The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaini.maznah, 2022-03-25 11:05:48

MAT2022 (FLIP)

MAT2022 (FLIP)

SK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA
JALAN TUDM SUBANG
40150 SHAH ALAM, SELANGOR

26 MAC 2022
Sabtu
8.30 pagi

Pelantar Google Meet dan YouTube Live

Dirasmikan oleh :

Puan Yasmin binti Kamarudin

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran PPD Petaling Perdana

BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
2
2 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 3
4
3 ATURCARA MAJLIS 5
6
4 MISI DAN VISI PIBG 7
8-10
5 PERLEMBAGAAN PIBG
11-14
6 JAWATANKUASA PIBG 2020 / 2021 15-17

7 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT 18
AGUNG KALI KE 25
19-23
8 RAKAMAN UCAPAN MESYUARAT AGUNG PIBG 24-25
KALI 24
26
9 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 24 27-28

10 LAPORAN TAHUNAN PIBG 2021/2022 29
30
11 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2020 /
2021

12 USUL DAN CADANGAN

12 JAWATANKUASA PIBG LANTIKAN 2021/2022

13 KEMENJADIAN MURID 2021

14 LINK DAN TATACARA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 25

11 SEKALUNG PENGHARGAAN

KATA ALU-ALUAN

PENASIHAT PIBG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat
berkumpul secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG Sek Keb Taman Tun Dr
Ismail Jaya kali ke- 25 tahun 2022 ini. Sesungguhnya, jauh di sudut hati saya
mengimpikan mesyuarat ini dilakukan secara bersemuka. Namun pandemik Covid-
19 menjadi kekangan bukan sahaja kepada kita bahkan kepada masyarakat seluruh
dunia.

Kita perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan
demi memastikan kita kembali ke dalam norma yang biasa. Sebagai pentadbir saya
tetap akan melaksanakan tugas sebaik mungkin. Justeru, atas sokongan ibu bapa
dan guru-guru, saya telah menambah baik banyak prasarana di sekolah ini untuk
kemudahan pembelajaran murid-murid Sek Keb Taman Tun Dr Ismail Jaya.

Masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan
kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik
mahupun dalam bidang kokurikulum semenjak berada dalam pandemik ini.
Kejayaan ini menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru
dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada
hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, tetapi perlu
seiring dengan komitmen ibu bapa. Dalam melaksanakan PDPR secara dalam
talian juga, pihak sekolah berusaha memastikan anak-anak mengikuti PdPR. Oleh
itu, ibu bapa diharap turut cakna dalam memastikan anak-anak mengikutinya
walaupun sukar kerana kerja atau permasalahan lain. Hal ini amat membimbangkan
apabila masih ada murid tercicir kerana tidak mengikuti PDPR secara dalam talian
bersama guru – guru.

Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan
pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama
kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama. Jangan
kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab terutama ketika pembelajaran
secara talian.

Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini,
saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa
menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam
meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul bagi menjayakan
mesyuarat Agung PIBG kali ke- 25 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada
semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Pada kesempatan
ini saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua AJK PIBG 2020/ 2021 kerana
telah berjaya menganjurkan mesyuarat pada tahun ini walaupun secara dalam talian.
Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk ibu bapa bersua muka bagi
berkongsi idea dan pendapat untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah dalam
akademik mahupun kokurikulum. Perkara ini bukan sekadar cakap kosong tetapi SK
Taman Tun Dr Ismail Jaya sememangnya mencatatkan pelbagai kejayaan. Contohnya,
daripada menyandang status Sekolah Kluster Kecemerlangan, SK TTDI JAYA telah
melangkah setapak lagi apabila tersenarai dalam Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25).
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk
menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam setiap
tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak- anak kita di sekolah ini
dan ingin memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kekangan
terutamanya dari segi kewangan.
Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu
bapa. Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi kerjasama untuk
memastikan anak- anak sentiasa hadir ke sekolah atau dengan kata lain hadir ke kelas
secara dalam dan luar talian amatlah diharapkan. Sokongan dan dorongan daripada ibu
bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak terutamanya
dalam pembelajaran norma baharu. Oleh itu, saya menyeru agar ibu bapa turut membantu
dan memantau anak-anak dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah
(PdPR) mereka.
Marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah
atau salah faham. Jadikan diri kita, guru-guru dan masyarakat setempat sebagai satu
komuniti yang saling melengkapi. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu kita
tangani bersama. Kita harus sedar, kecemerlangan seseorang murid amat bergantung
kepada disiplin dan adab dalam menuntut ilmu.
Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu bertanya khabar dengan guru tentang
anak-anak kita. Akhir kata,sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa
memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SK TTDI
Jaya terus melakar kejayaan. Saya berharap supaya semua AJK PIBG yang akan dilantik
akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi sama ada dari segi kewangan
mahupun tenaga.

Sekian, terima kasih.

