KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020
KERTAS KONSEP
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya
secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara
bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan
selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audiens.
Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan
gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi,
menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni
bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru,
pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak
terus lenyap ditelan zaman.
1.1 OBJEKTIF PERTANDINGAN
1.1.1 Membina keyakinan diri.
1.1.2 Meluaskan pengetahuan.
1.1.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
1.1.4 Memupuk semangat patriotisme.
1.1.5 Menjana daya saing secara positif.
2.0 PENYERTAAN
2.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid warganegara Malaysia
(Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 sahaja) sekolah menengah sama ada di
Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan,
Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM
dibenarkan menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja.
Penyertaan ini tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara dan
Sekolah Berasrama Penuh. Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan
3.0 PERINGKAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-
3.1 PERINGKAT SEKOLAH
101
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020
3.1.1 Pihak Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu
diminta mengadakan pertandingan ini bermula di peringkat
antara kelas dan juga antara rumah. Pertandingan ini
merupakan aktiviti sokongan kepada pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu.
3.1.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili sekolah ke
pertandingan di peringkat daerah.
3.2 PERINGKAT DAERAH
3.2.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian diminta
mengendalikan pertandingan di peringkat ini.
3.2.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke
pertandingan di peringkat negeri.
3.3 PERINGKAT NEGERI
3.3.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri.
3.3.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu
diwujudkan.
3.3.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke
pertandingan peringkat kebangsaan.
3.3.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah
menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya
memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
3.4 PERINGKAT KEBANGSAAN
3.4.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
3.4.2 Seorang peserta dari setiap negeri akan mewakili negeri
masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.
3.4.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing
dan seorang pegawai pengiring.
4.0 FORMAT PERTANDINGAN
102
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020
Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding
dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan
mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua
peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato
TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.
4.1 BAHAGIAN PERTAMA
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang
telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.
4.2 BAHAGIAN KEDUA
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan
atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta
dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja
ketua hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan
selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah
mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat
persediaan di pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat
tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.
4.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.3.1 Peserta diberi masa TUJUH (7 minit) untuk pidato bahagian
pertama, dan EMPAT (4 minit) untuk pidato bahagian kedua.
4.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat,
dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian
pertandingan.
4.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi
setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.
4.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan
agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.
4.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab
dipotong.
4.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana
satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.
103
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020
4.3.7 Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam
sekolah / pakaian kebangsaan.
4.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar
mana-mana peraturan di atas.
4.4 PEMILIHAN TAJUK
4.4.1 Peringkat Sekolah, Daerah dan Peringkat Negeri
Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato
Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan topik-topik buku teks dan
isu-isu semasa yang tersiar dalam media massa negara.
4.4.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan
4.4.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di
peringkat ini disediakan oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
4.4.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada
peserta negeri sebaik sahaja semua keputusan
peringkat negeri diterima oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
4.4.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini
ditentukan secara undian oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
4.4.2.4 Enam belas peserta setiap negeri dalam pertandingan
peringkat separuh akhir kebangsaan di bahagi kepada
dua kumpulan. Tiga peserta terbaik setiap kumpulan
bagi dipilih untuk ke pertandingan akhir peringkat
kebangsaan.
4.5 PERATURAN PEMARKAHAN
4.5.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama
4.5.1.1 Idea / Isi ( 30 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga
idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh
data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh
huraiannya.
Panduan Pemarkahan
Idea/isi tepat – 2 markah
104
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020
Huraian – 4 markah
Data / contoh – 3 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah
(9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk
= 30 markah).
4.5.1.2 Bahasa ( 20 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas,
baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan
dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang
lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang
menarik dan susunan isi yang tertib. Peserta WAJIB
memberi salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan
pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika
peserta tidak memberi salam / kata-kata aluan /
menyentuh isu sensitif/ menunjukkan perlakuan / tutur
kata yang kurang sopan.
4.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)
4.5.2.1 Isi ( 40 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua
idea / isi. Idea / isi hendaklah bernas/logik dan dihuraikan
dengan jelas.
Panduan Pemarkahan
Idea / isi – 5 markah
Huraian – 10 markah
Data / contoh – 4 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah
(19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk
= 40 markah).
4.5.2.2 Bahasa ( 30 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas,
baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan
dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )
105
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020
Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang
lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang
menarik dan susunan isi yang tertib. Lima markah
maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu
sensitif/ menunjukkan perlakuan / tutur kata yang kurang
sopan.
4.6 PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM
4.6.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi / idea,
bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh
dengan reaksi emosi / tepuk sorak penyokong.
4.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang
membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan
bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat
kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu
daripadanya) sebagai pemenang.
4.6.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN
SISTEM JURI.
4.6.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
5.0. TARIKH PERTANDINGAN
5.1 Peringkat Sekolah
5.2 Peringkat Daerah
5.3 Peringkat Negeri
5.4Peringkat Akhir Kebangsaan
6.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh
Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pendidikan
Negeri.
Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat
keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang
perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan
pertandingan pada satu-satu masa.
7.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia.
