NO MORE DRUGS FREE - DRUGS YOUR LIFE IS PRECIOUS DON'T LET DRUGS TAKE IT AWAYTake a standard and say no to drugs, Choose healty life and be happy NUR’AMANI BINTI NORDIN S71140 MISS NURUL ATIQAH BT AB RAJI COU 3203
ISI KANDUNGAN D ef inisi dadah 3 Sebab penga m bi lan dadah Jenis- jenis dadah Si m pto m -si m pto m dadah Kesan dadah Pencegahan dan ra w atan dadah D ef inisi penyalahgunaan bahan 4 5-6 7-17 18-19 20-25 26 2 Isi kandungan
Apa Itu Dadah ? Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung kepadanya(AADK,2024). Dadah juga adalah sejenis bahan yang boleh menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisma semasa pengambilan dadah. Dadah biasanya dibezakan dari makanan dan bahan yang memberikan sokongan nutrisi. Penggunaan dadah boleh melalui sedutan, suntikan, penyerapan melalui tampalan pada kulit atau melarutkan di bawah lidah. Bilangan pesalah dadah di Malaysia 11 Julai 2023 Siapa yang sering terlibat dengan dadah ?
DEFINISI PENYALAHGUNAAN BAHAN Penyalahgunaan gunaan bahan merujuk kepada penggunaan dadah secara tidak sihat atau merbahaya yang boleh membawa kepada masalah kesihatan, mental, sosial atau undang-undang. Hal ini melibatkan penggunaan dadah secara berlebihan atau digunakan tanpa preskripsi doktor. Penyalahgunaan bahan juga dapat merangkumi penggunaan dadah secara berulang-ulang walaupun telah mengetahui tentang kesan negatif terhadap kehidupan seharian seperti prestasi kerja, hubungan sosial dan kesejahteraan hidup (farhana,2011).
6 SEBAB Pengambilan dadah Kurangnya pengawasan atau perhatian dari ibu bapa juga dapat menjadi faktor yang memengaruhi seseorang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Tanpa pengawasan yang memadai atau komunikasi yang baik dengan orang tua, seseorang mungkin lebih mudah terpengaruh terhadap pengaruh negatif dari lingkungan sekitarnya. Pengaruh Rakan sebaya Seseorang yang ingin diterima dalam sesebuah kumpulan terpaksa mengikut jejak langkah rakan-rakannya. Oleh itu, jika mereka memilih rakan yang terlibat dengan dadah, maka mereka juga akan melakukan perkara yang sama. Ketidakstabilan emosi Seseorang yang mengalami stres atau tekanan hidup akan mudah terlibat dengan pengambilan dadah. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka ingin mencari ketenangan untuk mengatasi masalah emosi yang sedang dihadapinya. Tiada kawalan ibu bapa Persekitaran yang tidak sihat Golongan yang tinggal di kawasan atau persekitaran yang mudah untuk mendapat bekalan dadah akan mudah terjebak dengan aktiviti penagihan dadah. Sebagai contoh tinggal kawasan perumahan yang berdekatan dengan kawasan "hot spot" penjualan dadah.
6 SEBAB Pengambilan dadah Pengaruh media massa Situasi ini berlaku apabila seseorang pengaruh media massa mempromosikan penggunaan dadah di akaun mereka. Tindakan mereka ini menyebabkan ramai masyarakat akan turut melakukan perbuatan yang sama. Hal ini kerana mereka tidak mahu rasa ketinggalan dan mempunyai keinginan untuk merasai dadah yang dipaparkan di media sosial. Kurang pengetahuan agama Kurangnya pengetahuan agama menyebabkan seseorang itu mudah terpengaruh dengan anasir negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak mampu untuk membezakan sama ada perkara yang mereka lakukan akan memberikan kesan yang buruk atau kesan yang baik kepada diri mereka. Oleh itu, pengetahuan agama amat penting dalam kehidupan seseorang demi kesejahteraan hidup bersama
STIMULAN HALUSINOGEN J E N I S - J E N I S D A D A H OPIAT Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver Somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi Morfin dan seterusnya Kodein. Stimulan jenis Amfetamine (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas sistem saraf pusat atau Central Nervous System (CNS). Ia merupakan sejenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahanbahan kimia. Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria sensory perception dan pandangan visual. Ia menyebabkan halunisasi sehingga amat susah membezakan antara benar dan tidak benar.
