KESAN PERISTIWA 13 MEI Peristiwa 13 Mei di Malaysia meninggalkan banyak kesan yang mendalam kepada masyarakat terutama dalam konteks etnik dan politik. Ia menyuburkan kesedaran tentang keperluan untuk memelihara perpaduan antara kaum, tetapi pada masa yang sama, ia juga mencetuskan kebimbangan dan ketegangan di kalangan masyarakat. Implikasi pertama Peristiwa 13 Mei ialah pengisytiharan darurat oleh yang dipertuan agong . Berikutan rusuhan yang belaku pada 13 Mei di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16 Mei 1969, Darurat telah diisytharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong. . Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur seperti kota lama yang telah ditinggalkan akibat berlakunya perkara yang tidak diingini., bergelap seperti seakan berkabung atas kehilangan nyawa masyarakat yang tidak bersalah yang begitu banyak dalam satu masa semasa berlaku rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai peristiwa 13 mei ini. Apabila berkuatkuasanya Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera. Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana , Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbala n Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawaipegawai.pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muham mad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Is mail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa. MAGERAN dibentuk bertujuan diwujudkan bagi Mengembalikan keamanan dan undangundang.Menentukanpentadbiran yang licin dan sempurna.Mengembalikan suasa na keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
MAGERAN telah mewujudkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Rukun negara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik. Sejak kemerdekaan lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak istimewa semua kumpulan etnik dan Rukunegara sebagai panduan kita dalam pembinaan bangsa. Terdapat beberapa kesan negatif setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Antaranya adalah terdapat jumlah mangsa yang ramai akibat peristiwa tersebut, daripada statistic yang diperolehi keputusannya ialah 196 mati, 439 cedera, 39 hilang, dan 9143 ditahan. Sebanyak 211 kenderaan musnah akibat rusuhan tersebut. Stastistik tidak rasmi jumlah mangsa mengikut bangsa Melayu-86 Cina-342 Lain-lain - 3
Kesan baik peristiwa 13 mei Peristiwa 13 Mei di Malaysia pada 1969 mencipta banyak perubahan dalam politik dan masyarakat, tetapi pandangan terhadapnya bergantung kepada perspektif individu. Sesetengah melihatnya sebagai langkah untuk mengembangkan kestabilan politik, sementara yang lain melihatnya sebagai masa sulit yang menimbulkan ketidakseimbangan etnik. • Kesedaran Kebangsaan: Peristiwa tersebut dapat meningkatkan kesedaran kebangsaan dalam diri masyarakat setemapat. Hal ini dikatakan kerana selepas berlakunya peristiwa ini, semua lapisan masyarakat mula sedar kepentingan hidup bersama -sama. Selain itu juga keperluan untuk bekerjasama merentasi perbezaan etnik. Selepas berlakunya peristiwa yang menyayat hati ini masyarakat di malaysia mula sedar betapa penting hidup bermasyarakat dalam diri mereka. • Membuka minda masyarakat: minda masyarakat akan terbuka apabila berlakunya pergaduhan yang menyebabkan pertumpahan darah seperti ini. Hal ini membuatkan masyarakat akan lebih sedar tentang keburukan terhadap rusuhan yang membawa kepada kesedaran terhadap kesan - kesan peristiwa 13 mei ini. • Kerterbukaan masyarakat semakin meningkat. Pemikiran masyarakat akan lebih terbuka. Hal ini kerana berlakunya rusuhan kaum yang lebih dikenali senagai peristiwa 13 mei ini. Hal ini membuktikan selepas berlakunya peristiwa yang besar ini masyarakat mula buka mata terhadap kepentingan hidup bermasyarakat antara satu sama yang lain. Oleh itu semua masyarakat di negara kita haruslah bersatu padu untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi. • Peningkatan dalam ekonomi rakyat: selepas berlaku peristiwa 13 mei ini semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama mula untuk bersatu padu untuk menjalankan perbagai aktiviti. Sebagai contoh menjalankan aktiviti perniagaan secara bersama-sama. Hal ini menyebabkan berlaku peningkatan dari segi ekonomi di malaysia yang membawa kepada kemajuan dalam sektor ekonomi negara.
• Penyeragaman sistem pendidikan: selepas berlakunya peritiwa yang memberikan kesan yang besar kepada semua masyarakat ini. Berlakunya penyeragaman sistem pendidikan kepada semua kaum dan bangsa. Hal ini untuk menyatupadukan semua kaum yang ada di malaysia. • Reformasi Politik: selepas peristiwa yang menyayat hati masyarakat di negara kita. Usaha yang telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk melakukan perubahan dalam politik. Reformasi politik ini melibatkan lebih banyak keadilan dan perpaduan kepada semua kaum. Sebagai contoh membuat pembaharuan dalam sistem politik yang telah ada kepada sistem yang lebih baharu yang sistematik. • Pembaharuan Sistem: Peningkatan kesedaran orang ramai terhadap kekurangan dalam sistem politik yang asal menyebabkan berlakunya pembahagian etnik. Selain itu masyarakat yang mendorong kepada usaha pembaharuan dan penambahbaikan harus dijalankan secara efisein bagi mengelakkan berlakunya perbalahan antara kaum seperti peristiwa yang berdarah ini.
