The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Kesultanan Johor Riau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadhiratul alyssa, 2021-08-22 05:45:31

Kesultanan Johor Riau

Kajian Kesultanan Johor Riau

Kajian Kesultanan Johor Riau

Nama : NURNADHIRATUL ALYSSA BT MOHD ANUAR
Kelas : 2 DUKE
No. mat : CP201099
Nama Guru : MOHD ZULKIFLI YASOK

0

Jadual kerja

Bil Tarikh Perkara Catatan
/
1 23/7
Menerima taklimat daripada guru subjek Sejarah berkaitan penulisan /
tugasan /
/
2 26/7 Mengenalpasti cara penulisan tugasan
/
3 26/7 Menentukan tajuk penulisan /
/
4 15/8 Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan melalui /
internet , majalah , akhbar , buku /

5 20/8 Menulis draf awal tugasan

6 21/8 Menulis pengenalan dan pelaporan penuh tugasan

7 22/8 Rumusan pengetahuan , nilai murni dan harapan

8 22/8 Mengemaskini tugsan

9 31/8 Menyemak dan menghantar tugasan

1

Penghargaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur kehadrat Illahi kerana
dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang
telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Kesultanan Johor Riau.”Folio
yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan
sebahagian daripada kerja khusus subjek.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak
membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama
sekali kepada kedua ibu bapa saya “Norzaliza Bt Ismail” dan “Mohd
Anuar Bin Mohd Junoh”kerana telah banyak memberikan bimbingan dan
semangat.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, “Mohd Zulkefli
Yasok”kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya
menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru
subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna
untuk folio saya serta membantu saya dari masa ke semasa.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya yang sama sama
berhempas pulas dalam menyiapkan projek ini. Bantuan kalian dari segi
informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai.

2

Objektif kajian

-Mengenali tentang Kesultanan Johor Riau
dengan lebih mendalam.

-Memahami kronologi pengasasan Kesultanan
Johor Riau.

-Meneroka kegemilangan Kesultanan Johor
Riau.

Kaedah Kajian

-Internet
-Buku teks

3

Latar Belakang Pengasasan Kesultanan Johor Riau

KESULTANAN JOHOR RIAU diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan ini juga mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran serta
wilayah jajahan takluk dan naungan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan
Johor Riau juga meneruskan tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan
awal di Alam Melayu. Kerajaan Johor adalah merupakan sebuah kerajaan
kesinambungan daripada Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan juga
kerajaan Srivijaya. Kerajaan Johor adalah antara kerajaan yang tertua dalam
sejarah kerajaan Melayu. Pada sekitar abad ke 16 dan 17 munculnya kerajaan
Johor dan kemunculan kerajaan Johor adalah setelah kerajaan Melaka
mengalami keruntuhan akibat daripada kekalahan Melaka terhadap Portugis
yang menawan Melaka pada tahun 1995 .Pada permulaanya kerajaan johor
muncul sebagai kerajaan Johor , Pahang , Riau dan Lingga. Keruntuhan yang
berlaku terhadap kerajaan Melaka telah mendorong kepada pembukaan
kerajaan Johor dan pada ketika itu Sultan pertama yang menaiki takhta
kerajaan Johor ialah Sultan Alaudin Riayat Shah . Kerajaan Johor merupakan
sebuah kerajaan yang terletak di bahagian Semenanjung (anah Melayu iaitu
di tengah ) tengah jalan perdagangan antara Timur dan Barat. Kerajaan Johor
turut memperkukuhkan kedaulatannya menerusi pengeksploitasian
kedudukannya yang strategik. oleh yang demikian kerajaan Johor berteraskan
kepada aktiviti perdagangan dan maritim yang bersesuaian dengan
kedudukan geografinya yang berada di Selat Melaka.

4

Faktor Kegemilangan Kesultanan Johor Riau

FAKTOR 1

Pusat Perdagangan yang Unggul

Pada abad ke - 16 dan ke - 17 , Johor muncul sebagai pusat perdagangan
yang menjadi tumpuan pedagang. Ada beberapa keistimewaan yang
menyebabkan Johor muncul sebagai Pusat Perdagangan yang unggul.

