SINOPSIS BAB 1
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka
yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma
adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei,
berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan
Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka
bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di
rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir
mula berasa ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma tetapi
Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa
yang sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek pengubahsuaian
mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul
tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan
mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan
Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan projek tersebut.
SINOPSIS BAB 2
Aswan merupakan dua pupu Amir dan Usamah,mereka berasa tercabar apabila mengetahui Amir dan Usamah akan
mencipta mesin 2 dalam 1.Dia ingin menyaingi mereka kerana mereka tidak mahu Amir dan Usamah melebihi mereka.Aswan
juga berasa tidak senang apabila orang lain lebih daripadanya kerana dia tidak ingin dipandang rendah oleh rakannya.
Mereka juga tahu bahawa kerja ini memerlukan banyak wang.Tetapi Aswan meyakinkan mereka agar tidak risau kerana ayah
Aswan seorang ahli perniagaan yang berjaya.Mereka tiada formula yang diperlukan sebagai panduan dan malahan teori yang
Aswan tahu sewaktu belajar di politeknik juga tidak mencukupi.Malah Aswan bertekad untuk bersaing bagi mendapatkan
nama sebelum Amir dan usamah.lalu,Aswan mendapat idea untuk mengubah suai mesin cangkul tanah kepada mesin
penanam padi,mereka yakin bahawa idea Aswan mampu mendahului Amir dan Usamah.
Majibon lalu mengajak Aswan untuk berjumpa Amir dan Usamah untuk bertanya tentang formula tersebut,tetapi Aswan
membantah kerana dia berasa jika mereka pergi berjumpa dengan Amir dan Usamah,mereka akan kelihatan tidak cerdik.Fikri
berkata apa salahnya jika kita bertanya kepada mereka untuk formula,Aswan membantah walaupun dia tahu yang mereka
tidak boleh meneruskan projek tersebut tanpa formula dua hukum popular termodinamik itu.Fikri pun berkata tidak salah
jika Amir dan Usamah menempa nama di kampung mereka.
Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun masalahnya ialah mereka tidak mempunyai
formula.Fikri dan Majibon tidak pernah belajar dalam bidang kejuruteraan,hanya Aswan seorang yang pernah belajar teori
kejuruteraan,waktu di politeknik Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan Usamah dengan sedikit pengetahuannya.
SINOPSIS BAB 3
Semasa Aswan,Majibon,dan Fikri tiba di rumah Amir dan Usamah , mereka sedang mengubah suai mesin rumput.Majibon memuji
mesin mereka tetapimenurut Amir mesin itu Cuma perlu diubah suai . Pemasangannya telah siap dan hanya perlu ditambah tenaga
sahaja.
Majibon menunjukkan minatnya terhadap mesin Amir. Menurut Amir, mesin itu dinamakan mesin 2 dalam 1 yang menggunakan
kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA, iaitu singkatan bagi Sabah dan Malaysia kerana mesin ini ciptaan orang Malaysia walaupun
negara asal mesin itu ialah China.
Menurut Amir lagi, pergerakkan mesin itu dikawal berpadukan suhu. Amir juga menunjukkan angkan digital yang perlu ditekan
semasa mesin beroperasi. Angka satu dan dua untuk perlahankan mesin, angka tiga untuk melanjutkan manakala angka sifar untuk
mematikan mesin.
Amir menunjukkan cara penggunaan mesin tersebut yang terdapat butang naik untuk mencangkul dan menggembur, butang bawah
untuk memotong rumput dan butang pelepas untuk pengendalian mesin.
Majibon bbertanyakan Adnin dan Zaid kerana selalunya meraka bersama sama Amir dan Usamah. Usamah memberitahu bahawa
mereka sedang mengumpulkan baja tani lembu. Fikri meminta izin untuk menyertai Amir dan Usamah dalam mengubah suai mesin
dua dalam satu itu.
Aswan mengajak rakan rakanya untuk pulang walaupun Fikri memberitahu bahawa mereka belum mendapatkan formula daripada
Amir dan Usamah namun Aswan tetap mahu pulang. Zaid,Adnin dan Asma kehairanan apanila melihat kedatangan Aswan dan rakan
rakannya. Adnin mengatakan bahawa mereka dating untuknmengintip mereka tetapi disangkal oleh Usamah.
Asma cuba mengalihkan perbualan merekadan mengatakan bahawa orang kampong pasti suka akan mesin ciptaan mereka kerana
dapat meringankan kerja kerja mereka. Tiba tiba ,Zaid mengajak mereka pergi memancing memandangkan mesin mereka pun sudah
siap diubah suai.
SINOPSIS BAB 4
Amir berasa geram kerana telah berjam - jam mata kailnya dibenamkan ke dalam tasik , tetapi belum ada seekor ikan pun yang dia
dapat. Tambahan pula dengan kelewatan rakan - rakannya , terutama sekali Asma membuatkan perasaan geramnya membuak - buak.
Kelewatan mereka membuatkan Amir risau. Amir berasa lega kerana Asma telah sampai sambil membawa bakul. Amir masih kecewa
kerana dia masih belum berjaya mendapatkan seekor ikan pun. Asma mengeluarkan beberapa bekas kuih dari bakul yang dibawanya.
