The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mfaudzi70, 2020-08-16 01:01:22

BUDI 1_2020_V31

BUDI 1_2020_V31

Hafazli bin Burhan
Pembantu operasi Gred N11
Dari cawangan Pentadbiran BKP bertukar ke
Cawangan Kewangan, BKP

mulai 03 Julai 2020

BUDI BIL 1/2020 BERITA WARGA STRIDE 151

Azlina bt Besar
Pembantu Penyelidik Gred Q22
Caw.Teknologi Elektromagnetic Compatibility (EMC),

BTIE
mulai 15 Julai 2020

Siti Zainun bt Ali
Pembantu Penyelidik Gred Q22
Caw. Peralatan Personel, BTPB

mulai 15 Julai 2020

Rosmainiza bt Zainal Abidin
Pembantu Penyelidik Gred Q22

Caw.angan Propulsi, BTP
mulai 15 Julai 2020

Shariza bt Ibrahim
Pembantu Penyelidik Gred Q22

Penempatan baru
di Caw.Teknologi Keselamatan Siber, BTIE

mulai 15 Julai 2020

BUDI BIL 1/2020 BERITA WARGA STRIDE 152

Tahniah buat warga STRIDE /isteri yang menimang
cahayamata. Semoga anak yang dilahirkan menjadi

permata hati buat kedua ibubapa .

1. En Nik Hassanudin bin Nik Yussoff dan pasangan yang menimang
cahayamata lelaki pada 1 Jan 2020 (anak ke 6).

2. Pn Azmahani bt Sulaiman yang melahirkan cahayamata lelaki pada
14 Jan 2020 (Anak ke 4).

3. En Mohd Hafiz bin Mohd Noor dan pasangan yang menimang
cahaya mata lelaki pada 2 Mac 2020 (Anak ke 2)

4. En Mohd Faiz bin Mohd Yahya dan pasangan yang meninmang
cahaya mata lelaki pada 5 Mac 2020 (Anak ke 3).

5. En Nurzikri bin Othman dan pasangan yang menimang
cahayamata perempuan pada 29 Mac 2020 (Anak ke 3).

6. En Hasrol Hisam bin M Yusof dan pasangan yang menimang
cahayamata lelaki pada 1 Jun 2020 (Anak ke 2)

7. Pn Emi Salwani yang melahirkan cahayamata perempuan pada 12
Jun 2020 ( Anak ke 2)

8. Pn Nur Zariah binti Abdul Halim melahirkan putera sulong pada 7
Julai 2020.

9. Pn Aznizah binti Ahmad melahirkan cahyamata perEmpuan pada
11 Julai 2020 (Anak ke 2)

BUDI BIL 1/2020 BERITA WARGA STRIDE 153

Allahyarham En Mohd Raffi Bin Md Sani
dilahirkan pada 6 November 1968 di Kampung
Datok Hj Mohd Said, Perak. Beliau mendirikan
rumahtangga dengan Puan Arbaina Binti Mat
Din dan dikurniakan seorang cahaya mata
diberi nama Muhammad Syafiq Bin Mohd Raffi
pada 21 Julai 1998.

Beliau memulakan kerjaya sebagai penjawat
awam pada 18 November 1991 sebagai
Pembantu Am Rendah D27 dan ditumpangkan
di Cawangan Perkhidmatan Awam.

Setelah tamat tumpangan, beliau kemudiannya MOHD RAFFI BIN MD SANI
ditempatkan di Maktab Tentera Diraja pada 1
Disember 1991 dan seterusnya telah diberi taraf 6 NOVEMBER 1968 –
berpencen pada 18 November 1994. 9 FEBRUARI 2020

Mengorak langkah dalam karier, beliau Pada pagi 9 Februari 2020, telah dijalankan
kemudiannya ditukarkan dari Maktab Tentera suatu pembedahan ke atas beliau. Namun
Diraja, Kem Sg Besi ke Institut Penyelidikan beliau telah dijemput Ilahi pada malam
Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) tersebut. Menurut sumber daripada anak
pada 1 Ogos 2008. arwah, arwah ayahnya meninggal dunia
disebabkan oleh tekanan darah terlampau
Setahun kemudian beliau telah dinaikkan tinggi hingga menyebabkan saluran darah di
pangkat secara KUP kepada Pembantu Am kepala pecah. Pengkebumian arwah pada 10
Pejabat Gred N4(KUP) pada 1 Julai 2009. Februari 2020 telah dihadiri oleh saudara
Seperti mana penjawat awam lain, beliau telah mara serta sahabat handai dan tidak
menerima Opsyen Pertukaran Pelantikan dari ketinggalan warga STRIDE.
Pembantu Am Pejabat Gred N1/N4 ke Skim
Perkhidmatan Pembantu Operasi Gred N11 Berdasarkan temubual bertulis dengan anak
pada 1 November 2013. arwah iaitu Syafiq, arwah merupakan seorang
yang suka membantu dan rajin berusaha;
Di atas jasa dan sumbangan serta reputasi juga merupakan seorang yang penyabar.
beliau dalam perkhidmatan awam, beliau telah Pemergian beliau pasti dirasai di kalangan
dipilih sebagai penerima Anugerah rakan sekerja kerana beliau merupakan
Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017. seorang yang suka bergurau dan gemar
menyakat orang sekelilingnya tanpa mengira
Pada 8 Februari 2020, semua yang mengenali usia. Hanya memori yang mampu dikenang
beliau telah dikejutkan dengan perkhabaran oleh sahabat kenalan yang pernah mengenali
beliau yang tidak sedarkan diri secara tiba-tiba beliau.
lalu dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan
kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Selamat berehat wahai sahabat dan kami
Lumpur untuk rawatan lanjut. juga akan menyusul kelak. Alfatihah.

