MESYUARAT AGUNG
2021KALI KE-24
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM KULIM
BN 2 KEM PGA JALAN JUNJUNG, 09000 KULIM KEDAH
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD
BATALION 2 PGA, JALAN JUNJONG, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN
TEL: 04-4905640, 04-4905658 FAKS: 04-4908555
MESYUARAT AGUNG
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD
KALI KE-24
TARIKH : 19 JULAI 2021
HARI : ISNIN
MASA : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : MICROSOFT TEAMS
ATUR CARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD KALI KE -24
19 JULAI 2021 (ISNIN)
10.00 pagi : Semua ahli koperasi dijemput masuk ke link ____________________dalam
aplikasi Microsoft Teams
10.15 pagi : Perasmi dan jemputan bersedia masuk ke dalam link yang disediakan.
10.30 pagi ; Majlis bermula
Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan doa
Ucapan Pengerusi Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad
Ucapan Pengetua
Ucapan Perasmian oleh Pegawai/Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia
11.00 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM, Kulim Berhad kali ke -24
bermula
11.40 pagi : Peletakan jawatan dan penghargaan ALK sesi 20/21
11.50 pagi : Pelantikan ALK sesi 21/22
12.00 tengah hari : Mesyuarat Agung tamat
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peringatan Bermesyuarat
Anggota-anggota yang berucap semasa Mesyuarat Agung hendaklah menyebut nama dan kelas/unit
masing-masing untuk memudahkan proses mencatat minit mesyuarat. Contoh :-
Pencadang : “Tuan Pengerusi, saya …………………….. dari kelas ……………………….
Mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 disahkan.”
Penyokong : “Tuan Pengerusi, saya ……………….. dari kelas ……………………………
Menyokong Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 disahkan.”
Sepanjang masa mesyuarat, anggota-anggota mestilah mematuhi peraturan dan disiplin bermesyuarat.
Terima Kasih.
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD
BATALION 2 PGA, JALAN JUNJONG, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN
TEL: 04-4905640, 04-4905658 FAKS: 04-4908555
MINIT MESYUARAT AGUNG
KALI KE-23
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM
2020KULIM KEDAH
MINIT MESYUARAT AGUNG KE-23
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD
1
MINIT MESYUARAT AGUNG KOPERASI KALI KE-23
TARIKH : 21 DISEMBER 2020 (ISNIN)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : PERTEMUAN SECARA MAYA MENGGUNAKAN APLIKASI TEAMS
Kehadiran
1. Pn. Norrisalha binti Mohamad Tahir - Pengerusi
2. En. Fauzi bin Ahmad - Naib Pengerusi / Kafetaria
3. Pn. Rosniza bt Ahmad - Setiausaha
4. Pn. Norlaiza bt Ibrahim - Bendahari
5. Pn. Jamsiah binti Jusoh - Pengurus Kedai Asrama / Kebajikan
6. Pn. Nur Azlina binti Ihsan - Pengurus Kedai maktab/Sumber Manusia
7. En. Mohammad Radzi bin Zawawi - Pengurus Inovasi / promosi
8. En. Mohd Najib bin Md Noor - Pengurus Dobi/ Kerjaya
9. Nur Adriana Filzah binti Muhd Khar Munzakar - ALK
10. Nurzulaikha binti Zarani - ALK
11. Balqis Nursyafiqah binti Mad Zakir - ALK
12. Sarah Sofea binti Shamsol - ALK
13. Muhamad Almuizz bin Hassan - ALK
14. Ahmad Danial Bin Yuzaidi - ALK
15. Nurathirah Husna Binti Zakaria - ALK
16. Pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 - 188 orang
17. Guru dan kakitangan -
32 orang
2
Agenda
1. Ucapan Pengerusi Koperasi.
2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke-22.
3. Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Tahunan dan Laporan Ahli Lembaga Pengarah.
4. Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Kewangan bagi tarikh berakhir 31 Disember 2019.
5. Membentangkan Anggaran Perbelanjaan Tahun 2020.
6. Menentukan Had Maksimum Pelaburan Daripada Wang Koperasi.
7. Menentukan Had Maksimum Pinjaman Koperasi.
8. Penangguhan Mesyuarat.
9. Peletakan Jawatan ALK sesi 2019/2020.
10. Pelantikan ALK bagi sesi 2020/2021.
Agenda 1: Ucapan Pengerusi Koperasi
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir ke Mesyuarat Agung Koperasi
pada kali ini. Kehadiran ke mesyuarat agung secara atas talian buat kali pertamanya bukan kerana elaun
yang diberi sebaliknya sebagai tanda sokongan kepada koperasi. Pengerusi mengumumkan pemberian SET
KFC kepada semua pelajar yang menyertai mesyuarat online koperasi pada hari ini sebagai tanda
penghargaan koperasi atas sokongan penuh ahli kepada pembangunan koperasi.
Pengerusi memaklumkan perjalanan koperasi bermula tahun 2016 dengan keuntungan hanya RM
693.07 akibat stok rosak dan susut nilai. Walau bagaimanapun keuntungan telah meningkat sebanyak 14
kali ganda iaitu RM 10, 112.15 dan terus meningkat sebanyak empat kali ganda pada tahun 2018 dengan
mencatatkan keuntungan sebanyak RM 41, 392.10 seterusnya memecahkan rekod keuntungan terbesar
sejak tanhun 2005 iaitu RM 49, 053.10. Justeru, dalam meneruskan pembangunan maktab, koperasi tidak
hanya memberi sumbangan “oneoff ” yang dipohon oleh ahli, namun memberikan sumbangan jangka masa
panjang seperti ‘laman koperasi yang bakal dibangunkan, In Shaa Allah. Koperasi juga dalam usaha untuk
memperkasakan perkhidmatan yang ada agar dapat memenuhi citarasa, kehendak dan kepuasan hati
pelanggan terutamanya pelajar-pelajar MRSM PDRM Kulim. Justeru pandangan guru dan staf dalam
meningkatkan perolehan mahupun bantuan sumbangan berimpak besar sangat dialu-alukan bagi
meneruskan perkembangan koperasi secara menyeluruh. Walaubagaimanapun bergantung kepada
kelulusan mesyuarat pengurusan. Pengerusi juga mengumumkan pembayaran dividen pada tahun 2019
sebanyak 35% berbanding 30% pada tahun 2018. Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
ahli lembaga pengarah atas komitmen yang diberikan.
