The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Skrap ini adalah tentang Tokoh Pemimpin Johor iaitu Dato' Onn Jaafar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asmirah.gbk.skpn, 2021-04-17 10:26:24

Buku Skrap Tokoh Pemimpin Johor - Dato' Onn Jaafar

Buku Skrap ini adalah tentang Tokoh Pemimpin Johor iaitu Dato' Onn Jaafar

TOKOH PEMIMPIN JOHOR :
DATO’ ONN JAAFAR

NAMA PESERTA :

QURRATU HUMAIRA SYAHMINA BINTI MOHD SHAHRIL
(100919-01-0166)
KELAS :
5 IBNU SINA
ALAMAT E-MEL :
[email protected]

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH :
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SAWAH,
KM 4.8 JALAN SAWAH, 81500 PEKAN NANAS, PONTIAN, JOHOR.

i
i

ISI KANDUNGAN

iiii

PENDAHULUAN

Yang Dipertua pertama UMNO Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah dimartabatkan
sebagai Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan
Perhubungan UMNO Negeri Johor mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah mengambil
sumbangannya menyatupadukan penduduk negara ini, termasuk ketika memulakan langkah
tersusun menentang Malayan Union.

Sejak perjuangan dan sumbangan besar Dato’ Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju
bangsa Melayu di zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu patut dikenang dan diingati
oleh seluruh rakyat Malaysia dan dijadikan sebagai satu pembakar semangat bangsa Melayu
agar dihormati di mata dunia sebagai bangsa yang berani, setia dan bersemangat waja dalam
menuntut hak berkerajaan sendiri dan dipimpin oleh bangsa sendiri.

“ Cogan kata ‘Hidup Melayu’ yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini, orang
Melayu akan memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa kita berkehendakkan
tanah air dan bangsa ini terselamat dan bagi menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan
dan terhapusnya bangsa” Petikan daripada ucapan Dato’ Onn Jaafar, Utusan Melayu, 25 Mac
1946.

1

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Dato’ Onn Jaafar semasa kecil

Ayahanda Dato’ Onn Jaafar Ibunda Dato’ Onn Jaafar yang berketurunan Turki

Dato’ Onn Jaafar dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru. Keluarga Dato’ Onn Jaafar
merupakan keluarga yang paling berpengaruh di Johor semenjak lewat abad ke-19 dan
sehinggalah ke hari ini. Ayahanda beliau Allahyarham Dato’ Jaafar Haji Mohamed (1838 –
1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan
Johor, seperti mana yang wujud sehingga hari ini. Ayahanda beliau berbangsa Melayu dari
keturunan Bugis dan berasal dari Daik. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga,
Singapura dan mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu dan Inggeris. Beliau adalah
berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka. Ibu Dato’ Onn
Jaafar bernama Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat berketurunan Turki. Beliau
mempunyai 15 orang adik-beradik lelaki dan perempuan seibu sebapa, sebapa dan juga seibu
sahaja. Dato’ Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak kecil lagi. Beliau
merupakan anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh seorang wanita Inggeris di
Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan

2

Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903,
beliau telah melanjutkan pelajaran di Aldeburg Lodge School, Suffolk, England. Beliau ke sana
sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.

3

PENDIDIKAN TOKOH

GAMBAR : MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR
Dato’ Onn Jaafar mendapat pendidkan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di
England. Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika
menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau melanjutkan pelajarannya ke
Sekolah Alderburg Lodge di Suffolk, England. Dato’ Onn meneruskan lagi pelajarannya
setelah pulang ke tanah air pada (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat
pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerana
sambilan di Pejabat Perkhidmatan Pos.

4

KERJAYA TOKOH

Dato’ Onn Jaafar mula berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan bermula daripada
minat dan kebolehan beliau dalam bidang penulisan. Beliau mengambil peluang baik ini
apabila beliau diberi kepercayaan menyumbangkan sebuah rencana oleh sebuah syarikat
akhbar atau Syarikat Akhbar Percetakan Singapura dan akhirnya ditawarkan sebagai penulis
tetap pada tahun 1930 ketika beliau berusia 35 tahun.

