The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling (1) (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Chik Nap Mohamad, 2019-11-28 16:00:36

buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling (1) (2)

buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling (1) (2)

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

2

KANDUNGAN MUKA SURAT

 Kata Alu-aluan Menteri Pendidikan Malaysia 5
 Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 6
 Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 7

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 10
14
 Latar Belakang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 22
 Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah 22
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 22
 Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 23
 Falsafah Bimbingan dan Kaunseling 23
 Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 23
 Objektif Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 25
 Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 26
 Pendekatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 26
 Kod Etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 26
27
 Mukadimah 31
 Skop Kaunseling
 Kod Tatalaku 34
 Piagam Pelanggan 36
38
Bab 2 : Pengurusan Dan Pentadbiran Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling 39
40
 Senarai Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa 41
 Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa 46
 Aliran Perhubungan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Dalam 53
60
Organisasi 60
 Cadangan Format Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah 61
 Cadangan Format Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah
 Cadangan Sasaran Kerja Tahunan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 62
 Cadangan Rancangan Tahunan Sekolah Menengah 64
 Cadangan Rancangan Tahunan Sekolah Rendah 67
 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

 Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
 Carta Aliran Sesi Bimbingan Individu, Bimbingan Kelompok, Kaunseling Individu

dan Kaunseling Kelompok.
 Pengurusan dan Pentadbiran Program dan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling
 Sistem Fail Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
 Pengurusan Kewangan

3

KANDUNGAN MUKA SURAT

 Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2012 68
 Kadar Bantuan Perkapita 69
 Borang Anggaran Belanja Mengurus, Borang Nota Minta 70
 Cadangan Maklumat dan Inventori Khas Murid Perkhidmatan Bimbingan dan 72

Kaunseling Sekolah Menengah / Rendah 73
 Rangkaian Strategik

Bab 3 : Bilik Bimbingan dan Kaunseling 76
 Cadangan Standard Minimum Bilik Bimbingan dan Kaunseling 79
 Pelan Asas Bilik Bimbingan dan Kaunseling I 80
 Pelan Asas Bilik Bimbingan dan Kaunseling II 81
 Gambar Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Bab 4 : Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 89
90
 Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
 Instrumen Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah

dan Rendah

Bab 5 : Rekod, Pelaporan dan Senarai Semak 94
95
 Senarai Rekod, Pelaporan dan Senarai Semak Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling 96

 Contoh Borang / Rekod / Senarai Semak

Bab 6 : Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 128

Bab 7 : Program Kaunseling Berfokus 135

Bab 8 : Panduan Kajian Tindakan 147

LAMPIRAN 161
 Senarai Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran 163
 Surat Siaran Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling Di Sekolah 166
 Contoh Tajuk Aktiviti Kelas Ganti Guru Bimbingan dan Kaunseling 167
 Rujukan Modul-Modul Bimbingan dan Kaunseling
168
PENGHARGAAN

4

KATA ALU-ALUAN

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Dunia pendidikan hari ini mendapat tumpuan utama semua pihak, khususnya pihak kerajaan.
Pelbagai usaha, perancangan, peruntukan dan tindakan telah diatur bagi mencapai tahap
pendidikan yang tinggi, seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Perkhidmatan Bimbingan
Dan Kaunseling di sekolah merupakan antara pemangkin pendidikan berkualiti Negara terutama
dalam aspek pembangunan modal insan. Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu cabang
perkhidmatan sokongan pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan
perkhidmatan kepada murid amalahan warga sekolah dan masyarakat sekitar, di samping
sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Senarai tugas dan bidang tugas yang telah
ditetapkan seharusnya menjadi panduan yang tepat dalam menjalankan perkhidmatan.

Murid diibaratkan rebung yang masih boleh dilentur. Oleh itu, peranan Guru Bimbingan Dan
Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah amat penting untuk melentur mereka menuju ke arah
kejayaan melalui usaha perekayasaan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Tidak
dapat dinafikan, murid sekolah adalah sebahagian daripada anggota masyarakat. Justeru, apa
sahaja yang berlaku dalam masyarakat akan terdedah kepada mereka. Oleh yang demikian,
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah diharapkan akan dapat menyediakan
pengetahuan, kemahiran, dan persekitaran yang sesuai kepada murid bagi membantu mencapai
matlamat pendidikan yang dhasratkan.

Saya berasa sukacita dan mengucapkan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia kerana berjaya menerbitkan edisi terbaru buku Panduan
Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah yang selari dengan objektif Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia merupakan satu sumbangan yang sangat
bermakna kepada perkembangan pendidikan di Malaysia.

Sekian terima kasih.

TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

5

KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah merupakan unit yang penting dalam
pembentukan kecemerlangan diri dan sahsiah murid. Selaras dengan pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memfokuskan enam ciri utama iaitu; pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dewibahasa, etika dan kerohanian, serta
identiti nasional yang diperlukan oleh setiap murid supaya dapat bersaing pada peringkat global.
Sehubungan itu, pelaksanaan perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di
sekolah yang memberi fokus kepada pembangunan sahsiah, peningkatan disiplin, pendidikan
kerjaya dan psikososal seharusnya berada pada tahap yang terbaik. Semua murid sewajarnya
mendapat panduan, bimbingan kaunseling yang berkualiti. Oleh itu, semua Guru Bimbingan
Kaunseling Sepenuh Masa diharap dapat menggunakan buku panduan ini sebagai rujukan
utama untuk mewujudkan perkhidmatan yang efektif dan sistematik.

Impak perkhidmatan yang berkesan dan profesional ini akan mewujudkan suasana sekolah yang
lebih kondusif, selamat dan berdaya saing. Harapan kita, kecemerlangan ini akan menjadi
pemangkin kepada kepimpinan murid yang mampu bersaing hingga ke pingkat global pada masa
hadapan.

Tahniah, saya ucapkan atas kejayaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kerana Berjaya
menerbitkan buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah edisi terbaru
ini.

Sekian terima kasih.

DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

6

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Remaja, khususnya murid sekolah merupakan aset penting Negara. Kementerian Pendidikan
Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan agar dapat menyediakan modal
insan yang menguasai kemahiran insaniah dan memenuhi keperluan industri di era globalisasi
ini. Sejajar dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan penting dalam membangunkan murid
secara holistik. Bimbingan dan kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan
pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada
murid malahan warga sekolah dan masyarakat sekitar, disamping sebagai tunggak pengurusan
pembangunan murid. Peranan dan beban tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
telah dikaji semula dan hasil daripada itu, wujudlah Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.

Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengambil inisiatif untuk
menerbitkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Negeri Johor
yang diperbaharui dengan maklumat terkini termasuk Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti
(SPSK).

Sukacita saya mengucapkan tahniah kepada Sektor Pengurusan Kaunseling Disiplin kerana
berjaya menerbitkan edisi terbaru ini. Saya berharap semua Guru Bimbingan dan Kaunseling
dapat memanfaatkan buku ini dan memantapkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
di negeri Johor.

Sekian, terima kasih.

TUAN ABDULLAH BIN MAD YUNUS

7

8

PENGENALAN KEPADA PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

9

LATAR BELAKANG
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. SEJARAH

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di
Malaysia telah bermula pada awal tahun 1960an. Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika itu
lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan
bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu
diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan
tugas-tugas bimbingan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan
tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti
dinyatakan dalam Perakuan 79.

“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah
hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah
menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan
panduan kerjaya sahaja”

Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada
guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka.

Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah :
 Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan

bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama seminggu dalam
masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.

 Pada 27 September 1973, Surat Pekeliling Iktisas No. 1, Pengarah Bahagian Sekolah-
Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling dijalankan atas nama Panduan Pelajaran, Panduan Kerjaya dan Panduan
Peribadi di Sekolah-Sekolah Menengah Berasrama Penuh / Sains. Dua orang guru dari
sekolah berkenaan telah dilatih pada bulan April, 1973.

 Pekeliling Iktisas Bil / 5 1976 bertarikh 5 Mei 1976 pula memberi arahan kepada semua
Guru Besar Sekolah Menengah untuk menyediakan kemudahan bilik dan Perkhidmatan
Panduan Pelajaran dan Kerjaya.

 Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan Kursus Khas selama
setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan
dan Kaunseling.

 Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) selama 4 tahun. Keutamaan diberi
kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta
berpengalaman mengajar selama 5 tahun

10

 Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam
Cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal
persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan
tersebut.

 Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas
selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus
pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.

 Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus
Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah.

 Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan
oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama 3 bulan
termasuk praktikum.

 Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan
Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra,
Kedah.

 Mulai tahun 1989, Universiti Putera Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak Jauh
(PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

 Kursus KDPK (Kursus Diploma Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling – setahun di
Maktab Perguruan dan 2 tahun di IPTA (UPM, UKM dan UTM) dijalankan untuk 2
kumpulan mulai 1996-1999 dan 197-2000 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara rasminya bermula pada 1
Jun 1996. Surat Pekeliling Iktisas Bil.3/96 dibaca bersama surat Bahagian Pembangunan
Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/22 bertarikh 26 Mac 1997 dan surat
Bil.KPPP 0051/22/(54) bertarikh 14 Mac 1997

 Mulai bulan Ogos, kumpulan pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, Diploma dan
Sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dilantik sebagai Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah seluruh negara.

 Mulai tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengendalikan Kursus Diploma Perguruan
Kaunseling selama 6 bulan. Ia bertujuan untuk menampung kekurangan Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah.

 Perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) sekolah
menengah dan sekolah rendah adalah diluluskan berdasarkan keputusan Jemaah
Menteri bertarikh 11 Julai 2001. (Rujuk Surat Bahagian Organisasi dan Perkhidmatan
Bil.KP (PP) 0051/1/ Jld. 8 /(24) bertarikh 3 Ogos 2001).

11

Bilangan Murid Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
350 1
2
851 - 1350 3
1351 - 1850 4
1851 - 2350 5
2351 - 2850 6
2851 - 3350

Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Rendah

Bilangan Murid Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
500 1
2
501 - 1000 3
1001 - 1500 4
1501 - 2000 5
2001 - 2500 6
2501 - 3000

Nisbah Guru Bimbingn dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Menengah

 Waran perjawatan untuk Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekolah
menengah dan sekolah rendah juga dikeluarkan pada 11 Januari 2002, Bil. KP (PP)
0051/SJ’B’ Jld. 24/ (24) bertajuk Waran Perjawatan Bil. S3 TAHUN 2002 yang membawa
erti perjawatan ini perlu diisikan dengan tepat dan mengikut tangga gaji yang telah
diluluskan. Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa kepada murid adalah
1 : 500 bermula dengan 350 orang murid di sekolah rendah.

 Pada Oktober 2001 Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab
perguruan seluruh negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan dan
kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah. Ia bertujuan untuk dilantik sebagai guru
bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di sekolah rendah.

 Pada September 2002, kumpulan pertama guru sekolah rendah telah dilantik sebagai
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.

 Pada Januari 2005, kumpulan pertama guru lepasan KPLI Bimbingan dan Kaunseling
ditempatkan di sekolah rendah sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.

 Pada 24 Mac 2009, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin ditubuhkan secara rasmi
bila Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di bahagi kepada 2 sektor dalam
penstrukturan semua Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Sektor ini bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelaksanaan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling kepada murid di seluruh negara secara rasmi.

12

2. PEREKAYASAAN
Surat Siaran Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 16 April 2012 adalah
merupakan panduan perkhidmatan terkini yang perlu dilaksanakan oleh semua Guru
Bimbingan dan Kaunseling.
Ini kerana bidang yang diperkenalkan melalui perekayasaan kaunseling berbeza daripada
yang terdahulu. Penekanan diberi kepada pembangunan sahsiah dan disiplin murid dari
sudut kemenjadian pelajar dan fokusnya adalah menjurus kepada pembangunan dan
perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid
serta psikososial dan kesejahteraan mental murid.