DEPRESSANTS INHALANS J E N I S - J E N I S D A D A H GANJA Nama Saintfield tumbuhan ini ialah 'Cannabis Sativa'. Kanabis atau ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di pelbagai tempat. Tumbuhan ini juga dikenali sebagai marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud memabukkan. Dadah depressed merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri apabila dadah tersebut diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini sering digunakan sebagai ubat penenang, meredakan kesakitan dan memberikan tidur yang lena. Inhalans merupakan bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada bahan pelarut organik dan bahan meruap. Inhalans juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap. Apabila dadah ini dihidu atau disedut ia akan menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsang perubahan minda.
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik. Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : “M” , “White Powder” , “Monkey” , “Morpho” Opiat JENIS-JENIS DADAH OPIAT MORFIN HEROIN Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : “Fit” , “Fun” , tepung, cik putih, barang, “Penang pink”
Opiat JENIS-JENIS DADAH OPIAT CANDU KODEIN Candu adalah sejenis dadah yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk. Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : Ubat batuk
ECTASY Dadah ecstasy, atau MDMA, adalah dadah sintetik yang umumnya digunakan di lingkungan rekreasi karena kesannya yang merangsang dan empatogenik. Hal ini sering dikaitkan dengan kegiatan “clubbing” atau festival muzik, di mana kebanyakkan individu menggunakannya untuk meningkatkan suasana hati, tenaga, dan perasaan empati. Namun, penggunaan ecstasy juga memiliki risiko serius bagi kesihatan fisik dan mental. Dadah ekstasi juga dikenali sebagai ‘love drug’ , ‘yuppie drug’ , ‘pink lady’ dan ‘playboy’. KOKAIN S T I M U L A N Kokain adalah dadah yang berasal dari tanaman kokain. Penggunaan kokain dapat memberikan efek stimulan yang kuat dan membuat penggunanya bertenaga dan euforik dalam jangka pendek. Namun, penggunaan kokain juga memiliki risiko yang serius seperti ketergantungan fizikal dan psikologi, gangguan kesihatan mental. Pengambilan kokain secara berlebihan boleh menyebabkan kematian. Pemakaian kokain secara berlebihan juga dapat menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan tidur, panik attack, paranoid, dan masalah jantung.
AMPHETAMINE STIMULAN METHAMPHETAMINE Amfetamin adalah kelompok ubat stimulan yang termasuk dalam kategori ubat-ubatan terlarang jika digunakan tanpa perkripsi yang tepat. Beberapa contoh ubat-amfetamin yang sering disalahgunakan ialah Adderall dan Dexedrine. Penggunaan amfetamin yang tidak tepat atau berlebihan dapat menyebabkan kesan sementara yang diinginkan, seperti peningkatan tenaga, kewaspadaan, dan fokus. Namun, penggunaan berlebihan atau jangka panjang dapat memiliki impak yang negatif kepada kesihatan fizikal dan mental, Methamphetamine adalah jenis dadah stimulan yang termasuk dalam kelompok amfetamin. Dadah ini biasanya disebut dengan sebutan "meth," "crystal meth," atau "ice." Methamphetamine dapat ditemukan dalam bentuk kristal yang dapat dihisap, digunakan secara oral, atau dihirup.