Dato’ Onn Jaafar menggunakan sepenuh kesempatan ini untuk mencurahkan isi hati
dan ketidakpuasan diri beliau terhadap Sultan Johor. Beliau menganggap Sultan Johor bersikap
boros dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata. Beliau juga pernah mengkritik Sultan Johor
kerana memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja buruh seperti buruh paksa untuk
kepentingan perladangan milik peribadi sultan.

Kelancangan dan kelantangan beliau mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar lain.
Dato’ Onn mula dikenali dan popular. Latar belakang beliau juga diketahui dan banyak penulis
dan masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan yang berani oleh beliau. Di samping itu,
beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman pendudukan
Jepun, Dato’ Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

5

Kepimpinan Dato’ Onn Jaafar terserlah apabila beliau dilantik khas menjadi pegawai
daerah Batu Pahat bagi menghentikan persengkataan kaum antara orang Melayu dengan orang
Cina. Majoriti orang Cina Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun kerana
penindasan tentera Jepun terhadap orang Cina. Setelah tentera Jepun menyerah kalah, mereka
menjadi komunis dan telah menzalimi dan menganiayai orang Melayu

Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah yang diketuai
oleh Kiai Salleh agar menghentikan serangan-serangan orang Cina. Dalam masa yang singkat
beribu orang Cina terbunuh. Apabila sultan menerima laporan dan bantuan perlindungan dari
saudagar Cina dari Batu Pahat, Dato’ Onn telah dititah menyelesaikan persengketaan itu.

Dato’ Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah yang diketuai
oleh Kiai Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai. Ketika Inggeris kembali ke Tanah
Melayu dengan idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan hak-
hak orang Melayu, Dato’ Onn segera menubuhkan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor yang
akhirnya berjaya menyatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi
menghalang pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union.

Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor pada
11 Mei 1946, UMNO dengan rasminya ditubuhkan. Dato’ Onn telah menjadi Yang DiPertua.
Melalui UMNO, beliau menyusun strategi dan aktiviti menentang Malayan Union sehingga
Inggeris terpaksa membubarkan penubuhan Malayan Union pada 1 Februari 1948 dan
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

6

SUMBANGAN TOKOH

Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor yang
sebagai Yang Dipertua. Dalam bulan Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari berbagai
persatuan Melayu bertemu dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan
Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu dan yang mewakili orang
melayu menentang Malayan Union.

Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei 1946.
Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai yang Di Pertuanya yang
pertama. Dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim melantik Datuk Onn
Datuk Jaafar sebagai Menteri Besar Johor.

Saudara-saudaranya, Datuk Abdullah dan Datuk Mustafa pernah dilantik ke jawatan
tersebut. Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk
menumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran
kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin UMNO.
Datuk Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Pada tahun 1946,
kepimpinan Datuk Onn menentang penjajahan secara politik sehingga tumbangnya Malayan
Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan Raja-
Raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi orang-orang asing dan memberi
beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu. Usaha-usaha Datuk Onn untuk
mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu, beliau telah mengemukakan cadangan
supaya keahlian UMNO dibuka kepada lain-lain bangsa tetapi mendapat tentangan di kalangan
Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan oleh suasana Kebangsaan Melayu ketika itu tidak

7

sanggup menerima perubahan radikal seperti itu. Hasrat dan cita-citanya untuk memartabatkan
bangsa melayu diteruskan dengan pelbagai cadangan dan tindakan. Pemerhatian yang dibuat
oleh Datuk Onn ada dinyatakan didalam ucapannya :

“Layanan yang berat sebelah itu pula tidak terhad kepada pegawai-pegawai British sahaja
tetapi diluaskan kepada tiap-tiap orang Eropah di dalam pekerjaan Kerajaan. Di dalam soal
gaji, rumah-rumah kediaman dan di dalam berbagai-bagai cara lain lagi terdapat layanan
yang sama itu diketepikan. Apa yang melukakan hati saya ialah hakikat bahawa hinggakan
pegawai-pegawai kanan Melayu yang berada di dalam perkhidmatan awam itu telah tertolak
ke bawah oleh satu dasar yang menjadi dasar untuk memajukan pentadbir-pentadbir bagi
jawatan yang lebih tinggi itu.”

Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 ogos Datuk Onn
melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO disebabkan oleh tentangan tersebut.
Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor Datuk Onn dan ia sendiri pernah
dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu.

Sebenarnya Datuk Onn telah mendahului zamannya; orang-orang melayu masih tidak
dapat bersetuju UMNO menerima keahlian semua kaum sahaja. Begitu juga kelonggaran
dalam syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lain masih belum dapat diterima walaupun
kemudiannya dan dalam penggubalan perlembagaan Malaya Merdeka syarat-syarat lebih
longgar diberi keada kaum-kaum lain.

Malah UMNO sendiri sebelum Merdeka telah bekerjasama dengan kaum-kaum lain
melalui parti Perikatan (yang bagaimanapun mengekalkan identiti parti-parti di dalamnya).

Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
telah dapat melihat dari dalam masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin
kerana itu, merasakan perlu kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain dan

8

mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orang
melayu sebelum mencapai kemerdekaan.

Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet kerajaan
penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga membenarkan seornag wakilnya menerima tempat
dalam kabinet itu. Sewaktu di dalam kabinet kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik
menjadi Pengerusi RIDA, sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan
ekonomi orang-orang Melayu. Dalam bidang pelajaran, nama Datuk Onn terkenal dengan
minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain ‘Biasiswa
UMNO’ sewaktu beliau dalam parti ini.

Setelah meninggalkan UMNO Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya
tetapi tidak berjaya mendapat sokongan orang-orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau
menubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan menghadapi pilihanraya
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Datuk Onn dan partinya tidak berjaya dalam
pilihanraya itu, namun tidak berputus asa bagi mendapatkan tempat dalam politik tanahair.
Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan seorang diri mewakili partinya
beliau cuba menyampaikan pendapat-pendapat politiknya dalam sebuah Dewan yang
mengandungi ahli-ahli dari UMNO Perikatan dan parti-parti lain.

9

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah
membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang
Melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan Jepun, telah
mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda
peperangan. Apabila perang tamat beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke
arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat
menubuhkan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang
berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa
mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik.

Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah
digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan
mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang
rajin. Beliau sangat degil dan pantang mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju
matlamatnya. Pada kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan

10

yang telah dibuat. Dato Onn juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan
pujian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh
tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seornag pemimpin yang bijak, jujur,
ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat.

Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakn seorang pemimpin yang tabah dan berani
dalam mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit
getir hidup yang belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap. Peristiwa ini jelas
memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran
semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak
pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan
harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada terkorban dengan sia-sia. Dalam
hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya.

11

KESIMPULAN

Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan dilupakan
ialah kejayaanya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh
malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu . Beliau membina
landasan untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya . Beliau
berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan daripada “Hidup Melayu”
kepada “Merdeka”.

Dato ‘ Onn menaja REDA (sekarang MARA)untuk membuka peluang perdagangan
dan perusahaan orang Melayu yang tertutup sepanjang masa Tanah Melayu dikuasai oleh
penjajah . Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonami tetapi beliau
yakin sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan
ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah negara merdeka yang moden . Nasib ekonomi orang
Melayu pada masa hadapan bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakan
rancangannya meningkatkan taraf hidup bangsa Melayu .

Dato’ Onn Berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudan
satu dasar negara yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan . Ini
adalah satu sumbangan yang paling besar Dato ‘ Onn kepada negara dalam kempen kerajaan
Tun Abdul Razak menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum ,
kepercayaan serta kebudayaan . Sesebuah bangsa berhak menentukan nasib bangsa mereka
sendiri namun perlu pengisian rohani, ilmu yang tinggi dan jiwa yang kental dengan semangat
bangsa masing-masing . Kita sebagai pewaris bangsa Melayu haruslah menjadikan gaya
pemikiran dan hala tuju beliau untuk membentuk generasi akan datang agar tidak hilang
Melayu di dunia dengan ‘kemelayuan’ yang penuh dengan kesopanan, adat resam dan tradisi
yang sentiasa terpelihara dengan jenama Melayu.

12

SUMBER RUJUKAN

Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan
Bahasa dan Pustaka
Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor
www.johordt.gov.my

13


Click to View FlipBook Version