13

LAMPIRAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEREKAYASAAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUJUAN
1. Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertujuan supaya

Guru B&K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan
Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.
KONSEP
2. Perkhidmatan B&K di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru,
ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan, boleh
membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan
berkesan.
3. Murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing menerusi
perkhidmatan B&K agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan
betul dalam menjalani kehidupannya.
4. Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan
B&K serta berupaya mendahului (win over) jangkaan tindakan murid-muridnya.

14

5. Guru B&K adalah seseorang yang memiliki personaliti sebagai guru yang paling
dipercayai, diyakini dan disenangi (trustworhthy) oleh murid, rakan sejawat,
ibu bapa dan masyarakat di sekolah.

OBJEKTIF

6. Objektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah;

6.1 Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras
perkhidmatan B&K di sekolah.

6.2 Sebagai perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif kepada murid
untuk menyuarakan isi hati dan permaslaahan mereka, seterusnya dapat
membuat keputusan yang wajar dan betul.

6.3 Agar Guru B&K boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan
yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.

6.4 Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai
dengan personaliti mereka.

FOKUS PERKHIDMATAN B&K
7. Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada

program dan aktiviti seperti berikut;
7.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
7.2 Peningkatan disiplin diri murid
7.3 Pendidikan kerjaya murid
7.4 Psikososial dan kesejahteraan mental murid

Fokus 1 : Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid:
8. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (character)

15

murid daripada aspek berikut :
8.1 Sikap penyayang (kepedulian)
8.2 Budi bahasa
8.3 Konsep kendiri
8.4 Kepemimpinan
8.5 Komunikasi
8.6 Kekemasan diri
8.7 Ketepatan masa

Outcome : Perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji.

Fokus 2 :Peningkatan Disiplin Diri Murid
9. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu

dilakukan bagi mencegah terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti-sosial
yang lain.

Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan sejahtera.

Fokus 3 : Pendidikan Kerjaya Murid
10. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai

maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini,
guru B&K hendaklah;
10.1 Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi

memastikan semua murid dapat mengenal pasti potensi diri, minat, sikap
dan hala tuju kerjaya.

10.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah
sehingga ke sekolah menengah dalam pelan pembangunan dan
perkembangan kerjaya mereka.

10.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus
memasuki alam kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi
pengajian tinggi awam atau swasta.

16

Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa
hadapan

Fokus 4 : Psikososial dan kesejahteraan mental murid
11. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus

kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;
11.1 Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
11.2 Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
11.3 Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif

Outcome : Murid yang sihat pemikirannya

KAEDAH PELAKSANAAN

Pengurusan Profil Murid
12. Fokus ini adalah menyediakan pangkalan Profil Murid yang bertujuan untuk

membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid. Dengan analisis ini,
tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan dengan lebih
berkesan. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;
12.1 Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin
12.2 Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah
12.3 Menyediakan profil kerjaya setiap murid
12.4 Menyediakan profil murid dari segi kesejahteraan mental/emosi

13. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid,
latar belakang ibu bapa/penjaga, latar belakang masalah, kekerapan dan punca
masalah dan status tindakan penyelesaian.

Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan
14. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar

berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang
memudaratkan diri seperti kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok
termasuk bahan inhalan.

17

15. Fokus ini juga memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar
mengelakkan diri daripada terlibat dengan jenayah rogol dan bunuh diri.

Konsultasi Keibubapaan
16. Fokus ini adalah membimbing murid agar mereka mengetahui tanggungjawab diri

dalam keluarga di mana;
16.1 Kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan.
16.2 Melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
17. Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran

generik) semua ahli PRS. Guru B&K hendaklah;
17.1 Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS
17.2 Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya

berkonsepkan ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan;
a. PRS sebagai role model kepada orang lain
b. Memberi galakan kepada rakan-rakan agar bersikap positif
c. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain

Murid Berkeperluan Khas
18. Fokus ini adalah memberikan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan khas

kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah.

19. Fokus ini juga memberi penekanan dari segi kebajikan, kemudahan, soft skill dan
hala tuju kerjaya murid berkeperluan khas.

20. Membimbing murid normal yang lain untuk menerima, membantu dan sentiasa
memberi pertolongan kepada murid-murid berkeperluan khas.

Penyampaian (outreach) perkhidmatan
21. Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh

Guru B&K serta faedah yang diperoleh daripada perkhidmatan B&K.

18

22. Sebaran berkaitan peluang-peluang pendidikan dan kerjaya murid.

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok
23. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi

Sasaran Kerja Utama guru B&K.

24. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau
kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran (P&P).

PENGURUSAN

Menjalankan Tugas Luar
25. Seorang guru B&K boleh dibenarkan menjalankan tugas di luar sekolah mereka

dengan kadar 10 peratus setahun. Ini bermakna, 90 peratus masanya
setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.

26. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B&K diarahkan;
26.1 Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh
masa yang panjang.
26.2 Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala petaka
di sesuatu tempat.
26.3 Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang
ditetapkan dalam perkara itu boleh juga diberikan dengan syarat mendapat
kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri terlebih
dahulu.

27. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarahkan atau diminta oleh KPM,
JPN atau PPD.

Kelas Ganti
28. Guru B&K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak melebihi 8 waktu

seminggu.

29. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah

19

melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan Perkhidmatan B&K.

30. Guru B&K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam
kelas ganti.

Jadual Waktu
31. Tempoh masa bertugas Guru B&K adalah sama seperti guru P&P. Walau

bagaimana pun, jadual waktu bertugas bagi Guru B&K di sekolah perlu lebih
fleksibel (flexi). Hal ini bermakna sesi bertugas seseorang Guru B&K di sekolah
tidak terikat sama seperti masa bertugas guru P&P di bilik darjah. Ianya boleh
disesuaikan mengikut keperluan tugas seharian Guru B&K.

32. Sesi bertugas mereka hendaklah lebih fleksibel (flexi) kerana fungsi mereka
termasuk aktiviti engagement bersama ibu bapa murid, agensi-agensi lain yang
berkaitan termasuk dengan pemimpin-pemimpin masyarakat dan komuniti di luar
sekolah di mana aktiviti tersebut hendaklah hanya untuk kepentingan dan faedah
murid mereka di sekolah.

