46 udang Udang Ini udang. Semalam ibu masak kari udang. Dalam kari udang ada ubi kentang. Ibu menghidangkan kari udang bersama ubi kentang di atas meja. Jawab soalan di bawah. ❑ Apakah yang dimasak oleh ibu? ❑ Apa yang terdapat dalam makanan yang dimasak oleh ibu? ❑ Di manakah ibu menghidangkan makanan?
47 vakum Vakum Ini vakum. Ayah membawa vakum di hadapan rumah untuk membersihkan kereta. Ayah menyedut habuk di dalam kereta dengan menggunakan vakum. Kereta ayah menjadi bersih setelah menggunakan vakum. Jawab soalan di bawah. ❑ Apakah yang digunakan oleh ayah? ❑ Kenapa ayah menggunakan vakum? ❑ Apakah kesan ayah menggunakan vakum?
48 wisel Wisel Ini wisel. Cikgu Ain menggunakan wisel sewaktu aktiviti larian. Cikgu Ain telah meniup wisel sebelum murid 4 Cemerlang mula berlari. Bunyi wisel yang ditiup oleh cikgu Ain sangat kuat. Jawab soalan di bawah. ❑ Apakah yang digunakan oleh cikgu Ain? ❑ Bilakah cikgu Ain menggunakan wisel? ❑ Bagaimanakah bunyi wisel?
49 x-ray X-ray Ini x-ray. Doktor Aiman melaksanakan x-ray terhadap Imran untuk memeriksa kesihatannya. Sinar x-ray menunjukkan organ dalaman Imran terdapat kuman. Hasil keputusan x-ray menyebabkan Imran perlu menerima rawatan dengan segera. Jawab soalan di bawah. ❑ Ini gambar apa? ❑ Apa yang boleh dilihat menerusi x-ray? ❑ Kenapa Doktor Aiman melaksanakan xray terhadap Imran?
50 yoyo Ini yoyo. Yoyo Ali bermain yoyo bersama adiknya. Mereka bermain yoyo di padang. Beberapa orang kawan Ali turut menyertai bermain yoyo di padang. Ali berasa sungguh gembira kerana dapat bermain yoyo bersama rakan-rakan dan adiknya. Jawab soalan di bawah. ❑ Ini gambar apa? ❑ Apakah yang dibawa oleh Ali ke padang? ❑ Siapakah bermain bersama-sama dengan Ali?
51 zebra Zebra Ini zebra. Zebra mempunyai kulit berwarna hitam dan putih. Zebra berkaki empat. Zebra seekor haiwan herbivor. Jawab soalan di bawah. ❑ Ini gambar apa? ❑ Apakah ciri-ciri zebra? ❑ Zebra tergolong dalam haiwan apa?
52 LATIHAN PENGUKUHAN 1 Baca ayat tersebut. Kemudian, padankan ayat dengan gambar yang sesuai. Ibu simpan gelang emas. Farah beli pisang tanduk. Jali beli dua batang lemang. Fadil beli tiga biji kentang. Abu bina kandang kambing.
53 LATIHAN PENGUKUHAN 2 Baca ayat tersebut. Kemudian, lengkapkan jawapan pada ruangan kotak di bawah. 1. __________ ros harum baunya. 2. Ini Restoran ___________ Bakar Samsudin. 3. Razi kutip __________ segar. 4. Puan Sarah membeli ___________ baharu. 5. Puan Zeti rebus __________manis. 6. Aliya memakai ________ baharu yang dibeli oleh ayahnya. 7. Ini tong __________ Fatin. 8. Jeli menjala __________ galah. 9. Pak Karim mandi menggunakan __________. b g a I a c w a n k e t h j a n g a y g j u s m d
54 LATIHAN PENGUKUHAN 3 Baca. Kemudian, bulatkan jawapan yang betul. 1. Jali tinggal di ___________ banglo. rumah pondok 2. Ali lebih _______ daripada Abu. panjang tinggi 3. Kami suka main ___________. congkak tidur 4. Isi _______ rasa manis sekali. manggis bawang 5. Emak membeli seikat _________. jagung kangkung
55 6. Kamal mempunyai songkok ______. putih hitam 7. Rozana selalu tunggang _______. kuda kucing 8. Salmah sembahyang menggunakan ________ baharu. tudung telekung 9. Ibu mendukung adik sedang ______. tidur menari 10. ______ besar itu hampir tenggelam. kapal Van 11. Harimau suka makan _______. rumput daging
56 Kuala Lumpur ialah ibu kota Malaysia dan sebuah bandar yang besar. Ada banyak bangunan tinggi di Kuala Lumpur. Ada banyak pejabat dan kedai yang menjual pelbagai barangan di Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas adalah antara bangunan yang tertinggi di Kuala Lumpur dan Malaysia. KUALA LUMPUR
57 UJI MINDA 1 1 Apakah nama ibu kota terbesar di Malaysia? 2 Nyatakan ciri-ciri keistimewaan Kuala Lumpur. 3 Namakan bangunan tertinggi di Malaysia. 4 Apakah yang terdapat di Kuala Lumpur? 5 Adakah anda suka melancong ke Kuala Lumpur?. Nyatakan sebab.
