The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJALAH BITARA SMKBBU EDISI 26 TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAJALAH E-BITARA SMKBBU, 2023-05-23 23:27:23

BITARA2022

MAJALAH BITARA SMKBBU EDISI 26 TAHUN 2022

50 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


51 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


52 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


53 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


54 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


55 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


56 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


57 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


58 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


59 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


60 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


61 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


62 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


63 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


64 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


65 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


66 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


67 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


68 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


69 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


Berdiri Dari Kiri : Danial Hazroy, Muhammad Yusuf, Izz Imtiyaaz, Mohammad Haziq, Adam Haikal Duduk Dari Kiri : Ezkandar Zulkarnaen, Aiman Aqil, Khairie Asyim, Cikgu Rahman, Danish Irfan, Aleeyan Haqqim, Muhammad Hairil Zainuddin 70 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


Berdiri Dari Kiri : Danial Hazroy, Muhammad Yusuf, Izz Imtiyaaz, Mohammad Haziq, Adam Haikal Duduk Dari Kiri : Ezkandar Zulkarnaen, Aiman Aqil, Khairie Asyim, Cikgu Rahman, Danish Irfan, Aleeyan Haqqim, Muhammad Hairil Zainuddin 71 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


72 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


73 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


74 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


75 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


76 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


77 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


78 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


Rentetan Peristiwa 79 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


80 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


81 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


82 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


83 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


84 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


85 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


86 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


87 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


88 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


89 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


90 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


91 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


92 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


93 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


94 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


Pena Karya 95 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


ABAH Abah. Insan yang tidak pernah mengenal erti susah. Seingat aku macam-macam kerja pernah dia buat. Tanam padi, toreh getah, masuk hutan tebang balak, kerja kat empangan, kerja kat KLIA, bawa bas Intrakota dan mungkin ada lagi kerja yang aku tak tahu. Ya, aku pasti tidak lupa abah juga pernah bekerja di Singapura. Aku pun pernah menetap di sana bersama adikku. Haha, teringat pula bila ma selalu ceritakan pada anak-anak aku masa aku kecik-kecik dulu kat Singapura, orangorang Cina kata aku ni macam anak Cina. Mana logiknya kalau tengok rupa aku sekarang ni. Aku senyum sendiri. Abah seorang yang pendiam. Mungkin aku pun