Perkapita Grant (PCG) Bimbingan Kaunseling Sekolah
33. PCG yang diperuntukkan kepada sekolah bagi Bimbingan dan Kaunseling

hendaklah digunakan sepenuhnya untuk semua aktiviti perkhidmatan B&K yang
berfokus kepada 4 bidang utama seperti di perenggan 7 (Fokus Perkhidmatan
B&K).

Sokongan Pentadbir Sekolah
34. Pentadbir sekolah hendaklah memastikan perkhidmatan Guru B&K berfokus

kepada Program Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid. Dalam
hal ini pentadbir sekolah hendaklah memastikan Guru B&K memberikan
perkhidmatan terbaik dan berkesan serta memberi tumpuan kepada
pembangunan diri murid semasa melaksanakan perkhidmatan B&K.

35. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat
pemantauan serta memberikan maklum balas kepada Guru B&K akan
keberkesanan perkhidmatan mereka.

20

21

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.
VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan
secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh Perkhidmatan Bimbinga dan
Kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman

dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek,
jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

22

RASIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi
gejala-gejala di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan
mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah.

2. Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari
segi pembangunan dan perkembangan sahsiah murid, peningkatan disiplin murid,
pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid.

3. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk
mengenali dan membangunkan diri sendiri.

4. Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti,
sistematik dan berkesan.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Objektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah:-

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan
teras perkhidmatan B&K di sekolah.

2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai perkhidmatan yang selesa dan
kondusif kepada murid dalam menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka
seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan
yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.

4. Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan minat dan
personaliti mereka.

PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan
berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman,
nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk
di Malaysia.

2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Semua murid diberi
peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau
kepercayaan.

3. Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka
memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang murid mungkin memerlukan pertolongan,
sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.

23

4. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan murid bagi
perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling
adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum
mengikut tahap perkembangan dirinya.

5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong murid memahami
dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan
menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.

6. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa
depan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling adalah untuk menjadikan murid itu lebih
tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakannya sekurang-
kurangnya dalam jangka masa panjang.

7. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari kelemahan diri
dan memberi fokus kepada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui
aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.

8. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam
melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah
iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut
bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.

9. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan
menyeluruh mengenai murid. Segala maklumat mengenai murid adalah perlu untuk
membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami murid secara menyeluruh
supaya dapat memberi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan.

10. Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara
amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut :
10.1. Orientasi Deria
Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa.

10.2. Gerak Balas (Response)
Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau
melalui pemerhatian sahaja.

10.3. Corak Pemikiran
Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan
tertentu.

11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam
persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat
dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga disebaliknya. Oleh itu, bimbingan
dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan,tetapi ini
bergantung kepada nilai,jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan.
Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan menyelesaikan diri.

24

12. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan
psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia
cognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan
rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan
kesepaduan ini.

13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika
kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan murid.

PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan
berikut :
1.1. Pendekatan Pencegahan
Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu
mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan
untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan
AIDS dan kem waja diri.

1.2. Pendekatan Perkembangan
Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan
murid dialam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan
pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan
perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid.
Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum
akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan
orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka contohnya
taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.

1.3. Pendekatan Pemulihan
Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang
dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi
dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk
mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah,
merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk
mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri sesi kaunseling
individu.

1.4. Pendekatan Krisis
Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak
dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan
kaunseling serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh
di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba
membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami
peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa
dan penderaan.

25

KOD ETIKA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MUKADIMAH
1. Kod etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi guru Bimbingan dan

Kaunseling Sepenuh Masa dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang
timbul dan dianggap menyeleweng piawaian perlakuan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa. Kod etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin
perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhan. Ia
juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan
kedudukan dan identiti sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.

2. Kod etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi
penekanan terhadap penghargaan diri, digniti dan keunikan individu termasuk hak-hak
dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri
yang mengutamakan nilai-nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi
pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung semasa Kod Etika .

4. Kod Etika ini menggariskan peraturan mengenai perlakuan Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam
melaksanakan tanggungjawabnya.

5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang
dan kebebasan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam mengamalkan
khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tanpa diberi hak perlindungan
dan keadilan yang maksima.

SKOP KAUNSELING
1. Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk

berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi
usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza
mengikut klien.

2. Skop perkhidmtan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaian
masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan persefahaman
kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau
memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa berperanan sebagai fasilitator kepada
klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat
diri, nilai dan keupayaannya.

26

KOD TATALAKU
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjaga tatalakunya demi
memelihara piawaian dan identiti sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa selaras dengan nilai dan integriti profesion perguruan di Malaysia.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa berusaha menilai
dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjalankan tugasnya
dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa mestilah diawasi serta dinilai
perkhidmatannya oleh Jemaah Nazir dari Jabatan Nazir Sekolah, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

A. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Klien
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk
mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menghormati privasi klien
dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan
maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan
menghormati latar belakang sosio-budaya klien.

4. Semasa menjalankan sesi kaunseling, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan
klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari segi kewangan, seksual, emosi dan
sebagainya.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membimbing klien ke arah
pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri
yang dibuat oleh klien.

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berkhidmat dengan penuh
dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh mengamalkan,
mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status
idealogi, kecatatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekalipun.

8. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan kepada klien
mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

27

9. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencapai persetujuan
(kontrak) dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur
kerahsiaan.

10. Persetujuan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan klien mengenai
kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan
bahaya, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menggunakan budi
bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak digalakkan memberi perkhidmatan
kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai
hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang
membuat penilaian.

13. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menghalang klien yang
hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa yang lain.

14. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memastikan bahawa
kliennya tidak menjalani kaunseling dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, klien
memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya hendaklah merujuk klien
tersebut kepada pihak yang berkenaan.

16. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menyediakan tempat yang
selesa dan sesuai untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang
luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam.

B. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Rakan
Profesional
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa meningkatkan
tahap kecekapan profesionalismenya.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunjukkan sikap
menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

3. Guru Bimbingan dan Kunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk mencegah,
mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa yang tidak beretika.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersedia untuk
mempertahankan, membantu serta membela rakan . Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak
beretika.

