MARI BELAJAR BERSAMA
CIKGU GEE
Assalamualaikum…
Apa khabar anak-anak?
Semoga semua sihat untuk
mengikuti PDPR hari ini…
JOM Kita teruskan…
Baca Doa
Kata-kata semangat untuk diri
Saya POSITIF Saya HEBAT
Saya RAJIN BERUSAHA
Saya BOLEH menghadapi CABARAN
Saya NAK BERJAYA
Pemahaman Petikan
Umum
& Petikan Sastera
BAHASA MELAYU
SEMESTER 3
KOLEJ VOKASIONAL
STANDARD PEMBELAJARAN
Pemahaman Petikan Umum
2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan
tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer.
2.3.1 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai
bahan teks dengan betul.
2.3.3 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.
STANDARD PEMBELAJARAN
Pemahaman Petikan Sastera
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional
dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya
dengan betul mengikut konteks.
PANDUAN
MENJAWAB
SOALAN
PEMAHAMAN
Terdapat dua soalan pemahaman
1. soalan 6 – pemahaman petikan Umum
2. Soalan 7 – Pemahaman Petikan Sastera
Contoh soalan 6 – pemahaman petikan Umum
Contoh soalan 6 – pemahaman petikan Umum
Contoh soalan 6 – pemahaman petikan Umum
Contoh Soalan 7 – Pemahaman Petikan Sastera
Contoh Soalan 7 – Pemahaman Petikan Sastera
Contoh Soalan 7 – Pemahaman Petikan Sastera
Peruntukan Markah
soalan 6 – pemahaman petikan Umum
12 markah
Soalan 7 – Pemahaman Petikan Sastera
13 markah
Bagaimana cara nak
menjawab???
Jom kita
teruskan..!
1
Kenal pasti
Kehendak soalan
berdasarkan
Kata kerja dan kata kunci pada soalan
CONTOH
Jika arahan soalan
seperti :
Nyatakan / berikan punca – nyatakan isi ( punca ) tanpa huraian
Kemukakan langkah – nyatakan isi ( langkah ) + sedikit huraian ( agar...)
Jelaskan / Huraikan kepentingan – nyatakan isi ( kepentingan ) + huraian
kepentingan tersebut dengan lebih jelas
2 Tentukan
konteks soalan
Contoh
Bila? – masa dahulu, kini, hadapan
Siapa? – murid, remaja, keluarga, masyarakat, kerajaan, dan media massa
Di mana? – di rumah, di dalam kelas, di sekolah, di negara ini, serantau, dunia
Adakah wujud unsur perbandingan? – masa dahulu dengan masa sekarang, di
bandar dengan di kampung, di rumah dengan di sekolah
Apakah bentuk soalan yang
dikemukan???
Jom kita
teruskan…!
SOALAN 1
SOALAN MAKSUD LITERAL
1. Soalan ini merupakan soalan maksud rangkai kata
atau maksud frasa dan maksud rangkap
2. Cari semua maksud rangkai kata atau frasa atau
rangkap yang diberikan
3. Gabungkan menjadi satu maksud
4. Buat dalam ayat yang lengkap dan gramatis. ( tidak
dalam bentuk point )
Contoh soalan 1
Kata kunci soalan
( i ) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata mencemarkan
kesejahteraan. [ 2 markah ]
Jawapan ayat lengkap dan gramatis
( i ) Maksud rangkai kata mencemarkan kesejahteraan ialah menjejaskan
ketenteraman..
SOALAN 2
SOALAN KONTEKS
1. Merupakan soalan pemindahan maklumat dalam petikan ke
dalam jawapan. ( cari jawapan dalam petikan )
2. Sekurang-kurangnya 3 isi
3. Buat ayat yang lengkap dan gramatis dengan mengambil
sebahagian ayat dalam soalan untuk menjawab soalan .
Gabungkan isi menggunakan penanda wacana ( tidak
menjawab dalam bentuk point )
Contoh soalan 2 Kata kerja
( ii ) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan faedah-faedah hidup
berjiran. [ 3 markah ]
Jawapan ayat lengkap dan gramatis
( ii ) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, faedah-faedah hidup berjiran
ialah mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana.
Selain itu, dapat menjamin keselamatan setempat daripada sebarang
ancaman. Seterusnya, dapat membentuk perpaduan dalam kalangan
rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
SOALAN 3
SOALAN KBKK / KBAT
1. Jawapan hendaklah berdasarkan pendapat sendiri ( fikirlah
sendiri )
2. Sekurang-kurangnya 3 isi
3. Buat ayat yang lengkap dan gramatis dengan mengambil
sebahagian ayat dalam soalan untuk menjawab soalan .
Gabungkan isi menggunakan penanda wacana ( tidak
menjawab dalam bentuk point )
Contoh soalan 3
( iii) Pelbagai aktiviti dapat dilakukan oleh komuniti setempat dalam
memupuk semangat kejiranan.
Pada pendapat anda, bagaimanakah penduduk di kawasan tempat
tinggal anda boleh memupuk semangat tersebut? [ 3 markah ]
Contoh soalan 3
Jawapan ayat lengkap dan gramatis
( iii ) Pada pendapat saya, penduduk di kawasan tempat tinggal saya
boleh memupuk semangat kejiranan antaranya ialah mengadakan
aktiviti gotong-royong. Selain itu, mengadakan majlis rumah terbuka.
Seterusnya menubuhkan unit kawalan atau rukun tetangga bagi
menjamin keselamatan penduduk kampung.
SOALAN 4
SOALAN ARAS APLIKASI
1. Merupakan soalan penyelesaian masalah
2. Sekurang-kurangnya 4 isi
3. Buat ayat yang lengkap dan gramatis dengan mengambil
sebahagian ayat dalam soalan untuk menjawab soalan .
Gabungkan isi menggunakan penanda wacana ( tidak menjawab
dalam bentuk point )
Contoh soalan 4
( iv) Sedang anda menelaah pelajaran pada waktu dinihari, anda
menyedari rumah jiran anda telah dijilat api. Kebakaran yang bermula
dari bahagian dapur itu begitu cepat merebak kerana rumah tersebut
dibina daripada kayu. Anda mengagak jiran anda mungkin tidak
menyedari kebakaran tersebut kerana tidak kelihatan apa-apa
tindakan yang diambil.
Sebagai seorang jiran yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang
wajar anda ambil dalam menghadapi situasi tersebut?
[ 4 markah ]
Contoh soalan 3
Jawapan ayat lengkap dan gramatis
( iv) Sebagai seorang jiran yang bertanggungjawab, Tindakan yang
wajar saya ambil dalam menghadapi situasi tersebut antaranya ialah
menelefon pihak bomba. Selain itu, berusaha memberitahu jiran
bahawa rumahnya telah dijilat api. Seterusnya, sama-sama cuba
memadamkan kebakaran tersebut. Akhirnya, berusaha untuk
menyelamatkan nyawa jiran sebelum pihak bomba sampai.
Contoh Penanda
Wacana
Antara, selain itu, dan, seterusnya,
disamping itu, justeru, malah, akhirnya
Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar
01 02
Menulis jawapan dalam Tidak menggunakan
bentuk point penanda wacana untuk
03 menyambung isi.
Menulis singkatan 04
perkataan seperti yg, utk
Mengabaikan
penggunaan kata nama
khas dan tanda baca
Let's travel!
You can enter a subtitle here if
you need it
Start!
Quick quiz
You can enter a subtitle here if
you need it
Start!
Tahniah!
SEMOGA KALIAN BERJAYA
Sekian,
terima kasih