1. Kedudukan Strategik
-Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh

kapal besar kerana Sungai Johor lebar dan dalam.
-Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka.
-Pelabuhan Riau terletak di persimpangan lalu lintas maritim (yang

strategik) menjadi tumpuan para pedagang luar.

2. Tumpuan Para Pedagang
-Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan Inggeris
-Pedagang Jawa jadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan kerana tidak
berminat berdagang dengan Portugis, Melaka.
-Pedagangan Siam memasarkan hasil pertanian (beras).
-Jadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta
kerajaan di Alam Melayu.

5

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Barang Dagangan
-Pelabuhan Johor RIau berperanan sebagai pusat pertukaran beragam
keluaran Alam Melayu , China, India dan Arab.

-Barang dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan
Johor ialah lada hitam (dari Jambi), bijih timah (masuk dari Klang,
Sungai Ujong, Bernam, Pulau Bangka, Sumatera) dan emas (dari
Inderagiri).

-Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar,
kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk belanga, lilin dan garam yang
datangnya
dari Pahang, timur Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang,
Naning dan Rembau.

-Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat
perdagangan untuk barang yang dibawa dari China.

○ Benang emas, kain sutera putih, barang tembikar,seramik,
kuali besi, teh dan tembaga.

-Pedagang Jawa : Beras.
-Pedagang Gujerat : Kain, wangian dan manik.

4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau
-ada 500 - 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di
pelabuhan Johor terutamanya di pelabuhan Riau.
-Kapal yang berlabuh di Riau adalah kapal Siam, Portugis, Inggeris dan
pulau-pulau di Alam Melayu.

6

FAKTOR 2

Pengurusan Pelabuhan

Kecekapan pelabuhan Kesultanan Johor Riau mengendalikan barang
dagangan dan kemampuannya membekalkan semula kapal dengan cepat dan
murah.

1. Kemudahan Pelabuhan
-Menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan barangan dari
mengelakkan dari kebakaran.
-Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan
perdagangan.
-Membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam
dan rempah ratus.

2. Urusan Jual Beli
-Perdagangan dijalankan secara pertukaran barang dan menggunakan
mata wang.
-Mata wang emas (mas), wang perak (kupang ) dan wang timah (katun)
diperkenalkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I.
-Pada akhir abad ke - 18, mata wang seperti Dolar Sepanyol, Dolar
Mexico dan duit Belanda digunakan.

3. Sistem Naungan
-Perdagangan luar dan pedagangan tempatan mendapat naungan
daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu.
-Sebagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan
naungan dalam bentuk cukai perdagangan mengikut sistem naungan
-Pedagang juga mudah mendapat surat kebenaran daripada Belanda
dan dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.

7

4. Peranan Orang Laut
-Orang Laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal
dagang, penunjuk arah kepada para pedagang dan pengawal di perairan
Johor dan Selat Melaka.
-Orang Laut terlibat untuk mengawal keselamatan Kesultanan Johor
Riau dengan menjadi tentera angkatan laut.

5. Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal
-Pelabuhan di Johor mempunyai kemudahan membaiki dan membina
kapal bersaiz kecil.
- Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal.
Contohnya kapal pesisir pantai seperti kolek, banteng, penjajap, balok
dan pencalang.

Kedudukan yang strategik dan
kemudahan pelabuhan menyebabkan
Kesultanan Johor Riau menjadi tumpuan
para pedagang. Kesultanan ini telah
dapat menyaingi dan mengambil alih
peranan Melaka dan Acheh sebagai
pusat perdagangan yang unggul.

8

FAKTOR 3 Pusat Persuratan

Penghasilan karya persuratan membuktikan Kesultanan Johor Riau juga
tidak ketandusan dengan karya agung dan tokoh persuratan yang berkaliber.
Batu Sawar dan Pulau Penyengat, Riau memainkan peranan penting dalam
perkembangan penulisan karya persuratan berkaitan kerajaan Melayu.

Karya Agung

Kesultanan Johor Riau banyak menghasilkan karya agung. Karya agung
bermaksud karya yang tertulis dalam bahasa Melayu yang mampu
mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau
pandangan hidup bangsa Melayu.