28

C. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa terhadap Masyarakat
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati
unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi undang-undang
negara dan melaksana tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.

D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi persetujuan
komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berusaha mengikuti polisi
dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan
organisasinya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencegah berlakunya
diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menyalahgunakan
kemudahan dan sumber organisasinya.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan bidang
kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mewujudkan hubungan
interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat
kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau
peribadi, beban kerja dan akauntabiliti.

7. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberitahu kepada pihak
majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang boleh merosakkan atau
menyekat keberkesanan perkhidmatannya.

8. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membenarkan dirinya dinilai
secara profesional oleh Jemaah Nazir Sekolah dari masa ke masa.

9. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersama-sama
bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.

E. Tanggungjawab Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)
i) Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
1. Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang baru dilantik.
2. Berbincang mengenai budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mampu memenuhi kecemerlangan
sekolah keseluruhannya.

29

3. Berbincang dari masa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas dan
program yang hendak dijalankan.

4. Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, keyakinan diri, personaliti dan
penampilan diri guru bimbingan dan kaunseling.

5. Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dan kaunseling
dari pandangan semua pihak dari masa ke semasa, dan berusaha meningkatkannya.

6. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan
perkhidmatannya berdasarkan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah.

7. Melaporkan segera pergerakan guru bimbingan dan kaunseling ke Jabatan
Pendidikan berdasarkan borang pelaporan yang diberikan. (Rujukan Rekod Laporan
Pergerakan)

8. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak diberi jadual waktu
mengajar dan tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih Permainan, Ketua
Penasihat Kelab, Guru Biasiswa dan kerja-kerja perkeranian yang lain.

9. Membantu peningkatan tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling.

10. Menggalakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan kajian
bagi mengenalpasti keperluan perkhidmatan, punca masalah, strategi kecemerlangan
dan data-data terkini mengenai status kes.

11. Bagi sekolah yang mempunyai lebih seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa, pihak pentadbir hendaklah mengagihkan tugas berpandukan senarai
tugas dalam buku panduan. Seorang ketua hendaklah dilantik dalam kalangan Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah berkenaan berdasarkan
kekananan atau senioriti.

ii) Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
1. Membantu dan bekerjasama dalam usaha awal perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling seperti penubuhan jawatankuasa, pemilihan bilik, kemudahan
perkhidmatan lain dan perancangan program.

2. Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurang-kurangnya
sekali seminggu seperti guru akademik lain.

3. Membantu usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif,
strategik, teraputik dan memenuhi kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara keseluruhannya
berdasarkan Instrumen Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah
Menengah dan Rendah.

30

5. Memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan untuk menjalankan aktiviti program
dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

6. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara optimum dan
menyeluruh serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan
sekolah.

7. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan senarai
tugas, bidang tugas dan tidak melanggar Kod Etika Kaunseling Sekolah.

8. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan Buku
Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan
Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

9. Memastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunseling
digunakan sepenuhnya untuk aktiviti dan pengurusan bimbingan dan kaunseling,
berasaskan peraturan kewangan sedia ada.

ETIKA PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberi penerangan
yang lengkap mengenai ujian supaya keputusan ujian itu dapat diterima oleh klien
dalam perspektif yang betul.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berhati-hati dari segi
penggunaan ujian. Ujian yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada kelayakan
dan kemahirannya dari segi pentadbiran dan interpretasi keputusan ujian dan tujuan.
Kegunaan keputusan ujian hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi
melainkan dalam kes di mana pengecualian hak eksplisit telah dipersetujui terlebih
dahulu.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberi keterangan yang
tepat apabila memberi taklimat tentang ujian dan pengukuran kepada klien (warga
sekolah).

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mengawasi supaya
keputusan ujian tidak disalahfaham atau disalahgunakan.

PIAGAM PELANGGAN

1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2. Menerima semua klien tanpa syarat.

3. Memenuhi temujanji klien.

31

4. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari
sebelum tarikh dan masa yang lain.

5. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.
6. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit setiap sesi

individu atau kelompok.
7. Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.
8. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

32

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

33

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

1. Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.

2. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.

3. Merancang, melaksana dan mengawalselia sesi bimbingan dan kaunseling individu dan
kelompok, secara profesional dan beretika.

4. Merancang, mengelola dan melaksana aktiviti bimbingan individu dan kelompok serta
tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secara optimum.

5. Merancang, menyedia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada
semua murid melalui media yang sesuai.

6. Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan melapor
Pentaksiran Psikometrik berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dari
semasa ke semasa.

7. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid yang berkaitan
dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan
rujukan, berhubung dengan Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid.

9. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan
rujukan, berhubung dengan Peningkatan Disiplin Diri Murid.

10. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan
rujukan, berhubung dengan Pendidikan Kerjaya Murid.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan
rujukan, berhubung dengan Psikososial dan Kesejahteraan Mental murid.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program, aktiviti dan konferens
dengan ibu bapa, guru, staf sokongan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang
terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber serta bahan resos berkaitan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

15. Setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
di sekolah.

34

16. Penggerak utama dalam program latihan bagi meningkatkan kefahaman tentang
profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru, kakitangan serta
sesiapa sahaja yang memerlukan, sekiranya berlaku krisis dalam kawasan sekolah.