8.00 pagi : Pendaftaran AJK PIBG/Ibu Bapa/Penjaga dan Guru
8.45 pagi :
Montaj Mesyuarat Agung Tahunan
Lagu Negaraku dan Lagu Selangor
Bacaan Doa

Ucapan Penasihat PIBG oleh Puan Maznah binti Zaini,
Guru Besar SK Taman Tun Dr. Ismail Jaya (SKKTS25K6)
Ucapan YDP PIBG oleh Encik Saharudin bin Mohd Dan
Ucapan Perasmian oleh Puan Yasmin binti Kamaruddin
Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembelajaran PPD Petaling Perdana

Mengenang jasa JK PIBG 2020/2021

9.15 pagi : Mesyuarat Agung PIBG bermula
Agenda 1 Ucapan Pengerusi
Agenda 2 Ucapan Penasihat
Agenda 3 Membentang Dan Menerima Minit Mesyuarat Agung
Tahunan Kali Ke-24
Agenda 4 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG
Sesi 2021/2022
Agenda 5 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan
PIBG Berakhir 31 Disember 2021
Agenda 6 Pembentangan dan Perbincangan Usul (jika ada)/ Cadangan
Agenda 7 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022
Agenda 8 Pelantikan AJK PIBG sesi 2022/2023
Agenda 9 Ucapan Penangguhan
Majlis Bersurai
12.00 tengah hari :

VISI PIBG

Memperkembangkan dan membantu pihak sekolah
mengenal pasti potensi, ciri-ciri keunggulan dan

pembentukan modal insan menuju ke arah kecemerlangan
dan pembentukan sahsiah serta menjadi insan yang syumul

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI PIBG

Meningkatkan ilmu, kecekapan dan kualiti kepimpinan
serta kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa serta
guru-guru bagi melaksana semua program dan aktiviti

sekolah dan dasar pendidikan negara secara efektif,
signifikan, seimbang dan harmoni bagi melahirkan murid
yang berwatakan, berkualiti dalam ilmu kerohanian dan

jasmani.



PENASIHAT : Maznah binti Zaini
YANG DIPERTUA : Saharudin bin Mohd Dan
NAIB YDP PIBG : Hisham bin Abdul Sukor
SETIAUSAHA : Zurina binti Dahari
BENDAHARI : Nur Hidhayatul Haq binti Mohamed
AJK (IBU BAPA)
: Alfian Iqbal bin Albakri
AJK (GURU) : Engku Hanisyarulakmar binti Engku Murad
: Norshazreen binti Mokhtar
JURUAUDIT : Ozylin binti Mushid
WAKIL IBU BAPA : Julia binti Marjuki
WAKIL GURU
: Rosni binti Md Isa
: Sharinahanim binti Abdul Majid
: Zuriwati binti Mohamad
: Norhaida binti Mustaffa
: Omar Aiman bin Mohd Noor Rashid

: Zarina binti Zainudin
: Marshafiza binti Omar

PENYELARAS : ROSNI BINTI MD ISA

JEMPUTAN VIP, JK DAN IBU Najiha binti Jamal
BAPA Marziana binti Mohammed Hashim
BORANG PELANTIKAN, JK Mohamad Fikri ‘Atif bin Mohd
UNDIAN, BUKU Mokhtar (K)
HEBAHAN/ PROMOSI/ Navin a/l Veerakumar
PUBLISITI Rozihan binti Mahmood
Akmalhana binti Mohammed
Siti Norhanna binti Zainy
Ahmad Zaki bin Ahmad Fadhil (K)
Siti Normala binti Yatin
Siti Aishah binti Borhan
Mohd Fadhil bin Zulkifli

PENYELARAS : MOHD FAIZAL BIN YAHYA

TEKNIKAL/ GOOGLE MEET Nurulhana binti Abdul Samad (K)
DAN YOU TUBE Ruzie Yanti binti Ahmad Khudri
Nur Aina Fatini binti Johari
PERSEMBAHAN MONTAJ DAN Wan Zubaidah binti Wan Jaafar
MULTIMEDIA
Mohd Rozimi bin Ismail (K)
Mohamad Hafidz bin Hassan
Zahrah binti Nawi

RAKAMAN Mohammad Firdaus bin Mustapa
Muhammad Jazmi bin Mat Nawi

9

JK PELAKSANA

PENYELARAS : SHARINAHANIM BINTI ABDUL MAJID

BUKU PROGRAM Zurina binti Dahari
Noor Azlisham binti Abdul Rahim (K)
Nur Hidhayatul Haq binti Mohamed
Penyemak – Roslizawati binti Jaafar

PENDAFTARAN Normazira binti Yahya (K)
Rohayu binti Abu Bakar
Nur Izma Liza binti Mohd Suhood
Sofiah Hanim bin Kamalol Aman

PENYELARAS : OMAR AIMAN BIN KOHD NOOR RASHID

JURU ACARA MAJLIS Ahmad Tarmizi bin Mohd (K)
Laila binti Abd Rahman

PENGERUSI SEMENTARA Ahmad Hafiz bin Awaludin
Mohamad Faizal bin Sulaiman
BACAAN DOA Norlida binti Kiflie
PENYEMAK SOLUTASI DAN
EJAAN

JK PELAKSANA

PENYELARAS : NORHAIDA BINTI MUSTAFFA

TEKS UCAPAN Noeralina binti Ariffin (YDP)
Siti Nor binti Arifin (GB)
Rohani binti Kechut
Penyemak – Laila binti Abdul
Rahman / Norhaida binti Mustaffa

