The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN MURID DALAM MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN PENYELESAIAN MASALAH MELIBATKAN OPERASI ASAS MENGGUNAKAN KAEDAH “BA CA BU CU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fredo chiko, 2024-01-26 20:36:01

KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN MURID DALAM MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN PENYELESAIAN MASALAH MELIBATKAN OPERASI ASAS MENGGUNAKAN KAEDAH “BA CA BU CU

Keywords: KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN MURID DALAM MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN PENYELESAIAN MASALAH MELIBATKAN OPERASI ASAS MENGGUNAKAN KAEDAH “BA CA BU CU” SITI FARIDAH BINTI BAROOK GURU MATA PELAJARAN MATEMATIK ABSTRAK Kelemahan murid dalam kemahiran mengenal pasti kehendak soalan penyelesaian masalah melibatkan operasi asas menjejaskan prestasi mereka dalam matapelajaran matematik. Kajian ini dijalankan terhadap 2 orang murid tahun 6 Imam Muslim di Sekolah Sri Johor Bahru. Umum mengetahui bahawa soalan berbentuk penyelesaian masalah adalah soalan yang terdapat dalam kertas ujian samada ujian pertengahan sesi akademik (UPSA) mahupun Ujian Akhir Sei Akademik (UASA). Soalan penyelesaian masalah dibina dalam soalan adalah untuk menguji tahap kemahiran seseorang murid dalam mengenal pasti kehendak soalan dan seterusnya mencari kaedah penyelesaian yang sesuai dan menetapi jawapan. Maklumat tentang prestasi murid diperolehi melalui kemajuan hasil kerja murid di dalam kelas. Sementara pesepsi mereka terhadap proses pembelajaran diperolehi melalui maklum balas pembelajaran (parking lot) . Seterusnya, pemerhatian digunakan untuk mengkaji aktiviti murid dalam proses pembelajaran. Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian dan maklum balas pembelajaran dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Dapatan menunjukkan aplikasi penggunaan Kaedah “BA CA BU CU” telah mempertingkatkan prestasi murid tersebut dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian pada Ujian Akhir Sesi Akademik sesi 2024 dan minat dalam pembelajaran Matematik. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Mata Pelajaran matematik merupakan subjek yang penting dan merupakan mata pelajaran teras bagi murid sekolah rendah. Namun didapati murid jadi kurang minat dan tidak suka dalam subjek matematik terutama dalam soalan penyelesaian masalah, hal ini kerana tanggapan awal bagi mereka bahawa soalan penyelesaian masalah adalah soalan yang susah. Daripada perspektif saya,didapati murid tidak suka membaca soalan yang panjang, tidak tahu mencari kata kunci untuk operasi yang terlibat dan juga tidak mahir menyelesaikan operasi tersebut dengan tepat. Selain itu juga murid mudah lupa dengan apa yang dipelajari atau yang dikongsi oleh guru kerana keupayaan ingatan murid adalah untuk jangka masa yang pendek sahaja, ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran , murid sentiasa didedahkan dengan maklumat baru, maklumat baru ini akan mengambil alih maklumat lama dan menyebabkan ingatan lama mula mereput dan hilang.satu cara untuk mengurangkan lupaan ialah guru harus menjadikan pembelajaran sesuatu yang memberangsangkan, melibatkan penglibatkan aktif murid, aktiviti hands on dan learning by doing (Kontra, Lyons, Ficher dan Beilock, 2205) 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan kaedah “ BA CA BU CU” dalam meningkatkan tahap kemahiran murid dalam mengenal pasti kehendak soalan penyelesaian masalah yang melibatkan operasi asas.


