PERJANJIAN PENYEWAAN
RUMAH UNTUK KEDIAMAN
Di antara,
SYAMSUL ‘AZMIRULLAH BIN MOHD DIAH
Dan,
NURUL AYUNIL AMIRAH BINTI IBRAHIM
Di
NO. 50, LALUAN KLEBANG 32,
TAMAN KLEBANG JAYA,
31200 CHEMOR, PERAK
Bertarikh: 27 Februari 2021
1
MAKLUMAT PENYEWA
Nama NURUL AYUNIL AMIRAH BINTI IBRAHIM
No. K/P 940812-03-6130
No. Tel +6012-4838769
Alamat Tetap Kg Pangkal Nering,
16600, Pulai Chondong
Kelantan
Pekerjaan Kerani
Alamat Pejabat Carsem S-Site
No 52986 Jalan Jelapang,
Kawasan Perindustrian Taman Meru,
30020, Ipoh Perak.
No. Tel Pejabat +605-5262333
Tempoh Sewaan 2 Tahun
Jumlah Penghuni 5 Orang (maksimum)
PERHATIAN: Segala maklumat yang telah diberikan adalah sebagai rujukan bagi pihak tuan
rumah dan diklasifikasikan sebagai SULIT serta tidak akan digunakan untuk tujuan selain
daripada proses perjanjian penyewaan rumah untuk kediaman ini.
2
MAKLUMAT SEWAAN
BIL PERKARA MAKLUMAT
1 Tarikh Perjanjian
27 Februari 2021 (Sabtu)
Tuan Rumah
2 Nama SYAMSUL ‘AZMIRULLAH BIN MOHD DIAH
840227-08-5881
No. K/P
Penyewa NURUL AYUNIL AMIRAH BINTI IBRAHIM
3 Nama 940812-03-6130
No. K/P
4 Alamat Kediaman yang No. 50, Laluan Klebang 32, Taman Klebang Jaya, 31200 Chemor, Perak
Disewa Rumah Teres Satu Tingkat
5 Jenis Bangunan
BIL PERKARA MAKLUMAT
1 Tempoh Menyewa a) 2 Tahun (nota A. 1.1)
2 Tarikh Berkuatkuasa b) Penyewa / Tuan Rumah berhak menamatkan penyewaan
3 Sewa Bulanan
(nota B. 1.1 & 1.2)
4 Jenis dan Tarikh
Pembayaran 1 Mac 2021 (Isnin)
RM 530.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Tiga Puluh Sahaja)
Tunai ke nombor akaun:
SYAMSUL ‘AZMIRULLAH BIN MOHD DIAH
(Maybank 158305289743)
Selewat-lewatnya 5 haribulan pada setiap bulan
5 Wang Cagaran a) Sewa 1 Bulan RM 530.00
Pendahuluan b) Deposit Sewa Rumah 2 Bulan RM 1060.00
c) Deposit Elektrik RM 200.00
d) Deposit Air RM 200.00
JUMLAH : RM 1990.00
NOTA: A. 1.1 Deposit tidak akan dikembalikan kepada penyewa yang tinggal kurang dari 2 tahun dari tarikh perjanjian.
B. 1.1 Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis bertulis tidak kurang dari 1 (satu) bulan kepada Tuan Rumah atau
wang cagaran tidak akan dikembalikan.
1.2 Tuan Rumah berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis bertulis tidak kurang dari 1 (satu) bulan kepada Penyewa dan
wang cagaran akan dikembalikan selepas penilaian fizikal terhadap rumah dilakukan.
3
Maka PENYEWA dengan ini bersetuju bersama TUAN RUMAH seperti berikut:
1. Membayar sewa pendahuluan dan sewa bulanan pada tarikh seperti mana ditetapkan.
2. Bertanggungjawab membayar segala bil elektrik rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan. Penyewa
akan dikenakan deposit elektrik sebanyak RM200 bagi elektrik dan RM200 bagi air.
3. Tidak membenarkan rumah digunakan untuk melakukan perbuatan sumbang, salah laku, tidak bermoral,
kegiatan haram, menyalahi undang-undang dalam apa jua bentuk sekalipun. Tuan Rumah tidak akan
teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan memberi arahan keluar serta-merta kepada Penyewa
tanpa notis.
4. Tidak menyewakan atau menyerahkan rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya Penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini
maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan / atau
seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam
perjanjian ini.
5. Tidak membenarkan apa-apa perubahan bentuk atau tambahan sama ada di bahagian luar atau dalam
rumah walau dengan apa cara sekalipun tanpa terlebih dahulu memaklumkan dan mendapat kebenaran
dari Tuan Rumah.
6. Tidak akan menyimpan dan / atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan rumah dan / atau di mana
sahaja di dalam rumah tersebut.
7. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan rumah termasuk ruangan kaki lima, jalan di
sekeliling rumah dan luar sempadan rumah.
8. Menjaga dan memastikan keadaan di dalam rumah tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini sentiasa
dalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa sama ada kerosakan oleh bencana alam
dikecualikan).
9. Tidak boleh menebuk atau melubangkan di sebarang kawasan jubin di dalam rumah tersebut tanpa
kebenaran Tuan Rumah.
10. Sekiranya Penyewa ingin membuat pemasangan Astro, penghawa dingin, water heater dan sebagainya
hendaklah memaklumkan kepada Tuan Rumah terlebih dahulu.