Pengerusi menerangkan bahawa penjanaan perolehan yang lebih tinggi penting agar keuntungan
ditingkatkan bagi meningkatkan keupayaan koperasi dalam memainkan peranan menyokong pembangunan
maktab secara keseluruhan terutamanya memberikan sumbangan bagi membantu perkembangan pelajar
secara holistik. Margin keuntungan yang selaras dengan perolehan penting untuk menambah tabungan
koperasi. Pengerusi juga memetik 7 kata-kata hikmah allahyarham YM Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz
Bin Ungku Abdul Hamid pengasas dan mantan yang dipertua ANGKASA yang banyak menyumbang jasa
yang tidak ternilai kepada kemajuan gerakan koperasi negara terutamanya gerakan koperasi sekolah iaitu
3
‘Rajin Bercakap, Rajin Bekerja = Bagus Sekali’, seterusnya, ‘ Rajin Bekerja, Malas Bercakap = Kena Buli’,
tambahan lagi ‘Malas Bekerja, Malas Bercakap = Tak Guna’,seterusnya ‘Malas Bekerja Rajin Bercakap =
Wayang Cina’, tambahan lagi ‘Malas Bekerja,Suka Mengadu = Nyanyuk’, seterusnya ‘Malas Bekerja, Selalu
Ponteng = Baik Berhenti’, dan akhirnya ‘Malas Bekerja Suka Memyibuk = Baik Mati’, untuk sama-sama
bermuhasabah diri, kita perlu tahu kita berada di mana. Seterusnya pengerusi, mengajak semua yang hadir
untuk menghadiahkan surah al-fatihah kepada allahyarham YM Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Bin Ungku
Abdul Hamid.
Pengerusi juga memaklumkan bahawa koperasi berperanan sebagai platform penggerak untuk
melahirkan dan membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar sebagai alternatif kerjaya
memandangkan terdapat sejumlah besar daripada golongan siswazah yang masih belum mendapat
sebarang pekerjaan. Menurut laporan jabatan perangkaan Malaysia menunjukkan bilangan penganggur
yang direkodkan pada bulan Ogos 2019 adalah seramai 520 ribu. Bilangan ini terus bertambah dengan
berlakunya musibah covid 19 yang melanda seluruh dunia ketika ini. Platform penggerak ini akan membawa
transformasi koperasi yang menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan, pendidikan, sosial budaya dan
ekonomi dalam pogram Kecemerlangan Koperasi Sekolah atau lebih dikenali AKKS. Sudah pasti matlamat
ini bukan sesuatu yang mudah. Pengerusi mengumumkan bahawa ahli lembaga koperasi bersetuju untuk
menambah bilangan guru ahli lembaga koperasi menjadikan ahli lembaga koperasi yang sebelumnya enam
orang guru kepada lapan orang guru. Penambahan ini selaras dengan semua MRSM di seluruh Malaysia
dan juga undang-undang kecil koperasi.
Pengerusi menegaskan bahawa perubahan menyeluruh koperasi tidak akan berjalan lancar tanpa
sokongan pelbagai pihak. Justeru, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ANGKASA,
SKM, MKM dan pengurusan maktab khasnya penasihat yang sentiasa bersama-sama dalam pembangunan
koperasi terutamanya pihak SKM yang meluluskan permohonan bantuan pembangunan koperasi sebanyak
RM 20, 000.00 pada tahun 2019 yang lalu. Tidak lupa kepada guru ahli lembaga koperasi yang sentiasa
memberikan yang terbaik bersama-sama saya membangunkan koperasi demi kepentingan ahli. Syukur ke
hadrat Ilahi kerana amanah yang digalas dilaksanakan ahli lembaga dengan baik membuktikan bahawa ahli
lembaga koperasi bertindak dengan perbuatan bukan lisan semata-mata. Terima kasih atas sokongan dan
kebersamaan dalam semua program yang dilaksanakan.
Pengerusi mengakhiri ucapan dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada guru dan pelajar ahli lembaga koperasi yang berusaha sehabis baik dalam memastikan
kesempurnaan majlis secara talian kali pertama dan memohon agar semua ahli koperasi terus mendokong
aspirasi koperasi.
4
Agenda 2 : Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Ke-22.
Minit Mesyuarat Agung ke-22 dibentangkan oleh Setiausaha Koperasi Cik Aslina binti Othman. Nur Alysha
binti Rosli dari kelas 5 Batani mencadangkan supaya Minit Mesyuarat Agung ke-22 disahkan. Cadangan itu
disokong oleh Nur Aina binti Abdul Razak dari kelas 5 Dailami.
Agenda 3 : Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Tahunan dan Laporan Lembaga Koperasi
Laporan Lembaga Koperasi ini telah dibentangkan oleh Setiausaha Koperasi. Laporannya adalah seperti
berikut:-
3.1 Bilangan ahli koperasi
Keahlian koperasi adalah wajib bagi pelajar-pelajar dan digalakkan untuk guru dan kakitangan. Bilangan
anggota untuk tahun berakhir 31 Disember 2019 adalah seperti berikut:
Tahun 2019 – Bilangan anggota 565 orang
3.2 Modal Saham
Modal saham minimum bagi pelajar, guru dan kakitangan adalah sebanyak RM 20.00. Manakala yuran
masuk sebanyak RM 1.00 sahaja. Dari semasa ke semasa anggota boleh menambah nilai modal saham
atau dari dividen tahunan yang diberikan oleh koperasi. Nilai dividen yang diberikan oleh koperasi
bergantung kepada keuntungan tahunan dan persetujuan anggota dalam mesyuarat agung tahunan.