PENCATAT MINIT Nur Shahira binti Razali (K)
Anis Idura binti Azlan
Nurul Farahin binti Mat Sharif
Nurul Amira binti Sapie

PENYEDIAAN SLAID Nabilah binti Daud (K)
Nur Fauzia Nazwin binti Salim

PENYELARAS : ZURIWATI BINTI MOHAMAD

PENYEDIAAN DAN ANUGERAH Umi Kalsom binti Shaari (K)
SIJIL Normi binti Md Taib
Siti Zubaidah binti Ismail
Rohimah binti Zainal Abidin

DOKUMENTASI Harlina binti Ayob (K)
Rozian binti Ishak
Fauziah binti Amran
Penyemak – Zuriwati Mohamad

Tarikh 23 Oktober 2021 ( Sabtu )
Masa 8.30 pagi
Tempat Secara Dalam Talian (Google Meet dan
Stream Yard)
Perasmian oleh Encik Musa bin Ismail
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Kehadiran PPD Petaling Perdana
386 orang

AGENDA 1 : KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

Pengacara Majlis mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis yang penting ini dapat

dilaksanakan. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru

yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24. Beliau juga menyatakan bahawa

permuafakatan ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kejayaan dan kecemerlangan

institusi pendidikan. Walau pun majlis dilaksanakan secara dalam talian, diharap dapat

menyelesaikan banyak isu yang selama ini ingin diutarakan.

AGENDA 2 : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
ENCIK SAHARUDDIN BIN MOHD DAN, YANG DIPERTUA PIBG SESI 2018/2019

2.1 Encik Saharuddin bin Mohd Dan mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan
guru yang sudi hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 ini.

2.2 Beliau mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi
menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 pada tahun ini.

2.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa
untuk hadir pada hari ini.

2.4 Turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG 2019/
2020 kerana telah berjaya menganjurkan mesyuarat pada tahun ini walaupun secara
dalam talian. Tugas dan amanah yang dipikul tidak diabaikan walaupun dalam norma
baharu dan amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain.

2.5 Mesyuarat Agung merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bersua muka bagi
berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan
sekolah dalam akademik mahupun kokurikulum.

2.6 Menjelaskan bahawa SK TAMAN TUN DR. ISMAIL JAYA sememangnya mencatatkan
pelbagai kejayaan. Contohnya, daripada menyandang status SEKOLAH KLUSTER
KECEMERLANGAN, SK TTDI JAYA telah melangkah setapak lagi apabila tersenarai
dalam PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25).

2.7 Sebagai Yang Dipertua PIBG dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas
yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam setiap tindakan yang dilakukan,
JK PIBG sentiasa memikirkan kebajikan anak- anak di sekolah ini dan ingin memberikan
yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kekangan terutamanya dari segi
kewangan.

2.8 Menjelaskan sumbangan PIBG yang diberikan akan digunakan dengan sebaik mungkin
untuk membantu membiayai program-program sekolah bagi meningkatkan pencapaian
pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Beliau juga mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa yang sudi berkongsi rezeki dengan memberi sumbangan PIBG
kerana sumbangan tersebut mampu memudahkan pelbagai program sekolah
dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak.

2.9 Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa.
Sumbangan yang bukan semata-mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa
untuk memastikan anak- anak sentiasa hadir ke sekolah atau dengan kata lain hadir ke
kelas secara dalam dan luar talian amatlah diharapkan.

2.10 Mengingatkan bahawa sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih
utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak terutamanya dalam pembelajaran
norma baharu yang perlu dilalui oleh anak-anak kita.

2.11 Sehubungan dengan itu, beliau menyeru agar ibu bapa turut membantu dan memantau

anak-anak dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) mereka.

Tanpa bantuan daripada ibu bapa, guru-guru tidak dapat mengajar dan mendidik anak-

anak kita sebaiknya kerana guru dan murid hanya bertemu secara maya.

2.12 Beliau turut mengajak ibu bapa menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul
sebarang masalah atau salah faham.

2.13 Beliau turut meminta semua menjadikan diri masing-masing, guru-guru dan masyarakat
setempat sebagai satu komuniti yang saling lengkap-melengkapi. Masalah disiplin
dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah atau
ponteng kelas lebih sesuai dengan PdPR sekarang ini mesti diambil tindakan segera.
Jangan kita biarkan anak-anak tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.

2.14 Beliau penuh yakin bahawa para guru akan berasa bangga jika sebagai ibu bapa
sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah. Ibu bapa juga harus
sedar, kecemerlangan seseorang murid ini amat bergantung kepada disiplin dan adab
mereka dalam menuntut ilmu.

2.15 Sekali lagi ibu bapa diseru perlu mendampingi dan selalu bertanya khabar dengan guru
tentang anak-anak. Ibu bapa diharap tidak mengambil tindakan melulu berdasarkan
maklumat daripada anak-anak semata-mata. Tambahan pula, sikap anak-anak di rumah
tidak sama dengan sikap mereka ketika di sekolah.

2.16 Akhir kata, YDP turut menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan
memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SK
TTDI Jaya terus melakar kejayaan dan berharap supaya semua AJK PIBG yang akan
dilantik akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak
sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.

