk mengenalpasti isu-isu yang menyebabkan peningkatan kes dan merancang strategi yang bersesuaian dalam menangani isu yang berkaitan. Bengkel ini dihadiri oleh 68 Pegawai Perubatan Unit Kawalan Infeksi hospital-hospital KKM, Universiti dan ATM. Selain membincangkan strategi pencegahan dan intervensi, bengkel ini turut bertujuan untuk memperkasakan Pegawai Perubatan Kawalan Infeksi untuk menjadi change agent bagi program pencegahan HA-BSI yang perlu dijalankan oleh anggota kesihatan di wad masing-masing. Diharapkan bengkel ini dapat memperkukuhkan Program Pencegahan dan Kawalan Infeksi seterusnya mengurangkan kejadian HA-BSI disamping memastikan keselamatan pesakit terjamin. 22-23 Februari


33 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


34 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Unit SurvelanPencapaianKlinikal Mesyuarat Pemantapan Pengurusan Shortfall in Quality (SIQ) Bagi KPI Sektor Teknikal Zon Tengah (Program & Institusi) telah dianjurkan oleh Sekretariat Induk Teknikal KPI KKM dan telah dihadiri oleh seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada Sekretariat Program KKM, Institut Kanser Negara (IKN) dan Pusat Darah Negara (PDN). Mesyuarat ini merupakan salah satu daripada beberapa siri jelajah Taklimat Pemantapan Pengurusan SIQ yang telah direncanakan pada tahun ini merangkumi semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengikut zon. Objektif utama mesyuarat ini adalah bagi memberikan pendedahan berkenaan Garispanduan SIQ yang telah diedarkan kepada wakil-wakil dari setiap Program dan institut. Ahli mesyuarat telah diberikan pendedahan berkenaan SIQ dari awal fasa awal pengenalpastian sehingga ke penyediaan dan penghantaran laporan SIQ. Pelbagai persoalan serta isu-isu berbangkit telah dibincangkan serta input-input telah diberikan oleh ahli mesyuarat. Sebagai makluman, SIQ merupakan satu jenis pelaporan yang dilaksanakan sekiranya terdapat ketidakcapaian di dalam pemantauan KPI. 23 Februari


35 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Pelaporan ini merangkumi beberapa aspek yang penting dalam mengenalpasti faktor ketidakcapaian serta perancangan tindakan penambahbaikkan yang perlu diambil agar prestasi KPI tersebut akan dapat dipertingkatkan. Pelaporan SIQ ini dilihat penting sebagai salah satu daripada proses bagi memastikan survelan KPI dapat dilaksanakan dengan berkesan. Adalah diharapkan wakil-wakil Sekretariat Teknikal KPI Program KKM yang telah hadir pada mesyuarat ini dapat menyampaikan serta memperkasakan pengurusan SIQ di peringkat Program masing-masing agar pemantauan kualiti perkhidmatan KKM dapat dipertingkatkan terutama melalui pemantauan KPI sebagai penanda aras.


36 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


37 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKeselamatanPesakit 23 Februari 2023, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Safe Surgery Saves Lives Bil. 1/2023 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat 4, Aras 1, Blok E1, KKM. Mesyuarat ini adalah yang pertama bagi sesi lantikan 2023-2025 yang dipengerusikan oleh Dr Azmi Alias, Pakar Perunding Kanan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur. Pakar-Pakar Perunding wakil dari pelbagai Displin Pembedahan dan Anestesiologi dari seluruh Malaysia telah hadir bagi membincangkan peranan, struktur organisasi, halatuju dan perancangan Jawatankuasa Pemandu Safe Surgery Saves Lives bagi sesi 2023-2025. Antara yang hadir adalah Dato’ Dr Muhammad Arif (Pakar Perunding Kanan Pembedahan Kardiotorasik), Dato’ Dr Aruku Naidu (Pakar Perunding Kanan Pembedahan Payudara & Endokrin), Dr Siti Hawa Tahir (Pakar Perunding Kanan Ortopedik), Dr Zalina Abd Razak (Pakar Perunding Anestesiologi) dan Dr Zakinah Yahaya (Pakar Perunding ENT). Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu yang dialami dalam implementasi program SSSL serta beberapa langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan pada tahun 2023- 2025. Ini bagi memastikan semua pesakit menerima perkhidmatan pembedahan yang selamat dan berkualiti. 23 Februari


38 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


39 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKeselamatanPesakit Pada 23 hingga 24 Februari 2023, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mewakili YB Menteri Kesihatan Malaysia bersama Dr Ahmad Muzammil wakil dari Unit Keselamatan Pesakit, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghadiri pesidangan “5th Global Ministerial Summit on Patient Safety” di Monteux, Switzerland. Persidangan bersejarah ini telah dihadiri oleh lebih 600 orang pakar dalam bidang Keselamatan Pesakit serta hampir 80 orang delegasi menteri seluruh dunia. Tema persidangan pada tahun ini adalah ‘Less Harm, Better Care – from Resolution to Implementation’. Objektif utama persidangan ini adalah untuk berkongsi pengalaman, cabaran serta pencapaian keselamatan pesakit negara-negara yang terlibat, merangka penyelesaian (solutions) bagi isu keselamatan pesakit serta membincangkan pengalaman serta pengajaran daripada pandemik COVID-19. 23 - 24 Februari


40 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Pada hari kedua persidangan, delegasi seluruh dunia telah bersetuju bahawa keselamatan pesakit merupakan agenda utama dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan dan tindakan di peringkat antarabangsa adalah penting bagi memelihara keselamatan pesakit di peringkat global. Malaysia turut menyatakan sokongan penuh bagi ‘Montreux Charter’ serta pelaksanaan Pelan Tindakan Keselamatan Pesakit Peringkat Global 2021-2030 yang telah dimeterai semasa Perhimpunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-74.