BUDI BIL 1/2020 BERITA WARGA STRIDE 154

SANTAI
BERSAMA
MAK LONG

KIAH

155

MAK LONG KIAH

Assalamualaikum warga STRIDE dan pembaca semua.

Terlebih dahulu Mak Long Kiah (MLK) nak ucapkan terima kasih kepada tim sidang redaksi BUDI kerana memberi
ruang kepada MLK untuk menulis. Semoga ruang dan peluang yang diberikan ini dapat dimanfaatkan untuk
berkongsi cerita dan pengalaman untuk dijadikan teladan atau sempadan.

Sebelum MLK membawang lebih panjang, pertama sekali MLK nak ucapkan selamat
berkenalan dengan semua pembaca dan selamat datang ke ruangan ‘Mak Long Kiah
Membawang’. Jangan salah faham ya… ni bukan ruangan gossip menggosip tau! Ni
bukan cerita artis atau politik. Kita membawang yang baik-baik ajelah, untuk manfaat
bersama. MLK bukan nak mengajak pembaca buat dosa. Biarlah tulisan MLK ni jadi
pahala jariah apabila MLK dah tak ada nanti. Mudah-mudahanlah kan… Insya-Allah.

Lupa pulak MLK nak bertanya khabar. Apa khabar warga STRIDE dan pembaca
sekalian? MLK doakan mudah-mudahan semuanya dianugerahi kesihatan yang baik,
hati yang tenang, fikiran yang lapang untuk kita menjalankan tugas harian dengan efisien dan cemerlang. Semoga
kita semua dilindungi daripada jangkitan Covid-19 yang masih menular.

Tubuh badan yang sihat, hati yang tenang, fikiran yang lapang ni adalah rezeki ALLAH yang tak boleh ditukar ganti
dengan wang ringgit. Kalau ada wang berjuta pun, kita hanya boleh beli ubat tetapi tidak boleh beli sihat. Kalau
ada banyak harta, kita mungkin boleh beli bermacam-macam yang menjadi hiburan tetapi masih tidak mampu
ketenangan. Kita juga boleh pergi melancong, bercuti ke tempat-tempat mewah dengan wang yang kita ada tetapi
belum tentu fikiran kita akan lapang.

Jadi, MLK nak pesan sangat-sangat kat semua, jagalah kesihatan kita dan ahli keluarga kita. Kalau dah sakit,
susah nak baik. Kata orang, penyakit ni datang macam ribut, perginya macam semut. Lebih-lebih lagi dalam kita
menghadapi penularan wabak Covid-19 yang masih belum berakhir ini, kita perlu pertingkatkan tahap kesedaran
kita dalam menjaga kebersihan dan kesihatan. Ingat pesan Pengarah Kesihatan iaitu YBhg. Datuk Dr. Noor
Hisham bin Abdullah, “kita masih belum menang dalam menangani Covid-19.”

Jadi, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, MLK percaya kita semua dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan
bagi memastikan tiada lagi jangkitan. Elok-elok dah kita berada di ambang kemenangan dalam melawan virus ini,
jangan kerana kedegilan kita atau sikap tak kisah kita akan menyebabkan bilangan jangkitan meningkat, tidak
terkawal lalu kita kembali ke PKP. Semoga tidak begitulah ya…

Sesiapa yang diminta untuk kuarantin tu, harap patuhilah arahan. Janganlah jadi manusia yang ignorant, yang
pentingkan diri sendiri. Jangan kita anggap arahan itu sebagai main-main sahaja kerana kedegilan dan sikap
pentingkan diri kita itu sangat besar kesannya kepada orang di sekitar kita, kepada negara juga.

Bagi sesiapa yang diduga dengan penyakit pula, semoga dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan. Semoga
segala kesusahan dan penderitaan yang dihadapi anda menjadi penghapus dosa dan diberi ganjaran pahala yang
besar di atas kesabaran dan ketabahan anda.

Nampaknya dah panjang MLK membawang, jadi cukuplah untuk kali pertama ini. Nanti kita jumpa lagi di lain
keluaran dengan topik yang lebih hangat.

Wassalam.

Mak Long Kiah

BUDI BIL 1/2020 SANTAI BERSAMA MAK LONG KIAH 156

www.stride.gov.my
Institut Penyelidikan Sains dan
Teknologi Pertahanan
STRIDE MINDEF
Kompleks Induk STRIDE,
Taman Bukit Mewah Fasa 9,
43000, KAJANG

157


Click to View FlipBook Version