SKIM LENCANA PENGAKAP KELANA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SEMBILAN
APAKAH MAKSUD PENGAKAP KELANA? ❖ Kumpulan pengakap belia yang berusia antara 17 tahun hingga 26 tahun. ❖ Kumpulan belia ini dinamakan KREW PENGAKAP KELANA.
SEJARAH PENGAKAP KELANA ➢ BP telah mengadakan satu perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907 ➢ Buku panduan yang bertajuk “Scouting for Boys” telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908 ➢ Pada tahun 1917, Pengakap Kelana (Rover Scouts) dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Senior (Senior Scouts). Walau bagaimanapun, pada tahun 1918, nama ini telah ditukar menjadi Pengakap Kelana. ➢ Pada tahun 1922, BP telah menulis sebuah buku Rovering To Success sebagai panduan untuk Pengakap Kelana. Di dalamnya, beliau membentangkan tujuan dan matlamat Pengakap Kelana dan menggambarkan jalan ke arah kehidupan yang dilihat beliau sebagai panduan untuk pemuda-pemuda mengikuti keadaan semasa. ➢ Pada tahun 1931, Perkhemahan Kelana Sedunia (World Rover Scout Moot) yang pertama telah diadakan di Kandersteg, Switzerland. Perkhemahan ini telah dihadiri oleh 3000 ahli Pengakap Kelana dan keputusan untuk menerima Pengakap Kelana sebagai pergerakan seluruh dunia telah dicapai semasa perkhemahan ini. ➢ Tahun 1975 memperlihatkan pembangunan yang pesat dalam Pengakap Kelana apabila keahlian dibuka kepada wanita muda di Malaysia.
PROGRAM PENGAKAP KELANA ❖ Program Kelana adalah berasaskan kepada beberapa aktiviti utama seperti berikut: i. Perkhidmatan (Service) ii. Sosial (Social) iii. Cabaran luar (Outdoor Adventures) iv. Aktiviti Mental (Mental Challenge) v. Pembinaan Semangat (Spiritual Development)
SKIM LENCANA PENGAKAP KELANA LENCANA KEAHLIAN AHLI BARU (3) TIGA LENCANA WAJIB LENCANA KEMAHIRAN LENCANA PERKHIDMATAN LENCANA PENGEMBARAAN (1) SATU LENCANA PILIHAN LENCANA KEPIMPINAN LENCANA ICT LENCANA AKTIVITI EKSTREM LENCANA PENYELAMAT NYAWA LENCANA KEUSAHAWANAN
SKIM LENCANA PENGAKAP KELANA LENCANA KEMAJUAN KELANA UDARA LENCANA AHLI UDARA KANAN KELAS I (SENIOR AIRMAN CLASS I) LENCANA AHLI UDARA KANAN KELAS II (SENIOR AIRMAN CLASS II) LENCANA NAKHODA KELAS I LENCANA KEMAJUAN KELANA LAUT LENCANA NAKHODA KELAS II
LENCANA KEAHLIAN (AHLI BARU) ➢ Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-undang Pengakap. ➢ Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana. ➢ Mengetahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pergerakan Pengakap Antarabangsa. ➢ Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam jam. ➢ Mengamalkan ajaran agama masing-masing.
LENCANA KEAHLIAN (AHLI BARU) i. Buku Sila (Reef Knot) ii. Bunga Geti (Sheet Bend) iii. Simpul Manuk (Clove Hitch) iv. Tindih Kasih (Bowline) v. Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch) vi. Lilit Pemati Biasa (Common Whipping) vii. Ikatan Seraya (Square Lashing) viii. Ikatan Serong (Diagonal Lashing) ➢ Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut:
LENCANA WAJIB ➢ LENCANA KEMAHIRAN ➢ LENCANA PERKHIDMATAN ➢ LENCANA PENGEMBARAAN
LENCANA WAJIB - LENCANA KEMAHIRAN A. BERKHEMAH 1. Pengetahuan dan kebolehan berkhemah secara teori dan praktikal berdasarkan tajuk-tajuk berikut: a. Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan b. Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan c. Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan d. Jenis khemah dan cara mendirikannya e. Dapur, alatan dan Gejet serta kegunaannya f. Aktiviti dan program perkhemahan g. Kesihatan dan kebersihan h. Aturan Penutupan Perkhemahan Nota : Perkara yang perlu dibuat oleh setiap calon: ➢ Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan menyediakan laporan perkhemahan. ➢ Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan.