58 Bapa Harun pekebun sayur. Kebun sayurnya luas. Ada berbagai-bagai jenis sayur di kebun itu. Ada sayur sawi, bayam, lobak, kangkung, terung, kacang panjang, bendi, dan timun. Sayuran tersebut ditanam di atas batas. Bapa Harun bagun pada waktu pagi untuk menyiram sayuran itu. Dia menyiram sayuran dua kali sehari. Sayuran itu juga dibubuh baja supaya subur. Harun selalu menolong bapanya di kebun. PEKEBUN SAYUR
59 UJI MINDA 2 1 Siapakah pemilik kebun sayur? 2 Apakah tanaman yang ditanam oleh pekebun? 3 Di manakah pekebun menanam tanamannya? 4 Bagaimanakah cara pemilik kebun menjaga tanamannya? 5 Nyatakan nilai murni berpandukan sikap Harun.
Datuk saya ada dusun buah-buahan. Di sini terdapat berbagai-bagai jenis pokok buah-buahan. Ada pokok duku, durian, rambutan, manggis, langsat, dan cempedak. Di dusun itu, ada sebuah pondok kecil. Datuk selalu berehat di pondok itu. Pada musim durian, datuk tidur di pondok itu. Saya selalu ke dusun datuk bersamasama dengan ayah, emak, abang, dan adik. Ayah dan abang pandai memanjat pokok rambutan dan manggis. Saya sungguh seronok makan buah-buahan tersebut. DUSUN BUAHBUAHAN 60
UJI MINDA 3 1 Apakah jenis buah-buahan yang terdapat di dusun? 2 Di manakah datuk berehat? 3 Kenapakah datuk bermalam di pondok kecil? 4 Nyatakan perwatakan bagi watak abang. 5 Apakah pengajaran yang boleh diperolehi menerusi cerita tersebut? 61
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang lelaki yang suka mengembara di dalam hutan. Namanya ialah Pak Cik Soot. Pada setiap pagi, Pak Cik Soot akan mengambil segala kelengkapan senjata sumpit kesayangannya di bawah rumah untuk dirapikan terlebih dahulu. Hal ini kerana senjata sumpit yang diperbuat daripada buluh itu ialah alat yang hanya dipunyainya untuk memburu haiwan dan mempertahankan diri sewaktu berada di dalam hutan. Maka, pergilah Pak Cik Soot seorangan di awal pagi sebelum terbit matahari untuk mencari rezeki di dalam hutan tersebut. Tiba-tiba seekor ayam hutan telah melintas di hadapannya. Tanpa membuang masa, Pak Cik Soot berjalan secara perlahan dan menghalakan senjata sumpitnya ke arah ayam hutan tersebut. Pada ketika itu, Pak Cik Soot menggenggam senjata sumpit dengan begitu erat dan kemudiannya ditiup dengan mulut sekuat mungkin melalui lumbang sumpitan yang lurus ke arah ayam hutan itu. Setelah itu, ayam hutan tersebut didapati rebah akibat terkena peluru sumpitan Pak Cik Soot. Pada hari itu, Pak Cik Soot pulang ke rumahnya dengan hati yang riang dan begitu gembira kerana mendapat seekor ayam hutan yang dapat dijadikan sebagai hidangan makanan pada hari tersebut. PAK CIK SOOT: SI PENYUMPIT 62
UJI MINDA 4 1 Apakah alatan yang dibawa oleh Pak Cik Soot ketika hendak memasuki hutan? 2 Bagaimanakah cara yang betul untuk menggunakan senjata sumpit? 3 Apakah perwatakan yang ditunjukkan oleh Pak Cik Soot dalam cerita tersebut? 4 Apakah nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut? 5 Nyatakan pengajaran yang diperolehi melalui cerita Pak Cik Soot: Si Penyumpit. 63
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU NURULAIN BINTI ABD RAHMAN Kalau mencari buah asam, Biar lebih jangan berkurang, Rajin berusaha siang dan malam, Tangga kejayan pasti datang.