106
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020
BORANG MARKAH A
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
Jumlah
Kategori : Menengah Giliran Besar
7 minit Peserta
Bahagian l :
Isi Bilangan Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
(30 markah) (2 markah) (4 markah) (3 markah)
Diadili dari segi pengutaraan isi- Isi 1 Markah kematangan isi
isi yang bernas, data dan bahan Isi 2
yang tepat serta logik termasuk Isi 3
penghuraiannya. Bonus 3
Panduan pemarkahan
Diperakukan ialah sebanyak 3
isi. 3 markah bonus (3/30) bagi
kematangan isi.
Jumlah keseluruhan markah isi (30 markah)
Bahasa (20 markah)
Diadili dari segi bahasa yang Tatabahasa (10 markah)
Gaya bahasa yang berkesan (5 markah)
jelas, baku (tatabahasa & Sebutan bahasa (5 markah)
Jumlah markah bahasa (20 markah)
sebutan), gaya bahasa yang
berkesan & tepat dengan
maksud yang hendak
disampaikan.
Penyampaian dan Persembahan (50 markah)
Penyampaian & Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara yang
menyakinkan ( 10 markah)
persembahan (40 markah)
Gaya yang menarik (10 markah)
Diadili dari segi persembahan
yang lancar, kesesuaian nada,
menyakinkan, menunjukkan
gaya yang menarik & susunan isi Pengolahan isi yang tertib, tersusun dan
berkesinambungan (10 markah)
yang tertib.
Adab (5 markah) Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan memukau
Dipotong 5 markah maksimum penonton (10 markah)
jika isi pidatonya mengandungi
kritikan terhadap isu-isu sensitif Adab (5 markah)
seperti politik, agama, bangsa,
kebudayaan & peribadi serta Istimewa (5 markah)
menunjukkan perlakuan atau
tutur kata yang kurang sopan. Jumlah markah penyampaian dan persembahan
(50 markah)
Istimewa (5 markah)
Diadili daripada keseluruhan
persembahan, kesopanan dan
ketepatan masa.
Jumlah markah keseluruhan : 100 %
Nama Hakim : ………………………………… Tandatangan : ……………..…..
Pengesahan oleh Ketua Hakim : ………………………………….
107
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020
BORANG MARKAH B
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
Jumlah
Kategori : Menengah Giliran Besar
4 minit Peserta
Bahagian ll :
Isi Bilangan Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
(40 markah) (5 markah) (10 markah) (5 markah)
Diadili dari segi pengutaraan isi Isi 1 (40 markah)
yang bernas, data dan bahan Isi 2
yang tepat serta logik termasuk Jumlah keseluruhan markah isi
penghuraiannya.
Panduan pemarkahan
Isi yang diperakukan ialah
sebanyak 2 isi.
Bahasa (30 markah)
Diadili dari segi bahasa yang Tatabahasa (10 markah)
Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
jelas, baku (tatabahasa & Sebutan bahasa (10 markah)
Jumlah markah bahasa (30 markah)
sebutan), gaya bahasa yang
berkesan & tepat dengan
maksud yang hendak
disampaikan.
Penyampaian dan Persembahan (30 markah)
Penyampaian & Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara yang
menyakinkan ( 5 markah)
persembahan (20 markah) Gaya yang menarik (5 markah)
Diadili dari segi persembahan Pengolahan isi yang tertib, tersusun dan
berkesinambungan (5 markah)
yang lancar, kesesuaian nada, Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan memukau
penonton (5 markah)
menyakinkan, menunjukkan
Adab (5 markah)
gaya yang menarik & susunan
Istimewa (5 markah)
isi yang tertib.
Jumlah markah penyampaian dan persembahan
Adab (5 markah) (30 markah)
Dipotong 5 markah maksimum
jika isi pidatonya mengandungi
kritikan terhadap isu-isu sensitif
seperti politik, agama, bangsa,
kebudayaan & peribadi serta
menunjukkan perlakuan atau
tutur kata yang kurang sopan.
Istimewa (5 markah)
Diadili daripada keseluruhan
persembahan, kesopanan dan
ketepatan masa.
Jumlah markah keseluruhan : 100 %
Nama Hakim : ………………………………… Tandatangan : ……………..…..
Pengesahan oleh Ketua Hakim : ………………………………….
108
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020
BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh semua hakim)
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
SEKOLAH MENENGAH Markah Pidato Jumlah Kedudukan
Bahagian
Giliran Markah Pidato kedua
Peserta Bahagian Pertama (spontan)
Tandatangan:...................................... Tarikh :...........................
Nama Hakim :......................................... 109
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020
BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh Ketua Hakim)
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
SEKOLAH MENENGAH
KEDUDUKAN PESERTA
Giliran Hakim Hakim Hakim Hakim Hakim Catatan Keputusan
Peserta 1 2 3 4 5 Panel
Hakim
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
Tandatangan
Tandatangan :..................................... Tarikh :...........................
Nama Ketua Hakim :.....................................
110
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020
BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN
(Diisi oleh Ketua Hakim)
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
SEKOLAH MENENGAH GILIRAN PESERTA
KEPUTUSAN
JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA
PENGESAHAN
HAKIM NAMA TANDATANGAN
HAKIM 1
HAKIM 2
HAKIM 3
HAKIM 4
HAKIM 5
Disahkan oleh,
.........................................................................
t.t
()
Nama Ketua Hakim
Tarikh: ..................................................
111