The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mama Mel, 2020-10-21 10:06:01

TUGASAN EBULETIN WANITA DAN KECANTIKAN

TUGASAN EBULETIN WANITA DAN KECANTIKAN

Wanita

& Kecantikan

Apakah cantik di mata anda?

PERSONALITI KECANTIKAN DALAMAN DAN

PERIBADI LUARAN TIPS DAN BERITA SEMASA

KOLEKSI SAJAK DAN LAGU
SUAI DAN PADAN DAN BANYAK LAGI..

E-BULETIN EDISI OKTOBER 2020

SIDANG
PENGARANG

DISEDIAKAN YBRS. DR. AHMAD FUAD
UNTUK BIN MAT HASSAN

KUMPULAN NOOR SUHAIDA BINTI TALIB
KREATIF BPM244064

NOOR ISHI-LIZIAN BINTI
HAMZAH
BPM243958

NORFADHILAH BINTI
ABD.HADI
BPM243959

PEREKA
GRAFIK

MERLISA BINTI ISMAIL
BPM 243915

SEKAPUR SIRIH

SEULAS PINANG

Alhamdulillah & syukur ke hadrat ilahi kerana telah
memudahkan perjalanan kumpulan kami untuk meyiapkan

tugasan E-Buletin ini.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dikalungkan kepada YBrs.
Dr. Ahmad Fuad bin Mat Hassan selaku pensyarah bagi subjek

Pengantar Penulisan-SBLM1023 diatas sokongan dan
dorongan yang diberikan.

Wanita & Kecantikan merupakan tajuk pilihan E-Buletin yang
kami sediakan. Ianya berkisarkan mengenai wanita dan

kehidupan, solusi masalah semasa, tips serta perkongsian
bermanfaat yang boleh dijadikan rujukan bagi semua lapisan

masyarakat.

Kejayaan ini juga adalah hasil kerjasama yang diberikan oleh
ahli kumpulan yang aktif menyumbangkan idea dan

pandangan menarik bagi memastikan hasil E-Buletin berjaya
dilaksanakan sebaiknya.

Semoga E-Buletin ini dapat menjadi bahan bacaan pilihan dan
memberi manfaat kepada semua.

SEKIAN.

ARTIKEL
UTAMA

Wanita

Gadis, dara atau apapun gelaran yang
diberikan, merupakan ciptaan agong dari
Maha Pencipta yang mampu menggoncang
dunia..

Kalau dahulunya hanya dihadkan
kebebasannya di rumah sahaja namun kini
wanita turut sama membuktikan kejayaan
demi kejayaan yang tidak mampu disangkal
lagi. Prestasi yang dihasilkan menjadikan
wanita kini berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan golongan Adam..

Namun, apapun ceriteranya..
wanita dan kecantikan tidak mampu
dipisahkan.. Walaupun pengertian cantik
adalah berbeza-beza namun asas
penjagaannya dari dahulu hingga kini
seakan masih releven diamalkan.

Berkerjaya, berpelajaran, berpengetahuan
malah sebagai penyeri rumahtangga,
penjagaan diri dan kecantikan seringkali
dberi perhatian oleh mereka!

Kecantikan

Wanita dan kecantikan tidak mampu dipisahkan..

Malah dari dahulu lagi, pelbagai cara yang
diamalkan bagi memastikan diri kelihatan anggun
dan cantik. Namun adakah kecantikan luaran
cukup untuk merealisasikan maksud cantik di
mata anda?

Kecantikan dalaman dan luaran merupakan dua
perkara yang perlu diberikan perhatian. Kalau
dahulu, manusia hanya mementingkan aspek
luaran sahaja, kini penjagaan dalaman turut
dianggap penting dan perlu diberikan perhatian.

Adakah anda memerlukan kos yang tinggi untuk
kelihatan cantik?

Adakah anda memerlukan wajah yang menawan
untuk kelihatan cantik?