Asma cuba untuk menenangkan keadaan , Amir menceritakan tentang perilaku buruk Aswan semasa belajar di Politeknik Kuching ,
Sarawak. Mereka semua memberi pendapat untuk membantu Aswan untuk berubah. Amir berkata bahawa Aswan mempunyai
seorang abang di luar negara. Asma tidak suka soal peribadi keluarga Aswan diungkit. Nama abang kepada Aswan adalah Asman dan
dia belajar di United Kingdom. Adnin tidak suka akan Aswan dan tidak mahu membenarkan Aswan untuk menyertai mereka. Tiba -
tiba kail Amir bergerak - gerak dan Amir berjaya mendapatkan lagi seekor ikan.
Setelah kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap. Zaid dan Adnin mengajak Amir dan Usamah pergi memancing. Usamah ade
membawa kuih penyaram dan baulu. Kuih yang di bawa oleh Usamah merupakan kuih kegemaranya. Selepas lama menunggu ,
umpan Amir terkena. Usamah membantu Amir untuk membuka mulut ikan yang tersangkut pada mata kail dan melepaskan ikan itu
ke dalam jerangkap yang berbingkai besi. Usamah menyedari ketiadaan Zaid dan Adnin.Mereka ingin mencipta mesin baharu iaitu
mesin menanam padi untuk memudahkan semua orang. Zaid menuduh Azwan yang mencuri baja subsidi orang kampung. Amir
menegur Zaid kerana menuduh tanpa bukti.
SINOPSIS BAB 5
Hari kian petang , warna merah jingga mula melengket tipis pada dada langit . Tompok - tompok awan kelabu
bearak perlahan lahan . Aswan kelihatan tersenyum seperti kerang busuk sambil menaip sesuatu di
komputernya . Satu per satu maklumat yang diinginya selama ini mula muncul pada skrin . Ya , semestinya .
Maklumat yang diingini nya itu adalah Dua Hukum Popular Termodinamik Formula . Dalam keadaan gembira
dan senang hati , Aswan terus memberitahu Majibon dan Fikri tentang hal itu. Aswan memberitahu Fikri Dan
Majibon tentang Formula Termodinamik yang didapatkannya.Selepas itu, Fikri meminta kebenaran Aswan
untuk melihat formula itu dengan lebih jelas. Seterusnya Aswan berfikir misalnya, pisau pemotong rumput itu
digantikan dengan tangan robot. Kemudian Aswan membawa Fikri Dan Majibon ke meja komputernya. Aswan
menunjukkan mesin asal dengan grafik yang diubah suai. Dua grafik mesin yang berbeza tertera di dalam
komputer Aswan.Aswan menunjukkan grafik mesin rumput yang bakal di ubah suai oleh mereka. Mereka akan
mewujudkan dua tangan robot, satu tangan akan mengampu bundle padi manakala tangan yang satu lagi akan
menyekah dua atau tiga benih padi dan dengan sendirinya akan beroperasi menanam padi. Mesin itu juga akan
diawasi oleh manusia.Cara pergerakan mesin adalah dengan memegang bahagian pangkal dan biarkan
hujungnya beroperasi dengan sendiri.
Dengan menggunakan mesin itu, petani tidak perlu membongkok untuk menanam padi. Mereka hanya perlu
berdiri lurus dan memegang pangkal mesin. Majibon dan Fikri tidak menyangka bahawa Aswan begitu bijak
biarpun dia tidak menghabiskan pengajiannya di politeknik. Majibon hendak melihat formula yang
dimaksudkan. Aswan menyerahkan pemacu pena kepada Majibon dan mereka menelitinya bersama-sama.
SINOPSIS BAB 6
Amir gelisah apabila menyedari bahawa pemacu penanya telah hilang. Pemacu pena itu mengandungi formula
dua hukum popular termodinamik yang lengkap.
Puas Amir, Asma, dan Usamah mencarinya. Sangat mustahil jika ada orang yang masuk ke rumah nenek mereka
lalu mencurinya. Usamah meminta Amir untuk meminta formula itu semula daripada Profesor Othman tetapi
Amir enggan kerana dia malu akibat kecuaiannya, formula yang telah diberikan itu telahpun hilang.
Dia terlupa untuk menyimpan pemacu pena itu selepas menggunakannya. Dia juga risau nenek akan kecewa
dengannya kerana tidak dapat menyiapkan tapak semaian menggunakan mesin ciptaannya seperti yang telah
dijanjikan.
Amir menuju ke arah bukit dan mendakinya. Dia melepaskan tekanannya di situ dengan menjerit sekuat hati.
Usamah mengekorinya kerana bimbang jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.
Usamah menasihati amir supaya pergi ke masjid untuk memohon dan berdoa kepada-nya. Amir mengajak
Usamah pulang ke Putatan pada malam itu juga selepas mereka selesai solat maghrib.
SINOPSIS BAB 7
Mereka sampai di rumah Amir pada jam 12:00 tengah malam. Mereka ke pejabat persendirian Damit, iaitu
pejabat bapa Amir. Sebaik menghidupkan komputer, data Formula Termodinamik di paparkan pada skrin.
Terdapat juga paparan data syarikat ayah Amir, iaitu Syarikat Bahagia. Tiba-tiba, data Syarikat Bahagia muncul
satu per satu di skrin komputer walaupun data itu tidak dibuka oleh mereka. Amir panik kerana dia sedar ada
orang yang cuba mencuri data syarikat bapanya. Mereka sedaya upaya menyekat pengaliran maklumat keluar
dengan menerbitkan kod baharu.
Usamah berjaya menerbitkan kod baharu bagi menyekat pengaliran data keluar tetapi sekatan itu mungkin
hanya untuk sementara sahaja. Mereka dapat mengesan lokasi penjenayah komputer itu. Penjenayah
komputer itu berada di Papar. Mereka tidak dapat mengagak orang yang mencuri data syarikat ayahnya. Pada
mereka, kemungkinan orang yang sama mencuri data Formula Termodinamik.
