The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK GEOGRAFI TINGKATAN 4 : PEMBENTUKAN DAN KELESTARIAN SUNGAI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mfazillah1996, 2021-05-28 05:56:48

BAB 9: PEMBENTUKAN DAN KELESTARIAN SUNGAI

EBOOK GEOGRAFI TINGKATAN 4 : PEMBENTUKAN DAN KELESTARIAN SUNGAI

Keywords: GEOGRAFI,EBOOK

EBOOK

GEOGRAFI
TINGKATAN 4

PEMBENTUKAN DAN
KELESTARIAN SUNGAI

MUHAMMAD FAZILLAH BIN MUHAMMAD NASER



9.1

Pembentukan Sungai

Menjelaskan pembentukan sungai.

1

PEMBENTUKAN SUNGAI

Sungai merupakan aliran air yang mengalir secara berterusan
dari peringkat hulu ke peringkat hilir.
Air sungai terdiri daripada air hujan, air bawah tanah dan glasier
di kawasan yang tertentu.

Proses kitaran air

2

Punca
pembentukan

sungai

Air Glasier Air
Hujan bawah
tanah

Air larian Glasier yang Air bawah tanah
permukaan mencair akan keluar ke
akan turun dari pada musim panas permukaan bumi
cerun lebih tinggi akan sebagai air mata
ke kawasan cerun membentuk air lalu
lebih rendah sungai. membentuk
membentuk alur- alur-alur dan
alur kecil. mengalir sebagai
air sungai..

3

9.2

Tindakan Air Sungai
Melalui Hakisan,

Pengangkutan Dan
Pemendapan

Menghuraikan tindakan air sungai
melalui hakisan, pengangkutan
dan pemendapan.

4

9.2.1 Tindakan Air Sungai Melalui Hakisan

HAKISAN MENENGAK
• Hakisan menegak merujuk kepada hakisan

bahagian dasar sungai.
• Berlaku dengan giat di bahagian hulu sungai.

Pada peringkat ini aliran air sungai deras.
• Alur-alur sungai menjadi dalam, sempit dan

berbentuk V.

HAKISAN MENGUNDUR
• Hakisan ini aktif di kawasan hulu sungai yang

mempunyai air terjun atau jeram.
• Hakisan air sungai ke atas batuan lembut

menyebabkan batuan air terjun runtuh.
• Akibatnya air terjun tersebut semakin

mengundur ke belakang.

HAKISAN MELEBAR
• Hakisan melebar merujuk kepada hakisan

secara mendatar kedua-dua arah tebing
sungai.
• Di peringkat ini air sungai sudah mula
perlahan.
• Lama-kelamaan alur-alur sungai menjadi
semakin luas dan berbentuk U.

5

Tindakan Tindakan hidraul ialah tindakan air sungai yang
hidraul menghakis tebing dan dasar sungai.

Hempasan air sungai yang kuat akan
mengeluarkan batuan seperti kerikil, pasir dan
kelodak dan boleh menyebabkan tanih dan
batuan yang mempunyai struktur yang padat
pecah.

Bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air

Tindakan sungai seperti serpihan batuan, kerikil, pasir,
geseran kelodak merupakan agen tindakan geseran.

Bahan-bahan ini akan bergeser di tebing sungai

dan bergolek di dasar sungai.
.
Tindakan geseran akan menghakis dasar dan tebing sungai.

Cara-cara Tindakan Tindakan lagaan merujuk kepada bahan-bahan
hakisan lagaan yang diangkut oleh sungai berlaga antara satu
sungai sama lain sehingga menyebabkan bahan-bahan
tersebut pecah, lalu menjadi lebih kecil dan
halus.

Tindakan lagaan berlaku disebabkan oleh sifat pergerakan
bahan itu sendiri iaitu batuan yang kasar dan berat bergerak
secara perlahan manakala serpihan batuan yang kecil, lebih
ringan bergerak dengan lebih cepat.

Tindakan Tindakan larutan merujuk kepada hakisan
larutan secara kimia iaitu air sungai bertindak
melarutkan batuan yang terdapat pada dasar
dan tebing sungai..

Tindakan ini melibatkan batuan yang mudah larut seperti batu
kapur dan batu garam.

6

9.2.2 Tindakan Air Sungai Melalui Pengangkutan

Seretan

Seretan ialah suatu proses menyeret beban sedikit demi sedikit di sepanjang
dasar sungai.
Beban yang diangkut melalui proses ini bersifat kasar, berat dan tumpat
seperti batu tongkol.

Lompatan

Melibatkan pemindahan bahan-bahan dalam bentuk satu siri lompatan.
Bahan-bahan yang sederhana besar dan berat seperti kerikil dan serpihan
yang bersegi-segi diangkut oleh sungai melalui cara lompatan mengikut arus
aliran sungai.

Apungan

Apungan berlaku terhadap beban yang ringan dan mempunyai daya apungan.
Contoh bahan-bahan yang bergerak secara apungan seperti daun-daun,
kelodak dan pasir.

Larutan

Air sungai bertindak melarutkan bahan-bahan seperti kalsium karbonat,
gipsum, silika, ammonium, sulfur dan potasium.