HALUSINOGEN Dadah jenis LSD selalunya dipanggil ‘asid’ adalah sejenis dadah halusinogen yang kuat dan dijual dalam bentuk kertas blot berbentuk segiempat yang telah dititiskan dadah tersebut. Ia juga boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul dan cecair. Dadah ini tidak berbau, tidak berwarna dan berasa pahit. LSD merupakan dadah semi-sintetik yang dihasilkan dari asid lysergik yang didapati dari cendawan yang tumbuh pada tumbuhan gandum. Dadah psikedelik memberikan kesan halusinasi seperti keadaan sekeliling dan kesedaran penggunanya sedang mengembang. Pengguna juga merasakan perubahan pada ruang dan waktu serta kesemua deria menjadi lebih sensitif kepada warna, bunyi, sentuhan, rasa dan bau.Jika diambil dengan kerap dan berpanjangan akan menyebabkan pemikiran bercelaru, kehilangan kawalan diri, panik serta perasaan takut yang keterlaluan dan kemurungan.Secara fizikal dadah ini boleh menyebabkan anak mata mengembang, denyutan jantung laju dan tekanan darah meningkat. Selain itu, ia juga menyebabkan kurang selera makan, mengantuk, mulut kering dan tangan menggeletar (AADK,2020) (Facebook, n.d.). d-lysergic diethylamide (LSD) Phencyclidine (PCP) adalah sejenis dadah tiruan “dissociative” yang pada asalnya digunakan sebagai ubat bius tetapi telah dihentikan penggunaanya disebabkan kesan sampingan yang ketara seperti “postoperative delirium” dan halusinasi. Dadah ini juga dikenali sebagai “white crystalline powder” yang mudah larut dalam air dan alkohol dan dikategori sebagai “hallucinogen”. Penyalahgunaan dadah jenis ini mula dikesan di Amerika pada awal 1990an dikenali dengan pelbagai nama seperti “Angel dust”, ‘Rocket Fuel”, “Ozone”, “crystal”, dan “Tic Tac”. Kebiasaanya, nama dadah ini akan berubah apabila ianya diambil bersama dadah jenis lain sebagai contoh ganja yang dikenali sebagai “Supergrass”. PCP boleh didapati dalam bentuk serbuk, pil, kapsul, cecair atau hablur (Kristal). Penggunaan dadah ini sangat popular di kalangan belia dan remaja. Kajian “National Survey On Drug Use And Health” pada tahun 2011, mendapati 6.1 juta (2.4%) individu di Amerika Syarikat yang berumur 12 tahun dan ke atas pernah menggunakan PCP (Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, n.d.). pcp/angel dust
HALUSINOGEN magic mushroom Dadah kentamin merupakan dadah anestetik yang bertindak cepat dan mempunyai ciri-ciri yang dapat memisahkan fungsi otak daripada badan (dissociative).Hal ini menyebabkan otak tidak lagi memproses maklumat dari sistem saraf dan daya kesedaran akan berkurang lalu memyebabkan kesan halusinogenik. Kentamin boleh didapati dalam tiga bentuk iaitu serbuk putih,pil atau kapsul dan dalambentuk cecair.Kentamin dalam bentuk serbuk akan digunakan secara sedutan. Dadah kentamin dalam bentuk serbuk akan dilihat seakan-akan kokain tetapi mempunyai tekstur yang licin dan tidak berketul ketika basah. Kebayakan pengguna awal kentamin akan menggunakan dalam bentuk serbuk. Kentamin dalam bentukpil atau kapsul akan dilabelkan dengan jenama ectasy. Dadah kentamin dalam bentuk ini hanya akan memberi yang sederhana kepada penggunanya. Kentamin dalam bentuk cecair atau dikenali sebagai kentamin hidroklorida merupakan dadah anestetik yang digunakan dihospital di bawah jenama Kataset, Ketavet dan Ketalar (Ketamine, 2013). kentamin Cendawan ajaib atau ‘magic mushroom’ ini disalahgunakan kerana ia mampu memberi kesan halusinasi dan rasa seronok yang melampau sehingga dapat menyebabkan pengguna hilang kesedaran. Bukan itu sahaja penggunaan magic mushroom ini juga boleh mengubah persepsi, emosi dan pemikiran pengggunanya. Sebagai contoh, penggunanya akan merasakan 5 minit di dunia nyata seolah-olah seperti 2-3 jam di dalam dunia khayalan akibat daripada pengambilan dadah jenis ini. Antara spesis cendawan yang digunakan untuk memproses dadah ini ialah cendawan dari spesis Psilocybe cubensis, Psilocybe semilanceata dan Psilocybe baeocystis.Penyalahgunaan cendawan ini sangat popular di Mexico, Amerika Selatan dan di Amerika Syarikat. Pelbagai cara cendawan ini disalahgunakan oleh penggunanya (Penangan Cendawan Ajaib, n.d.). Antaranya termasuklah: ✺ Cendawan dimakan mentah atau dikeringkan ✺ Cendawan diminum dalam bentuk teh ✺ Pengambilan cecair bahan aktif Psilocybin atau dipanggil ‘Microdosing’ ✺ Dimasukkan ke dalam peranti seperti vape atau rokok.