Usamah menolak kemungkinan bahawa Zaid dan Adnin yang mencurinya kerana mereka berdua tidak tahu
menggunakan komputer. Pada masa yang sama, Aswan kecewa kerana tidak berjaya mencuri data Syarikat
Bahagia. Dia kesal kerana tidak bijak menggunakan komputer. Barulah Majibon dan Fikri tahu bahawa formula
yang dimiliki oleh mereka untuk pengubahsuaian mesin ciptaan mereka ialah formula yang dicuri oleh Aswan.
SINOPSIS BAB 8
Amir dan Usamah pulang semula ke Kampung Warisan . Mereka sangat
gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin yang sedang menolong
neneknya di tapak semaian . Adnin aedang menolak 2 dalam 1 mesin
untuk menyediakan tapak semaian . Nenek tersenyum bangga .
Intan telah memasuki sebuah bilik yang diduduki oleh Amir dan
Usamah.Mereka sedang menyiasat seorang penjenayah yang hampir
bocorkan maklumat Syarikat Bahagia
Ibu Amir , Intan sangat terkejut setelah diberitahu oleh Amir tentang
pencerobohan data Syarikat Bahagia . Namun Amir masih lagi tidak
berpeluang untuk memberitahu ayahnya kerana ayahnya berada di
Manila atas urusan perniagaan .
SINOPSIS BAB 9
Musim menanam padi pun tiba.Orang orang kampung datang menolong menanam padi di
sawah nenek.Tiba tiba Adnin menanyakan mesin ciptaan Aswan yang belum kelihatan
bayangnya.Adnin berharap Aswan muncul dengan model ciptaanya. Amir menegur dan
melarang Adnin daripada mengumpat.Adnin mengatakan bahawa Aswan tu pandai cakap
sahaja dan semua orang kampung mengenali sikap Aswan itu.Aswan hanya ingin menyaingi
amir dan Usamah.Usamah berkata persaingan sihat itu tidak memudaratkan sesiapa,sebaliknya
akan mem a jukan diri sendiri. Zaid mengatakan kebaikan menggunakan baja tahi lembu kerana
batang padi mudah menjadi gemuk.Usamah memberitahu bahawa baja asli bukan sahaja baik
untuk tu m buh tumbuhan malahan boleh menjimatkan kos perbelanjaan.Tambahnya lagi,
gabungan baja asli dan baja kimia ada keseimbangan kerana baja asli dapat menyuburkan
tanaman manakala baja kimia dapat mengawal virus penyakit tumbuh tumbuhan. Tiba tiba
suasana hingar bingar.Mereka berlari kearah kejadian da nenek jat u n mendapati h terjelepok
ke dalam paya.Amir dan Usamah meluru di celahcelah orang ramai.Amir memandang
Usamah.Usamah memegang pergelangan tangan nenek untuk mengesan denyutan nadi
nenek.Amir menggunakan kepakaranya sewaktu dalam kumpulan pengaka p. Tiba tiba nenek
mengerang.Usamah meletakan tangan ke leher nenek untuk mengesan nadinya.Degupan
jantung Amir berbaur debaran memikirkan neneknya yang terlantar.Nenek diusung keluar.Van
meluncur laju.
SINOPSIS BAB 10
Doktor menerangkan bahawa nenek menjalani penbedahan kecil pada
buku lalinya untuk memastikan tidak ada pendarahan dan bagi
mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Setelah hampir dua jam,
nenek akhirnya selesai menjalani pembedahan. Semua ahli keluarga
Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta Usamah turut berada di hospital
menemani nenek. Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih
sayang daripada anak cucunya. Nenek terasa badannya menjadi sihat
walaupun pada hakikatnya, nenek masih lemah.
SINOPSIS BAB 11
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi
banyak masanya dihabiskan di hadapan komputer. Dia tidak berpuas hati selagi
pencariannya belum berhasil. Aswan cuba meramal beberapa nombor digital
sehinggalah dapat ditembusi. Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu muncul
semula. Pengaliran data itu tidak dapat disekat lagi . Aswan terpukau melihat
jumlah aset syarikat tersebut. Dia sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut
kepada Majibon. Aswan bercadang memindahkan wang sejumlah RM1.3 juta itu
kedalam akaunnya. Majibon membantah keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama.
Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil RM10,000.00 sebagai modal
menjalankan projek mereka. Fikiri pula menentang hasrat Aswan dan
mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika kerja serta bersaing secara
sihat, Dalam masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan data
syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran data
tersebut dan cuba menyekatnya. Akhirnya, mereka semua menyiasat perkara ini.
SINOPSIS BAB 12
Intan berasa risau kerana Amir dan Usamah tidak pulang sejak dari pagi . Setelah bunyi kereta kedengaran , Intan bergegas
membuka pintu untuk menyambut suaminya pulang iaitu Damit . Intan juga berasa hairan kerana selalunya Amir akan
memberitahunya jika ingin pulang lewat . Setelah itu , Damit menenangkan Intan dengan menyatakan bahawa Amir sudah besar
panjang dan pandai menjaga diri . Intan juga terbayang muka Amir yang tampak resah dan kecewa sewaktu bersama-sama
menghantar Damit di perkarangan rumah . Damit terjaga dan menyapu dan menyapu muka setelah Intan mengejutkannya apabila
pertanyaannya tidak terjawab.Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi gagal
kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat syarikat mereka. Pada masa
yang sama Amir dan Usamah telah kembali semula ke Kampung Warisan. Nenek mereka telah beransur sihat dan akan keluar dari
hospital. Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh ramai orang.