Sulalatus Salatin

○ Bermaksud Salasilah Raja - Raja atau Peraturan Segala Raja - Raja.
○ Naskhah asal ini bernama Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis

semua oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612.
○ Isi kandungannya menceritakan asal usul keturunan

raja - raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah
Kesultanan Melayu Melaka.

Hikayat Hang Tuah
○ Sejarawan menyatakan bahawa naskhah ini dihasilkan

oleh pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis
di Melaka pada 1641.

○ Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentas

sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

○ Kandungannya berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah

kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka.

9

Tokoh Persuratan

Tun Seri Lanang
○ Nama sebenar Tun Seri Lanang ialah Tun Muhammad bin

Tun Ahmad Paduka Raja.

○ Dilahirkan Bukit Seluyut, Kota Tinggi tahun 1565.
○ Dijadikan sebagai Bendahara Johor semasa pemerintahan

Sultan Alauddin Riayat Shah II

○ Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja

Abdullah, adinda Sultan Alauddin Riayat Shah II.

○ Dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda, Acheh dan menjadi

Raja Uleebalang di Samarlanga

Karya Lain

○ Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh Bukhari al-Jauhari.
○ Karya ini merupakan karya yang tersohor pada zaman Kesultanan

Johor Riau.
○ Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis dan Gurindam Dua Belas

dikarang oleh Raja Ali Haji.
○ Hikayat Anak Panah Sedasa dikarang oleh Tun Hisap Misai.
○ Syair Ungku Puteri dikarang oleh Raja Ahmad.

10

✦ Langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan
karya-karya persuratan Melayu ke peringkat
antarabangsa.

⇢ Langkah yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu ialah
dengan menggerakkan usaha melalui media massa. Selain memikirkan
aspek komersial, media massa mempunyai tanggungjawab sosial bagi
memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu. Media massa
memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu memartabatkan
bahasa Melayu di negara ini dengan berfungsi sebagai pemerhati,
penghubung, pentafsir dan penghibur. Pihak pengamal media seharusnya
bertanggungjawab dalam merangka kerja dalam usaha memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa dunia setanding dengan bahasa
Inggeris.Media elektronik misalnya,boleh memperkasakan bahasa kita
melalui iklan, rancangan televisyen, filem, siaran radio dan sebagainya.
Pihak media seharusnya mengutamakan sari kata bahasa Melayu untuk
dipaparkan bagi setiap cerita bukan berbahasa Melayu yang
disiarkan.Usaha ini tidak patut dipandang remeh kerana kitalah yang
bertanggungjawab dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

✦ Mengapakah generasi muda hari ini perlu memelihara
kedaulatan negara agar kemakmuran dan kemajuan
negara terus terjamin?

⇢ Generasi muda perlu memelihara kedaulatan negara agar kemakmuran dan
kemajuan negara terus terjamin kerana ia dianggap sebagai satu aset
bagi mempertahankan kemerdekaan dan keutuhan negara untuk tidak terus
dijajah atau dijajah.

11

RUMUSAN

Bab ini telah menerangkan pengasasan dan perkembangan bagi Kesultanan
Johor Riau serta kemampuannya menghadapi segala cabaran untuk
mencapai kegemilangan. Sistem pemerintahan bercorak empayar yang
diwarisi oleh Kesultanan Johor Riau berakhir dengan Perjanjian Inggeris
Belanda pada tahun 1824. Warisan Kesultanan Melayu diteruskan pula oleh
kerajaan negeri Melayu.

12

SUMBER RUJUKAN
INTERNET :

⇀ https://www.academia.edu/16915470/kerajaan_johor_riau
_sejarah_malaysia_

⇀ https://online.fliphtml5.com/wvudn/vidf/#p=114
⇀ https://www.scribd.com/doc/263034735/Langkah-Yang-

Boleh-Diambil-Untuk-Memartabatkan-Bahasa-Melayu-I
alah-Dengan-Menggerakkan-Usaha-Melalui-Media-Mass
a
⇀ https://core.ac.uk/download/12117372.pdf

GAMBAR RUJUKAN :
⇀ https://online.fliphtml5.com/wvudn/vidf/#p=114

BUKU TEKS :
⤏ Halaman 96 - 109

13

Terima kasih kerana telah membaca buku skrap saya

14


Click to View FlipBook Version