The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-03-12 05:43:11

buletin prasekolah 2017 (3)

buletin prasekolah 2017 (3)

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG BIL 1 / 2017 EDISI 2017

MAJLIS ANUGERAH KUALITI
PRASEKOLAH DAERAH KLANG 2017

Pada 31 OKTOBER 2017,

bertempat di Hotel Alya Klang
telah berlangsung Majlis Anuge-
rah Kualiti Prasekolah Daerah
Klang 2017 . Majlis ini dirasmikan
oleh Wakil Puan Hajah Basiah Bt
Haji Masjudi, Timbalan Koordina-
tor Persekutuan Dun Sementa,
merangkap Ketua Wanita Umno
Bahagian Kapar, Klang.

Anugerah Kualiti Prasekolah Daerah Klang 2017 :
1. Tokoh Guru Prasekolah Cemerlang ( Pn Sia Soh Guad)
2. Prasekolah Ceria:

- Zon A (SK Sementa & SJK(c) Ying Wah)
- Zon B (SK Klang Utama & SK Taman Gembira)
- Zon C (SK Telok Gong & SK Pulau Indah 2)
- Zon D (SK Kota Kemuning & SK Jalan Kebun)
3. Anugerah Khas PPM (Pn. Rafidah Bt Mohamd
Dasuki (SK Bukit Kapar)
Tahniah kepada pemenang.

PERKHEMAHAN SEHARI
PRASEKOLAH SJK(T) MERIAH

Pada 1 JUN 2017 - Bertempat di SJK (T) Ladang Valom-
brosa telah berlangsung perkhemahan yang melibatkan
Prasekolah SJK (T) di daerah Klang. Perkhemahan ini
telah mendapat sokongan daripada PIBG dan guru-guru
di sekolah SJK(T) Ladang Valombrosa. Tahniah diucapkan.

KARNIVAL SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING

Pada 12, 13 dan 14 APRIL 2017-Bertempat di U One Sport, Bandar Baru Klang telah berlangsung Karnival
Futsal dan Bola Jaring Prasekolah Peringkat Daerah Klang. Karnival ini telah dirasmikan oleh Pn Hajah Adliyah
bt Ramli (Pegawai Pendidikan Daerah Klang). Tahniah diucapkan kepada pasukan berjaya.

Pemenang Futsal: Pemenang Bola Jaring:
Johan - (SK Kg Johan Setia) Johan - (SK Bukit Kapar)
Naib Johan - (SK Sg Binjai) Naib Johan - (Pandamaran Jaya)
Ketiga - (SK Sg Udang) Ketiga - (SK Bukit Naga)
Pemain terbaik Futsal : Pemenang terbaik Bola Jaring:
- Muhamad Ali Imran B Azhar - Nor Shahdatul Badrina Bt Muhamad Fadhil

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN
REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DIPRASEKOLAH

Program pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (PEERS) sehari di prasekolah ini telah diadakan
serentak seluruh Malaysia.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendididk dan memberi
kesedaran kepada kanak-kanak prasekolah berkaitan dengan
elemen PEERS agar dapat menangani jenayah seksual kanak-kanak.

Program ini juga telah banyak memberi ilmu dan pengetahuan
kanak-kanak tentang betapa pentingnya menjaga keselamatan diri
dan berani bertindak bila diganggu oleh orangorang yang tidak
dikenali atau sesiapa sahaja yang cuba untuk menyentuh tubuh
badan mereka. Kanak-kanak diberi kesedaran dan pengetahuan tentang anggoita badan yang tidak boleh

dilihat dan disentuh di mana “Badan Saya Kepunyaan Saya”.

Selain daripada itu ia bertujuan untuk memberi pengetahuan
dan kesedaran kepada ibubapa dengan mengedarkan brochure
(risalah) kepada semua ibubapa agar ibubapa juga tahu serta
turut serta membantu, memantau dan memberi kesedaran
kepada anak-anak mereka sendiri apabila berada di rumah
atau di mana sahaja.

UJIAN KECEKAPAN BAHASA INGGERIS GURU PRASEKOLAH

Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris Guru Prasekolah (UKBI) telah dijalankan dalam 3 fasa iaitu Kohort 1 pada 18
OKTOBER 2016, kohort 2 pada 25 APRIL 2017 dan Kohort Ketiga pada 26 JULAI 2017.

TUNAS DOKTOR MUDA LAWATAN

Program Tunas Doktor Muda mula diperkenalkan Aktiviti lawatan merupakan aktiviti tahunan bagi
diperingkat Prasekolah bermula tahun 2017. Antara setiap sekolah. Lawatan dapat memberi pengalaman
sekolah yang menjadi rintis ialah SK Bukit Naga, SK Sg dan pembelajaran diluar bilik darjah.
Binjai dan Sk Pandamaran Jaya. Ianya merupakan
satu aktiviti yang dapat membentuk tabiat kesihatan
dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dengan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas
kesihatan mereka agar mereka dapat mengamalkan
cara hidup sihat.