18. Pegawai perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
19. Menjalankan tugas di luar sekolah dalam bidang bimbingan dan kaunseling,

sebagaimana diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri
dan Pejabat Pendidikan Daerah.
20. Melaksana tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

35

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIL FOKUS BIDANG INPUT CADANGAN KAEDAH
1 PEMBANGUNAN & Pembangunan Diri
Keibubapaan Kemahiran Komunikasi Bimbingan Kelompok
PERKEMBANGAN Bimbingan Akademik Perkembangan Individu Bimbingan Individu
SAHSIAH DIRI Perkembangan Remaja Kaunseling Kelompok
MURID Masa Kini & Akan Kaunseling Individu
Datang Latihan Dalam Kumpulan
Kemahiran Penyelesaian Bengkel
Masalah Ceramah
Kepimpinan Seminar
Pembimbing Rakan Sebaya Taklimat
(PRS) Kolokium
Kemahiran Sosial Tutor Sebaya
Pengurusan Diri Mentor-Mentee
Kemahiran Pemilihan Aktiviti Amalan Guru Penyayang
Keutamaan
Kemahiran Belajar
Pengumpulan Maklumat
Belajar

2 PENINGKATAN Psikososial & Kemahiran Pengurusan Bimbingan Kelompok
DISIPLIN DIRI Kesejahteraan Masa Bimbingan Individu
MURID Mental Kaunseling Kelompok
Kemahiran Sosial Kaunseling Individu
Pembangunan Diri Pengurusan Diri Lawatan ke rumah
Pendidikan Kemahiran Komunikasi Ceramah
Kemahiran Tegas Diri / Forum
Pencegahan Seminar
Dadah/ Rokok/ Asertif Tayangan Video
Inhalan/ HIV/AIDS Pengurusan Tekanan Pameran
Keibubapaan Kemahiran Membuat Kolokium
Tutor Sebaya
Keputusan Mentor-Mentee
Penyebaran Maklumat Amalan Guru Penyayang
Kemahiran Analisis Kritikal
Perhargaan Kendiri

3 PENDIDIKAN Kerjaya Inventori Minat Kerjaya Pentaksiran Psikometrik
KERJAYA MURID (IMK) Bimbingan Kelompok
Inventori Tret Personaliti Bimbingan Individu
(ITP) Bimbingan Kerjaya
Inventori Nilai merentasi kurikulum dan
Pemilihan Mata Pelajaran kokurikulum
Elektif Lawatan
Pengumpulan Maklumat Ceramah
Kerjaya Forum
Pendedahan Maklumat Seminar
Kerjaya dan Peluang Tayangan Video
Latihan Kerjaya Bengkel
Penyebaran Maklumat E-Profil
Bengkel Penempatan IPTA /
ILKA

36

BIL FOKUS BIDANG INPUT CADANGAN KAEDAH

4 PSIKOSOSIAL & Psikososial & Ujian Tret Personaliti (ITP) Bimbingan Kelompok
KESEJAHTERAAN Kesejahteraan Inventori Personaliti Bimbingan Individu
MURID Mental Warna (IPW) Latihan Dalam Kumpulan
Ujian Psikologi (Minda Bengkel
Sihat) Ceramah
Dasar Warga Emas Seminar
Negara Taklimat
Kemahiran Komunikasi Kolokium
Kemahiran Tegas Diri / Tutor Sebaya
Asertif Mentor-Mentee
Pengurusan Tekanan Kursus
Kemahiran Membuat Kaunseling Keluarga
Keputusan Tayangan Video
Kemahiran Kerohanian Kuiz
Kemahiran Pengawalan Pameran
Diri Bengkel
Kemahiran Aplikasi Brosur
Kemahiran Sintesis Poster
Kemahiran Analisis Perkongsian
Kritikal Program Jati Diri
Perhargaan Kendiri Amalan Guru Penyayang
Perkembangan
Keremajaan
Konsep Kendiri
Program Orientasi
Pendidikan Kekeluargaan
Perkembangan Seksual

37

ALIRAN PERHUBUNGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEPENUH MASA DALAM ORGANISASI SEKOLAH

PENGETUA/GURU BESAR
SK/SMK …………………………………………….

38

PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN HEM PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN KOKURIKULUM PETANG

GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

JAWATANKUASA ORGANISASI
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH

PENGERUSI

Pengetua

TIMBALAN PENGERUSI
Penolong Kanan HEM

NAIB-NAIB PENGERUSI
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Petang

SETIAUSAHA
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa

BENDAHARI
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa

AHLI JAWATANKUASA

SEMUA GURU KANAN MATA PELAJARAN GURU PENYELARAS KELAS PERALIHAN
GURU PENDIDIKAN ISLAM / MORAL GURU PENYELARAS TINGKATAN 1
KETUA GURU ASRAMA (WARDEN) GURU PENYELARAS TINGKATAN 2
GURU MEDIA GURU PENYELARAS TINGKATAN 3
GURU DATA GURU PENYELARAS TINGKATAN 4
KETUA GURU DISIPLIN GURU PENYELARAS TINGKATAN 5
GURU BIASISWA/KEBAJIKAN GURU PENYELARAS TINGKATAN 6

39

JAWATANKUASA ORGANISASI
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH

PENGERUSI

Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI
Penolong Kanan HEM

NAIB-NAIB PENGERUSI
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Petang

SETIAUSAHA
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa

BENDAHARI
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa

AHLI JAWATANKUASA

KETUA PANITIA GURU PENYELARAS TAHUN 1
GURU PENDIDIKAN ISLAM / MORAL GURU PENYELARAS TAHUN 2
GURU PENYELARAS TAHUN 3
GURU MEDIA GURU PENYELARAS TAHUN 4
GURU DATA GURU PENYELARAS TAHUN 5
KETUA GURU DISIPLIN GURU PENYELARAS TAHUN 6
GURU BIASISWA/KEBAJIKAN

40

CADANGAN SASARAN KERJA TAHUNAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bi Petunjuk Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR
l Prestasi 40% 40%
PERKHIDMATAN Semua murid dan ibu Matlamat: Jangkamasa
1 Masa BIMBINGAN DAN bapa 100% murid yang dirujuk Pelaksanaan:
Kuantiti KAUNSELING mendapat perkhidmatan Sepanjang tahun
Kualiti Memberi khidmat Sesi kaunseling.
Kos Bimbingan Kaunseling Jenis Aktiviti:
Kaunseling kelompok
Kaunseling individu
Bimbingan individu
Bimbingan kelompok
Sesi konsultasi

41

2 PEMBANGUNAN DIRI Semua murid Matlamat: Jangkamasa 15% 15%

DAN Memberi input dan Pelaksanaan:

