The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by flip, 2021-11-11 15:31:32

BUKU PROGRAM DAN E-PROSIDING IBIEAC 2021

CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM (GPI)

SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)-COVID 19
Latipah Binti Sidek

Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.
[email protected]
Muhamad Suhaimi Taat

Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.
[email protected]
Sabariah Binti Shariff

Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.
[email protected]

ABSTRAK
Pandemik Corona Virus COVID-19 telah mengubah pelaksanaan sesi pembelajaran bersemuka di sekolah kepada
sesi pembelajaran di rumah. Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc) di semua peringkat pendidikan di Malaysia
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di rumah seperti yang telah diarahkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) melalui surat pekeliling yang dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PDPR). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) memberikan cabaran baru kepada
guru-guru. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Guru-guru Pendidikan
Islam (GPI) sekolah rendah sepanjang menjalankan pengajaran dan pemudahcara di rumah (PDPR). Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif berbentuk kajian kes. Data kajian diperolehi melalui soal selidik terbuka dalam
talian (Google Form) sebagai sumber data utama dan disokong oleh temubual dalam talian bagi data-data yang
memerlukan perincian lebih lanjut. Peserta kajian ini melibatkan seramai 16 orang Guru Pendidikan Islam (GPI)
yang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) negeri Sabah, Malaysia.
Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti Versi 9. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat 5 tema
utama yang dikenalpasti menjadi cabaran pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) Guru
Pendidikan Islam (GPI) pertama; cabaran Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc), kedua; Cabaran alat pembelajaran
dan komunikasi, ketiga; cabaran peranan pentadbir, keempat; cabaran peranan ibubapa dan kelima; cabaran
peranan guru. Beberapa cadangan diberikan bagi membolehkan Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) di dalam
meminimakan cabaranyang dihadapi sepanjang menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).
Kata Kunci : Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR), Cabaran , Guru Pendidikan Islam(GPI).

51

UNSUR KECINDAN DALAM PENGAJARAN VERSI PdPR
MAHANI BINTI M GHANI; MARIATI BINTI M GHANI

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau; Sk Kaingaran Ranau
ABSTRAK

Kajian ini cuba untuk meninjau dan menganalisis kepentingan unsur-unsur kecindan dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di rumah sepanjang tempoh pandemik covid-19. Unsur kecindan yang ingin
diutarakan adalah aplikasi permainan atas talian yang bertujuan untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran
dan pembelajaran di rumah. Seramai 10 orang pelajar Program Diploma Pascasiswazah (PDPP) yang sedang
menjalankan praktikum merupakan responden kepada kajian ini. Kajian dilakukan dalam bentuk pemerhatian,
temubual dan analisis dokumen. Hasil keputusan mendapati bahawa unsur kecindan versi pengajaran dan
pembelajaran di rumah ini sangat penting dalam meningkatkan minat murid untuk mengikuti pengajaran dan
pembelajaran. Pengkaji turut mendapati bahawa responden kajian dapat meningkatkan kemahiran ICT setelah
membina dan mengenalpasti aplikasi-aplikasi yang sesuai dijadikan sebagai unsur kecindan dalam pengajaran
mereka.
Kata kunci : Unsur kecindan, versi, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)

HIGH ORDER THINKING SKILLS IN TEACHING AND LEARNING
FOCUSING ON THE CULTURAL DIVERSITY OF PRIMARY SCHOOL

STUDENTS (KSSR)
Mohamad Afiq Johari
International Islamic University Malaysia
[email protected]

Abstract
Cultural diversity and students’ achievement in class is a crucial issue to be tackled by teachers. The cultural diver-
sity should be embraced in order for teaching to complement the multicultural students’ needs. In the context of
current teaching, the implementation of high-order thinking is a necessity to fosterthinking culture in students. This
thinking culture is essential to prepare students for the era of globalisation and 21st century challenges. The aims
of the present study were to investigate teachers’ understanding of cultural concept of high-order thinking and
strategies used in implementing this thinking in teaching and learning of Islamic studies KSSR. These aims were
achieved using qualitative method, interviews, observation, and document analysis. Participants consisted of four
Islamic studies trainee teachers. Findings showed that the participants did not have a complete understanding of
high-order thinking and KBAT as desired by Ministry of Education (MOE) 2011. However, it was also found
that the participants attempted to implement the HOTS elements in the planning and execution of teaching and
learning stages. This implementation consisted of questioning techniques, group activities, and the use of teaching
aids. The use of engaging and creative teaching aids helped to stimulate thinking in students. In addition, the par-
ticipants also implemented four levels of thinking skills which were analysis, application, evaluation, and creation
level. It is hoped that the present study will provide an early introduction to education practitioners on the HOTS
concept so that they can robustly implement it in the teaching and learning process.
Keywords: High-order thinking, cultural diversity, Islamic education, teaching and learning

52

PENGGUNAAN APLIKASI MYFURQANI BAGI MENINGKATKAN
MUTU BACAAN AYAT TILAWAH DAN AYAT HAFAZAN TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

Mohd Azmal bin Jalaludin
SMK Pengalat Papar, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan inovasi aplikasi MyFurqani dalam
meningkatkan mutu bacaan ayat tilawah dan ayat hafazan dalam kalangan murid tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Dalam kajian yang dijalankan ini, seramai 31 orang responden dalam kalangan murid tingkatan 4 dan tingkatan 5
terlibat. Kajian kuantitatif dilaksanakan dengan menggunakan kumpulan rawatan iaitu dengan menjalankan ujian
pra dan ujian pasca. Teori pembelajaran ADDIE diterapkan dalam menjalankan kajian ini. Hasil daripada
penggunaan aplikasi ini, murid dapat meningkatkan mutu bacaan dengan kadar 58.38 peratus dalam sesi yang
pertama ujian pasca dengan menggunakan aplikasi ini. Data rintis menunjukkan bahawa 17 orang murid tingkatan 5
dan 14 orang murid tingkatan 4 yang menjadi responden awal telah menunjukkan peningkatan mutu bacaan ayat
tilawah dan ayat hafazan dengan menggunakan aplikasi ini tanpa perlu mengadakan sesi kedua. Diharapkan kajian
penggunaan aplikasi MyFurqani dapat meningkatkan mutu bacaan murid walaupun murid tidak mempunyai asas
yang kukuh dalam ilmu tajwid ataupun murid yang langsung tidak bolehmembaca ayat-ayat al-Quran.

Kata kunci : Bidang al-Quran, Pendidikan Islam, aplikasi MyFurqani, Inovasi

PENGLIBATAN MURID DALAM MENGGUNAKAN MODUL BASR DI
DAERAH KINABATANGAN: SATU KAJIAN KES

Mohd Mahfujah Bin Mahmud1 (Author 1)
Raihan Asyura binti Asran 2 (Author 2)

1SK BUKIT GARAM 2 KINABATANGAN, SABAH
2SK KAMPUNG SUAN LAMBA KINABATANGAN, SABAH

1Email: [email protected]
2Email: [email protected]

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti penglibatan murid dan faktor murid tidak melibatkan diri dalam
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) Bahasa Arab di daerah Kinabatangan. Selain itu juga, kajian ini
membincangkan penggunaan Modul BASR dalam mempengaruhi penglibatan murid dalam PdPR Bahasa Arab di
daerah Kinabatangan. Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah di Kinabatangan yang melibatkan 30
orang murid. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Strategi kajian ini pula adalah kajian kes.
Manakala teknik kajian ini pula adalah kombinasi data temu bual, pemerhatian dan analisis kandungan dokumen.
Data-data tersebut dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasilnya,
didapati penglibatan murid dalam PdPR Bahasa Arab di daerah Kinabatangan kurang memberangsangkan. Antara
faktor murid tidak melibatkan diri dalam PdPR Bahasa Arab di daerah Kinabatangan adalah disebabkan capaian
jaringan internet yang terhad, kekurangan gajet sebagai medium pembelajaran dan kurangnya motivasi diri. Namun
setelah Modul BASR digunakan didapati penglibatan murid menunjukkan peningkatan yang positif. Justeru, Modul
BASR ini memberi sumbangan kepada peningkatan penglibatan murid dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Kata Kunci: (Penglibatan Murid, PdPR, Modul BASR)

53

TEACHERS PERCEPTION ON ONLINE TEACHING DURING PDPR
Mohd Naqiuddin Bin Abd Latif 1
Siti Hasmah Bt Mustapha 2

1Sekolah Kebangsaan Chengal Lempong, 26100 Kuantan, Pahang
2Sekolah Kebangsaan Balok, 26100 Kuantan, Pahang
[email protected]:
[email protected]

Abstrak/abstract

The purpose of this research is to observe teachers perception on online teaching during PdPR for knowledge,
readiness, and skills aspects from teachers perspective. This research uses quantitative approach with observation
method to study teachers perception on online learning and the online learning effectiveness. By using random
sampling method, researcher selected 136 respondents as research sample and uses survey as the research instru-
ment. The Cronbach Alpha Value from the pilot research was 0.789 that shows the items have high trustworthi-
ness and fit to be used in real research. The data collected was then analyzed using statistical package for social
sciences(SPSS) software with reference to descriptive statistic analysis and inferential. The results indicated teach-
ers perception for knowledge and skills aspects were at high level. Whereas teachers perception for readiness as-
pect was at medium level. The research result also showed that teachers perception on online learning effectiveness
was at high level. For demography aspect, there were no significant difference on teachers perception for
knowledge, readiness and skills on technology in online learning effectiveness based on gender. Apart from that,
there was significant difference between teachers perception on online learning effectiveness based on gender.
Whereas Pearson Correlation analysis found that there was a significant relation between teachers perception on
online learning effectiveness. Therefore, to elevate the online learning effectiveness, related parties need to play
important roles in elevating teachers ability for teachers knowledge, readiness and skills aspects.
Kata Kunci/ keywords: PDPR, teachers perception , online learning , readiness , teacher’s knowledge

TEKNIK PEMBELAJARAN MNEMONIK DALAM BIDANG TAMADUN ISLAM TINGKATAN 5.

Mohd Nizam bin Tahir

Abstrak

Bidang Tamadun Islam merupakan salah satu bidang wajib yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum
Pendidikan Islam (DSKP) yang perlu dikuasai oleh setiap murid di menengah rendah hingga menengah atas. Bagi
murid menengah atas, mereka perlu menguasai empat tamadun Islam iaitu Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin, Kerajaan
Umaiyah, Kerajaan Abbasiyah dan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Penggunaan teknik pembelajaran mnemonik
diharapkan dapat membantu murid menguasai bidang ini yang kebiasaannya tidak menjadi kegemaran murid di
peringkat sekolah. Hasil pemerhatian dan pertanyaan secara rawak terhadap murid, menunjukkan bahawa rata-rata
murid sukaruntuk memahami bidang ini dengan baik kemungkinan disebabkan murid tidak dapat menguasai fakta
yang terkandung dalam topik. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, mnemonik merupakan satu teknik
ataupun kaedah untuk membantu murid menyimpan maklumat atau informasi yang telah dipelajari di dalam bilik
darjah dengan lebih berkesan. Kaedah ini merupakan satu proses intelektual yang dapat membantu murid
mengingati sesuatu perkara ataupun fakta dengan lebih cepat dan mudah.Ini secara tidak langsung dapat membantu
mengurangkan tekanan minda kepada murid disamping membantu mereka meluaskan skop daya ingatan dengan
kadar yang lebih maksimum. Metodologi kajian ini secara keseluruhannya merupakan satu kajian kepustakaan
yang bersifat kualitatif dan teoretikal dengan menggunakan gabungan beberapa kaedah kajian seperti kaedah
pendokumenan dan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian ini mendapati kaedah ini sebenarnya boleh membantu
murid- murid dalam pelbagai peringkat usia sama ada peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah
mahupun di peringkat pengajian tinggi untuk mengingati sesuatu fakta mahupun maklumat dengan lebih cepat dan
pantas.

Kata kunci : Tamadun Islam, mnemonik, fakta, pengajaran dan pembelajaran, daya ingatan.

54

MENINGKATKAN POTENSI DAN KEUPAYAAN MURID DALAM PENGUASAAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) BAGI MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH TAHUN 5
Mohamad Fadzil bin Awang
Sekolah Kebangsaan Skim Kokos, Kunak Sabah

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kritis dan kreatif dalam membuat
penaakulan serta refleksi kandungan pembelajaran bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan
keupayaan mencipta sesuatu idea baharu menjadi pengamalan nilai dalam kehidupan harian kalangan murid tahun
5 khusus mata pelajaran Pendidikan Islam. Isu utama ialah segelintir murid tidak berupaya dan menguasai
kemahiran berfikir aras tinggi dalam menjawab soalan. Kajian ini melibatkan seorang pengkaji yang juga guru
Pendidikan Islam serta 15 orang murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Skim Kokos, Kunak sebagai responden.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan buku latihan murid, soalan KBAT lisan, soal selidik, temubual
dan analisis kandungan teks. Hasil tinjauan menunjukkan murid terlalu bergantung sepenuhnya terhadap rujukan
buku teks Pendidikan Islam tahun 5 dalam menjawab soalan-soalan KBAT tanpa berupaya menjana idea kritis dan
kreatif sesuatu yangbaharu. Perancangan tindakan difokuskan kepada bentuk soalan KBAT dengan berkonsepkan
peta pemikiran i-THINK dengan menggunakan Modul KERiS+ PendidikanIslam tahun 5.

55

PENGGUNAAN PAK HAMZAH BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN JAWI DALAM
MENENTUKAN KEDUDUKAN HURUFHAMZAH
Muhammad Hafiz Jaza
Sekolah Kebangsaan Mostyn, Kunak
[email protected]
ABSTRAK

Kajian tindakan merupakan satu penyelidikan ringkas yang diperkenalkan di peringkat sekolah. Tujuan ia
dijalankan adalah untuk memastikan profesionalisme dalam kalangan guru dapat dibentuk ketika penyelidikan
dijalankan. Melalui kajian Tindakan, ia dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara
professional. Sesuatu isu atau permasalahan juga dapat diselesaikan melaui kajian tindakan ini, seterusnya ia dapat
membuat perubahan serta penambahbaikan ketika melaksanakan pdpc. Kajian ini adalah satu medium untuk
berkongsi maklumat dan memperkembangkan idea dalam mata pelajaran pendidikan islam bidang jawi,
Kebanyakan murid boleh membaca jawi tetapi tetapi kurang mahir dalam penulisan jawi khususnya apabila
melibatkan kedudukan hamzah.Kajian peringkat awal telah dilaksanakan melalui proses semakan kerja murid,
Pemerhatian, soal selidik dan Ujian Pra. Masalah yang dihadapi oleh murid 4 Arif adalah keliru ketika menentukan
kedudukan huruf hamzah. Penggunaan Pak Hamzah iaitu permainan interaktif jawi dapat meningkatkan kemahiran
murid dalam menentukan kedudukan hamzah seterusnya menarik minat murid yang lemah jawi untuk mempelajari
tulisan jawi. Keputusan ujian pra dan pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid seterusnya menggunakan
permainan interaktif jawi seperti pak hamzah dapat menarik minat murid dalam mempelajari tulisan jawi. Murid
lebih berminat menggunakan kaedah ini kerana ia lebih menyeronokan
Kata kunci : Kajian Tindakan, Guru, Meningkatkan , Jawi, Pdpc

KAEDAH INKEMD: MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA ARAB
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5

Muhammad Mustaqim bin Azman1

Sekolah Kebangsaan Pangi, Kunak Sabah1
[email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid yang berasa susah untuk belajar Bahasa Arab,
cepat bosan dan mudah hilang tumpuan. Fokus utama kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran mendengar
bagi mata pelajaran Bahasa Arab selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Bahasa Arab dalam
kalangan murid tahun lima dan menambahbaik amalan pengajaran dan pemudahcaraan guru Bahasa Arab di dalam
bilik darjah melalui kaedah pengajaran yang berkesan. Teknik “INKEMD” telah digunakan dalam kajian ini yang
menekankan penggunaan bahan digital untuk mencapai objektif kajian. Seramai 6 orang peserta kajian dipilih
berdasarkan ujian diagnostik. Model kajian Kemmis dan Mc Targgart (1988) turut dijadikan panduan. Kaedah
pengumpulan data yang digunakan ialah ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temubual. Dapatan kajian
menunjukkan penguasaan murid terhadap kemahiran mendengar meningkat daripada 20.0 kepada 98.6.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan tingkah laku positif oleh peserta kajian turut menjadi bahan sokongan.
Hasil temubual pula membuktikan apabila guru menggalakkan teknik “INKEMD” untuk meningkatkan minat
belajar dalam Bahasa Arab sekali gus melibatkan diri mereka secara aktif ketika PdPc berlangsung. Konklusinya,
teknik “INKEMD” berkesan meningkatkan kemahiran mendengar Bahasa Arab dan menambahbaik amalan
pedagogi guru Bahasa Arab.
Kata kunci: kemahiran mendengar, INKEMD, Bahasa Arab, amalan pedagogi

56

TWIT (TASMIK WITH TEAMMATE) MEMBANTU PELAJAR MURAJAAH,
HAFAZAN BARU DAN HAFAZAN SEDIA ADA DI DALAM MATAPELAJARAN

HIFZ AL-QURAN HALAQAH 10 TINGKATAN 4

Nik Abdul Hakeem Bin Nik Azhar
SMKA Kota Kinabalu,Jalan Sekolah Agama,

88300 Kota Kinabalu, SABAH
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk membantu fokus dan mendapatkan perhatian pelajar yang Berada di dalam PDPR
atas talian bagi matapelajaran Hifz Al-Quran. Kajian ini melibatkanpelajar Halaqah 10 Tingkatan 4 iaitu seramai 12
orang sahaja. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemantauan rekod kehadiran dan pencapaian pelajar sepanjang
pelajar berada disekolah tersebut. Tinjauan lebih terperinci dilaksanakan semasa PDPR ketika PerintahKawalan
Pergerakan (PKP) sedang berlangsung. Berdasarkan tinjauan dan temubual yang dilaksanakan, pengkaji telah
mengenalpasti beberapa isu pelajar antaranya pelajar sentiasa hilang tumpuan dan seringkali terpalit dengan isu
masalah kehadiran di dalammatapelajaran Hifz Al-Quran. Hal ini juga dilihat semakin parah apabila pelajar yang
kerap kali tidak menghadirkan diri semasa PDPR berlangsung turut mengalami kemerosotan bagi penilaian
peperiksaan Formatif 1. Pengkaji telah menggunakan kaedah TWIT(TASMIK WITH TEAMMATE). Kaedah
ini membantu pelajar mendapatkan visual serta gambaran bagi memudahkan untuk mereka menghafal mukasurat
yang baru, mengukangi hafazan lama dan memperkukuhkan hafazan sedia ada. Tuntasnya, penggunaan TWIT ini
sangat membantu fokus para pelajar bagi meningkatkan kemampuan pelajar untukmenghafal Al-Quran khususnya
pada musim pandemik Covid-19 ini.
Kata kunci : TWIT, PDPR, Hifz Al-Quran, pelajar, kurang fokus

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF ‫ظ ط ض ص‬DENGAN MENGGUNAKAN
TEKNIK PENULISAN MEKANIS BERBANTUKAN VIDEO (TUMEVI) DALAM KALANGAN

MURID SEKOLAH RENDAH

Mohd Nazirul Mubin Bin Mohd Alias
Sekolah Kebangsaan Permai, Lahad Datu.Sabah.