41 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


42 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Unit AuditKlinikal Kursus Situational Awareness And Risk Management In Clinical Management 2023 telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Audit Klinikal dengan kerjasama Persatuan Perfusi Hospital Serdang bertempat Taman Negara, Jerantut, Pahang. Kursus ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan dan skil di kalangan Pakar Perubatan KKM dalam membuat penilaian situasi dan risiko dalam pengurusan klinikal bagi mengurangkan kadar komplikasi serta memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkesan (efektif), cekap (efisien) dan berkualiti. Pencalonan dan pemilihan peserta adalah melalui Ketua Perkidmatan dan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan (Pain Free Program, Perioperative Mortality Review (POMR) dan Surgical Site Infection (SSI)) yang dianggotai para peserta berdasarkan kepada penglibatan dan komitmen yang diberikan. Seramai 29 peserta telah menjayakan kursus ini. Disamping menjalani Kursus Situational Awareness pelbagai aktiviti telah dijayakan antaranya melawat kampung orang asli, morning walk, qiamulai, canopy walk dan lain-lain lagi. 23 - 25 Februari


43 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


UnitKawalan Infeksi Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi, CKPP telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemantapan Data Survelan Penjagaan Luka Peringkat Negeri Johor pada 27 Februari 2023 di JKN Johor. Bengkel yang dihadiri oleh wakil Pasukan Penjagaan Luka hospital-hospital di Negeri Johor ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian penjagaan luka secara tahunan dan memberi update berkaitan survelan yang terkini. Pengurusan data survelan yang efisien dapat membantu dalam mengenalpasti kelemahan yang memerlukan penambahbaikan atau intervensi. 44 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 27 Februari


45 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


UnitKeselamatan & KesihatanPekerjaan Mesyuarat Bersama Penasihat Teknikal UKKP dan Ketua UKKP Zon Selatan Bagi Penyediaan Kertas Kerja Pneumococcal Vaccination for Health Workers in MOH Hospitals telah diadakan pada 27hb Februari 2023. Jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae telah dikenalpasti sebagai salah satu penyebab utama jangkitan paru-paru (Community Acquired Pneumonia) dan mengakibatkan mortaliti dan morbiditI. Menyedari beban penyakit ini dan risiko yang dihadapi oleh pekerja perubatan di hospital terutamanya mereka yang mempunyai penyakit kronik dan bekerja di tempat berisiko tinggi, UKKP KKM merancang untuk membuat permohonan vaksinasi pneumokokal untuk pekerja di hospital KKM. Sehubungan itu, mesyuarat antara Ketua UKKP Zon Selatan yang dipengerusikan oleh Dr Mohd Rosli Tompang telah menjemput Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Dr Azureen binti Azmel dan wakil daripada MSOHD, Dr Gogillan Sevaratnam bagi merangka pelan tindakan untuk program tersebut, termasuklah kertas kerja penyelidikan untuk mendapatkan data peringkat nasional berkaitan jangkitan S.pneumoniae. 46 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 27 Februari


47 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


UnitKeselamatan & KesihatanPekerjaan Satu sesi CME UKKP Program Perubatan Siri 1/2023 telah diadakan secara hibrid di bilik Mesyuarat Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan. CME ini telah disampaikan oleh Tuan Mohd Faris Bin Abdul Rashid, yang bertajuk Garis Panduan Penempatan Wajib PPP (PPW). PPW adalah penempatan berstruktur wajib kepada PPP lantikan baharu selama 6 bulan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital bepakar. Lebih 100 orang wakil daripada UKKP hospital dan institusi perubatan seluruh negara telah menghadiri sesi ini yang secara objektifnya adalah untuk memberi pendedahan dan informasi berkaitan garis panduan ini yang telah diedarkan pada tahun 2022 dan peranan UKKP dalam PPW. 48 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 28 Februari


Unit AuditKlinikal Bengkel Training Of Trainer (TOT) Audit Pain Free Hospital (PFH) Peringkat Kebangsaan 2023 telah diadakan di Auditorium Kementerian Dalam Negeri Putrajaya. Bengkel ini telah dihadiri sebanyak 375 peserta daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital seluruh Malaysia. Bengkel ini bertujuan menyampaikan maklumat terkini dan mengukuhkan pengetahuan berkenaan pelaksanaan audit persijilan Pain Free Hospital yang merupakan agenda utama dalam Program Bebas Kesakitan. Sebanyak 11 hospital pakar yang akan menjalani pensijilan Pain Free Hospital pada tahun ini. 49 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 28 Februari


50 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


Click to View FlipBook Version