GANJA kanabis herba minyak harnish resin getah kanabis Dikenali sebagai Ganja,Marjiuana/Grass,Pot/Weed,Bhang,Kit,Takrouri dan Dagga yang merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok Cannabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalambentuk blok atau sate. Bentuknya menyerupai tembakau walaupun warnanya lebih kehijau-hijauan. Resin getah kanabis atau hanish ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpul dikeringkan atau dibakar dan kemudiannya dijadikan dalam bentuk blok atau kadang-kdang dicampurkan dengan lilin. Minyak harnish merupakan minyak tar yang dihisap bersama rokok atau ganja. Minyak harnish diperoleh melalui proses kimia yang dijalankan berulang kali ke atas ganja atau hanish. Minyak hanish ini tidak larut dalam air dan akan bertambah pekat jika terdedah kepada udara.
pil tidur/transkuiliser Pil tidur atau tranqulizers adalah ubat yang digunakan untuk membantu seseorang tidur dengan tenang dan mengurangi aktiviti otak. Ubat ini sering digunakan dalam rawatan gangguan tidur seperti insomnia , tetapi penggunaan mereka harus dilakukan dengan hati-hati dan di bawah pengawasan doktor kerana berpotensi untuk memberi kesan sampingan dan meningkatkan risiko ketergantungan terhadap ubat tersebut. DEPRESSANT nama jalanan Downers, dormi, ludes, blues, goofball, red devil, blue devil, yellow jacket, yellows bullets, pink ladies, chrismast trees dan peanut.
inhalans Dadah jenis ini boleh didapati dalam produk rumah seperti cat, aerosol, gam, petrol dan sebagainya. Dadah jenis ini boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka atau dengan menggunakan kain yang telah direndam ke dalam kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran dengan muka. Selain itu, kain tersebut juga boleh diletakkan ke dalam plastik terlebih dahulu sebelum dihidu. Aerosol Cat Petrol Gam
SIMPTOM PENAGIHAN DADAH Mata merah / anak mata mengecil Badan atau anggota menggeletar Kerap bersin dan hiding berair Berat badan turun dan Naik secara tibatiba
SIMPTOM PENAGIHAN DADAH Penampilan merosot Nafas berbau Kurang kosenstrasi Hidung kerap berdarah
Individu yang terlibat dengan dadah akan mula mengabaikan kebersihan diri. Oleh itu, keperibadian akan tidak terurus. Kesan Pengambilan dadah I n d i v i d u Kelihatan letih,kusam dan mamai . Kehilangan keluarga dan rakan Individu yang terlibat dengan dadah akan disisih dari keluaraga. Hal ini dikatakan demikian kerana perbuatan penagih dadah initelah menconteng arang di muka ahli keluarga. Kehilangan pekerjaan Individu terlibat dengan dadah akan kehilangan pekerjaan. hal ini kerana mereka mula mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pekerja menyebabkan segala kerja yang diberikantidak dapat disiapkanpada masa yang ditetapkan.
Kesan Pengambilan Masyarakat Masyarakat akan mengalami kesan ekonomi negatif akibat penyalahgunaan dadah, seperti kehilangan produktivitas kerja, peningkatan kos penjagaan kesihatan, dan beban kewangan akibat rehabilitasi atau perubatan.Sumber dan sokongan masyarakat juga mungkin terpakai untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah, meninggalkan kurangnya sumber untuk pembangunan lain seperti pendidikan, kesihatan, dan infrastruktur. Pesalah dadah akan cuba untuk mendapatkan wang dengan cara yang cepat bagi mendapatkan bekalan dadah.Oleh itu, mereka sanggup mengambil tindakan yang boleh membahayakan masyarakat seperti merompak, mencuri, meragut dan membunuh dadah JENAYAH PERPADUAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT TERJEJAS PERSENGKETAAN DAN PERSELISIHAN FAHAM ANTARA MASYARAKAT Individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah sering menghadapi stigma sosial dan diskriminasi, yang boleh menyebabkan persengketaan dan ketidakseimbangan dalam interaksi sosial. Ini boleh menghalang mereka daripada mendapatkan sokongan dan peluang yang diperlukan untuk pemulihan. Penyalahgunaan dadah dapat menyebabkan masalah kesehatan masyarakat yang serius, seperti penyebaran penyakit menular seperti HIV dan hepatitis B dan C melalui jarum suntik bersama, overdosis yang mengancam jiwa, dan kerusakan organ jangka panjang. KESIHATAN MASYARAKAT TERJEJAS
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA FISIOLOGI Jangka Pendek Jangka Panjang Pening. Loya. Sakit Kepala. Lemah Otot Badan. Pertuturan Tidak Jelas. Tiada Perasaan. Kesukaran Berfikir. Gangguan Penglibatan. Kehilangan Deria Bau. Kurang Pendengaran. Organis Brain Damage (Dementia). Kerosakan Kekal Sistem Saraf, Hati, Buah Pinggang, Otot dan Sum-sum Tulang.