1Email: [email protected]

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf ‫ظ ط ض ص‬denganbetul dan
kemas serta meningkatkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran penulisan huruf ‫ظ ط ض ص‬dalam
kalangan murid. Kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ialah teknik penulisan mekanis
berbantukan video (TUMEVI) . Kajian ini melibatkan seramai 17 orang responden iaitu 11 orang responden
perempuan dan 6 orang responden lelaki. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Lahad
Datu ,Sabah. Model kemmis dan McTarggart (1988) digunakan dalam kajianini. Kajian ini dijalankan berdasarkan
empat proses yang terdapat dalam model iaitu refleksi, merancang, bertindak dan memerhati. Kajian ini
menggunakan tiga instrumen iaitu ujian pra dan pasca, semakan hasil kerja murid dan soal selidik.Dapatan kajian
menunjukkan pencapaian responden meningkat melalui perbandingan skor min ujian pra dan pasca dari aspek
penulisan yang betul dan kemas. Responden juga menunjukkan peningkatan dari aspek penulisan huruf ‫ظ ط ض‬
‫ص‬yang betul dan kemas melalui perbandingan analisis semakan hasil kerja murid pra dan pasca. Manakala minat
responden juga meningkat melalui analisis data soal selidik pra dan pasca. Kesimpulannya, kajian ini telah
mencapai objektif dan membuktikan teknik penulisan mekanis berbantukan video (TUMEVI) berkesan untuk
meningkatkan kemahiran menulis huruf ‫ظ ط ض ص‬dengan cara yang betul , meningkatkan tahap kekemasan tulisan
huruf ‫ظ ط ض ص‬dan minat responden untuk mengikut pengajaran penulisan huruf .‫ظ ط ض ص‬
Kata Kunci/ keywords: Kemahir an menulis , Tulisan Mekanis ,Video , kekemasan tulisan, Teknik Menulis

57

PENEROKAAN KAEDAH PDPR PENDIDIKAN ISLAM DALAM
KALANGAN GPI DI SEKOLAH PEDALAMAN SARAWAK

Noorfarahin binti Bali1
Hafizhah binti Zulkifli 2
1SK Nanga Merurun, Julau, Malaysia
2Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
1Email: [email protected]
2Email: [email protected]

Abstrak
Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah dilaksanakan apabila sekolah- sekolah mula ditutup bagi
mengekang penularan Covid-19. Pelaksanaan PdPR adalah merangkumi semua mata pelajaran termasuk
Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam (GPI) di kawasan pedalaman mengalami kesukaran untuk melaksanakan
PdPR secara sepenuhnya kerana kurangnya kemudahan seperti capaian internet. Kajian ini bertujuan untuk
meneroka kaedah yang digunakan oleh GPI dalam dalam melaksanakan PdPR di sekolah pedalaman di Julau,
Sarawak. Kajian ini turut dijalankan bagi mengetahui masalah dan cabaran yang dihadapi olehGuru Pendidikan Islam
tersebut sepanjang melaksanakan PdPR Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif reka
bentuk kajian kes. Instrumen kajian yang digunakan ialah protokol temu bual. Peserta kajian yang dipilih pula
merupakan GPI yang telah berkhidmat melebihi setahun di sekolah Pedalaman 1 (P1), Pedalaman 2 (P2) dan
Pedalaman 3 (P3). Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat empat tema yang diperoleh hasil daripada temubual
iaitu kesediaan guru, pengajaran tidak segerak, perkhidmatan komuniti dan peningkatan kemudahan. Implikasi
kajian ini dapat memberi manfaat kepada guru terutamanya di kawasan pedalaman berkaitan kaedah PdPR yang
boleh digunakan bagi memastikan tiada murid tercicir. Selain itu, kajian ini juga dapat memberi gambaran kepada
pihak luar berkaitan pelaksanaan PdPR di kawasan pedalaman yang tidak memiliki kemudahan asas yang
mencukupi.
Kata Kunci: PdPR, Pendidikan Islam, guru Pendidikan Islam, sekolah pedalaman, pengajaransegerak

58

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL (PRAKTIKUM)
SECARA DALAM TALIAN: SATU ANALISIS KUALITATIF
Noraini binti Omar (PhD)1 (Author 1)
Nurul Ayunni binti Hamdi 2 (Author 2)

1IPG Kampus Tun Abdul Razak (Jabatan Kecemerlangan Akademik, Sarawak)
[email protected]

Abstrak /abstract : Sejajar dengan visi IPGM sebagai pener aju kecemer langan pendidikan guru, IPG diberi
tanggungjawab untuk melatih guru agar kompeten bukan sahaja dari aspek kandungan mata pelajaran
pengkhususan malah kompeten dari aspek pedagogi. Hasrat ini diterjemahkan melalui kursus PRKA2045
Praktikum Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Namun sebagaimana maklum, penularan
pandemik Covid-19 telah mencetus satu fenoma dan musibah yang telah menjejaskan sistem penyampaian
pendidikan dan latihan perguruan. Pelaksanaan latihan mengajar atau praktikum di IPG yang dijlalankan secara
dalam talian merupakan satu norma baharu yang perlu diadaptasi oleh guru pelatih. Mereka bukan sahaja terjejas
daripada aspek pemerolehan ilmu dan bimbingan bersemuka daripada pensyarah malah dalam masa yang sama
mereka hanya mendapat bimbingan dan penyeliaan secara dalam talian. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk
meneroka dan menganalisis isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih ketika melaksanakan praktikum secara
dalam talian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, reka bentuk kajian kes dan melibatkan lima orang
pelajar Program Diploma Pascsiswazah Pendidikan (PDPP) yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Data
dikumpul daripada analisis kandungan jurnal mingguan pelajar dan temu bual berstruktur. Dapatan kajian
menunjukkan antara isu yang dihadapi adalahmasalah pelibatan murid, capaian internet, tingkah laku keaktifan dan
kawalan kelas. Manakala bagi cabaran pula, terdapat dua tema utama iaitu cabaran luaran dan cabaran dalaman
guru. Adalah diharapkan kajian ini dijadikan sebagai rujukan awal oleh pihak pemegang taruh dalammerangka dan
merancang program yang boleh membantu dalam memperkasakan lagi pelaksanaan praktikum secara dalam talian
agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Kata Kunci/ keywords: pengajaran dan pembelajaran, bimbingan, pembelajaran dalam talian,latihan mengajar.

TAHAP PENERIMAAN GOOGLE JAMBOARD SEBAGAI ALAT
DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN LAHAD DATU

ABSTRAK
Penguasaan kandungan ilmu sesuatu mata pelajaran amat berkait rapat dengan amalan pengajaran guru iaitu
kaedah ataupun alternatif seorang guru dalam menyampaikan pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar yang
dilaksanakan mengikut kreativiti sendiri berdasarkan kaedah-kaedah pengajaran yang tertentu. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan penggunaan Google Jamboard untuk pelajaran Jawi Subjek
Pendidikan Islam Sekolah Pekan Lahad datu dan melibatkan perlajar tahap 2 tahun Enam. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif melalui tinjauan menggunakan soal selidik. Seramai 100 responden yang merupakan pelajar
dari kelas yang berbeza. Data soal selidik dianalisis melalui perisian SPSS Versi 25. Kajian ini turut memfokuskan
kepada empat aspek penerimaan Google Jamboard sebagai alat digital iaitu keseronokan, tanggapan kebergunaan,
tanggapan mudah guna dan sikap pelajar. Sementara itu, temu bual seramai 6 responden juga adalah sesuai dan
menyokong dapatan kajian kuantitatif. Responden menunjukkan positif terhadap penerimaan Google Jamboard.
Kesimpulannya, penggunaan Google Jamboard dalam pembelajaran menunjukkan tindak balas positif dan diterima
oleh pelajar. Oleh itu, Google Jamboard sesuai sebagai alat digital untuk memperkayakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran.
Kata Kunci : Jawi, Google Jamboard, amalan pengajaran Pendidikan Islam

59

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA KALIMAH ARAB
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN

KAD “BAKAAR TRAFFIC LIGHT” MELALUI PENDEKATAN ITQAN QIRAAH

NOR SHELAWATI BT AWANG @ SAYUTI
Guru Bahasa Arab SK LAHAD DATU II
[email protected]

ABSTRAK

Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah sudah tidak asing lagi pada masa kini. Inimemberi petunjuk bahawa
Bahasa arab akan diberi status yang istimewa dalam sistem Pendidikan Di Malaysia. Walaubagaimanapun
mempelajari bahasa asing atau bahasa kedua ini amatlah sukar pada hakikat bagi sesetengah orang murid. Oleh
yang demikian kajian ini bertujuan bagi membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran membaca
kalimah arab. Sampel kajian melibatkan seramai 8 orang murid yang terdiri dari 3 lelaki dan 5 perempuan. Kajian
ini berfokuskan kepada kemahiran membaca kalimah arab dalam kalangan murid tahun 5. Tinjauan awal telah
dibuat semasa Pembelajaran dan Pengajaran di rumah (PdPR) pada awal tahun Hasil pemerhatian yang dijalankan,
murid tidak dapat membaca huruf bersambung, pasif dan kurang minat terhadap pengajaran yang diajar semasa
PdPR secara online dan offline. Oleh yang demikian saya mengambil keputusan membuat bimbingan secara
berfokus kepada murid kajian, dihujung minggu. Saya bertindak memberikan latihan pengukuhan daripada buku
teks serta modul PdPR. Namun, situasi ini juga tidak membantu meningkatkan kemahiran membaca hasil daripada
maklum balas PdPR secara gabungan. Atas kesedaran ini, satu intervensi Kad “BAKAAR Traffic Light” telah
dibangunkan bagi tujuan untuk membantu murid dalam kemahiran membaca kalimah arab. Hasil dapatan
menunjukkan bahawa kemahiran membaca semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid
tersebut lebih mula bersikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran membaca
kalimah arab dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi
mencapai keputusan Tahap Penguasaan (TP) yang cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Kata kunci:Kad Bakar ,Kalimah Arab, PBD,Kemahiran membaca,PdPR.

INTEGRATING PSYCHOLOGY IN ISLAMIC EDUCATION IN THECOVID-19 ERA

Noor Hassline Mohamed 1
Mohd Dahlan A.Malek 2
Wan Anor Wan Sulaiman 1
1Faculty of Psychology & Education/ Universiti Malaysia Sabah, Malaysia.
2Faculty of Islamic Studies/Universiti Malaysia Sabah, Malaysia.
1Email:[email protected]
2Email: [email protected]
1Email:[email protected]

Abstract
As many countries in the world have been struggling to tame a surge in daily COVID-19 cases which have been
affected mental health, many thinkers in religions and cultures have paid considerable attention to human psycho-
logical health and disorder. Furthermore, Islamic education is playing an important role in educating the child with
the right knowledge of Islam. The Qur’an can be used as a guide to lead people to a meaningful quality of life.
Therefore, a proper solution for treating human psychological disorders with reference to Islamic teachings is criti-
cally needed. The aim of this article is to discuss the importance of psychology to be integrated in Islamic educa-
tion as one of the syllabuses at schools. As the psychology is used in everyday practices, this will be one of the
significant initiatives to educate our young children and generation regarding good mental health and emotional
wellbeing to fight psychological disorder and to achieve psychological health. According to Islamic teachings,
there are many conditions and phenomena that are recognised as some sort of psychological disorder and health.
Providing psychology in Islamic education allows the right and proper knowledge of mental health and treatment to
be taught to our young children and generation.
Keywords: Islamic; Psychology; Education; Mental health.

60

HUBUNGAN METAKOGNISI DENGAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN ISLAM
PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANTAI BARAT UTARA

SABAH.

Norashah Binti Kamarudin
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti aras Metakognisi dan tahap pencapaian pelajar- pelajar Tingkatan Empat yang
mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam di Pantai Barat Utara Sabah. Ia juga mengkaji hubungan metakognisi
pelajar yang terdiri daripada lapan dimensi iaitu pengetahuan deklaratif, pengetahuan prosedur, pengetahuan
kondisional, perancangan, pemantauan, penilaian, strategi “debugging” dan strategi pengurusan maklumat dengan
pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Data dikutip
dengan menggunakan instrumen yang diadaptasi daripada "Metacognitive Awareness Inventori" (MAI). Kajian
melibatkan 280 orang pelajar di beberapa buah daerah Pantai Barat Utara Sabah. Bagi menentukan tahap
metakognisi dan hubungannya dengan pencapaian pelajar data-data yang dikutip dianalisis dengan menggunakan
statistik deskriptif iaitu menghuraikan ciri- ciri responden berdasarkan kekerapan serta peratus dan statistik
inferensi iaitu Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan metakognisi pelajar dalam lapan dimensi yang dikaji
adalah tinggi. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yangsignifikan antara lapan dimensi
dalam metakognisi dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Berdasarkan dapatan kajian
ini, implikasi dan cadangankajian lanjutan turut dibincangkan.
Kata kunci : Metakognisi, Pencapaian Akademik Pendidikan Islam.

HUBUNGAN ANTARA GAYA PEMBELAJARAN DENGAN MOTIVASI DALAM SITUASI PANDEMIK
COVID-19 MURID SEKOLAH RENDAH KAWASAN PEDALAMAN

Nurbaiti Abdul Jamal1
Ruslin Bin Amir2

1Fakulti Pendidikan Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
2Universiti Kebangsaan Malaysia
1Email: [email protected]
2Email:[email protected]

Abstrak

Usaha bagi meningkatkan penglibatan murid sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) bagi
menangani isu murid hilang motivasi belajar sepanjang pandemik COVID -19 perlu diberi tumpuan. Perkaitan
antara gaya pembelajaran dan motivasi merupakan aspek yangperlu dikaji dengan lebih mendalam bagi memastikan
mutu gaya pembelajaran murid ditingkatkan dengan penerapan elemen-elemen motivasi. Tinjauan literatur
menunjukkan kepentingan pengetahuan tentang gaya pembelajaran dan juga tahap motivasi murid dalam proses
pembelajaran. Bagaimanapun, belum banyak kajian dijalankan yang menyepadukan kedua-dua faktor tersebut
sepanjang PdPR dijalankan.Penyusunan aktiviti dan penyediaan bahan pembelajaran yang sesuai hendaklah
berdasarkan gaya pembelajaran murid (visual, audio atau kinestetik) agar dapat memberi impak yang lebih tinggi
terhadap tahap penguasaan murid menurut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia.Kajian ini dijalankan untuk
memeriksa hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap motivasi dalam kalangan murid sekolah rendah.
Sampel seramai 35 orang murid Tahun 6 daripada tiga buah sekolah rendah SKM Pedalaman Zon Gadong
Beaufort, Sabah. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik dan data dianalisis secara statistik
inferensi kolerasi Pearson dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi
26.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan gaya pembelajaran mempunyai hubungan langsung positif
yang signifikan ke atas tahap motivasi murid. Hasil kajian ini mencadangkan kajian akan datang dan program
intervensi yang bertujuan membantu meningkatkan penglibatan murid sepanjang PdPR dijalankan mengambil kira
kedua-dua faktor tersebut.
Kata kunci: gaya pembelajaran, motivasi,pandemik COVID-19.

61

KESAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP ADAB MURID MENURUT
PERSPEKTIF GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM DI MELAKA

Nur Aisyah Abdul Razak1
Hafizhah binti Zulkifli 2
1SRA JAIM Ayer Merbau Jasin, Malaysia
2Universiti Kebangsaan Malayia, Bangi, Malaysia
Email: [email protected]
Email: [email protected]

Abstrak
Semua Sekolah Rendah Agama JAIM di negeri Melaka juga tidak terkecuali melaksanakan kaedah pembelajaran
atas talian dalam memastikan setiap murid tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika berdepan dengan krisis wabak
Covid-19. Walaubagaimanapun, pelbagai isu yang timbul berkaitan dengan adab murid ketika sesi pembelajaran
berlangsung. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka kesan pembelajaran atas talian terhadap
adabmurid menurut perspektif guru-guru Sekolah Rendah Agama JAIM di Melaka. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah temu bual secara atas talian terhadap guru-guru Sekolah Rendah Agama JAIM di Melaka.
Hasil kajian didapati melalui analisis dokumen sebelum dan selepas intervensi dijalankan dan disokong oleh data
temu bual. Data dianalisis secara kualitatif untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian daripada temu bual
menunjukkan terdapat empat tema iaitu pertamanya pengajaran segerak, kedua masalah teknikal, ketiga persiapan
rapi dan keempat penerapan akhlak yang mulia. Implikasi kajian ini memberikan kesan terhadap kepelbagaian
kaedah pengajaran guru dalam melaksanakan pembelajaran atas talian dan kesediaan murid dan ibu bapa dalam
menjayakan sesi pembelajaran atas talian serta memberikan impak yang positif dan bermanfaat terhadap muriddan
guru.
Kata kunci: Kesan pembelajaran atas talian, wabak Covid-19, adab murid

PERUBAHAN PRESTASI MURID DALAM MATAPELAJARAN BAHASA ARAB
TAJUK NOMBOR DAN BILANGAN MELALUI PENGGUNAAN MODUL SaW aPu

Nurfazhillah binti Hj Sabit
SK Kimanis Papar Sabah

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
[email protected]

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) Modul SaWaPu bagi
meningkatkan pencapaian murid. Kajian ini telah dijalankan di SK Kimanis, Papar. Reka bentuk kajian kuasi
eksperimen ini telah dilaksanakan terhadap 53 orang sampel murid Tahun 4. Seramai 26 orang murid telah dipilih
mewakili kumpulan rawatan manakala 27 orang murid lagi mewakilikumpulan kawalan. Semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran, murid dalam kumpulan rawatan telah diberikan rawatan menggunakan BBM Modul SaWaPu
manakala murid dalam kumpulan kawalan menggunakan BBM konvensional iaitu kad imbasan. Data telah
dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca dan dianalisis dengan menggunakan ujian t dua kumpulan sampel
bersandar dan ujian t duakumpulan sampel tidak bersandar. Ujian t dua kumpulan bersandar telah digunakan untuk
membandingkan pencapaian kumpulan rawatan bagi ujian pra dan ujian pasca dengan min markah praujian ialah 37
peratus sementara min markah pascaujian pula ialah 95 peratus. Ujian t dua kumpulan bersandar juga digunakan
untuk membandingkan pencapaian kumpulan kawalan bagi Praujian dan pascaujian dengan min markah praujian
ialah 36 peratus sementara min markah pascaujian pula ialah 48 peratus. Kedua-dua data ini adalah signifikan
dengan nilai p < 0.000. Ujian t dua kumpulan tidak bersandar telah digunakan untuk membandingkan pencapaian
pascaujian bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dengan perbezaan min kumpulan rawatan ialah 95
peratus dan min kumpulan kawalan ialah 48 peratus. Perbezaan ini adalah signifikan dengan nilai p < 0.000. Hasil
kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan BBM Modul SaWaPu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
telah menyumbang kepada peningkatan pada pencapaian murid dalam topik Nombor dan Bilangan bagimatapelajaran
Bahasa Arab.
Kata kunci: Modul SaWaPu, Nombor dan Bilangan, Bahasa arab.

62

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) DALAM
BIDANG TILAWAH AL-QURAN

1Nurul Hamimi binti Awang Japilan
2Jahidih Saili

1SMK Pekan Telipok, 89209 Tuaran. Sabah
[email protected]

2 Universiti Teknologi MARA (Uitm) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu
[email protected]

ABSTRAK
Al-Quran merupakan panduan dan cara hidup orang Islam. Oleh itu ilmu ini perlu diajar secara efektifsupaya dapat
dihayati dan diamalkan dengan tuntas dalam kehidupan seharian. Pandemik COVID-19menjejaskan keberkesanan
PdP tilawah al-Quran kerana kurangnya kaedah PdP secara dalam talianbagi bidang pelajaran ini. Akibatnya murid
tidak dapat menguasai isi tilawah al-Quran dengan baik dan tidak bersedia apabila diadakan penilaian. Oleh itu,
kajian ini mencadangkan penggunaan inovasi TecPATH sebagai pelantar PdPR tilawah al-Quran. Inovasi ini
menekankan pendekatan pengajaran secara M-Learning yang sesuai dengan latar belakang pelajar yang biasa
menggunakan telefon pintar dalam kehidupan seharian. Aplikasi inovasi TecPATH menjadikan PdPR tilawah al-
Quran dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan sistematik. Sebagai kesimpulan, PdPR menggunakan inovasi
TecPATH wajar diaplikasikan oleh guru-guru pendidikan Islam sebagai alternatif PdPR tilawah al- Quran untuk
menghasilkan pengajaran efektif seterusnya menghasilkan murid yang mempunyai bacaan dan penghayatan al-
Quran yang baik.
Kata kunci: Pengajar an dan Pembelajar an Di Rumah, Tilawah al-Quran, Inovasi Pendidikan Islam, Teknologi
Pendidikan Islam

KIT B - KAWA :
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYUSUN AYAT BAHASA
ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 MALIKI

Nurul Ashilah Binti Roslan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN AHMADSHAH, KOTA KINABALU, SABAH

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan kerana sebagai guru dan pemudahcara, saya perlu mengamalkan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai bagi membantu pelajar menguasai kemahiran menulis ayat dalam mata pelajaran Bahasa
Arab. Melalui tinjauan awal, saya mendapati terdapat pelajar tingkatan 2Maliki yang masih tidak dapat menyusun
ayat dengan betul. Kelemahan ini amat membimbangkan kerana soalan menyusun ayat adalah soalan yang kerap
ditanya dalam kertas peperiksaan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui Ujian Formatif April 2021 untuk
mengenalpasti pelajar yang belum mahir menyusun ayat. Berdasarkan analisis Ujian Formatif, saya dapati bahawa
6 orang daripada 29 pelajar yang mengambil ujian ini belum mahir dengan penyusunan ayat. Demi memenuhi
tuntutan Pembelajaran PAK 21, saya sedar bahawa pembelajaran yang melibatkan penglibatan pelajar yang aktif
adalah lebih bermakna dan berkesan. Oleh yang demikian, saya telah menggunakan ‘Kit B- Kawa’ untuk
membantu pelajar mengatasi masalah ini. ‘B-Kawa’ ialah akronim kepada Bitokoh Al- Kawalib yang bermaksud
‘Kad Templat’. Kajian ini melibatkan seorang guru dan seramai 6 orang pelajar yang secara individu akan
menggunakan ‘Kit B-Kawa’ ini selama 30 minit sepanjang PdPR. Dalam tempoh 1 minggu, pelajar berkenaan juga
dibekalkan 4 soalan untuk dijawab menggunakan ‘Kit B-Kawa’. Keputusan ujian pos telah menunjukkan
peningkatan prestasi pelajar. Pelajar lebih seronok untuk mempelajari teknik menyusun ayat Bahasa Arab kerana ia
mudah untuk difahami dan diaplikasikan.