7

9.2.3 Tindakan Air Sungai Melalui Pemendapan

Faktor-faktor yang
mempengaruhi proses
pemendapan sungai

Perubahan Perubahan
cerun alur

dasar sungai sungai dari
kecil
Pertembungan
antara arus kepada besar
sungai
dengan arus Terdapat
laut halangan-
di muara halangan
di dasar sungai

8

Hai semua, hari ini kita
akan membincangkan tentang
beberapa kategori peringkat

sungai… Rajah di sebelah
kita ini merupakan rajah

peringkat sungai.

Jadi saya nak kamu senaraikan
apa yang berlaku pada setiap
peringkat ini.

9

Boleh kamu senaraikan
tindakan-tindakan setiap

peringkat ??.

Hulu Tengah Hilir

10

9.3

Bentuk Muka Bumi
Akibat Tindakan Air
Sungai Di Peringkat
Hulu, Tengah dan Hilir

Membezakan bentuk muka bumi
akibat tindakan air sungai di
peringkat hulu, tengah dan hilir.

11

1.1P. PeerrininggkkaattHHuululu

2. Peringkat Tengah

3.3.PPeerriinnggkkaattHHiliirlir

12

9.3.1 Tindakan Air Sungai di Peringkat Hulu Sungai

• Hakisan menegak
terhadap alur sungai
membentuk lurah (V)

• Tebing Curam di kenali
sebagai gaung atau
jurang.

• Air terjun terbentuk di
kawasan batuan berlapis.

• Batuan keras dan Batuan
Lembut.

• Aliran air sungai yang
deras dan berpusar.

• Bertindak menghakis dan
memperdalamkan rekahan.

13

9.3.2 Tindakan Air Sungai di Peringkat Tengah Sungai

Aliran sungai semakin perlahan di peringkat tengah. Bentuk muka bumi yang
terhasil di peringkat tengah sungai ialah:

14

9.3.3 Tindakan Air Sungai di Peringkat Hilir Sungai
15

Aktiviti
Pengukuhan

16

9.4

Punca Kemerosotan
Kualiti Air Sungai

Menghuraikan punca kemerosotan
kualiti air sungai.

17

Indikator pencemaran air boleh dikategorikan kepada tiga iaitu
fizikal, kimia dan biologi.

Fizikal Suhu, Warna, Rasa, Bau, Jumlah Pepejal Terampai,
Kekeruhan, Jumlah pepejal terlarut, Kemasinan

Kimia Oksigen terlarut (DO), Permintaan oksigen biokimia
Biologi (BOD), Permintaan oksigen kimia (COD), Pengukuran

keasidan (pH), Nitrogen-ammonia (NH3-N)

Koliform, Mikroorganisma

Punca Kemerosotan Kualiti
Air Sungai

18

19

9.5

Usaha-Usaha Yang
Boleh Dilaksanakan
Untuk Melestarikan

Sungai

Menghuraikan punca kemerosotan
kualiti air sungai.

20

Usaha-usaha yang
boleh dilaksanakan
untuk

Melestarikan
Sungai

Kuatkuasa Penguatkuasaan undang-undang
undang-undang perlu dikuatkuasakan. Langkah ini
dilaksanakan oleh Jabatan Alam
Sekitar (JAS) di bawah Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974. Contoh JAS perlu
mengenakan denda dan kompaun
yang tinggi terhadap pihak yang
mencemarkan sungai.

21

Perangkap
Sampah

Penyediaan perangkap sampah untuk diletakkan di sungai
membolehkan sampah di dalam sungai dapat dikumpul secara teratur
dan dibuang secara sistematik.

22

Rawatan Sumber Air sungai yang telah tercemar
Air Sungai perlu dirawat dengan segera.
Langkah ini boleh dilaksanakan
Pendidikan Alam dengan usaha sama antara pihak
Sekitar kerajaan dan swasta.

Contoh pihak kerajaan

bekerjasama dengan pihak

swasta untuk merawat sumber air

Sungai Kim Kim, Pasir Gudang

(Johor) yang telah tercemar.

Pendidikan tentang penjagaan
alam sekitar telah diterapkan
dalam sistem pendidikan sekolah
di Malaysia contoh mata
pelajaran Geografi.

Pendidikan kesedaran terhadap

alam sekitar boleh mengekalkan

kehidupan yang harmoni dan

dapat bersama-sama memelihara

kualiti alam sekitar secara

berterusan.

23

Kempen
Kesedaran Alam

Sekitar

Kempen dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan sungai.
Kempen “Cintailah Sungai Kita” pertama kali telah dilancarkan
oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia (JPS) pada tahun
1993.

24

Bincang dan terangkan jawapan di bawah :
1. Bagaimanakah kegiatan manusia boleh mempengaruhi

kemerosotan kualiti air sungai?
2. Pencemaran sungai perlu diatasi, kemukakan langkah yang

boleh diambil untuk melestarikan sungai di Malaysia.

25

EBOOK

MUHAMMAD FAZILLAH BIN MUHAMMAD NASER


Click to View FlipBook Version