KESAN BURUK PERISTIWA 13 MEI Peristiwa 13 Mei di Malaysia meninggalkan kesan mendalam terutama dalam konteks etnik dan politik. Ia menyuburkan kesedaran tentang keperluan untuk memelihara perpaduan antara kaum, tetapi pada masa yang sama, ia juga mencetuskan kebimbangan dan ketegangan di kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat banyak angka kematian dan kecederaan yang ada melibatkan orang awam. Hal ini amat membimbangkan banyak pihak terutama sekalu pihak kerajaan. Ini kerana terdapat banyak harta awam dan harta persendirian rosak akibat keganasan manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Sebagai contoh harta awam yang rosak ialah seperti papan tanda, lampu isyarat dan taman permainan. Kerosakan ini berpunca daripada pergaduhan yang besar antara kaum yang berlaku pada tahun 13 mei yang lebih dikenali sebagai peristiwa 13 mei ini. • Pembahagian Etnik: Peristiwa 13 Mei menyebabkan berlakunya pembahagian etnik yang ketara di Malaysia, pembagian etnik yang berlaku ini menyebabkan berlaku perbezaan jurang dalam sistem sosial di negara kita. Pembahagian etnik dan kaum ini dapat di elak dengan meningkatkan kesedaran etnik dan penekanan pada identiti kaum kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum di negara kita. • Dasar-dasar Kerajaan: Ia memberi kesan kepada dasar-dasar kerajaan, termasuk dasar-dasar ekonomi dasar -dasar politik dan dasar -dasar pendidikan, yang mungkin berubah sebagai tindak balas terhadap peristiwa tersebut. • Kesedaran Politik: Meningkatkan kesedaran politik di kalangan rakyat dengan lebih meluaskan. Dengan ada pendidikan yang menerangkan kepentingan politik untuk semua lapisan masyarakat, semua masyarakat akan mula sedar mengenai kepentigan kesedaran politik. Selain itu mendorong pihak kerajaan bagi memperkasakan perpaduan politik yang ada di negara kita untuk kepentingan semua lapisan masyarakat.
• Keselamatan dan Stabiliti: Membuatkan masyarakat lebih peka terhadap keselamatan dan kestabilan negara, melalui pelbagai cara. Sebagai contoh masyarakat akan lebih peka terhadap kes-kes yang berlaku seperti peristiwa 13 mei ini. Di samping itu akan ada nya tindakan penguatkuasaan serta kawalan keselamatan akan dilaksanakan di pelbagai tempat untuk meastikan tidak berlakunya kes-kes pergaduhan dalam kalangan masyarakat. • Pendidikan Sejarah: Peristiwa 13 Mei telah diintegrasikan dalam kurikulum sejarah Malaysia, mempengaruhi cara generasi seterusnya memahami dan menghargai sejarah negara mereka. Hal ini akan membuatkan generasi akan datang akan leih menghargai sejarah yang telah berlaku. Hal ini akan dapat melahirkan masyarakat yang majmuk serta melahirkan generasi yang mempunyai minda yang lebih terbuka • Identiti Kebangsaan:peristiwa 13 mei ini akan memberi impak terhadap proses pembentukan identiti kebangsaan Malaysia, melalui perbagai cara. Antaranya ialah dengan menekankan kepentingan untuk menghargai kepelbagaian etnik ynag ada di negara kita. Di samping itu memelihara perpaduan antara kaum di malaysia dan menekankan sifat keperihatinan antara masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum. Hal ini dapat membentuk identiti seseorang dalam masyarakat di negara kita. • Berlaku pergaduhan: kesan yang paling besar ialah berlaku pertumpahan darah yang memyebabkan banyak nywa yang tidak bersalah terkorban dan ada masyarakat yang tidak bersalah tercedera dengan parah. Hal ini disebabkan perselisihan faham yang berlaku antara kaum yang ada di malaysia. Oleh itu masyarakat mestilah mempunyai kesefahaman yang baik.
Kesan peristiwa 13 Mei 1969 dalam aspek ekonomi Ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku di negara kita yang telah berlaku di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenal pasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada peristiwa yang menyebabkan berlaku pertumpahan darah ialah peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagimenagani masalah ini secara menyeluruh Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.hal ini dapat dibuktikan apabila tidak berlaku lagi pembahagian antara kaum selepas adanya objektif ini. Sementara objektif utama pelancaranDasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidak mengancam kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakankemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan terhadap kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan penerokaan tanahbagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dankenaikan harga barangan bagi petani . Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa
RUJUKAN https://www.studocu.com https://www.sinarharian.com.my https://prezi.com http://poovarasidns.blogspot.com