63

PEMBENTUKAN KATA KERJA PADA SURAH AT-TIIN DAN
SURAH AL-QADR DAN KESANNYA PADA MAKNA
Raihan Asyura binti Asran

SK KAMPUNG SUAN LAMBA KINABATANGAN, SABAH
Email: [email protected]
Abstrak:

Kajian ini merupakan kajian mengenai ilmu sarf iaitu dengan memberi fokus kepada perbahasan mengenai
pembentukan kata kerja pada surah at-Tiin dan surah al-Qadr. Kajian ini dijalankan bertujuan menganalisis
pembentukan kata kerja dan kesan pada maknanya menurut bahasa dan pandangan mufassir. Kemudian, dijelaskan
hubungan antara pembentukan kata kerja dengan kandungan ayat. Dalam usaha mencapai tujuantersebut, kajian ini
telah menggunakan metode kualitatif meliputi kajian perpustakaan, analisis kandungan dan dokumentasi serta
sumber-sumber yang berautoriti bagi menerbitkan kefahaman pembentukan kata kerja dan makna kata kerja pada
surah at-Tiin dan surah al-Qadr. Data-data tersebut dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan metode
induktif dan deduktif. Hasilnya, kajian ini menemukan dua perkara besar iaitu pembentukan kata kerja berdasarkan
aspek jumlah huruf dan pembentukan kata kerja berdasarkan aspek masa. Pembentukan kata kerja berdasarkanaspek
jumlah huruf iaitu pada kedudukan fi’il thulathi mujarrad dan fi’il thulathi mazid. Manakala pembentukan kata
kerja pada aspek masa terbahagi kepada dua iaitu fi’il madhi dan fi’il mudhori’. Bagi makna kata kerja, ditemui
makna berdasarkan penjelasan daripada pembentukan kata dan pandangan mufassir Hamka. Dapatan kajian juga
mendapati terdapat hubungan pembentukan kata kerja dengan isi kandungan ayat. Justeru, hubungan pembentukan
kata kerja dengan pandangan mufassir pada surah at-Tiin dan surah al-Qadr ini memberi sumbangan kepada
pengayaan bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.
Kata Kunci: (Pembentukan, Kata Kerja, Fi’il madhi, Fi’il mudori’)

KAEDAH BEEP-TERIMA-SEMAK (BTS) DALAM MELAKSANAKAN
PDPR PENDIDIKAN ISLAM TAHAP SATU
Nurul Jannah binti Masran1

1Sekolah Kebangsaan Tamu Darat, Kota Belud Sabah
1Email: [email protected]
Abstrak

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) merupakan satu medium yang baik untuk guru
mengaplikasikan Revolusi Industri 4.0 dalam pengajaran. Walau bagaimana pun, isu capaian internet dan peranti
elektronik yang terhad menjadi kekangan kepada guru untuk melaksanakan PdPR dengan berkesan. Oleh itu, kajian
ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan murid dalam PdPR bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah BTS dalam pelaksanaan PdPR
Pendidikan Islam. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah rendah di daerah Kota Belud, Sabah yang
melibatkan 22 orang peserta kajian yang terdiri daripada murid-muridtahap 1. Kajian ini dilakukan secara kualitatif
dengan menggunakan model Kurt Lewin (1946) yang mengemukakan empat langkah iaitu merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek. Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik, manakala
instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data adalah borang senarai semak, lembaran kerja dan
catatan refleksi pengajaran. Sehubungan dengan itu, diharapkan hasil dapatan kajian ini dapat membantu guru
mengurangkan isu murid tercicir ketika PdPR serta mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah BTS dalam
pelaksanaan PdPR Pendidikan Islam. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan para
pengkaji yang lain berdasarkan cadangan penambahbaikan yang dilakukan selepas kajianini dijalankan.
Kata Kunci: Kaedah BTS, Meningkatkan, PdPR, Pendidikan Islam

64

PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM
PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN ENAM TOPI PEMIKIRAN

Rosliza Binti Mohamad1
1Pengajian Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

1Email: [email protected]

Abstrak:
Penggunaan Enam Topi Pemikiran merupakan salah satu teknik pembelajaran abad ke-21 yang sangat berkesan
dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Sistem pendidikan pada alaf ini sangat menuntut komitmen daripada
semua guru dalam usaha melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berdasarkan
kajian-kajian lepas, kompetensi guru berkaitan konsep KBAT sangat mempengaruhi kemanjadian murid.
Kecemerlangan sesuatu mata pelajaran tidak akan dicapai seandainya guru masih mengajar menggunakan kaedah
tradisional dan tidak menekankan aspek kemahiran berfikir pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
tahap pelaksanaan KBAT dalam pedagogi Pendidikan Islam menggunakan teknik Enam Topi Pemikiran dalam
kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk
tinjauan untuk mendapatkan data daripada 30 orang guru Pendidikan Islam dari tiga buah sekolah rendah dalam
daerah Tumpat, Kelantan. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengukur konstruk tahap pengetahuan,
kemahiran dan sikap GPI terhadap pelaksanaan KBAT menggunakan Enam Topi Pemikiran berpandukan lima
skala Likert. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) Statistics versi 26. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan GPI menggunakan Enam Topi
Pemikiran sebagai alat berfikir dalam PdPc berada pada tahap tinggi. Manakala tahap kemahiran dan sikap GPI
dalam menggunakan Enam Topi Pemikiranpula berada pada tahap sederhana tinggi. Implikasi kajian ini terhadap
penggunaan Enam Topi Pemikiran dalam PdPc Pendidikan Islam dapat menarik minat dan meningkatkan prestasi
pelajar.
Kata Kunci: Enam Topi Pemikiran; pembelajaran abad ke-21; pengajaran dan pemudahcaraan;kemahiran berfikir
aras tinggi; pedagogi

HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN HALALAN ṬAYYIBAN
DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN HALAL DALAM KALANGAN

MURID SEKOLAH RENDAH BALING, KEDAH.

1 Zailani binti Yahya @ Zakaria.
2 Mohd Anuar bin Ramli.

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
.Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

1 Email: [email protected]
2 Email: [email protected]

ABSTRAK
Syari’at Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia bertujuan menjaga kemaslahatan sama ada di dunia
dan juga di akhirat. Salah satu cakupannya adalah perihal pengambilan makanan halal. Pengambilan makanan
halalan ṭayyiban merupakan satu tuntutan agama kepada tiap Muslim. Namun begitu, kebiasaannya pengambilan
makanan turut dipengaruhi faktor pengetahuan, budaya, lingkungan dan selera. Sehubungan itu, kajian ini
bertujuan untuk menganalisis hubungan antara pengetahuan halalan ṭayyiban dengan pengambilan makanan halal
dalam kalangan murid sekolah rendah, yang mana mereka berdepan dengan situasi tiada tajuk khusus tentang
pendidikan halal dalamDokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam sekolah rendah.
Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan ke atas sampel kajian iaitu murid tahun lima sekolah rendah di
Daerah Baling, Kedah. Persampelan secara rawak strata berkadaran telah digunakan terhadap 250 responden.
Teknik pengumpulan data pula dilakukan dengan pengedaran soal selidik. Manakala proses analisis data
menggunakan perisian SPSS versi 25. Analisis inferensi berdasarkan kaedah korelasi Pearson dilakukan bagi
mengenal pasti hubungan di antara kedua pemboleh ubah iaitu pengetahuan halalan ṭayyiban dan pengambilan
makanan halal. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara dua
pemboleh ubah dengan nilai (r=4.33, p=0.000) pada aras keertian (p<0.05).
Kata kunci: Pengetahuan, halalan ṭayyiban, pengambilan makanan halal, faktor, pelajar sekolah

65

KEBERKESANAN KAEDAH HAFAZ KEPADA BACA (HAKBA) DALAM
PENGUASAAN ASAS TILAWAH AL-QURAN DI SEKOLAH PEDALAMAN

Rosita Binti Buwathy
Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat,

[email protected]

Abstrak
Kaedah Iqra’ merupakan teknik yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) al- Quran di sekolah-
sekolah Malaysia bagi membolehkan murid mengenal huruf dan membaca al- Quran. Namun, isu kelemahan
penguasaan murid dalam asas tilawah al-Quran masih tidak dapat diselesaikan. Hal ini mendorong kajian kepada
kaedah dan teknik pengajaran al-Quran yang baharu. Pengkaji telah mencipta satu inovasi pengajaran al-Quran iaitu
Kaedah Hafaz kepada Baca (HAkBA) yang memberi penekanan kepada murid Tahun 3 yang belum menguasai asas al
-Quran seperti Huruf Hijaiyyah, bacaan berbaris atas, bawah, hadapan, sukun, sabdu, mad dan tanwin. Hal ini semakin
mencabar apabila perubahan medium PdP yang kini dilaksanakan rentetan daripada pandemik COVID-19. Ini
mengakibatkan kesukaran perlaksanaan pembelajaran Tasmik dalam talian terutama bagi sekolah pedalaman yang
tidak mempunyai akses internet yang baik. Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan Kaedah HAkBA
secara empirikal dalam PdP al-Quran di sekolah pedalaman. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan
kualitatif ke atas 7 orang responden Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Keramat, Kunak, Sabah. Pengkaji
telah mengambil masa selama 4 minggu untuk mendapatkan hasil penguasaan al-Quran menggunakan kaedah
HAkBA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan bacaan asas Al- Quran
bagi 4 minggu. Kaedah HAkBA mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru, teknik ini wajar diketengahkan
sebagai modul alternatif pengajaran al-Quran dalam arus perdana terutama di sekolah pedalaman.
Kata Kunci: Kaedah HAkBA, Asas al-Quran, inovasi

RELEVANSI DAN KEBERKESANAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) MELALUI APLIKASI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA DIGITALBAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB

SEKOLAH RENDAH DI DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Siti Fairuza Binti Asmungi
SK Jenderam Hilir, Jalan Dengkil, 43800 Sepang, Selangor Darul Ehsan

[email protected]
Nidzamuddin Bin Zakaria
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini membincangkan tentang pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran Bahasa Arab
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan keberkesanan pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) secara digital oleh guru-guru Bahasa Arab di daerah Sepang, Selangor khususnya di era pandemik COVID-19.
Masih terdapat isu-isu berbangkit di kalangan guru-guru dalam pelaksanaan dan komitmen mereka terhadap PBD mata
pelajaran tersebut. Fokus kajian ini tertumpu pada cabaran para guru dalam mengaplikasikan PdP secara atas talian
(tidak bersemuka) dengan murid-murid melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR). Objektif utama
kajian ini adalah mengenalpasti kaedah dan cara mudah mengurus dan mengaplikasikan PBD secara optimum
merangkumi enam Tahap Penguasaan (TP) dalam Standard Prestasi (SP) dengan lebih praktikal dan sesuai
berdasarkan penguasaan kemahiran asas Bahasa Arab iaitu; mendengar, bertutur, membaca dan menulismelalui
strategi berfokus dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kajian ini berbentuk kajian perpustakaan
dan lapangan bagi mengukur sejauh manakah strategi ini mampu memberi impak positif kepada guru melalui
pendekatan learning by doing secara efektif dan optimum. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan dan kaedah
bagi penambahbaikan kualitidalam pelaksanaan PBD khasnya Bahasa Arab KSSR. Hasil kajian ini nanti membuktikan
ia relevan dan amat wajar diaplikasikan bagi meningkatkan kualiti PdP Bahasa Arab sekali gus membantu melahirkan
lebih ramai murid yang berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi
baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi
iaitu Tahap Penguasaan6 (TP6).
Kata kunci : Pentaksir an Bilik Dar jah (PBD), Pengajar an dan Pembelajar an di r umah (PdPR), Pembelajaran
Secara Digital, KSSR Bahasa Arab, Tahap Penguasaan (TP).

66

APLIKASI MEDIA SOSIAL DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21 KE ARAH PEMERKASAAN
METODOLOGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
SaifulRizal bin Taasim1
Abstrak

Penggunaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran begitu signifikan pada abad ke-21 lebih- lebih lagi
dalam fasa pandemik yang membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia merupakan suatu
pengalaman pertama yang agak mencabar bagi yang tidak pernah mengajar dalam talian. Sementelahan pula,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-
2025 yang memberi tumpuan pembelajaran abad ke-21 serta berkaitan peranan guru sebagai pemudah cara.
Penggunaan aplikasi media sosial dalam metodologi pengajaran Pendidikan Islam dilihat berupaya untuk
merealisasikan tujuan ini memandangkan metode pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai boleh diterapkan.
Kertas kerja ini bertujuan untuk menyingkap dan mengetengahkan metode pengaplikasian media sosial dalam
pembelajaran abad ke-21khususnya bagi memperkasakan mata pelajaran Pendidikan Islam. Metodologi kajian ini
secara keseluruhannya merupakan satu kajian kepustakaan yang bersifat kualitatif dan teoretikal dengan
menggunakan gabungan beberapa kaedah kajian seperti kaedah pendokumenan dan kaedah analisis dokumen.
Hasil kajian ini mendapati metodologi pengajaran Pendidikan Islam yang digunakan guru mempelbagaikan
penggunaan aplikasi media sosial seperti Youtube, Facebook, Wechat, Instagram, Tiktok, Whatapps, Twitter, Skype
dan sebagainya. Para pendidik khususnya Guru Pendidikan Islam perlu sentiasa bijak membuat anjakan paradigma
agar pengajaran dan pendidikan yang berkesan dilaksanakan dengan lebih terjamin dan terancang. Pengaplikasian
media sosial ini perlu bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran terus berlaku dan pembentukan generasi
berilmu dan berakhlak mulia yang menjadi tujuan pendidikan dapat direalisasikan. Pendidikan merupakan proses
tiada noktah sentiasa berterusan dan berpanjangan sepanjang hidup manusia.
Kata Kunci: Media sosial, Pembelajaran Abad ke-21, Pengajaran Pendidikan Islam

MUDAHNYA NEARPOD
Saidatu Shima Binti Suaib1
1Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, 06900 Yan, Kedah Darul Aman
1Email: [email protected]

Abstrak/abstract
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menjadi lebih mencabar terutama apabila dilaksanakan secara dalam
talian. Hal ini berlaku apabila para pelajar hilang fokus semasa PdP kerana terdapat pelbagai gangguan dan tarikan
lain yang lebih dominan melintasi paparan gajet mereka. Situasi tersebut juga menyukarkan saya untuk
melaksanakan rekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kerana terdapat segelintir pelajar yang tidak aktif dan
bersikap sambil lewa semasa PdP. Saya berasa sangat kecewa apabila sesi PdP bersama pelajar menjadi hambar
dan ada kalanya pelajar tidak respon terhadap soalan yang diajukan membolehkan saya menjalankan kajian
tindakan ini. Tujuan kajian ini adalah untuk menambah baik amalan PdP secara dalam talian saya dengan
menggunakan gabungan aplikasi NEARPOD dan Google Meet. Kedua-dua aplikasi ini bukan sahaja menjadikan
PdP saya lebih menarik malah berjaya mengekalkan pelajar dalam PdP sehingga tamat. Setiap aktiviti yang
terdapat dalam aplikasi Nearpod bukan sahaja menjadikan pelajar lebih proaktif malah laporan aktiviti tersebut
boleh dijadikan evidens PBD setiap pelajar. Gabungan kedua-dua aplikasi ini merupakan kaedah yang sangat
efisien kerana aplikasi Google Meet menjadi medan perhubungan utama bersama pelajar manakala aplikasi
Nearpod digunakan sebagai medium melaksanakan aktiviti. Bagi membuktikan kajian ini, proses pengumpulan
data dijalankan menggunakan beberapa kaedah seperti rakaman video PdP atau Google Meet, gambar, laporan
aktiviti Nearpod, Google Classroom dan telegram. Kajian ini memberi kefahaman kepada saya bahawa untuk
menjadikan sesuatu PdP lebih menarik dan berkesan adalah bermula daripada tindakan seorang guru.
Kesimpulannya, dunia pendidikan era pandemik ternyata sangat berbeza dan ia telah mempengaruhisetiap tindakan
saya terutama untuk menjadikan PdP lebih menarik dan berkesan.
EKSLUSIF, EFISIEN, EVIDENS

67

KAD KBAT HOLISTIK PERKAITAN : MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID DALAM APLIKASI TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT KSSM SPM
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH DENGAN TERATUR DALAM KALANGAN

MURID TINGKATAN 4 SYAFIE

Shaharoom Binti Hashim
SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu, Sabah

Email : [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan murid dalam aplikasi teknik menjawab soalan KBAT subjek
Pendidikan Syariah Islamiah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 4.untuk mendapat markah penuh soalan KBAT
holistic perkaitan. Soalan-soalan KBAT seringkali dianggap sukar oleh murid-murid disebabkan soalan ini
mempunyai stimulus yang mengelirukanpelajar. Seramai 5 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan murid dalam aplikasi Teknik menjawab bagi soalan KBAT
holistic perkaitan. Tinjauan awal terhadap ujian murid mendapati murid tidak mendapat markah maksima iaitu 6
markah dan sering keliru cara penyusunan isi jawapan untuk memperolehi markah penuh. . Stimulus-stimulus yang
diberi dalam soalan KBAT Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 agak mengelirukan murid-murid untuk
merangka isi jawapan menepati kehendak soalan yang betul dan teratur. Untuk mengatasi masalah ini, saya
melaksanakan Kad KBAT HOLISTIK PERKAITAN untuk membantu murid-murid merangka dan menulis
jawapan dengan betul dan teratur. Seterusnya murid dikehendaki menulis jawapan berpandukan kepada kad KBAT
HOLISTIK PERKAITAN. Murid dilihat lebih berminat dan fokus untuk mengaplikasi Teknikjawab kerana ianya
lebih sistematik, mudah faham dan jawapan lebih tersusun. Seterusnya, penguasaan terhadap teknik menjawab
telah dapat ditingkatkan.
Kata Kunci : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) , Holistik , Perkaitan , Stimulus , Kad

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI DENGAN PENGUASAAN BENTUK
HURUF JAWI BERSAMBUNG SEMASA PANDEMIK

Siti Azimah Binti Rupilen
Sekolah Kebangsaan Keronggu Inanam, Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Email: [email protected]

Abstrak

Berdasarkan refleksi kendiri guru, sikap dan tingkah laku 3 orang murid Muslim Tahun 6 SK Keronggu
menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan pembelajaran Jawi. Berdasarkan markah Ujian Mac 2021, 3
orang murid ini tidak dapat membuat padanan huruf yang dan tidak menyambung huruf dengan betul. Punca
masalah yang utama ialah kerana mereka didapati tidak mengenal huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta tidak
mahir menulis bentuk atau wajah huruf bersambung bagi huruf tunggal Jawi. Keadaan Pandemik yang berlaku
sejak bulan Mac 2020 menyebabkan murid tidak dapat mengaplikasikan penulisan Jawi dengan kerap
menyebabkan mereka semakin lupa cara untuk menulis Jawi dengan betul. Maka fokus kajian ini adalah untuk
menangani masalah tersebut dengan menggunakan intervensi latih tubi intensif dengan bantuan Kad Pedoman POD
& Papan POD inovasi daripada Puan Dalilah Desa. Kaedah ini belum pernah digunakan kepada mereka sebelum
ini. Data yang digunakan adalah daripada Ujian Mac 2021 sebagai tinjauan awal. Dapatan kajian ini adalah Ujian
formatif yang menunjukkan peningkatan markah menunjukkan murid telah memahami kemahiran yang
difokuskan.

Kata Kunci/ keywords: (Padanan Huruf Jawi, Kad Pedoman POD, Menulis Jawi)

68

CRITICAL THINKING AND IT’S IMPORTANT IN EDUCATION – A REVIEW

Sohana Abdul Hamid
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

Abstract

This review explained critical thinking skills in education processes and the importance of thinking critically for a
student who attends any education programme. Critical thinking is valued as a higher- order type of reasoning and
a skill transversal to the educational organisms. Developing the ability to think critically is vital component of real,
meaningful teaching and learning. Critical thinking helps us solve problems, make decisions and reach our goals
Developing the ability to think critically is an important element for modern education approaches and models. To
develop the ability of learners, thinking critically is a very important component in the contemporary education
system. This study intends to give a framework on the concept of thinking critically while teaching or learning. The
worldis getting both more technical and more complex day by day life environment, that’s why the necessityfor edu-
cation increases for each growing generation. The skill of thinking critically is generally acceptedas a very vital stage
in every field of learning, particularly in the last decades. As a study draws a generalsuggestion on the importance of
critical thinking skills.

Key Words: Critical Thinking, Thinking, Learning, education programme.