Adnin memberi tahu bahawa Asma tidak berada di rumah kerana mengikut kakaknya ke Kampung Pimping. Mereka tidak tahu bila
Asma akan pulang. Adnin memecahkan suasana sunyi dengan cerita terbaharu. Usamah mengharapkan berita itu menyenangkan
Amir dan mereka semua. Intan bimbang akan keselamatan Amir dan sepupunya itu. Zaid mengatakan bahawa mereka telah dapat
mengesan penjenayah di kampung tersebut. Zaid mengatakan lagi bahawa penjenayah tersebut menyembunyikan barang-barang
yang dicuri di sebuah pondok usang, tidak jauh dari pangkalan. Amir bertanya adakah mereka dapat mengesan penjenayah di
kampung tersebut. Adnin dan Zaid mengangguk. Zaid memberitahu bahawa bukan sahaja baja yang dicuri, tetapi barang lain seperti
kaset, video, pemacu pena dan banyak lagi barang curi yang lain.Usamah menyinggul siku Amir Sambil menanyakan soalan.Amir
menjawab persoalan tersebut.Amir terpaku pada mesin 2 dalam 1 yang digunakan bapa Zahid untuk membajak tanak di belakang
rumahnya.Amir bangga kerana hasil ciptaan mereka telah berbakti kepada penduduk kampung warisan.mesin 2 dalam 1 dapat
menggantikan cangkul dan traktor.Usamah tiba-tiba menanyakan soalan pada adnin.adnin menyahut.dia memandang Zaid dan Zaid
setuju.amir memandang Usamah dalam cahaya redup senja,kulit Amir yang sawo matang agak cerah.Usamah bertanya dan Adnin
membalas.wajah Zaid dan Adnin ditatap.mereka mendengar penerangan Amir dengan penuh perhatian.mereka semua mengangguk
setuju.
SINOPSIS BAB 13
Setelah merancang beberapa strategi dan membuat persiapan selamat
dua hari , Amir dan rakan rakan memulakan misi.Mereka meredah
malam yang gelap. Bunyi dahan patah ditimpa sesuatu jelas
kedengaran. Dalam hampir setengah jam, akhirnya mereka sampai di
tempat yang ingin dituju. Kemudian mereka berpecah. Amir mengintai
di celah celah pondok .Ada dua orang pemuda yang rancak berborak .
Amir memberi isyarat untuk menghidupkan bunyi Anning menyalak.
Baru dua pemuda itu ingin keluar. Dari pondok mereka terdengar suara
Usamah yang mereka telah dikepung. Akhirnya kedua dua permuda itu
ditangkap.
SINOPSIS BAB 14
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa
operasi penangkapan dua orang pemuda di pondok berhampiran dengan
pangkalan.
Amir dan Usamah berasa kehilangan Formula Termodinamik ada kaitan dengan
CD tersebut.
Tiba-tiba ada e-mail masuk. Orang yang tidak kenali menghantar mesej minta
maaf.
Mereka kehairanan dan mengesyaki itu lah orang yang telah mencuri formula
mereka. Mereka cuba bertanya tentang penghantar e-mail itu tetapi tiada jawapan.
Kemudian Zaid datang membawa berita bahawa Asma akan berkahwin. Adnin
pula menyusul dalam keadaan basah kuyup dan mengajak mereka membantu
memindahkan orang kampung kerana air telah naik melepasi satu meter
SINOPSIS BAB 15
Aswan, Majibon dan Fikri telah dihanyutkan oleh arus deras. Mereka berusaha untuk
menyelamatkan diri. Aswan telah berpaut pada sebatang kayu yang agak besar. Dia tercari-cari
rakan-rakannya. Tidak lama kemudian, Fikri dan Majibon pun berpaut pada batang kayu yang
sama. Mereka amat menyesal kerana tidak mendengar larangan ibu Aswan daripada
menghadiri majlis sempena Hari Krismas. Pada pendapat mereka mungkin bencana itu balasan
daripada Allah. Mereka amat menyesal. Mereka amat berharap agar ada orang yang
menyelamatkan mereka. Kedengaran sayup-sayup suara orang memanggil nama mereka tetapi
sahutan mereka tidak didengari oleh pasukan penyelamat kerana ditenggelami oleh bunyi angin
yang kencang dan hujan yang lebat. Fikri sudah semakin tidak berdaya begitu juga Majibon.
Mereka hanya berserah dan membiarkan diri mereka dihanyutkan oleh arus deras.
Tiba-tiba, Amir, Zaid, Usamah dan Adnin menemukan mereka. Mereka berusaha untuk menarik
Aswan dan rakan-rakannya naik ke dalam bot dan dihantar ke khemah yang didirikan Amir.
Apabila Aswan sedar, orang pertama yang dilihat ialah Amir. Dia meminta maaf kepada Amir
kerana telah mengkhianati persahabatan mereka. Dia juga memberitahu bahawa dialah yang
mencuri storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan hampir memindahkan
aset syarikat bapa Amir ke akaun bapanya. Kini, barulah Amir tahu bahawa Aswanlah orang
yang menhantar e-mel kepadanya. Amir memaafkan Aswan.
SINOPSIS BAB 16
Amir dan Usamah ditawarkan melanjutkan pelajaran dan mendapat biasiswa kerana kejayaan
mereka memenangi Anugerah Saintis Muda dengan mencipt projek mesin 2 dalam 1. Mereka berasa
amat bangga.