AGENDA 3 : UCAPAN PENASIHAT PIBG
PUAN MAZNAH BINTI ZAINI, GURU BESAR SK TAMAN TUN DR. ISMAIL JAYA

3.1 Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul
secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG Sek Keb Taman Tun Dr Ismail Jaya kali
ke- 24 tahun 2021 ini. Menjelaskan bahawa beliau mengimpikan mesyuarat ini dilakukan
secara bersemuka. Namun apakan daya, pandemik Covid-19 menjadi kekangan bukan
sahaja kepada warga sekolah bahkan kepada masyarakat seluruh dunia.

3.2 Menjelaskan semua perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan demi
memastikan kembali ke dalam norma yang biasa. Walau bagaimanapun, sebagai
pentadbir, beliau tetap akan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin.

3.3 Beliau menjelaskan atas sokongan ibu bapa dan guru-guru, beliau telah menambah baik
banyak prasarana di sekolah ini untuk kemudahan pembelajaran murid-murid SKTTDI
Jaya. Setiap kelas dipastikan mempunyai kipas dan lampu yang berfungsi, pintu dan
tingkap yang sempurna, tandas murid dibaik pulih, bilik guru dinaik taraf untuk
keselesaan guru dan persekitaran sekolah diceriakan.

3.4 Berhubung tentang keselamatan anak-anak di sekolah jika sekolah dibuka sedikit masa
lagi, beliau menegaskan keselamatan guru dan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan
pihak sekolah dengan memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dipatuhi.

3.5 Beliau juga yakin dengan kerjasama semua, ibu bapa atau penjaga juga terus diingatkan
untuk memastikan bahawa anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.

3.6 Beliau berkongsi banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta
dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum walaupun dalam pandemik
ini, termasuk pertandingan secara dalam talian berunsur koakademik dan sukan.

3.7 Menjelaskan bahawa kemenangan adalah atas usaha guru-guru yang tidak pernah
putus asa dalam mendidik anak-anak, disamping atas usaha dan kerjasama yang terjalin
kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT.

3.8 Beliau turut menjelaskan bahawa sebagai sekolah berjaya, semua pihak tidak boleh
lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah
tetapi perlu disusuli oleh ibu bapa yang sentiasa cakna menangani isu permasalahan
anak masa kini.

3.9 Guru Besar turut menyokong pendapat YDP bahawa musyawwarah merupakan cara
terbaik untuk menangani pelbagai isu, gabungan pihak sekolah dan ibu bapa akan
membawa kecemerlangan pada anak-anak yang bersekolah di SKTTDI Jaya.

AGENDA 4 : UCAPAN PERASMIAN
ENCIK MUSA BIN ISMAIL, TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PPD PETALING
PERDANA

4.1 Merakamkan ucapan terima kasih atas jemmputan perasmian majlis yang amat penting
hari ini.

4.2 Situasi pandemik covid 19, menjadikan semua Mesyuarat PIBG sekolah terpaksa
ditangguhkan, namun demikian arahan daripada pihak KPM yang memaklumkan semua
pihak sekolah meneruskan mesyuarat PIBG sebelum November 2021.

4.3 Hal ini demikian kerana bagi membantu pihak sekolah memilih dan melantik AJK PIBG
untuk meneruskan hubungan dua hala antara pihak sekolah dan ibubapa mengembeleng
tenaga demi memastikan kecemerlangan sekolah terus direalisasikan.

4.4 Beliau menegaskan bahawa mesyuarat PIBG mesti diadakan kerana semua perkara
yang berkaitan dengan Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) perlu
dipatuhi pada setiap masa seperti mana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001
yang dikeluarkan oleh pejabat KPPM, KPM.

4.5 Beliau turut menjelaskan bahawa perkara-perkara yang disentuh di dalam surat
pekeliling itu ialah PIBG Sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu
bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.

4.6 Sehubungan dengan itu, permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk
meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain
mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan
komuniti setempat (school home community partnership).

4.7 Selain itu, PIBG juga diingatkan bahawa mereka mempunyai peranan ’saling
melengkapi’ terhadap fungsi Kementeiran Pendidikan dalam menyediakan prasarana,
kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di
sekolah berkenaan. Seterusnya dalam Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN
PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA GURU) 1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac
1998, dengan jelas telah menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) di sekolah.

4.8 Semua turut diingatkan dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasan
yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu :
4.8.1 Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa
Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah,
pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.
4.8.2 Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan
pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar
atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat
Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri
atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

4.9 Kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak sekali-kali
membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat
kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

4.10 Oleh yang demikian, adalah tidak wajar kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti
anti kerajaan atau menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi
tujuan memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri Persatuan
akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan akhirnya akan
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran, sekaligus akan merugikan pendidikan
anak-anak murid di sekolah.

4.11 Guru Besar dan Pengetua selaku ex-officio dan Penasihat PIBG juga diingatkan
hendaklah memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu
Bapa-Guru) 1998 kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dan ibu bapa
keseluruhannya agar ia dipatuhi pada setiap masa.

4.12 Beliau turut mengingatkan bahawa kecemerlangan anak-anak sebenarnya bermula di
rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita
terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk
berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah.