AKTIVITI PERMAINAN ‘FLASHCARD’ MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGINGAT
HURUF MAD: HUKUM NUN MATI DAN TANWIN

Siti Nasuha Binti Singki1
Abdul Fattah bin Hamden²
1Kolej Komuniti Betong, Sarawak, Malaysia
2Politeknik Metro Betong, Sarawak, Malaysia
1Email: [email protected]
2Email: [email protected]

Abstrak
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan tajwid dalam kalangan peserta yang mengikuti
“Kursus Asas Tajwid Bersiri (KATB)” di bawah anjuran Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH).
Pelaksanaan kajian tindakan ini juga adalah bagi mengatasi masalah murid yang tidak dapat mengingat dan
membezakan huruf mad dengan betul apabila bertemu dengan hukum nun mati dan tanwin. Oleh itu, perancangan
tindakan yang difokuskan ialah dengan menggunakan satu transformasi kaedah pengajaran bagi kelas tajwid yang
dicadangkan. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuasi eksperimen yang terdiri daripada 2 kumpulan iaitu
kumpulan eksperimen dan kumpulankawalan. Kumpulan eksperimen terdiri daripada 15 orang peserta kursus PISH
menerusi ujian pra, manakala kumpulan kawalan adalah 8 orang pelajar yang mendapat markah terendah dalam
ujian pra tersebut. Kajian ini dijalankan kepada semua peserta kursus PISH yang terdiri daripada murid-murid
sekolah menengah berumur dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun. Menerusi kajian ini satu kaedah yang
dicadangkan ialah pengajaran beraktiviti menggunakan permainan flashcard. Aktiviti pengajaran berasaskan
aktiviti permainan ‘flashcard’ ini diaplikasi dalam PdP pada bulan kedua sesi pengajaran. Setelah kaedah
pengajaran beraktiviti itu dilaksanakan, barulah murid membuat ujian pos. Data yang dikumpul juga dianalisis.
Dapatan kajian menunjukkan pencapaian positif dalam kalangan peserta kajian setelah menggunakan kaedah
pengajaran permainan flashcard. Keputusan ujian mendapati prestasi dan kefahaman pelajar dalam penguasaan
hukum nun mati dan tanwin adalah pada tahap yang memberangsangkan dan terdapat peningkatan berbanding pra
ujian. Malahan, pelajar lebih seronok danberminat untuk belajar hukum tajwid dengan menggunakan kaedah yang
dilaksanakan. Bagi menjalankan kajian lanjutan, saya mencadangkan kaedah pengajaran permainan flashcard
diperkenalkan dalam pengajaran hukum- hukum tajwid yang lain mengikut subtopik hukum tajwid yangdipelajari.
Keywords: - mengingat, permainan, flashcard, hukum tajwid, PISH

69

HUBUNGAN GAYA ASUHAN IBU BAPA DENGAN
SAHSIAH PELAJAR SMKA DI SABAH

Muhamad Suhaimi Taat1
Japran Kusin2

1Universiti Malaysia Sabah
2SMKA Tun Said

1Email:[email protected]

Abstrak

Masalah sahsiah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah pada hari ini sangat membimbangkan, tidak
terkecuali di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
hubungan antara gaya asuhan ibu bapa (autoritatif, autoritarian, dan permisif) dengan sahsiah para pelajar. Kajian
tinjauan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang dianalisis secara kuantitatif. Analisis
data menggunakan kaedah statistik deskriptif (skor min dan sisihan piawai) dan statistik inferens (korelasi
Pearson). Sampel kajian adalah para pelajar tingkatan empat di beberapa buah SMKA di Sabah, seramai 275
orang yang dipilih secara pensampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa bagi amalan gaya asuhan
ibu bapa, gaya autoritatif menunjukkan skor min yang tertinggi iaitu 3.91. Manakala bagi sahsiah pelajar pula,
lebih bertumpu kepada mutadayin, jati diri, penampilan diri dan berbudi bahasa dengan nilai min melebihi 3.70.
Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara gaya autoritatif
dengan sahsiah pelajar (r=0.143, p<0.05). Kajian ini merupakan antara kajian terawal yang pernah dijalankan di
sekolah kawalan seperti SMKA. Oleh itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai landasan untuk kajian selanjutnya di
sekolah kawalan lain mengikut kelompok, kategori atau jenis sekolah.
Kata Kunci: Sahsiah, SMKA, Asuhan, Ibu bapa, Pelajar

PENERAPAN ELEMEN ANTARA AGAMA DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
MENENGAH (KSSM) PENDIDIKAN ISLAM : SUATU SOROTAN AWAL

Sulmi binti Badar1
Asyraf Isyraqi Jamil 2
1Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
2 Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
1Email: [email protected]
2Email: [email protected]

Abstrak:

Pada masa kini, interaksi antara murid berlainan agama dan etnik di dalam bilik darjah mahupun sekolah kian
meruncing. Tahap pengetahuan serta kefahaman yang rendah terhadap agama lain mendorong murid bersikap
prejudis dan stereotaip kepada murid dari latar belakang agama dan etnik berbeza. Memandangkan majoriti murid
di sekolah merupakan mereka yang beragama Islam, timbul keperluan untuk mengkaji penerapan amalan interaksi
antara agama melalui mata pelajaran pendidikan Islam yang diajarkan di sekolah. Artikel ini bertujuan untuk
menyoroti elemen antaraagama yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan
Islam. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunapakai kaedah analisis kandungan. Analisis secaramendalam
akan dijalankan terhadap Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) dan buku teks pendidikan Islam
tingkatan satu hingga lima KSSM. Dapatan artikel ini diharapkan menjadi pencetus kepada kajian lanjutan
terhadap keperluan penerapan elemen antara agama di dalam mata pelajaran pendidikan Islam KSSM, sekaligus
membantu proses interaksi antara murid berlainan agama di sekolah.
Kata Kunci: Elemen antara agama, Pendidikan Islam, Pendidikan antara agama, Interaksi,Kurikulum

70

KOMPETENSI PENGETAHUAN GURU AL-LUGHAH AL- AᶜRABIAH AL- MUAᶜṡIRAH (LAM)
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI NEGERI PERAK
Umi Rashidah Bte Ahmad Zaki
SMK Kudat II
[email protected]
Abstrak

Aspek pengetahuan merupakan nadi atau asas penting bagi satu mata pelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
melihat kompetensi guru dari aspek pengetahuan bagi mata pelajaran Al-Lughah al- Aᶜrabiah al- Muaᶜṣirah (LAM)
di bawah pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di Sekolah Agama Rakyat Bantuan Kerajaan (SABK).
Kajian ini dilakukan di 23 buah SABK di negeri Perak di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kajian ini dijalankan melalui reka bentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik ke atas 136 orang guru LAM.
Data diperolehi berdasarkan19 item yang telah diubah suai daripada beberapa kajian terdahulu serta DSKP subjek
LAM. Data dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Dapatan
kajian menunjukkan kompetensi dari aspek pengetahuan isi kandungan (min = 3.76, SP = 0.567) dan pengetahuan
pedagogi (min = 3.88, SP = 0.499) adalah di tahap sederhana tinggi. Dapatan inferensi juga mendapati bahawa
terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru LAM dengan kelulusan ikhtisas. Implikasi kajian menunjukkan
kompetensi guru LAM untuk menambahkan ilmu, meningkatkan kemahiran dan sikap berkaitan pedagogi adalah
bergantung kepada individu guru tersebut. Justeru, kajian ini mencadangkan agar guru terus memperkukuh dan
mempertingkatkan usaha agar dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran khususnya subjek LAM.
Kata Kunci: Kompetensi; Pengetahuan; Al-Lughah al- Aᶜrabiah al- Muaᶜṣirah (LAM)

MENTAL HEALTH AND PSYCHOLOGICAL WELLBEING IN ISLAMIC PERSPECTIVE
Mohd Dahlan A. Malek
Faculty of Islamic Studies

Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, MALAYSIA.
[email protected]
ABSTRACT

Mental health is an issue that is closely linked with knowledge and insight. It is now a mind-boggling problem in
the country, with more people believed to be experiencing some sorts of emotional stress and mental distress The
health and psychological wellbeing condition that occurs today is caused by several factors such as one’s lifestyle,
environmental values in society, behaviour, and work condition. The psychologist and other professionals such as
social workers and counsellors also play an importantrole in contributing to the psychological wellbeing of the socie-
ty. The importance of spiritual dimensionand psychological wellbeing can be related to the uniqueness of the crea-
tion of mankind. This paper will discuss about the importance of spiritual dimension and psychological wellbeing
which can be related to the uniqueness of the creation of mankind, the Islamic point of view about mental health,
religious belief of mental health, psychologists in Islamic perspectives, as well as the pillars of Muslim’s psycholo-
gists.
Keywords: Mental health, psychological wellbeing, Islamic perspectives

71

STANDARD GURU MALAYSIA
DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Azarul Razamin bin Mat Said

[email protected]
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

Dr. Mustafa bin Che Omar
[email protected] Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
Dr. Najmiah binti Omar

[email protected] Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
Dr. Mohd Allnurulhuda bin Ghazali

[email protected] Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Abstrak

Kompetensi merupakan satu set tingkah laku yang menjadikan seseorang pekerja kompeten pada tugasannya.
Kompetensi dalam pekerjaan menggambarkan seseorang pekerja yang dapat mencapai tahap prestasi yang unggul
dalam sesuatu tugasan atau keadaan. Bahkan seseorang pekerja itu dapat meramalkan tingkah laku dalam pelbagai
situasi dan pekerjaan. Pekerja yangkuat dan beramanah adalah pilihan utama menurut agama Islam. Kertas kajian
konsep ini bertujuan menghuraikan konsep kompetensi guru, menganalisis pembangunan profesionalisme keguruan
dalam pengajaran serta menghuraikan kajian lepas berkaitan implikasi dasar Standard Guru Malaysia. Kaedah
penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis kandungan daripada sorotan kajian-kajian lepas dan
dokumen rasmi terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan Standard Guru Malaysia
1.0 telah memperkenalkan tiga standard keguruan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman; dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang perlu dicapai oleh guru. Setiap standard
mengandungi domain tertentu untuk menjadikan seseorang guru kompeten dalam menjalankan tugasnya. Manakala
Standard Guru Malaysia 2.0 memperkenalkan empat domain kompetensi guru iaitu domain orientasi ilmu, domain
instruksional, domain penglibatan komuniti; dan domain kualiti peribadi. Implikasi pelaksanaan Standard Guru
Malaysia menunjukkan guru telah berusaha meningkatkan tahap kompetensi keguruan dalam program
pembangunan profesionalisme keguruan. Perkembangan ini disokong dengan kajian terkini yang menunjukkan
usaha guru adalah selari dengan saranan Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan Malaysia agar
menguasai kompetensi orientasi ilmu iaitu memahami falsafah, dasar dan kurikulum; dan meningkatkan
pengetahuan dari semasa ke semasa tentang trend dan perkembangan pendidikan terkini.
Kata Kunci: Kompetensi Guru; Pendidikan Islam; PdPc; Standard Guru Malaysia

72

PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP INTERAKSI GURU PENDIDIKAN
ISLAM DI NEGERI SABAH

Dsarjaman Amali bin Abd Azip
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

[email protected]
Abstrak

Perkembangan media sosial di Malaysia khususnya sangat pantas terutama dalam dunia global. Perkembangan ini
juga berlaku dalam dunia pendidikan, dimana warga pendidikan menggunakan media sosial sebagai satu agen
kepada perubahan sekaligus menjadikan ia bidang yang terpantas mengalami kesan globalisasi. Kajian ini
bertujuan untuk melihat pengaruh penggunaan media sosial terhadap interaksi sosial dalam kalangan guru
Pendidikan Islam di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dalam bentuk
penjelasan dan data statistik inferensi analisis. Data kuantitatif dikumpulkan melalui kaedah tinjauan,
menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Persampelan rawakberstrata digunakan sebagai teknik
persampelan. Kutipan data adalah dengan mengambil pendekatan teknik analisis yang digunakan sebagai ujian
regresi linear sederhana dengan pemprosesan data menggunakan SPSS pengiraan program. Hasil kajian
menunjukkan bahawapenggunaan media sosial secara signifikan mempunyai kesan positif terhadap interaksi sosial
dalam kalangan guru Pendidikan islam di Sabah. Hasil kajian, ini menunjukkan bahawa semakin tinggi
penggunaan media sosial maka semakin tinggi pengaruh interaksi sosial dalamkalangan guru Pendidikan Islam di
Sabah.
Kata kunci : penggunaan media sosial, interaksi sosial dan kesan positif

PEMBUDAYAAN PENULISAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN
ISLAM DAERAH KUNAK BAGI PEMERKASAAN PDP DI SEKOLAH
Norsalwati Ab Rahman
Pejabat Pendidikan Daerah Kunak
[email protected]
ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji tentang pembudayaan penulisan kajian tindakan dalam kalangan
guru pendidikan Islam daerah kunak bagi pemerkasaan Pdp di sekolah. Kajian pembudayaan penulisan kajian
tindakan telah di buat keatas 15 orang guru pendidikan islam daerah kunak. Pengkaji telah mengambil masa selama
3 bulan bagi mendapatkan hasil tentang amalanpenulisan kajian ini dikalangan guru-guru ini. Kaedah soal selidik,
pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang amalan penulisan kajian
tindakan ini. Amalan kajian tindakan adalah merujuk kepada penyelidikan yang di jalankan oleh guru-guru untuk
memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru akan dapat menyelidik kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru. Kajian
tindakan adalah satu proses refleksi yang dilakukan guru terhadap tugasan seharian mereka, kekuatan dan
kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran diteliti samada murid dapat memahami apa yang mereka ajari.
Kajian tindakan “action research” adalah sangat penting untuk mengangkat martabat profesion perguruan .Guru
adalah penentu kejayaan kepada dasar pendidikan negara, seperti semua maklum bidang pendidikan telah melalui
pelbagai penambahbaikan dan pengubahsuaian, ada segelintir yang melihat perubahan ini, guru bertukar, pemimpin
bertukar, namun perihal dasar tetap kekal jika tidak ada keperluan menukarnya. Kecemerlangan keluargaMalaysia
hari ini tidak datang secara drastik, kejayaan tersebut di capai melalui asuhan dan bimbingan dari guru. Murabbi
ummah ini merupakan arkitek kepada perubahan masa depan negara, inisiatif budaya penulisan kajian tindakan ini
diharap akan dapat meningkatkan kualiti PdP guru bagi mengatasi isu kerencaman proses murid memahami apa
yang dipelajari di sekolah.
Kata kunci : Pembudayaan, Kajian Tindakan, Guru, Meningkatkan , Kualiti, PdP

73

MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN KAMIL
MENURUT IBN ‘ARABI :SOROTAN LITERATUR

Abd Rahman Tajudin 1,
Dr Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin 2

Pusat Penataran Ilmu & Bahasa (PPIB),
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
[email protected],
[email protected]

ABSTRAK
Pembangunan Modal Insan sangat dititik beratkan dalam pembinaan peradaban dunia pada masa kini. Latar
belakang kepada permasalahan ini adalah untuk mencari modul terbaik dalampembangunan Insan. Maka objektif
sorotan ini adalah untuk meneliti karya ulama’ Islam padamasa silam secara bersepadu dan berintegrasi berkenaan
pembangunan modal insan ini. Perbahasan mengenai Insan Kamil ini didapati pada ilmuwan agung iaitu Ibn
ᶜArabi. Tujuan sorotan literatur ini dibuat adalah untuk membentuk satu kerangka teori iaitu mengenalpasti adakah
aspek kepintaran intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran fizikal dalam istilah Insan
Kamil sebagai modul terbaik dalam pembangunan modal insan. Oleh yang demikian, penyelidikan ini merupakan
sebuah kajian analisa kandungan secara deskriptif mengenai pemikiran Ibn ᶜArabi dalam perbahasan Insan Kamil.
Metodologi kajian adalah dengan cara mengumpulkan data dan menganalisa data dalam beberapa karya
tentangnya. Hasil daripada sorotan literatur ini mendapati belum ada perbahasan khusus mengenainya dan ia
mempunyai ruang kajian yang kosong untuk diisi. Dapatan juga menyarankan agar perlu kepada kajian lanjutan
untuk melahirkan satu hipotesis baru bahawa beliau telah membincangkan Insan Kamil ini secara bersepadu. Hasil
sorotan kajian ini juga menjadi satu landasan kepada perlunya kepada perbincangan tentang keempat-empat
kepintaran dengan lebih lanjut melalui kajian diskriptif melalui analisa kandungan terhadap kitab beliau secara
mendalam mengenai Insan Kamil ini agar boleh menjadi satu modul terbaik kepada pihak berwajib untuk
digunakan dalam pembangunan manusia masa kini.
Kata kunci : Ibn ᶜArabi, Insan Kamil, Modul, Pembangunan Insan, Modal Insan.

ENHANCING TEACHERS TEACHING THROUGH ‘WOW
REFLECTION’

Norsiah Hj. Abdullah
Pejabat Pendidikan Daerah Kunak, Sabah

[email protected]

ABSTRACT
The research was carried out to look at how 18 teachers from 16 schools in Kunak, Sabah, Malaysia wrote their
lesson reflection after carrying out a lesson. Teachers wrote simple reflections without much information on
strengths and weaknesses in students’ learning. Teachers found difficulties in writing a good reflection and this led
them to do repetitive uninteresting lessons. Therefore, ‘WoW Reflection’ which means ‘Worthy of Working’, was
introduced. John Dewey stated that ‘We do not learn so much from the experience as we do from reflecting on our
experience’. Teachers were guided to write effective reflections after their lessons based on students’ negative and
positive behaviours during the lesson. By connecting these two behaviours, teachers reflected then planned on suit-
able interventions to improve their teaching. Data collection based on interviews, student attendance and teacher
lesson plans were collected to improve teachers’ practices in writing reflection. ‘WoW Reflection’ was to promote
teachers to be critical thinkers, besides being more open and creative in their teaching pedagogies based on stu-
dents’ learning needs. Practising self- reflection in every lesson, triggered teachers’ self-awareness to look neutrally
at their thoughts,feelings, and actions. Consequently, they reflected on themselves and students’ reactions, thus,they
began to dig deeper in their thinking of producing better lessons. In sum, coaching throughWoW reflection was able
to lead teachers to be reflective and conduct various effective interventions to enhance students learning.
Keywords: effective, self-reflection, self-awareness, critical thinkers, reflective,

74

PENGARUH DIMENSI–DIMENSI PEMBANGUNAN KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL (PLC) TERHADAP PENGAJARAN

GURU SEKOLAH RENDAH SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Nurulhuda binti Mohd Derus
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN DUA,W.P LABUAN

[email protected]

ABSTRAK

Pengaruh Dimensi-Dimensi Pembangunan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) terhadap pengajaran guru
merupakan satu proses penambahbaikan sekolah yang memerlukan kepimpinan sekolah dan komunitinya bekerja
secara kolaboratif untuk meningkatkan kecemerlangan murid. Kajian ini bertujuan untuk melihat Pengaruh
Dimensi-Dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional Terhadap Pengajaran Guru sekolah rendah sekitar W.P
Labuan. Pendekatan kaedah kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan populasi seramai 330
orang guru dengan persampelan secara rawak sebanyak 191 orang guru sebagai responden. Soal selidik “School
Professional Staff as Learning Community Questionnaire” yang mencatatkan nilai AlphaCronbach 0.978 digunakan
dalam kajian ini. Proses analisis data kajian ini menggunakan perisian“The Statistic Package for the Science School
(SPSS)” versi 24.0 untuk analisis deskriptif dan analisis inferensi. Bagi Analisis Ujian-t, ujian Korelasi Pearson dan
regresi berganda adalah alat pengukuran yang digunakan untuk menguji hipotesis dan menjawab persoalan kajian.
Hasil kajian mendapati bahawa Dimensi Kepimpinan Berkongsi dan Menyokong, Dimensi Pembelajaran Secara
Kolektif dan Dimensi Keadaan Yang Menyokong, mempengaruhi secara signifikan terhadap Pengajaran Guru.
Manakala Dimensi Perkongsian Nilai, Matlamat, Misi dan Visi dan Dimensi Perkongsian Amalan Personal pula
tidak mempengaruhi secara signifikan terhadap Pengajaran Guru. Ini memberi gambaran bahawa 3 daripada 5
Dimensi-Dimensi KomunitiPembelajaran Profesional didapati memberi pengaruh terhadap Pengajaran Guru dalam
kalangan guru sekolah rendah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Justeru itu, fokus dimensi-dimensi
pembangunan komuniti pembelajaran profesional tertumpu kepada satu anjakan untuk membudayakan semula
konsep pembelajaran dengan memberikan peluang kepada komuniti sekolah bekerja secara berpasukan,
mengutamakan perbincangan, pertambahan ilmu, pertukaran idea dan bahan pengajaran dan pembelajaran,
mengenalpasti matlamat, visi, misi dan seterusnya mengaturkan pelan tindakan untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan
Kata kunci : Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP), Pengajaran Guru, Dimensi-Dimensi KPP.