Berikut dinyatakan perbandingan nilai modal untuk satu tahun berakhir.
Tahun 2019 - Nilai modal saham - RM 25, 810.00
3.3 Aset tetap
Antara aset tetap koperasi ialah peralatan kedai, perabut, peti sejuk, peti besi dan komputer. Berikut
dinyatakan nilai aset tetap untuk satu tahun berakhir.
Tahun 2019 - Nilai aset tetap RM 10, 665.60
5
3.4 Simpanan dan pelaburan Saham Bank Rakyat
Simpanan Tetap di Bank Rakyat Tahun 2019
Tahun 2019
Nilai RM 30, 000.00 Nilai RM 10, 000.00
3.5 Kegiatan Koperasi
Berikut ialah kegiatan koperasi untuk tempoh 1 tahun 2019.
BULAN TARIKH AKTIVITI
Januari 14
BULAN 16 Jualan Kembali ke Maktab
24
Mac 27 Lawatan SKM Kulim Bandar Baharu sempena Bantuan Pembangunan Koperasi
April 28
31 Penganjuran Kursus Pengurusan Stres (Kursus Profesionalisme Guru)
Mei
TARIKH Taklimat dan Penawaran Jawatan ALK Sesi 2019/2020
8 - 10
Lawatan Penandaarasan Koperasi SMK Sultan Badlishah Kulim Berhad
30
4 Perjumpaan staf bersama pengurusan koperasi
5&6
13 AKTIVITI
22
30 Lawatan Penandaarasan Koperasi Maktab Rendah Sains Mara Langkawi Berhad
2
3 Menghadiri Persidangan ANGKASA Negeri 2019
4
7, 14 & 21 Jualan T-Shirt Rasmi Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia
16
20 Jualan Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia
Temuduga ALK sesi 2019/2020
Sambutan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS)
Mesyuarat Agung Koperasi Kali Ke-22
Happy Hour sempena sambutan AKKS
Food Truck sempena sambutan AKKS
Kursus Modal Insan Koperasi
Program Iftar Hemat
Pembentangan Kertas Kerja Dataran Keusahawanan
Program Bersahur Besama ALK
6
Jun 21 Majlis Berbuka Puasa ALK Pelajar bersama Pengerusi
Ogos 26 Menghadiri Persidangan ANGKASA Kebangsaan 2019
7 Piala Pengerusi
September 7 - 10 Entrepreneur Night
Oktober 23 Program Kemasyarakatan Pertubuhan Bela Didik Anak Yatim Islam (BEDAYA)
November 3-5 Program Pembangunan Perniagaan Koperasi MRSM Se-Malaysia 2019
Disember 18 Dataran Keusahawanan
Menghadiri Perhimpunan Countdown 100 Tahun Gerakan Koperasi Peringkat
21 Kebangsaan 2019
Restock baju batik dan lain-lain keperluan bagi stok hari pendaftaran 2020
1 Perkhidmatan Sewa Tapak Niaga
20 Mesyuarat Agung Khas Koperasi
6 Perjumpaan bersama pengusaha kafetaria dan perbincangan perjanjian
20 Menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Pembangunan Koperasi
21 Temuduga staf koperasi
31
BULAN TARIKH AKTIVITI
Sepanjang Tahun Jualan uniform, keperluan asrama, buku latihan dan alat tulis
Jualan makanan, buku latihan, alat tulis dan sebagainya
Dobi
Laporan yang dibentangkan oleh Setiausaha Koperasi telah dicadangkan untuk disahkan oleh Khairil Hazmie
bin Abdul Razak dari kelas 5 Dailami dan disokong oleh Muhammad Amirul Asri bin Ibrahim dari kelas 5
Farabi.
7
Agenda 4: Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember
2019
Laporan Kewangan dan anggaran belanjawan ini dibentangkan oleh Bendahari Koperasi. Pembentangan
ini adalah seperti butir-butir yang terdapat dalam edaran.
Pn. Norlaiza binti Ibrahim mencadangkan dividen pada tahun 2019 ialah sebanyak 35% iaitu RM 9, 033.50
Jumlah keuntungan bersih ialah RM 112, 413.09 dalam tempoh 1 tahun. Cik Aslina binti Othman menyokong
dividen pada tahun 2019 diberikan sebanyak 35%.
Manakala honorarium lembaga yang dicadangkan ialah sebanyak RM 9,300.00.
Laporan kewangan yang dibentangkan oleh Bendahari Koperasi telah dicadangkan untuk disahkan oleh
Dalilah Iman Batrisyia binti Hishammudin dari kelas 5 Zarqali dan disokong oleh Nur Aleeya Natasha bt
Jamaludin dari kelas 5 Farabi.
Agenda 5 : Membentangkan anggaran belanjawan bagi tahun 2020
Bendahari telah membentangkan anggaran belanjawan seperti yang dilampirkan.
Pembentangan anggaran belanjawan telah dicadangkan untuk disahkan oleh Mior Muhammad Ammar bin
Mior Mohd Hasif dari kelas 5 Zarqali dan disokong oleh Muhammad Adib Fahmi bin Shamsudin dari kelas 5
Kindi.
Agenda 6: Menentukan Had Maksimum Pelaburan Daripada Wang Koperasi.
Farah Aqilah binti Mohd Ta’at dari Kelas 5 Batani mencadangkan agar had maksimum pelaburan daripada
wang koperasi didikekalkan sebanyak RM 50, 000.00.
Fatin Syamimi binti Mohd Azman dari kelas 5 Arrazi menyokong cadangan tersebut.
Agenda 7 : Menentukan Had Maksimum Pinjaman Koperasi.
Mohammad Akmal bin Zakaria dari kelas 5 Farabi mencadangkan agar had maksimum pinjaman koperasi
ialah RM 50, 000.000.
Muhammad Daniel Hakimi bin Noor Azizi dari kelas 5 Kindi menyokong cadangan tersebut.
8
Agenda 8 : Peletakan jawatan ALK sesi 2019/2020.
