The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 45

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nisanisa06000, 2021-10-12 22:49:35

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 45

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 45

SK TITI GAJAH

06550 ALOR SETAR, KEDAH

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 45
TAHUN 2020

TARIKH : 16 OKTOBER 2021( SABTU)
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : LOKASI MASING-MASING
MEDIUM : TELESIDANG (GOOGLE MEET)

DIRASMIKAN OLEH
NORLILAWATI BT MOHAMED
GURU BESAR SK TITI GAJAH

ISI KANDUNGAN

➢ SEKAPUR SIREH SEULAS KATA
➢ KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SK TITI

GAJAH
➢ ATUR CARA MESYUARAT AGUNG

TAHUNAN PIBG KALI KE-45 DAN 46
➢ AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PIBG SK TITI GAJAH KALI KE-45
➢ JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT

AGUNG TAHUNAN PIBG SK TITI GAJAH
KALI KE – 45
➢ SENARAI JAWATANKUASA PIBG SK TITI
GAJAH SESI 2019/2021
➢ MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
KALI KE-44
➢ REKOD KEHADIRAN MESYUARAT
JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021
➢ LAPORAN AKTIVITI PIBG / PIBK TAHUN 2019
➢ LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2019
➢ JAWATANKUASA INDUK DAN
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-45 DAN 46
➢ SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI

ASSALAMUALAIKUM
DAN

SALAM SEJAHTERA

Sawah padi luas terbentang
Kuning keemasan indahnya maya,
Percaya –mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.

Indah sungguh Bunga Melati ,
Tidakkan Luput hingga ke senja,
Ke lurah bersama kita harungi ,
Usaha bersama membawa bahagia.

SEKAPUR SIREH SEULAS KATA
YANG DIPERTUA PIBG SK TITI GAJAH

Syukur ke hadrat Allah swt kerana kita semua diberikan kesempatan
untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Titi Gajah kali ke-45 tahun
2019. Kehadiran tuan-tuan dan puan–puan ke mesyuarat ini telah membuktikan
keprihatinan tuan-tuan dan puan –puan terhadap sekolah begitu tinggi demi
meningkatkan prestasi kecemerlangan anak-anak .

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, penjaga untuk
memastikan sentiasa mengambil tahu akan semua perkara yang berkaitan
pembelajaran anak-anak. Perubahan sistem pembelajaran ke abad 21 ini amat
memerlukan perhatian dan sokongan ibu bapa sejajar dengan sistem
pembelajaran yang semakin berkembang pesat .

Saya juga berharap semua pihak akan memberi sokongan dan
sumbangan kepada PIBG SK Titi Gajah demi memastikan suasana
pembelajaran yang selesa dapat disediakan untuk anak –anak kita di sekolah
ini.

Akhir kata daripada saya dan semua AJK PIBG sekolah ini
,mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama ,sokongan dan bantuan
yang telah diberikan dalam menjayakan program – program yang telah diatur
oleh pihak sekolah dan juga PIBG.

Sekian , terima kasih.

MOHD HANIF BIN MAJID
YDP PIBG SKTG

Kata Alu-Aluan
Guru Besar SK Titi Gajah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kehadrat Allah swt kerana atas limpah kurnia-Nya
segalaperancangan dan usaha yang jitu, maka Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG kali ke-45 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua ibu
bapa yang dapat hadir pada hari ini . Kehadiran ibu bapa menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah
pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam menjayakan majlis kali ini.

Pihak sekolah sentiasa merancang program-program yang
bermanfat bagi meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan pelajar dari
aspek akademik ,kokurikulum ,pembangunan akhlak dan sahsiah serta
kepimpinan pelajar. Namun , semua usaha ini tidak akan mampu kita
laksanakan tanpa sokongan dan sumbangan PIBG .

Selain itu , Sarana Ibu bapa yang terkandung di bawah Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025 merupakan agen untuk memupuk
muafakat di antara ibu bapa dan pihak sekolah . Saya juga menyeru kepada
ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu supaya dapat
menyumbangkan idea,tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan
kepada pihak sekolah untuk kemenjadian murid di sekolah ini .

Akhir kata , semoga Allah memberkati segala usaha yang kita
lakukan demi anak-anak kita bagi memastikan sekolah akan terus cemerlang ,
gemilang danterbilang pada masa akan datang .

Sekian , terima

NORLILAWATI BINTI MOHAMED

GURU BESAR SK TITI GAJAH

ATUR CARA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KALI KE-45 DAN KE-46

2.00 petang : Pendaftaran Ibu Bapa / Waris /
Guru / AJK PIBG /Guru KAFA

( Tayangan Montaj Persekitaran
Sekolah )

2.30 petang : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

: Bacaan Doa

: Ucapan YDP PIBG En. Mohd Hanif
bin Majid

: Ucapan Perasmian Penasihat dan
laporan sekolah oleh Pn Norlilawati
bt Mohamed.