KUALITI PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH: HUBUNGANNYA
DENGAN EFIKASI KENDIRI DAN INTEGRITI GURU

Erna Suwardi
SK MAWAR (PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN)

Email: [email protected]

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru mengenai kualiti pengurusan disiplin, efikasi kendiri dan
integriti guru. Kajian ini juga ingin mengenalpasti perbezaan dan hubungan kualiti pengurusan disiplin sekolah,
efikasi kendiri dan integriti guru dengan latar belakang responden yang terdiri daripada jantina dan tempoh
pengalaman dalam pengurusan disiplin. Seramai 100 orang jawatankuasa pengurusan disiplin sekolah rendah dari
15 buah sekolah rendah sekitar daerah Sandakan terlibat sebagai responden kajian. Kajian deskriptif ini
menggunakan reka bentuk korelasi dan mengaplikasikan metodologi tinjauan. Data dikumpul menggunakan satu
set soal selidik berstruktur dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS)
versi 26.0. Hasil kajian mendapati tahap persepsi adalah tinggi bagi semua variable kajian. Terdapat perbezaan
yang signifikan persepsi guru dalam kualiti pengurusan disiplin, efikasi kendiri dan integriti guru berdasarkan
jantina dan tempoh perkhidmatan. Di samping itu terdapat hubungan yang signifikan pada tahap yang sederhana
antara persepsi guru berkaitan pengurusan disiplin sekolah dengan efikasi kendiri. Justeru, guru dan pihak
jawatankuasa pengurusan disiplin sekolah perlu menambahbaik kualiti pengurusan disiplin seiring dengan
peningkatan efikasi kendiri dan nilai integriti guru bagi memastikan impak pengurusan disiplin murid berada pada
tahap optimum.
Kata Kunci: Kualiti, Pengurusan, Disiplin, Efikasi, Integriti

75

KEPIMPINAN TEKNOLOGI GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PDP
DAN PENGURUSAN PANITIA
Norhidayah Bte Ramlie

Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau peranan kepimpinan teknologi Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan pengurusan panitia di sekolah-sekolah rendah daerah Kudat. Kajian juga
bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinan teknologi GPI dalam PdP dengankepimpinan teknologi
GPI dalam pengurusan panitia. Kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif sepenuhnya
ini mengaplikasikan pensampelan secara rawak bagi mendapatkan sampel. Instrumen kajian terbatas kepada
borang soal selidik menggunakan skala Likert 5 Mata yang ditadbir ke atas 94 orang GPI kemudian dianalisis
menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 27.0. Teori Kepimpinan Teknologi kajian ini mengadaptasi salah satu
elemen daripada Model Flanagan dan Jacobsen (2003) serta NETS-T (2008). Dapatan awal kajian rintis dianalisis
menggunakan statistik deskriptif, ujian- t, ANOVA sehala dan korelasi Pearson. Analisis deskriptif menunjukkan
GPI daerah Kudat secara majoritinya hanya menggunakan kepimpinan teknologi dalam PdP sebanyak 3-4 kali
dalam setahun (sekalisekala) dengan skor min 3.11 (SP=0.496) manakala peranan kepimpinan teknologi GPI dalam
pengurusan panitia adalah pada tahap tinggi dengan skor min keseluruhan 4.04 (SP=0.433). Hasil kajian juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan peranan kepimpinan teknologi GPI dalam PdP dan
pengurusan panitia berdasarkan jantina, tempoh perkhidmatan dan lokasi sekolah. Analisis korelasi Pearson pula
menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan teknologi GPI dalam PdP dengan
kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia.
Kata kunci: Kepimpinan Teknologi Guru Pendidikan Islam, PdP, Pengurusan Panitia

PERLAKSANAAN KEPIMPINAN TURNAROUND DALAM MEMPERKASAKAN
PROFESIONALISME

GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM ERA PANDEMIK DI SEKOLAH RENDAH DAERAH PITAS
Mohd Hazilye bin Sakimin @ AdatRazal bin Miasin
Musirin bin Mosin
Abstrak

Kepimpinan merupakan aspek yang terpenting dalam sesebuah organisasi dan jabatan yang mampu mencetuskan
perubahan dan kemajuan dalam meningkatkan kredibiliti serta kewibawaan seseorang pemimpin di samping
memberikan impak terhadap orang yang dipimpin. Berdasarkan kepada situasi pandemik ini, aspek kepimpinan
merupakan perkara yang mustahak dalam memastikan kelancaran aktiviti pengurusan dan kurikulum di sekolah
agar terus berjalan dengan lancar dan berkesan. Justeru, kajian ini akan mengkaji perlaksanaan kepimpinan
turnaround dalam memperkasakan profesionalisme guru pendidikan dalam era pandemik. Kajian ini dilaksanakan
dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang mana ia menggunakan lima orang informan daripada guru-guru
Pendidikan Islam di sekolah rendah daerah Pitas. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa konsep
perlaksanaan kepimpinan turnaround yang disesuaikan dengan situasi era norma baharu. Seterusnya, hasil kajian
ini juga mendapati terdapatnya kesan positif perlaksanaan kepimpinan turnaround dalam meningkatkan
profesionalisme guru Pendidikan Islam semasa era pandemik. Implikasi kajian ini dapat dijadikan perintis kepada
usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan juga Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam merangka polisi dan pembangunan berkenaan strategi memperkasakan profesionalisme
guru dalam mencapai matlamat pencapaian dan kemajuan sistem pendidikan di sekolah.
Kata Kunci : Kepimpinan Turnaround, Guru Pendidikan Islam, Era Pandemik

76

PELAN STRATEGIK ORGANISASI: PEMBUDAYAAN DAN KAWALANNYA DALAM
KONTEKS PENDIDIKAN

Mohd. Jasmie Bin Jasim, Med. B.a. Hons
Pejabat Pendidikan Daerah Semporna
[email protected]

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan konsep pengurusan Pelan Strategik Organisasi (PSO) yang telah sekian lama
dipraktikkan dalam organisasi pendidikan hari ini namun kurang dari segi pemantauan dan penambahbaikan.
Sebaliknya hanya tertumpu sebagai sebuah dokumen yang cukup syarat bagi mematuhi arahan daripada pihak yang
lebih berautoriti. Bagaimana cara untuk pembudayaan melalui aspek pemantauan dan penilaiannya, serta cara
kawalan iaitu penambahbaikan berterusan agar PSO yang dirancang kekal relevan dan konsisten sebagai petunjuk
dan panduan dalam mencapai hala tuju organisasi dalam tempoh masa tertentu khasnya dalam bidang pendidikan
yang telah dirancang mengikut Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam mengurus Pelan Strategik
Organisasi, pengetahuan, kemahiran dan komitmen perlu dititikberatkan sama ada di peringkat Ketua Jabatan,
pentadbir ataupun pegawai yang berada di lapangan (Guru). Hal ini amat penting dalam mempastikan organisasi
pendidikan yang tidak berfokuskan keuntungan, kekal relevan dan diperlukanoleh masyarakat. Sehubungan dengan
itu, dalam artikel ini, penulis mengemukakan beberapa kaedah dan cara beserta contoh sebenar bagaimana sebuah
Pelan Strategik Organisasi itu di pantau, di selia dan di tambah baik mengikut yang telah digariskan dalam
pengurusan Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah (PKPPD).

Kata Kunci: PSO, Kawalan, Pembudayaan, Pendidikan

ITQAN IN ORGANISATIONAL MANAGEMENT

Saidah Binti Mohd Said
Dr Hj Mohd Kassim Bin Tusin

Universiti Malaysia Sabah
Learning Sector, Sabah Education Department

[email protected]
[email protected]

Abstract

Itqan implies meticulousness, conscientiousness and performing something thoroughly. It is the basis in the com-
pletion of an act of ibadah (worship). Nevertheless, the concept of itqan has been developedand often employed in
aspects of high-quality management. This research intended to explore the practice of itqan and examine its im-
pacts on organisational management. The verdicts of the study of Islamic scholars and organisations on the ele-
ments of itqan in worship and management, Edward Deming’s quality management model and Steven Covey’s theo-
ry of effective attitude were incorporatedand used to guide the objectives of the study. This qualitative study was
attended by involving the purposeful selection of participants consisting of officers working in the management
organisation of Islamic Education at the state, district, and principals and headmasters of religious schools in Sa-
bah. Data were obtained using structured and semi-structured questions presented to study participants and ana-
lysed using grounded theory methods. Generally, the elements of itqan in organisational management involve three
chief aspects: attitudes, processes, and work results. This research also endeavoured to explore how itqan practised
affects the management of an organisation. This study datacould narrow the gap of current theories and guide pro-
fessionalism enhancement programs in organisational management and leadership.
Keywords: Practice, impact, itqan, organisational management.

77

PENDEKATAN MODUL JUS MENGUPAYAKAN GURU BESAR DALAM
PENGURUSAN SKPMg2 DI SEKOLAH

Saripah Binti Ghul Hassan
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui Pendekatan Modul Jalan Untuk Sukses(JUS) berjaya mengupayakan Guru
Besar dalam pengurusan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2(SKPMg2) Standard 1 dan

Pendidikan atau
lebih dikenali sebagai National Keys Result Areas(NKRA). Kajian ini dijalankan di sekolah fokus pengkaji, iaitu
Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya Kota Kinabalu(SKPG). Guru Besar SKPG dijadikan sebagai subjek utama dalam
kajian. Kaedah penyelidikan adalah.secara campuran antara kualitatif dan kuantitatif, dimana pelbagai instrumen
digunakan untuk mengumpul data seperti soal selidik, temubual, pemerhatian dan semakan dokumen. Seramai 10
orang telah mengambil bahagian dalam temubual dan 20 responden dalam soal selidik. Soal selidik membekalkan
data deskriftif sedangkan instrumen lain memberi input tambahan dari kenyataan dan frasa yang unik. Dapatan
menunjukkan pendekatan Modul JUS membantu pencapaian sasaran prestasi sekolah fokus Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Kinabalu dengan peningkatkan skor SKPMg2 sebanyak 3.81 pada tahun 2020, iaitu 94.28 dalam
standard 1 dan peningkatan 4.73 dalam standard 2,

Besar menguasai kemahiran penulisan eviden SKPMg2 dalam
Portal NKRA dengan tepat.
Kata kunci: Modul J alan Untuk Sukses(J US), Standar d Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
(SKPMg2), National Keys Result Areas (NKRA)

KAEDAH TRANSLITERASI DALAM PEMBELAJARAN KENDIRIKOSA KATA BAHASA ARAB
SEKOLAH RENDAH

Amira Shazwani binti Che Abd Ghani1
Mohd Wahyudin bin Samingan 2

1Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
2 Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

1Email: [email protected]
2Email: [email protected]

ABSTRAK
Kaedah Transliterasi sebagai alat bantuan pembelajaran bagi murid mendapatkan sumber ilmu. Strategi ini
digunakan dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab bagikemahiran membaca berikutan keadaan
pandemik yang memerlukan murid untuk belajar secara kendiri terutama bagi murid yang sukar mendapat capaian
internet. Pemerhatian awalterhadap 32 orang murid Tahun 4 yang mengalami peralihan tahap memerlukan kepada
bimbingan secara transliterasi bagi memotivasikan murid pelbagai etnik dan agama ini untukbelajar bahasa elektif
sejajar dengan hasrat kementerian dalam usaha melahirkan murid abadke-21 yang berkemahiran dwibahasa. Tahap
kelemahan pembacaan senarai kosa kata dan ayatmudah memberi kesan terhadap kognitif murid dalam menghafal
dan memperdengarkan ayat tersebut. Dapatan awal kajian melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menunjukkan ¼
orang murid dapat mencapai tahap minimum. Justeru, satu alternatif atau intervensi dijalankan bagi mengatasi
masalah ini. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untukmengetahui kesan penggunaan kaedah
transliterasi dalam pembelajaran sebutan ayat bahasaArab dalam kalangan 32 orang murid yang majoritinya murid
moral. Instrumen-instrumen yang digunakan sebagai alat pengumpulan data ialah senarai semak dan pemerhatian.
Hasil dapatan kajian tindakan yang dijalankan mendapati bahawa 27 orang murid dapat menghafal dan
memperdengarkan senarai kosa kata dan ayat mudah seterusnya dapat melaksanakan mini projek. Kesimpulannya,
dengan kaedah ini murid akan lebih berautonomi melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
murid dan menggalakkan murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu. Implikasi kajian ini dapat menjadi nilai
tambah kepada tenaga pengajarbahasa Arab dalam memperbanyakkan aktiviti dan latihan dengan lebih efektif.
Kata Kunci/ keywords: Transliterasi, Kosa Kata, Pembelajaran Kendiri

78

INOVASI t - MAD DALAM BELAJAR HUKUM MAD ASLI DAN MAD
FAR’IE

Ag Mohd Syamsul Bin Rosli
SK Paris, Kinabatangan

[email protected]
ABSTRAK

Projek inovasi ini berkaitan inovasi t - MAD dalam belajar hukum Mad Asli dan Mad Far’ie. Objektif projek
inovasi ini ialah sebagai bahan bantu belajar bagi memberi dan membina kefahaman peserta terhadap hukum
tajwid Mad Asli dan Mad Far’ie di sekitar daerah Kinabatangan. Masalah yang dihadapi oleh pengkaji sehingga
mendorang inovasi ini dilaksanakan adalah disebabkan tiadanya bahan bagi menyokong proses Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc). Tinjauan awal mendapati peserta tidak mahir dan kurang minat untuk belajar tajwid secara
praktikal disebabkan teori (pengetahuan) yang kurang serta sukar untuk difahami dan akhirnya menyebabkan
mereka kurang berminat untuk belajar. Satu tindakan telah dijalankan untuk menghasilkan bahan inovasi yang
diberi nama ‘ t - MAD ‘ bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bahan yang dihasilkan mampu merangsang
visual dan kinestetik (VK) yang akhirnya mampu menarik minat peserta untuk mempelajari bidang tajwid. Peserta
kajian melibatkan guru - guru, murid - murid dan orang awam sekitar daerah Kinabatangan yang telah dipilih untuk
mencuba dan mengaplikasi bahan inovasi yang telah dihasilkan. Hasilnya, peserta gembira dan seronok belajar
disamping berjaya menguasai bidang tajwid yang telah difokuskan. Kesimpulannya, keseluruhan dapatakan kajian
membuktikan bahawa aplikasi ‘t - MAD’ dalam belajar hukum tajwid Mad Asli dan Mad Far’ie telah berjaya
menyelesaikanmasalah yang telah dihadapi oleh peserta.
Kata Kunci : tidak mahir, kurang minat, visual dan kinestetik (VK)

INOVASI HAYBAH: PERMAINAN BAHASA DALAM MEMBINA
AYAT BAHASA ARAB

Andi Kaswia Binti Abdul Kadir1
1SMKA Kota Kinabalu, Sabah
[email protected]
Abstrak

HayBAh ialah singkatan Hayya Bil Arabiyyah yang bermaksud Jom Berbahasa Arab. Inovasi HayBAh ialah satu
set permainan jalin kata untuk membina ayat asas Bahasa Arab. Pembentukan ayat dalam Bahasa Arab bermula
dengan pemilihan beberapa kalimah dan membentuknya menjadi frasa dan seterusnya ayat yang tepat menurut
sistem Bahasa Arab. Kelemahan murid dalam menyusun kalimah menjadi ayat menjadi isu utama dalam
penghasilan inovasi ini. Inovasi ini telah digunakan sebagai intervensi dalam sebuah kajian tindakan di SMKA
Kota Kinabalu, Sabah yang melibatkan satu orang guru dan 10 orang murid Tingkatan 4 Abu Daud. Keputusan
daripada ujian pencapaian menunjukkan peningkatan kualiti jawapan murid dalam membina ayat. Seramai 8 orang
murid telah memperolehi markah 15 ke atas dan 6 orang daripadanya mendapat markah penuh iaitu 20 markah. 2
orang murid mendapat 14 dan 12 markah. Berdasarkan maklum balas murid juga menyatakan bahawa permainan
HayBAh ini memudahkan murid untuk menguasai teknik membina ayat yang tepat mengikut pelbagai jenis
predikat. Selain itu, murid juga boleh mengulangkaji sintaksis dan ikrab kalimah yang digunakan dalam membina
ayat. Semoga inovasi ini dapat membantu guru Bahasa Arab yang lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menyeronokkan.
Kata Kunci/ keywords: Inovasi, Bahasa Arab, Membina Ayat, Permainan Bahasa, Pembelajaran Bahasa Arab

79

MURSHID : MEMPERBETULKAN ARAH TULISAN DALAM MENULIS HURUF
DAN PERKATAAN BAHASA ARAB DI KERTAS DAN BUKU TULIS BAGI 2
ORANG MURID BAHASA ARAB 2 ZAMRUD.

Ciptho Wiryawan @ Mohd Ikhwani Bin Anang Japar

ABSTRAK
Kemahiran menulis adalah salah satu kemahiran Bahasa yang perlu dikuasai. Kemahiran menulis juga adalah salah
satu elemen yang dititikberatkan didalam bahasa arab sekolah rendah. Kemahiran menulis juga perlu dinilai
penguasaannya di kalangan murid selain kemahiran mendengar dan bertutur dan kemahiran membaca. Antara
keunikan menulis dalam Bahasa arab ialah memulakan tulisan dari sebelah kanan. Saya mendapati beberapa murid
Bahasa arab tidak dapat menterjemahkan arahan saya untuk memulakan tulisan dari sebelah kanan. Murid mula
menulis dari sebelah kiri dengan memulai tulisan pada huruf terakhir daripada perkataan yang hendak
ditulis.Setelah membuat pemerhatian gaya tulis murid, saya telah membuat perancangan dan tindakan untuk
menangani masalah ini melalui Murshid. Hasil dapatan kajian menunjukkan Murshid berjaya membetulkan dan
memandu murid untuk memulakan aktiviti menulis huruf dan perkataan Bahasa arabdari sebelah kanan seterusnya
murid dapat menghasilakan tugasan yang lebih kemas dan teratur.. Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan
pemerhatian dan perbandingan hasil kerja murid. Murshid merupakan satu intervensi yang berjaya
memperbetulkan amalan pembelajaran murid dalam kemahiran menulis huruf dan perkataan Bahasa arab.

LU’BAH SIRA

Dayang Suraya Binti Awang Hidup
[email protected]
Mariati Binti Musleh
[email protected]
Surianti Binti Irwan
[email protected]
Nor Ain Binti Norodin
[email protected]

Nor Azuanida Binti Adek Awang
[email protected]

Nurul Najihah Binti Mamat
[email protected]

Abstrak
Inovasi ini dicetuskan melalui kajian yang telah dijalankan dalam menangani masalah kemahiran menulis (Maharat
Katabah) peringkat awal matapelajaran Bahasa Arab sekolah rendah. Kebanyakan murid-murid akan menulis
perkataan melalui apa yang mereka lihat tanpa mengambil kira cara menulis huruf atau perkataan bahasa Arab
dengan betul . Malahan sikap dan tingkah laku murid juga menunjukkan kekeliruan semasa menulis menyambung
atau memisahkan huruf memandangkan terdapat beberapa huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama.
Justeru itu ujian dignostikJawi dilaksanakan di salah sebuah sekolah di Daerah Kota Kinabalu di mana responden
yang terlibat seramai 199 orang murid terdiri dari tahun 1 sehingga tahun 6 .Pengesanan melalui ujian ini
mendapati hanya 25% mampu menyambung huruf- huruf dengan baik. Berpandukan keputusan ujian tersebut
kumpulan pengkaji membuat kesimpulan bahawa murid-murid tersebut juga menghadapi masalah yang sama
dalam matapelajaran Bahasa Arab.Intervensi penggunaan bahan bantu mengajar iaitu kad huruf digunakan bagi
membantu serta menyelesaikan masalah ini namun teknik tersebut agak konservatif dan murid kurang
menunjukkan minat. Oleh itukaedah penggunaan kad-kad huruf diolah semula dengan mengintergrasikan konsep
penggunaannya ke dalam bentuk permainan yang lebih menarik sebagai inovasi pendidikan.Penghasilan produk
inovasi ini menggunakan bahan yang terpakai atau kitar semula sebagai bahan utama mampu dihasilkan oleh
sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dan keseronokan dalam belajar.
Kata Kunci: menulis, inovasi, keseronokan,Bahasa Arab

80

KIT FLB: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS SUKU KATA BAHASA
ARAB DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3,
SK BANGINGOD, LAHAD DATU SABAH.