1. Pn. Norrisalha binti Mohamad Tahir - Pengerusi
2. Cik Aslina binti Othman - Setiausaha
3. Pn. Norlaiza bt Ibrahim - Bendahari
4. En. Fauzi bin Ahmad - Pengurus Besar
5. Pn. Norfarizah binti Abdullah - Pengurus Kedai
6. Pn. Nurul Safarena bt Rahim - Pengurus Dobi
7. En. Mohammad Radzi Bin Zawawi - Pengurus Inovasi
8. Safea Deanna Binti Sabri - ALK
9. Norfaizah Hanim Binti Azman - ALK
10. Athirah Insyira Binti Khairil Rizal
11. Nurul Fatihah Binti Adnan - ALK
12. Aida Naufal.nadia Binti Ali Munauwar - ALK
13. Azlis Suzzaireen Binti Azlan - ALK
14. Putrie Natasya Binti Jainal - ALK
15. Nur Atiqah Binti Sobri - ALK
- ALK
Juru Audit Dalaman (JAD)
1. Mohd Hafizul Fazly bin Jalani
2. Muhammad Amar Idraki Bin Idris
3. Syam Syainie Bin Mat Zaki
Agenda 9: Pelantikan ALK bagi sesi 2020/2021.
1. Pn. Norrisalha binti Mohamad Tahir - Pengerusi
2. En. Fauzi bin Ahmad - Naib Pengerusi / Kafetaria
Setiausaha
3. Pn. Rosniza bt Ahmad - Bendahari
Pengurus Kedai Asrama / Kebajikan
4. Pn. Norlaiza bt Ibrahim - Pengurus Kedai Maktab/Sumber Manusia
Pengurus Inovasi / promosi
5. Pn. Jamsiah binti Jusoh - Pengurus Dobi/ Kerjaya
6. Pn. Nur Azlina binti Ihsan - ALK
ALK
7. En. Mohammad Radzi bin Zawawi - ALK
ALK
8. En. Mohd Najib bin Md Noor - ALK
ALK
9. Nur Adriana Filzah bt Muhd Khar Munzakar - ALK
10. Nurzulaikha binti Zarani -
11. Balqis Nursyafiqah binti Mad Zakir -
12. Sarah Sofea binti Shamsol -
13. Muhamad Almuizz bin Hassan -
14. Ahmad Danial Bin Yuzaidi -
15. Nurathirah Husna Binti Zakaria -
9
Juru Audit Dalaman (JAD) akan ditentukan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah selepas Mesyuarat
Agung.
Agenda 10 : Hal-hal lain.
Usul Ahli Lembaga Koperasi:
Usul Pertama Pn Norrisalha binti Mohamad Tahir
Pencadang : Pn. Norlaiza bt Ibrahim
Penyokong :
Cadangan : Mencadangkan bahawa kelulusan pemberian elaun-elaun kepada anggota
lembaga seperti yang dibentangkan dalam mesyuarat agung pada hari ini.
Ulasan :
Sila rujuk Kertas Kerja Penyediaan Aturan Kewangan (Elaun Komitmen
Pengurusan) Koperasi Mrsm Pdrm Kulim Berhad dan Aturan Kewangan EKM
(Elaun Komitmen Pengurusan) Koperasi Mrsm Pdrm Kulim Berhad – lampiran 1
Usul Kedua
Pencadang : Pn Norrisalha binti Mohamad Tahir
Penyokong : Cik Aslina binti Othman
Cadangan : Mencadangkan agar koperasi menyertai program ‘MIRACLE’ anjuran Maktab Koperasi
Malaysia agar memudahkan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad mencapai perolehan
RM 1, 000, 000.00 dengan bimbingan tenaga luar yang merupakan pakar bidang selaras
dengan Program Maktab Koperasi Malaysia yang dihadiri di Perak. Walau bagaimanapun,
komitmen yang tinggi diperlukan bagi merealisasikan cita-cita tersebut.
Ulasan : Hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi mohon penangguhan sehingga ahli Lembaga
koperasi bersedia menyertai program tersebut. Usul ini mohon diluluskan bagi penyertaan
koperasi setelah ahli lembaga koperasi bersedia dan dengan sokongan pengurusan MRSM
PDRM Kulim. Ahli Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti
bersetuju sepertimana hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi.
10
Usul Ketiga
Pencadang : Pn Norrisalha binti Mohamad Tahir
Penyokong : Cik Aslina binti Othman
Cadangan : Mencadangkan agar koperasi menyediakan kotak aduan yang dipanggil kotak
‘Renaissance’ yang akan diletakkan di premis koperasi sebagai satu saluran buat pelajar
memberikan cadangan dalam pembangunan koperasi.
Ulasan : Hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi bersetuju dengan usul tersebut bagi meningkatkan
kualiti perkhidmatan koperasi dan menyelesaikan permasalahan sehingga akar umbi. Ahli
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti bersetuju
sepertimana hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi.
Usul Keempat
Pencadang : Cik Aslina binti Othman
Penyokong : Safea Deanna binti Sabri
Cadangan : Mencadangkan agar koperasi terlibat dengan Program Pelancongan Koperasi Sekolah
memandangkan Kuala Sepetang merupakan destinasi baru yang mampu menawarkan
pengalaman baru seperti penanaman pokok bakau dan aktiviti menyumpit di samping
mengadakan lawatan sambal belajar menyelusuri sejarah Kuala Sepetang. Pakej-pakej
pelancongan juga boleh ditawarkan bersesuaian dengan keadaan semasa. Program ini
adalah serampang dua mata yang bukan sahaja berfokus kepada keuntungan koperasi dan
pengalaman baru yang berilmiah malah merupakan salah satu cara pengurusan stres bagi
pelajar.
Ulasan : Hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi bersetuju dengan cadangan tersebut namun harus
diteliti dengan perancangan yang tersusun rapi agar Standard Operation Prosuder (SOP)
dipatuhi dan mendapat kelulusan daripada pengurusan maktab. Ahli Mesyuarat Agung
Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti bersetuju sepertimana hasil
mesyuarat ahli lembaga koperasi.