3.00 petang : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
kali ke-45

: Rehat ( tayangan montaj )

: Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
kali ke-46

NOTIS

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-45 DAN KE-46
TAHUN 2021

1

CREDITS: This presentation
template was created by

Slidesgo, including icons by
Flaticon, and infographics &

images by Freepik.

SEKOLAH KEBANGSAAN TITI GAJAH
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG

KALI KE-45

Ucapan Aluan dan

01 Perutusan Yang Dipertua

PIBG

Membentang dan Menerima

02 Minit Mesyuarat Agung Tahunan

PIBG Ke-44.

03 Perkara – Perkara Berbangkit

Membentang dan Menerima Laporan 04
Tahunan / Aktiviti PIBG Tahun 2019.

Membentang dan Meluluskan Penyata 05
Kewangan PIBG

(Berakhir 31 Disember 2019)

Hal – Hal Lain 06
Ucapan Penangguhan 07

SEKOLAH KEBANGSAAN TITI GAJAH
JAWATANKUASA INDUK

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA GURU
KALI KE-45 TAHUN 2020

Penasihat
Norlilawati binti Mohamed

( Guru Besar )

Pengerusi
Yang Dipertua PIBG
Mohd Hanif bin Majid

Pengerusi Bersama
Faizah binti Abdul Kadir
(Penolong Kanan Kokurikulum )

Timbalan Pengerusi
Naib Yang DiPertua PIBG

Zabidi bin Ahmad

Naib Pengerusi 1
Fatmawati bt Ramli
( Penolong Kanan Pentadbiran )

Naib Pengerusi 2
Siti Rafida bt Darus
( Penolong Kanan HEM )

Setiausaha
Hayati bt Che Khalid

Penolong Setiausaha
Shafianty Hanum bt Ahamad

Bendahari
Azlina bt Adenan

SENARAI JAWATANKUASA PIBG
SK TITI GAJAH SESI 2019/2021

BIL NAMA AJK JAWATAN
YDP PIBG
1 MOHD HANIF BIN MAJID NYDP PIBG
SETIAUSAHA
2 ZABIDI BIN AHMAD PEN.SETIAUSAHA
BENDAHARI
3 HAYATI BINTI CHE KHALID AJK WARIS
AJK WARIS
4 SHAFIANTY HANUM BINTI
AHAMAD AJK WARIS

5 AZLINA BINTI ADENAN AJK WARIS
AJK WARIS
6 SHAIDAN BIN SAPINGI AJK WARIS
AJK GURU
7 BASHARUDIN BIN KHALID AJK GURU
AJK GURU
8 MOHAMAD NIZAM BIN MOHAMAD AJK GURU
SEBIDI PEMERIKSA KIRA-KIRA

9 HASLIZA BINTI MD ZAIN (GURU)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
10 SITI FAUZIAH BINTI AZIZ
(WARIS)
11 SHAKIROH BINTI ABDUL
RAHMAN

12 MANISAH BINTI HASHIM

13 MARINA BINTI MOHD ZAIN

14 NOR IZYANI BINTI ZAKARIA

15 JULIANA BINTI JONIT

16 MARLYANA BINTI MOHAMAD

17 MAWAR BINTI MAN

MINIT
MESYUARAT

AGUNG
TAHUNAN

PIBG
KALI KE - 44

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 44 TAHUN 2019

TARIKH : 20 MAC 2019
HARI : RABU
MASA : 2:30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK TITI GAJAH
KEHADIRAN : 170 ORANG
PENGERUSI : ENCIK CHE KHALID BIN MOHD NOOR

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Encik Che Khalid Bin Mohd Noor selaku YDP PIBG memanjatkan rasa
kesyukuran dan mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan
kehadiran semua pihak termasuk para ibu bapa ke Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-44 tahun 2019.

1.2 Beliau juga mengingatkan para ibu bapa dan waris yang datang supaya
tidak menyentuh isu –isu sensitif dan isu –isu politik.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 43

2.1 Puan Hayati Binti Che Khalid selaku Setiausaha PIBG SKTG
membentangkankan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 43 yang
bertarikh 28 Mac 2018 untuk diterima dan disahkan.

2.2 Encik Basharudin Bin Khalid mohon merujuk perkara 7.5 iaitu beliau mohon
supaya perkataan ketidakpuasan hati digantikan dengan perkataan
pencerahan.

2.3 Encik Zabidi Bin Ahmad mohon merujuk kepada agenda 4 iaitu tajuknya
hanya perlu ditulis membentang laporan aktiviti sahaja tanpa perlu
perkataan mengesahkan.

2.4 Encik Zabidi Bin Ahmad mencadangkan supaya Minit Mesyuarat Agung
PIBG kali ke – 43 diterima dan disahkan.

2.5 Encik Basharudin Bin Khalid menyokong dengan pindaan.

makluman:semua ahli

3. PERKARA BERBANGKIT

- TIADA PERKARA BERBANGKIT

makluman:semua ahli

4. MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI DAN PENGLIBATAN PIBG PADA TAHUN 2018

4.1 Puan Hayati Che Khalid membentang laporan aktiviti dan penglibatan PIBG
tahun 2018 .

4.2 Encik Zabidi Bin Ahmad mohon merujuk kepada bil. 5 (m/s 10) iaitu kehadiran
sebanyak 98.90% .Beliau bertanya tentang kehadiran para waris dalam
Majlis Apresiasi Pelajar 2018 adakah dijemput semua waris atau waris yang
terlibat sahaja.