4.13 Beliau mengharapkan PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke
arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga
pembangunan sekolah seterusnya melonjakkan prestasi sekolah.

4.14 Diharapkan untuk tahun 2021/2022, sekolah akan terus mencapai kejayaan yang lebih
gemilang lagi dalam pelbagai disiplin. Usaha-usaha JK PIBG dalam menjayakan pelbagai
program dan aktiviti telah juga dapat membantu sekolah meningkatkan keceriaan
persekitarannya, memantapkan lagi hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti
anjuran bersama walaupun secara maya.

4.15 Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kerana ibu bapa memberi kerjasama dan
kepercayaan pada pihak sekolah dalam mendidik anak-anak dan penuh yakin kejayaan
akan dapat ditingkatkan dari tahun ke tahun.

4.16 Dengan lafaz Basmallah, beliau merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya kali ke-24.

AGENDA 5 : PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA AJK PIBG SESI 2020/2021
Semua tetamu dan ibu bapa dipertontonkan Multimedia yang mempamerkan semua
Jawatankuasa sebagai tanda penghargaan kepada pasukan yang telah banyak membantu pihak
sekolah.

Tarikh 23 Oktober 2021 ( Sabtu )
Masa 8.30 pagi
Tempat Secara Dalam Talian (Google Meet dan
Stream Yard)
Perasmian oleh Encik Musa bin Ismail
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Kehadiran PPD Petaling Perdana
386 orang

AGENDA 1
UCAPAN PUAN MAZNAH BINTI ZAINI, PENASIHAT PIBG
1.1 Guru Besar selaku penasihat merakamkan penghargaan kepada semua AJK PIBG tahun lalu

yang banyak membantu pihak sekolah. Beliau mengharapkan AJK baru yang dilantik akan
lebih bersemangat dan memberikan pelbagai idea yang sesuai dalam membangunkan
kecemerlangan sekolah.

AGENDA 2
UCAPAN ENCIK SAHARUDIN BIN MOHD DAN, YANG DIPERTUA PIBG
2.1 Encik Saharudin bin Mohd Dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ahmad

Tarmizi bin Mohd selaku pengerusi majlis. Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada Encik Musa bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan PPD Petaling
Perdana atas kesudian merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Tun Dr Ismail Jaya
kali ke 24 dan kepada Puan Maznah binti Zaini selaku penasihat PIBG yang banyak
membantu menguruskan dan menaikkan nama sekolah terutamanya apabila kini SK Taman
Tun Dr Ismail Jaya menjadi salah sebuah sekolah TS25.
2.2 Beliau turut mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa yang hadir pada hari ini.Terima kasih
kerana memberi sokongan dan perhatian demi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah
ini.

AGENDA 3
MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU
3.1 Pembentangan minit mesyuarat tahun lepas melalui Buku Program Digital MAT 23 di muka

surat 18 hingga 28.
3.2 Minit mesyuarat bilangan 24 Sesi 2020 bertarikh 23 Oktober 2021 yang lalu telah dicadang

oleh Encik Azhar bin Fathurrahman untuk disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh Encik
Adzahar bin Saad dengan sebulat suara.

Makluman

AGENDA 4
MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG
4.1 Pembentangan Laporan Tahunan PIBG Tahun 2020 dirujuk melalui Buku Program Digital

MAT 23.
Makluman

AGENDA 5
MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA
31 DISEMBER 2020
5.1 Puan Nur Hidhayatul Haq, Bendahari Kehormat PIBG membentangkan penyata kewangan

yang berakhir pada 31 Disember 2020 melalui Buku Program Digital MAT 23 di muka surat 31
hingga 37.
5.2 Penyata Kewangan telah dicadang terima oleh Puan Nor Azura binti Norshad untuk disahkan
tanpa pindaan dan disokong oleh Encik Adzhar bin Talib dengan sebulat suara.

AGENDA 6
MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN
6.1 Cadangan daripada PIBG

6.1.1 Sumbangan PIBG dikekalkan RM80.00 untuk satu keluarga.
Cadangan ini disokong oleh Puan Haslinawati binti Jamaluddin dengan sokongan
sebulat suara.
Tindakan : Setiausaha dan bendahari Kehormat PIBG

6.2 Semua cadangan yang dihantar oleh ibu bapa telah dijawab oleh pihak sekolah dan ibu bapa
diminta merujuk seperti dalam Buku Program Digital MAT 23.
Pihak pengurusan akan mengambil tindakan dan membincangkannya dengan JK PIBG Sesi
2021/2022 dalam mesyuarat.
Makluman

AGENDA 7

PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG 2021/2022

7.1 Encik Saharuddin bin Mohd Dan selaku Yang DI Pertua PIBG sekali lagi merakamkan ucapan

terima kasih kepada semua yang telah membantu AJK dalam melaksanakan perkhidmatan

mereka.

7.2 Beliau dengan rasminya membubarkan Jawatankuasa PIBG sei 2020/2021.

7.3 Majlis pengundian diketuai oleh Encik Omar Aiman bin Mohd Noor Rashid, AJK PIBG Guru

dengan bantuan pasukan Teknikal dan Pengundian Mesyuarat Agung PIBG.