LENCANA WAJIB - LENCANA KEMAHIRAN B. PROJEK PERINTIS 1. Mengambil bahagian berkumpulan membuat SATU (1) Projek Perintis bagi setiap kategori yang dinyatakan di bawah: - Jambatan - Menara - Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan dan selain daripada yang dinyatakan di atas) 2. Menyediakan model bagi semua Projek Perintis yang telah dibina dalam bahagian (1) 3. Pengurusan Kuartermaster : Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai Kuartermaster yang menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat.
LENCANA WAJIB - LENCANA KEMAHIRAN C. KAWAD Mengetahui tatacara dan hukuman kawad a. Kawad Kaki Pengakap b. Kawad Tongkat Pengakap c. Mengetahui dan memenuhi segala syarat untuk menjadi seorang Ketua Kawad. D. ORIENTEERING Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya didalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan. E. IKHTIAR HIDUP Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya didalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan. F. PENGANGGARAN Mengetahui system penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
LENCANA WAJIB - LENCANA PERKHIDMATAN (150jam) A. BANTU MULA – WAJIB 1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangkamasa tertentu. 2. Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran di bawah dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan: a. Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya b. Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya. c. Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembuluh. d. Mengetahui jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan dari mulut, hidung dan telinga.
d. Mengetahui cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa. e. Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan, bahan kimia dan lain-lain. f. Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan. g. Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan. h. Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa yang cedera. i. Mengetahui Peti Pertolongan Cemas serta alatan di dalamnya.
LENCANA WAJIB - LENCANA PERKHIDMATAN B. KEBAJIKAN AM – WAJIB Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat. DAN (Minima SATU daripada Bahagian C dan D) C. PEMELIHARA ALAM SEKITAR 1. Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program Daerah untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan di tempat masing-masing dalam tempoh 3 bulan. 2. Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti: a. Kempen Kebersihan Alam Sekitar b. Kempen Kitar Semula c. Kempen Kawasan Angkat Krew
D. KEBAJIKAN ➢ Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam ➢ Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana samada kepada Kumpulan-kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berterusan. ➢ Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital kerajaan atau Pusat Darah Negara serta mempunyai rekod yang sah. ➢ Menjalankan perkhidmatan di Rumah-rumah Kebajikan. ❖ Rekod Perkhidmatan 150 jam pengakap kelana boleh diambil kira kursus – kursus dan program seperti berikut: ➢ Kursus Pertolongan Cemas dan CPR ➢ Kursus Pemadam Api atau Pertahanan Awam ➢ Ceramah atau Program Silang Budaya ➢ Khidmat Masyarakat
LENCANA WAJIB - LENCANA PENGEMBARAAN A. PENGEMBARAAN 1. Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut: · Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam) · Berdayung sampan/rakit/kayak sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam) · Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam) · Bermotosikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam) · Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam) · Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima 2 malam) * Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dari 3 perjalanan kecil yang berasingan dan berbeza keadaan geografinya.
B. LAPORAN PENGEMBARAAN 1. Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan. 2. Bahan sokongan seperti gambar, gambarajah peta dan rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Buku Log Pengembaraan.
LENCANA WAJIB - LENCANA PENGEMBARAAN C. PERSEDIAAN PERJALANAN ➢ Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu. ➢ Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampung, penghidupan kelompok kecil, penempatan orang asli dan tempat yang boleh memberi cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan. ➢ Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap.
Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. Perkara penting yang wajib ada :- ✓ Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas. ✓ Pada pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi. ✓ Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat. ✓ Projek ( jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.) ✓ Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto, rakaman video, puisi, dan sebagainya. ✓ Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko)
LENCANA WAJIB - LENCANA PENGEMBARAAN D. PERINGATAN ➢ Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga 4 orang sahaja. Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran Pesuruhjaya Daerah serta pihak berkuasa (Polis, Jabatan Hutan dsb.) hendaklah diperolehi sebelum pengembaraan dimulakan. ➢ Calon hendaklah sentiasa menjaga imej Pengakap Kelana dan juga menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat. E. KAJICUACA ➢ Calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan dengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca semasa. ➢ Kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude), jenis awan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
LENCANA PILIHAN (PILIH (1) SATU) ➢ LENCANA KEPIMPINAN ➢ LENCANA ICT ➢ LENCANA AKTIVITI EKSTREM ➢ LENCANA PENYELAMAT NYAWA ➢ LENCANA KEUSAHAWANAN
LENCANA PILIHAN (PILIH (1) SATU) -LENCANA KEPIMPINAN Menjalankan salah (1) satu daripada perkara-perkara berikut : A. KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga Peringkat II. Atau; B. PENGURUSAN ACARA Mengetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa penganjuran sesuatu acara contohnya : Perkhemahan Daerah, Jambori, Perhimpunan Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain. Atau; C. KURSUS PEMANTAPAN Menghadiri kursus pemantapan dan kecermelangan diri contohnya : Kursus Motivasi, Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan Lain-lain.
LENCANA PILIHAN (PILIH (1) SATU) -LENCANA KEPIMPINAN Atau; D. KOMUNIKASI DAN PENGUCAPAN AWAM Menghadiri kursus Pengucapan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah. Atau; E. PENTADBIRAN Menjawat jawatan pentadbiran dan di dalam mana-mana persatuan yang diiktirafkan dan sah dari undang-undang. Atau; F. ANUGERAH KEPIMPINAN Menerima Anugerah Kepimpinan daripada mana-mana organisasi dan agensi contohnya : Anugerah Kepimpinan Perdana, Anugerah Remaja Perdana, Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.
LENCANA PILIHAN (PILIH (1) SATU) - LENCANA ICT A. TEKNOLOGI MAKLUMAT ➢ Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut : ✓Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian computer. ✓Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat. ✓Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan perisian-perisian berikut bagi : ❖Windows, Linux, Macintosh ❖Microsoft Office Word, Excel dan Power Point ✓Menghasilkan sebuah persembahan multimedia. ✓Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.
LENCANA PILIHAN (PILIH (1) SATU) - LENCANA ICT Atau; B. KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut : ➢ Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuan 15 perkataan seminit. ➢ Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan seminit. ➢ Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Atau; C. PERHUBUNGAN ANTARABANGSA Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti kelana peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-kelana Antarabangsa.
LENCANA PILIHAN (PILIH (1) SATU) - LENCANA AKTIVITI EKSTREM Telah melibatkan diri seminima TIGA (3) kali di dalam mana-mana SATU (1) daripada kegiatan ekstrem di bawah : ➢ Mendaki Gunung. ➢ Menyelam Skuba (Scuba Diving). ➢ Berakit di Air Deras (White Water Rafting). ➢ Berkayak di Laut / Sungai (Kayaking). ➢ Eksplorasi Gua (Caving). ➢ Wall / Rock Climbing. ➢ Paintball dan Sukan-sukan Ekstrem yang lain. ➢ Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem.
LENCANA PILIHAN (PILIH (1) SATU) - LENCANA PENYELAMAT NYAWA Memiliki salah SATU (1) daripada empat kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan sentiasa bersiap sedia dalam memberikan perkhidmatan : ➢ Outdoor Survival. ➢ Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance). ➢ Bronze Cross. ➢ Pengurusan Risiko (Risk Management Course).
LENCANA PILIHAN (PILIH (1) SATU) - LENCANA KEUSAHAWANAN Menjalankan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama meninima enam bulan dan menyediakan penyeta kewangan yang lengkap dan disahkan : ➢ Penternakan. ➢ Perikanan. ➢ Pertanian / Perladangan. ➢ Perniagaan.