4.3 Puan Hayati menjelaskan bahawa kehadiran tersebut adalah untuk waris
murid yang menerima hadiah sahaja. Oleh itu , jumlah yang tertera adalah
jumlah waris yang hadir pada hari berkenaan sahaja. Bagi bil 2, 3, dan 4
pula perlu dibahagikan dengan jumlah semua waris .

4.4 Encik Basharudin Bin Khalid bertanyakan tentang jumlah kehadiran waris
murid dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 43 .

4.5 YDP PIBG memaklumkan jumlah kehadiran dalam Mesyuarat Agung PIBG
kali ke – 43 ialah 163 orang ( 62 . 6% ) makluman:semua ahli

5. MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG DAN WANG
EHSAN PIBG BERMULA 01 JANUARI HINGGA 31 DISEMBER 2018.

5.1 Puan Azlina Binti Adenan selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata
Kewangan dan Wang Ehsan yang bermula pada 1 Januari 2018 hingga 31
Disember 2018.( Rujuk m/s 12).

5.2 Puan Azlina Binti Adenan turut menjelaskan bahawa sumbangan Dato’
Bashah sebanyak RM 7500.00 adalah khusus untuk penerima hadiah Majlis
Apresiasi Pelajar mengikut pencapaian sahaja.Wang tersebut dimasukkan
terus ke dalam sampul dan diberikan kepada murid terlibat pada majlis
berkenaan.

5.3 Encik Zabidi Bin Ahmad mohon merujuk muka surat 6,agenda 5.2 iaitu
penyata kewangan dilampirkan sekali dengan salinan buku bank.

5.4 Puan Azlina Binti Adenan menjelaskan bahawa mesyuarat AJK telah
memutuskan supaya perkara tersebut tidak perlu dipamerkan.Beliau juga
memaklumkan bahawa turut mendapat nasihat daripada Encik Basharudin
Bin Khalid selaku pemeriksa kira-kira.Beliau seterusnya memohon supaya
semua waris berpuas hati dengan penyata dan laporan yang dibentang.

5.5 Encik Hanif Bin Majid menjelaskan bahawa dalam sesuatu persatuan,akan
ada seorang bendahari dan seorang setiausaha.Pemeriksa kira-kira juga
terdiri daripada dua orang individu iaitu seorang waris dan seorang
guru.Justeru,beliau menegaskan bahawa tiada keperluan untuk
mempamerkan penyata bank tersebut ,tetapi ,andai ada waris yang masih
ingin melihat penyata tersebut,maka bolehlah berjumpa dengan Puan
Azlina Binti Adenan.

5.6 Encik Saiful Mohamad mohon merujuk muka surat 12 bil. 2 dan bil.17.Beliau
mohon dinyatakan tarikh untuk kedua-dua mesyuarat AJK PIBG.

5.7 Encik Zabidi Bin Ahmad mohon merujuk muka surat 14 , bil 1 dan juga muka
surat 6 perkara 5.3.Beliau mencadangkan supaya dinaikkan sumbangan
kepada penerima wang ehsan ( kematian dan kemalangan )sebanyak RM
100 bagi kemalangan dan juga kematian .

5.8 YDP memaklumkan bahawa bayaran wang ehsan cuma sebagai
sumbangan . Pihak sekolah biasanya akan membuat kutipan derma kilat jika
berlaku sesuatu musibah seperti kematian. Wang ehsan sebanyak RM100
akan diberi untuk kematian dan RM 50 bagi kemalangan seperti yang
diputuskan oleh jawatankuasa terdahulu.

5.9 Encik Basharudin Bin Khalid mencadangkan supaya wang sumbangan
dibuat pembahagian dan diberikan mengikut tahap kecederaan.

5.10 Encik Zabidi Bin Ahmad mencadangkan supaya AJK yang bakal dilantik
menimbang semula atas setiap perkara yang berlaku.

makluman:semua ahli

5.11 Encik Zabidi turut bertanya tentang baki 2017 iaitu berkaitan dengan kutipan
wang pdp dan keceriaan.

5.12 Puan Azlina Binti Adenan menjelaskan tiada baki.

5.13 Encik Zabidi Bin Ahmad mencadangkan Penyata Kewangan dan Wang
Ehsan diterima dan diluluskan .

5.14 Encik Saiful Mohamad menyokong agar Penyata Kewangan dan Wang
Ehsan diterima dan diluluskan .

makluman:semua ahli

6. MEMBAHASKAN USUL – USUL

6.1 Encik Hanif Bin Majid membentangkan usul 1 daripada PIBG iaitu
sumbangan akan dinaikkan daripada RM 20.00 kepada RM 25.00 dengan
tambahan kenaikan RM 5.00. Beliau menjelaskan bahawa pihak sekolah
memerlukan dana untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan .Jadi beliau
memohon undian dibuat untuk memilih sama ada wang sumbangan
dinaikkan atau dikekalkan .

6.2 Encik Zabidi Bin Ahmad mencadangkan supaya wang sumbangan PIBG
dikekalkan sebanyak RM20.00.

6.3 Undian dijalankan dengan 73 orang bersetuju dinaikkan jumlah sumbangan
dan 3 orang bersetuju dikekalkan. Berdasarkan undian tersebut sumbangan
dinaikkan kepada RM25.00.

6.4 Empat usul tidak dibentangkan kerana pembawa usul tidak hadir iaitu Encik
Ramli Bin Ahmad, Encik Muhd Fathy Bin Muhammad Hasbullah, Encik Abdul
Mujib Bin Mansor dan Encik Azizan

6.5 Puan Shafianty Hanum Binti Ahamad mencadangkan supaya diadakan
program seperti larian,hari kantin atau hari kokurikulum bagi mengumpul
dana.

6.6 Puan Hayati Che Khalid memaklumkan bahawa sumbangan boleh dibayar
selepas surat dikeluarkan kepada waris. Wang sumbangan boleh dibayar
secara ansuran sekiranya waris tidak mampu tetapi jika waris tidak
menjelaskannya , surat peringatan mesra akan diberikan kepada waris.

6.7 Encik Zabidi Bin Ahmad menyentuh agenda 8.1,beliau menyarankan
bahawa pihak sekolah sahaja yang menganjurkan program, bukannya
pihak waris.

6.8 Beliau turut bertanya tentang waris yang tidak boleh menghantar beg anak
ke kelas sedangkan pihak sekolah mengalu – alukan waris ke sekolah . Hal
ini seolah-olah membawa maksud sekolah tidak mesra waris.

6.9 Encik Zabidi Bin Ahmad juga memohon supaya pihak sekolah melampirkan
laporan kantin kerana terdapat banyak isu kantin yang diperkatakan.

6.10 Guru besar menjelaskan peranan ibu bapa dan komuniti sebagai
sukarelawan di dalam kelas. Beliau merujuk surat siaran dinyatakan
peraturan. (Surat Pekeliling)

6.11 Guru Besar Datin Rohana Binti Ismail juga memohon supaya jika ada waris
yang ingin menghantar beg anak ke kelas ,perlu datang awal ke sekolah.
Selain itu,murid yang membawa sendiri beg sekolah mereka boleh belajar
berdikari. Guru besar amat mengalu- alukan penglibatan waris dalam
semua program yang diadakan di sekolah. Beliau juga mohon ibu bapa
daripada waris kelas 6 Berlian,5 Berlian dan 4 Berlian supaya memberi
sokongan kepada anak-anak mereka semasa sesi pdpc kerana masih
terdapat murid tahun 5 yang masih belum pandai mengeja nama sendiri.

6.12 Beliau turut menyentuh tentang isu kantin.Pengusaha kantin yang lama telah
ditamatkan perkhidmatan setelah dapatan suara guru dan murid diperolehi.
Pemilihan tender kantin yang baharu dilakukan oleh pihak PPD. Pengusaha
kantin sekarang perlu uruskan proses SADA dan TNB kerana terdapat hutang
daripada pengusaha kantin terdahulu.

6.13 Guru besar juga memaklumkan bahawa para waris boleh berjumpa terus
dengan pihak sekolah sekiranya nasi yang dimakan oleh anak mereka telah
basi.

6.14 JPN dan PPD dengan kerjasama Jabatan Kesihatan telah memantau tahap
kebersihan kantin. Dapatannya adalah seperti berikut:

JKN 31 Januari 2019 = 81%
PPD/JPN 27 Februari 2019 = 82 %
20 Februari 2019 = 96%

6.15 Encik Basharudin Bin Khalid mencadangkan supaya penilaian kantin turut
dibuat oleh murid kerana murid yang makan dan minum di kantin.

6.16 Encik Zabidi Bin Ahmad bertanya tentang rekod kehadiran ahli
jawatankuasa PIBG. Sepatutnya kehadiran pada tahun 2017 tidak perlu
dicatatkan di dalam kehadiran mesyuarat jawatankuasa . Mengikut
Perlembagaan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali diadakan mesyuarat.

6.17 YDP menjelaskan bahawa walaupun mesyuarat yang diadakan sedikit
tetapi aktiviti yang dijalankan banyak dan itu lebih baik daripada mesyuarat
banyak tetapi aktiviti yang dijalankan sedikit.

makluman:semua ahli

7. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2017 / 2019

7.1 YDP PIBG Encik Che Khalid Bin Mohd Noor membubarkan AJK PIBG sesi
2017/2019.

7.2 Beliau mencadangkan supaya Encik Zabidi Bin Ahmad menjadi pengerusi
mesyuarat sementara dan disokong oleh majoriti yang hadir.

makluman : semua ahli

8. PEMILIHAN PENGGANTIAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021

8.1 Encik Che Khalid Bin Mohd Noor mencadangkan Encik Hanif Bin Majid
sebagai YDP PIBG yang baharu. Cadangan ini disokong oleh Encik
Shaidan Bin Shafie. Encik Basharudin pula mencadangkan Encik Zabidi Bin
Ahmad dan disokong oleh Puan Norhayati Binti Ahmad . Encik Harun bin
Ahmad mencadangkan cadangan ditutup. Dapatan undian Encik Hanif Bin
Majid dipilih sebagai YDP PIBG yang baharu ( bilangan undi sebanyak 55 ).

8.2 Bagi Naib YDP PIBG yang baharu pula dimenangi oleh Encik Zabidi bin
Ahmad. Beliau dicadang oleh Encik Basharudin bin Khalid dan disokong oleh
Puan Faridah binti Kasim ( bilangan undi sebanyak 40 ).

8.3 Jawatankuasa Waris yang baharu dilantik adalah seperti berikut :
1. Encik Basharudin Bin Khalid
2. Encik Shaidan Bin Shafie
3. Encik Mohd Nizam Bin Mohd Sebidi
4. Puan Shafianty Hanum Binti Ahamad
5. Puan Shakirah Binti Abdul Rahman
6. Puan Hasliza Binti Md Zain
7. Puan Siti Fauziah Binti Aziz

8.4 Pemeriksa kira-kira : Puan Mawar Binti Man.

8.5 Mandat operasi bagi pengendalian akaun adalah mana-mana 2 daripada
3 pihak dengan tanda tangan Bendahari PIBG adalah wajib untuk sebarang
pengeluaran

makluman:semua ahli

9. HAL-HAL LAIN

9.1 Datin Rohana Binti Ismail ,guru besar SK Titi Gajah mengucapkan tahniah
kepada AJK PIBG yang baru dilantik bagi sesi 2019 / 2021.Beliau berharap
supaya semua AJK PIBG yang baharu dilantik dapat bersama-sama
dengan pihak sekolah memastikan kemenjadian murid-murid lebih baik
dan cemerlang selaras naratif baharu amalan pendidikan .

9.2 Beliau turut memaklumkan bahawa kutipan sumbangan peningkatan UPSR

sebanyak RM 200.00 bagi setiap murid tahun 6( 2019). Keputusan dipersetujui
sebulat suara oleh semua waris tahun 6 yang hadir di dalam perjumpaan
dialog prestasi tahun 6 pada bulan Januari 2019.

9.3 Waris murid juga dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan memasukkan
markah semua murid tahun 4,5 dan 6 dalam SAPS dan RPCU .RPCU ini
dibangunkan oleh PPD Kota Setar.Setiap murid diminta menyumbangkan
RM0.50 kepada PPD melalui PIBG.

makluman:semua ahli

10. UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 Encik Hanif Bin Majid selaku YDP PIBG yang baharu mengucapkan terima
kasih kepada semua atas lantikan beliau.Beliau juga mengucapkan tahniah
kepada AJK baharu yang dilantik dan berharap gabungan tenaga baharu
dan lama ini dapat memberi kerjasama yang padu ke arah menjana
kegemilangan akademik sekolah serta memberi manfaat kepada semua
pihak.

makluman:semua ahli

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:40 petang.

PENCATAT : ASMA BINTI BAKAR
: KHAIRUNNISA BINTI SHAABAN
: NORHASIMAH BINTI SAAD

Disediakan Oleh , Disahkan Oleh ,

(HAYATI BINTI CHE KHALID ) ( MOHD HANIF BIN MAJID )
Setiausaha PIBG SKTG Yang Dipertua PIBG SKTG
Sesi 2019 / 2021 . Sesi 2019 / 2021.

REKOD KEHADIRAN MESYUARAT
JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021

TARIKH

BIL NAMA JAWATAN
21.4.19 25.8.19 1.10.19 JUMLAH

1 MOHD HANIF BIN MAJID YDP PIBG / / / 3

2 ZABIDI BIN AHMAD NYDP PIBG / 0 / 2

3 HAYATI BINTI CHE KHALID SETIAUSAHA / / 1 3

4 SHAFIANTY HANUM BINTI PENOLONG / / / 3
AHAMAD SETIAUSAHA

5 AZLINA BINTI ADENAN BENDAHARI / / / 3

6 SHAIDAN BIN SAPINGI AJK WARIS / 0 / 2

7 BASHARUDIN BIN KHALID AJK WARIS / / 0 2

8 MOHAMAD NIZAM BIN AJK WARIS / / / 3
MOHAMAD SEBIDI

9 HASLIZA BINTI MD ZAIN AJK WARIS / / / 3

10 SITI FAUZIAH BINTI AZIZ AJK WARIS / / / 3
3
11 SHAKIROH BINTI ABDUL AJK WARIS / / / 2
RAHMAN 1

12 MANISAH BINTI HASHIM AJK GURU 0 / /

13 MARINA BINTI MOHD AJK GURU / 0 0
ZAIN

14 NOR IZYANI BINTI ZAKARIA AJK GURU / / / 3

15 JULIANA BINTI JONIT AJK GURU /0 0 1
0 tidak hadir ( bersebab )
Catatan: / hadir

LAPORAN
AKTIVITI
PIBG / PIBK
TAHUN 2019

LAPORAN AKTIVITI PENGLIBATAN PIBG /PIBK SK TITI GAJAH
5 AKTIVITI WAJIB ESARANA PIBG /PIBK TAHUN TAHUN 2019
PENGLIBATAN AKTIVITI –AKTIVITI LAIN ESARANA PIBG / PIBK TAHUN 2019

BIL AKTIVITI TARIKH KEHADIRAN

1 Hari Suaikenal dan pendaftaran murid 27-12-2018 100.00 %
tahun satu ( 2019 ) 14-03-2019 79.56 %

2 Kejohanan Balapan dan Padang SKTG kali
ke-41

20-03-2019

3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 80.32 %

Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah dan 27-06-2019 100.00 %
4 Hari Interaksi Waris tahun 1 hingga 6 di 17-11-2019 100.00 %

dewan dan kelas .
Majlis Apresiasi Kemenjadian Murid 2019.

5 Perasmi , Yb Dr. Azman bin Haji Ismail ( Ahli
Parlimen Kuala Kedah )

BIL AKTIVITI TARIKH
15-01-2019
Program Tautan kasih dan penetapan target UPSR 2019.
1 Jan
Hingga
Penceramah jemputan Ustaz Ramli bin Shafie November
Jalinan bersama SW-Corp iaitu Perbadanan Pengurusan
2019
Sisa Pepejal bermula Jan hingga Nov ( jualan ) dan 24-01-2019

2 bermula 1 Feb hingga 31 Ogos 2019 untuk pertandingan 16-02-2019
kitar semula (PERKIS)
17-02-2019
3 Merentas Desa peringkat sekolah 2019 .
12-03-2019
Kem kepimpinan 2019 melibatkan ketua kelas,penolong

4 ketua kelas,pengawas sekolah,pengawas pusat sumber
dan Pembimbing Rakan Sebaya. Fasilitator : Global Mind

Consultant

5 Program Jom Ke Sekolah . Perasmi Encik Zul Kahar Bin
Khalid (Pegawai Perhubungan Sekolah )

Motivasi Transformasi Diri UPSR .

6 Penceramah : Muhammad Farhaan Rahmat

7 Ziarah Cakna dan pemberian sumbangan Hari Raya 16-05-2019
Aidilfitri 1440 H . 13-06-2019

8 Majlis Silaturrahim Aidilfitri SKTG 2019 25-06-2019

9 Program Sua Temu Waris Siri 1 / 2019

BIL AKTIVITI TARIKH
26-06-2019
10 Program Sua Temu Waris Siri 2 / 2019 30-06-2019

Program Motivasi : Menggenggam Kejayaan 05-07-2019
11 Hingga

Penceramah : Muhammad Farhaan Rahmat 06-07-2019

Program Peningkatan UPSR : Canggih UPSR di Muda
12 Resort, Kota Aur, Sik . Anjuran Bersama Bank Rakyat

melibatkan 5 buah sekolah di lima daerah .

13 Kem Bestari Solat Fasa 2 /2019 melibatkan 13 orang 23-08-2019
sukarelawan dari IPG Kampus Darul Aman. 27-08-2019

Program Motivasi Bersama Success Revolution
14 Academy 2019 Di Dewan SKTG .

Program Bacaan Yassin Perdana UPSR 2019 dan 29-08-2019
Motivasi Ayah Ibuku Sayang . Penceramah : Encik
15 Mohd Husni Hj Zakaria
PK HEM SK Jalan Datuk Kumbar / Pengurus Kem kandai

Majlis Mohon Restu UPSR 2019 – Wakil dari Optometris 02-09-2019

Zaharah menyerahkan alat tulis kepada semua pelajar
16 UPSR 2019

Pasca UPSR : Padah Vape Kepada Masyarakat 01-10-2019
17 14-10-2019

Penceramah : Pegawai PDRM dari IPD Kota Setar.

Pasca UPSR : Persediaan Ke Sekolah Menengah

18 Penceramah : Kaunselor SM Sains Pokok Sena ( SAINA )

19 Program CSR bersama Malaysia Airport Holding Berhad 05-11-2019
(MAHB) 14-11-2019

Majlis Khatam Al Quran Tahun 6 . Tetamu jemputan

20 Datuk Hj Bashah bin Noodin , Encik Arshad ,AJK Masjid
Tn Hussin dan Encik Ibrahim Ahmad ,mantan PK KO .

LAPORAN
KEWANGAN

PIBG
TAHUN 2019

SUMBANGAN PIBG DAN
LAIN – LAIN BAYARAN

Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44
Bertarikh 20 Mac 2019,majlis sebulat suara bersetuju bahawa
Bayaran Sumbangan PIBG, Sumbangan PdP dan Keceriaan serta
Wang Ehsan adalah berjumlah RM 55.00.

Berikut adalah perincian bayaran :

Sumbangan PIBG : RM 25.00 setiap keluarga

Sumbangan Pdp dan Keceriaan : RM 28.00 setiap murid
Wang Ehsan : RM 2.00

JUMLAH RM 55.00









JAWATANKUASA
INDUK MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI
KE-45 dan ke-46

JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 dan ke-46

Penasihat : Pn. Norlilawati binti Mohamed ( Guru Besar )
Pengerusi : En. Mohd Hanif bin Majid ( Yang Dipertua PIBG )
Tim. Pengerusi : En. Zabidi bin Ahmad ( Naib Yang Dipertua PIBG )
Setiausaha : Pn. Hayati binti Che Khalid
Pen. Setiausaha : Pn. Shafianty Hanum binti Ahamad
Bendahari : Pn. Azlina binti Adenan

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 dan ke-46

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

URUS SETIA ❖ Menguruskan semua surat menyurat

dan sistem atas talian berkaitan MAT

PIBG secara dalam talian .

1. Hayati bt Che Khalid ( SU PIBG ) ❖ Membuat hebahan dan

2. Azlina bt Adenan ( Bendahari PIBG ) menggalakkan ibu bapa untuk hadir
3. Shafianty Hanum bt Ahamad ( Pen. SU MAT PIBG secara dalam talian.

PIBG ) ❖ Memastikan semua persiapan
sebelum MAT PIBG dilaksanakan .
4. Norlilawati bt Mohamed ( Penasihat )
5. Fatmawati bt Ramli ( PK 1 ) ❖ Mengumpul data berkaitan usul,
pencalonan JK PIBG baharu

6. Siti Rafida bt Darus ( PK HEM ) ,pengesahan kehadiran ibu bapa /
7. Faizah bt Abdul Kadir ( PK KO ) waris dan lain-lain berkaitan .
8. Mohd Hanif b Majid ( YDP PIBG )
❖ Memastikan Laporan MAT PIBG
secara dalam talian bersama-sama

9. Zabidi b Ahmad ( NYDP PIBG ) Penyata Kira-Kira Kewangan PIBG
dihantar kepada JPN dan PPD

10. Semua AJK PIBG ( Waris ) dalam tempoh 30 hari setelah MAT

11. Ust Nor Rafidah bt Ibrahim (KAFA) PIBG secara dalam talian
BUKU PROGRAM
dilaksanakan .
❖ Menyediakan buku program MAT

PIBG dalam bentuk yang boleh

diakses oleh ibu bapa dan guru .

1. Hayati bt Che Khalid ( K ) ❖ Memastikan buku program

2. Khairunnisa bt Shaaban (MAT PIBG 2019) disertakan dalam talian pada hari

2. Suziana bt Shahidan . mesyuarat .

3. Nur’Izzah bt Othman ( MAT PIBG 2020 ) ❖ Buku Program dimasukkan ke dalam

group kelas 2 hari sebelum tarikh MAT

4. Nur Hanani bt Munajar PIBG untuk dilihat oleh waris.

MODERATOR ❖ Mengendalikan MAT PIBG secara
dalam talian mengikut atur cara
1. Marlyana bt Mohamad ( K ) majlis dan agenda MAT PIBG.
2. En Hanif b Majid ( YDP PIBG )
3. Marina bt Mohd Zain . ❖ Memastikan perjalanan MAT PIBG
secara dalam talian berjalan lancar.

PENCATAT MINIT MESYUARAT ❖ Mencatat minit mesyuarat sepanjang
MAT PIBG dilaksanakan .
1. Nor Izyani bt Zakaria
( K - MAT PIBG 2019 ) ❖ Menaip dan menyerahkan minit - minit
mesyuarat yang lengkap kepada SU
2. Asma bt Bakar PIBG selewat-lewatnya (2) minggu
3. Azni bt Yaacob selepas MAT PIBG dilaksanakan .

4. Maryani bt Tajudin ❖ Menyediakan Teks Bacaan Doa
(K - MAT PIBG 2020) ❖ Membaca doa sebelum MAT PIBG

5. Sakinah bt Abdul Rahman
6. Latifah bt Talib
BACAAN DOA
Khairul Hamzi b Abu Bakar

PENGUNDIAN JAWATANKUASA PIBG SECARA ❖ Menguruskan semua perkara
DALAM TALIAN berkaitan proses pengundian .

1. Marina bt Mohd Zain ( K ) ❖ Menyediakan Link pencalonan ajk
2. Manisah bt Hashim ❖ Menyediakan link /aplikasi
3. Khairunnisa bt Shaaban
4. Nur Hanani bt Munajar pengundian
❖ Mengira undian dalam talian
SIJIL PENGHARGAAN / PENGIKTIRAFAN / ❖ Menyampaikan data keputusan
HADIAH
undian kepada Urus Setia / Moderator
1. Suziana bt Shahidan ( K - hadiah murid ) ❖ Membuat pemilihan murid bagi
2. Latifah bt Talib ( hadiah waris )
3. Azni bt Yaakob ( pemilihan murid /waris setiap kelas tahap 1 dan 2 untuk
pencapaian terbaik pdpr dan waris
tahap2 yang memberi sumbangan serta
4. Sakinah bt Abdul Rahman ( pemilihan penglibatan terbaik kepada pihak
sekolah.
murid / waris tahap 1 ) ❖ Menyediakan sijil penghargaan
6. Rosnita bt Azizan ( sijil ) kepada murid dan waris yang terpilih.
7. Shafianty Hanum b Ahamad (ajk waris) ❖ Menyerahkan sijil kepada murid dan
8. Hasliza bt Md Zain ( ajk waris ) waris yang terpilih.
9. Siti Fauziah bt Abd Aziz ( ajk waris ) ❖ Menyediakan sijil penghargaan untuk
10. Nor Hazani bt Kasim ( KAFA –waris ) ajk pibg 2019/2021.
11. Noraini bt Salim ( KAFA –murid ) ❖ Membeli hadiah untuk para
12. Shakiroh bt Abdul Rahman ( ajk waris) pemenang , membungkus serta
melabel hadiah .

TEKNIKAL / PERALATAN /MULTIMEDIA ❖ Menyediakan peralatan komputer dan

kemudahan akses internet sepanjang

1. Fakhri b Umar ( K ) tempoh MAT PIBG berlangsung .

2. Hazri b Harun ❖ Menyediakan aplikasi dan Link Google

3. Khairul Hamzi b Abu Bakar Meet / Microsoft Teams/ Zoom / WebEx

4. Suhaimi b Shafiee /Youtube atau yang setara .

5. Mohd Zamzuri b Yaakob ❖ Memastikan akses panggilan mesyuarat

6. Anuar b Rashid MAT PIBG secara dalam talian kepada ibu

bapa dan guru diserahkan selewat-

lewatnya (2 ) hari sebelum MAT PIBG

secara dalam talian dilaksanakan .

❖ Memastikan ibu bapa dan guru masuk

pautan MAT PIBG sekurang-kurangnya 20

minit sebelum MAT PIBG bermula.

❖ Menyediakan 5 slaid ( Persekitaran sek,

aktiviti PIBG/ sek , nama penerima hadiah,

BANNER /IKLAN/ LINK USUL Usul dan cadangan , AJK PIBG 2021/2023
❖ Membuat Banner atau iklan MAT PIBG dan

dimasukkan ke dalam group kelas .

1. Rosnita bt Azizan ( link usul ) ❖ Mempromosikan MAT PIBG kepada ibu

2. Asma bt Bakar ( banner /iklan ) bapa supaya hadir ke MAT PIBG .

❖ Menyediakan Link Usul kepada waris

dalam group kelas .
PENDAFTARAN IBU BAPA , GURU DAN AJK ❖ Menyediakan Google Form kehadiran

PIBG Ibu bapa /guru dan ajk pibg & guru KAFA

semasa MAT PIBG berlangsung dan

1. Juliana bt Jonit ( ibu bapa pra dan disebarkan ke dalam group kelas dan

tahap 1) sekolah serta PIBG.

2. Rajmalar a/p Ekambaran ( ibu bapa ❖ Memaklumkan kehadiran kepada

tahap 2 ) pencatat dan moderator.

3. Haziyati bt Ismail (guru,AJK PIBG & guru ❖ Menyerahkan senarai nama kehadiran ibu

KAFA ) bapa.guru,AJK PIBG ,guru KAFA untuk

4. Shakimah bt Saad ( KAFA ) dokumentasi.

5. Nur Atiqah bt Ahmizan ( KAFA) ❖ Tangkap layar gambar semasa MAT
DOKUMENTASI

dijalankan .

1. Norhashimah bt Saad (MAT PIBG 2019 ) ❖ Menyediakan dokumentasi MAT PIBG 2019

2. Analiza bt Yusuf (MAT PIBG 2020 ) dan 2020 yang lengkap dan diserahkan

3. Noraini bt Salim ( KAFA ) kepada SU PIBG dan PK HEM untuk Fail

4. Ustaz Ammar bin Yusuf ( KAFA ) Dokumentasi.

SEJAMBAK KASIH
SEKALUNG BUDI

Yang DiPertua PIBG
Dan

Ahli Jawatankuasa PIBG
Sek Keb Titi Gajah merakam setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih
Kepada Guru Besar , Penolong –Penolong Kanan

Guru-guru SKTiti Gajah
Dan

Semua waris yang telah memberi kerjasama dalam
menjayakan

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-45
Serta

Semua pihak yang terlibat dalam membantu
menjayakan majlis ini .

Semoga Allah swt memberkati atas segala
usaha kita.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version