7.4 Semua ahli yang hadir telah memilih dan bersetuju dengan pelantikan jawatan seperti di

bawah:

Yang Di Pertua Encik Saharuddin bin Mohd Dan

Naib Yang Di Pertua Encik Mohd Hisham bin Abdul Shukor

Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa Puan Engku Hanisyarulakmar bin Engku Murad
Puan Julia binti Marjuki
Puan Ozlyn binti Murshid
Encik Alfian Iqbal bin Al Bakri
Puan Norshazreen binti Mokhtar
Puan Zainab binti Shaari

7.5 Puan Maznah selaku Guru Besar memaklumkan barisan jawatankuasa PIBG yang telah

bersetuju mengekalkan semua jawatankuasa dalam kalangan guru seperti di bawah:

Setiausaha Kehormat Puan Zurina binti Dahari

Bendahari Kehormat Puan Nur Hidhayatul Haq binti Mohamed

Ahli Jawatankuasa Guru Puan Rosni binti Md Isa

Puan Norhaida binti Mustafa

Encik Omar Aiman bin Mohd Noor Rashid

Puan Zuriwati binti Mohammad

Puan Sharinahanim binti Abdul Majid

Cik Nurul Hanisah bini Mohd Saad

AGENDA 8
PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN
8.1 Puan Maznah turut mengumumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Sekolah mengekalkan

Puan Marshafiza binti Omar sebagai Juru Audit PIBG Tahun 2021/2022.
8.2 Encik Mohd Faizal bin Yahaya mencadangkan Puan Zarina binti Zainuddin sebagai Juru Audit

Ibu Bapa.
Cadangan ini disokong dengan sebulat suara.

AGENDA 9
UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Encik Saharuddin binti Mohd Dan, Yang Di Pertua PIBG bagi sesi 2021/2022 merakamkan

ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan mengharapkan kerjasama terus diberi
kepada AJK yang baru.
9.2 Beliau mengharapkan kerjasama semua mencari alternatif untuk menjana pendapatan
sekolah tanpa terlalu melibatkan KPM.
9.3 Beliau turut meminta semua ibu bapa menggunakan saluran yang betul apabila berhadapan
dengan situasi kurang berpuas hati dengan pihak sekolah.
9.4 Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Jawatankuasa PIBG yang lalu atas
sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan dan mengharapkan terus memberikan
kerjasama kepada pihak sekolah.
9.5 Beliau sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk
membantu PIBG seterusnya beliau menegaskan akan melaksanakan sesuatu yang terbaik
sebagai komitmen diberi amanah.
9.6 Puan Maznah binti Zaini merakamkan ucapan tahniah pada semua yang telah dilantik untuk
mejadi tulang belakang kepada pengurusan sekolah.

Mesyuarat berhenti pada jam 12.00 tengah hari.

Dicatat oleh

(1) Anis Idura binti Azlan (2) Nurul Amira binti Shafie (3) Siti Nor binti Ariffin
Disediakan oleh

ROSNI BINTI MAD ISA (2) ENCIK SAHARUDDIN BIN MOHD DAN
Disemak dan disahkan oleh Yang Di Pertua PIBG

(1) MAZNAH BINTI ZAINI 20
Penasihat PIBG

Tarikh : 23 November 2021



1. Mesyuarat Agung Kali ke 24 yang tertunda berikutan
pandemik Covid akhirnya dapat dilaksanakan pada 23
Oktober 2021 secara atas talian.

2. Hanya satu mesyuarat AJK dapat dilaksanakan dan
akhirnya beberapa aktiviti dapat dilaksanakan dan juga
Mesyuarat Agung Kali Ke 25 ini dapat dibincangkan.

3. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah :
• Bantuan baik pulih kerosakan elektrik.
• Bantuan baik pulih kerosakan bumbung akibat hujan
lebat dan ribut petir.
• Membaiki pintu pagar yang tumbang akibat
dihanyutkan air deras.
• Kutipan sumbangan untuk murid-murid yang terkesan
dengan bencana banjir.

SAHARUDIN BIN MOHD DAN
YDP PIBG





25





28



BIL NAMA USUL/ CADANGAN TINDAKAN
PENCADANG

Kutipan sumbangan PIBG

1 PIBG dikekalkan sebanyak RM 80.00

sekeluarga

Menambah bilangan kipas bagi

PIBG semua kelas dengan anggaran 1 JK PIBG setelah mendapat
sumbangan PIBG daripada ibu
2 kelas RM 1100 dan melibatkan
semua kelas dan bilik-bilk khas –
bapa.
iaitu daripada 3 kepada 6 buah

kipas bagi sebuah kelas.

Memohon untuk PIBG membina

singki untuk kegunaan murid di

3 PIHAK setiap tingkat demi kemudahan Akan diusahakan oleh JK PIBG
murid membasuh tangan. Kerja- yang dilantik.
kerja mengangkat air tidak mampu
PENGURUSAN dilaksanakan kerana memerlukan

tenaga dan menyebabkan kerja lain

tidak dapat dilaksanakan.

Cadangan 12 buah singki dibina.