mengikut perangainya. Teringat pula masa aku di sekolah rendah. Sikap aku yang terlalu pemalu dan merendah diri membuatkan aku menjadi mangsa buli segelintir rakan sebaya. Manakan tidak, saiz badanku yang agak kecil dan pendek menyebabkan aku selalu bersendirian. Dulu, sukan yang aku paling minat adalah bola sepak. Tapi oleh kerana aku ni pendek, aku terjerumus dalam sukan sepak takraw. Ya, memang pelik. Terima kasih kepada Ustaz Hamid yang memberikan kepercayaan kepada aku untuk bermain di posisi 'feeder'. Aku menjeling anakku yang sedang bergembira bersama mainannya. Harap-harap diorang ni tak lah nanti pendek macam aku. Aku tersenyum lagi. Namun, bagi aku sikap pendiam sebenarnya membuatkan aku lebih minat untuk belajar. Siapa sangka, anak orang miskin macam aku yang membesar dengan suasana kampung, mandi air parit, makan ikan darat dan betis hitam berkilat mampu bergelar pelajar terbaik bersama kawanku Azainora dalam UPSR pada tahun 1992. Walaupun aku tidak mengerti nilai 4A yang aku perolehi tapi aku tetap menjadikannya sebagai motivasi kepada adik-adikku yang lain. Aku sentiasa bersyukur mendapat didikan daripada Cikgu Saipu, Cikgu Hamid, Cikgu Lim, Cikgu Norizan, Cikgu Bavani, Ustaz Hamid, Cikgu Saupi dan ramai lagi cikgu yang lain. Terima kasih juga kepada Pak Muda, Moksu, Mokcik kerana telah membesarkan aku seperti anak sendiri. Sudah tentu aku tidak akan sesekali melupakan cikgu yang paling garang dan menakutkan iaitu abahku sendiri. Siapa tahu, aku banyak belajar ilmu Matematik daripada abah. Ya, aku tahu dia adalah seorang pelajar yang pandai. Cuma, zaman kanak-kanak abah tidak seindah zaman aku membesar. Masih segar dalam ingatanku akan cerita zaman kanak-kanaknya. "Abah dulu meme suko belajar. Abah ni pun buke nye bodo. Pandai jugok. Tapi nak sedih pun tak leh, sebab jame tu susoh sunggoh. Result abah masa darjoh ne layak doh kalu nak sambung gi skolah menengah. Tapi sebab susoh, kena kerja sawah tane padi. Kerja sapa ke besar tak sambung- sambung belajar. Kalu abah tengok saing abah hok supo abah dulu, pakat jadi cikgu besar belako doh. Tapi takpo la, abah tak kisah. Janji anak-anak abah tak jadi supo abah. Sebab tu Abe We kena belajar molek". Mungkin itulah sebabnya abah menjadi seorang cikgu yang paling garang yang pernah aku jumpa. Ya la mana tidaknya, aku paling takut kalau abah ada kat rumah. Masa aku sekolah rendah, abah bekerja sebagai penebang balak. Kalau dia ada kat rumah kami adik beradik ada jadual belajar sendiri. Haha, aku tersenyum lagi. Pada satu malam, berbekalkan rotan di tangannya, aku sedang cuba menyiapkan soalan matematik yang cikgu Hamid berikan. Entah kenapa, aku ni memang bodoh matematik. Tanpa aku sedari, aku tersilap tulis jawapan yang salah. "Salah tu! Soale mace tu pun tak leh buat! Gi skolah buat gapo? Ni la, kalu gi skolah duk main jah!". Tengking abah. Ya, abah memang garang, tapi dia akan ajar aku sampai aku pandai buat. Hasilnya malam itu, buku latihan aku koyak kerana kebasahan dek air mata yang tidak berhenti mengalir. Terima kasih abah. We dapat A dalam Matematik. Alhamdulillah, tidak lagi sebodoh dahulu. MA Ma. Panggilah apa jua pun. Ada yang panggil ibu. Ada yang panggil umie. Ada yang panggil mak. Tapi aku panggil ma kepada orang yang telah memberikan aku peluang untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Aku dilahirkan secara normal, genap sembilan bulan mengandung. Tiada yang istimewa pun mengenai aku. Aku adalah insan biasa. Tapi ma adalah insan yang sangat luar biasa. Masakan tidak, mengandung sembilan kali melahirkan lapan kali, membesarkan lapan orang anak yang bermacam ragam. Biasa lah tu kan. Orang lain pun ramai anak juga. Namun, aku anggap ma memang sangat luar biasa. Kerana aku ini anak dia. Kalau ibu orang lain mungkin sibuk melayari internet dan berbalas whatsapp dan sebagainya. Tapi ma orangnya tidak seperti itu. Bukan kerana sombong. Bukan kerana menolak teknologi. Tapi ma tidak pandai membaca. Tidak pandai menulis. Tidak pelik bagi kami adik-beradik kerana kami tahu kisah di sebaliknya. Bagi aku, cerdik pandai kita bukan