LENCANA KEMAJUAN KELANA UDARA - LENCANA AHLI UDARA KANAN KELAS II (SENIOR AIRMAN CLASS II) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana Udara, sebagai mengakui berbagai pengetahuan kemahiran dalam perkara berhubung dengan Undang-Undang Udara, teori Penerbangan, meteorologi, pengoperasian udara dan pengoperasian daratan serta fungsi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) 1. UNDANG-UNDANG UDARA i. Mengetahui dan menerangkan mengenai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan fungsifungsinya. ii. Mengetahui dan menerangkan perbezaan VFR, IFR dan Special VFR. iii. Mengetahui dan menerangkan jenis-jenis ruang udara, yang dikawal dan tidak dikawal. iv. Mengetahui dan menerangkan maksud MSA, MEA, MAA dan Lowest Safety Altitude dan mengetahui peraturan quadrantal dan semi-circular. v. Mengetahui dan menerangkan mengenai publikasi udara seperti AIP, AIC, MCAR dan sebagainya. vi. Mengetahui dan menerangkan syarat-syarat C of A, C of R, CMR, MEL, CDL, Lesen Radio dan beberapa dokumen penerbangan yang wajib dibawa semasa penerbangan. vii. Mengetahui dan menerangkan tempoh sah laku lessen seperti ATPL, CPL, PPL dan SPL serta syarat-syarat yang dikenakan ke atasnya.
2. TEORI PENERBANGAN i. Mengetahui dan menerangkan prinsip aerodinamik pesawat terbang serta formula daya angkat. ii. Mengetahui dan menerangkan mengenai keseimbangan daya-daya yang terlibat dalam proses aerodinamik iii. Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian permukaan kawalan dan mengetahui paksi pergerakan pesawat di tiga paksi iaitu dongakan (pitch), olengan (roll), dan rewangan (yaw). iv. Mengetahui dan menerangkan bentuk-bentuk sayap kepak kaku serta mengetahui fungsi permukaan kawalan sekunder seperti flap dan spoiler. v. Mengetahui dan menerangkan definisi-definisi aerofoil serta istilah-istilah teknikalnya. vi. Mengetahui dan menerangkan jenis-jenis enjin pesawat dan prinsip operasi enjin. LENCANA KEMAJUAN KELANA UDARA - LENCANA AHLI UDARA KANAN KELAS II (SENIOR AIRMAN CLASS II)
3. METEOROLOGI i. Mengetahui dan menerangkan mengenai ukuran-ukuran utama bagi penentuan cuaca lapangan terbang. ii. Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian atmosfera. iii. Menerangkan tentang International Standard Atmosphere serta Enviromental Lapse Rate, iaitu DALR dan SALR. iv. Mengetahui dan menerangkan dan mengenali jenis-jenis awan dan proses pembentukannya. v. Mengetahui dan menerangkan dan membincangkan proses kejadian hujan. vi. Mengetahui dan menerangkan hubungan antara tekanan dan pergerakan angin vii. Menerangkan proses kejadian bayu laut dan bayu darat. viii.Menerangkan beberapa proses pembentukan kabus yang berbeza. ix. Menerangkan pelbagai jenis ais kerangka pesawat dan pembentukannya.
LENCANA KEMAJUAN KELANA UDARA - LENCANA AHLI UDARA KANAN KELAS II (SENIOR AIRMAN CLASS II) 4. OPERASI UDARA i. Mengetahui dan menerangkan perbezaan di antara jenis-jenis lapangan terbang. ii. Mengetahui dan menerangkan satu contoh sumber data sesebuah lapangan terbang. iii. Mengetahui dan menerangkan simbol dan papan tanda lapangan terbang. iv. Mengetahui dan menerangkan lampu-lampu lapangan terbang. v. Mengetahui dan menerangkan penunjuk arah angina dan kepentingannya semasa melakukan pendaratan dan pelepasan. vi. Mengetahui dan menerangkan susunan trafik lapangan terbang. vii. Mengetahui dan menerangkan kawasan trafik udara dan sistem komunikasi radio yang terlibat. viii.Mengetahui dan menerangkan sistem dan kelengkapan yang digunakan dalam kawalan trafik udara. ix. Mengetahui dan menerangkan wake turbulence atau gelora olak dan kaedah pemisahan. x. Mengetahui dan menerangkan system anti bertembung atau anti-collision.