Kelihatan ramai sanak saudara yang berkumpul di lapangan terbang bagi menghantar Amir dan
Usamah. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan mereka berdua. Aswan datang dan memberikan
bungkusan kecil kepada Amir dan Usamah. Mereka saling bersalaman apabila mendengar
pengumuman pertama keberangkatan bergema. Sebelum melangkah ke balai pelepasan, Asma
datang membawa dua jambak bunga untuk Usamah dan Amir. Usamah mengucapkan terima kasih
kepada Asma. Asma menoleh memandang Amir pula. Usamah memberi peluang untuk Asma dan
Amir berbicara. Asma menyatakan bahawa tidak semua perkara yang kita impikan akan menjadi
kenyataan. Kenyataan balas daripada Asma menyedarkan Amir bahawa perasaannya tidak bertepuk
sebelah tangan. Semuanya sudah terlambat dan Amir tidak mahu emosi menguasai perasannya. Amir
menyedari bahawa menyatakan perasaan pada saat-saat genting ini telah terlewat dan perasaan
cintanya dibiarkan terpendam.
Pengumuman terakhir keberangkatan seolah-olah menydarkan Amir. Amir menoleh dan melihat kaum
keluarga dan rakan-rakannya melambai-lambaikan tangan. Amir terasa berat hati untuk melangkah.
Amir cuba mengawal emosi. Dia terus melangkan dengan penuh nekad untuk meneruskan
perjuangan bersama-sama Usamah. Mereka akan pulang membawa sebuah kejayaan yang
gemilang.
TEMA
Tema novel ini adalah cabaran hidup remaja dalam usaha mengubahsuai mesin terpakai yang boleh
dimanfaatkan oleh penduduk kampung. Hal ini dibuktikan menerusi watak Amir dan Usamah yang
ingin mengubahsuai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah dengan bantuan
Profesor Othman yang meminjamkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Apabila usaha
tersebut diketahui oleh Aswan, lelaki tersebut ingin menyaingi rakannya itu dengan mencipta model
yang sama tetapi berbeza fungsinya. Aswan melakukan jalan pintas dengan mencuri Formula Dua
Hukum Popular Termodinamik.
PERSOALAN
1. Rasa kecewa apabila orang yang dikasihi akan berkahwin dengan orang lain.
CONTOHNYA: Amir berasa kecewa apabila mendapat tahu Asma akan berkahwin dengan Asman
menyebabkan dia terjelopok lalu tapak tangannya luka.
2. Sikap iri hati terhadap kebolehan orang lain.
CONTOHNYA: Aswan berasa tergugat apabila mendapat tahu Amir dan Usamah boleh mengubahsuai
mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah. Dia juga yakin mampu mencipta mesin yang
boleh berfungsi menanam padi, lalu mencuri Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
3. Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan diri.
CONTOHNYA: Fikri dan Majibon berakhlak mulia, tetapi sanggup bersekongkol melakukan perbuatab yang
negatif hasil persahabatannya dengan Aswan.
4. Mengambil jalan singkat untuk kesenangan diri sendiri sehinggakan menyusahkan orang lain.
CONTOHNYA: Lahop dan Oyong mencuri harta pertanian penduduk Kampung warisan sehingga
menyusahkan penduduk kampung.
WATAK DAN PERWATAKAN
Amir, Usamah, Asma, Aswan, Majibon
Berdasarkan novel yang telah saya kaji Formula Termodinamik yang dikarangkan oleh Obasiah Haji
Usman. Terdapat beberapa perwatakan yang ditonjolkan oleh watak utama iaitu Amir. Amir merupakan
seorang remaja yang kreatif dan inovatif.
Selepas itu, Usamah ialah sepupu dan rakan baik Amir. Beliau juga mahir mengedalikan komputer. Amir
dan Usamah merancang untuk membina satu peralatan yang boleh membantu petani. Pada muka surat
vii. Selepas itu, Asma yang merupakan gadis berdarah kacukan Dusun dan Brunei dan duapupu Amir dan
Usamah. “Kita telah meningkat remaja. Banyak yang berubah dalam hidup kita. Usamah tinggal di Perak,
kau tinggal di Putatan dan aku, seorang di sini.” syu suara Asma. Petikan ini diambil pada muka surat 3.
Selain itu, Aswan seorang anak ahli perniagaan yang berjaya, suka berfoya-foya tetapi dia mempunyai
sifat yang pemurah hati dan mempunyai seorang abang iaitu Asman yang menuntut di Umited Kingdom.
“Aku hendak mencipta model yang sama, tetapi berbeza fungsi. Jika Amir dan Usamah boleh, mengapa
kita tidak boleh?” Aswan duduk semula di atas batu besar. Petikan ini diambil pada muka surat 9.
Akhir sekali, Fikri seorang rakan baik Aswan. Beliau merupakan rakan yang setia dan gemar menasihati
dengan perkara yang baik. “Model apakah yang hendak engkau cipta?” tanya Fikri. petikan ini juga
diambil pada muka surat 9.
WATAK DAN PERWATAKAN
Fikri, Adnin dan Zaid, Intan, Damit
Terdapat beberapa watak dan oerwatakan yang ada di dalam novel Formula
Termodinamik. Antaranya ialah watak Fikri, Fikri adalah rakan baik Aswan dan juga
seorang yang setia. Selain daripada setia, Fikri juga beperwatakan seorang yang
sangat suka menasihati rakan-rakannya menggunakan perkataan yang baik dan
sopan. Watak seterusnya pula ialah Adnin dan Zaid, perwatakan mereka berdua
adalah sangat baik hati kerana selalu bersama Amir dan Usamah ketika susah.