Sekiranya masalah ini tidak diatasi lebih awal, murid akan hilang minat terhadap subjek matematik dan tidak dapat meningkatkan kefahaman sehingga tahap maksimum. Ini akan menyebabkan murid bukan sahaja tidak dapat menjawab dengan baik dan mendapat markah yang baik serta isu menghantar kertas jawapan kosong semasa latihan dalam kelas mahupun ujian dapat ditangani. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah “ BA CA BU CU” terhadap kemahiran murid dalam mengenal pasti kehendak soalan penyelesaian masalah yang melibatkan operasi asas. 3.2 Objektif Khusus Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan penggunaan kaedah “BA CA BU CU” ke atas: i) Kemahiran murid dalam mengenal pasti kehendak soalan dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah ii) Kemahiran murid mengenal pasti operasi asas yang terlibat dalam soalan iii) Kemahiran murid menyelesaikan operasi asas dan mendapat jawapan yang tepat iv) Minat murid untuk belajar mata pelajaran matematik 4.0 KUMPULAN SASARAN Sasaran penggunaan kaedah “BA CA BU CU” adalah ke atas dua orang murid Tahun 6 Imam Muslim iaitu Teja Damia Lutfiah binti Mior Ahmad Nizam dan Nurul Damia Ibtizam Binti Zuraimi. Mereka ini dipilih kerana hasil pemerhatian saya, mereka adalah murid yang sentiasa aktif dan rajin bertanya ketika subjek matematik tetapi mempunyai masalah dalam menyelesaiakan soalan atau aktiviti yang guru beri jika melibatkan soalan berbentuk penyelesaian masalah. Selain itu juga saya lihat mereka sangat minat dalam subjek matematik dan tidak mahu kegagalan dan kesukaran dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah menjadi salah satu faktor minat meraka dalam subjek ini menurun. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Tinjauan Masalah Dalam subjek Matematik setiap subtopik, topik yang terakhir adalah soalan berbentuk penyelesaian masalah. Saya akan memberikan latihan tersebut samada dalam bentuk soalan aras rendah, sederhana ataupun soalan berunsurkan KBAT. Saya dapati mereka ini mengalami kesukaran dalam menyelesaikan soalan tersebut. Saya mula memikirkan pendekatan dan kaedah yang diharap dapat membantu mereka ini dan seterusnya memberikan keyakinan serta menarik minat mereka untuk belajar matematik dan menganggap subjek matematik adalah subjek yang mudah.


i. Pemerhatian Daripada pemerhatian dan pemeriksaan latihan murid ini, saya dapati mereka ini gagal mengesan kehendak soalan dengan betul, mengeluarkan operasi asas yang terlibat seterusnya menyelesaikan soalan tersebut dengan tepat. Ini bermakna tiada markah yang akan diperolehi untuk soalan ini. ii. Maklum Balas Pembelajaran (parking Lot) Dalam pembelajaran Abad ke 21, maklum balas pembelajaran adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada murid untuk bertanya ataupun menjadi sumber rujukan refleksi guru bagi pembelajaran pada hari itu. Daripada hasil maklum balas mereka ini, saya dapati bahawa mereka masih lemah dalam latihan berkaitan dengan penyelesaian masalah. iii. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Ujian Akhir Sesi Akademik telah dilaksanakan kepada mereka untuk melihat penggunaan kaedah “ BA CA BU CU” dan dapat menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dengan baik dan mendapat markah penuh bagi soalan tersebut.


RAJAH 1 RAJAH 2 RAJAH 3


Rajah 1 dan Rajah 2 adalah latihan pertama yang diberikan kepada mereka berdua manakala rajah 3 dan 4 adalah hasil jawapan yang diberikan oleh murid tersebut. Rajah 5 dan Rajah 6 adalah maklum balas pembelajaran yang diberikan oleh murid tersebut. Refleksi: murid mengambil masa yang lama untuk menbuat latihan yang diberikan. Kerap bertanya dengan guru kehendak soalan. RAJAH 4 RAJAH 5 RAJAH 6


5.2 Analisis Tinjauan Masalah Latihan 1 telah diberikan kepada murid tersebut untuk melihat tahap pencapaian semasa murid tersebut. Berdasarkan tinjauan yang dibuat, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan murid ini tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul. Antaranya ialah: Tidak faham akan kehendak soalan Tidak dapat mencari kata kunci dalam soalan Tidak dapat mengenal pasti operasi asas apa yang perlu dilakukan Tidak ingat teknik untuk selesaikan soalan tersebut Oleh itu latihan ke 2 telah diberikan untuk melihat permasalahan lain yang dihadapi oleh murid tersebut. RAJAH 7 RAJAH 8


Rajah 7 dan 8 adalah latihan kedua yang diberikan kepada mereka berdua, manakala rajah 9 dan 8 adalah hasil jawapan yang diberikan oleh murid tersebut RAJAH 9 RAJAH 10


Refleksi: Murid masih belum dapat menguasai soalan dan masih lagi memberi jawapan yang salah 5.3 Tindakan Yang dijalankan Dalam kajian ini, kesan penggunaan kaedah “BA CA BU CU” ke atas pembelajaran murid diperolehi melalui latihan ke 3 dan juga Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pemerhatian digunakan untuk melihat penggunaan Kaedah “ BA CA BU CU” dan maklum balas pembelajaran murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan kaedah ini di rekod. Selain itu juga Pemerhatian dibuat ke atas Ujian Akhir Sesi Akademik murid tersebut. 5.3.1- Latihan 3: Guru menerangkan penggunaan kaedah ‘BA CA BU CU” kepada murid tersebut. RAJAH 11 RAJAH 12