bergantung kepada baca dan kira. Tapi lebih kepada timbang dan tara. Lebih kepada adat dan agama. Masakan tidak, bagaimana ma aku tahu nasi dan air sudah masak walaupun hanya menggunakan dapur kayu. Bagaimana ma tahu bila lembu kambingnya nak beranak. Apa yang paling hebat dia boleh saja bangun pagi-pagi setiap hari untuk siapkan apa yang patut tanpa ada jam loceng. Ma pernah juga bercerita kepadaku mengapa dia tidak sempat belajar membaca dan mengira. "Ore tuo dulu caya sunggoh kalu anok tino ngaji tinggi-tinggi pun kelik dumah duk ceruk dapur jugak. Buke pelik kalu anak tino ni nikoh mudo dan berenti ngaji skolah. Ma dulu pun gitu jugak. Masa ma duk ngaji skolah dulu, ma kena tolong jaga adik-adik ma. Lamalama truh berenti skolah. Nak buat gano, adik-adik ma pun ghamai". Cerita ma panjang lebar. Aku mengerti apa yang diceritakan oleh ma. Seorang anak yang hanya mengikut dan mentaati permintaan orang tuanya. Tiada apa yang salah di sini. Tiada siapa yang bersalah pun di dalam situasi ini. Itulah lumrah dan asam garam dunia yang perlu dilalui oleh seorang ibu di zaman remajanya. Kata orang tangan yang menghayun buaian boleh menggocangkan dunia. Cuma sampai bila tangan itu akan bertahan. Aku begitu terharu dan bertuah kerana tangan itu tidak pernah mengenal erti penat untuk menghayun buaiannya. Jika abahku seorang yang garang dan tegas, ma pula seorang yang penyabar. Aku pun sedikit sebanyak mewarisi sikap ma. Tapi tidaklah sesabar ma. Aku ni senang sangat nak maki orang. Tidak seperti ma, tak pernah pulak dia maki orang terutamanya di depan anak-anaknya. Aku selalu dengar istilah dapur tak berasap sewaktu belajar di sekolah. Tapi, pengalaman aku dapur kami tak berasap bukan saja tak ada lauk atau beras. Perkara yang selalu juga berlaku adalah kehabisan kayu api untuk memasak. Bukan senang nak mencari kayu api. Kena masuk ke kebun getah. Cari pokok yang mati atau tumbang. Kalau rezeki baik boleh terus tarik dahan atau ranting kayu yang mati ke rumah. Kalau rezeki kurang baik, kena potong dulu. Kalau pokok kecil aku potong jer dengan kapak. Tapi kalau batang pokok yang besar, aku terpaksa gunakan gergaji buaya yang hanya boleh dikendalikan berdua. Apa lagi, salah seorang adik aku akan menjadi mangsa lah. Tiada istilah budak dalam keluarga aku. Kecil besar aku ajar mereka untuk berdikari. Selepas penat memotong batang pokok, aku akan belah kayu tersebut dengan kapak. Setelah itu barulah boleh diberkas dan dibawa balik untuk dijadikan kayu api. Kadang-kadang kalau bernasib baik, kami boleh kutip kulat sisir yang sedap dimakan bila digoreng bersama kunyit. Bila kayu api sampai ke rumah, maka senyumlah si ibu. Aku dengan nada bergurau melontarkan kata kepada ma. "Ma, masak sedak deh. Lapar doh adik-adik tu". Walaupun sebenarnya aku sendiri yang kelaparan. Rumah kami agak lewat mengenali dapur gas. Sehinggakan dinding rumah kami hitam legam hampir rentung terbakar dek bahang api dapur kayu. Tapi aku tidak pernah lupa akan rasa nasi dan air yang dimasak menggunakan dapur kayu. Memang unik rasanya dan rasa itulah yang telah membesarkan kami adik-beradik. Susah memang susah, tapi dengan dapur kayulah kami kenal ubi kayu bakar, ubi keledek bakar, jagung bakar, ikan bakar dan daging bakar. Semuanya sedap tidak terkata. CIKGU Hari ini hari Ahad. Jam rotan di dinding rumah aku menunjukkan pukul 6.20 pagi. "Aduh, dah lewat la ni". Bisik hatiku. Bukannya apa, hati aku berkobar-kobar bila datangnya hari Ahad. Ianya seolaholah membuatkan pagiku akan terasa amat cepat masanya. Aku bergegas mencapai handle basikalku untuk memulakan kayuhan ke sekolah. "Ma, ore gi dulu!". Jeritku pada Ma yg sedang mengasah pisau torehnya. Menjadi kebiasaan bagi kami adik-beradik untuk menyebut ayat keramat tersebut. Aku tersenyum mengingatkan suasana tersebut. Yalah, kalau orang lain mungkin bersalam tangan bagai. Tapi aku tidak, itulah rutin harian kami kerana tahu Ma akan sibuk dengan pisau torehnya. Tapi, itu tidak menjadi penghalang kepada aku untuk terus menyayangi Ma. 96 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