PERKEMBANGAN pendedahan pembangunan Sepanjang tahun

SAHSIAH diri

Merancang, melaksana,

mengawalselia

pengurusan dan aktiviti

pembangunan diri murid

- Bidang

Pembangunan Diri

Murid

- Bidang

Keibubapaan

- Bidang Bimbingan

Akademik

Bil Petunjuk Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR
Prestasi 15% 15%
Matlamat: Jangkamasa
3 Masa PENINGKATAN Semua murid Memberi input dan Pelaksanaan:
DISIPLIN DIRI MURID pendedahan Sepanjang tahun
Kuantiti Merancang, melaksana, pembangunan diri
mengawalselia
Kualiti pengurusan dan aktiviti
pembangunan diri murid
Kos
- Bidang Psikososial
42 dan Kesejahteraan
Mental
- Pendidikan
Pencegahan
Dadah/ Rokok/
Inhalan/ HIV/ AIDS
- Bidang
Keibubapaan

Bil Petunjuk Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR
Prestasi Semua murid 10% 10%
GKSM
4 Masa KERJAYA Matlamat: Penolong Kanan
Merancang, melaksana, 100% murid didedahkan PK HEM
Kuantiti mengawalselia dan dengan maklumat PK KOKO
menilai program dan peluang pendidikan dan Profesional jemputan
Kualiti aktiviti untuk menyedia kerjaya
dan mendedahkan Jenis Aktiviti
Kos murid kepada peluang Bimbingan kelompok
pengajian dan kerjaya . Bimbingan Individu
Ujian Psikometrik
43 Lawatan
Ceramah
Forum
Pameran
Seminar
Tayangan Video
Pertandingan
-Media maklumat Kerjaya
-Buku Skrap Kerjaya
-Eksplorasi Alam Kerjaya
-Poster kerjaya
- Sketsa Kerjaya

Bil Petunjuk Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR
10% 10%
5 Masa PSIKOSOSIAL DAN Matlamat: Jangkamasa GBKSM
Kuantiti KESEJAHTERAAN 100% murid akan Pelaksanaan: Pegawai Kesihatan
Kualiti MENTAL didedahkan input dalam Sepanjang tahun Pegawai Kebajikan
Kos bidang Psikososial, Masyarakat
Merancang, menyedia, Kesihatan Mental dan PRS
mengurus, Perkembangan Diri Murid.
44 mengenalpasti, Jenis Aktiviti :
mengawalselia Bimbingan merentasi
berkaitan dengan Kurikulum dan kokurikulum
bidang Psikososial dan Pembimbing Rakan Sebaya
Kesejahteraan Mental (PRS)
termasuk Bimbingan Kelompok
Perkembangan Diri Bimbingan Individu
Murid Forum, Kursus
Bengkel, Seminar
Kem Bina Insan / Diri
Kolokium, Rehlah
Lawatan
Tayangan Video
Kaunseling Keluarga
Latihan dalam kumpulan
Aktiviti simulasi
Kumpulan
Perkhemahan Ibadah
Ceramah

Bil Petunjuk Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR
Prestasi 10% 10%
PENGURUSAN DAN Matlamat: Matlamat: Jangkamasa
6 Masa PENTADBIRAN Memberi perkhidmatan Memberi perkhidmatan Pelaksanaan:
Kuantiti Merancang, melaksana, kepada semua warga kepada semua warga Sepanjang tahun
Kualiti mengawalselia sekolah yang sekolah yang
Kos pengurusan dan memerlukan. memerlukan.
pentadbiran Perkhidmatan Jenis Aktiviti : Jenis Aktiviti :
Bimbingan dan Kaunseling Sistem fail Sistem fail
Sebaran Maklumat Sebaran Maklumat
-Bidang Psikososial
45 dan Kesejahteraan
Mental
-Bidang Pembangunan
Diri Murid
-Pendidikan
Pencegahan Dadah/
Rokok/ Inhalan/ HIV/
AIDS
-Bidang Keibubapaan

CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH

BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA

Pengurusan *Membudayakan Pengurusan dan GBK
Perkhidmatan amalan penyayang Pentadbiran Murid berfokus
Bimbingan dan dalam warga Murid berfokus
Kaunseling sekolah Kaunseling /
Bimbingan Individu Peralihan,
Januari *Meningkatkan Tingkatan 1-6
hingga motivasi murid Kaunseling /
November Bimbingan Kelompok
*Menggalakkan
murid hadir ke Konsultasi Ibu Bapa /
sekolah Guru / Agensi
Kerajaan / NGO
*Menghargai
kehadiran Modul Kelas Ganti
murid

Amalan Guru Peralihan,
Penyayang Tingkatan 1-6

Program Mentor Murid berfokus
Mentee

BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA

Pembangunan *Memberi Pelantikan Pemimpin Peralihan, GBK
dan pengiktirafan
Perkembangan pelantikan murid Murid Tingkatan 1-6
Sahsiah Murid
Kajian Keperluan
Murid

Senarai Semak
Masalah

Januari Peningkatan *Menggalakkan Jom Ke Sekolah Peralihan, GBK
Disiplin Diri murid hadir ke Kajian Tindakan
sekolah Tingkatan 1-6

Pendidikan *Memberi Kemasukan murid ke Tingkatan 4 GBK
Kerjaya Murid maklumat SM Teknik / Kolej
halatuju selepas Vokasional/ SBP/
Ting 3 MRSM dan lain-lain

Psikososial dan *Penyesuaian diri Orientasi Peralihan, GBK
Kesejahteraan murid
Mental dengan Tingkatan 1 dan
persekitaran
sekolah Tingkatan 4
menengah
*Pengenalan pakej
mata pelajaran
menengah atas

46

CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH

BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA

Pembangunan *Meningkatkan Kursus Kepimpinan Pemimpin GBK
dan kemahiran Murid murid
Perkembangan kepimpinan
Sahsiah Murid

Peningkatan *Mengurangkan Jom ke Kelas Peralihan, GBK
Disiplin Diri Tingkatan 1-6
jumlah murid ponteng
Pendidikan
Kerjaya Murid kelas