Rajah 11 dan Rajah 12 adalah latihan ketiga selepas guru menerangkan penggunaan kaedah “BA CA BU CU dalam soalan penyelesaian masalah Refleksi: Alhamdullilah, selepas menerangkan kaedah “BA CA BU CU” ini didapati mereka dapat membaca soalan dengan betul, mencari kata kunci seterusnya membulatkan operasi yang terlibat dan menyelesaikan dan mendapatkan jawapan yang tepat. 5.3.2 : penggunaan kaedah “ BA CA BU CU dalam Ujian AKhir Sesi Akademik (UASA) RAJAH 13


RAJAH 14 RAJAH 15


RAJAH 16 RAJAH 17


Rajah 13, 14,15,16,17 dan 18 adalah soalan ujian Akhir Sesi Akademik bagi murid tersebut. Refleksi: Alhamdullilah, kedua-dua murid menggunakan Kaedah “BA CA BU CU” bagi menjawap soalan peperiksaan dan memperolehi markah penuh bagi soalan-soalan tersebut. 5.4 Penilaian 5.4.1 perbandingan setiap latihan yang diberikan kepada murid (latihan 1, 2 dan 3) serta Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 5.5 Persepsi Guru meminta 2 orang murid ini membuat Maklum Balas selepas Ujian Akhir Sesi Akademik di jalankan. RAJAH 18


Rajah 19 dan 20 adalah maklum balas murid selepas diperkenalkan kaedah “BA CA BU CU” Refleksi: Alhamdullilah, murid mula rasa yakin dan mudah untuk menjawab soalan penyelesaian masalah dalam Ujian Akhir Sesi akademik mereka RAJAH 19 RAJAH 20


6.0 REFLEKSI KAJIAN Setelah melakukan latihan sebanyak 3 kali dalam tempoh 2 minggu, terdapat perubahan positif dalam diri murid. Dalam Ujian Akhir Akademik saya dapat lihat Penggunaan Kaedah “BA CA BU CU” di aplikasikan dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah melibatkan operasi asas dan mereka dapat menjawab dengan tepat serta mendapat markah penuh bagi soalan itu berbanding sebelum ini. Saya amat berpuas hati dengan hasil jawapan dan pencapaian murid saya dalam menjawab soalan peperiksaan ini. 7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Saya rasa kajian keberkesanan kaedah ini boleh saya perkenalkan kepada kumpulan sasaran yang lain pula iaitu murid tahun 4 dan 5 . Rata-rata murid tahun 4 dan 5 masih belum dapat menguasai soalan berbentuk penyelesaian masalah melibatkan operasi asas. Kaedah ini perlu digunakan setiap kali latihan berkaitan penyelesaian masalah diberikan kepada murid di dalam kelas. Saya berharap supaya dengan adanya kaedah ini ia memupuk minat murid dan meningkatkan tahap motivasi murid untuk hadir ke sekolah untuk belajar subjek matematik. BIBLIOGRAFI Nasaliza Sanek. (2020). Meningkatkan kemahiran murid mengingat sifir menggunakan teknik “KOSI” ( Kotak Sifir). Laporan kajian tindakan guru SMKSA tahun 2020. Jilid 3. Bidang sains dan matematik. Jenny Layun Padin (2022). Kajian Tindakan kaedah kotak ajaib dalam matematik. Koleksi kajian tindakan SMK Patiamun, Sarawak 2022-2023 https://fliphtml5.com/btmki/togy/KOLEKSI_KAJIAN_TINDAKAN_SEPAl_2022_-2023/ Jamaliah Binti Ahmad (2012). Meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan murid tahun 4 UTM dengan kaedah “I- PALM Su Ve O”. SK Kota Kulai 2. Kajian tindakan Jabatan Pelajaran Johor. https://arjpnj.blogspot.com/2012/01/meningkatkan-kemahiran-menulis-ayat.html Norazlin Mohd Rusdin dan Mohd Uzi Dollah (2018). Keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat menggunakan strategi melukis gambar rajah dalam kalangan murid tahun 3 Sekolah Rendah. jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(2), 74–85. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2200 Albert Ling Nguong Baul , Muhammad Sofwan Mahmud ( 2021). Kemahiran Penyelesaian Masalah Matematik Berayat dalam Pembelajaran Matematik di Sekolah Rendah: Sebuah Tinjauan Literatur (Sentence-Based Mathematics Problem Solving Skills in Primary School Mathematics Learning: A Literature Review). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia. https://iltizamskg.blogspot.com/2010/02/abstrak-kajian-ini-dijalankan-untuk.html?m=1


Click to View FlipBook Version