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2017

20 SEPTEMBER 2017 – Bertempat di Hotel De
Palma, Shah Alam telah diadakan Program
Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah
Peringkat Negeri Selangor. Daerah Klang
telah menyertai semua acara yang telah
dipertandingkan dan menjadi Johan dalam
acara Menyusun Huruf Menjadi Perkataan
dan Naib Johan Smart Speller yang diwakili
oleh SJK (C ) Hin Hua.

KURSUS PENATARAN KURIKULUM BAHASA INGGERIS SEJAJAR
DENGAN CEFR UNTUK GURU PRASEKOLAH

Seramai 45 orang guru Prasekolah Daerah Klang telah
mengikuti kursus penataran CEFR yang diadakan di SJK (C)
Pandamaran B. Kursus Bahasa Inggeris ini sejajar dengan
CEFR.

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

22 MAC 2017 – Seramai 35 orang yang terlibat dalam kursus Pengendalian Makanan anjuran
Pejabat Pendidikan Daerah Klang dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia yang
bertempat di Bilik Mesyuarat Utama bermula jam 8.30 pagi. Kursus ini telah dibentangkan oleh
Puan Fuziah binti Othman dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

TAKLIMAT PENYAKIT
BERJANGKIT

22 APRIL 2017 – Taklimat Pengendalian
Penyakit Berjangkit di Tadika / Taska / Pusat
Jagaan. Seramai 25 orang peserta Pembantu
Pengurusan Murid.
Taklimat ini mendapat kerjasama dari Pejabat
Pendidikan Daerah Klang dan Kementerian
Kesihatan Malaysia. Bertempat di Auditorium
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Peserta telah diberi pendedahan tentang
pengawalan penyakit berjangkit.

HARI POTENSI
PRASEKOLAH
DAERAH KLANG 2017

PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH DAN HARI
POTENSI PERINGKAT DAERAH KLANG 2017

2 OGOS 2017 - SK Taman Gembira menjadi tuan rumah bagi
Program Bijak Prasekolah anjuran PPD Klang. Program ini berpeluang
untuk menguji kepintaran kanak-kanak dalam penguasaan Tunjang
Bahasa dan komunikasi, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Buletin Prasekolah Daerah Klang
Edisi 2017

BENGKEL PENYEDIAAN MAKANAN SIHAT PRASEKOLAH

“ PERANG KUALI & CHEF CILIK”

26 APRIL 2017 (RABU) - Bertempat SK Bukit Naga telah dilaksanakan Bengkel Penyediaan Makanan Sihat
Prasekolah Daerah Klang yang dirasmikan oleh Penolong PPD Klang Unit
Prasekolah PERMATA En. Johannallah Bin Junait, telah diadakan acara
Perang Kuali (PPM & Guru) dan Chef Cilik (kanak-kanak prasekolah).

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH

Hari graduasi prasekolah yang diadakan pada setiap tahun adalah
satu medium bagi sekolah meraikan murid-murid yang
menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai
kecemerlangan diri. Majlis ini juga bertujuan memberi
motivasi dan penghargaan bagi kecemerlangan murid. TAHNIAH
buat semua murid prasekolah yang telah berjaya menamatkan
persekolahan di kelas prasekolah.

SIDANG REDAKSI

Penaung
Puan Hajah Adliyah binti Ramli
Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Klang

BENGKEL DIDIK HIBUR Penasihat
TEKNIK FIGURIN DAN KAMISHIBAI Tuan Haji Shokimi bin Saman
Timbalan Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Klang

Pengerusi
Encik Badrul Hisham bin Mokhtar
Ketua Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Klang

Ketua Editor
Encik Johannallah bin Junait
Pen. PPD Prasekolah/Permata
Pejabat Pendidikan Daerah Klang

Editor
Puan Nor Hafiza Binti Mohd Ihsan

23 OGOS 2017, bertempat di SMK Taman Klang Utama beberapa orang Jawatankuasa Dokumentasi
guru prasekolah telah menyertai Bengkel Didik Hibur (Figuran Dan Puan Hamidah Binti Misdar
Kamishibai). Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas Puan Zarina Binti Ali Ahmed
Daerah Klang dan ia sangat bermanfaat kepada guru prasekolah dan Puan Haslina Binti Omar
dapat diaplikasikan dalam PdPc di kelas prasekolah bagi menjadikan Puan Mashila Binti Mohmad
pembelajaran berkesan dan menarik minat kanak-kanak.

Buletin Prasekolah Daerah Klang
Edisi 2017


Click to View FlipBook Version