Kalau ibu orang lain mungkin sibuk melayari internet dan berbalas whatsapp dan sebagainya. Tapi ma orangnya tidak seperti itu. Bukan kerana sombong. Bukan kerana menolak teknologi. Tapi ma tidak pandai membaca. Tidak pandai menulis. Tidak pelik bagi kami adik-beradik kerana kami tahu kisah di sebaliknya. Bagi aku, cerdik pandai kita bukan bergantung kepada baca dan kira. Tapi lebih kepada timbang dan tara. Lebih kepada adat dan agama. Masakan tidak, bagaimana ma aku tahu nasi dan air sudah masak walaupun hanya menggunakan dapur kayu. Bagaimana ma tahu bila lembu kambingnya nak beranak. Apa yang paling hebat dia boleh saja bangun pagi-pagi setiap hari untuk siapkan apa yang patut tanpa ada jam loceng. Ma pernah juga bercerita kepadaku mengapa dia tidak sempat belajar membaca dan mengira. "Ore tuo dulu caya sunggoh kalu anok tino ngaji tinggi-tinggi pun kelik dumah duk ceruk dapur jugak. Buke pelik kalu anak tino ni nikoh mudo dan berenti ngaji skolah. Ma dulu pun gitu jugak. Masa ma duk ngaji skolah dulu, ma kena tolong jaga adik-adik ma. Lamalama truh berenti skolah. Nak buat gano, adik-adik ma pun ghamai". Cerita ma panjang lebar. Aku mengerti apa yang diceritakan oleh ma. Seorang anak yang hanya mengikut dan mentaati permintaan orang tuanya. Tiada apa yang salah di sini. Tiada siapa yang bersalah pun di dalam situasi ini. Itulah lumrah dan asam garam dunia yang perlu dilalui oleh seorang ibu di zaman remajanya. Kata orang tangan yang menghayun buaian boleh menggocangkan dunia. Cuma sampai bila tangan itu akan bertahan. Aku begitu terharu dan bertuah kerana tangan itu tidak pernah mengenal erti penat untuk menghayun buaiannya. Jika abahku seorang yang garang dan tegas, ma pula seorang yang penyabar. Aku pun sedikit sebanyak mewarisi sikap ma. Tapi tidaklah sesabar ma. Aku ni senang sangat nak maki orang. Tidak seperti ma, tak pernah pulak dia maki orang terutamanya di depan anak-anaknya. Aku selalu dengar istilah dapur tak berasap sewaktu belajar di sekolah. Tapi, pengalaman aku dapur kami tak berasap bukan saja tak ada lauk atau beras. Perkara yang selalu juga berlaku adalah kehabisan kayu api untuk memasak. Bukan senang nak mencari kayu api. Kena masuk ke kebun getah. Cari pokok yang mati atau tumbang. Kalau rezeki baik boleh terus tarik dahan atau ranting kayu yang mati ke rumah. Kalau rezeki kurang baik, kena potong dulu. Kalau pokok kecil aku potong jer dengan kapak. Tapi kalau batang pokok yang besar, aku terpaksa gunakan gergaji buaya yang hanya boleh dikendalikan berdua. Apa lagi, salah seorang adik aku akan menjadi mangsa lah. Tiada istilah budak dalam keluarga aku. Kecil besar aku ajar mereka untuk berdikari. Selepas penat memotong batang pokok, aku akan belah kayu tersebut dengan kapak. Setelah itu barulah boleh diberkas dan dibawa balik untuk dijadikan kayu api. Kadang-kadang kalau bernasib baik, kami boleh kutip kulat sisir yang sedap dimakan bila digoreng bersama kunyit. Bila kayu api sampai ke rumah, maka senyumlah si ibu. Aku dengan nada bergurau melontarkan kata kepada ma. "Ma, masak sedak deh. Lapar doh adik-adik tu". Walaupun sebenarnya aku sendiri yang kelaparan. Rumah kami agak lewat mengenali dapur gas. Sehinggakan dinding rumah kami hitam legam hampir rentung terbakar dek bahang api dapur kayu. Tapi aku tidak pernah lupa akan rasa nasi dan air yang dimasak menggunakan dapur kayu. Memang unik rasanya dan rasa itulah yang telah membesarkan kami adik-beradik. Susah memang susah, tapi dengan dapur kayulah kami kenal ubi kayu bakar, ubi keledek bakar, jagung bakar, ikan bakar dan daging bakar. Semuanya sedap tidak terkata. CIKGU Hari ini hari Ahad. Jam rotan di dinding rumah aku menunjukkan pukul 6.20 pagi. "Aduh, dah lewat la ni". Bisik hatiku. Bukannya apa, hati aku berkobar-kobar bila datangnya hari Ahad. Ianya seolaholah membuatkan pagiku akan terasa amat cepat masanya. Aku bergegas mencapai handle basikalku untuk memulakan kayuhan ke sekolah. "Ma, ore gi dulu!". Jeritku pada Ma yg sedang mengasah pisau torehnya. Menjadi kebiasaan bagi kami adik-beradik untuk menyebut ayat keramat tersebut. Aku tersenyum mengingatkan suasana tersebut. Yalah, kalau orang lain mungkin bersalam tangan bagai. Tapi aku tidak, itulah rutin harian kami kerana tahu Ma akan sibuk dengan pisau torehnya. Tapi, itu tidak menjadi penghalang kepada aku untuk terus menyayangi Ma. 97 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