Mereka berdua sedanng menunggu keputusan SPM. Selain daripada watak-watak
di atas, ada juga watak Intan. Intan adalah ibu kepada tiga orang anak iaitu Amir,
Joy dan Lily, beliau juga seorang isteri kepada Damit. Pekerjaan Intan pula adalah
sebagai pegawai kanan di Jabatan Alam Sekitar. Fakta bonus tentang intan adalah,
beliau seorang ibu yang sangat prihatin kepada anaknya. Watak terakhir adalah
Damit, suami kepada Intan dan ayah kepada Amir, Joy dan Lily. Damit mempunyai
badan yang gempal dan berkulit cerah. Usia beliau telah menjangkau 40an dan
beliau juga seorang ahli perniagaan.
LATAR MASA
1. Embun pagi nan jernih perlahan-lahan melurut jatuh, lalu daun-daun bergetar dan berkilauan
apabila dipanah sinaran mentari. Amir berlari-lari mengelilingi sawah padi, dihadapan rakan-
rakannya sedang mendahului. (M/S 1)
2. “ Yalah, dalam beberapa hari ini kita asyik bekerja, sesekali kita keluar ambil angin. Betulkan, Kak
As?” zaid memandang Asma. (M/S 23)
3.Dalam masa setahun mereka tinggal bersam-sama dengan Aswan, pelbagai karenah dilakukan
oleh Aswan. (M/S 29)
4. Hari kian petang. Warna merah jingga melengket tipis pada dada langit. Tompok-tompok awan
kelabu berarak perlahan-lahan. Angin lembut membelai anak rambut Aswan. (M/S 32)
5. “Bertahun-tahun aku mengumpulkan data untuk menyiapkan formula itu”. (M/S 39)
LATAR MASA
6. Buat apa susah-susah mendaki bukit ketika senja-senja begini? (M/S 41)
7. “ Suatu hari nanti, jika ada peluang Amir akan membina terowong di bawah dasar laut untuk
disambungkan ke Semenanjung”. (M/S 52)
8. “Tak sampai dua bulan boleh disemai benihnya”. (M/S 57)
9. Hampir dua jam nenek berada di dalam bilik pembedahan. (M/S 61)
10. Waktu menunjukkan pukul 9:00 pagi. (M/S 69)
11. Semua orang kampung telah tahu bahawa kita bakal mencipta model mesin baharu agar generasi
pada hari ini dan akan datang tidak menjadi bongok. (M/S 67)
12. Selepas merancang beberapa strategi dan membuat persiapan selama dua hari, Amir dan rakan-
rakannya bersiap-siap memulakan misi. (M/S 79)
13. Cuaca redup. Tompok-tompok hitam memenuhi langit. Sejak malam tadi hujan turun. Semalaman dia
tdak dapat tidur.
14. “ Aku fikir pemacu pena itu ada kaitan dengan kehilangan storan data Formula Termodinamik tempoh
hari,” ujar Usamah tiba-tiba. (M/S 85)
15. Setengah jam kemudian, Aswan mula agak aktif. Orang pertama yang dilihatnya ialah Amir. (M/S 97)
LATAR MASYARAKAT
FORMULA TERMODINAMIK
Bab 1
1. Masyarakat yang tidak kekok meminta pertolongan. Contohnya, Amir meminta Formula Dua
Hukum Termodinamik daripada Profesor Othman.
Bab 2
1. Masyarakat yang suka bersaing. Contohnya, Aswan mahu menyaingi Amir dan Usamah dengan
mencipta mesin rumput yang lebih hebat fungsinya
2. Masyarakat yang suka berdamai dan tidak suka akan pertelingkahan. Contohnya, Fikri dan
Majibon tidak suka akan sifat Aswan yang suka bertelingkah dengan Amir dan Usamah.
Bab 3
1. Masyarakat yang mengamalkan semangat bekerjasama. Contohnya, Amir dan Usamah
bekerjasama mengubahsuai mesin rumput terpakai.
Bab 4
1. Masyarakat yang mempunyai sifat risau. Contohnya, Amir risau akan
kelewatan rakan-rakannya.
Bab5
1. Masyarakat yang suka mengambil kesempatan. Contohnya, Aswan telah
mencuri pemacu pena Formula Termodinamik demi kepentinganya
Bab6
1. Masyarakat yang mempunyai sifat berkasih sayang. Contohnya, Usamah
memujuk Amir supaya tidak cepat berputus asa dan terus bersabar
Bab 7
1. Masyarakat yang mementingkan tanggungjawab yang diberi. Contohnya, Amir
segera mencari Kod Adang Keselamatan Rahsia untuk melindungi data syarikat
bapanya.
Bab 8
1. Masyarakat yang berfikiran kratif. Contohnya, Amir berangan - angan untuk
membina terowong di bawah dasar laut untuk menghubungkan Semenanjung
Malaysia dan Sabah Sarawak
Bab 9
1. Masyarakt yang bertindak pantas. Contohnya, Amir bertindak pantas
menggunakan teknik CPR untuk memberi bantuan pernafasan kepada nenek.
Bab 10
1. Masyarakat yang mengambil berat tentang keluarga. Contohnya, semua ahli keluarga cemas terutamanya
Amir ketika nenek jatuh sakit.
2. Masyarakat yang sentiasa berkasih sayang. Contohnya, Joy menyuruh nenek untuk makan bubur kerana
nenek tidak makan sejak malam.