5. OPERASI DARATAN i. Mengetahui dan menerangkan tentang kaedah keselamatan dan sekuriti kawasan ramp. ii. Mengetahui dan menerangkan mengenai pengurusan bagasi dan kargo. iii. Mengetahui dan menerangkan prosedur sekiranya terdapat sebarang kemalangan. iv. Mengetahui dan menerangkan spesifikasi timbang dan berat sesebuah pesawat. v. Mengetahui dan menerangkan cara-cara pengisian di dalam pesawat atau loading. vi. Mengetahui dan menerangkan apa itu barangan yang bahaya dan berisiko. vii. Mengetahui dan menerangkan cara-cara pengantar keluaran kapal atau aircraft dispatching. viii. Menunjukkan isyarat-isyarat dan kaedah-kaedah marshalling diantara krew darat dan krew udara. ix. Memahami bahaya-bahaya yang wujud di lapangan apron seperti FOD dan jet blast. x. Mengetahui dan berupaya menerangkan peraturan keutamaanbagi pergerakan pesawat dan kenderaan lain di darat.
LENCANA KEMAJUAN KELANA UDARA - LENCANA AHLI UDARA KANAN KELAS I (SENIOR AIRMAN CLASS I) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana Udara, sebagai mengakui berbagai pengetahuan dan kemahiran dalam perkara berhubung dengan teknikal pesawat, meteorologi lanjutan, navigasi, had kemampuan manusia, pengetahuan pengurusan trafik udara dan operasi penerbangan. 1. Teknikal Pesawat 2. Meteorologi Lanjutan 3. Navigasi 4. Had Kemampuan Manusia 5. Pengetahuan Pengurusan Trafik Udara 6. Operasi Penerbangan
1. Teknikal Pesawat i. Mengetahui dan menerangkan lampu-lampu isyarat yang terdapat pada pesawat dan mengetahui penggunaannya. ii. Mengetahui dan menerangkan instrument utama alat radas yang dibawa di dalam pesawat terbang. iii. Mengetahui dan menerangkan secara asas alat-alat navigasi radio yang utama. iv. Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian enjin pesawat. v. Mengetahui dan menerangkan kaedah-kaedah walk-around. vi. Mengetahui dan menerangkan V1, VR dan V speed yang lain.
2. Meteorologi Lanjutan i. Mengetahui dan menerangkan maksud istilah-istilah meteorology seperti CAVOK, NOSIG, NSC, SKC, TEMPO, BCMG, PROB, METAR, TAFOR, SPECI, SIGMET dan sebagainya. ii. Mengetahui dan menerangkan kod-kod cuaca yang digunakan di dalam METAR, TAFOR, SPECI dan SIGMET. iii. Menafsirkan maklumat yang terkandung di dalam suatu METAR, TAFOR, SPECI atau SIGMET ke dalam bahasa yang mudah difahami. iv. Menerangkan mengenai ATIS. v. Menafsirkan suatu transmisi ATIS ke dalam bahasa yang mudah difahami. vi. Memahirkan diri dengan Significant Weather Chart dan menerangkan simbolsimbol yang lazim digunakan di dalam carta tersebut.
3. Navigasi i. Mengetahui dan menerangkan jenis-jenis carta dan peta yang digunakan dalam navigasi dan simbol-simbol yang lazim digunakan. ii. Mengetahui dan menerangkan mengenai latitude dan longitude serta great circle, rhumb line dan istilah navigasi lain. iii. Mengetahui dan menerangkan arah mata angin azimut. iv. Mengetahui dan menerangkan mengenai heading, track dan drift. v. Mengetahui dan menerangkan tentang one-in-60 rule. vi. Mengetahui dan menerangkan mengenai Grid MORA dan aras selamat yang lain. vii. Mengetahui dan menerangkan Koordinasi Waktu Dunia, UTC. viii. Menentukan waktu ETA dalam waktu tempatan dalam satu latihan yang diberikan oleh penguji.