Jawapannya tentu sekali tidak!
Apa yang anda perlukan adalah ilmu.
Ilmu yang mampu membuatkan anda kekal
cantik mengikut perspektif yang anda
inginkan.

Peribadi atau

Personaliti?

Seringkali kita mendengar orang berkata,
“keperibadian orang itu buruk” atau

“jangan berhubungan dengan orang itu kerana
orangnya tidak baik”.

Apabila keperibadian seseorang mula
diperkatakan dari

sudut moral, membuat penilaian baik dan buruk,
maka ianya merujuk kepada kegagalan watak
seseorang.

Keperibadian menunjukkan siapa anda secara
luaran atau secara global, watak (karektor)
mendedahkan siapa anda secara dalaman.

Anda masih keliru?
Oleh kerana secara langsung ianya berkaitan
dengan sikap dan tingkah laku seseorang, ya..

kebanyakan dari kita mudah keliru untuk
membezakankannya..

Adakah anda Masih keliru?

berpersonaliti Peribadi dan personaliti adalah penentu
kepada persona diri setiap wanita.
Wanita yang berpersonaliti menarik mampu
memukau hati setiap insan! Peribadi merupakan penentu kepada
kecantikan dalaman.
Semua yang bergelar wanita sudah pasti
meletakkan kecantikan pada tangga yang Manakala personaliti merupakan pembentukan
teratas. kecantikan luaran.
Malah mereka sanggup melakukan apa
sahaja agar terus kekal kelihatan menarik Inilah dua elemen yang akhirnya membentuk
dan cantik di mata setiap orang yang ekspresi dan kecantikan yang hakiki.
memandang.
Wanita seharusnya bijak memastikan kedua-
Personaliti merupakan gabungan tingkah dua elemen tersebut seimbang agar ianya tidak
laku, mental dan sifat-sifat atau kualiti mengganggu proses kehidupan seharian.
seperti memikirkan corak, perasaan dan
tindakan.

Ia dibentuk melalui emosi dan watak lalu
direaksikan melalui gaya dan penampilan
seseorang. Personaliti yang menarik lahir
dari pembawakan dalaman seseorang yang
mampu mengawal emosinya dengan baik.

Wanita yang berpersonaliti memiliki
persona diri yang menarik. Namun, untuk
memperolehi aura itu, setiap wanita perlu
bijak menyeimbangkan kecantikan dalaman
dan luaran agar ianya lebih terserlah!

Kecantikan
luaran

Bagaimanakah cara untuk anda tampil Berus Gigi Selepas Makan & Sebelum
dengan penuh keyakinan dan bergaya? Tidur
Mandi dua kali sehari & Cuci Rambut
Semestinya anda harus memiliki
kecantikan luaran yang didambakan Basuh Tangan Anda Dengan Sabun
Bersihkan Kuku Selalu
oleh setiap insan. Malah sebagai
wanita, seharusnya aspek luaran Cuci Kaki Selepas Keluar Rumah
Jaga Kebersihan Pakaian Seharian
diberikan keutamaan!

Anda ingin tampil hebat atau anda
mahu kelihatan hebat? Kesihatan dan

kebersihan diri merupakan dua (2)
elemen penting yang harus
diutamakan.

Jika anda berjaya menyeimbangkan
kedua-dua elemen ini dengan baik,
maka akhirnya kecantikan luaran anda

akan lebih terserlah.

Oleh itu, mari kita lihat tips penjagaan
diri (luaran) yang telah kami senaraikan!

Cara mengekalkan

kecantikan dalaman

Kekal cantik bukan sahaja bergantung dengan
solekan di wajah. Malah kecantikan juga sering
dikaitkan dengan pelbagai sudut supaya seseorang
wanita kelihatan cantik dan mempersona.

Untuk mendapatkan keyakinan tersebut, anda boleh
mengikuti 2 cara mudah untuk terus kekalkan
kecantikan dalaman anda.

