The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by slashdegreat, 2023-10-30 20:35:24

Bidang Tugas Pegawai Kejohanan

Bidang Tugas Pegawai Kejohanan

BIDANG TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI KEJOHANAN BIL PEGAWAI BIDANG TUGAS 1 Pengurus Pertandingan i) Berkuasa penuh dalam pengendalian keseluruhan majlis kejohanan. ii) Bertanggungjawab menentukan kejohanan berjalan dengan lancar. iii) Bertanggungjawab memastikan semua pegawai yang bertugas melapor diri kepadanya dan membuat penggantian jika perlu. iv) Bertanggungjawab menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja boleh berada dalam arena pertandingan. 2 Penolong Pengurus Pertandingan i) Membantu Pengurus Pertandingan mengendalikan majlis kejohanan. ii) Bersedia menjalankan tanggungjawab di bawah arahan Pengurus Pertandingan dari semasa ke semasa. 3 Pengurus Teknik i) Bertanggungjawab memastikan persediaan arena balapan, kawasan lompatan dan kawasan balingan/lontaran. ii) Bertanggungjawab memastikan peralatan pertandingan mengikut spesifikasi rasmi. iii) Bertanggungjawab menyediakan borangborang rasmi yang akan digunakan di dalam kejohanan olahraga. 4 Penolong Pengurus Teknik i) Membantu Pengurus Teknik mengendalikan majlis kejohanan. ii) Bersedia menjalankan tanggungjawab di bawah arahan Pengurus Teknik dari semasa ke semasa. 5 Penyelia Peserta i) Bertanggungjawab menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam sesuatu acara. ii) Bertanggungjawab mencatat maklumat jika ada dalam borang penyelian peserta (misalnya peserta yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong pelepas. iii) Bertanggungjawab menjalankan tugas mengumpulkan pemenang-pemenang hadiah untuk upacara penyampaian hadiah. 6 Ketua Hakim Balapan i) Bertanggungjawab menyelaraskan tugas-tugas Hakim Balapan. ii) Bertanggungjawab menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara. iii) Bertanggungjawab mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk tindakan. iv) Bertanggungjawab memerhati dan membuat catatan tentang kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara balapan.


BIL PEGAWAI BIDANG TUGAS 7 Hakim Balapan i) Bertugas dibawah seorang Ketua Hakim. ii) Bertanggungjawab memerhati semua peserta yang bertanding dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan ketika bertanding. iii) Bertanggungjawab memastikan setiap peserta berlari mengikut lorong masing-masing. iv) Bertanggungjawab memastikan proses pertukaran baton oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti mematuhi peraturan pertandingan. v) Bertanggungjawab menunjukkan bendera putih sebagai isyarat tidak berlakunya pelanggaran peraturan dan bendera merah jika sebaliknya. vi) Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua Hakim Balapan semua peristiwa yang melibatkan kesalahan teknik peserta untuk membolehkan Ketua Hakim Balapan membuat keputusan. 8 Ketua Penjaga Masa i) Bertanggungjawab menyelaraskan tugas-tugas Penaga Masa di bawah kawalannya. ii) Bertanggungjawab memeriksa catatan masa di atas borang rasmi dan menandatanganinya sebagai pengesahan. iii) Bertanggungjawab menentukan masa rasmi yang diambil oleh Penjaga Masa. iv) Sekiranya dua daripada tiga jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga mencatat masa yang berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang ditunjukkan oleh dua jam yang sama itu. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan, maka jam yang menunjukkan masa yang ditengah-tengah adalah masa rasmi. Sekiranya hanya dua jam sahaja digunakan dan menunjukkan masa berbeza, maka masa yang lebih lambat diterima sebagai masa rasmi. 9 Penjaga Masa i) Bertanggungjawab berada di luar arena balapan bertentangan dengan garisan penamat. ii) Setiap Penjaga Masa akan bertindak secara perseorangan tanpa menunjukkan jamnya kepada atau menukar maklumat dengan sesiapa. iii) Bertanggungjawab menyerahkan borang rasmi kepada Ketua Penjaga masa untuk pengesahan. iv) Masa akan mula diambil dari masa kedengaran bunyi air horn sehingga detik di mana bahagian badan (torso) peserta itu sampai ke garisan penamat.