Hajarah Muharam
SK Bangingod, Lahad Datu.Sabah

[email protected]

Abstrak

Kemahiran membaca dan menulis suku kata bagi perkataan Bahasa Arab adalah kemahiranasas yang perlu dikuasai
oleh murid Tahun 3 merujuk kepada DSKP (SK) 2.2 dan 3.2. Namun, kemahiran ini adalah sukar untuk dikuasai
tanpa menguasai asas mengenal huruf dan bunyi huruf. Ia merupakan satu proses yang sukar dan memakan masa.
Kaedah asas ini adalah tidak sesuai dengan tuntutan pembelajaran kini semasa pandemik, disebabkan masa PdPc
bersemuka adalah terhad. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan kemahiran membaca dan
menulis suku kata bagi perkataan Bahasa Arab melalui penggunaan kit FLB. Kit Fun Learning Bahasa Arab
membantu murid dalam proses mudah dan cepat untuk mengenalpasti (tahdid) dan mengingat (Zikr) bahawa satu
(1) baris akan menghasilkan satu (1) bunyi dan menunjukkan satu (1) suku kata. Kit FLB dilengkapi denganbahan
bantu belajar untuk murid berbentuk mini nota. Sampel kajian melibatkan seramai 4 orang murid tahun 3. Tinjauan
awal telah dibuat melalui ujian formatif dan temubual. Manakala analisis data yang digunakan dalam kajian ini
melalui peratusan markah dan dokumen transkrip. Hasil daripada dapatan kajian, intervensi tersebut telah
menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran membaca suku kata dengan betul dan jelas serta dapat menulis
suku kata dalam perkataan,di samping meningkatkan motivasi murid untuk belajar Bahasa Arab. Secara
kesimpulan, kajian ini mampu memberi kesan kepada murid-murid untuk mahir dalammembaca dan menulis suku
kata dalam Bahasa Arab.
Kata kunci: Suku kata Bahasa Arab, kit FLB, kemahiran membaca, kemahiran menulis

MAGIC JAWI

Hamimah binti Hj. Sani
Hizuanie binti Hj. Ismail
Sek. Keb. Jaya Baru, Keningau, Sabah
Sek. Keb. Jaya Baru, Keningau, Sabah
[email protected]
[email protected]

ABSTRAK

Magic Jawi bertujuan membantu murid sekolah rendah untuk mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi.
Berdasarkan pemerhatian penyelidik, murid sekolah rendah khususnya murid tahun 1 sukar menguasai kemahiran
asas jawi. Oleh yang demikian, Magic Jawi dirangka untuk memudahkan murid menguasai kemahiran asas jawi
dengan menggunakan inovasi ini. Magic Jawi ialah kotak segi empat sama yang mengandungi 36 kotak kubus
bewarna warni bagi mewakili setiap huruf jawi. Setiap permukaan kubus tersebut mempunyai fungsi tertentu. Hasil
maklum balas positif daripada guru Pendidikan Islam tahun satu di sekolah penyelidik terhadap inovasi Magic Jawi
memperlihatkan bahawa inovasi ini dapat membantu meningkatkan kemahiran asas jawi kepada murid tahun satu.
Terdapat bukti yang nyata bahawa Magic Jawi dapat menyumbang kepada cara menyelesaikan kemahiran asas
jawi dengan lebih mudah berdasarkan instrumen analisis tugasan murid yang digunakan di dalam kajian ini.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, penyelidik mendapati bahawa, hasil kerja murid lebih kemas dan
penguasaan kemahiran asas jawi dapat ditingkatkan. Selain itu, Magic Jawi juga dibangunkan beserta permainan
Magic Jawi, kad Imbasan Magic Jawi dan Modul Magic Jawi. Bahan ini adalah sebagai penggukuhan penggunaan
Magic Jawi. Magic Jawi jelas telah dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran asas jawi dan
memberikan impak yang sangat positif dalam pengajaran dan pembelajaran murid.
Kata Kunci: Magic Jawi, kemahiran asas jawi, murid sekolah rendah

81

DADU AJAIB DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN EJAAN
JAWI SUKU KATA TERTUTUP DALAM KALANGAN
MURID TAHUN 1 SEMASA PDPR

Sulaiman Shakib bin Mohd. Noor3

[email protected]

Abstrak
Asas kepada mahirnya membaca jawi apabila murid boleh menyebut suku kata dengan betuldan bonus apabila
berkemampuan membaca dengan lancar. Penguasan kemahiran ini akan menjadikan murid matang dalam
menyebut suku kata khususnya apabila menyebut suku kata yang lebih mencabar. Pastinya pelbagai kaedah telah
digunakan bagi mencapai matlamat tersebut. Namun apabila PDPR ini dilaksanakan maka kaedah pengajaran lama
perlu diubah serta disesuaikan terutama apabila interaksi hanya berlaku di alam maya. Justeru kajian dadu ajaib
telah direka bagi membantu murid meningkatkan penguasaan dalam ejaan suku kata tertutup. Eleman pembelajaran
berdasarkan projek oleh murid di rumah perlu dilaksanakan bagi menghasilkan bahan yang akan digunakan dalam
aktiviti dadu ajaib ini. Segala maklumat projek diterangkan dalam bentuk digital oleh guru sebagai panduan
murid dan ibu bapa di rumah. Hasil projek hendaklah dirakam dan dihantar untuk rujukan guru. Kesimpulannya,
dadu ajaib ini membantu dalam meningkatkan tahap kemahiran suku kata tertutup murid. Murid lebih seronok dan
menunjukkan reaksi terujaan apabila menjalankan aktiviti ini.
Kata Kunci/ keywords: (penguasaan jawi, suku kata tertutup, PDPR)

CHANNEL MIFTAH DALAM MEMANTAPKAN PdPR PQS PELAJARTINGKATAN 5
Pn. Fatimah bt Awang

[email protected]
SMA Persekutuan Labu, Negeri Sembilan

ABSTRAK
Pdpr dalam talian merupakan satu cara bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan
dalam suasana pandemik. Anjakan ke 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bertujuan
meningkatkan kemahiran ict. Kemahiran teknologi ini selaras dengan perkembangan teknologi terkini yang perlu
digarapkan bagi menjayakan aspirasi pendidikan. Penggunaan pelantar digital ini sesuai dengan generasi alpha
yang berkemahiran dalam teknologi digital. Walaupun sebelum ini guru telah mengguna pelbagai aplikasi terkini
seperti powtoon, vyond dan telegram tetapi masih belum mencapai tahap kepuasan kerana kandungan sukatan
tidak dapat di sampaikan sepenuhnya. Inovasi Channel Miftah tercetus bagi meningkat dan memperbaiki mutu
penyampaian pdpc. Inovasi ini di perkenalkan kepada murid tingkatan 5 di SMA Persekutuan Labu , Negeri
Sembilan. Penggunaan channel ini dapat memudahkan murid belajar mata pelajaran PQS dengan baik. Rasional
inovasi ini dijalankan kerana terdapat sebilangan murid tidak dapat mengikuti pdpr dalam talian secara “google
meet” kerana pelbagai halangan yang mereka hadapi . Inovasi ini juga membantu memendekan masa murid
menjalanipdpr dalam talian secara “google meet“. Selain itu Channel Miftah ini juga menyediakan soalan latihan
pengukuhan maklumat tambahan mengenai matapelajaran ini.
Kata Kunci : Aplikasi Channel Miftah , PdPR PQS

82

KAD LEKAT SHiAR : INOVASI BAHASA ARAB DALAM MENULIS
DAN MENYAMBUNG HURUF HIJAIYAH TUNGGAL
Mohammad Haafiz bin Ahmid1
1SK Dampirit Kudat Sabah
1Email: [email protected]
Abstrak

Kemahiran menulis dan menyambung huruf hijaiyah tunggal merupakan kemahiran yang penting dalam
pembelajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah rendah. Namun, masih ada sebahagian murid yang kurang mahir
membentuk perkataan betul daripada huruf hijaiyah tunggal. Justeru, invosi kad lekat SHiAR diperkenalkan untuk
meningkatkan kemahiran menulis dan menyambung huruf hijaiyah tunggal Bahasa Arab dalam kalangan murid.
Selain itu, ia berpotensi mengembalikan keseronokan belajar Bahasa Arab yang semakin berkurangan di kalangan
murid. Teori pembelajaran masteri bertindak sebagai panduan kajian. Reka bentuk kuantitatif digunakan dalam
menentukan keberkesanan inovasi ini. Ujian pra dan pasca bertindak sebagai kaedah utama pengumpulan data
kajian. Seramai 10 orang murid tahun tiga yang kurang mahir menulis dan menyambung huruf hijaiyah tunggal
Bahasa Arab merupakan murid sasaran dan dipilih secara pensampelan bertujuan. Data ujian pra dan pasca yang
telah dianalisis menerusi statistik min, graf bar dan ujian-t Wilcoxon telah mendapati peningkatan min ujian pasca
berbanding ujian pra dan ujian-t Wilcoxon menunjukkan perbezaan signifikan yang sederhana namun positif.
Dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan kad lekat SHiA R dapat meningkatkan kemahiran menulis dan
menyambung hurufhijaiyah Bahasa Arab dalam kalangan murid. Justeru, ia menjadi petunjuk penting kepada guru
Bahasa Arab untuk merancang dan melaksanakan berbagai inovasi dan aktiviti dalam usaha meningkatkan prestasi
murid sekali gus menjadikan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab lebih menyeronokkan.
Kata Kunci/ keywords: (Kad Lekat SHiAR, kemahir an menulis dan menyambung, Bahasa Ar ab, huruf
hijaiyah tunggal)

INOVASI E-JAWEE
MAZLI BIN MD ZAIN@ZAKARIA

[email protected]
SK Tanjung Aru II
ABSTRAK

Merujuk rekod pencapaian program j-Qaf mendapati 5 orang murid dalam kelas yang diajar gagaluntuk membaca
jawi dalam tempoh yang ditetapkan. Kelakuan mereka dalam kelas semasa sesi PDPC dan di rumah semasa PDPR
seolah-olah mereka tidak berminat untuk belajar Jawi. Punca masalah yang dikenalpasti adalah kerana mereka
masih lagi gagal untuk mengenal huruf-huruf jawi tunggal yang menjadi tambahan kepada huruf-huruf hijaiyyah
yang sedia ada dengan kaedah konvensional. Oleh itu, maka satu program yang berbentuk pengajaran yang selari
dengan penerimaan murid dengan mengambil kira dari sudut kemenarikan bahan, penyusunan penyampaian dan
kebolehhasilan impak yang segera. Hasil daripada diagnostik pra mendapati bahawa 5 orang murid tersebut tidak
dapat mengenal keseluruhan huruf jawi tambahan tersebut. Hasil daripada pengkajian ini maka dibangunkan satu
kaedah yang dinamakan sebagai e-Jawee. Dapatan yang terhasil setelah kaedah tersebut diaplikasikan dalam
program tersebut secara PDPC dan PDPR (Norma Baharu) dalam bulan Mac 2020 sahaja, mereka semua dapat
menyebut huruf tunggal jawi tambahan dengan lancar. Dapatan Diagnostik pos mendapati 5 orang murid ini lulus
100% dalam ujian menyebut kesemua huruf tunggal jawi tambahan. Cadangan penambahbaikan kaedah ini ialah
meneruskan pembangunan inovasi e-Jawee ini kepada cara cepat murid untuk menguasai asas pembacaan jawi
berasaskan kiasan baris dalam masa 3 hari sahaja.

83

JAWI BINTANG HATIKU
Mazzelli bin Kasimin

Dip.NPQEL.IAB, B.a (Hons).Edu,MEM.UMS
Guru Besar

Sk.Pekan Keningau II, Peti Surat 1517, 89007 Keningau.
[email protected]
Abstrak

Refleksi selepas pengajaran bersemuka, penyelidik mendapati seramai 7 orang murid daripada9 orang murid tahun
1 sukar mengenal pasti 37 huruf jawi tunggal yang disebut secara rawak menggunakan Carta Huruf Jawi sebagai
bahan bantu mengajar. Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ( PdPR), penyelidik telah membangunkan
bahan bantu mengajar Cd Multimedia Interaktif Jawi Bintang Hatiku yang berkonsepkan Pembelajaran Abad Ke21
(PAK21). Inovasi baharu ini memberi fokus terhadap 37 asas huruf jawi tunggal dan menggunakan teknik warna
untuk memperkenalkan huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh bersambung dengan huruf jawi yang lain.
Inovasi tersebut menggabungkan dua kaedah iaitu kaedah pengajaran multimedia interaktif yang berpusatkan
bahan bagi menggantikan kaedah talaqqi musyafaha (menyebut ikut bacaan guru) semasa bersemuka dan Carta
Huruf Jawi sebagai bahan bantu mengajar. Sebelum menggunakan bahan inovasi penyelidik telah mengadakan
ujian pra dan hasil analisis ujian pra, penyelidik mendapati seramai 7 orang murid tidak dapat menguasai 37 huruf
jawi tunggal. Selepas menggunakan bahan inovasi, penyelidik mendapati hasil dapatan analisis ujian pasca telah
meningkat dan seramai 9 orang murid sekurang-kurangnya telah memperolehi tahap pencapaian 3( TP3 ).
Peningkatan pencapaian tersebut telah menunjukkan bahawa bahan inovasi ini telah dapat menarik minat murid
untukmenguasai 37 huruf jawi tunggal dan memperbaiki kaedah pengajaran guru.
Kata Kunci : Multemedia, Interaktif, huruf jawi, minat.

MEMUDAHKAN PEREKODAN PERKEMBANGAN BACAAN IQRA’DAN AL-QURAN MURID
SEMASA TASMIK MENGGUNAKAN INOVASI e-SOFHAH

Sekolah Kebangsaan Membedai,Wilayah Persekutuan Labuan

Ketika negara menghadapi situasi pandemik COVID-19, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh negara dan
masyarakat bagi menghadapi situasi yang tidak dijangka ini yang memaksa negara

dan murid juga turut merasai perubahan yang berlaku akibat pandemik ini. Tasmik merupakan
kompenen wajib bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah untuk membimbing dan merekodkan
perkembangan bacaan Iqra’ dan Al-Quran murid agar boleh mengkhatamkan Al-Quran dengan baik .Kertas kerja
ini bertujuan untuk memudahkan perekodan bacaan Iqra’

berlangsung secara konsisten dan teratur. Malaysia bagi meneruskan dan memudahkan tasmik

Kata Kunci: Mudah,merekod,tasmik,inovasi,e-sofhah

84

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG SUKU KATA DALAM
TULISAN JAWI TERHADAP5 ORANG MURID TAHAP 1 DENGAN MENGGUNAKAN ‫ ڤ‬- JAWI

Mohd Zulfikar Bin Hartawan,
Datu Muhammad Nazib Bin Datu Kasim,

Muhammad Najib Bin Mohd Jamil
SK KUAMUT WDT 22, 90200 KINABATANGAN.

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti keberkesanan terhadap kemahiran menyambung sukukata dalam
tulisan jawi. Sasaran kajian terdiri daripada 5 orang murid tahap 1 Sekolah Kebangsaan Kuamut, Kinabatangan.
Tinjauan awal menunjukkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid ialah muridtidak dapat menguasai kemahiran
menyambung suku kata dalam tulisan jawi. Untuk mengatasi masalah ini kami telah hasilkan satu inovasi yang
diberi nama ‫ ڤ‬- Jawi untuk membantu murid menguasai kemahiran menyambung suku kata dalam tulisan jawi.
Instrumen kajian yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan ujian pos. Data yang dikumpul akan diproses
dengan menggunakan perisianMicrosoft Excel versi 2010 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan purata
markah. Ujian Pos menunjukkan peningkatan sebanyak 66% daripada 26% kepada 92% selepas intervensi
dijalankan. Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan ‫ ڤ‬- Jawi ber kesan dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran menyambung suku kata dalam tulisan jawi dalam bidang Jawi mata pelajaran Pendidikan Islam.
Kata Kunci : ‫ ڤ‬- Jawi, Suku Kata, Tulisan Jawi.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA
ARAB MENGGUNAKAN KAEDAH ‘PENUNJUK ABU’ BAGI MURID TAHUN 6 BESTARI,

SK MOOK KINARUT, PAPAR, SABAH
Nurul Farhanah binti Malai Ali
SK Mook Kinarut, Papar, Sabah
[email protected]
Abstrak

Kemahiran membaca merupakan asas kepada pemerolehan maklumat. Namun, perkara tersebut tidak dapat
direalisasikan sekiranya asas membaca iaitu menyebut baris bunyi perkataan dalam Bahasa Arab tidak dikuasai.
Tinjauan awal telah mengenal pasti bahawa 5 orang murid Tahun 6 Bestari gagal dalam ujian bacaan (tasmik)
akibat masalah tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menangani isu menyebut baris bunyi perkataan Bahasa
Arab dengan memperkenalkan satu kaedah baru yang dikenali sebagai ‘Penunjuk ABU’. Penunjuk ABU ialah
penunjuk arah dan bunyi. Penunjuk dan perkataan Bahasa Arab akan dipamerkan dan murid menyebut baris bunyi
mengikut arah penunjuk tersebut. Ujian pos yang dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian bacaan
berbanding sebelumnya. Pemerhatian juga menunjukkan kaedah ini membantu murid membunyikan perkataan
dengan betul. Dapatan kajian soal selidik memperoleh min 4.00 iaitu tahap tinggi bagi aspek minat dan kesesuaian
kaedah. Temu bual dengan murid juga merumuskan mereka setuju bahawa Penunjuk ABU memudahkan mereka
menyebut perkataan Bahasa Arab. Implikasinya, Penunjuk ABU memberi pengetahuan baharu kepada guru dari
aspek keperluan pembelajaran murid yang mempunyai pelbagai aras kebolehan dan membantu menambah baik
amalan di dalam kelas.
Kata Kunci: Tasmik, Penunjuk ABU, baris bunyi

85

PENGGUNAAN INOVASI KAD WASAL FAKASDHAM TERHADAP TAHAP
PENGUASAAN DALAM MEMBEZAKAN SEBUTAN HURUF HIJAIYYAH

BERSAMBUNG BERBARIS FATHAH, KASRAH DAN DHAMMAH DIKALANGAN
MURID TAHUN 6 SK PEKAN DUA.
NURULHUDA BINTI MOHD DERUS
SK PEKAN II W.P LABUAN
[email protected]
ABSTRAK

Dalam kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana penggunaan Kad Wasal FaKasDham dapat membantu murid
Tahun 6 seramai 10 orang iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan di SK Pekan II, WP Labuandalam membezakan sebutan
Huruf Hijaiyyah bersambung berbaris Fathah, Kasrah Dan Dhammah. Selain itu, ia juga untuk melihat sejauhmana
penggunaan kad ini dapat menarik minat murid untuk membaca dan mempelajari Iqra’ serta keberkesanan inovasi
kad ini dalam membantu murid lemah untuk mengenal huruf hijaiyah bersambung yang terdapat dalam Iqra’.
Fokus utama bahan ini dikhususkan kepada murid ditahap sederhana yang telah mengenal huruf hijaiayah alif
hingga ya. Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah bertujuan kerana timbul kesedaran terhadap masalah yang
di hadapi dalam mengajar mata pelajaran ini ialah memastikan murid-murid boleh mengingati dan membunyikan
28 huruf berbeza baris atas (fathah) bawah (kasrah) dan hadapan (dhammah). Tambahan juga, murid tidak dapat
membezakan sebutan huruf hijaiyyah alif hingga ya bersambung berbaris fathah, kasrah dan dhammah serta murid
tidak mengenal huruf hijaiyah bersambung apabila berubah wajah. mengenal huruf serta baris dengan lebih cepat
untuk menguasai bacaan Alquran.Bagi objektif kajian ini pula ialah membantu murid mengenal huruf hijayah
wasal berbaris Fathah, Kasrah Dan Dhammah alif hingga ya, membantu murid membaca perkataan yang
mengandungi huruf hijaiyah wasal berbaris Fathah, Kasrah Dan Dhammah serta meningkatkan kemahiran murid
dalam membezakan huruf hijaiyah wasal berbaris Fathah, Kasrah dan Dhammah pada kedudukan awal, tengah
dan akhir perkataan dengan menggunakan Kad Wasal FaKasDham. Pelaksanaan kajian melalui 4 fasa iaitu fasa
merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Seramai 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan yang
menjadi responden telah memberi kerjasama yang baik sepanjang kajianIqdijalankan. Dapatan kajian melalui dari
pelbagai kaedah iaitu daripada ujian bacaan, pemerhatian serta dari hasil temubual murid. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa penguasaan murid menunjukkan peningkatan bacaan murid daripada Iqra’ 2 ke tahap
seterusnya iaitu Iqra 3 dalamtempoh 3 bulan pertama dari Januari hingga Mac. Guru merupakan faktor utama yang
menyumbang kepada kecemerlangan murid dalam akademik. Oleh yang demikian, setiap guru perlu meningkatkan
penguasaan dan kemahiran PdP di dalam kelas melalui penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan
bantu mengajar yang menarik dan sistematik akan dapat membantu murid meningkatkan tahap kefahaman dan
kemahiran pada setiap isi pelajaran melalui penyampaian yang berkesan seorang guru. Kajian ini telah dijalankan
terhadap murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran IQRA’. Oleh yang demikian, diharap kajian
seterusnya dapat dijalankan terhadap dengan kumpulan sasaran lain yang lebih ramai melalui sebar luas kepada
sekolah lain supaya hasil dapatan kajian lebih besar dan meningkatkan kebolehpercayaan serta kesahan sesuatu
kajian.
Kata Kunci: Kaedah Pengajaran, Kad Wasal FaKasDham, Iqra’, Huruf Hijaiiyah Bersambung

86

‘FINGER NUN’: SATU KAEDAH INOVASI UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID DALAM PEMAHAMAN HUKUM TAJWID NUN MATI DAN TANWIN.
Nor Azlinda Binti Abdul Aziz
Siti Aminah Binti Samsudin
Ahmad Rizal Bin Romzi
SMK. Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
SMK Rancha-Rancha, Labuan.
SMK. Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
[email protected]
[email protected]
[email protected]