Jika anda seorang yang
berfikiran positif, anda juga
boleh mempengaruhi keadaan
sekeliling dengan cara yang
baik. Kekalkan bersikap sopan

santun dan mesra dengan
semua orang agar kecantikan
yang anda ada akan semakin

menyerlah dan semua orang
akan mudah tertarik dengan

keperibadian anda.
TINGKAH LAKU Mengamalkan gaya hidup yang
AMALAN HIDUP SIHAT sihat dengan mengutamakan
makanan yang berkhasiat.
Sebaiknya elakkan diri anda
untuk makan makanan ringan
dan jangan lupa melakukan

senaman secara rutin. Perkara
yang paling penting adalah

rajin dalam merawat kulit agar
ianya sentiasa sihat.

Perkongsian Ilmu RUANGAN
KREATIF
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w
lalu berkata, Wanita

" Wahai Rasulullah, "Tidak dijadikan dari urat
siapakah orang yang paling berhak untuk aku rambut lelaki untuk dipuji"
hormati?" "Tidak pula dijadikan dari
tapak kaki untuk dihina dan
Baginda menjawab, dikeji"
"ibumu.." "Tetapi..
Wanita dijadikan dari rusuk
Lelaki tersebut terus bertanya, kiri, dekat dengan hati untuk
"Kemudian siapa?" dilindungi dan disayangi.."

Baginda menjawab..
"ibumu.."

Seterusnya?, tanya lelaki itu lagi..

"Ibumu.." jawab Rasulullah s.a.w..

Lelaki tersebut meneruskan pertanyaannya,
"Kemudian?.."

"Bapamu.." balas Rasulullah s.a.w..

Riwayat Al-Bukhari & Al-Muslim

Koleksi lagu

Tajuk Lagu : Ratu inspirasi wanita

Penyanyi : Lah Ruffedge

Bak selembut sutera Tajuk Lagu : Wanita
Kerlingan mempesona Penyanyi : Shiela Majid
Tingkah laku dan melangkah susila
Bak selembut sutera Wajah
Gerak gaya budayanya dijaga selembut bayu
Dan belaiannya Lenggang dan lenggokmu
Sopan berbicara gemalai gemersik Keperibadian wanita
Sehening bayu pagi
Ayu
Ayu Di dalam keayuan
ayu (ayu)
Yang terpancar di wajahmu sentosa selalu Ada kekuatan
Ayu ayu (ayu) Engkaulah racun
Anugerah yang diberi kekuatan kita sebenarnya
Kau penawar
Bak selembut sutera (sutera) Insan
Gerak gaya budayanya dijaga
Dan belaiannya Bagai dermaga di pelabuhan
Sopan berbicara gemalai gemersik Diri gagah sendirian
Sehening bayu pagi
Hadapi gelora kehidupan
Ayu Kau memberi
ayu (ayu)
Yang terpancar di wajahmu sentosa selalu Menempuhi segala dengan rela
Ayu ayu (ayu) Tapi ada masanya
Anugerah yang diberi kekuatan kita sebenarnya
Engkau api panas membakar
Sopan berbicara gemalai… Ada ketikanya
Kau penawar…

Sajak inspirasi dari wanita

Tajuk : Semangat Juang Tajuk : Aku adalah Aku

Ketika kau lahir, Malam ini,
Itu kurniaan Tuhan atas ibumu, Kutatap lagi cermin usang itu,
Saat kau besar, Berkaca, tajamkan mata, perlahan hati berbisik
Semua tak lepas dari tangannya, padanya,
Hingga ajal menjemputmu. Tentang apa yang kupunya,
Dan yang selalu jadi angan.

