SMART BAHASA MELAYU By cikgu jay
Program Sepatah kata sehari Idea untuk mengguna pakai program ini tercetus apabila melihat anak-anak didik yang belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis, rentetan itu program ini dibangunkan untuk membantu anak-anak didik mempelajari sedikit demi sedikit…..sehinggalah mereka boleh membaca dan menulis.
NAMA PROGRAM SEPATAH KATA SEHARI Apakah PROGRAM SEPATAH KATA SEHARI ? Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid kelas 2 Biru dalam penguasaan mengeja perkataan, membina dan menulis ayat daripada perkataan yang diberi. Program ini dilaksanakan selama 8 minit pertama setiap kali subjek Bahasa Melayu. Semua murid yang terlibat dikumpulkan secara berpasangan/ individu ■ Murid di beri satu perkataan untuk dieja secara lisan dan bertulis ■ Membina ayat yang bermakna – secara berpasangan/ individu ■ Murid akan dibantu oleh rakan sebaya yang cemerlang dari segi ejaan dan struktur ayat. ■ Ayat yang dibina akan dibacakan, komen serta penambahbaikan ayat akan dibuat dalam masa PdP tersebut. ■ Murid yang tidak menguasai akan dibimbing dan membuat pembetulan semasa aktiviti bertulis dijalankan. OBJEKTIF / MATLAMAT Meningkatkan tahap penguasaan mengeja perkataan Membina ayat secara lisan dan bertulis. Meningkatkan bilangan murid menguasai Tahap Penguasaan 3 dalam PBD Bahasa Melayu. TEMPOH Sepanjang Tahun SASARAN 10 orang Murid TP1 & TP2 Membaca & Mengeja perkataan 19 orang Murid TP3 – TP 5 Membina ayat secara lisan dan bertulis KOS Tiada
LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TARIKH/TEMPOH 1 Menyediakan maklumat tahap penguasaan Bahasa Melayu murid tahun 3 ILTIZAM Guru Januari 2023 2 Menyediakan BBB untuk program. Guru Januari 2023 3 Penerangan program SMART BAHASA MELAYU kepada murid kelas 3 ILTIZAM Guru Minggu kedua sesi persekolahan 2023 pada masa Bahasa Melayu. 4 Perlaksanaan program program SMART BAHASA MELAYU Guru Semua murid 3 ILTIZAM 10 minit pertama subjek Bahasa Melayu 5 Penilaian perkembangan prestasi murid Guru Setiap kali selepas aktiviti atau semasa murid membuat latihan guru menyemak buku latihan dan memberi bimbingan ( pembetulan )
Catatan