Mencadangkan dibina Dewan

Terbuka untuk memudahkan Jika dipersetujui, JK yang dilantik

pelbagai aktiviti pembangunan akan membincangkan setelah

4 PIBG kecemerlangan murid. Tambahan mendapatkan khidmat nasihat
pula bilangan ruang yang terhad
daripada Guru Besar dan PPD
dan bilangan murid yang

bertambah menyebabkan murid Petaling Perdana.

tiada tempat untuk berhimpun.

BIL NAMA USUL/ CADANGAN TINDAKAN
PENCADANG

1. MUHD SHAHIR BIN Sediakan rak berkunci di dalam kelas Pihak sekolah akan melaksanakan 7

ABU SAMAH untuk pelajar menyimpan buku supaya strategi yang dicadangkan oleh KPM.

mereka tidak perlu memikul setiap hari

untuk ke sekolah. Ataupun

membenarkan ibu bapa menyediakan

kotak.

2. MUHD SHAHIR BIN Kelas pelajar tahun 1 & 2 di tingkat Pihak sekolah telah menetapkan Kelas

ABU SAMAH bawah. Dikhuatiri murid leka bermain- Tahun 1 di aras bawah. Walau

main di tepi tangga atau koridor. bagamanapun untuk Kelas Tahun 2 dan

3, semuanya diletakkan di tingkat atas

memandangkan hanya 8 buah kelas

yang boleh menampung murid di aras

bawah sekali.

3. MUHD SHAHIR BIN Dikurangkan mata pelajaran supaya Pihak sekolah melaksanakan strategi

ABU SAMAH mereka dapat menumpukan perhatian & berdasarkan Surat Pekeliling bertarikh

memahami apa yang dipelajari. Selain 23 Mac 2022 iaitu Penyusunan Jadual

itu, dapat mengurangkan berat buku- Waktu bagi Pelaksanaan KSSR

buku yang akan mereka pikul sekiranya Semakan 2017 KPM.

cadangan pertama tidak diluluskan.

4. EMY SHAFINAZ Mengharapkan untuk tahun akan Pihak sekolah telah membincangkan

BINTI ABDUL MAJID datang, majlis apresiasi dapat diadakan dalam mesyuarat pengurusan sekolah

semula. Selama 2 tahun tiada majlis dan telah memohon peruntukan dari

apresiasi apatah lagi sijil kecemerlangan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)

atau tokoh pelajar. Sekolah lain sesi 2022/2023.

kebanyakkannya tetap mengadakan

majlis apresiasi kecemerlangan tanpa Pihak sekolah telah memberikan murid-

kehadiran ibu bapa dan hanya pelajar murid hadiah atas aktiviti yang

terlibat sahaja perlu hadir. Ada sekolah dilaksanakan dan kebanyakan hadiah

sekadar menyediakan sijil tapi 2021 berbentuk baucer yang boleh

sekurang-kurangnya ada untuk membantu persekolahan murid di tahun

memberikan motivasi kepada pelajar2. ini.

Contoh terdekat SRA juga mengadakan

majlis dalam sesi berasingan pagi &

petang. PdPR selama 2 tahun sudah

cukup memberikan kesan kepada

semua. Semoga dengan adanya majlis

apresiasi atau pemberian sijil, dapatlah

memberikan sedikit motivasi kepada

pelajar2 untuk terus berjaya dalam

akademik dan kokurikulum.

5. MOHAMMAD Menyediakan bekas plastik untuk letak Pihak sekolah akan melaksanakan 7

NASOHA BIN NASRI buku pelajar di sekolah. strategi yang dicadangkan oleh KPM.

JAWATAN NAMA
YANG DI PERTUA
NAIB YANG DIPERTUA NUR SHAHIRA BINTI AHMAD RAZALI
SETIAUSAHA KEHORMAT MUHAMMAD FIKRI ATIF BIN MOHD MOKHTAR
BENDAHARI KEHORMAT (1)
(2)
AJK (IBU BAPA) (3)
(4)
AJK (GURU) (5)
(6)
JURUAUDIT IBU BAPA (1) CHE HASMIRA BINTI ISMAIL
JURUAUDIT GURU (2) SITI NOR BINTI ARIFFIN
(3) MOHD FAIZAL BIN YAHYA
(4) MOHD FAIZAL BIN SULAIMAN
(5) NURUL HAFNI BINTI MOHD RADZI
(6) NURUL AMIRA BINTI SAPAIE

NUR FAUZIA NAZWIN BINTI SALIM



KEMENJADIAN MURID 2021/2022
SK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA

PENYERTAAN & PENCAPAIAN MURID DI DALAM AKTIVITI/ PROGRAM 2021

TARIKH AKTIVITI / PROGRAM NAMA MURID KELAS STATUS PERINGKAT PENGANJUR TEMPAT
PENCAPAIAN
DALAM TALIAN
BAHASA MELAYU DALAM TALIAN
DALAM TALIAN
SAYEMBARA TEATER MONO ANYA NAYYARA BINTI MOHD NAZRI TEMPAT KE 3 NEGERI JABATAN PENDIDIKAN DALAM TALIAN
SEKOLAH RENDAH SECARA TEMPAT KE 3 NEGERI NEGERI SELANGOR DALAM TALIAN
1/10/2021 DALAM TALIAN
DALAM TALIAN PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN DALAM TALIAN
NEGERI SELANGOR
NEGERI SELANGOR AISYAH HUMAIRAH BINTI AMIN T4K2