Jalani roda kehidupan, Aku adalah aku, bukan dia, bukan pula mereka,
Ikuti alur didalamnya, Bukan sepercik harap yang menyembah,
Tak perlu memandang rendah siapa Bukan segelintir rasa yang tergantung,
kamu, Bukan pula angan yang samar.
Hidup adalah perjuangan,
tempuhlah. Aku adalah aku,
Seorang manusia yang sadar,
Jadikan ocehan sebagai penyemangat, Akan kurang dan lebih,
Ubah cemuhan menjadi penguat, Akan keluh dan syukur,
Perbaiki diri untuk bulatkan tekad. Tentang segala yang terjadi,
Ingat, Tanpa berontak di hati.
ada Tuhan yang Maha Melihat.
Aku Mencintai diriku sendiri,
Dengan jati yang kupunya,
Dengan harapan dan perjuangan,
Tentang gapai dan hampa,
Memberanikan diri untuk,
Melangkah di atas bumi.

BERITA
SEMASA

Kenali kosmetik anda

Bagaimanakah cara untuk anda menyemak
status notifikasi kosmetik?

Ketahui Peraturan Kawalan Dadah dan
Kosmetik 1984 dan Guidelines for Control of
Cosmetic Products in Malaysia.
Semua produk kosmetik yang dipasarkan di
Malaysia perlu dinotifikasikan kepada
Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara
(NPRA),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pengguna boleh menyemak status notifikasi
produk kosmetik melalui laman sesawang
rasmi NPRA iaitu melalui sistem ‘QUEST3+
product search’ atau melalui aplikasi ‘NPRA
Product Status’ yang boleh dimuat turun
melalui Google Play Store.

Layari laman sesawang rasmi
Bahagian Regulatori Farmasi Negara

(NPRA), www.npra.gov.my

Contoh tuntutan produk kosmetik
yang tidak dibenarkan

Produk penjagaan rambut :

- Menghilangkan kelemumur secara kekal
- Mengembalikan sel-sel rambut
- Menggalakkan pertumbuhan rambut baru

Produk penjagaan kuku :

- Menggalakkan pertumbuhan kuku

Produk penjagaan kulit :

- Menghalang, mengurang atau
menterbalikkan proses fisiologi dan keadaan
degenerasi yang disebabkan oleh proses
penuaan.

- Menghilangkan parut
- Menghalang, menyembuhkan, merawat atau

menghentikan jerawat
- Merawat selulit

KALENDAR

SEGMEN
LENSA

Suai dan

Padan

Seringkali kita berasa jemu
bila melihat koleksi pakaian
yang ada. Jika begitu, mari

lihat tips jenis padanan
pakaian yang sesuai untuk

digayakan.

Padanan ini sesuai digayakan
bagi menghadiri majlis kasual.

Warna biru yang
melambangkan kelembutan
memberikan hasil yang amat

menenangkan.

Suai dan

Padan

Bijak memilih warna juga
mampu menghasilkan pilihan

yang menarik.

Menata rias diri bukan hanya
seperti melepaskan batuk di
tangga. Ianya memerlukan

penelitian yang rapi.

Padanan ini sesuai digayakan
oleh wanita yang berani dan

berkerjaya.

Suai dan

Padan

Anda mementingkan
keselesaan dalam
berpenampilan?

Padanan ini mencerminkan
gaya wanita korporat masa
kini. Ianya amat selesa dipakai
sebagai pakaian kerja yang

lebih kasual.

Penambahan aksesori seperti
selendang dan jam dalam tona

sekata menambahkan lagi
keyakinan diri si pemakai!

Suai dan

Padan

Sesekali dijemput menghadiri
majlis makan malam?

Padanan ini sesuai digayakan
bagi menghadiri majlis rasmi

dan semestinya ia akan
kelihatan sangat elegen!

Apa yang diperlukan hanyalah
sedikit solekan ringkas bagi
menambahkan lagi
keanggunan wajah.

Hijabnista

RUANGAN
IKLAN

Perkhidmatan spa

kecantikan

Perkhidmatan merias
kuku tangan dan kaki

Tawaran kursus solekan


Click to View FlipBook Version