Usul Kelima
Pencadang : Cik Aslina binti Othman
Penyokong : Azlis Suzzaireen binti Azlan
Cadangan : Mencadangkan agar koperasi mengadakan penandaarasan antarabangsa bagi mencari
keterbezaan dan menjana idea yang mempunyai daya saing peringkat global. Usaha ini
diharapkan akan memberikan nafas baru kepada perkembangan koperasi secara
menyeluruh agar mendepani koperasi lain di peringkat antarabangsa.
Ulasan : Hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi bersetuju dengan cadangan tersebut namun perlu
mempunyai kewangan semasa yang kukuh dan kelulusan adalah berdasarkan impak
program pengantarangsaan tersebut kepada koperasi secara menyeluruh. Ahli Mesyuarat
Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti bersetuju sepertimana hasil
mesyuarat ahli lembaga koperasi.
11
Usul ahli : Pn. Siti Hasma binti Mohd Hashim
Usul Pertama Pn Sariza binti Sapke
Pencadang : Memohon jumlah saham maksimum bagi ahli guru dan staf dinaikkan kepada maksimum
Penyokong : berjumlah RM 1500.00 dan saham pelajar juga dinaikkan namun pelajar tidak diwajibkan
Cadangan : untuk menyertai koperasi hingga mencapai had maksimum.
Pihak koperasi menghargai cadangan ahli dan mendahului dengan ucapan terima kasih.
Ulasan : Hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi memutuskan bahawa usul akan dipertimbangkan
semula jika terdapat projek mega yang memerlukan modal yang tinggi. Walau
bagaimanapun, pada ketika ini koperasi belum berkeupayaan untuk menjalankan projek
mega memandangkan fokus koperasi kepada pemerkasaan perkhidmatan yang sedia ada
serta penambahbaikan infrastruktur yang ada untuk keselesaan warga maktab terutamanya
pelajar. Ahli Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti
bersetuju sepertimana hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi.
Usul Kedua
Pencadang : Muhammad Azlan bin Md Kapitah (5 Zarqali)
Penyokong : Muhammad Haiqal bin Hussin (5 Zarqali)
Cadangan : Mencadangkan koperasi tidak mengenakan cas (Cash On Delivery) COD atau menurunkan
cas COD bagi perkhidmatan COD yang ditawarkan koperasi.
Ulasan : Pihak koperasi menghargai cadangan ahli dan mendahului dengan ucapan terima kasih.
Hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi memutuskan bahawa usul tidak dapat diterima
memandangkan koperasi menanggung kos pengangkutan, insurans pekerja dan gaji
pekerja malah perkhidmatan yang ditawarkan adalah berdasarkan kebajikan kepada pelajar
bukan keuntungan semata-mata. Ahli Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM
Kulim Berhad majoriti bersetuju sepertimana hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi.
Usul Ketiga
Pencadang : Nurul Afiqah bt Azhar (5 Kindi)
Penyokong : Syam Syaini bin Mat Zaki (5 Kindi)
Cadangan : Mencadangkan koperasi tidak mengenakan cas kepada barangan pos yang diuruskan oleh
koperasi.
Ulasan : Pihak koperasi menghargai cadangan ahli dan mendahului dengan ucapan terima kasih.
Hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi memutuskan bahawa usul tidak dapat diterima
memandangkan bebanan pekerja koperasi bertambah berikutan perkhidmatan baru dan
cas yang dikenakan sangat berpatutan iaitu RM 0.50 setiap item berbanding dengan maktab
lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama dengan kadar RM 1.00 setiap item.
Pengurusan barang pos oleh koperasi adalah berdasarkan keputusan mesyuarat
pengurusan dan perkhidmatan ini adalah menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar agar
tidak perlu mengambil sendiri di cawangan pos. Ahli Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti bersetuju sepertimana hasil mesyuarat ahli lembaga
koperasi.
12
Usul Keempat Muhammad Daniel Hakimi bin Nor Azizi (5 Kindi)
Pencadang : Putri Nurul Diana bt Mohd Razali (5 Kindi)
Mencadangkan had pengeluaran minimum duit adalah RM 50.00
Penyokong : Pihak koperasi menghargai cadangan ahli dan mendahului dengan ucapan terima kasih.
Hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi memutuskan bahawa usul tidak dapat diterima
Cadangan : memandangkan penawaran perkhidmatan ini adalah serampang dua mata iaitu
mengurangkan bebanan guru untuk menguruskan pengeluaran duit pelajar dan menjaga
Ulasan : kebajikan agar memudahkan pengeluaran duit dilakukan dengan mudah walaupun kerap
bagi mengelakkan kecurian berlaku mahupun kehilangan duit dalam jumlah yang banyak.
Usul Kelima Ahli Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti bersetuju
Pencadang : sepertimana hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi.
Penyokong : Amnie Salsabila bt Anuar (4 Zarqali)
Nur Athirah binti Mohd Sufian (4 Zarqali)
Cadangan : Mencadangkan koperasi menguruskan proses pengambilan barang yang lebih sistematik.
Pihak koperasi menghargai cadangan ahli dan mendahului dengan ucapan terima kasih.
Ulasan : Pihak koperasi telah menambahbaik perkhidmatan dengan mengehadkan pengeluaran duit
pada waktu petang bermula jam 2.30 petang. Manakala tiada masa khusus bagi
Usul Keenam pengambilan barang. Perubahan masa ini diharapkan dapat membantu pelajar merancang
waktu yang sesuai bagi pengambilan barangan pos. Ahli Mesyuarat Agung Tahunan
Pencadang : Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti bersetuju sepertimana hasil mesyuarat ahli
Penyokong : lembaga koperasi.
Cadangan : Nurul Izzati bt Mohamad Nizam (4 Kindi)
Nureisya Saffiah bt Sufiani (4 Kindi)
Ulasan : Mencadangkan koperasi mengembalikan penjualan pizza di kedai koperasi.
Pihak koperasi menghargai cadangan ahli dan mendahului dengan ucapan terima kasih.