SYAKHIMI

SAYEMBARA TEATER MONO AISYAH HUMAIRAH BINTI AMIN T4K2 PENYERTAAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
T5K5 MALAYSIA
15/10/2021 SEKOLAH RENDAH SECARA SYAKHIMI

DALAM TALIAN PERINGKAT

KEBANGSAAN ANYA NAYYARA BINTI MOHD NAZRI PENYERTAAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
PENYERTAAN MALAYSIA
PENYERTAAN
FESTIVAL MONODRAMA ANYA NAYYARA BINTI MOHD NAZRI T5K5 ANTARABANGSA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
REMAJA ASEAN 2021 T4K2 MALAYSIA
26-30/10/2021 AISYAH HUMAIRAH BINTI AMIN
12/10/2021 SYAKHIMI T5K5 ANTARABANGSA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

PERTANDINGAN BINTANG ANYA NAYYARA BINTI MOHD NAZRI PENYERTAAN NEGERI JABATAN PENDIDIKAN
IRAMA MALAYSIA SEKOLAH NEGERI SELANGOR
RENDAH PERINGKAT NEGERI
SELANGOR 2021

KEMENJADIAN MURID 2021/2022
SK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA

PENYERTAAN & PENCAPAIAN MURID DI DALAM AKTIVITI/ PROGRAM 2021

TARIKH AKTIVITI / PROGRAM NAMA MURID KELAS STATUS PERINGKAT PENGANJUR TEMPAT
PENCAPAIAN
DALAM TALIAN
PENDIDIKAN ISLAM DALAM TALIAN
DALAM TALIAN
9.10.2021 KEM AQIL BALIGH (AQBAL) MUHAMMAD HARITH FATHI BIN T6K1 PENYERTAAN NEGERI JABATAN PENDIDIKAN DALAM TALIAN
PERINGKAT NEGERI SHARIZAN T6K2 PENYERTAAN SELANGOR SELANGOR, PEJABAT AGAMA
SELANGOR T6K4 PENYERTAAN ISLAM DAERAH PETALING DALAM TALIAN
T6K4 PENYERTAAN NEGERI JABATAN PENDIDIKAN DALAM TALIAN
KEM AQIL BALIGH (AQBAL) SELANGOR SELANGOR, PEJABAT AGAMA DALAM TALIAN
T5K4 JOHAN ISLAM DAERAH PETALING DALAM TALIAN
PERINGKAT NEGERI DAMIA FAKHIRA BINTI MOHD ISMAIL T6K2 PENYERTAAN NEGERI JABATAN PENDIDIKAN DALAM TALIAN
T4K1 PENYERTAAN SELANGOR SELANGOR, PEJABAT AGAMA
SELANGOR T5K2 PENYERTAAN ISLAM DAERAH PETALING
T6K3 PENYERTAAN NEGERI JABATAN PENDIDIKAN
KEM AQIL BALIGH (AQBAL) MUHAMMAD IRFAN BIN IZALI SELANGOR SELANGOR, PEJABAT AGAMA
PERINGKAT NEGERI ISLAM DAERAH PETALING

SELANGOR

KEM AQIL BALIGH (AQBAL) NAZNEEN NAFEESA BINTI MOHD
PERINGKAT NEGERI NIRWAN
SELANGOR

BAHASA INGGERIS

21.10.2021 1M1S FIT WORKOUT (BAWAH ELMAN RIZQI BIN RAZI EFFENDI DAERAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
12 TAHUN - LELAKI) MALAYSIA, PPD
NEGERI
DARE TO SPELL SELANGOR SELANGOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA, PPD
STATE LEVEL COMPETETION JANASHINI A/P KUMERAN
2021

DARE TO SPELL SELANGOR NEGERI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
SELANGOR MALAYSIA, PPD
STATE LEVEL COMPETETION ALYA AFIFAH BINTI SHAIFULHIZAN
8.11.2021 2021
DARE TO SPELL SELANGOR KHAYRA QAISARA BINTI MOHD
STATE LEVEL COMPETETION KAMIL NEGERI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
2021 SELANGOR MALAYSIA, PPD

DARE TO SPELL SELANGOR NUR ALYA BATRISYIA BINTI MOHD NEGERI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
STATE LEVEL COMPETETION AZRI SELANGOR MALAYSIA, PPD
2021

36

Pihak sekolah SK Taman Tun Dr Ismail Jaya
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada ...

❑ Yang Di Pertua PIBG dan JK PIBG SK Taman Tun Dr. Ismail Jaya sesi
2021/2022

❑ Guru-guru SK Taman Tun Dr. Ismail Jaya yang bersatu tenaga menjadi
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 25

❑ Kakitangan pejabat yang sentiasa membantu tanpa mengira masa dan
waktu

❑ Ibu bapa yang banyak menyokong dan memberi bantuan kepada
kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid.

❑ Murid-murid yang menjadi sumber kekuatan guru-guru untuk terus
mendidik bakal pewaris negara

Dan juga buat semua yang telah terlibat
secara langsung atau tidak lansung

dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
Kali ke 25/2022


Click to View FlipBook Version