4. Had Kemampuan Manusia i. Mengetahui dan menerangkan mengenai hypoxia dan gejala-gejalanya. ii. Mengetahui dan menerangkan mengenai hyperventilation dan gejala-gejalanya. iii. Mengetahui dan menerangkan mengenai mabuk udara dan gejala-gejalanya. iv. Mengetahui dan menerangkan decompression sickness dan time of useful consciousness. v. Mengetahui dan menerangkan vertigo dan disorientation. vi. Mengetahui dan menerangkan alkohol dan kesan-kesan buruk kepada penerbangan.
5. Pengetahuan Pengurusan Trafik Udara i. Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian di dalam kawasan lapangan terbang. ii. Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian dalam litar atau circuit lapangan terbang. iii. Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian dalam kawalan trafik udara seperti delivery, ramp, ground, tower, approach dan sebagainya serta fungsinya. iv. Memahami proses dokumentasi seperti Pelan Penerbangan. v. Mengenali dan boleh membezakan tanda-tanda isyarat runway, taxiway dan ramp. vi. Mengenali lampu-lampu isyarat runway, taxiway dan ramp di waktu malam.
6. Operasi Penerbangan i. Mengetahui dan menerangkan perbezaan bahan api – bahan api yang digunakan oleh pesawat-pesawat yang berlainan. ii. Menunjukkan asas pengiraan bahan api. iii. Menerangkan mengenai destinasi alternative dan cara menentukan dan memilihnya. iv. Mengetahui dan menunjukkan kaedah mengisi pelan penerbangan ICAO. v. Menerangkan mengenai asas-asas kaedah-kaedah departure dan arrival, seperti SID, STAR dan sebagainya. vi. Merancang satu perjalanan menggunakan carta Jeppesen atau seumpamanya.
LENCANA KEMAJUAN KELANA LAUT - LENCANA NAKHODA KELAS II DAN KELAS I Bagi Pengakap Kelana Laut, selain tiga lencana wajib dan satu lencana pilihan yang perlu diperoleh, terdapat dua lagi lencana berkaitan kepelautan iaitu Lencana Nakhoda Kelas II dan Lencana Nakhoda Kelas I. LENCANA NAKHODA KELAS II Perkara yang terkandung bagi penganugerahan Lencana Nakhoda Kelas II adalah: ➢ Pengetahuan mengenai Tradisi Kepelautan ➢ Navigasi dan kerja carta laut. ➢ Kerja tali-temali ➢ Rutin pelaut ➢ Projek perintis laut.
LENCANA NAKHODA KELAS I Perkara yang terkandung bagi penganugerahan Lencana Nakhoda Kelas I adalah: ➢ Komunikasi Marin. ➢ Keselamatan dan kecemasan di air. ➢ Undang-undang lalu lintas laut atau rules of the road. ➢ Rekreasi Marin.
ANUGERAH BP ➢ Setelah seorang Pengakap itu telah memenuhi dan mencapai syarat-syarat Lencanalencana Pengakap iaitu Lencana (Wajib) dan Lencana (Pilihan), Pengakap Kelana itu akan dianugerahkan Anugerah B-P. ➢ Untuk mendapatkan Anugerah B-P ini, Pengakap Kelana tersebut hendaklah berumur di antara 18 hingga 25 tahun sahaja. ➢ Borang Pencalonan Anugerah B-P akan disediakan oleh pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. ➢ Sijil dan Anugerah B-P ini, akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.
SEKIAN TERIMA KASIH DISUSUN OLEH PESURUHJAYA IBU PEJABAT PENGAKAP NEGERI (PROGRAM – UNIT PENGAKAP KELANA) PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SEMBILAN