11. Penyewa tidak dibenarkan menukar kunci di kesemua tombol pintu tanpa kebenaran Tuan Rumah.
Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada tombol pintu, Penyewa hendaklah membaikinya dan
memberi satu salinan kunci kepada wakil / Tuan Rumah.
12. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara aman dan
bertanggungjawab serta tidak mengganggu ketenteraman dan keamanan di kawasan perumahan tersebut.
4
13. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang diberi kuasa olehnya atau pekerja yang diupah (dilantik oleh
Tuan Rumah) pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki rumah tersebut untuk membuat
pemeriksaan atau pembaikan terhadap rumah yang mana Tuan Rumah menganggapnya adalah mustahak
(akan dimaklumkan kepada Penyewa telebih dahulu).
14. Penyewa bersetuju untuk menyewa rumah tersebut dalam keadaan baik dan bersih yang sedia ada.
Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali rumah tersebut dalam keadaan sama atau lebih baik
kepada Tuan Rumah.
15. Penyewa bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian dan kelalaian
Penyewa sendiri. Kos pekerja-pekerja yang diupah oleh penyewa ditanggung sendiri atau membayar balik
kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan yang dibelanjakan untuk pembaikan sekiranya dilaksanakan oleh
Tuan Rumah.
16. Bertanggungjawab untuk membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan kekerapan penggunaan Penyewa
seperti berikut:
a. Perkakas elektrik seperti lampu, starter, bulb lampu, suis dan soket.
b. Tandas dan singki jika tersumbat disebabkan pembuangan bahan-bahan yang tidak sepatutnya.
c. Semua jenis paip & sanitari yang disebabkan kecuaian Penyewa
17. Pastikan langkah keselamatan diambil sebagai contoh kepala tong gas dan barangan elektrik dicabut dari
soketnya semasa Penyewa bercuti dan meninggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama.
18. Perjanjian penyewaan ini akan terbatal secara automatik jika penyewa tidak mematuhi salah satu daripada
perkara di atas.
5
Tanggungjawab Tuan Rumah:
1. Membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah, Indah Water dan bil penyelenggaraan yang dikenakan ke atas rumah
tersebut.
2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas rumah tersebut yang mana ianya bukan
disebabkan oleh kecuaian atau kelalaian Penyewa dan juga membaiki apa-apa kerosakan biasa yang
disebabkan ‘Fair Wear & Tear’ dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawasi dan mengurus segala
kerja-kerja pembaikan ke atas rumah tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.
3. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada hari terakhir penyewaan ini
tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan
sewa rumah yang tertunggak dan / atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa juga kerosakan atau
kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau kecuaian dan kelalaian Penyewa dan untuk sebarang
bayaran yang dikenakan ke atas Penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan
/ atau perbelanjaan yang ditanggung oleh Tuan Rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti
keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.
4. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami rumah seperti
pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah
dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.
5. Tuan Rumah / wakil dan Penyewa akan sama-sama membuat pemeriksaan rumah tersebut. Setelah kedua-
dua pihak mendapat kesepakatan dan persetujuan, wang deposit akan dikembalikan dalam masa 7 hari
selepas pemeriksaan dilaksanakan.
6
Persetujuan antara Tuan Rumah dan Penyewa:
1. Tuan Rumah hendaklah menyerahkan kunci rumah kepada Penyewa selepas Penyewa membayar wang
cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.
2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah menjadi
tanggungjawab Penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan
segera.
3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka Penyewa
bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya
tiada bayaran diterima pada tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran akan digunakan untuk membayar
tunggakan tersebut dan Tuan Rumah akan menamatkan perjanjian ini dengan serta merta.
4. Sekiranya Penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila tempoh sepertimana
terkandung dalam perjanjian ini tamat, maka Penyewa mestilah mengeluarkan notis bertulis kepada Tuan
Rumah tidak kurang 1 (satu) bulan sebelum tamat tempoh penyewaan.
5. Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan.
6. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan sekiranya berlaku perlanggaran salah satu
dari syarat-syarat perjanjian ini atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula rumah tersebut bagi
apa-apa tujuan dengan mengemukakan notis bertulis tidak kurang 1 (satu) bulan kepada Penyewa.
7. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa
bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.
8. Sebarang pertikaian antara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai penyewaan rumah tersebut hendaklah
diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian dan persetujuan gagal dicapai, hendaklah
diselesaikan melalui timbangtara.
9. Harga sewa rumah akan dinilai semula semasa pembaharuan perjanjian. Tuan Rumah berhak menamatkan
atau memperbaharui perjanjian ini.
7
Pada masa menyaksikan hal-hal di atas, pihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini
tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang tersebut di atas,
_______________________________________ ________________________________________
Tuan Rumah Penyewa
Nama: SYAMSUL ‘AZMIRULLAH BIN MOHD DIAH Nama: NURUL AYUNIL AMIRAH BINTI IBRAHIM
No. K/P: 840227-08-5881 No. K/P: 940812-03-6130
Tarikh: 27 FEBRUARI 2021 Tarikh: 27 FEBRUARI 2021
_______________________________________ ________________________________________
Saksi Saksi
Nama: FAIRUZ SYATILLA BINTI ROZAINI Nama: MUHAMMAD SYABIL BIN ANWAR
No. K/P: 840313-08-5626 No. K/P: 900831-08-5513
Tarikh: 27 FEBRUARI 2021 Tarikh: 27 FEBRUARI 2021
8