MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO SOALAN 8
PERMAINAN TRADISIONAL MENCERMINKAN IDENTITI MASYARAKAT
KEPELBAGAIAN DI MALAYSIA
PENSYARAH : SAFWAN ABDULLAH
SESI : SESI 1 2021/2022
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK
1 PENGENALAN
2 CONTOH PERMAINAN TRADISIONAL YANG ADA DI MALAYSIA
3 KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
4 LANGKAH-LANGKAH MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
5 KESIMPULAN
6 SUMBER RUJUKAN
PENGENALAN
Permainan tradisional pada umumnya adalah permainan yang dicipta oleh masyarakat
tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan
oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisionalini menjadi
kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya.
Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut dimainkan oleh kanak-
kanak bahkan juga oleh golongan dewasa.Kebanyakan permainan tradisional dimainkan secara
berkumpulan. Masyarakat tradisional pada pada zaman dahulu menjalankan aktiviti permainan
ini sebagai suatu pengisian pada masa lapang, pada perayaan-perayaan atau majlis-majlis
tertentu.Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat
kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia sudah menjadi sebagai salah
satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan pula, terdapat juga permainan-
permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategi-strategi
yang bijak untuk memenangi permainan.Oleh itu,Permainan tradisional inilah yang
mencerminkan asal usul rumpun Melayu. Pada hakikatnya permainan tradisional ini dapat
meningkatkan kreativiti dan daya cipta tersendiri. Keseniannya itulah menjadikannya begitu
unik. Contohnya permainan gasing, layang-layang, congkak, dan sebagainya. Ukirannya
sungguh cantik dan halus buatannya.
CONTOH PERMAINAN TRADISIONAL YANG ADA DI MALAYSIA
KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
1.Merupakan daya tarikan yang signifikasi dalam pelancongan
Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang
lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-
warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat
ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta―, setelah diperkenalkan kepada
pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap
permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan
yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada
pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industry pelancongan tetapi
juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, ―serampang
dua mata.‖ Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri
pelancong.
2.Merupakan kebanggaan aset budaya Malaysia
Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset
budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek
moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak
boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan
tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya,
wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan cantik
nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat
memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, ―sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.”
3.Dapat mengukuhkan hubungan masyarakat yang berbilang kaum
Permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa
yang sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu,
pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai.
Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain
layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama
memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat
tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni
dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan
keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik bermain permainan
komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain
LANGKAH-LANGKAH MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
Pada zaman sekarang, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini disebabkan adanya
halangan yang disebabkan oleh arus kemodenan, pengaruh-pengaruh kuat dari permainan barat
yang mendapat suntikan bukan sahaja oleh media massa tetapi juga oleh badan-badan bukan
kerajaan dan kerajaan malahan turut mendapat dukungan oleh sebahagian besar kalangan
masyarakat kita. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil bagi mempopularkan semula permainan
tradisional ini.
Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional adalah melalui pendedahan dari
peringkat sekolah. Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan
dengan permainan tradisional. Antaranya adalah dengan menubuhkan Kelab Permainan
Tradisional di peringkat sekolah. Usaha ini bertujuan untuk memperkenalkan permainan
tradisional kepada pelajar-pelajar. Selain itu, pertandingan permainan tradisional antara
sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk memahirkan diri dengan
permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah in sudah tentu dapat menghidupkan
kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda di negara kita.
Usaha ini tidak akan sia-sia jika ianya berterusan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Pihak media massa juga memainkan peranan yang sangat penting. Pihak media seharusnya
berperanan sebagai medium yang dapat menghebahkan kelebihan permainan tradisional
kepada masyarakat. Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan
internet. Sesungguhnya, peranan pihak media masa sangat penting dalam membantu
memperkenalkan dan mempopularkan permainan tradisioanl ini kepada masyarakat khususnya
generasi muda.
Kesimpulannya. permainan tradisional memang waJar dikembalikan kegemilangannva dalam
kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan
kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Jika tidak permainan tradisional
warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam
semua pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.
KESIMPULAN
Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan.
Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu
lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang
sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan
tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak
faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan
silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat
memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan
permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-
pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia
sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya
inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan
warisan yang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan
berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan
nenek moyang….
SUMBER RUJUKAN
http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/2009/03/kesimpulan-kemajuan-teknologi-
telah.html
https://www.scribd.com/document/247998546/Permainan-Tradisional
http://karanganterbaik179.blogspot.com/2013/07/kepentingan-permainan-tradisional.html
TERIMA KASIH