ABSTRAK

‘FINGER NUN’ merujuk kepada satu pendekatan pembelajaran Hukum Tajwid Nun Mati dan Tanwin yang
diaplikasikan dalam beberapa bentuk BBM seperti bahan grafik lakaran tangan manusia, plastik tangan , kalender
dan penanda buku. Beberapa maklumat ringkas, tepat dan jelas berkaitan hukum Nun Mati dan Tanwin dilabelkan
di atas lakaran tangan tersebut. Rasional pemilihan tangan manusia adalah kerana bertepatan dengan bilangan hukum
Nun Mati dan Tanwin iaitu; 5 hukum merujuk kepada 5 jari manusia. Seterusnya, persembahan grafik yang berwarna
warni dihasilkan agar maklumat hukum tajwid ini mudah difahami dan dikuasai oleh murid. Penggunaan bahan
cetak bergrafik ini akan lebih efektif apabila guru dan murid memainkan peranan dalam memainkan jari jemari
secara berselang seli untuk menguasai hukum tajwid tersebut. Pada awalnya, inovasi BBM ‘FINGER NUN’ ini
dihasilkan oleh murid dengan melakarkan model tangan mereka sendiri dan melabel nota ringkas di atas tangan
tersebut. Kemudian, bahan bantu mengajar ini dimurnikan dengan penggunaan sarung tangan plastik yang dilabel
oleh murid dan disarungkan ke tangan agar dapat mengaplikasikan kaedah ‘FINGER NUN’ secara hand mnemonics.
Kemudian telah ditambah baik lagi dengan penghasilan Kalender ‘FINGER NUN’, penanda buku dan akhir sekali
dalam bentuk bahan video digital (Kartun animasi pelaksanaan ‘FINGER NUN’). Inovasi hukum tajwid ‘FINGER
NUN’ ini diilhamkan atas inisiatif guru dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum Pendidikan
Islam dan penambahbaikan kaedah pembelajaran hukum tajwid secara konvensional kepada sesuatu kaedah yang
lebih menarik dan efektif. Ini bertepatan dengan kewajipan semua umat Islam mempelajari hukum tajwid bagi
memperelokkan bacaan mereka. Ciri khas inovasi BBM ini ianya ringkas, unik, istimewa, kreatif dan mudah untuk
dikuasai oleh murid. Pembelajaran yang menyeronokkan dan senang difahami serta pengajaran berpusatkan murid
dan bahan (Akses Kendiri). Kaedah menggunakan tangan dengan menggerakkan jari jemari seolah-olah seperti
senaman tangan yang menyeronokkan. Keberkesanan penggunaan BBM sebegini turut diakui oleh Robert E.Slavin
(1997), pedagogi itu adalah sebagai penghubung di antara apa yang guru mahu pelajarnya belajar dengan
pembelajaran sebenar yang pelajarnya akan peroleh. Dalam konteks ini, guru harus lebih peka dan kreatif untuk
mengaplikasikan ilmu serta kreatif untuk mengaplikasikan ilmu pedagogi dalam pengajaran mereka agar ianya
bersesuaian dengan keadaan pembelajaran pelajar dan akhirnya dapat mencapai objektif pengajaran. Ini bermakna
guru sentiasa aktif dalam merancang strategi pengajaran al-Qur’an dengan memasukkan elemen tajwid secara
kendiri. Secara konklusinya, BBM inovasi yang dihasilkan ini memudahkan dan memotivasikan pelajar untuk
belajar dan menguasai kemahiran hukum tajwid dengan lebih baik. Justeru, ia dapat diaplikasikan dalam pembacaan
al-Qur’an umumnya dan dapat menjawab soalan SPM kertas 2 Pendidikan Islam secara khususnya.
Kata kunci:‘FINGER NUN’, Jari jemari, Nun Mati, Tanwin, Kalender

87

KAD RODA CINTA JAWI

RUBIAH BINTI ADUN@ HAMZASIN
Sekolah Kebangsaan Luagan,Peti Surat 193,

89008, Keningau Sabah.
[email protected]

Abstrak

Semasa pengajaran dan pembelajaran Jawi dijalankan di dalam bilik darjah terdapat 24 orang murid Islam Tahun 2
Cekap menunjukkan kelemahan yang sangat ketara dalam menyambung dan menulis huruf Jawi dengan betul.
Punca utama dalam masalah penguasaan ini adalah kebanyakan murid Islam Tahun 2C masih tidak mengenal huruf
Jawi yang boleh bersambung dan tidak boleh bersambung. Mereka masih tidak dapat membezakan huruf yang
boleh bersambung dan tidak boleh bersambung. Dalam hal ini, mereka sekali gus tidak mampu menyambungkan
huruf Jawi dengan cara yang betul. Maka untuk mengatasi masalah tersebut penyelidik telah membuat satu inovasi
iaitu kad huruf Jawi boleh bersambung dan tidak boleh bersambung yang memasukkan unsur simbol dan warna
disertai dengan siri latihan menyambung huruf dan menulis huruf secara berkumpulan dan individu. Daripada ujian
pra yang dijalankan 10 daripada 24 orang murid Islam Tahun 2 Cekap gagal membezakan huruf Jawi boleh
bersambung dan tidak boleh bersambung. Mereka juga gagal menyambungkan beberapa huruf membentuk
perkataan. Simbol dan warna merupakan bahasa yang berupaya mengekspresi emosi dan kunci perkembangan.
Dalam kata lain, warna dan simbol merupakan salah satu cara kita mengingatisesuatu perkara. Maka bahan inovasi
Kad Roda Cinta Jawi yang memasukkan unsur simbol dan warnadiperkenalkan telah dapat membantu murid Islam
Tahun 2 Cekap membuat pengamatan dan mengingati huruf-huruf Jawi yang boleh bersambung dan tidak boleh
bersambung. Apabila murid Islam Tahun 2 Cekap dapat membezakan huruf boleh bersambung dan tidak boleh
bersambung secara tidak langsung mereka dapat menulis huruf bersambung dengan cara yang betul. Ujian Pasca
yang dijalankan ke atas 10 orang murid Islam Tahun 2C menunjukkan peningkatan dan mencapai markah 60 hingga
95 peratus. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa kemahiran murid dalam menulis Jawi dapat
ditingkatkan dengan penggunaan bahan inovasi Kad Roda Cinta Jawi.
Kata kunci: jawi, murid, lemah, simbol, warna

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF JAWI TUNGGAL MENGGUNAKAN
‘KAD DWI MUKA’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1

Nurul Sharmila Bt Jumana
SK Tandek, Kota Marudu, Sabah

[email protected]
Abstrak

Pada masa kini, penguasaan murid dalam tulisan jawi semakin rendah. Murid mempunyai sikap negatif terhadap
tulisan jawi seperti susah dipelajari. Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf
jawi tunggal dan meningkatkan minat murid terhadap tulisan jawi. Model kajian yang telah digunakan di dalam
kajian ini ialah Model Kajian John Elliot (1991). Seramai lima orang murid Tahun 1 yang mempunyai masalah
menulis huruf jawi tunggal dengan betul dan berpencapaian paling rendah, telah dipilih secara persampelan
bertujuan. Senarai semak, kertas ujian dan protokol temubual separa berstruktur digunakan sebagai instrumen
untuk mendapatkan data kajian. Kemudian data dianalisa menggunakan kekerapan, gred pemarkahan dan
transkripsi temubual. Pengkaji menggunakan satu bahan bantu mengajar yang dinamakan ‘Kad Dwi Muka’ sebagai
satu langkah alternatif bagi membantu murid menguasai kemahiran menulis huruf jawitunggal dalam tempoh masa
yang singkat. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan kemahiran murid dalam menulis huruf jawi tunggal.
Minat murid terhadap tulisan jawi juga dapat ditingkatkan. Adalah diharapkan agar guru-guru Pendidikan Islam
Tahun 1 dapat sama-sama menggunakan bahan bantu mengajar ‘Kad Dwi Muka’ ini dalam pengajaran dan
pembelajaran bidang pelajaran jawi di sekolah. Ianya bagi membantu murid agar dapat menulis huruf jawi tunggal
dengan betul dan kemas serta meningkatkan minat murid terhadap tulisan jawi.
Kata kunci: Kemahiran menulis, huruf jawi tunggal, ‘Kad Dwi Muka’

88

PI E-SOLAT LEARNING
PUAN SAKINAH BINTI ITHNIN
CIK NUR AFIQAH SYAMINI BINTI ABDUL MUMIN
PUAN NUR SUHAILI BINTI CHE GHANI
PUAN NOR AZLINDA BINTI ABDUL AZIZ
PROFESSOR MADYA DR. SABARIAH BTE SHARIF
DIPLOMA PENGAJIAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Abstrak
Kajian yang dilaksanakan ini, bertujuan untuk mengkaji peningkatan motivasi pelajar dalam penguasaan rukun
Qalbi, Qauli dan Fili dalam ibadat solat, sebelum dan selepas menggunakan inovasi yang dibangunkan iaitu PI E-
SOLAT LEARNING yang merupakan satu pembelajaran interaktif untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah
Menengah. Model Pembelajaran Addie, Model David Merrill dan Model Gagne menjadi asas kepada
pembangunan inovasi ini. Metodologi kajian ini adalah tinjauan secara kuantitatif deskriptif, dengan 140 orang
sampel daripada pelajar sekolah Menengah yang dikaji. Instrumen kajian, menggunakan borang soal selidik yang
dibina melalui google form secara online berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Inovasi PI E-Solat
Learning diedarkan kepada pelajar menggunakan link melalui aplikasi whatapps. Analisis kajian menggunakan
perician SPSS dengan kebolehpercayaan Alpha Cronbach. Hasil kajian, tahap motivasi dalam menunaikan solat
(N=40, min=5.03, Sd=.276). Ini menunjukan penggunaan PI E-SOLAT LEARNING dapat meningkatkan tahap
motivasi pelajar dalam menunaikan solat penuh 5 waktu sehari semalam. Manakala, bagi membantu motivasi
menunaikan solat ialah (N=40, min=2.15, Sd=1.388). Selepas menggunakan PI E-SOLAT LEARNING, responden
mula menunjukkan minat dalam menunaikan solat. Secara tidak langsung, membuktikan pembelajaran secara
interaktif menggunakan PI E-Solat Learning sangat membantu pelajar menguasairukun qalbi, qauli dan fi’li dengan
berkesan dan bermakna. Manakala, kebolehgunaan dari aspek hasil pembelajaran mendapati bahawa (min=4.55,
Sd=.504) iaitu dapat mencapai objektif pengajaran dengan cemerlang apabila pelajar dapat menguasai topik Solat
dengan jelas. Maka, aplikasi PI E-Solat Learning sesuai diguna pakai sebagai bahanbantu mengajar (BBM) dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana dapat menarik minat pelajar terlibat secara aktif dalam
pembelajaran dan mampu mencipta suasan pembelajaran yang konduksif selaras dengan pembelajaran Abad 21.
Kata Kunci: Pembelajar an Inter aktif, Motivasi Dir i Pelajar , Rukun solat Qalbi,Qauli dan Fi’li.

89

KAD FAMUN(MEMBANTU MENGINGAT DAN MENYEBUT BUNYI HURUF BERBARIS
MENGGUNAKAN GERAKAN MULUT)
Sarinah@ Sharie Binti Sabli
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
[email protected]
Abstrak

Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertujuan untuk membantu murid mengingat dan menyebut bunyi huruf
hijahiyah berbaris menggunakan gerakan mulut dengan betul.Walaupun murid berada di tahun 6 ,masih terdapat
kekeliruan dan tidak menguasai sebutan bunyi huruf dengan betul dan baik.Kekeliruan ini berlaku semasa hendak
menyebut bunyi huruf berbaris dengan betul.Inovasi ini juga membantu murid menyebut huruf berbaris dengan
cepat.Sebelum inovasi ini dihasilkan murid tidak boleh mengingat huruf hijahiyah dengan betul dan tidak boleh
menyebut bunyi huruf dengan betul mengikut baris.Berdasarkan analisis majoriti murid tersebut berada di Iqra 3
yang sepatutnya tidak lagi mempunyai masalah menyebut dan mengingat bunyi huruf berbaris.Bermula
daripada isu tersebut,maka terhasilnya bahan inovasi ini dan saya mengambil inisiatif untuk menggunakannya di
dalam kelas matapelajaran Khatam Al-Quran tahap 2 dan tahap 1 sebagai bahan bantu mengajar serta kelas
tasmik.Setelahmenggunakan bahan ini ,beberapa isi serta masalah dapat ditangani seperti murid-murid yang lemah
mengingat dan menyebut huruf hijahiyah berbaris dapat menyebut dengan cepat dan betul dalam tempoh 30
minit.Bahan ini juga dapat membantu murid-murid yang masih di tahapIqra 1,2 dan 3.Bahan inovasi ini juga dapat
meningkatkan kualiti bacaan Iqra.
Kata Kunci: mengingat,menyebut,Huruf Hijahiyah berbaris,Iqra

ZARIZI BIN WAHID
SMK ISKANDAR SHAH, JASIN MELAKA

[email protected]
ABSTRAK JJ FASTRACK
INNOVATION AND CREATIVITY
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah mengeja dan menulis jawi bagi
Matapelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 3 dalam Pdpc. Tinjauan awal mendapati tahap pemahaman murid yang
sangat rendah, dan ditambah pula dengan kaedah pengajaran yang kurang interaktif. Ini merupakan faktor kepada
kurangnya kemenjadian murid dalam mengeja dan menulis jawi. Kajian ini dijalankan kepada 27 orang murid
menengah rendah (Tingkatan 3) SMK Iskandar Shah. Pelaksanaan kajian tindakan ini berjaya dijalankan dengan
menggunakan ABM Inovasi “JJ FASTRACK” yang merupakan satu kaedah pembelajaran santai dan
menyeronokkan kerana murid boleh laksanakan dengan cara kendiri juga diselitkan elemen teknologi moden
seperti penggunaan QR Code dengan akses internet. Kaedah permainan yang digunakan ini adalah seperti kaedah
Jari Tajwid dan Wheel Of Fortune namun ianya diinovasikan dengan cara dan keistimewaan tersendiri di mana
murid memutarkan bulatan dan apabila jarinya menunjukkan arah , maka semua pelajar dikehendaki menjawikan
perkataan tersebut. Penilaian betul atau salah adalah merujuk kepada aplikasi Rumi ke Jawi. Kad Bonus JJJ / FJJ /
PJJ juga disediakan dengan akses permainan dalam dalam talian yang lebih menarik. Sebelum bermain, murid
dikehendaki menghafaz 6 kaedah utama dalam bentuk nyanyian. Murid diberi penghargaan dengan diberi ganjaran
berbentuk pingat Gangsa, Perak, Emas dan Platinum. Ujian Pra menunjukkan seramai 27 murid gagal dalam ujian
yang dijalankan. Namun prestasi murid bertambah baik dalam Ujian Pos di mana tiada seorang pun yang gagal
bahkan 9 murid telah mendapat gred B dan 5 mendapat gred A. Jika murid menggunakan kaedah ini secara
berterusan, pasti murid tersebut semuanya akan memperoleh A dalam ujian dan penilaian. Inovasi “JJ
FASTRACK” ini memberi impak yang sangat positif dan menjadikan Pdpc terbeza dan seterusnya meningkatkan
motivasi mereka secara istiqamah dalam pembelajaran.

90

91

APLIKASI KAEDAH FUZZY DELPHI DALAM FASA REKA BENTUK MODUL ROBOT M-SOLAT
Siti Fauziah Mohd Amin1
Sabariah Sharif 2
Muhamad Suhaimi Taat3
Mad Nor Madjapuni4
Muralindran Mariappan5

1SMK Membakut, Beaufort,Sabah, Malaysia
234Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

5Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
1Email: [email protected]

2345Email: [email protected], [email protected],[email protected], [email protected]
Abstrak:

Reka bentuk suatu inovasi baru yang menggunakan kajian Penyelidikan Rekabentuk dan Pembangunan (PRP)
lazimnya memerlukan konsensus panel pakar dalam bidang tertentu. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat
digunakan untuk mendapatkan konsensus panel pakar, namun demikian pengkaji perlu memilih kaedah yang
bersesuaian bagi memastikan objektif kajian tercapai. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan kaedah Fuzzy
Delphi bagi mendapatkan konsensus panel pakar dalam bidang Pendidikan Islam, psikologi pendidikan,
pembangunan modul, dan teknologi pendidikan untuk mendapatkan komponen-komponen yang perlu digunakan
dalam fasa reka bentuk Modul Robot M-Solat yang dibangunkan khusus untuk Pembelajaran dan Pemudahcara
(PdPc) solat fardu tingkatan satu. Hasil kajian menunjukkan item-item dalam komponen-komponen yang
dicadangkan dalam Borang Soal Selidik Fuzzy Delphi untuk reka bentuk Modul Robot M-Solat adalah menepati
syarat nilai ambang dan peratus konsensus panel pakar yang ditetapkan dalam kaedah Fuzzy Delphi. Penggunaan
kaedah Fuzzy Delphi ini membolehkan objektif kajian dicapai melalui konsensus panel pakar yang dilantik
bersesuaian dengan kriteria pemilihan pakar dan bidang kajian. Oleh itu, kajian ini mencadangkan kepada pengkaji
akan datang untuk menggunakan kaedah Fuzzy Delphi untuk mendapatkan konsensus panel pakar khususnya
dalam kajian melibatkan reka bentuk sesuatu inovasi baru.
Kata Kunci: Fuzzy Delphi, Modul, Tingkatan Satu

92

TIK TOK : KEBERKESANANNYA DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)
BAHASA ARAB

Hamzurinawati Bt Halim @ Abd Halim
Sekolah Kebangsaan Lormalong,Kunak
[email protected]
ABSTRAK

Kajian Tindakan adalah penyelidikan ringkas yang diperkenalkan di peringkat sekolah. Ia bertujuan untuk
memastikan penyelidikan yang dijalankan dapat membentuk profesionalisme dalam kalangan guru-guru. Dengan
membuat kajian tindakan, saya dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara
profesional. Melalui kajian tindakan ini juga,saya berupaya untuk menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan
dalam menyampaikan pengajaran di samping membuat perubahan dalam penambahbaikan Pdpc. Selain itu juga,
kajian ini memberi ruang kepada saya untuk berkongsi maklumat dan memperkembangkan idea. Untuk mata
pelajaran Bahasa Arab, kebanyakkan murid menganggapnya sebagai mata pelajaran yang sangat susah
sebagaimana mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kajian peringkat awal telah dilaksanakan melalui beberapa proses
seperti semakan kerja murid,soal selidik, pemerhatian,ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan penelitian, didapati
murid kurang mahir untuk membaca dan menulis perkataan. Terdapat juga murid yang lemah sukar untuk
mengingati perkataan yang sudah dipelajari ekoran tidak dapat mengenal huruf Hijaiyyah Arab. Kemahiran
membaca dan menulis sangat penting bagi setiap murid untuk menguasai Bahasa Arab. Untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh murid 3 Bestari di dalam mengenal perkataan Bahasa Arab, saya cuba memikirkan cara terbaik
yang dapat menarik minat murid-murid lemah. Dengan cara menarik minat murid, ia juga dapat memberi
keseronokan kepada semua murid di samping membantu murid untuk menguasai dalam mengenal perkataan
Bahasa Arab. Saya telah menggunakan kaedah Tik Tok untuk menarik minat murid lemah. Terdapat seramai 16
orang murid serta seorang guru terlibat didalam kajianini. Seramai dua belas orang murid yang terlibat merupakan
murid yang tidak mengenal langsung huruf hijaiyyah arab. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh
sebulan. Aktiviti ini dijalankan selama 30 hingga 60 minit mengikut jadual waktu kelas iaitu pada setiap hari Selasa
dan Khamis. Aktivitidijalankan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dalam silibus kementerian. Keputusan ujian
pra dan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid lebih berminat pada mata pelajaran Bahasa
Arab apabila menggunakan kaedah ini. Hal ini kerana ia lebih menarik dan menyeronokkan. Pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah Tik Tok perlu dikekalkan agar murid lebih berminatuntuk mempelajari Bahasa
Arab terutama dalam mengenal huruf dan perkataan. Melalui kaedah ini juga murid lebih ceria dan memberi
kerjasama semasa pengajaran dan pembelajaran di samping berlakunya peningkatan dalam mengenal dan
menyebut perkataan dalam Bahasa Arab.
Kata kunci:Tik Tok,Kajian Tindakan,Kualiti,Profesional,Penambahbaikan Pdpc

93

PENGARABAN NAMA PELAJAR DI PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA, UMS
1ASIAH ABAS

2NOOR FADILAH DAWI
1&2Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

[email protected]
[email protected]