BIL PEGAWAI BIDANG TUGAS 10 Hakim Pelepas i) Bertanggungjawab memeriksa dan menentukan bahawa peserta-peserta yang sah sahaja yang akan bertanding dalam sesuatu pertandingan atau acara yang tertentu. ii) Bertanggungjawab memastikan pesertapeserta memakai nombor yang betul di bahagian depan dan belakang baju lari mereka. iii) Bertanggungjawab melepaskan pesertapeserta larian dengan kiraan pelepasan standard. iv) Bertanggungjawab menghentikan dengan serta-merta peserta daripada berlari sekiranya terdapat permulaan foul daripada mana-mana peserta yang bertanding. v) Bertanggungjawab memberikan amaran terakhir kepada mana-mana peserta yang membuat permulaan foul. vi) Berkuasa untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang melakukan permulaan foul kali ke-2. 11 Penolong Pelepas i) Bertanggungjawab menempatkan pesertapeserta bertanding di lorong dan tempat permulaan yang betul. ii) Bertanggungjawab mengawasi bahawa tiada peserta yang melanggar peraturan permulaan setelah Hakim Pelepas memberikan isyarat "ke garisan". Jika ada, Penolong Pelepas hendaklah memberitahu kepada Hakim Pelepas. iii) Bertanggungjawab menyediakan baton bagi pelari pertama dalam acara lari bergantiganti. 12 Hakim Lontaran i) Bertanggungjawab mengukur dan merekod setiap percubaan lontaran sah daripada setiap peserta bertanding. ii) Bertanggungjawab menyemak catatan mereka pada akhir setiap pusingan lontaran. iii) Bertanggungjawab menunjukkan sesuatu percubaan lontaran sah dengan mengangkat bendera putih dan bendera merah sekiranya percubaan lontaran tidak sah. 13 Hakim Lompatan i) Bertanggungjawab mengukur dan merekod setiap percubaan lompatan sah daripada setiap peserta bertanding. ii) Bertanggungjawab menyemak catatan mereka pada akhir setiap pusingan lompatan. iii) Bertanggungjawab menunjukkan sesuatu percubaan lompatan sah dengan mengangkat bendera putih dan bendera merah sekiranya percubaan lompatan tidak sah.


BIL PEGAWAI BIDANG TUGAS 14 Juruhebah i) Bertanggungjawab memaklumkan kepada para hadirin, nama dan nombor para peserta yang mengambil bahagian bagi setiap acara dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan seperti saringan, lorong dan masa perantaraan. ii) Bertanggungjawab menghebahkan keputusan (kedudukan, catatan masa/ketinggian/jarak) bagi setiap acara seberapa segera yang boleh selepas menerima maklumat-maklumat tersebut. 15 Pegawai Statistik i) Bertanggungjawab mencetak dan mengedarkan salinan keputusan rasmi kepada semua pihak yang memerlukan. ii) Bertanggungjawab menerima keputusan rasmi bagi setiap acara balapan dan padang yang lengkap daripada ketua-ketua hakim. iii) Bertanggungjawab membukukan semua keputusan sebagai rujukan dalam mengemaskini pemegang rekod bagi kejohanan tahun-tahun berikutnya. iv) Bertanggungjawab mengisi borang-borang keputusan yang tertentu bagi acara-acara bukan balapan atau padang. v) Bertanggungjawab mengira pungutan mata yang dicapai oleh setiap peserta bagi setiap acara dan menjumlahkannya kepada Rumah Sukan. vi) Menentukan Olahragawan dan Olahragawati dengan bantuan Setiausaha Kejohanan. 16 Penyelaras Penyampaian Hadiah i) Bertanggungjawab mengenalpasti bilangan hadiah yang disediakan untuk disampaikan kepada para pemenang pertandingan. ii) Bertanggungjawab mengurus, menyusun dan menyampaikan hadiah kepada peserta. iii) Bertanggungjawab mendapatkan senarai nama pemenang daripada Jawatankuasa terlibat dan membuat penyelarasan penerimaan hadiah dengan juruacara majlis. iv) Bertanggungjawab menyelaraskan keputusan pertandingan dengan kerjasama juruacara majlis. v) Bertanggungjawab menguruskan dan menyediakan lain-lain keperluan berkenaan dengan hadiah untuk lain-lain pertandingan. vi) Bertanggungjawab mendaftarkan penerimapenerima hadiah dan memandu arah ke tempat duduk penerima hadiah. 17 Pembantu Teknik (Murid) i) Sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab di bawah arahan pegawaipegawai kejohanan di atasnya.


Click to View FlipBook Version