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA PSIKOLOGI Jangka Pendek Jangka Panjang Gian. Merasai Keluh Kesah. Perasaan Amat Derita. Melambatkan Tindak Balas Terhadap Rangsangan. Menganggu Fungsi Otak Dari Segi Persepsi Jarak Ruang Dan Masa.
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA SOSIOLOGI Jangka Pendek Jangka Panjang Hilang minat terhadap kehidupan seharian. Harapan ibu bapa musnah. Disisihkan oleh keluarga. Menghalang pembangunan ekonomi . Kehidupan masyarakat terjejas. Peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.
PENCEGAHAN DAN RAWATAN DADAH PENCEGAHAN RAWATAN Menerapkan regulasi yang ketat terhadap produksi, distribusi, dan akses terhadap narkoba, serta meningkatkan pengawasan terhadap peredaran narkoba ilegal. Regulasi dan pengawasan Program komuniti Mengembangkan program-program komuniti yang mendukung gaya hidup sihat, memfasilitasi akses terhadap kegiatan positif, dan memperkuat jaringan sosial yang positif. Kaunseling dan Terapi Menyediakan layanan kaunseling dan terapi psikologi untuk membantu individu mengatasi masalah psikologi, emosi, dan perilaku yang terkait dengan penyalahgunaan dadah. Sokongan Sosial Memfasilitasi sokongan sosial melalui kaunseling kelompok, program pemulihan, dan reintegrasi sosial bagi individu yang telah mendapatkan perawatan. Pencegahan Awal Pihak berwajib melakukan pemeriksaan berkala di kawasan yang disyaki sebagai kawasan penagihan dadah. Mereka boleh melakukan ujian syaringan air kencing di insitusi kerajaan, insitusi swasta dan sekolah Terapi dadah Untuk beberapa jenis kebergantungan, terapi penggantian dadah boleh digunakan. Ini melibatkan penggunaan ubat-ubatan yang lebih selamat dan lebih stabil untuk menggantikan dadah yang lebih berbahaya.
RUJUKAN farhana(2011,September7).IsuPenyalahgunaanDadah.PORTALMyHEALTH.http://www.myhealth.gov.my/isu -penyalahgunaan-dadah/ Facebook(n.d.).www.facebook.com.RetrievedMay8,2024,fromhttps://web.facebook.com/aadksentul/posts /lsd-acid-mushroom-tak-pernah-dengar-punjom-kenali-dadah-jenis-psikedelik/1451766901686339/? _rdc=1&_rdr Terlarang, B.-B. (n.d.). DADAH. https://www.adk.gov.my/wp-content/uploads/Risalah-Jenis-Dadah.pdf Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia. (n.d.). MYCDCGP - Garispanduan Pengendalian Penyalahgunaan Amphetamine Type Stimulant ATS dan Psikostimulant Lain di Peringkat Primer dan Komuniti. BKPKKM Ketamine. (2013, July 30). SlideShare. https://www.slideshare.net/abunajat/ketamine-24784527 Penangan Cendawan Ajaib. (n.d.). Penawaracun.usm.my. https://penawaracun.usm.my/bil-66/1243- penangan-cendawan-ajaib 1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH. (2015, August 9). SlideShare. https://www.slideshare.net/2iswara14/1- malaysia-membanteras-dadah-51428214