Abstrak
Nama mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan seorang insan. Nama melambangkan identiti yang dapat
menggambarkan agama, tradisi, sejarah dan budaya masyarakat tertentu. Bagi masyarakat Muslim, pemilihan nama
yang baik merupakan tuntutanagama sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis. Nama bukan sahaja
menjadi panggilan ketika di dunia malah juga di akhirat kelak. Nama yang indah pada sebutan dan makna menjadi
hadiah istimewa dan doa sepanjang hayat seseorang. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah masyarakat Muslim
khususnya di Malaysia menggabungkan unsur bahasa Arab dengan sistem nama Melayu kerana beranggapan
penggunaan nama Arab adalah lebih bersifat islamik dan menepati tuntutan agama. Justeru, kajian ini dilakukan
untuk mengkaji fenomenapengaraban nama dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Bahasa Arab Tahap 2
di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Pemilihan responden adalah berdasarkan ciri-ciri yang utama, iaitu pelajar
yang mengambil kursus Bahasa Arab dan beragama Islam. Kajian menganalisis senarai nama responden yang
dipilih berdasarkan linguistik Arab untuk menentukan bentuk kesalahan nama yang berlaku dengan
mengkhususkan kesalahan dalam aspek morfologi. Borang soal selidik juga diedarkan kepada responden kajian
untuk mengkaji perspektif mereka yang merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan dan kesan
pemilihan nama tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sistem nama pelajar dipengaruhi oleh unsur bahasa
Arab sama ada penggabungan unsur tersebut berlaku secara sebahagian iaitu menggabungkan nama Melayu
dengan Arab atau menggunakan bahasa Arabsepenuhnya. Kesalahan nama dari sudut morfologi adalah disebabkan
oleh kecenderungan ibu bapa memodenkan nama Arab. Pemodenan nama yang ketara berlaku iaitu; pertama,
mempelbagaikan bentuk ejaan nama dengan menggunakan huruf yang hampir sama sebutannya. Kedua,
menambah atau menggugurkan huruf pada nama tanpa melihat pembentukan kata tersebut dalam aspek linguistik
Arab. Kajian juga menjelaskan fenomena pengaraban nama dari sudut perspektif anak yang mengharapkan nama
yang dipilih bukan sahaja indah pada sebutan tetapi juga makna. Nama yang mengandungi kesalahan makna
didapati mempengaruhi keyakinan seseorang ketika memperkenalkan diri.
Kata kunci: Penggunaan nama Ar ab, pengar aban nama, nama Melayu, analisis kesalahan, bahasa Arab

94

PENDIDIKAN AKHLAK MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY DALAM MENDEPANI
CABARAN IR 4.0

Earnie Elmie Hilmi
Pusat Penataran Ilmu dan BahasaUniversiti Malaysia Sabah

[email protected]

Abstrak
Akhlak merupakan aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat muslim tanpa mengira zaman. Ia merupakan
cerminan utama kepada muslim. Kehidupan kini yang mencabar dalam revolusi industri menjadikan masyarakat
berlumba-lumba dalam mencapai kedudukan dalam masyarakat kini yang mementingkan status quo. Disebabkan
perkara begini, terdapat di kalangan ahli masyarakat yang membelakangkan akhlak asalkan status quo yang
diingini dapat dicapai. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana sebagai seorang muslim, individu tersebut
seharusnya menjaga akhlaknya sebagai seorang Muslim atau Muslimah. Jika diselusuri media sosial, kita dapat
melihat runtuhnya akhlak masyarakat Islampada zaman kini dengan pelbagai pelanggaran akhlak sebagai seorang
Islam. Pelanggaran tersebut antaranya ialah seperti pergaulan bebas, berpakaian tidak mencerminkan keperibadian
muslim, melakukan challenge di luar batasan seorang Islam dan seumpama dengannya. Masyarakat kita perlu
diperingatkan kembali dengan pendidikan akhlak Islam. Para sarjana sejak dari dahulu telah menggariskan panduan
pendidikan akhlak kerana akhlak merupakan panduan dalam kehidupan Muslim. Pendidikan akhlak sesuaidengan
setiap zaman kerana bersumberkan al-Qur’an dan Sunnah. Ia bermula dari kecil sehingga dewasa tanpa mengira
zaman. Muhammad Uthman el-Muhammady merupakan antara tokoh tempatan yang telah menggariskan
pendidikan akhlak yang perlu dipraktikkan kepada muslim dalam melayari kehidupan zamanmencabar kini. Kajian
ini menggunakan kaedah kualitatif analisis kandungan, artikel dan buku-buku dari Muhammad Uthman el-
Muhammady akan dianalisis menggunakan kaedah ini. Muhammad Uthman el- Muhammady menjelaskan
pendidikan akhlak yang berdasarkan kepada al-Qur’an dan Sunnah dapat menyelesaikan masalah-masalah akhlak
yang dihadapi oleh manusia dalam semua zaman. Ianya juga dapat menyelamatkan manusia dari cabaran alam
moden yang penuh dengan kepalsuan.
Kata Kunci: Pendidikan, akhlak, cabaran

PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI DALAM NORMA BAHARU DINEGERI SABAH: TINJAUAN
TERHADAP PEMANIS

Awang Abdul Muizz Awang Marusin1
Muhammad Ibrahim Mohd. Nasir2
Suhaineh Sainan2

1 Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang, Sabah
E-mel: [email protected]

2 Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Abstrak: Penular an pandemik COVID-19 membuatkan pendidikan di Malaysia beralih kepada norma baharu.
Kajian ini dibuat bagi menerangkan penambahbaikan dan pembaharuan yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) Sabah dalam melaksanakan Program Adab dan Nilai (ADNI) Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) di peringkat negeri Sabah, menunjukkan keberhasilan usaha JPN Sabah dalam melaksanakannya, dan
menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada keberhasilan tersebut. Menerusi kaedah kualitatif, kajian
kes dilaksanakan terhadap empat buah dokumen yang memandu pelaksanaan Program Pengukuhan Kurikulum
Pendidikan Islam (PEMANIS) di peringkat negeri Sabah. Kajian mendapati pelaksanaan PEMANIS di peringkat
negeri Sabah benar- benar menepati keperluan pendidikan di Malaysia untuk menerapkan norma baharu. Malah,
pelaksanaan PEMANIS yang menjimatkan kos, meluweskan masa, mengoptimumkan tenaga kerja, mengurangkan
logistik, meminimumkan pergerakan dan membuka dengan luas peluang kepada murid untuk mencungkil bakat
telah menyebabkan kesemua objektif pelaksanaan PEMANIS tercapai, iaitu penyertaan lebih ramai murid,
penampilan bakat baru dari akar umbi, pengetengahan bakat yang berkualiti dan peningkatan penglibatan guru.
Keberhasilan PEMANIS bukan sahaja menjadikannya program kokurikulum pendidikan Islam yang pertama dan
terbesar yang pernah diadakan oleh JPN Sabah setakat ini, tetapi juga menyumbang kepada usaha membangunkan
adab dan nilai murid-murid Islam di negeri Sabah menerusi pembudayaan norma baharu.
Kata kunci: Pendidikan Islam di Malaysia, pendidikan Islam di Sabah, pembangunan adab dan nilai,
pengurusan bakat, kemenjadian murid.

95

SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDGS) : PLATFORM PENGUKUHAN
HUBUNGAN ETNIK RENTAS AGAMA DAN BUDAYA DI SEKOLAH

Habibah @ Artini Binti Ramlie,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah.

E-mel : [email protected]

Sustainable Development Goals (SDGs) atau Matlamat Pembangunan Mampan dilancarkan dalam Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara-negara anggota PBB pada tahun 2015 bagi
mencapai matlamat kesejahteraan global menjelang tahun 2030. SDGs menekankan 17 matlamat utama berkaitan
hak-hak asasi manusia ke arah kesejahteraan masyarakat yang bersifat holistik berasaskan prinsip ‘Leave No One
Behind’. Kajian ini bertujuan mengenalpasti dua matlamat SDGs iaitu matlamat pendidikan (matlamat ke-4) dan
matlamat keamanan (matlamat ke-16) untuk melihat korelasinya secara umum dengan aspek hubungan etnik rentas
agama dan budaya dalam kalangan pelajar. Kajian juga bertujuan meninjau pengalaman interaksi pelajar di sekolah
dalamaspek hubungan etnik rentas agama dan budaya. Tinjauan dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan
kaedah analisis kandungan ke atas beberapa penulisan dan kajian berkaitan. Dapatan kajian turut dianalisis secara
kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS terhadap soal selidik yang dijawab oleh peserta kajian bagi
membolehkan pengkaji memahami dengan lebih mendalam terhadap isu yang dikaji. Dengan adanya kajian ini,
satu penelitian awal terhadap signifikasi hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar dapat
dihasilkan menerusi usaha mengenengahkan kepentingan aspek pendidikan serta keharmonian hubungan etnik
rentas agama dan budaya secara bersepadu. Apa yang paling utama, hasil kajian diharapkan berupaya menjadi
platform untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti panitia di sekolah khususnya Panitia Pendidikan Islam dengan
adanya penglibatan pelajar bervariasi agama dan budaya tanpa mengenepikan isu-isu sensitiviti yang melibatkan
semua pihak. Ia adalah bagi memastikan agar kelestarian aspek persefahaman dalam kalangan kepelbagaian pelajar
di sekolah terus konsisten kerana secara tersirat, Sustainable Development Goals (SDGs) berkaitrapat dengan
‘Matlamat Pembangunan Ummah’.
Kata kunci : Sustainable Development Goals (SDGs), hubungan etnik, agama, budaya

TAHAP AMALAN PENGAWAS BADAR TERHADAP PROGRAM
DAKWAH MAYA DI SMKA KOTA KINABALU

Siti Khadijatul Akhmar binti Shoib1
Muhammad Nasir bin Mohammad Mursal2

[email protected]
[email protected]

Abstrak/abstract :

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap amalan pengawas Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dalam
melaksanakan program Dakwah Maya di SMKA Kota Kinabalu, Sabah untukmengatasi masalah kekangan tarbiah
dan kepimpinan dalam kalangan pengawas BADAR semasa pandemik COVID 19 dengan kawalan pergerakan
yang terhad . Kajian kuantitatif ini menggunakan rekabentuk kajian tindakan dengan menggunakan borang soal
selidik sebagai instrumen. Pungutan data dilakukan secara atas talian (google form) melibatkan 26 orang pengawas
BADAR dalam kalangan murid tingkatan 2 hingga tingkatan 4. Perancangan tindakan difokuskan kepada sikap dan
komitmen pengawas dalam melaksanakan program pemantapan yang telah ditetapkan di dalam takwim BADAR.
Dapatan kajian menunjukkan pengawas BADAR berjaya menunjukkan komitmen dan nilai yang baik antara 80%-
100% terhadap program mutaba’ah amal, tafaquh online Bedah Kitab 40 Hadis Anak Soleh, programonline bacaan
yaasin dan poster Bicara Daie dan usrah pengawas sama ada dalam bentuk dalaman atau perkongsian pintar dengan
sekolah lain. Ini menunjukkan pengawas BADAR mempunyai daya penghayatan nilai murni yang baik seperti
amanah, berani, bertanggungjawab dan mampu bekerjasama memberikan komitmen amenguruskan organisasi
secara berpasukan.
Kata Kunci/ keywords: dakwah maya, sikap, komitmen, pengawas, BADAR

96

KERANGKA KONSEPTUAL MODEL PROGRAM HOME STAY
BERASASKAN PATUH SHARIAH PEMANGKIN PEMBANGUNAN

SOSIO-EKONOMI MASYARAKAT SABAH
Suhailah Abd Muin, Nor-Ina Kanyo, Mikdar Rusdi, Atika Farhain Ali
1Program Pendarasan Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah.
2 Program Geografi, Institut Kajan Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah.
³ Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Agama Seri Begawan, Brunei Darussalam

⁴Pelajar Pra Siswazah, Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK

Penyediaan konsep dan pelaksanaan program Home Stay berasaskan patuh syariah sewajaranya diwujudkan. Ini
kerana ia merupakan fardu kifaya. Seterusnya mengamalkan nilai murni dan akhlak dalam semua perkhidmatan
adalah amalan yang dituntut oleh agama. Oleh itu, pelaksanaan perkhidmatan dan penentuan jenis program dalam
kerangka pelancongan halal dan kerohanian seharusnya mula diketengahkan oleh pengusaha-pengusaha Home Stay
yang menawarkanperkhidmatan program berasaskan patuh syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif, menggunakan
kajian permerhatian, buku-buku, arikel, jurnal, tesis sebagai bahan sekunder. Manakala rujukan primier adalah
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah serta pandangan para ulama salaf dan juga khalaf. Persoalan yang timbul,
apakah Home Stay yang sedia ada sekarang ini sudah memadai denganmemaparkan sijil logo halal JAKIM dianggap
sebagai patuh syariah? Seterusnya, apakah kepentingan pelaksanaan aktiviti yang digambarkan oleh syarak.
Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan bentuk penyediaan prasarana, pakej program homstay, karakteristik
perkhidmatan dan jenis aktiviti homestay yang dianggap berasaskan patuh syariah. Tujuan kajian ini ialah untuk
menggambarkan bentuk-bentuk program yang harus diusahakan dan ditawarkan oleh pengusahan Homestay yang
menawarkan pelaksanaan program berbentuk produk patuh syariah. Implikasi kajian ini adalah penting bagi
membantu pihak berkepentingan untuk memahami konsep yang sepatunya ada dalam sesebauah homestay
berasaskan patuh syariah.
Katak kunci: Konsep; Per khidmatan Pr ogr am; Home Stay Ber asaskan Patuh Syar iah; Pemangkin
Pembangunan Sosioekonomi; Komuniti Masyarakat; Sabah

97

KEFAHAMAN DAN PEMBUDAYAAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM
KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Norhannan binti Ramli 1
Nur Farah `Ain binti Che Hassan 2

Zur`ain binti Zaini 3
Zuraida binti Che Pa 4
1SK Bugaya, Semporna, Malaysia
2SK Kunak 1, Kunak, Malaysia
3SK Wallace Bay, Tawau, Malaysia
4SK Bugaya, Semporna, Malaysia
1Email:[email protected]
2 Email:[email protected]
3 Email:[email protected]
4 Email:[email protected]

Abstrak: Kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam penting dalam kehidupan anak-anak kerana mereka
merupakan aset negara yang bakal mencorakkan jatuh bangunnya tamadun bangsa dan negara pada masa hadapan.
Justeru, kajian ini dibuat untuk meninjau tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kalangan
murid di sebuah sekolah di daerah Kunak, Sabah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kajian
tinjauan. Responden kajian terdiri daripada 115 orang murid Tahun 6 di salah sebuah sekolah luar bandar di daerah
Kunak, Sabah. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data daripada soal
selidik dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25 melibatkan analisis
deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam dalam
kalangan murid Tahun 6 berada pada tahap sangat tinggi. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawatidak
terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap tahap kefahaman dan pembudayaan nilai-nilai Islam murid
berdasarkan jantina dan kaum di sekolah tersebut. Kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada pelbagai pihak
terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah dalam memastikan murid terus memahami dan membudayakan nilai-nilai
Islam dalam kehidupan seharian mereka bagi membentuk peribadi yang mulia.
Kata Kunci: Nilai-nilai Islam, kefahaman, pembudayaan, murid sekolah rendah, sekolah luarbandar

KAEDAH BIG FINGER DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BACAAN AL-QURAN

SABARINA BT YUSOF
Sekolah Kebangsaan Gading-Gading Kunak, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Tujuan utama kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menyebut dan
membunyikan tanda baris. Tinjauan awal yang dibuat mendapati bahawa kebanyakkan murid tidak dapat
membunyikan tanda baris dengan betul. Adakalanya murid ini keliru dalam menyebut tanda baris
FATHAH,KASROH DAN DOMMAH. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran murid itu
sendiri. Justeru itu murid di tahun 4 Cemerlang telah dipilih sebagai responden utama dalam kajian saya ini. Bagi
mengurangkan masalah ini,saya telah mengambil langkahpengumpulan maklumat melalui latihan dalam kelas,ujian
pra dan ujian pos. Secara keseluruhannya, saya mendapati responden berjaya membaca dan membezakan tanda
baris dengan betul dan lancar.

98

PEREKODAN DAN PELAPORAN KEWANGAN MASJID SEKOLAH
DI RANAU, SABAH

Suhailin bin Lajimin1,a, Saimi bin Bujang2,b, dan Mohd Faiz bin Mohamed Yusuf3,c
1Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Sabah,

2Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak,
3Universiti Teknologi MARA Malaysia
[email protected],
[email protected],
[email protected]

ABSTRAK

Masjid merupakan sebuah tempat yang amat suci dan merupakan pusat ibadah bagi umat Islam. Di samping itu ia
turut dituntut untuk memperkasakan pengurusan kewangan masjid bagi melaksanakan pelbagai aktiviti atau
program mengimarahkannya. Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji pengurusan kewangan masjid sekolah di
daerah Ranau, Sabah. Objektif kajian ini iaitu bagi menjelaskan pengamalan pengurusan perekodan dan pelaporan
kewangan masjid sekolah di daerah Ranau, Sabah. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah temu bual digunakan
bagi mendapatkan data primer daripada empat orang responden iaitu dua orang pengerusi masjid dan dua orang
bendahari masjid yang terlibatsecara langsung dalam pengurusan kewangan masjid. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan metode induktif dan deduktif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif sepenuhnya yang menggunakan
kaedah kajian temu bual manakala reka bentuk kajian ialah kajian kes berbilang dan menggunakan persampelan
bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan pengurusan kewangan masjid dari aspek perekodan
dan pelaporan sekolah di daerah Ranau, Sabah oleh pengerusi dan bendahari masjid mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sabah. Kajianini dapat memberikan panduan kepada ahli jawatankuasa
masjid bagi merangka beberapa garis panduan yang boleh membantu pihak pengurusan masjid untuk
mempertingkatkan keupayaan pengurusan perekodan dan pelaporan kewangan masjid.
Kata Kunci: Perekodan, Pelaporan, Kewangan, Masjid, Ranau

PERSPEKTIF IBN JAMA’AH TENTANG ADAB MURID :KAJIAN TERHADAP KITAB TADHKIRAT
AS-SAMI’ WALMUTAKALLIM FI ADAB AL-‘ALIM WA AL-MUTA’ALLIM

Nur Farah Syahirah Nazim 1
Abdul Muhsien Sulaiman 2

1Email: [email protected]
2Email: [email protected]

Abstrak :
Adab sebagai seorang murid adalah suatu elemen yang sangat dititikberatkan dalam Islam. Kejayaan seseorang
murid bukanlah dinilai dari sudut kecemerlangan dalam bidang akademik semata-mata. Hakikatnya, kemuliaan
adab yang dipamerkan oleh murid adalah kayu ukur sebenar kepada kejayaan mereka. Para ulama’ terdahulu
banyak menukilkan tentang adab yang perlu diamalkan oleh murid dalam karya-karya mereka. Tidak terkecuali,
seorang ilmuwan yang masyhur di era kesultanan Mamluk iaitu Ibn Jama’ah turut membahaskan tentang isu ini
sehingga beliau membukukan sebuah karya khusus yang menerangkan tentang adab. Oleh itu, kajian ini berhasrat
untuk meneroka perspektif Ibn Jama’ah berkenaan adab murid. Kajian kepustakaan yang menggunakan pendekatan
analisis kandungan dijalankan terhadap kitab Tadhkirat As-Sami’ wal Mutakallim fi Adab al-‘Alim wa al-
Muta’allim yang dikarang oleh Ibn Jama’ah. Hasil kajian telah menemukan empat tema utama yang perlu
diamalkan oleh murid meliputi adab bergaul dengan guru, adab berbicara dengan guru, adab sewaktu menuntut
ilmu bersama guru serta adab berkhidmat terhadap guru. Hasil kajian ini sewajarnya dihayati dan diupayakan
sebagai salah satu panduan kepada murid dalam menerapkan budaya beradab dalam kehidupan seharian.
Kata Kunci : Ibn Jama’ah, Adab, Murid, Guru, Tadhkirat As-Sami’

99

TAHAP KESEDIAAN DALAM PDPR GURU DAN HUBUNGANNYA
DENGAN MOTIVASI PELAJAR

Aishah Binti Mohd Zain1
Harun Bin Baharudin 2

1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

1Email:[email protected]
2Email: [email protected]

Abstrak
Pendidikan merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kepakaran yang khusus secara
mendalam dalam memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Pada masa kini ledakan kaedah pembelajaran
telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malauysia (KPM). Bertepatan dengan itu, penularan virus
COVID-19 telah melanda ke seluruh negara termasuk Malaysia,ia telah menyebabkan banyak sektor tergendala dan
terpaksa mengambil langkah lain dalam meneruskan pekerjaan itu. Menteri Kanan Pendidikan telah
mengumumkan supaya sekolah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajara secara atas talian iaitu Pengajaran
dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan dalam PdPR guru
bahasa Arab dan hubungannya dengan motivasi pelajar. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif dengan edaran
soal selidik kepada 80 orang guru bahasa Arab yang mengajar di Sekolah Menengah Ugama (S.M.U) daerah Pasir
Mas, Kelantan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 20 dengan merujuk kepada
min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai. Hasil dan dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru bahasa
Arab berada pada tahap tinggi dengan min= 3.84 dan sisihan piawai= 1.23. Manakala motivasi pelajar dalam
menghadapi PdPR berada pada tahap sederhana dengan nilai min= 2.73 dan sisihan piawai= 1.17. Manakala, nilai
pekali korelasi di antara hubungan itu adalahkuat dengan nilai keseluruhan iaitu = 0.479. Kajian ini diharap dapat
membantu pihak sekolah, guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Bahasa Arab dalam
menambah baik usahaatau program yang menyediakan kursus berbentuk kemahiran, pengetahuan serta pelaksanaan
tugas dengan lebih cemerlang.
Kata Kunci: : Covid-19; Kesediaan Dalam PdPR; Pengajaran dan Pembelajaran PdPR; Guru Bahasa Arab;
Hubungan Dengan Motivasi Pelajar.

100


Click to View FlipBook Version