Bab 11
1. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Aswan hanya pandai bercakap dan memberikan idea
yang hebat tetapi tidak dijadikan kenyataan
2. Masyarakat Bab 12
1. Masyarakat yang mementingkan persahabatan. Contohnya, Aswan tidak mahu kehilang Fikri dan Majibon.
Bab 13
1. Masyarakat yang bekerjasama, Contohnya, penduduk Kampung Warisan bekerjasama mengatur strategi
untuk menangkap penjenayah.
ang mementingkan diri. Contohnya, Aswan telah menyalahguna pemacu pena Amir tanpa pengetahuannya.
Bab 14
1. Masyarakat yang mengambil berat. Contohnya, Usamah dan zaid
bertindak pantas merawat tangan amir yg terluka.
Bab 15
1.Masyarakat yang berfikiran inovatif. Contohnya, Zaid mencadangkan
mereka cipta eksperimen baharu untuk menghentikan angin ribut
menggunakan komputer dan Formula Termodinamik.
2. Masyarakat yang prihatin. Contohnya, Amir dan rakan-rakannnya
menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon serta merawat mereka.
Bab 16
1. Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Amir dan Usamah
mendapat tawaran biasiswa pelajaran di luar negara.
LATAR TEMPAT
1. Sebuah rumah dua tingkat
terletak di Putatan dan pejabat itu kepunyaan Damit.
2. Tapak semaian, di Kampung Warisan
iaitu tempat mesin 2 dalam 1 digunakan untuk menggantikan cangkul.
3. Lapangan terbang
iaitu tempat Amir dan Usamah dihantar oleh ahli keluarga mereka sebelum berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
Kampung Warisan, Papar, Sabah
– tempat Amir, Usamah, Aswan, Fitri, dan Majibon dilahirkan dan dibesarkan.
Bilik pembedahan
– tempat nenek Amir menjalani pembedahan kecil di buku lalinya.
Kampung Pimping
– tempat rombongan bapa Aswan untuk membincangkan persiapan majlis perkahwinan Asma dan Asman.
Sawah padi
– tempat Amir, Usamah, dan Asma berlari – lari.
Di dalam bilik
– tempat Amir menghadap komputer dan berkomunikasi dengan Profesor
Othman di skrin komputer.
Tepi sungai
– tempat Amir, Usamah, dan Asma memancing ikan.
Di atas tangga, rumah Amir
– tempat Amir termenung dan memikirkan kehilangan Formula Dua Hukum
Popular Termodinamik.
Pejabat Persendirian Damit, Syarikat Bahagia, Putatan
– tempat Amir menyiasat penjenayah siber yang cuba membocorkan
maklumat Syarikat Bahagia.
Rumah Majibon
– tempat sambutan majlis Hari Krismas diadakan.
PERSONAFIKASI
PERSONAFIKASI
Pemberian sifat manusia kepada benda bukan hidup atau objek mati.
1.Jari-jemarinya lincah mengetuk papan kekunci.(M/S 5)
2.Air membuak ganas membawa keladak dan memanjat tebing mengorek tunjang-tunjang
pokok yang dirempuhnya.
(M/S 91)
SIMILE
Perbandingan atau kiasan bersendi seperti,bak,umpama,bagaikan,dll.
1.Dia bagaikan jejaka dilamun cinta.
(M/S 9)
2.Mengumpat sama seperti memakan daging saudara sendiri. (M/S 56)
METAFORA
Kiasan atau perbandingan yang mempunyai dua kata yang berisi konkrit dan abstrak
tanpa menggunakan perkataan seperti,bak,umpama.
1.Fikri memberikan pandangan.Riak wajahnya keruh apabila memikirkan hal itu.(M/S 12)
2.Kehilangan formula itu mengganggu kotak fikirannya.(M/S 37)
PERIBAHASA
m/s 9 - Makan tidak kenyang. Mandi tidak basah.
m/s 65 - Hal ini yang dikatakan impian dalam angan-angan ‘’, sampuk Fikri
Sinkope
m/s 2 -\ ”kau dapat juga aku mengejar aku,ya” “ketangkasanmu akan dapat kuatasi” ,
m/s 3 – “ ….Aku, kau dan Usamah sering berlari di atas batas-batas sawah padi …” “……., kau di putatan dan aku , seorang di sini ,”
“ Tapi kau berjaya juga belajar di maktab perguruan . “ Aku senang , kau dan Usamah sudi menghabiskan cuti ..“.
m/s 4 – “Tentang suka dukamu atau ada cerita yang lebih menarik?”
m/s 5 - “ Tak apa . Apa khabar , Amir?”,
m/s 7 – “ Dalam sehari dua ni .” “ Ala , tak usah fikirkan negatif , Mir . formula dah …..” ,
m/s 10 – “Takkanlah engkau asyik termenung saja, carilah idea . Mesin bagaimana yang perlu engkau cipta ? Apakah kegunaannya
…” ,
m/s 11 – “Maksudmu , mesin rumput yang tangki minyak petrolnya digantung di belakang tu ?” “…….. Gigi pemotong rumput , kita
buang yang tak perlu digunakan . Dengan pengendalian …” “ Tak adakah kaedah lain ? Maksud aku , kita tidak perlu memegang
pangkal mesin itu ,….”
m/s 12 - “………Bukan saja kita perlu berfikir , tapi melibatkan“ / “Aku mahu ciptaanku lebih baik
daripada ciptaan Amir dan Usamah,”
m/s 13 – “Tak salah sekiranya Amir dan Usamah dapat menempa nama...
.
m/s 15 – “..... ,tanpa formula, tidak ada sesiapa yang menghalangmu .Teruskan ,” “Bukan tidak
yakin akan kemampuanmu , Aswan .Tidak cakap engkau saja yang besar .“ “.......Sejak kecil lagi.
Takkanlah kamu hendak biarkan aku berseorangan mencapai cita-cita ..“
m/s 18 - “Tidak apalah , biar saja di luar ini,” “Jadi , bagaimanakah penggunaan dua sistem ni ?“
m/s 19 – “Bagaimana pula kalau kita nak menggunakan pemotong rumput , yang mana nak
ditekan ,?”
m/s 20 – “Air kosong saja ,”kata Usamah.
m/s 21 – “Eh , kami balik dulu!“ ujar Aswan tiba-tiba ,dia menyinggul siku Fikri. “Nantilah dulu ,
bagaimana dengan formula yang itu ?” bisik Fikri .
m/s 22 – “Mereka nak mengintip ,ya ?”
m/s 23 –
“Tak adalah , mereka cuma nak jumpa kita . Bukankah kita tinggal berjiran ? Jangan .....“ “ Tapi
aku kenal Aswan ,“ ujar Adnin. “Mesin ini tak lama lagi akan beroperasi . Tentu orang kampung
akan suka .Tak perlu lagi mereka menunggu traktor secara bergilir-gilir.“sampuk Asma mengalihkan
perbualan. “ Mesin ini kecil saja , As .Tak mampu membajak sawah padi yang luas ,hanya sesuai
untuk tapak semaian padi saja ,“ sampuk Usamah . “Mesin 2 dalam 1 dah nak siap .Apa kata kita
pergi memancing ikan ?” cadang Zaid tiba-tiba . “Dalam tasik sana tu ,banyak ikan .” Adnin
menudingkan jarinya ke arah tasik ,……
m/s 24 – “Apa pendapatmu , Mir ?” Usamah memandang Amir .
.
m/s 25 –
“.......Tapi tak seekor pun ikan yang aku dapat .Mata kail ini buta sangat ,“ rungut amir kerana
kecewa .
m/s 26 – “........habis .Lagipun kalau nak memancing ikan ,kita mesti tahu tekniknya ,”
m/s 27 –
“kuih penyaram dan baulu ,kuih kegemaranku .” “Aku hairanlah ,mata kail Usamah tu umpannya
cacing juga ,tapi mengena ,” “…..Tak kira apa-apa saja umpan akan mengena ,” “Kalau macam ni ,
Amir kenalah belajar memancing ikan daripada Usamah ,”pintas Asma . “Akhirnya , pancinganmu
mengena juga , Mir ,” “Tak tahulah apa-apa yang telah terjadi kepada mereka ,padahal mereka
……Tapi batang hidung mereka tak nampak pun,” ujar Usamah .Geram . “Maaflah bang, mak suruh
beli barang . Aku minta Adnin tunggu ,“ jelas Zaid beralasan .
m/s 28 –
“Katanya nak mencipta mesin baharu .Mesin untuk menanam padi yang bermanfaat kepada
semua orang .“ “Nak bersainglah tu ,“ tukas Zaid . “Mengapa tak ajak dia memancing ... “ “Nak
ajak Aswan ? Aku kenal …… “ Tak baik menuduh tanpa bukti Zaid,berdosa” …. “Kami yakin bang ,
Aswan dan …… yang mencuri baja tu , sehingga mak aku tak dapat baja tu , ujar Zaid ,kecewa .
“Betul bang , Aswan dan rakan-rakannya ….. baja tu. Dalam kampung ni tak ada budak nakal ,
kecuali ……. kawannya tu,“ sokong Adnin. “Fikri dan Majibon tu budak baik , mereka mungkin ……
, “ sampuk Asma .
Nilai
• Kasih sayang
• - Semua ahli keluarga termasuk Amir, Usamah, Asma, dan Damit se
• 50 termasuk Amir, Usamah, Asma, dan Damit sekeluarga cemas dan bimbang kerana nenek masih
berada di dalam bilik pembedahan selama dua jam. Puan Intan sangat bimbang akan keselamatan
• sangat bimbang akan keselamatan Amir dan Usamah kerana tidak menghubunginya seiak keluar
pada pagi tadi.
• Kesetiaan
• - Fikri dan Majibon tetap setia menjadi sahabat Aswan walaupun mereka tidak suka akan perangai
• Aswan yang dengki dengan kelebihan yang ada pada orang lain.
• Kerjasama
• - Amir dan Usamah saling bekerjasama untuk menyiapkan hasil ciptaan mereka mengubah mesin
• rumput menjadi mesin 2 dalam 1 menggunakan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik
sehingga
• berjaya.
• Keinsafan
• - Aswan yang sentiasa dengki terhadap Amir akhirnya insaf dan malu
atas perbuatannya. Dia telah mengaku mencuri pemacu pena milik
Amir dan nyaris memindahkan wang milik syarikat ayah Amir
• ke dalam akaun syarikat ayahnya.
• Kegigihan
• - Amir dan Usamah berusaha dengan gigih untuk menyiapkan mesin
ciptaannya bagi kemudahan
• masyarakat petani di Kampung Warisan.
• Tolong-menolong
• - Amir serta pasukan penyelamat telah menyelamatkan Aswan, Fikri,
dan Majibon yang dihanyutkan
• arus banjir yang deras. Mereka hampir lemas namun sempat berpaut
pada batang kayu yang besar
TERIMA KASIH
DARI : BATCH EVOLUTION 08
DENGAN BIMBINGAN CIKGU NABILA FARIZA