Sampai di persimpangan jalan besar, aku singgah di rumah Azman. Dia merupakan salah seorang kawan baikku yang sering menemaniku mengayuh basikal ke sekolah. "Man, cepatlah skit. Doh lewat ni. Mapuh kita kalu lewat sampai. Takkan mu tak kenal cikgu Hadi tu". Jerit aku pada Man. Sekolah menengah tempat aku menimba ilmu tidaklah jauh. Lebih kurang lima kilometer sahaja. Tidaklah penat sangat kalau naik basikal pun. Lebih kurang lima belas minit, maka kami pun sampai lah ke sekolah. Kami terus ke kelas masing-masing untuk meletakkan beg dan buku kami dan terus bergegas ke tapak perhimpunan. Memang perhimpunan menjadi satu benda yang paling membosankan kepada para pelajar. Tapi bagi aku, waktu perhimpunan inilah yang aku tunggu- tunggu. Tidak lain tidak bukan, kerana adanya seorang lelaki yang bernama cikgu Khairul Anwar. Ya, seorang guru yang sangat bermotivasi. Mungkin kerana dialah juga aku tidak pernah kenal erti putus asa. Bagaimana kata-katanya telah membangkitkan semangat seorang budak kampung seperti aku agar terus mencuba dan belajar tanpa mengenal erti putus asa. Masih aku ingat akan kata-katanya kepada kami. Masih berbekas pada hatiku ini. "Awak ingat kita ore kampung ni, tak boleh nak goncangkan dunia? Siapa cakap? Sebab saya tahu awak semua adalah orang yang bakal berjaya. Tapi! Nak berjaya mesti hati keras seperti besi! Jangan mudah menyerah kalah! Jangan mudah berputus asa!". Jerit cikgu Khairul Anwar dengan suaranya yang sangat bersemangat. Satu kampung kot boleh dengar suara dia. Terima kasih cikgu! Terima kasih kepada semua cikgu yang telah mengajar aku erti sebuah perjuangan. Aku sebagai seorang anak kampung, tidak pernah terlintas dalam fikiranku sejauh ini aku akan melangkah. Cikgu, sewaktu susah dan senang, cikgu tetap bersama denganku. Banyak kenangan pahit dan manis yang tak akan aku lupakan. Aku rasakan begitu cepat masa berlalu. Biarlah kini ramai yang menyalahkan cikgu, aku tetap menyayangi mu cikgu. Semoga cikgu-cikgu akan terus dirahmati Allah dan terus kekal sihat. Aku doakan syurga buat kalian. Terima kasih cikgu. Terima kasih cikgu. 98 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


99 Bitara 26edisi SMK BANDAR BARU UDA


Click to View FlipBook Version