Penjualan pizza telah dilakukan pada 3 September 2020 sepertimana yang diusulkan. Ahli
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti bersetuju
sepertimana hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi.
Usul Ketujuh Muhd Ammar bin Md Rozi (4 Kindi)
Pencadang : Mohamad Azrul Ikhwan bin Adlan (4 Kindi)
Mencadangkan koperasi menyediakan mesin ATM bagi kemudahan pelajar.
Penyokong : Pihak koperasi menghargai cadangan ahli dan mendahului dengan ucapan terima kasih.
Berdasarkan hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi, perkhidmatan ini tidak dapat
Cadangan : ditawarkan kerana jumlah pelajar adalah kecil bagi melayakkan perkhidmatan tersebut
disediakan. Hal ini demikian kerana kelayakan memohon mesin ATM memerlukan 3, 000
Ulasan : hingga 5, 000 orang warga sesebuah institusi dan mempunyai akses kepada orang luar.
Ahli Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti bersetuju
sepertimana hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi.
13
Usul Kelapan
Pencadang : Mohd Furqan Hakim bin Suhaime (4 Dailami)
Penyokong : Mohd Adam bin Fairos (4 Dailami)
Cadangan : Mencadangkan penjualan ramen dan maggi cup.
Ulasan : Pihak koperasi menghargai cadangan ahli dan mendahului dengan ucapan terima kasih.
Penjualan ramen tidak dapat dilakukan atas faktor kepedasan yang mampu memberikan
kesan buruk kepada kesihatan pelajar dalam jangka masa panjang. Begitu juga maggi cup
yang tidak memberikan manfaat dari aspek kesihatan jika diambil tanpa kawalan. Ahli
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti bersetuju
sepertimana hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi.
Usul Kesembilan
Pencadang : Muhd Ammar bin Md Rozi (4 Kindi)
Penyokong : Irham Hakimi bin Zainor (4 Kindi)
Cadangan : Mencadangkan koperasi menjual tambah nilai nombor prabayar.
Ulasan : Pihak koperasi menghargai cadangan ahli dan mendahului dengan ucapan terima kasih.
Pihak koperasi telah menjadi ejen bank bagi Bank Simpanan Nasional dan perkhidmatan
yang diusulkan merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan. Ahli Mesyuarat
Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti bersetuju sepertimana hasil
mesyuarat ahli lembaga koperasi.
Usul Kesepuluh
Pencadang : Mohd Adam bin Fairos (4 Dailami)
Penyokong : Mohd Furqan Hakim bin Suhaime (4 Dailami)
Cadangan : Mencadangkan koperasi mempelbagaikan barangan dalam kedai koperasi.
Ulasan : Pihak koperasi menghargai cadangan ahli dan mendahului dengan ucapan terima kasih.
Walaubagaimanapun, usul tersebut harus dijelaskan secara terperinci agar ahli lembaga
pengarah dapat membuat keputusan menggunakan kaedah terbaik bagi menerima usul
tersebut. Ahli Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad majoriti
bersetuju sepertimana hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi.
14
Usul Kesebelas
Pencadang : Mohd Furqan Hakim bin Suhaime (4 Dailami)
Penyokong : Siti Aishah binti Mohd Rizal (4 Dailami)
Cadangan : Mencadangkan koperasi menambahkan stok pakaian t-shirt kor kadet polis.
Ulasan : Pihak koperasi menghargai cadangan ahli dan mendahului dengan ucapan terima kasih.
Walau bagaimanapun, usul tersebut harus melalui maklum balas pelajar secara lebih
terperinci melalui tinjauan yang akan dilakukan oleh ahli lembaga koperasi. Sekiramya
terdapat permintaan melebihi 150 helai dengan harga yang berpatutan dan mendapat
kelulusan daripada phak pengurusan maktab, koperasi akan mengadakan jualan melalui
tempahan bagi mengelakkan stok lapuk. Ahli Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM
PDRM Kulim Berhad majoriti bersetuju sepertimana hasil mesyuarat ahli lembaga koperasi.
Agenda 11 : Penangguhan Mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari dengan tasbih kafarah dan surah Al Asr.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
[ROSNIZA BINTI AHMAD] [NORRISALHA BINTI MOHAMAD TAHIR]
Setiausaha Koperasi Pengerusi Koperasi
15
LAMPIRAN 1
KERTAS KERJA PENYEDIAAN ATURAN KEWANGAN
(ELAUN KOMITMEN PENGURUSAN)
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD
ATURAN KEWANGAN EKM (ELAUN KOMITMEN PENGURUSAN)
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD
1. PENGENALAN
(i) Aturan ini adalah dinamakan Aturan Kewangan EKM (Elaun Komitmen Pengurusan)
Koperasi MRSM PDRM KULIM BERHAD.Berhad”.
(ii) Penghargaan EKM diberikan sebagai tanda ucapan terima kasih Koperasi atas
komitmen Pemimpin Koperasi yang memberikan khidmat cemerlang. Sesungguhnya dengan
cara ini secara tidak langsung mendorong mereka lebih bermotivasi untuk berkhidmat
dengan ikhlas.
(iii) EKM bertujuan menambah baik sistem tadbir urus koperasi iaitu konsep penghargaan
berbentuk kewangan atas komitmen yang diberikan lantaran kedudukan prestasi kewangan
koperasi sangat baik sebagai pemangkin kesungguhan usaha pemimpin Koperasi MRSM
PDRM Kulim Berhad.
(iv) Misi untuk mendapatkan perolehan sejuta pada masa akan datang secara berperingkat
memerlukan banyak pengorbanan masa dan tenaga. Dengan adanya cadangan
mewujudkan elaun, di samping elaun komitmen diharapkan memberikan impak positif bagi
menggerakkan usaha-usaha berterusan ke aras tujuan yang dihajati.
(v) Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah Undang-Undang Kecil Koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini.
