E-BULETIN JANUARI 2 0 2 3 Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera E-buletin ini diterbitkan bagi mendokumentasikan aktivtiaktiviti yang dijalankan oleh anggota- anggota di Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan (CKPP) secara bulanan yang mendokumentasikan aktiviti dan pencapaian CKPP, Bahagian Perkembangan Perubatan. Semoga ianya dapat menjadi sumber rujukan dan memori di masa akan datang buat warga CKPP dan lain-lain. Mendepani tahun 2023, CKPP akan terus mengorak langkah kehadapan dalam memastikan visi, misi dan halatuju CKPP akan terus diperkasa dan dilaksanakan. CKPP akan terus menekankan semangat kerja berpasukan, perkhidmatan yang cekap dan professional serta berperanan sebagai penggerak dan pemangkin initiatif peningkatan kualiti. Semoga CKKP akan terus cemerlang dalam membawa perubahan dan pencapaian yang lebih gemilang. Dr. Nor Hayati binti Ibrahim Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Menerapkan sikap yang positif dan komitmen terhadap penambahbaikan kualiti untuk semua kakitangan penjagaan kesihatan di samping menggunakan pelbagai initiatif kualiti sebagai alat pengukur bagi meningkatkan tahap perkhidmatan penjagaan kesihatan. Menyediakan latihan dan kemahiran bagi kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi lain (mengikut pelawaan) untuk menjalankan aktiviti kualiti, serta melaksanakan langkahlangkah penambahbaikan. Membangunkan sistem yang sesuai dan berkesan serta diterimapakai dan peka bagi memantau dan menilai kualiti penjagaan kesihatan. Mengenalpasti kekurangan atau penambahbaikan yang perlu dilaksanakan di dalam kualiti penjagaan kesihatan dan mencari langkah penambahbaikan demi perkhidmatan yang baik dan efisiyen OBJEKTIF CKPP
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan CARTA ORGANISASI
UnitKeselamatan & KesihatanPekerjaan Pada 3 Januari 2023, UKKP CKPP selaku wakil Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Blok E1 telah menjalankan pemeriksaan premis bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi tujuan pembaharuan sijil perakuan Bomba bangunan Blok E1, Ibu Pejabat KKM. Dr Azlihanis binti Abdul Hadi telah mempengerusikan mesyuarat bersama pihak JBPM, syarikat konsesi KCJ Engineering Sdn Bhd dan Ketua Tingkat Pasukan Bertindak Kecemasan / Kebakaran (PBKK) Blok E1 yang membincangkan keperluan-keperluan untuk pembaharuan sijil serta penemuan daripada lawatan tersebut. Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 3 Januari
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan UnitKeselamatanPesakit Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perubatan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Bil. 1 tahun ini telah dilaksanakan pada 4 Januari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat CPRC, Aras 7, Blok E1. Mesyuarat ini bagi meneliti hasil penyiasatan, penemuan dan rumusan Jawatankuasa Farmakovigilan Khas Vaksin Covid-19 dan seterusnya mengemukakan syor kuantum bayaran kepada Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr. Ahmad Razid bin Salleh dan dihadiri oleh Dr. Nor Hayati Ibrahim (Timbalan Pengarah, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan), Dato’ Dr. Mahiran binti Mustafa (Ketua Perkhidmatan Perubatan Penyakit Berjangkit), Dr. Mohd Sapawi bin Mohamed (Pakar Perunding Kardiologi), Dr. Rosaida binti Hj. Md. Said (Ketua Perkhidmatan Perubatan Dalaman, Gastroenterologi & Hepatologi), Dr. Joyce Pauline Joseph (Pakar Perunding Neurologi), wakil dari Cawangan Medikolegal dan Unit Teknikal Tabung Perubatan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato' Dr. Mahiran yang akan bersara tidak lama lagi di atas segala pandangan dan nasihat yang telah diberikan sejak dari mula Jawatankuasa Teknikal Perubatan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin ini ditubuhkan. 4 Januari
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
UnitKeselamatan & KesihatanPekerjaan Sepanjang bulan Januari 2023, UKKP CKPP telah menjalankan kerjasama degan UKKP Insititut Kanser Negara bagi program pemberian dos penggalak COVID-19 kepada semua warga Program Perubatan serta ahli keluarga dań kenalan. Inisiatif ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengambilan dos penggalak COVID-19 bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. Seramai 100 orang telah mendaftar untuk temujanji pada 6 Januari, 13 Januari, 20 dan 27 Januari 2023. Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 6 Januari
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 9 Januari UnitKawalan Infeksi Pada tahun ini Unit Kawalan Infeksi diberi kepercayaan oleh World Health Organisation (WHO) untuk berkolaborasi dalam membangunkan lapan buah Modul Latihan Pencegahan dan Kawalan Infeksi secara pendekatan Open Learning. KKM turut bekerjasama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan menggunakan E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) sebagai platform bagi modul latihan ini. Pada 9hb Jan 2023 yang lalu, mesyuarat membincangkan penyediaan modul telah dijalankan dengan penglibatan IPC personnel dari Unit Kawalan Infeksi, hospital-hospital KKM dan PPUM.
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 11 Januari Unit Akreditasi DanPiawaian Mesyuarat Perjumpaan Bersama Surveyor Akreditasi Hospital & Institusi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan pada 11 Januari 2023 di Bilik Mesyuarat Ibnu al-Razi Blok E1 (BM4). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, YBrs. Dr Mohd Azman bin Yacob. Hadir bersama Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Dr Nor Hayati binti Ibrahim dan Pegawai - pegawai dari Unit Akreditasi & Piawaian KKM. Pelan Strategik Program Perubatan KKM tahun 2021-2025 mensasarkan kesemua 42 Lead Hospital Kluster berjaya mendapat 100% pensijilan penuh MSQH di tahun 2025. Justeru, Program Perubatan KKM komited dalam usaha untuk meningkatkan bilangan hospital yang mempunyai pensijilan akreditasi. Mesyuarat telah membincangkan strategi dan isu-isu berkenaan penilaian akreditasi hospital & institusi perubatan KKM. Antara cadangan strategi adalah mewujudkan pasukan Mock Survey bagi membantu pihak hospital mengenalpasti masalah dan penambahbaikan yang perlu dilakukan sebelum menghadapi penilaian akreditasi sebenar dari pihak MSQH.
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Lain-lain hal berkaitan aktiviti survey serta keperluan mengenalpasti lebih ramai pelapis surveyor juga dibincangkan. Semoga initiatif ini akan membuahkan hasil ke arah kepeningkatan kualiti perkhidmatan di hospitalhospital KKM.
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 11 Januari UnitKeselamatan & KesihatanPekerjaan Pada 11 Januari 2023, UKKP CKPP telah memberikan taklimat pelaksanaan pemantauan polisi cuti menjaga anak yang dikuarantin atau memerlukan pengasingan secara atas talian. Taklimat ini telah dihadiri oleh Penyelaras Cuti daripada semua cawangan dan unit Blok E1 yang akan menjalankan pemantauan yang bermula Januari 2023 bagi semua anggota Blok E1, bertujuan memastikan warga Blok E1 berada dałam tahap optimum seterusnya menjamin produktiviti kerja, selain menjaga kebajikan anggota yang berkeluarga.
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 12 Januari UnitKawalan Infeksi Unit Kawalan Infeksi dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dijemput oleh Hospital Umum Sarawak ke sesi dialog dan walkabout bagi membincangkan healthcare environmental hygiene di HUS. Sesi dialog dipengerusikan oleh Pengarah HUS, Dr Ngian dan dihadiri oleh wakil Kejuruteraan KKM, JKN, HUS, wakil Kawalan Infeksi KKM dan HUS dan syarikat konsesi One Medicare Beberapa isu telah dikenalpasti dan cadangan penambahbaikan telah dibincangkan.
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 12 Januari Unit AuditKlinikal Satu Mesyuarat Jawatankuasa National COVID-19 Mortality Review Bil 1/2023 diadakan di Bilik Mesyuarat 4 (Ibnu Al-Rahzi) Blok E1, Kementerian Kesihatan Malaysia. Seramai 28 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai kepakaran telah hadir melibatkan pakar perunding kanan perubatan dalaman, anestesiologi, kardiologi, obstetrik dan ginekologi, pakar perunding gastroenteriologi dan hepatologi, perubatan am dan penyakit berjangkit. Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan kes-kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia. Semua kes-kes kematian akibat COVID-19 yang telah didaftarkan disemak oleh barisan jawatankuasa National COVID-19 Mortality Review. Sebanyak 81 kes telah dibincangkan dan kes-kes tertentu yang memerlukan ulasan lanjut oleh pihak hospital yang berkenaan dipilih, dibentang dan dibincangkan secara maya. Pada mesyuarat ini, sebanyak 3 kes dari Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru telah dibentang dan dibincangkan bersama barisan jawatankuasa. Komen yang membina dan maklum balas berkaitan kes-kes berkenaan diberikan bagi menambah baik pengurusan kes-kes COVID-19 yang akan datang.
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 13 Januari UnitKeselamatan & KesihatanPekerjaan Mesyuarat Membincangkan Kriteria Bagi Membolehkan Bidang Kesihatan Pekerjaan didaftarkan dalam NSR telah dipengerusikan oleh Dr Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan. Mesyuarat dihadiri oleh Dato’ Dr Khairi, Chief Executive Officer MMC, Malaysia Society of Occupational Health Doctor (MSOHD), Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Profesyen Perubatan dan Urusetia Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah bagi membangunkan kesihatan Pekerjaan sebagai salah satu kepakaran di Malaysia. Diharapkan mesyuarat ini akan menjadi sebagai titik permulaaan dalam mengiktiraf bidang ini di peringkat KKM pada masa hadapan.
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 17 Januari UnitKeselamatan & KesihatanPekerjaan Pada 17 Januari 2023, Dr Azlihanis Abdul Hadi telah dijemput oleh Bahagian Sumber Manusia KKM untuk menyertai perbincangan dan lawatan bersama Dr Shahrom, Timbalan Pengarah (Perubatan) HKL sempena pembentukan Garispanduan Light Duty Bagi Pegawai Yang Mempunyai Masalah Kesihatan di KKM. Antara aktiviti yang dijalankan di HKL adalah pembentangan draf garispanduan dan temuramah pegawai terlibat dengan masalah kesihatan dan seterusnya lawatan ke lokasi berkenaan di HKL. Turut sama dalam perbincangan adalah Dr Priya Ragunath, Ketua Sektor KPAS dan Dr Kumaran, Ketua Unit OSH HKL.
Unit AuditKlinikal Satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan Bagi Program Bebas Kesakitan Bil.1/2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1 (Ibnu Sina) pada 18 Januari 2023. Mesyuarat dihadiri oleh seramai 55 pegawai terdiri daripada pelbagai kepakaran dari seluruh Malaysia. Mesyuarat telah membincangkan berkenaan Pelan Tahunan dan Pelaksanaan Audit Hospital Bebas Kesakitan bagi tahun 2023. Pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang baru telah diadakan memandangkan Pengerusi yang sedia ada akan bersara. Pencalonan Ahli Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan Program Bebas Kesakitan yang baru juga telah dijalankan dan dipilih mengikut keperluan Jawatan dan Negeri bagi memenuhi keperluan Program. Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 18 Januari
Unit AuditKlinikal Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
UnitKawalan Infeksi Pada 18hb dan 19hb Januari 2023, bertempat di Hospital Cyberjaya, Mesyuarat Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan Bil.1/2023 telah diadakan bagi membincangkan isu-isu perkhidmatan penjagaan luka serta pelaksanaan strategi yang telah dibuat pada penghujung tahun lalu. Mesyuarat ini diikuti dengan perbincangan penganjuran 6th National Wound Care Conference yang bakal diadakan pada bulan Jun 2023. Pada hari kedua, pengemaskinian Wound Care Manual telah diadakan yang melibatkan program hospital dan kesihatan primer dan dihadiri oleh wakil-wakil hampir kesemua disiplin utama yang berkait dengan penjagaan luka. Manual terbaru ini diharap dapat membantu petugas kesihatan dalam memberi perawatan luka yang terbaik kepada pesakit. Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 18 Januari
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 18 Januari UnitKawalan Infeksi
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 19 Januari UnitKeselamatan & KesihatanPekerjaan Dr Azlihanis Binti Abdul Hadi, Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Bahagian Perkembangan Perubatan telah dijemput sebagai penceramah dalam Kursus Pengukuhan Siasatan Kemalangan, Keracunan Dan Penyakit Pekerjaan Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Tahun 2023. Kursus ini adalah anjuran Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS), JKN Selangor di Dewan Serbaguna, Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada wakil UKKP hospital, pegawai KPAS di Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pergigian Daerah daripda seluruh Selangor telah menghadiri kursus ini. Dalam kursus ini, beliau telah memberikan ceramah bertajuk “Siasatan Kes Kekerasan Dalam Kalangan Warga Kerja KKM”. Ceramah yang disampaikan telah membuka peluang untuk memperkenalkan program ini di peringkat Kesihatan Awam dan Pergigian dan memperkukuhkan program kekerasan di peringkat Program Perubatan.
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 25 Januari UnitKeselamatan & KesihatanPekerjaan Mesyuarat bagi Membincangkan Garis Panduan Pengwujudan Sudut Saringan Kesihatan Kendiri dan Program Saringan Kesihatan Kendiri Di Blok E1, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan. Program Saringan Kesihatan dalam kalangan warga kerja KKM adalah salah satu program di bawah KOSPEN WOW (Skop 1) dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Sejumlah 9 set peralatan saringan kesihatan telah diedarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit untuk program ini. Diharap dengan adanya program ini, warga kerja di Blok E1 akan lebih sedar akan kepentingan saringan kesihatan kendiri dan melahirkan warga kerja yang lebih sihat dan produktif..
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 26 Januari UnitKawalan Infeksi Carbapenem-Resistant Enterobacteriaceae (CRE) merupakan sejenis Multidrug resistant organism (MDRO) yang dikenal pasti sebagai ancaman kesihatan global yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak dan stakeholder untuk mengawal penularannya. Pada 26hb Jan 2023, bertempat di Hospital Cyberjaya, Bengkel Management of CRE in Health Care Setting Zon Tengah telah dijalankan dan dihadiri oleh wakil pasukan kawalan infeksi hospital yang terdiri daripada pakar, pegawai perubatan dan jururawat kawalan infeksi. Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan kepada peserta berkaitan pengurusan kes CRE termasuk identification, strategies to prevent transmission and surveillance. Langkah-langkah kawalan infeksi yang berkesan sangat penting untuk mencegah kejadian wabak di hospital - hospital, seterusnya mengurangkan kejadian antimicrobial resistance (AMR).
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan 30 Januari UnitKawalan Infeksi 30hb Jan 2023. Hospital Tuanku Ampuan Afzan dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi, CKPP telah berjaya menganjurkan Bengkel Survelan Penjagaan Luka Peringkat Negeri Pahang di Bilik Nilam Pusat Rawatan Harian HTAA. Bengkel yang dihadiri oleh wakil Pasukan Penjagaan Luka hospital-hospital di negeri Pahang ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian penjagaan luka tahun 2021 dan memberi update berkaitan survelan yang terkini. Pengurusan data survelan yang efisien dapat membantu dalam mengenalpasti kelemahan yang memerlukan penambahbaikan atau intervensi.
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan KelabKebajikan CKPP Pada 28 Jan 2023, Kelab Kebajikan CKPP telah menganjurkan CKPP Outing Day untuk ahli kelab ke Tugu Trail Kuala Lumpur. Outing bermula seawal jam 8.00 pagi disertai oleh 60 ahli keluarga CKPP. Peserta melalui trail sejauh 5km dan 1.6km sambil menikmati udara nyaman di kelilingi pokok-pokok menghijau di tengah ibukota Kuala Lumpur. Suasana sangat meriah dengan disulami kudapan pagi serta ucapan penghargaan daripada Dr Haslina, Pengerusi Kelab Kebajikan CKPP atas sambutan hangat yg diberikan oleh warga CKPP selaku ahli kelab dan seisi keluarga. Program bersurai sekitar jam 11.30am dengan perasaan ceria dan gembira, selain dapat berkenalan antara ahli keluarga mereka juga dapat bersenam untuk mencapai sasaran 10k langkah di pagi hari. 28 Januari
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Mutiara Kata