Februari

*Memberi maklumat Kemasukan murid Tingkatan 5-6 GBK
halatuju selepas SPM IPTA/ IPTS/ ILKA dan
*Mendapatkan lain-lain
diskripsi yang tepat Pentaksiran
mengenai diri murid Psikometrik Tingkatan
1

Psikososial dan *Mendidik murid Minggu Pendidikan Peralihan, GBK
Kesejahteraan menjauhi Pencegahan Dadah Tingkatan 1-6
Mental penyalahgunaan
dadah

BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / SASARAN PERSONALIA
AKTIVITI
Peningkatan *Meningkatkan Peralihan, GBK
Disiplin Diri peratus kehadiran Jom Ke Sekolah
murid ke sekolah
Tingkatan 1-6 Guru tingkatan

Pendidikan *Memberi maklumat Kemasukan murid Lepasan SPM/ GBK
Kerjaya Murid halatuju selepas ke IPTA/IPTS/ILKA STPM Penceramah
tingkatan 5 dan 6 dan lain-lain jemputan

Mac Psikososial dan *Meningkatkan Persediaan Peralihan, GBK
Menghadapi
Kesejahteraan persediaan Peperiksaan Tingkatan 1-6

Mental menghadapi

peperiksaan

*Mengenalpasti Soal Selidik Minda Tingkatan 4
pelajar yang Sihat
menghadapi masalah
pengurusan tekanan
untuk pelaksanaan
intervensi

47

CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH

BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA

Pembangunan *Meningkatkan Jati Diri 1 Pelajar masalah GBK
dan kesedaran dan jati
Perkembangan diri murid disiplin/ Penceramah
Sahsiah Murid
berisiko jemputan

Peningkatan * Peningkatan Ceramah Disiplin Murid merokok GBK
Disiplin Diri disiplin kendiri Penceramah
murid jemputan

April Pendidikan *Pendedahan Lawatan/ Pameran/ Tingkatan 5-6 GBK

Kerjaya Murid pendidikan Ceramah/ Penceramah

melanjutkan Ujian Minat Kerjaya jemputan

pelajaran dan

pemilihan kerjaya

*Mendapatkan Pentaksiran

diskripsi yang tepat Psikometrik Tingkatan

mengenai diri murid 4

Psikososial dan *Meningkatkan Kursus Asas PRS Ahli PRS GBK

Kesejahteraan kemahiran

Mental komunikasi

*Mendidik murid Lawatan Peralihan, Panitia Sivik
menyayangi dan Gotong-royong Tingkatan 1-6 Panitia
menghargai warga Pendidikan
emas Islam / Moral
PIBG

BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA

Pembangunan * Kemahiran Persediaan Peralihan, GBK
dan menghadapi menghadapi
Perkembangan peperiksaan peperiksaan Tingkatan 1-6
Sahsiah Murid

Peningkatan *Mengenalpasti Jom ke Sekolah Peralihan, GBK
Disiplin Diri masalah murid
ponteng tegar (soal selidik)/ lawatan Tingkatan 1-6

ke rumah

Mei

Pendidikan *Merasai Lawatan Tingkatan 4-6 GBK

Kerjaya Murid pengalaman

sebenar di IPTA/

IPTS

Psikososial dan *Pendedahan Pengurusan Stres Peralihan, GBK

Kesejahteraan kemahiran Tingkatan 1-6

Mental mengurus stres

48

CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH

BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA

Pembangunan *Mengeratkan Hari Permuafakatan Peralihan, GBK
dan hubungan Ibu bapa dan guru Tingkatan 1-6 Penceramah
Perkembangan silaturrahim antara jemputan
Sahsiah Murid ibu bapa dan guru
*Memaklumkan
pencapaian murid

Peningkatan *Meningkatkan Jati diri 2 Peralihan, GBK
Tingkatan 1-6 Penceramah
Disiplin Diri tanggungjawab jemputan

Jun murid terhadap diri
sendiri, keluarga,

masyarakat dan

negara

Pendidikan *Memberi Ceramah Tingkatan 3-6 GBK
Kerjaya Murid Penceramah
maklumat jemputan

mengenai jenis

kerjaya

*Memberi pilihan

program pengajian

kepada murid

*Mendapatkan Pentaksiran Tingkatan 5
Tingkatan 1-6 GBK
diskripsi yang tepat Psikometrik

mengenai diri murid

Psikososial dan *Mengetahui trait Ujian Personaliti
Kesejahteraan personaliti diri
Mental *Membantu murid
lebih mengenali diri

49

CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH

BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA

Pembangunan *Menghindari Sentuhan Rohani/ Peralihan, GBK
dan pergaulan bebas Program Benci Zina Tingkatan 1-6 Penceramah
Perkembangan *Memantapkan jemputan
Sahsiah Murid pengisian rohani
*Bijak memilih
rakan

Peningkatan *Melahirkan rasa Sayangi Sekolah Peralihan, GBK
Tingkatan 1-6
Julai Disiplin Diri cinta kepada (masalah
sekolah disiplin)

Pendidikan *Memberi Taklimat/ ceramah/ Tingkatan 3,5,6 GBK
Kerjaya Murid maklumat terkini bimbingan Penceramah
mengenai peluang jemputan
kerjaya

BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA

Pembangunan *meningkatkan Sentuhan Gemilang Calon PT3/ GBK
dan motivasi SPM/STPM
Perkembangan *mengenalpasti GBK
Sahsiah Murid kekuatan dan
kelemahan diri GBK
Penceramah
Peningkatan *Meningkatkan Jom ke Sekolah Murid lewat/ jemputan
Disiplin Diri kesedaran ponteng GBK
kepentingan hadir sekolah/ kelas
ke Sekolah
Ogos *Menyedarkan
murid matlamat
menimba ilmu

Pendidikan *Memberi Taklimat IPTA/ Calon SPM/
Kerjaya Murid maklumat Matrikulasi/ STPM
mengenai peluang Kemahiran/ IPTS
melanjutkan
pelajaran

Psikososial dan *Memberi Kemahiran temuduga/ Calon SPM/
Kesejahteraan
Mental pendedahan cara penulisan resume STPM

menulis resume dan

menghadiri

temuduga

50


Click to View FlipBook Version