2. TUJUAN ATURAN KEWANGAN
I. Elaun bulanan ALK Guru diadakan daripada tiada sebelum ini sebanyak RM100.00,
elaun menghadiri mesyuarat dinaikkan dari RM 15.00 kepada RM 30.00 dan elaun komitmen
menghadiri aktiviti rasmi diberikan sebanyak RM 30 bagi dalam daerah dan RM 100.00 bagi
luar negeri sebagai penghargaan khidmat yang diberikan.
II. Elaun bulanan ALK Pelajar sebanyak RM5 SEJAM bergantung kepada jumlah jam
bertugas, elaun menghadiri mesyuarat sebanyak RM 15.00. dan elaun komitmen menghadiri
aktiviti rasmi diberikan sebanyak RM 30 bagi dalam daerah dan RM 100.00 bagi luar negeri
sebagai penghargaan khidmat yang diberikan.
16
III. Elaun Juru Audit Dalaman diberikan RM 30 bagi penyediaan laporan audit
sebanyak 4 kali setahun, elaun menghadiri mesyuarat RM 30.00 dan elaun komitmen
menghadiri aktiviti rasmi sebanyak RM 30 bagi dalam daerah dan RM 100.00 bagi luar negeri.
IV. Bonus Pekerja Koperasi yang mencapai target sasaran jualan bulanan akan
diberikan insentif khas secara one –off di samping elaun khas sempena Hari Raya, AKKS
dan Bonus tahunan yang lain sebagai penghargaan khidmat yang diberikan.
V. Rangkuman hadiah kemenangan akan dikongsi bersama ALK, juru audit,
sukarelawan dan anggota koperasi keseluruhannnya mengikut budi bicara permuafakatan
bersama yang mana semua ahli adalah pemenang dan penyumbang kepada pemangkin
kejayaan bersama.
VI. Insentif Lawatan akan diberikan kepada ALK dan pekerja koperasi
mengikut kesesuaian masa dan tarikh yang difikirkan terbaik.
3. SUMBER KEWANGAN
Sumber Kewangan bagi aturan ini adalah diperoleh daripada dana Belanja Mengurus
Koperasi daripada Belanjawan Tahunan oleh Bendahari.
(i) Keputusan Mesyuarat Agung Koperasi yang memutuskannya bertindak sebagai
punca kuasa dan melindungi kepentingan aturan ini.
(ii) Segala bukti komitmen akan direkodkan oleh setiausaha dalam buku kehadiran
bertugas dan akan disahkan oleh Pihak Lembaga Koperasi di samping diaudit oleh juru audit
dalaman koperasi yang dilantik.
Aturan-aturan baru ini telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad, kali Ke-23.
17
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD
BATALION 2 PGA, JALAN JUNJONG, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN
TEL: 04-4905640, 04-4905658 FAKS: 04-4908555
LAPORAN TAHUNAN
AHLI LEMBAGA PENGARAHMAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM
KULIM KEDAH
MINIT MESYUARAT AGUNG KE-23
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD
2020/2021
1
LAPORAN TAHUNAN AHLI LEMBAGA PENGARAH (ALP)
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD
BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
Laporan tahunan ini akan mengemukakan semua aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi MRSM
PDRM Kulim Berhad sepanjang satu tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020.
Selepas pembentangan laporan ini, anggota-anggota koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad diharapkan
dapat memberi maklum balas dan cadangan yang membina bagi memperbaiki dan memantapkan lagi
setiap aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.
1. PENGURUSAN KOPERASI
Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad dikendalikan oleh 15 orang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang
diterajui oleh Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat.
Ahli-ahli Lembaga Pengarah (ALP) Koperasi sesi 2020/2021 adalah seperti berikut :-
Sesi 2020/2021
1. Pn. Norrisalha binti Mohamad Tahir - Pengerusi
Naib Pengerusi / Kafetaria
2. En. Fauzi bin Ahmad - Setiausaha
3. Pn. Rosniza bt Ahmad - Bendahari
Pengurus Kedai Asrama / Kebajikan
4. Pn. Norlaiza bt Ibrahim - Pengurus Kedai Maktab/Sumber Manusia
Pengurus Inovasi / promosi
5. Pn. Jamsiah binti Jusoh - Pengurus Dobi/ Kerjaya
ALK
6. Pn. Nur Azlina binti Ihsan - ALK
7. En. Mohammad Radzi bin Zawawi - ALK
ALK
8. En. Mohd Najib bin Md Noor - ALK
ALK
9. Nur Adriana Filzah bt Muhd Khar Munzakar - ALK
10. Nurzulaikha binti Zarani -
11. Balqis Nursyafiqah binti Mad Zakir -
12. Sarah Sofea binti Shamsol -
13. Muhamad Almuizz bin Hassan -
14. Ahmad Danial Bin Yuzaidi -
15. Nurathirah Husna Binti Zakaria -
2
Juru Audit Dalaman (JAD)
1. Mohd Hafizul Fazly bin Jalani
2. Muhammad Aiman Azzamuddin Bin Zaidi
3. Muhammad Khairuddin Bin Abd Rahman.
Sesi 2021/2022 - Pengerusi
1. Pn. Norrisalha binti Mohamad Tahir - Naib Pengerusi / Kafetaria
2. En. Fauzi bin Ahmad - Setiausaha
3. Pn. Rosniza bt Ahmad - Bendahari
4. Pn. Norlaiza bt Ibrahim - Pengurus Kedai Asrama / Kebajikan
5. Pn. Jamsiah binti Mat Yusof - Pengurus Kedai maktab/Sumber Manusia
6. Pn. Nur Azlina binti Ihsan - Pengurus Inovasi / promosi
7. En. Mohammad Radzi bin Zawawi - Pengurus Dobi/ Kerjaya
8. En. Mohd Najib bin Md Noor - ALK
9. Nurul Dania Alysha binti Khairul Shamsuar - ALK
10. Muhammad Emir Redzwan bin Mohamad - ALK
11. Nurul Ain binti Mohd Hisham - ALK
12. Aina Farzana binti Mahadzir - ALK
13. Sarah Nasihah binti Mohd Shukhaimi
14. Alif Najmi bin Amir Hamzah - ALK
15. Noor Afiqah Madihah binti Mohd Noor Azlan - ALK
Juru Audit Dalaman (JAD) akan ditentukan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah selepas
Mesyuarat Agung.
2. MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH (ALP)
Pihak pengurusan telah mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali sepanjang sesi 2020/2021.
Tarikh mesyuarat ALK ialah pada 28 Januari 2021, 25 Mac 2021, 6 Jun 2021 dan 13 Julai 2021.
3. KEAHLIAN
Keahlian koperasi adalah wajib bagi pelajar dan digalakkan untuk guru dan kakitangan. Bilangan anggota
koperasi untuk tahun berakhir 31 Disember 2020 ialah 477 orang.
3
4. MODAL SAHAM
Modal saham minimum bagi pelajar adalah sebanyak RM 20.00 manakala untuk guru dan kakitangan
adalah RM20.00 dengan yuran masih sebanyak RM1.00. sahaja. Dari semasa ke semasa, anggota boleh
menambah nilai modal saham. Penambahan modal saham boleh juga ditambah dari dividen yang
diberikan oleh koperasi. Nilai dividen yang diberikan oleh koperasi bergantung kepada keuntungan
tahunan dan persetujuan anggota dalam mesyuarat Agung Tahunan.
Nilai modal saham Tahun 2020
RM 25, 820.00
5. ASET TETAP
Antara Aset Tetap Koperasi ialah perabot, komputer, radio, peti sejuk, alatan dan peti besi.
Berikut dinyatakan nilai aset tetap untuk 1 tahun berakhir
Tahun 2020
Nilai Aset Tetap RM 9233.04
6. SIMPANAN TETAP DAN PELABURAN Saham Bank Rakyat
Simpanan Tetap di Bank Rakyat Tahun 2020
Tahun 2020 Nilai RM 10, 000.00
Nilai RM 30,000.00
4
7. KEGIATAN KOPERASI
Berikut ialah kegiatan koperasi untuk tempoh 1 tahun 2020.
BIL. Bulan AKTIVITI
1. Januari * Restok barang keperluan koperasi
* Pendaftaran pelajar baharu
2. Februari * Taklimat BA100
* Kursus Pembangunan Koperasi
3. Mac * Penyelenggaraan kafeteria
* Pembelian ‘stall’ untuk Dataran Keusahawanan
4. April, Mei, Jun * Pembelian komputer untuk perkhidmatan percetakan
5. Julai - Tiada aktiviti dilaksanakan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
6. Ogos Majlis Perpisahan ALK dan pekerja koperasi
*Pembelian mesin basuh ( 6 unit )
7. September *Pembelian pendingin hawa terpakai
8. Oktober Pembelian telefon bimbit untuk kegunaan koperasi
9. Disember Taklimat BSN Cashless
10. Setiap bulan Peletakan kerusi batu di sekitar blok akademik
11. Sepanjang tahun Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ahli koperasi
Jualan uniform, keperluan asrama, buku latihan alat tulis, makanan dan
.12. Sepanjang tahun minuman
Dobi
5
8. DIVIDEN
Dividen pada tahun 2020 ialah RM 7746.00
9. SUMBANGAN (KEPADA PIHAK MRSM, MASYARAKAT & AGENSI LUAR)
BIL BULAN PERKARA CATATAN (RM)
RM 500.00
1. Januari Majlis Apresiasi MRSM PDRM RM 70.70
2. Januari Sumbangan kek Hari Jadi kepada ahli koperasi RM 1680.00
RM 450.00
3. Februari Program Koperasi Di Hati RM 70.00
4. Februari Kursus Asas Perniagaan RM 500.00
5. Februari Sumbangan kek Hari Jadi kepada ahli koperasi RM 5850.00
6. Mac Sumbangan Tabung Solidariti MARA -
-
7. April Sumbangan Covid 19 untuk pelajar yang terjejas -
RM 300.00
8. Mei Tiada RM 642.90
9. Jun Tiada
RM 200.00
10. Julai Tiada
RM 163.70
11. Ogos Program Bulan Kemerdekaan
RM 4038.12
12. Ogos Sumbangan tiga unit thermometer untuk maktab RM 6057.20
RM 180.00
13. Ogos Sumbangan khairat kematian kepada pelajar ( Radhiatul Asyifaq RM 100.00
) RM 200.00
RM 135.00
14. September Sumbangan hadiah perpisahan Cikgu Azim, Cikgu Solehah dan RM 2900.00
Cikgu Aishah RM 3000.00
15 September Bayaran zakat kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah
16 September Bayaran zakat kepada MRSM PDRM
15. Oktober Sumbangan kek Hari Jadi kepada ahli koperasi
16. November Sumbangan khairat kematian kepada pelajar ( Aidil Fahmi )
17. November Sumbangan khairat kematian kepada pelajar ( Aliff Haikal )
18. November Sumbangan kek Hari Jadi kepada ahli koperasi
19. Disember Sumbangan kerusi batu kepada maktab
20. Disember Sagu hati kepada ALK pelajar sesi 2019/2020
21. Sepanjang Menguruskan perbelanjaan akaun-akaun maktab berikut:
tahun
6
- Majalah dan Akhbar
- Orientasi
- Kedai Asrama/ Planner
- Kokurikulum
PENGHARGAAN
Kami Ahli Lembaga Pengarah Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad sesi 2020/2021 ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua MRSM PDRM, Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM), ANGKASA, anggota-anggota koperasi dan semua pihak yang memberi sokongan bagi
membolehkan koperasi menjalankan aktiviti.
Disediakan oleh
[ ROSNIZA BINTI AHMAD ]
Setiausaha
Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad.
7
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD
BATALION 2 PGA, JALAN JUNJONG, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN
TEL: 04-4905640, 04-4905658 FAKS: 04-4908555
LAPORAN
PENYATA KEWANGAN
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM
KULIM KEDAH
2020MINIT MESYUARAT AGUNG KE-23
KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD